borang pengesahan status tesis - fp.utm.my · terdiri daripada pelajar tingkatan lima telah dipilih...
Post on 11-Oct-2019
26 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦
JUDUL: TAHAP PENCAPAIAN KEMAHIRAN PROSES SAINS DALAM MATA PELAJARAN FIZIK DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH
DAERAH KLUANG
SESI PENGAJIAN: 2008/2009
EZAN HAIZURAH BINTI AHMAD
(HURUF BESAR)
Saya mengakui membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajan tinggi. 4. **Sila tandakan (√)
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat tetap: Nama Penyelia:
106 A, Lorong Landak, Prof. Madya Dr. Seth Bin Sulaiman
Jalan Padang Tembak,
86000 Kluang, Johor
Tarikh: _____________________ Tarikh:____________________
CATATAN: * Potong yang mana tidak berkenaan
** Jika Kertas Projek ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu
dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
penyelididkan, atau disertasi bagi pengajian secara kertas kursus dan penyelidikan, atau
Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
√
TAHAP PENCAPAIAN KEMAHIRAN PROSES SAINS DALAM MATA
PELAJARAN FIZIK DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH
DAERAH KLUANG
EZAN HAIZURAH BINTI AHMAD
Laporan Projek Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2009
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya, karya
ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan;
Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik).”
Tandatangan :
Nama Penyelia : Prof. Madya Dr. Seth Bin Sulaiman
Tarikh :
“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan :
Nama Penulis : EZAN HAIZURAH BINTI AHMAD
Tarikh : ______________________________
Khas buat mak dan bak,
Setinggi-tinggi penghargaan buatmu
Jasa dan pengorbananmu akan ku kenang untuk selamanya…
Buat abang-abang, kakak dan adikku,
Terima kasih atas dorongan dan rangsangan daripada kalian…
Buat rakan-rakanku,
Sokongan, bantuan, nasihat dan dorongan daripada kalian
Ku ucapkan terima kasih
Semoga ukhuwah yang terjalin akan kekal selamanya.
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah S.W.T yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya
saya dapat menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada
penyelia saya, Prof. Madya Dr. Seth bin Sulaiman di atas bimbingan, teguran, tunjuk
ajar dan perbincangan bersama sepanjang tempoh menyiapkan laporan projek ini.
Ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Johor yang bertanggung jawab
meluluskan kertas cadangan. Tidak lupa, terima kasih juga kepada Pejabat Pelajaran
Daerah Kluang yang membenarkan saya membuat kajian di sekolah-sekolah di
kawasan bandar Kluang dan telah memberikan kerjasama sepenuhnya dalam
pengumpulan maklumat yang diperlukan dalam penyediaan sampel kajian.
Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada pengetua-pengetua, penolong-
penolong kanan, guru-guru serta pelajar-pelajar sekolah yang terlibat dalam kajian
ini kerana sudi memberikan kerjasama.
Akhir sekali, terima kasih kepada rakan-rakan dan semua pihak yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung di atas sokongan, pertolongan dan tunjuk ajar
sepanjang tempoh menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Wassalam.
vi
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap
pencapaian Kemahiran Proses Sains dalam mata pelajaran Fizik di kalangan pelajar
sekolah menengah terhadap Kemahiran Membuat Inferens, Kemahiran Memproses
Data dan Kemahiran Mentakrif Secara Operasi. Seramai 120 orang responden yang
terdiri daripada pelajar Tingkatan Lima telah dipilih daripada enam buah sekolah di
Daerah Kluang, Johor. Alat kajian yang digunakan mengandungi 30 soalan objektif
berkaitan dengan konsep Fizik. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS 17.0 for
windows. Di samping itu, item-item kajian telah ditentusahkan oleh pakar dan diuji
rintis. Nilai kebolehpercayaan alat kajian ialah α = .81. Hasil daripada kajian
menunjukkan bahawa tahap pencapaian bagi keseluruhan kemahiran yang dikaji
adalah sederhana (58.86%). Berdasarkan kajian ini juga, tahap pencapaian bagi
setiap kemahiran yang dikaji adalah sederhana, Kemahiran Membuat Inferens
(60.98%), Kemahiran Memproses Data (56.97%) dan Kemahiran Mentakrif Secara
Operasi (58.75%). Analisis Ujian-t menunjukkan wujud perbezaan beerti antara
responden jantina lelaki dan perempuan dengan nilai signifikan .001. Oleh yang
demikian, berdasarkan daripada kajian boleh disimpulkan tahap pencapaian adalah
sederhana bagi keseluruhan kemahiran dan perbezaan jantina mempengaruhi
pencapaian pelajar terhadap kemahiran proses sains yang dikaji.
vii
ABSTRACT
The purpose of this study is to determine the level of achievement on Science
Process Skills in Physics subject among secondary school students in three skills,
which are making inference, interpreting data and operational definition. The sample
consists of 120 form five students selected from six schools in the district of Kluang,
Johor. The instrument used consists of 30 objective questions related to Physics
concept. The data was analyzed using SPSS 17.0 for windows software. The data
was validated and the results of pilot study were analyzed. The reliability coefficient
of instrument was found to be α = .81. Findings from the study indicated that the
level of the overall achievement for all Science Process Skills was found to be at
moderate (58.86%). While the other three skills were also found to be at moderate
levels with 60.98% for making inference, 56.97% for interpreting data and 58.75%
for operational definition. T-test analysis showed that there was a significant
difference between male and female students in favour of male students with
significant value of .001. Therefore from the research, it can be concluded that the
overall level of achievement for all skills are at moderate level and there is a
significant difference across gender on the students’ achievement of science process
skills.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA
JUDUL
PENGAKUAN PENYELIA
PENGAKUAN PENULIS
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI SINGKATAN
SENARAI LAMPIRAN
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Objektif Kajian
1.5 Persoalan Kajian
1.6 Hipotesis Kajian
MUKA SURAT
1
i
ii
iii
iv
v
vi
vii
viii
xiii
xv
xvi
xvii
1
3
6
7
7
8
ix
2
1.7 Kepentingan Kajian
1.8 Skop Kajian
1.9 Takrifan Istilah
1.9.1 Tahap Pencapaian
1.9.2 Kemahiran Proses Sains
1.9.2.1 Kemahiran Mentakrif Secara Operasi
1.9.2.2 Kemahiran Membuat Inferens
1.9.2.3 Kemahiran Memproses Data
1.9.3 Pelajar Fizik
1.10 Rumusan
SOROTAN KAJIAN
2.1 Pendahuluan
2.2 Kemahiran Mentakrif Secara Operasi
2.2.1 Teori-teori Berkaitan Kemahiran
Mentakrif Secara Operasi
2.2.2 Kepentingan Kemahiran Mentakrif
Secara Operasi
2.2.3 Contoh Soalan Kemahiran
Mentakrif Secara Operasi
2.3 Kemahiran Membuat Inferens
2.3.1 Teori-teori Berkaitan Kemahiran
Membuat Inferens
2.3.2 Kepentingan Kemahiran Membuat
Inferens
2.3.3 Contoh Soalan Kemahiran Membuat
Inferens
2.4 Kemahiran Memproses Data
8
10
10
11
11
12
13
13
14
14
16
17
19
20
20
22
23
x
3
4
2.4.1 Teori-teori Berkaitan Kemahiran
Memproses Data
2.4.2 Kepentingan Kemahiran Memproses Data
2.4.3 Contoh Soalan Kemahiran Memproses Data
2.5 Perbezaan Merentas Jantina
2.5.1 Teori-teori Berkaitan Hubungan
Tahap Pencapaian Kemahiran Proses
Sains dengan Perbezaan Jantina.
2.6 Kajian Lepas
2.6.1 Kajian Dalam Negara
2.6.2 Kajian Luar Negara
2.7 Rumusan
METADOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan
3.2 Reka Bentuk Kajian
3.3 Tempat Kajian
3.4 Populasi dan Sampel Kajian
3.5 Instrumen Kajian
3.6 Kajian Rintis
3.7 Prosedur Kajian
3.8 Kajian Sebenar
3.9 Analisis Data
3.10 Rumusan
DAPATAN KAJIAN
4.1 Pendahuluan
4.2 Analisis Taburan Maklumat Diri Responden
23
24
25
26
27
33
36
37
38
38
39
40
44
44
45
46
47
48
48
xi
4.3 Analisis Deskriptif Bahagian B
4.3.1 Analisis Tahap Pencapaian
Kemahiran Proses Sains
4.3.2 Analisis Tahap Pencapaian Setiap
Kemahiran Proses Sains
4.3.2.1 Analisis Tahap Pencapaian Kemahiran
Membuat Inferens
4.3.2.1.1 Bilangan Serta Peratus Pelajar
Betul dan Salah Mengikut Aspek
Soalan Berkaitan Kemahiran
Membuat Inferens
4.3.2.2 Analisis Tahap Pencapaian Kemahiran
Memproses Data
4.3.2.2.1 Bilangan Serta Peratus Pelajar Betul
dan Salah Mengikut Aspek Soalan
Berkaitan Kemahiran Memproses
Data
4.3.2.3 Analisis Tahap Pencapaian Kemahiran
Mentakrif Secara Operasi
4.3.2.3.1 Bilangan Serta Peratus Pelajar Betul
dan Salah Mengikut Aspek Soalan
Berkaitan Kemahiran Mentakrif
Secara Operasi
4.3.3 Analisis Perbezaan Jantina Terhadap
Kemahiran Proses Sains yang Dikaji
4.3.4 Analisis Perbezaan Jantina Terhadap Setiap
Kemahiran Proses Sains yang Dikaji
4.3.4.1 Analisis Perbezaan Jantina Terhadap
Kemahiran Membuat Inferens
4.3.4.2 Analisis Perbezaan Jantina Terhadap
Kemahiran Memproses Data
50
51
51
52
53
54
55
55
56
58
58
59
xii
5
4.3.4.3 Analisis Perbezaan Jantina Terhadap
Kemahiran Mentakrif Secara Operasi
4.4 Rumusan
PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN
CADANGAN
5.1 Pendahuluan
5.2 Ringkasan dan Perbincangan
5.2.1 Tahap Pencapaian Kemahiran Proses Sains
5.2.2 Tahap Pencapaian Bagi Setiap Kemahiran
Proses Sains yang Dikaji
5.2.2.1 Tahap Pencapaian Kemahiran Membuat
Inferens
5.2.2.2 Tahap Pencapaian Kemahiran
Memproses Data
5.2.2.3 Tahap Pencapaian Kemahiran Mentakrif
Secara Operasi
5.2.3 Tahap Pencapaian Kemahiran Proses Sains
Merentas Jantina
5.3 Kesimpulan
5.4 Cadangan
5.4.1 Guru
5.4.2 Pelajar
5.5 Cadangan Kajian Masa Depan
5.6 Rumusan
60
61
62
62
63
64
64
66
67
69
71
72
72
75
76
78
RUJUKAN 79
LAMPIRAN 86-119
xiii
SENARAI JADUAL
JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1
3.2
4.1
4.2
4.3
4.4
4.5
4.6
Pecahan 30 soalan objektif Bahagian B mengikut
aspek KPS yang dikaji
Tahap Pencapaian Bagi Setiap Kemahiran yang
Dikaji
Taburan bilangan responden mengikut jantina
Taburan bilangan responden mengikut sekolah
Tahap Pencapaian Kemahiran Proses Sains
Min dan Tahap Pencapaian Kemahiran Membuat
Inferens
Bilangan Serta Peratus Pelajar Betul dan Salah
Mengikut Aspek Soalan Berkaitan Kemahiran
Membuat Inferens
Min dan Tahap Pencapaian Kemahiran Memproses
Data
42
46
49
49
51
51
52
53
xiv
4.7
4.8
4.9
4.10
4.11
4.12
4.13
Bilangan Serta Peratus Pelajar Betul dan Salah
Mengikut Aspek Soalan Berkaitan Kemahiran
Memproses Data
Min dan Tahap Pencapaian Kemahiran Mentakrif
Secara Operasi
Bilangan Serta Peratus Pelajar Betul dan Salah
Mengikut Aspek Soalan Berkaitan Kemahiran
Mentakrif Secara Operasi
Ujian-t bagi ketiga-tiga kemahiran yang dikaji
Ujian-t bagi kemahiran membuat inferens
Ujian-t bagi kemahiran memproses data
Ujian-t bagi kemahiran mentakrif secara operasi
54
55
56
57
58
59
60
xv
SENARAI RAJAH
RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1
2
3
4
Komponen-komponen Kemahiran Saintifik
Carta aliran Kemahiran Membuat Inferens
Carta aliran Kemahiran Memproses Data
Carta aliran Kemahiran Mentakrif Secara
Operasi
5
41
41
42
xvi
SENARAI SINGKATAN
ASTS - Attitude Scale Toward Science
JPNJ - Jabatan Pelajaran Negeri Johor
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KM - Kemhiran Manipulatif
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
KPS - Kemahiran Proses Sains
KPSB - Kemahiran Proses Sains Bersepadu
KS - Kemahiran Saintifik
PPD - Pejabat Pelajaran Daerah
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
SPSS - Perisian ‘Statistical Package for Social Sciences’
SPST - Science Process Skills Test
TIPS - Test Integrated Process Science
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xvii
SENARAI LAMPIRAN
BIL. LAMPIRAN TAJUK MUKA
SURAT
1
2
3
4
5
6
Lampiran A
Lampiran B
Lampiran C
Lampiran D
Lampiran E
Lampiran F
Ujian Pencapaian Kemahiran Proses
Sains (UPKPS)
Jawapan Ujian Pencapaian
Kemahiran Proses Sains
Surat Pengesahan Item Kajian Oleh
Pakar Bidang
Surat Pengesahan Status Pelajar
Surat Kebenaran Dari Kementerian
Pelajaran Malaysia Untuk
Menjalankan Kajian Di Sekolah
Surat Kebenaran Dari Jabatan
Pelajaran Negeri Johor
86
108
110
112
115
118
1
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Perkembangan pendidikan di Malaysia berlaku secara sistematik dan
terancang ke arah melahirkan individu yang seimbang dari segi rohani dan jasmani
selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sejarah pendidikan
Malaysia bermula dengan wujudnya Penyata Razak (1956) dan Ordinan Pelajaran
(1957) dalam pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan dan kemudiannya
diperluaskan dalam Rang Undang-undang Pendidikan (1995). Bersandarkan kepada
Rang Undang-undang Pendidikan (1995), sistem pendidikan Malaysia dicorakkan
untuk menghasilkan pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti untuk mencapai
aspirasi negara. Selaras dengan keperluan ini, Kementerian Pendidikan Malaysia
telah menggariskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dijadikan sebagai
landasan kepada sistem pendidikan negara sehingga ke hari ini. Matlamat FPK
adalah seperti berikut:
”Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
2
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”
( Abu Hassan, 2003)
Pada amnya, ilmu sains itu sendiri adalah bertujuan untuk masyarakat
memahami keadaan di sekelilingnya. Keadaan ini menunjukkan bahawa sains
sebagai salah satu bidang ilmu pengetahuan yang merangkumi pengetahuan,
kemahiran, sikap saintifik dan nilai murni. Malah sains juga merupakan satu proses
mengutamakan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah yang melibatkan kemahiran
berfikir dan strategi berfikir serta kemahiran saintifik (KS). Situasi ini membolehkan
pelajar menghubungkaitkan fakta dan konsep, membuat pengitlakan dan
memperkembangkan sikap yang positif dalam mengaplikasikan ilmu dengan
kehidupan seharian (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2002).
Ringkasnya, dalam usaha mencari, memahami dan menggunakan ilmu
pengetahuan sains bagi menyelesaikan sesuatu masalah, pelajar perlu menguasai KS
dengan baik. Maka dari situ pelajar dapat memperkembangkan sikap yang positif di
mana pembelajaran sains menggalakan sikap saintifik dan nilai murni.
Kemahiran saintifik merupakan kemahiran yang penting terdiri daripada
kemahiran proses sains (KPS) dan kemahiran manipulatif (KM). Kemahiran proses
sains merupakan satu proses mental yang menggalakan pemikiran secara kritis,
kreatif, analitik dan sistematik. Di samping itu, KPS merupakan kemahiran yang
membolehkan pelajar mempersoalkan sesuatu dan mencari jawapan secara bersistem
daripada kemahiran yang mudah kepada yang kompleks (Pusat Perkembangan
Kurikulum. 2002).
3
KPS adalah sangat penting ke arah membentuk pembelajaran bermakna
kerana pembelajaran adalah berlaku sepanjang hidup dan setiap individu harus
berusaha untuk mencari, menjelaskan dan mengadili keterangan di bawah penemuan
situasi yang berbeza. Jadi, ianya sangat penting bagi masa hadapan pelajar untuk
memperlengkapkan diri dengan KPS di institusi pendidikan.
1.2 Latar Belakang Masalah
Bagi merealisasikan pembinaan insan sebagaimana hasrat pendidikan di
Malaysia, pendidikan sains dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) diwacanakan agar berupaya
membentuk rakyat Malaysia yang seimbang daripada segi jasmani, rohani, emosi dan
intelek yang mana bermulanya pada tahun 2002, semua pelajar dari Tahun satu
hingga ke Tingkatan lima wajib mempelajari mata pelajaran sains. Sebagai sebuah
negara yang sedang meningkat maju, Malaysia mampu mewujudkan masyarakat
yang mepunyai daya pemikiran yang tinggi, inovatif serta mempunyai pandangan
yang jauh ke hadapan sekiranya pendidikan di Malaysia mengamalkan budaya sains
dan juga teknologi. Seiring dengan hasrat untuk mencapai status negara maju,
kurikulum sains di sekolah Malaysia digubal untuk melahirkan masyarakat yang
berilmu, progresif serta inovatif yang menjadi penyumbang kepada tamadun sains
dan teknologi pada masa akan datang.
Bersesuaian dengan matlamat yang tersurat dalam FPK, pihak Kementerian
Pendidikan telah menggubal Falsafah Pendidikan Sains Negara (FPSN) sebagai
berikut:
”Pendidikan sains di Malaysia bertujuan memupuk budaya sains dan
teknologi dengan memeberi tumpuan kepada perkembangan individu yang
4
kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan
berketrampilan teknologi”
(Abu Hassan, 2003)
Pernyataan di atas jelas menunjukkan bahawa pendidikan sains yang
disediakan di sekolah bertujuan untuk melahirkan masyarakat yang cenderung,
berminat dan berupaya dalam bidang sains serta teknologi kerana golongan inilah
yang akan menjadi sumber tenaga manusia dan memainkan peranan yang penting
dalam pembangunan negara. Oleh sebab itu, amatlah penting seseorang pelajar
menguasai kemahiran saintifik (KS) melalui pendekatan inkuiri dalam membolehkan
pelajar memahami alam sekeliling dan dapat mengaplikasikan pemahaman mereka
dengan baik untuk masa hadapan.
Kurikulum Sains memberi tumpuan kepada penguasaan KS seperti di Rajah
(1) untuk menggalakan pelajar memperkembangkan sikap yang positif. Kemahiran
Saintifik (KS) terbahagi kepada dua komponen iaitu Kemahiran Proses Sains (KPS)
dan Kemahiran Manipulatif (KM). KPS merupakan satu kemahiran yang
memerlukan seseorang pelajar mempersoalkan sesuatu masalah yang ada serta
mencari jawapan kepada masalah tersebut secara bersistem dan terdiri daripada 2
komponen kecil iaitu Kemahiran Proses Sains Asas serta Kemahiran Proses Sains
Bersepadu. Manalaka KM merupakan kemahiran psikomotor yang dalam aktiviti
penyiasatan sains yang dilakukan.
KS merupakan kemahiran yang penting untuk menjalankan sebarang aktiviti
mengikut kaedah saintifik seperti eksperimen, penyelidikan dan projek yang
menggunakan kemahiran saintifik. Rakow (1986) menegaskan bahawa murid perlu
terlibat dalam proses penyiasatan supaya kemahiran proses sains dan kemahiran
manipulatif pelajar dapat dikembangkan. Keadaan ini selaras dengan matlamat
Kurikulum Fizik untuk melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan dan
kemahiran dalam bidang fizik dan mampu mengaplikasikan pengetahuan
5
berlandaskan sikap saintifik dan nilai murni untuk membuat keputusan serta
menyelesaikan masalah harian (Pusat Perkembangan Kurikulum,2002).
Menurut Wellington (1989), Sains perlu diajar bagi faedah pelajar dan bukan
untuk faedah Sains iaitu lebih memberi tumpuan kepada kaedah dan bukannya isi
kandungannya. Jadi, masalah utama wujud di mana sesetengah pelajar menganggap
mata pelajaran Sains terutamanya Fizik adalah mata pelajaran yang susah. Masalah
yang dihadapi dalam pembelajaran Sains ialah pelajar mengalami masalah dalam
memahami konsep dan bukannya hanya mengingati fakta kerana guru hanya
mengajar fakta untuk lulus peperiksaan (Cohen dan Harper, 1990).
Rajah 1: Komponen-komponen Kemahiran Saintifik
(Sumber: Abu Hassan, 2003)
KEMAHIRAN SAINTIFIK
Kemahiran Proses Sains Kemahiran Manipulatif
Kemahiran Proses
Sains Asas
Kemahiran Proses Sains
Bersepadu
� Memerhati
� Mengelas
� Mengukur dan
menggunakan
nombor
� Membuat inferens
� Menggunakan ruang
dan masa
� Meramal
� Berkomunikasi
� Mengguna dan mengendalikan
peralatan dan bahan sains dengan
betul dan selamat
� Menyimpan peralatan dan bahan
sains dengan betul dan selamat
� Membersihkan peralatan sains
dengan cara yang betul
� Mengendalikan spesimen hidup
dan bukan hidup dengan cara
yang betul dan cermat
� Mematuhi arahan eksperimen
� Membuat pemerhatian,
perekodan dan pengukuran
dengan betul
� Mentafsir data
atau maklumat
� Mendefinisikan
secara operasi
� Mengawal
pemboleh ubah
� Membuat hipotesis
� Mengeksperimen
6
1.3 Pernyataan Masalah
Sebagaimana yang sedia maklum, kaedah pembelajaran sains adalah melalui
pendekatan inkuiri penemuan di mana sains dianggap sebagai proses. Oleh sebab itu,
penguasaan KS terutamanya KPS amat penting kepada pelajar bagi memudahkan
proses pembelajaran pelajar itu sendiri. Melalui penguasaan KPS, sedikit sebanyak
dapat membantu pelajar untuk menyelesaikan masalah berkaitan mata pelajaran
Fizik dengan menggunakan pendekatan inkuiri-penemuan iaitu dengan aktiviti
penyelidikan. Jika dilihat daripada huraian di atas, sekiranya seseorang pelajar dapat
menguasai KPS dengan baik di mana dapat menyelesaikan masalah Fizik yang
dihadapinya, maka pelajar ini boleh dikatakan telah mengalami pembelajaran yang
bermakna. Malah jika dilihat daripada Objektif Kurikulum Sains (2002) yang di
semak semula dan Objektif Kurikulum Fizik melalui Pusat Perkembangan
Kurikulum (2002), salah satu objektifnya adalah membolehkan pelajar menguasai
KPS dan kemahiran berfikir dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Maka kajian ini
dilakukan untuk melihat sejauh manakah objektif tersebut dapat dicapai dengan
meninjau tahap penguasaan KPS bagi Kemahiran Membuat Inferens, Kemahiran
Memproses Data dan Kemahiran Mentakrif Secara Operasi. Kajian ini dijalankan
dalam kalangan pelajar aliran Sains Tulen yang terdiri daripada lelaki dan
perempuan dan mengambil mata pelajaran Fizik. Di samping itu, penyelidik turut
ingin melihat perbezaan tahap bagi kedua-dua jantina berdasarkan aras pemikiran
yang berbeza sama ada mampu mempengaruhi tahap pencapaian dalam Kemahiran
Proses Sains yang dikaji.
7
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah:
1.4.1 Mengenal pasti tahap pencapaian Kemahiran Proses Sains di kalangan
pelajar dalam mata pelajaran Fizik.
1.4.2 Mengenal pasti tahap pencapaian Kemahiran Proses Sains bagi setiap
kemahiran yang dikaji di kalangan pelajar.
1.4.3 Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang beerti mengenai
tahap pencapaian Kemahiran Proses Sains pelajar dalam mata
pelajaran Fizik merentas jantina.
1.5 Persoalan Kajian
Dalam kajian ini, persoalan yang hendak diselidiki ialah:
1.5.1 Apakah tahap pencapaian Kemahiran Proses Sains pelajar dalam mata
pelajaran Fizik?
1.5.2 Apakah tahap pencapaian kemahiran proses sains pelajar bagi setiap
kemahiran yang dikaji iaitu Kemahiran Membuat Inferens, Kemahiran
Memproses Data dan Kemahiran Mentakrif Secara Operasi?
1.5.3 Adakah terdapat perbezaan yang beerti terhadap tahap pencapaian
Kemahiran Proses Sains dalam mata pelajaran Fizik pelajar merentas
jantina?
top related