biarkan samudera

Post on 04-Dec-2014

7.190 Views

Category:

Documents

4 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

cerpen tingkatan 4

TRANSCRIPT

Sinopsis

Cerpen ini mengisahkan seorang pelajar institusi pengajian tinggi yang bernama Amirah atau dipanggil Mir menghadapi konflik jiwa yang agak teruk. Dia kematian ibu sejak kecil dan hanya mengharapkan kasih sayang ayahnya yang telah tua. Kaunselor pernah mengatakan bahawa Mir menghadapi penyakit jiwa yang dinamakan skizofrenia mudah. Mir tinggal sebilik dengan Hakimah ketika di kampus.

Konflik jiwa Mir bermula apabila rumah mereka di tepi laut terpaksa dirobohkan untuk dijadikan kawasan peranginan. Mir berasa amat kecewa kerana mereka tidak berhak menuntut pampasan kerana tanah itu bukan milik mereka. Mir sedih kerana mengingatkan ayahnya yang tiada tempat tinggal. Dia sering mengulang-ulang kata-kata ayahnnya menyebabkan Hakimah berasa bimbang

Hakimah menceritakan kisah Mir kepada ibunya. Ibunya mencadangkan Mir mengisi jiwanya dengan membaca al-Quran. Ibu Hakimah menghadiahkan sejadah kepada Mir. Mir mula menggunakan hadiah pemberian ibu Hakimah. Beberapa lama selepas itu, konflik jiwa Mir semakin reda. Ayah mengharapkan Mir belajar hingga berjaya dan membina kehidupan sendiri. Ayah juga mengharapkan Mir menjaga laut daripada sebarang kekotoran.

Hakimah melihat perubahan Mir dan sangat gembira dengan perubahan positif itu. Bagi Hakimah, perubahan sikap Mir menunjukkan sahabatnya itu semakin pulih. Hakimah juga gembira apabila melihat Mir menggunakan telekung pemberian ibunya untuk menunaikan solat.

Tema

Penderitaan batin anak nelayan sebagai akibat kemiskinan dan

hidup tertindas.

Mir anak nelayan yang mengalami konflik jiwa kerana rumahnya akan dirobohkan untuk didirikan kawasan peranginan. Mir juga kasihan terhadap bapanya kerana bapanya sudah kehilangan tempat tinggal dan hilang mata pencarian sebagai seorang nelayan. Mir juga dahagakan kasih sayang ibu lantaran ibunya telah meninggal dunia ketika melahirkannya.

Persoalan

1. Kasih sayang ayah terhadap anak.2. Tanggungjawab seorang rakan.3. Kepentingan kaunseling dalam

kehidupan remaja.4. Kepentingan kata-kata perangsang

daripada seorang bapa kepada anaknya.

5. Kemiskinan hidup keluarga nelayan dan kesan daripada arus pembangunan.

Watakdan

perwatakan

Mir @ amirah1. Lemah semangat dan pasif.2. Kuat berimaginasi mengenang nasibnya

yang malang.3. Mengalami tekanan perasaan kerana

kehilangan kasih sayang ibu sejak kecil, sementara bapanya sibuk mencari rezeki di laut.

4. Buntu memikirkan masa depannya yang tidak menentu.

5. Mudah menjadi pemurung kerana jiwanya yang terlalu goyah

hakimah1. Gadis terpelajar. Dia belajar di

pusat pengajian tinggi dengan Mir.2. Sahabat baik Mir.3. Baik hati kerana selalu membantu

Mir.4. Sangat sayang akan ibunya.

ayah1. Meruapakan bapa Mir.2. Sudah tua, badan kurus.3. Seorang nelayan.4. Miskin, mencari rezeki di laut.5. Sangat sayang akan laut.6. Redha dengan nasib diri.

ibu1. Emak kepada Hakimah.2. Baik hati. Selalu menasihati

Hakimah supaya membantu Mir serta menghadiahi Mir telekung putih.

3. Taat pada agama.4. Lemah lembut dan prihatin.

Latar

Latar Masa Di sebuah kampung nelayan, di

rumah nelayan yang menghadap laut

Di rumah Hakimah Di kampus universiti

Latar Masa Masa kini.

Masyarakat nelayan Masyarakat mahasiswi universiti

Latar Masyarakat

Gaya bahasa

1. Inversi - Bagaimana mahu dia melupakan?

2. Simile -wajah itu umpama salju…

3. Peribahasa -tidak berhati perut

5. Personifikasi.- Mereka sengaja mahu melihat samudera menderita…

6. Monolog- Amirah mengelamun sendiri dan terucap.samudera itu ialah khazanah kehidupan nelayan, manakala kesejahteraan dan keharmonian nelayan mengeksploitasi dan memanfaatkan khazanah itu akan menjamin kelangsunhgan dinamika keseimbangan ekosistem samudera.

Nilai

1. Kasih sayang.- Hakimah sangat sayang akan Mir.

2. Tidak berputus asa- Hakimah tidak berputus asa untuk menyembuhkan penyakit kemurungan yang dialami oleh Amirah.

3. Ikhlas .- Hakimah ikhlas membantu Amirah.

4. Bersimpati.- Hakimah bersimpati tehadap nasib yang menimpa Amirah

Pengajaran

1. Kita hendaklah sentiasa mengingati Tuhan kerana dengan mengingati Tuhan jiwa akan menjadi tenang.

2. Kita hendaklah berfikir secara rasional dalam menghadapi sesuatu perkara.

3. Hubungan antara anak dengan ibu bapa hendaklah sentiasa erat untuk menjamin keutuhan keluarga.

4. Kita hendaklah menghulurkan bantuan kepada rakan yang menghadapi kesulitan.

5. Sesuatu projek pembangunan perlulah mengambil kira kesan kepada masyarakat setempat.

top related