berita harian gah! - ttsh.com.sg · “ada yang tanya sama ada saya tidak berasa bimbang dengan...

Post on 29-Apr-2019

227 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

HENDAK seribu daya, tak hen-dak seribu dalih.

Berbekalkan pepatah itu, Cik Nel-lie Row membuktikan mengapa usiabukan penghalang baginya untuk te-rus menawarkan khidmat secara su-karela.

Biar pun usianya sudah menjang-kau 87 tahun, ibu tiga anak itu terusberbakti kepada golongan pesakit diHospital Tan Tock Seng (TTSH).

Tenaga dan pergerakannya mung-kin tidak selincah semasa beliau mu-la-mula memberikan sumbanganhampir 40 tahun lalu.

Semasa berjalan, langkahnya per-lahan dan penuh hati-hati.

Namun, Cik Row masih mampumeluangkan sekitar tiga jam se-minggu di Unit Terapi Pengalihan(DTU) – tempat beliau mengajar danmenghasilkan anak-anak patungyang dijual dan hasilnya diberikankepada pesakit yang memerlukan se-jak menjadi relawan.

Terdapat seramai 51 relawan dibawah DTU.

Beliau, yang tergolong dalamkumpulan masyarakat Chitty (jugadikenali sebagai Peranakan India),mendekati pesakit, selain menjualhasil kerja tangannya itu dengan mat-lamat mengumpul dana bagi pesakityang memerlukan.

“Semasa mula-mula menceburikerja kemasyarakatan ini, saya habis-kan masa sehingga tiga jam dua kaliseminggu selepas habis mengajar disekolah.

“Saya hanya datang ke TTSH se-masa bercuti kerana melancong ber-sama keluarga,” kata bekas guruSekolah Rendah Jalan Daud danpengetua Sekolah Orang Buta Singa-pura itu.

Cik Row, yang fasih berbahasaMelayu, berkata berkat bakatnyadalam seni kraf tangan itu, beliau te-lah menghasilkan banyak anak pa-tung yang kemudian dijual dan hasil-nya disalur kepada Dana Amal Ma-syarakat TTSH.

Dahulu, beliau dan sebahagianrelawan lain melawat pesakit batukkering (TB) di wad dengan mengajarmereka seni kraf tangan.

Kini, khidmat kumpulan tersebut

telah berubah kepada usaha me-ngumpul dana menerusi kerja ta-ngan mereka pula.

“Ada yang tanya sama ada sayatidak berasa bimbang dengan ke-adaan pesakit TB ketika itu.

“Saya kata saya tidak pernah ter-fikir demikian.

“Saya rasa syukur kerana tidakpernah dijangkiti penyakit itu,” kata-nya lagi, yang kini mampu meng-awal kencing manis dan tekanandarah tingginya.

Nenek seorang cucu itu menda-pat sokongan padu daripada suami-nya, Encik David Row, 81 tahun.

Bekas guru teknikal di UpperThomson Centralise Workshops (ki-ni sudah ditutup) dekat Upper Thom-son Road itu berkata setiap kali isteri-nya menghabiskan masa selama be-berapa jam di TTSH, beliau meng-hantar dan menjemputnya pulangdari hospital tersebut.

“Saya tidak pernah kata tidak ke-

pada penglibatannya kerana itulahminatnya waktu itu.

“Selagi beliau berminat, sayamenggalakkannya melakukan yangterbaik dalam apa jua bidang yang di-ceburinya, hinggakan darah khidmatkemasyarakatan itu turut mengalirdalam diri saya,” katanya.

Encik Row merupakan relawanhospis sejak hampir tiga dekad lalu.

Baru-baru ini Cik Row dan enampesakit telah diberi Anugerah Pesa-kit Contoh (EPA) kerana menyum-bang dalam khidmat penjagaan kesi-hatan di institusi-institusi di bawahnaungan National Healthcare Group(NHG).

Anugerah tersebut diberikan se-bagai menghargai sokongan merekakepada pesakit lain dan kepada kaki-tangan hospital.

Kesemua pemenang itu dipiliholeh kakitangan TTSH, Institusi Kesi-hatan Mental (IMH), poliklinikNHG, dan Pusat Kulit Nasional(NSC).

KISAH arwah bapa mentuanyayang menghidap demensia telahmendorong Cik Norlela Musa me-neruskan sumbangan sukarela kepa-da masyarakat.

Ibu seorang anak perempuan itumasih menyumbangkan tenaga danmasa di Hospital Hari Geriatrik diHospital Besar Changi (CGH).

Cik Norlela, yang bekerja sambi-lan dengan Persatuan PenyakitAlzheimer, kini memperuntukkansehingga tiga jam seminggu untukmenyumbang di hospital tersebut.

Tugasnya: Menemani pesakit tuayang menjalani program penjagaanpemulihan, termasuk bersenam, se-lain mengajak mereka berbual danmenemani mereka makan.

“Ada yang ingat saya meskipunsaya datang sekali dalam seminggu,tapi ada juga yang sering lupa-lupa.

“Tapi, saya tidak kisah keranayang penting saya dapat menemanimereka yang saya anggap sepertiibu bapa saya sendiri,” katanya.

Menurut Cik Norlela, arwah ba-pa mentuanya juga menghidapAlzheimer.

Semasa menjaga bapa mentua-nya itu, beliau mengambil kesempa-tan mendalami ilmu mengenai caramengurus dan menjaga warga tua dihospital tersebut.

“Kini, saya lebih bersedia meng-gunakan apa jua pengalaman yangtelah saya timba dalam menjaga ba-pa kandung saya sendiri, jika beliaumemilih tinggal bersama saya,” kata-nya.

Mengongsi pengalamannya se-panjang tujuh tahun menjadi rela-wan di CGH, Cik Norlela berkatabeliau bertemu dengan ramai wargatua yang memaparkan pelbagai si-kap dan kerenah.

Salah seorang daripada mereka,yang berusia dalam lingkungan80-an tahun, meninggalkan kenang-an manis kepadanya.

Wanita itu, yang sering datang

bersama anak dan pembantunya,menunjukkan sikap ceria setiap kalibeliau datang menjalani sesi pemuli-han di pusat tersebut.

“Saya perhatikan wanita tua itusering tersenyum, ketawa dan ja-rang saya lihat beliau berduka.

“Apabila ditanya, beliau berkatabeliau gemar datang ke sesi pemuli-han itu kerana dapat bertemu rakan-rakan sebaya dan dapat turut berse-nam,” katanya dengan nada gembi-ra.

Sikap wanita itu, ujarnya, meng-ajar beliau erti menua dengan sihatdan gembira.

Menurutnya lagi, selagi sese-orang itu mengamalkan gaya hidupsihat dan tidak terlalu tertekan de-ngan apa jua masalah, beliau akandapat menjalani hidup hari tuanyadengan lebih bahagia.

“Selagi pasangan suami isteri te-rus memainkan peranan dan tang-gungjawab masing-masing denganbaik, saya yakin hari tua mereka pas-ti lebih bahagia,” ujarnya.

Di atas sumbangannya itu, CikNorlela menerima augerah khidmatselama lima tahun pada tahun lalu.

Kini terdapat seramai 75 relawanaktif di CGH yang menyumbang-kan khidmat mereka setiap hari –menemani pesakit, termasuk mere-ka yang megalami demensia, ataumenawarkan sokongan semasa fo-rum dan acara pendidikan CGH.

Dalam e-melnya, Pengarah Per-hubungan Korporat CGH, EncikLim Ee Guan, berkata ramai dalamkalangan relawan itu merupakansuri rumah dan pesara yang memilihmeluangkan masa menjaga pesakit.

“Dengan lebih ramai pesakit tuadan peluasan khidmat, CGH akanterus memerlukan tenaga relawan.

“Kami menerima sesiapa sahajayang mempunyai minat menjagawarga tua, ingin membantu danmembuat perbezaan kepada pesa-kit,” kata beliau.

Berjasa melaluianak patung

Arwah bapa mentua sumberinspirasi berjasa pada warga tua

Kita sering dengar kisah sukarelawan yang menyumbang masa dantenaga di rumah-rumah kebajikan atau di luar negara. Bagaimana

pula sukarelawan yang menyumbangkan khidmat mereka dihospital? FARID HAMZAH, farid@sph.com.sg, menemu ramah dua

daripada mereka – meninjau bidang tugas dan faktor yangmendorong mereka berbuat demikian.

MASIH AKTIF: Biarpun usia sudah menjangkau 87 tahun, Cik Row masih terusberbakti kepada TTSH dengan menghasilkan anak patung yang kemudian dijual danhasilnya disalurkan kepada Dana Amal Masyarakat TTSH – Foto M.O. SALLEH

IKUT SERTA: Cik Norlela sanggup meluangkan masa tiga jam seminggu menjagawarga tua yang menjalani program penjagaan pemulihan di Hospital Besar Changi. –Foto MOHD TAUFIK A KADER

Berita Harian | Khamis, 13 November 2014 7

Gah! Gaya Hidup · Artistik · Hiburan

top related