bahasa melayu saintifik

Post on 03-Aug-2015

911 Views

Category:

Documents

15 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

BAHASA MELAYU SAINTIFIK

Pengenalan

Bahasa Melayu saintifik tidak hanya terhad kepada pengertian Sains (Fizik, Kimia, Matematik, Biologi dan sebagainya) tetapi juga bidang sains sosial.

Sehubungan dengan itu, perkataan "saintifik" mempunyai maksud yang dengan perkataan "akademik".

Menyebut sahaja mengenai perkataan "saintifik", majoriti orang hanya memikirkan istilah. Istilah sebenarnya merupakan hanya salah satu daripada banyak ciri bahasa saintifik yang dapat dilihat daripada pelbagai segi, termasuk laras dan gaya bahasa, serta juga modus dan teks.

Contoh Penggunaan Bahasa Melayu Saintifik

1. Kata Sifat : struktural, minimal, aktif, organik

2. Kata kerja : bersistem, bernitrogen, didewarnakan, diflokulasikan

3. Kata nama : morfologi, kalsium, multivitamin

Kebanyakan perkataan bahasa Melayu saintifik ini dipinjam daripada bahasa Inggeris dan diejaannya diubahsuai untuk membuat penyesuaian dari segi sebutan.

Penggunaan dan Fungsi Bahasa

Dalam konteks semasa, penggunaan bahasa Melayu yang sempurna adalah berdasarkan hakikat:

1. Bahasa yang baik, mudah, dan praktis.2. Bahasa yang berkesan.3. Bahasa yang indah.4. Mempunyai sifat keintelektualan bahasa

Bagi memastikan bahasa Melayu dapat digunakan dalam pelbagai bidang dan menjadi bahasa wahana ilmu, dua aspek perlu diusahakan, iaitu keintelektualan dan kesempurnaan bahasa.

Keintelektualan Bahasa

Dimaksudkan dengan keupayaan menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan, berkeupayaan mengungkapkan kesinambungan dan kerumitan fikiran.

Mengikut Havranek (1984), klimaks pencapaian tahap keintelektualan bahasa dapat dicapai melalui pembinaan dan pengayaan kosa kata serta struktur tatabahasa.

Kesempurnaan Bahasa

Antara ciri bahasa yang mencapai tahap kesempurnaan ialah:

1. Kecendekiaan2. Kepelbagaian3. Kelenturan4. Kepraktisan5. Keberkesanan6. Ketertiban

7. Kesederhanaan8. Ketekalan9. Keberadaban10.Keindahan

LARAS BAHASA

PENGENALAN

Definisi:Gaya dan penggunaan sesuatu bahasa.Gaya merujuk kepada pelisanan dan penulisan.Penggunaan merujuk kepada penutur, pendengar, situasi, topik dan tujuan perbincangan.

Perbezaan Laras Bahasa

Bahasa

Pengguna Penggunaan

Dialek Laras

Mengapakah laras bahasa digunakan?

Terdapatnya: Ciri-ciri keperihalan

- Situasi Luaran- Situasi Persekitaran

Ciri-ciri linguistik- Aspek Bunyi- Aspek Perkataan- Aspek Ayat

Situasi Luaran

maksudnya ialah latar belakang sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa.

merangkumi struktur sosial dan keseluruhan cara hidup yang menentukan tindak-tanduk anggota masyarakat.

JENIS-JENIS LARAS BAHASA Laras Bahasa Biasa Laras Bahasa Iklan / Perniagaan Laras Bahasa Sains Laras Bahasa Media Massa Laras Bahasa Rencana Larasa Bahasa Undang-Undang Laras Bahasa Agama

Laras Bahasa Sukan Laras Bahasa Sastera / Kreatif Laras Bahasa Ekonomi Laras Bahasa Akademik

Laras Bahasa Iklan / Perniagaan Untuk menyampaikan maklumat berkesan Pemberitahuan fakta yang jelas amat

dipentingkan Ayat ringkas dan pendek (banyak guna

kata sifat) Sifat bahasa adalah imaginatif dan kreatif Penggunaan bahasa retorik Tidak mementingkan tatabahasa Guna pernyataan tertentu

Laras Bahasa Sains

Laras ilmiah, berbahasa moden, bersifat formal dan menidakkan bahasa basahan

Mempunyai sifat intelektual, saintifik, formal dan objektif berdasarkan kajian dan fakta

Istilah sains dan teknikal adalah banyak Ada istilah pinjaman Terdapat banyak penggunaan kata nama

dan ragam ayat pasif Dibahagikan kepada subbidang seperti

laras fizik, biologi, kimia dan teknologi

Laras Bahasa Media Massa Peranan media massa adalah untuk

melapor atau menyampaikan berita dengan bahasa yang paling mudah diterima pendengar dan pembaca

Laras media massa tidak mementingkan tatabahasa, seperti imbuhan dan kata hubung

Tiada istilah teknikal dan khusus

Laras Bahasa Rencana

Bersifat umum Menampilkan berbagai-bagai idea

tentang sesuatu isu Gaya bahasa mudah difahami Melaporkan sesuatu kepada pembaca

secara umum ataupun terperinci

Laras Bahasa Undang-Undang

Teks bersabit dengan perundangan yang mengandung prinsip undang-undang tertentu dan berbentuk akta (bahagian dan seksyen)

Terdapat istilah khusus yang kebanyakannya dipinjam daripada bahasa Inggeris

Makna kosa kata berdasarkan intepretasi Struktur ayat tidak diutamakan, tetapi

kepersisan dan kejelasan dipentingkan Bersifat objektif, terperinci, tepat dan padat Tiada graf atau gambar Binaan ayat adalah panjang

Laras Bahasa Agama

Membincangkan isu agama Ada istilah pinjaman Terdapat petikan Terdapat tamsil ibarat atau kias ibarat

untuk pengajaran

Laras Bahasa Sukan

Menyampaikan maklumat kegiatan sukan

Bahasa adalah ringkas, bersahaja dan jelas

Ada istilah aktiviti sukan Kosa kata mudah difahami

Laras Bahasa Sastera / Kreatif

Laras bahasa terhasil daripada cetusan imaginasi dan pengalaman

Ada istilah khusus tentang sastera Bersifat figuratif (penyimpangan makna

daripada bahasa biasa) Mementingkan pemilihan diksi berkesan,

bahasa tersirat Ada unsur seperti metafora, kiasan,

imejan, personifikasi dan hiperbola Bernada puitis dan bersifat komunikatif

Laras Bahasa Ekonomi

Berbentuk ilmiah tentang isu ekonomi Ada istilah teknikal ekonomi Tidak mengutamakan struktur ayat Gaya bahasa formal Maklumat jelas dan eksplisit Fakta berdasarkan bukti data dan

statistik

Laras Bahasa Akademik

Bersifat ilmiah, formal dan objektif Gaya bahasa menunjukkan kematangan dan

keintelektualan (berkeupayaan menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan)

Istilah bersifat khusus dan sukar difahami oleh orang yang tidak berpendidikan tinggi

Ada kesempurnaan bahasa (kestabilan, kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dan keindahan)

Mengutamakan pemaparan, perbincangan dan penghuraian

Terdapat penulisan ragam ayat pasif dan ayat majmuk

Ada format seperti nota kaki, bibliografi dan indeks

CABARAN DAN ISU PENGGUNAAN

BAHASA MELAYU

Cabaran dan Isu Penggunaan Bahasa Melayu

Asakan gelombang globlisasi, liberalisasi dan pengaruh pascamodenisme sering kali dikaitkan dengan kukuh atau lupusnya sesuatu bahasa, tradisi persuratan, dan budayanya.

Sejajar dengan tumpuan kepada pembangunan bidang ekonomi, sains dan teknologi, perkara yang berlaku kini ialah wujudnya keserongan persepsi terhadap keperluan bangsa atau cara sesebuah memilih untuk berbahasa. Bahasa Inggeris dianggap sangat penting dan pegangan ini akan memusnahkan kemajuan sesebuah bahasa kebangsaan dimana-mana Negara sekalipun.

Bahasa Melayu kini tercabar dari sudut fungsi wahana penyampaian ilmu dan maklumat.

Perkembangan segala macam ilmu dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang teknologi maklumat, memang menjadikan bahasa sebahagian dalam keperluan itu.

Usaha penulisan dan penerbitan buku-buku ilmu, khususnya dalam bidang sains dan teknologi maklumat tidak bergerak sejajar dengan perkembangan ilmu dan pembangunan negara.

Cabaran dari segi fungsi bahasa

Cabaran-cabaran lain

1. Wujudnya golongan bangsa Malaysia yang terlalu bangga dengan bahasa asing. Penggunaan bahasa Melayu kurang dipraktikan serta lebih mudah mencampuradukkan dengan bahasa asing, ini terpapar dalam rancangan berbentuk perbincangan politik dan juga ekonomi. Kesannya seolah-olah bahasa Melayu itu ketandusan idea dan gagal dalam penyampaian ilmu.

Cabaran-cabaran lain

2. Tenaga pengajar institusi pengajian tinggi awam ketika ini seolah-olah berlumba-lumba untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran kursus dalam bidang yang mampu disampaikan dengan baik dalam bahasa kebangsaan, seperti kursus ekomoni, pengurusan perniagaan, undang-undang, pendidikan dan veterinar. Bahasa Melayu seperti tidak layak untuk menjadi pengantar ilmu. Arbak Othman, Dewan Bahasa (2006: 27-29)

Cabaran-cabaran lain

3. Perubahan dasar pendidikan Negara iaitu tentang bahasa pengantar bagi mata pelajaran Sains dan Matematik meninggalkan kesan yang amat buruk ke atas bahasa Melayu. Dalam sekelip mata, dasar tersebut membawa mesej tentang ketidakupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan sekali gus meminggirkannya. Pencarian istilah yang baru akan terbantut ini akan menyebabkan bahasa Melayu ketandusan istilah ilmu.

Isu Bahasa Melayu Dalam Perlembagaan

Kedudukan bahasa Melayu dalam perlembagaan boleh dilihat sebagai elemen peribumi; elemen yang unik dan tidak boleh dimansuhkan melalui proses biasa yakni proses pindaan melalui Parlimen.

Hal ini demikian kerana bahasa Melayu adalah sebahagian daripada perkara yang sering disebut sebagai kontrak sosial yang merangkumi hal-hal yang dipersetujui sewaktu rundingan kemerdekaan dahulu.

Isu Dasar Pendidikan Negara

Berdasarkan dasar pendidikan ini, dinyatakan juga penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan terutamanya di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi.

Usaha menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan di negara ini dimulakan dengan pengubalan Laporan Jawatankuasa Pelajaran Razak pada tahun 1956.

Sekian…Terima kasih atas perhatian anda..

top related