bab 7 dasar luar malaysia

Post on 13-Apr-2017

406 Views

Category:

Presentations & Public Speaking

3 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

DASAR LUAR MALAYSIA

Pendahuluan  Sebagai rakyat Malaysia , kita hendaklah mengambil tahu perkara-

perkara yang berlaku di negara sendiri . Hal ini kerana , sesuatu yang berlaku di keliling kita akan memberi kesan kepada kehidupan seharian masyarakat malaysia pada masa ini atau pada masa yang akan datang.Hubungan antarabangsa merupakan satu kajian berkenaan hubungan atau interaksi yang melampaui sempadan ini bukan sahaja melibatkan hubungan antara negara bahkan merupakan hubungan yang turut melibatkan entiti-entiti lain.Antara isu-isu yang diberi tumpuan oleh kerajaan Malaysia pada masa ini adalah tentang dasar luar negara , isu pembangunan alam sekitar dan juga pembangunan insan . Ketiga-tiga tersebut merupakan perkara pokok atau utama yang boleh menentukan hala tuju pembangunan negara . Jika ketiga-tiga perkara ini tidak diberi perhatian , ia mungkin akan memberi kesan kepada pembangunan politik dan ekonomi negara.

ISI DAN KANDUNGAN

PERDANA MENTERI TERLIBAT DENGAN DASAR LUAR MALAYSIA

TUNKU ABDUL RAHMAN TAHAP 1 (1957- 1970)

TUN ABDUL RAZAKTAHAP 2 (1972- 1976)

TUN HUSSIEN ONN TAHAP 3 (1976- 1981)

TUN MAHATHIR MOHAMAD TAHAP 4 (1981- 2003)

DEFINISI DASAR LUAR MALAYSIADasar luar negara boleh dianggap sebagai instrumen

atau alat yang diperlukan oleh sesebuah negara untuk berhubung, berinteraksi dengan sebuah

negara yang lain, baik yang berjiran dengannya atau yang berada jauh dengannya. Melalui dasar luar

negara, kita menyatakan pendirian kita berhubung dengan sesuatu isu yang berlaku di sempadan

negara kita mahupun negara lain yang jauh dari segi kedudukan geografi dalam hubungan antarabangsa.

Dalam sistem perhubungan antarabangsa, pembentukan dasar luar negara juga perlu

mengambil kira dasar luar atau sikap negara-negara lain. Dasar luar boleh berubah mengikut senario

politik antarabangsa.

OBJEKTIF UTAMA DASAR

Menjaga kedaulatan malaysia

mempertahankan dan memajukan

kepentingan malaysia

memupuk hubungan

baik

mempertahankan kemerdekaan

menangani perkembangan dan

cabaran politik

melindungi kepentingan

nasional

PRINSIP DASAR LUAR MALAYSIA

menyelesaikan masalah menerusi rundingan

hidup bersama secara aman dan harmoni

pendekatan berbaik-baik dengan negara lain

memperjuangkan hak untuk setiap negara

ANTARA DASAR-DASAR….

PANDANG KE TIMUR

ASEAN

PERSATUAAN BANGSA BERSATU(PBB)

Persatuaan Bangsa Bersatu Pertubuhan Bangsa – bangsa Bersatu (PBB)

ditubuhkan pada bulan oktober 1945 . Matlamat utama penubuhan PBB adalah

memelihara keamanan dan keselamatan sejagat . PBB juga memainkan peranan menyelesaikan

konflik antarabangsa secara aman tanpa penggunaan kekerasan .

Sejak awal penubuhan hingga hari ini , PBB telah memberikan sumbangan amat besar dalam memelihara keamanan dan kesejahteraan masyarakat dunia .

MATLAMAT DAN PRINSIP PBB

Mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa

Mewujudkan hubungan persahabatan dalam kalangan negara antarabangsa

Menggalakkan kerjasama antarabangsa Melindungi hak asasi manusia tanpa mengira kaum ,

jantina atau agama Membaiki taraf hidup penduduk di seluruh dunia

MAJLIS KESELAMATAN Merupakan badan terpenting dalam PBB yang

bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan dunia .

Sebelum 1965 , majlis ini mempunyai 11 ahli iaitu lima ahli tetap dan enam ahli biasa.

Enam ahli biasa dilantik dua tahun sekali Selepas tahun 1965 , jumlah ahli biasa ditambah

menjadi 10 . Anggota tetap Majlis Keselamatan PBB

mempunyai kuasa veto yakni kuasa pembatal .

MAJLIS PERHIMPUNAN AGUNG

Merupakan badan terbesar PBB yang diwakili oleh semua negara anggota PBB .

Setiap ahli daBerperanan sebagai Parlimen yang mendebatkan hal ehwal dunia .

Berperanan sebagai Parlimen yang mendebatkan hal ehwal dunia .

Persidangan majlis ini diadakan setahun sekali. Fungsi utamanya adalah melaksanakan matlamat

dan prinsip PBB. Majlis ini juga berfungsi sebagai badan

perunding , penyelaras ,pemilih dan pengawas kewangan PBB

Pencapaian PBB

MASALAH PELARIAN • PBB memainkan peranan dalam menyelesaikan

masalah pelarian .• Bagi menangani masalah ini,PBB mengadakan

rundingan diplomatik bagi menempatkan pelarian   di negara-negara tertentu.

DASAR APARTEID• PBB menubuhkan jawatankuasa khas bagi

menangani masalah  aparteid.• Pada 1963,Perhimpunana Agung PBB meluluskan

perisytiharan pembasmian segala bentuk   diskriminasi ras.

HAK ASASI SEJAGAT • Pada 1948,PBB mengubal perisytiharan Hak Asasi

Sejagat• perjanjian berhubung dengan hak asasi sejagat

 diluluskan oleh PBB pada 1966

OIC

PERTUBUHAN PERSIDANGAN ISLAM

LATAR BELAKANG OICDI TUBUKAN PADA 25 September

1969 (12 Rejab 1389HPERSIDANGAN ISLAM PERTAMA DI

RABATTERTUBUHNYA DI SEBABKAN PUAK

ZIONIS MEMBUAT SERANGAN KE ATAS MASJID AQSA

OBJEKTIF PENUBUHANMengeratkan hubungan sesama negara Islam

Bersuara dalam satu nada bagi kepentingan umat Islam

Mengekal perdamaian antara negara Islam

Mengelakkan persengketaan antara Islam

Memastikan tempat suci Islam dihormati dan tidak dicemari

ANTARA NEGARA YANG TERLIBAT

MALQYSIA

TURKI

IRAN

ARAB SAUDIIRAQ

BOSNIA

BRUNEI

PALETINE

CAMEROON

PAKISTAN

SYRIA

SUDANSUDAN

Struktur Institusi

Pembuat dasar iaitu Sidang Kemuncak

Ketua-ketua Negara Kerajaan OIC

Sekretariat OIC.

Persidangan Menteri-menteri

Luar OIC

ASEAN

LATAR BELAKANG• ASEAN ditubuhkan melalui Deklarasi Bangkok pada 8 Ogos 1967.• Lima orang Menteri Luar ASEAN ketika itu, iaitu Tun Adam Malik (Indonesia), Tun Tuanat Koman (Thailand), S. Rajaratnam (Singapura), Narcisco Ramos (Filipina) dan Tun Abdul Razak (Malaysia) berhimpun di Bangkok dan mengisytiharkan penubuhan ASEAN.• Penyertaan Malaysia dalam ASEAN adalah berdasarkan keazaman Negara ini untuk menyelesaikan perbezaan politik dengan Filipina dan Singapura.• Di samping itu, Malaysia berhasrat untuk menjalin hubungan yang erat dengan Indonesia. • Pada tahun 1984, Brunei menyertai ASEAN sebagai anggota yang keenam. Pada tahun 1995, Vietnam pula menyertai ASEAN seterusnya diikuti dengan Myanmar, Kemboja dan Laos pada tahun 1999

MATLAMAT PENUBUHAN

mempercepatkan perkembangan dan pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial dan pembangunan kebudayaan serantau

Mengekalkan keamanan dan kestabilan kawasan serantau dengan menghormati dan mematuhi peraturan, undang-undang dan keadilan Negara-negara kawasan serantau serta mematuhi prinsip Carter Bangsa-Bangsa Bersatu

Memupuk kerjasama yang aktif dan mengembangkan kepetingan bersama dalam bidang ekonomi, sosial, kebudayaan, teknikal, saintifik dan pentadbiran

Meningkatkan taraf hidup melalui kerjasama perusahaan, pertanian dan perdagangan

Meningkatkan bidang pengajian dan pendidikan yang lebih maju di Asia Tenggara

Membekalkan bantuan dan kemudahan latihan, penyelidikan dan pembangunan dikalangan Negara-negara anggota

Mengadakan hubungan yang lebih erat dan menguntungkan dalam kalangan ahlinya

ASEAN & Kerjasama Politik

ZOPFAN (Zon Aman Bebas

dan Berkecuali)

SEANWFZ (Zon Bebas Senjata

Nuklear Asia Tenggara)

Sebab-sebab ZOPFAN diisytiharkan

Vietnam Utara menakluki Vietnam Selatan dan Amerika Syarikat, Russia dan China campur tangan di Vietnam

Selepas Vietnam jatuh ke tangan Komunis, Vietnam menakluki Kemboja

Pergolakan di Kemboja mengancam Kestabilan Politik Asia Tenggara

Mahu menjadikan Rantau Asia Tenggara sebagai rantau yang bebas, aman, berkecuali dan strategik

SEANWFZ (Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara)

Asia Tenggara sebagai rantau yang bebas daripada senjata nuklear. Matlamat utama penubuhan ialah untuk menjamin keselamatan kawasan perairan Asia Tenggara, mengelakkan kuasa besar campur tangan di rantau ini dan mengelakkan perlumbaan senjata nuklear di Rantau Asia Tenggara

Peraturan Perdagangan Istimewa (PTA)menggalakkan perdagangan intra-ASEAN melalui syarat perdagangan yang istimewa

Menjalankan beberapa projek perindustrian

Menubuhkan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)

ASEAN & KERJASAMA EKONOMI

Dalam bidang ekonomi Negara-negara anggota ASEAN masih bersaing sengit antara satu sama lain. Masing-masing mengutamakan kepentingan kebangsaan serta merebut pelabur asing.

Negara Singapura lebih memihak kepada Amerika Syarikat dan Israel dan bertikai dengan Malaysia dalam isu bayaran bekalan air dan menambak pantainya sehingga menjejaskan kawasan perikanan Malaysia.

Negara Thailand pula sering menuduh Malaysia melindungi kumpulan pelampau Islam di Selatan Thailand dan nelayan Thailand sering menceroboh kawasan perairan Malaysia.

Negara Indonesia pula sering menahan nelayan Malaysia dan masalah pendatang haram dan pembantu rumah warga Indonesia di Malaysia.

Rebutan wilayah masih belum selesai misalnya Pulau Terumbu Peninjau dan Pulau Terumbu Siput dengan Filipina.

KELEMAHAN ASEAN

Masalah pelarian Vietnam berjaya disuarakan dalam forum antarabangsa anjuran Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)

Menubuhkan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) untuk mengembangkan bahasa melayu dan meningkatkan semangat persaudaraan.

SEAMEO (Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara) mengadakan kerjasama dalam bidang pendidikan

Mengadakan mesyuarat Asia-Eropah dan mengadakan kerjasama ekonomi, politik dan sosial antara ASEAN dan Negara Eropah.

Dalam Deklarasi Hanoi 1998, ASEAN bekerjasama untuk mengawal AIDS dan penggunaan mata wang ASEAN

KEJAYAAN ASEAN

RUJUKANBuku Teks Sejarah Tingkatan Ibrahim Saad (1990): Perubahan Pendidikan di Malaysia: Satu Cabaran: KualaLumpur: Dewan Bahasa dan PustakaMohd. SallehLebar (1996): Perkembangan dan Haluan Kurikulum Pendidikan di Malaysia: Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd.Robiah Sidin (1994): Pendidikan di Malaysia: Cabaran Untuk Masa Depan : KualaLumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

LAMAN WEBHBSS 1203 Hala Tuju Pembangunan Negara http://faculty.unitarklj1.edu.my/courseweb/aac/pdf/ugb0033/module12.pdf

top related