bab 5 gerak balas dalam tumbuhan

Post on 17-Oct-2021

20 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Bab 5 Gerak Balas dalam Tumbuhan

Biologi Tingkatan 5 KSSM

Oleh Cikgu Norazila Khalid

Smk Ulu Tiram, Johor

5.1 JenisGerak Balas

Jenis Gerak Balas Tumbuhan

• Gerak Balas Tropisme

• Gerak Balas Nasti

Gerak Balas Tropisme

• Gerak balas tropisme merupakan gerak balas bahagian-bahagian tertentu tumbuhan seperti akar dan pucuk, sama ada tumbuh mendekati atau menjauhi rangsangan.

• Terdapat pelbagai jenis gerak balas dalam tumbuhan, iaitu tigmotropisme, geotropisme, hidrotropisme, fototropisme dan kemotropisme.

Contoh Gerak Balas Tropisme

• Tigmotropisme

• Geotropisme

• Hidrotropisme

• Fototropisme

• Kemotropisme

Gerak Balas Nasti

• Gerak balas nasti terdiri daripada beberapa jenis, iaitu fotonasti, seismonasti, niktinasti, termonasti dan tigmonasti.

FotonastioBiasanya, kelopak bunga

terlibat dalam gerakanfotonasti yang bergerakbalas terhadap cahaya.

oBunga ros Jepunberkembang apabilamenerima cahaya matahari yang maksimum.

oBunga ros Jepunmenguncup pada waktumalam.

Seismonasti

• Seismonasti merupakan gerakbalas yang berlaku disebabkanoleh rangsangan mekanikalseperti kejutan, sentuhan, tiupan angin dan titisan air hujan.

• Gerakan seismonasti dapatdilihat pada daun, stigma dan stamen

• Contoh semalu

Niktinasti• Niktinasti merupakan gerak balas

ritma sirkadian tumbuhan terhadapkeadaan gelap.

• Biasanya, daun pokok kekacangseperti daun pokok petai belalang, menguncup pada waktu malam dan kembali terbuka pada waktu siang

• Contoh pokok petai belalang

Termonasti

• Termonasti merupakan gerak balastumbuhan terhadap perubahan suhupersekitaran.

• Sebagai contoh, bunga tulip kembangmekar disebabkan kenaikan suhu dan menguncup apabila suhu menurun

• Contoh Tulip

Tigmonasti• Tigmonasti merupakan

gerak balas tumbuhanterhadap getaran.

• Gerak balas ini dapatdiperhatikan padatumbuhan karnivorseperti perangkap lalatVenus.

• Rangsangan yang diterima menyebabkandaun tertutup dan memerangkap serangga

5.2 Fitohormon

Fitohormon

• Tumbuhan tidak mempunyai sistem saraf seperti manusiadan haiwan yang menggunakan sistem saraf dan hormonbagi mengawal atur aktiviti hidupnya.

• Hal ini dikatakan demikian kerana gerak balas yang dilakukan oleh tumbuhan dapat diperhatikan dengan jelasselepas suatu tempoh masa tertentu.

• Fitohormon atau hormon tumbuhan, merupakan bahankimia yang merangsang dan menyelaras gerak balas dalam tumbuhan terhadap rangsangan pada kepekatan yang sangat rendah.

Kesan Auksin terhadap Gerak Balas Pertumbuhan

• Tumbuhan bergerak balas terhadap rangsangan dalam bentuk pertumbuhan.

• Gerak balas pertumbuhan dikawal oleh auksin.

• Gerak balas tropisme berkaitrapat dengan taburanauksin.

• Rangsangan luar seperticahaya dan gravitimempengaruhi taburanauksin dalam tumbuhan.

• Auksin memberi kesan yang berbeza kepada sel-sel dipucuk dan sel-sel di akar.

• Kepekatan auksin yang tinggi merangsangpemanjangan sel di pucuktetapi merencatkanpemanjangan sel di akar

Peranan Auksin dalam Gerak Balas Fototropisme

• Arah gerak balas hujung pucukbergantung kepada arah rangsangancahaya.

• Taburan auksin pada pucuk adalahsekata jika didedahkan kepada cahaya dari semua arah.

• Hal ini menyebabkan pucuk tumbuhtegak ke atas.

• Apabila pucuk didedahkan kepadacahaya dari satu arah sahaja, auksinakan bergerak menjauhi cahaya.

Peranan Auksin dalam Gerak Balas Fototropisme

• Kepekatan auksin lebih tinggi di bahagianteduh.

• Kepekatan auksin menjadi tidak sekata dipucuk.

• Sel di bahagian teduh mengalamipemanjangan yang lebih berbandingdengan sel pada bahagian yang terkenacahaya.

• Kesannya, pucuk membengkok ke arahcahaya.

• Pucuk menunjukkan fototropisme positif.

Peranan Auksin dalam Gerak Balas Geotropisme

• Gerak balas tumbuhan terhadap tarikangraviti juga dikawal oleh auksin.

• Biji benih bercambah di dalam tanah secaramendatar.

• Auksin berkumpul di bahagian bawahhujung pucuk dan akar disebabkan olehtarikan graviti.

• Akar menunjukkan gerak balas geotropismepositif kerana tumbuh ke bawah, iaitumengikut arah tarikan graviti, manakalapucuk menunjukkan gerak balas geotropismenegatif kerana tumbuh ke atas, melawanarah tarikan graviti.

5.3 AplikasiFitohormondalam Pertanian

Aplikasi Fitohormon dalam Pertanian

• Fitohormon merupakanbahan kimia yang banyak membantudalam perkembanganbunga, buah, batangdan akar.

• Fitohormon bukansahaja dihasilkan secarasemula jadi, malahdapat dihasilkan secarasintetik didalammakmal.

Auksin• Menggalakkan pertumbuhan

tanaman

• Merangsang pengembangan akar(pembiakan aseks) pada keratanbatang tumbuhan berkayu bagitanaman hortikultur

• Menghasilkanbuah rumpai tanpabiji melalui kaedah partenokarpi

• Digunakan sebagai racun

• Melambatkan pertunasan ubikentang semasa penyimpananatau pemasaran

• Pembentukan tumbuhan yang rendah dan rimbun

Giberelin• Merawat tumbuhan kerdil

akibat mutasi tumbuh keketinggian normal

• Merangsang pemanjangantangkai bunga dengan cepat

• Digunakanuntuk menghasilkanbuah anggur yang lebih besar

• Menggalakkan percambahan bijibenih tanaman seperti salad, oat dan tembakau pada keadaansuhu rendah atau kekurangancahaya

Asid Absisik

• Memberi kesanperencatan ke atasproses percambahandan pertumbuhan

Sitokinin

• Teknik kultur tisu - merangsangpembahagian dan pembezaan sel

• Teknik kultur tisu – digunakanbersama auksin untukmerangsang pembentukan organ tumbuhan seperti akar dan batang

• Digunakan untuk melambatkanpenuaan daun bagi pokok bungayang baru dipotong

Etilena

• Digunakan secara komersiluntuk merangsangpemasakan buah dengancepat dan secara sekata

• Merangsang pembungaanserentak pada tumbuhandalam ladang

TAMAT

top related