ayat majmuk pancangan

Post on 20-Jul-2015

197 Views

Category:

Education

7 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Aliph_sleeq@mof.gov.sg

Bagaimanakah perasaan kamusemasa membaca e-mel kirimanabang?

KATA HUBUNG

Bertugas untuk menghubungkan dua barisayat atau lebih hingga membentuk ayatberlapis atau ayat majmuk.

Ia boleh hadir di awal atau di tengah ayat.

Contoh Kata Penghubung :

dan sambil walaupun

kerana lalu supaya

jika atau tetapi

http://youtu.be/CRkNMweIqcw

Digunakan untuk gabungkan ayat kecil dengansatu ayat induk.

~ ayat kecil disambungkan dengan ayat yanglebih panjang.

Kata Hubung Pancangan

Contoh ayat :Ayat induk :Saya akan ke rumah awak.Ayat kecil:Hari tidak hujan.

Saya akan ke rumah awak jika hari tidak hujan.

KATA HUBUNG PANCANGAN

sebab

supaya

kalau

walaupun

semasa setelah

sebelum selama

SEBAB / KERANA

Digunakan untuk menghubungkan ayat

yang bermaksud untuk menyatakan

suatu musabab atau akibat.

Tangannya patah sebab jatuh daripokok.

Dia memakai kaca mata keranamatanya rabun.

Budak kecil itu menangis sebabduitnya hilang.

KALAU / JIKA / JIKALAU

Digunakan bagi menghubungkan ayat yang

bermaksud untuk menyatakan suatu syarat

atau pengandaian.

Dia menggunakan payung kalau hari hujan.

Beliau akan ke Makkah jikalau wang simpanannyasudah mencukupi.

Shafiq akan menyertai bengkel itu jika permohonannyaditerima.

SUPAYA / AGAR

Digunakan bagi menghubungkan ayat yang

bermaksud untuk menyatakan tujuan yang

tertentu

Orang tua itu sentiasa berdoa supayaanak-anaknya hidup bahagia.

Luqman belajar bersungguh-sungguh agarlulus peperiksaan dengan cemerlang.

Erlina memakai payung di tengah hujansupaya bajunya tidak basah.

WALAUPUN / SUNGGUHPUN / MESKIPUN / BIARPUN

Digunakan bagi menghubungkan ayat yang

bermaksud untuk menyatakan tolak ansur.

Dia masih nakal walaupun telah dinasihatiBe berapa kali.

Abang Aidil masih tekun menelaah pelajaransekolahnya sungguhpun hari sudah lewat malam.

Perempuan tua itu tetap bekerjameskipun badannya sudah uzur.

SEMASA / SEWAKTU / TATKALA / KETIKA

Digunakan bagi menghubungkan ayat yang

bermaksud waktu pekerjaan itu dilakukan

serentak.

Ayah sudah berada di rumah semasa kami tiba.

Kata datuknya, beliau dilahirkan sewaktupeperangan Jepun bermula.

Saya dan Suhail berada di situ tatkalaterjadinya peristiwa itu.

SESUDAH / SETELAH / SELEPAS

Digunakan bagi menghubungkan ayat yang

bermaksud waktu pekerjaan itu berurutan.

Dia mahu bercakap dengan saya sesudahsaya memohon maaf.

Pemuda biadab itu beredar dari situ sesudahorang kaya itu mengusirnya.

Anggota-anggota bomba pulang ke balai sesudahberjaya memadamkan kebakaran itu.

SEBELUM

Digunakan bagi menghubungkan ayat yang

bermaksud waktu pekerjaan itu bersilih.

Nelayan tua itu membaca doa sebelumturun ke laut.

Petani-petani itu menggemburkan

tanah batasnya sebelum menaburbenih sayur.

Anak kesayangan Encik Ismail itumenggosok gigi sebelum masuk tidur.

SELAGI / SELAMA

Digunakan bagi menghubungkan ayat yang

bermaksud untuk menyatakan suatu jangka waktu.

Dia berhasrat untuk menginap terus dihotel itu selagi dia mempunyai wang.

Kehidupannya tidak akan bahagia

selagi dia belum insaf akan kesalahanyang dilakukanya.

Wanita itu tidak mahu tidur selamasuaminya belum pulang.

Digunakan untuk gabungkan ayat kecil dengansatu ayat induk.

~ Menggunakan kata hubungan bahawa dan untukKomplemen bermakna pelengkap.

~ Klausa komplemen adalah klausa yang dipancangkan kedalam klausa utama bagi melengkapkan klausa tersebut

Ayat Pancangan Komplemen

Contoh ayat : Dia memberitahu sesuatu.

Giginya sakit

Ayat induk

Klausa kecil

Dia memberitahu bahawa giginya sakit.

BAHAWA

Ayat Induk Klausa Komplemen

Dia memberitahu membeli baju baru

Dia memberitahu bahawa dia membeli baju baharu.

Dia memberitahu akan bertolak ke Kuala Lumpur esok.

Dia memberitahu bahawa dia akan bertolak ke Kuala Lumpur esok

Dia menerangkan murid itu sakit.

Dia menerangkan bahawa murid itu sakit.

Projek mega itu gagal ( perkara ) adalah tidak tepat.

Bahawa projek mega itu gagal adalah tidak tepat.

UNTUK

Ayat Induk Klausa Komplemen

Ali melakukannya (perkara ) sangat sukar.

Untuk Ali melakukannya sangat sukar.

Perkara itu amat senang. Dia lulus ujian.

Untuk dia lulus ujian itu amatlah senang.

Mengatakan dia mencuribarang

(perkara ) itu adalah mustahil

Untuk mengatakan dia mencuri barang itu adalahmustahil

Isikan tempat kosong dengan Kata Penghubungyang sesuai.

sebelum ketika walaupun

kerana selagi selagi

jika setelah tatkala

1.Dia tetap pergi ke sekolah _________ sakit perut.

2.________ awak tidak keberatan, datanglah kerumah saya esok.

3.Pipi kirinya bercalar _________ dicakar olehkucing liar.

walaupun

Jika

kerana

1. Sudin belajar dengan rajin.Dia gagal di dalam peperiksaan.

2. Adik masuk tidur.Adik akan menggosok giginya dahulu.

3. Sarah lulus peperiksaan.Perkara itu tidak mustahil.

Walaupun Sudin belajar dengan rajin dia tetap gagal di dalam peperiksaan.

Sebelum masuk tidur, adik menggosok giginya dahulu.

Untuk Sarah lulus peperiksaan itu tidaklah mustahil.

4. Ibu menasihatkan saya.Baju kurung itu terlalu mahal.

5. Aliah menulis laporan itu.Perkara itu bukan mudah.

Ibu menasihatkan saya bahawa baju kurung itu terlalu mahal.

Untuk Aliah menulis laporan itu bukanlah mudah.

Aktiviti Berpasangan

Bina 5 potong ayat pancangan komplemen berdasarkangambar berikut ini.

Lengkapkan latihan di Buku Aktiviti Hal 8& Lembaran Kerja

top related