asyraf & faiz (ydpa)
Post on 15-Dec-2015
15 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Nama: Asyraf
1. Jelaskan 5 rasional PBP dalam matapelajaran Sejarah diperkenalkan.
Pembelajaran berasaskan projek membuatkan mata pelajaran Sejarah menjadi lebih
menarik kepada pelajar. Kebanyakan murid zaman sekarang mudah bosan dengan sekolah
apatah lagi dengan mata pelajaran Sejarah yang dianggap tidak bermakna dan membosankan.
PBP dalam Sejarah akan menjadikan murid menjadi aktif di dalam kelas kerana sesuatu projek
yang dijalankan akan melibatkan emosi dan pemikiran mereka secara menyeluruh selain
mendedahkan mereka dengan konsep pembelajaran tentang dunia sebenar yang relevan
kepada mereka. Contohnya, projek tentang sejarah tempat tinggal murid-murid membolehkan
mereka lebih berminat , tertarik dan ingin mengambil tahu tentang sesuatu yang berkaitan
dengan diri dan kehidupan seharian mereka,
PBP membantu meningkatkan kualiti pembelajaran murid dalam Sejarah. Selepas habis
menghasilkan sesebuah projek sejarah, murid akan lebih memahami kandungan pembelajaran
dengan lebih mendalam, mengingati apa yang telah mereka pelajari dan berupaya menyimpan
pengetahuan tersebut dengan lebih lama. Konsep PBP menyebabkan murid berupaya untuk
mengaplikasikan apa yang mereka pelajari dalam situasi baharu, Sebagai contohnya, projek
sejarah membuat bendera Malaysia gergasi akan menyedarkan murid untuk berusaha gigih
mengekalkan kemerdekaan negara kerana telah merasaikan keperitan dan kesusahan dalan
proses menghasilkan sebuah bendera Malaysia gergasi.
PBP menyediakan kemahiran yang penting dalam dunia abad ke-21 ini yang
memerlukan warga dunia lebih memiliki jauh lebih banyak kemahiran bukan sekadar
pengetahuan dan kemahiran asas sahaja. Dalam melakukan projek sejarah , murid akan
mempelajari cara untuk mengambil inisiatif , penghayatan nilai-nilai murni memikul
tanggungjawab , membina keyakinan, menyelesaikan masalah dan berkomunikasi. Ini
sejurusnya dapat membentuk kualiti warganegara Malaysia yang patriotik sebagai contohnya.
PBP berasaskan matapelajaran Sejarah membolehkan murid meluaskan pengalaman
pembelajaran mereka di luar kelas melalui soalan bermakna yang berkaitan dengan komuniti
dan keluarga. Pendekatan menggunakan PBP yang memerlukan murid menyiapkan projek
berasaskan masalah atau soalan yang diberi akan turut mempengaruhi pengetahuan saintifik
yang dibina. Jenis soalan dan cara sesuatu soalan itu ditanya oleh guru berpotensi untuk
mempengaruhi proses kognitif murid semasa mereka membina pengetahuan saintifik. Ini
menunjukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran menggunakan PBP haruslah berkaitan
dengan apa yang berlaku dalam kehidupan harian murid, supaya mudah untuk mereka
mengaitkannya dengan projek yang dibuat melalui pendekatan PBP seperti sejarah diri dan
keluarga mereka.
Pandangan murid terhadap kerja projek menerusi PBP menyebabkan mereka lebih
menghargai kerja-kerja projek yang memberikan mereka lebih banyak “kuasa” atau kawalan
terhadap cara mereka membuat atau menghasilkan sesuatu projek tersebut. Prinsip ini adalah
sesuai dengan mata pelajaran Sejarah apabila murid-murid diberi peluang dan kawalan untuk
meneroka tentang sesuatu sejarah dan bukannya menerima seadanya sejarah yang diberikan
kepada mereka. Contohnya , apabila membuat projek berkaitan Mat Kilau, tokoh pejuang
kemerdekaan negara, mereka akan lebih menghargai pengorbanan yang dilakukan oleh beliau.
2. Terangkan 5 tujuan PBP dalam matapelajaran Sejarah. Beri contoh setiap satu.
PBP menjadikan P&P sejarah menjadi lebih seronok dan bermanfaat. Projek yang
dijalankan membuatkan guru akan berinteraksi dengan murid secara lebih dekat dan aktif,
memotivasikan murid menghasilkan kerja projek yang berkualiti tinggi selain menemukan
semula keseronokan, minat, semangat dalam belajar dan mengajar bersama-sama murid
mereka.
PBP menghubungkan sekolah dan murid kepada komuniti luar dan dunia sebenar di
luar. Projek sejarah yang memerlukan murid mendapatkan maklumat sejarah dengan individu di
luar menjadi satu peluang yang baik kepada untuk melakukan perubahan seperi membantu
menyelesaikan isu dan masalah dunia seperti menyelesaikan isu berkaitan tuntuan terhadap
Sabah oleh Filipina suatu ketika dahulu.
Minat pembelajaran dan daya kreatif murid terhadap matapelajaran Sejarah dapat
dipupuk, serta mampu mengembangkan kemahiran psikomotor dan daya kreatif murid-murid.
Projek ini juga mampu menarik perhatian murid-murid terhadap satu-satu topik yang khusus,
PBP dalam sejarah memberi peluang mereka menjana idea mengenai topik tersebut, mengajar
mereka untuk menerima dan menghormati perbezaaan individu, mengalakkan mereka untuk
sedia menanggung risiko dalam berkongsi idea dan pandangan masing-masing serta
menunjukan bahawa sumbangan idea mereka dihargai.
Menerusi PBP, murid akan belajar mengumpul maklumat dan menganalisis.
Kebanyakan projek memerlukan sumber yang memberi peluang kepada pelajar untuk mencari
sendiri maklumat yang diperlukan. Pelajar-pelajar boleh menggunakan pelbagai jenis sumber
seperti pusat sumber, media massa dan internet. Ini seterusnya mendidik mereka untuk
mencari apa yang asli dan tepat sahaja.
Selain itu, tujuan PBP dalam sejarah adalah kerana kajian menunjukkan bahawa PBP
bukan sahaja membolehkan murid memberi maklum balas tentang maklumat sejarah tetapi
juga akan sentiasa menggunakan maklumat yang mereka ketahui untuk meneroka, menafsir
dan mencipta. Mereka akan menyusun langkah penyelesaian yang secara tidak langsungnya
mengubah fokus kepada proses pembelajaran mereka. Contohnya, apabila mereka
mempelajari tentang konsep masa sesuatu peristiwa bersejarah, mereka akan menggunakan
kemahiran tersebut untuk mencari tentang peristiwa bersejarah diri mereka sendiri seperti tarikh
mereka lahir dan adik-beradik mereka untuk dikaitkan dengan konsep masa peristiwa lain.
3. Jelaskan 5 ciri Pembelajaran berasaskan projek dalam mata pelajaran sejarah.
Antara ciri pembelajaran dalam PBP ialah soalan yang bbermakna yang mana
menggalakkan murid berfikir secara mendalam dan mencambahkan rasa ingin tahu kepada
mereka, selain sangat dekat dengan konteks sebenar. Pengajaran dan pembelajaran yang
menggunakan projek membolehkan murid meluaskan pengalaman pembelajaran mereka di luar
kelas melalui soalan bermakna yang berkaitan dengan komuniti dan keluarga. Ia juga turut
mempengaruhi pengetahuan saintifik yang dibina. Hal ini kerana jenis dan cara soalan itu
ditanya berpotensi untuk mempengaruhi proseskognitif murid semasa mereka membina
pengetahuan saintifik. Hal ini menunjukkan bahawa P&P menggunakan PBP haruslah berkaitan
dengan apa yang berlaku dalam kehidupan hariaan murid, supaya mudah untuk mereka
kaitkannya dengan projek yang dibuat.
Selain itu, PBP selalunya dicirikan dengan penghasilan satu produk atau hasil pada
akhir pembelajaran. Namun begitu, artifak bukan satu-satunya hasil yang semestinya diperoleh
melalui PBP. Murid juga boleh menunjukkan apa yang dipelajari dalam bentuk demonstrasi atau
persembahan. Jelaslah di sini bahawa persetujuan semua pengkaji untuk memasukkan ciri-ciri
penghasilan artifak dalam PBP dapat mendemonstrasikan pengetahuan yang diperoleh oleh
murid sepanjang proses P&P. Hal ini juga turur mengukuhkan pengetahuan dan pemahaman
murid.
Di samping itu, PBP juga haruslah mengintegrasikan maklumat, teknologi, dan
komunikasi. Hal ini kerana kajian mendapati teknologi semasa mampu menjadi penyumbang
maklumat kepada murid dan secara lansung akan menjadikannya menarik dan berharga.
Walaupun kemunculan PBP sebelum ledakan teknologi, para pengkaji melihat bahawa
berdasarkan kesesuaian PBP itu sendiri yang berlandaskan kepada penghasilan artifak, maka
kaedah ini boleh dijadikan satu peluang yang baik untuk diintegrasikan dengan TMK dan kekal
relevan dengan keperluan semasa.
Antara ciri lain ialah PBP sebaiknya dilakukan secara berkumpulan. Hal ini kerana jika
PBP dilaksanakan secara berkumpulan, maka murid-murid akan berkolaborasi, bekerjasama
untuk mengumpul maklumat seterusnya bersama-sama menghasilkan produk atau artifak di
akhir projek. Hal ini secara tidak lansung guru telah menanamkan nilai-nilai murni dalam diri
murid. Dengan melakukan secara kumpulan juga, murid-murid akan lebih ‘enjoy’ dan tidak
stress ketika menghasilkan projek. Hal ini menyebabkan murid berasa seronok terhadap
sejarah seterusnya ingin mengikuti lagi sesi interaksi dengan guru pada masa akan datang.
Akhir sekali, ciri PBP ialah proses yang sistematik. Di sini guru perlulah membimbing
murid-murid dalam melaksanakan pembelajaran berasaskan projek dengan mengikut langkah-
langkah seperti penyoalan, perancangan, penjadualan, pemantauan, pentaksiran, dan
penilaian. Dengan mengikut langkah-langkah berikut, projek yang dihasilkan secara
automatiknya akan melalui proses yang sistematik dan mengikut urutan. Hal ini secara tidak
lansung projek yang dihasilkan di akhir projek menjadi sempurna.
4. Huraikan 5 kelebihan/kekuatan Pembelajaran Berasaskan Projek dalam mata
pelajaran Sejarah. Berikan contoh setiap satu.
Melalui PBP, hubungan guru dengan pelajar akan lebih mesra kerana guru dan pelajar
saling berkomunikasi dan bertukar pendapat. Persepsi negatif pelajar kepada guru juga akan
berubah kerana proses interaksi sentiasa berlaku. Tujuan utama strategi ini ialah untuk
menggalakkan pelajar mengembangkan kemahiran diri dalam mengemukakan hujah, pendapat,
menyoal serta menyelesaikan masalah. Keadaan ini membolehkan pelajar berfikiran dengan
lebih luas dan mendidik pelajar supaya berani dan yakin kepada diri sendiri dalam
mengemukan hujah, pendapat dan seterusnya menyelesaikan masalah. Galakan daripada guru
akan menambahkan lagi keyakinan pelajar. Topik yang dipilih oleh guru mestilah sesuai dengan
objektif pembelajaran dan pengajaran serta dapat menarik minat pelajar. Keadaan ini
membolehkan pelajar belajar dalam keadaan yang gembira tanpa tekanan yang membebankan.
Contohya seperti dalam tajuk Sekolah Saya yang mana guru akan berkomunikasi dengan
murid-murid dalam menghasilkan projek.
Kelebihan yang seterusnya ialah murid-murid boleh menggunakan pengetahuan dan
kemahiran yang dipelajari semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah untuk
mencubanya dalam situasi yang sebenar dan menghasilkan sesuatu. Ini akan mendorong
mereka belajar dalam situasi yang seronok dan bermakna. Contohnya, murid-murid
mempelajari tentang Bunga Raya sebagai bunga kebangsaan, murid akan mengaplikasikannya
di luar bilik darjah dengan menanam banyak bunga raya di halaman rumah bagi meningkatkan
semangat cintanya pada negara.
Selain itu, semangat kerjasama dan sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui kerja
projek berdasarkan kumpulan pelbagai kebolehan, pelajar turut melibatkan diri secara aktif
dalam membuat dan menyediakan projek secara berkumpulan dan menanamkan sikap
koperatif dalam kalangan pelajar. Hal ini kerana, kebiasaannya sesuatu projek dilakukan di
dalam kumpulan, dengan ini, semangat bekerjasama antara ahli kumpulan dapat disemai dan
dipupuk. Misalnya, murid-murid bekerjasama menyiapkan projek berkaitan dengan
keistimewaan tempat tinggal saya.
Antara kelebihan lain yang diperoleh melalui perlaksanaan projek dalam pengajaran dan
pembelajaran Sejarah ialah mewujudkan komunikasi positif dan perhubungan kolaboratif dalam
kalangan pelajar yang pelbagai terutama dalam kumpulan pelajar. Murid-murid juga, dapat
belajar mengumpul maklumat dan menganalisis. Kebanyakan projek memerlukan sumber yang
memberi peluang kepada pelajar untuk mencari sendiri maklumat yang diperlukan. Pelajar-
pelajar boleh menggunakan pelbagai jenis sumber seperti pusat sumber, media massa dan
internet. Contohnya, murid berkolaboratif menyiapkan tugasan semasa mengadakan lawatan
sambil belajar ke Melaka.
Akhir sekali, murid juga akan mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan
masalah yang mereka alami sepanjang mengendalikan sesuatu projek dan pastinya aktiviti
yang dijalankan bermakna dan berilmiah. Pembelajaran berasaskan projek juga mampu
menarik minat dan memotivasikan pelajar yang kurang menumpukan perhatian dalam proses
Pengajaran dan Pembelajaran, menolong pelajar dalam memahami dan mengaplikasikan
pengetahuan, menolong pelajar dalam pembelajaran dan menguasai kemahiran menyelesaikan
masalah, berkomunikasi dan pengurusan kendiri, mengintegrasikan bidang kurikulum,
pengajaran bertema dan isu-isu komuniti, menggalakkan akauntabiliti dan penentuan matlamat,
serta memenuhi keperluan pelajar yang mempunyai tahap pembelajaran dan gaya
pembelajaran yang berbeza.
5. Adakah anda bersetuju bahawa TMKamat berguna dalam melaksanakan PBP?
Berikan lima sebab
Saya bersetuju kerana PBP menyediakan sebuah platform yang baik kepada murid
untuk menggunakan TMK. Murid-murid zaman celik teknologi sudah terbiasa dan berasa
seronok dalam menggunakan pelbagai jenis alat teknologi canggih dan terkini yang sangat
bersesuaian dengn konsep PBP. Dengan penggunakan TMK, ini membolehkan guru
memanipulasikan TMK yang dianggap sebagai alat mainan oleh murid-murid kepada alat
mainan yang membantu mereka belajar sesuatu seperti Sejarah. Dengan TMK yang ada , guru
dan murid bukan sahaja dapat mencari sumber, maklumat dan membina produk malah mereka
dapat berkolobrasi secara efektif dan berkomunikasi dengan pakar dan orang lain daripada
seluruh dunia. TMK juga membantu meluaskan konsep sejarah kerana TMK adalah berbentuk
global dan ini seterusnya dalam meluaskan pandangan dan pemikiran murid dalam mata
pelajaran Sejarah yang menepati konsep PBP.
6. Perancangan, penjadualan dan pemantauan merupakan antara langkah penting
dalam melaksanakan PBP. Perincikan setiap satu langkah tersebut.
Perancangan ialah penentuan hasil pembelajaran yang khusus. Di sini, guru perlulah
menyemak standard kandungan dan standard pembelajaran, memilih tajuk, seterusnya
menyenaraikan 2-3 hasil pembelajaran. Projek yang dirancang sebaik-baiknya dikaitkan dengan
kehidupan yang sebenar. Dalam perancangan juga, guru perlulah menyediakan pelan
pentaksiran yang mana guru perlu sediakan kriteria untuk menilai pencapaian murid dan rubric
pemarkahan. Reka bentuk idea dan aktiviti projek juga haruslah mengikut GRSAPE iaitu
matlamat, peranan, kumpulan sasar, set tugasan dan penyelesaian, hasilan, dan pentaksiran.
Penjadualan pula merupakan proses penting untuk menentukan jangka masa aktiviti
projek itu disiapkan. Tujuan penjadualan ialah membuat hubungan setiap aktiviti, mengenalpasti
turutan aktiviti, dan menganggar kos masa, urus tenaga, kerja, wang, dan sumber. Penanda
aras hendaklah ditentukan dalam langkah ini supaya murid-murid dapat tahu target yang ingin
dicapai dalam penghasilan projek. Dengan adanya penjadualan ini, maka kerja murid akan
menjadi sistematik seterusnya guru dapat mengetahui apa yang dilakukan oleh murid
berdasarkan jadual yang disediakan murid.
Dalam langkah pemantauan pula, murid perlulah mematuhi jadual projek yang telahpun
disediakan dalam langkah penjadualan. Murid juga perlulah menggabungjalin pembelajaran di
lapangan dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Hal ini bertujuan untuk memudahkan proses
penghasilan projek di samping mudah untuk guru membuat pemantauan dan pentaksiran. Di
sini, guru boleh merujuk ribrik pemarkahan untuk membuat penilaian terhadap hasil projek
murid. Guru juga harus berikan dan sediakan masa kepada murid-murid untuk berkongsi dan
mempamerkan hasil yang dibuat oleh murid-murid.
1. Perincikan strategi membina idea projek.
Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh guru bagi merancang sesuatu strategi
membina idea projek adalah dengan menetapkan matlamat atau idea utama sesuatu projek.
Hal ini bertujuan bagi memudahkan murid memberikan fokus utama kepada tugasan yang
diberikan. Contoh yang boleh diambil adalah projek berkenaan dengan tajuk yang terkandung
dalam DSKP Sejarah tahun 5 iaitu Yang Di-Pertuan Agong. Murid boleh mengemukakan idea
yang rasional tentang institusi Yang Di-Pertuan Agong sebagai tonggak pemerintahan negara.
Dengan ini, murid akan lebih mengenali dan membuat penilaian tentang institusi Yang di-
Pertuan Agong dalam sistem pemerintahan di Malaysia di samping menguasai maklumat
tentang institusi tersebut dalam pemerintahan di Malaysia.
Perkara seterusnya adalah guru memberi peranan kepada mereka. Guru perlu
menentukan peranan pelajar supaya mereka memahami dan menghubung-kait dengan
kehidupan sebenar. Guru perlu menerangkan secara jelas apakah tugasan yang mereka perlu
lekukan. Penerangan hendaklah diberikan dengan jelas bagi mengelakkan kekeliruan dan
disampaikan dalam bentuk yang senang dan mudah difahami oleh murid. Contohnya, dalam
tugasan mereka, mereka dikehendaki mencari maklumat berkaitan dengan cara pelantikan
Yang di-Pertuan Agong, menyenaraikan bidang kuasa yang di-Pertuan Agong serta
menyenaraikan alat-alat kebesaran Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong. Seterusnya,
guru boleh mengaitkan projek yang perlu mereka lakukan itu dengan mengaitkan dengan
kepentingan mereka menghargai Yang di-Pertuan Agong serta menjelaskan keunikan institusi
berkenaan dalam sistem pemerintahan di Malaysia dan menyatakan kepentingan menghormati
pemimpin negara.
Perkara ketiga adalah kumpulan sasar. Guru membahagikan murid kepada beberapa
kumpulan. Setiap kumpulan akan berkongsi dan membentangkan hasil projek. Dalam sesebuah
kelas guru perlu membahagikan mereka kepada kumpulan kecil untuk memudahkan
pembahagian tugas. Setiap kumpulan diagihkan mengikut kumpulan kecil bagi mencari sumber
dan bahan untuk projek yang akan mereka jalankan berdasarkan tugasan yang telah diberikan
oleh guru. Contohnya, kumpulan satu diminta untuk mencari cara-cara pelantikan Yang di-
Pertuan Agong manakala kumpulan dua menyenaraikan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong
dan kumpulan tiga mengenal pasti alat-alat kebesaran Yang di-Pertuan Agong seterusnya
kumpulan-kumpulan yang lain mencari maklumat-maklumat lain yang berkaitan dan
bersesuaian. Hasil kerja yang dibuat perlu dikongsi dan dibentangkan kepada kawan-kawan
mereka yang lain.
Kemudian, guru perlu mereka bentuk satu set aktiviti dan tugasan yang menjurus
kepada soalan kerangka kurikulum, isi kandungan dan hasilan projek. Seperti mana yang kita
ketahui guru adalah pemudah cara kepada murid-muridnya. Soalan-soalan yang diberikan
kepada mereka akan membantu mereka untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan. Soalan-
soalan yang diberikan perlulah jelas dan menjurus kepada hasilan projek mereka agar tidak
terpesong dari hasilan projek yang perlu mereka lakukan. Selepas itu, guru perlu menentukan
bentuk atau jenis hasilan yang dan dilakukan. Hasilan projek itu boleh dilakukan sama ada
dalam bentuk sama ada buku skrap, buku, artikel, multimedia dan lain-lain lagi.
Akhir sekali, guru perlu menentukan pentaksiran yang digunakan oleh guru dan pelajar
untuk menilai keperluan, menentukan matlamat, memantau perkembangan, memberi maklum
balas, membuat refleksi ke atas keseluruhan kitaran pembelajaran. Contohnya, refleksi kendiri.
Guru menggunakan senarai semak kolaborasi untuk memastikan pelajar berada pada
landasan yang betul. Setiap perbincangan dan gerak kerja yang dilakukan pelajar perlu
disemak dan ditambah baik sekiranya perlu melalui bimbingan yang berterusan. Seterusnya
yang terakhir adalah penaksiran guru. Guru perlu menggunakan rubrik pemarkahan untuk
menilai persembahan murid. Markah diberi berdasarkan hasil kerja yang telah disiapkan oleh murid.
2) Huraikan langkah pelaksanaan pementasan.
Pementasan merupakan salah satu daripada bentuk projek dalam Pembelajaran
Berasaskan Projek dalam mata pelajaran Sejarah. Projek pementasan yang dicadangkan ialah
pementasan teater sejarah.
Sebelum memulakan projek teater, langkah-langkah pelaksanaan perlulah diambil
perhatian dan diikuti. Pertamanya ialah penyoalan. Di sini, guru perlu la menyoal daripada
soalan yang umum sehingga soalan isi kandungan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran
berfikir murid sebelum memulakan projek persembahan. Hal ini secara tidak lansung akan
memberi idea kepada murid-murid untuk melaksanakan projek persembahan yang baik.
Setelah menyoal, murid perlulah merancang projek persembahan teater. Di sini, murid-murid
boleh melantik jawatankuasa persembahan. Bukan itu sahaja, murid-murid juga boleh
merancang tajuk lakonan untuk dipersembah yang mana bersesuaian dan mengikut sukatan
pelajaran. Murid-murid juga boleh merancang untuk menyediakan skrip lakonan yang mana
akan dibimbing oleh guru.
Setelah merancang, murid-murid perlulah melaksanakan langkah berikutnya iaitu
penjadualan. Di sini, murid dengan bimbingan guru perlulah menyediakan jadual seperti jadual
latihan persembahan supaya sistematik dan teratur. Dalam jadual tersebut, sebaik-baiknya
dimasukkan isi-isi penting seperti tarikh, masa, dan tempat latihan. Dengan ini, murid-murid
tidak mengalami sebarang kemusykilan dalan alasan untuk tidak datang latihan. Jadual juga
sebaik-baiknya mendapat persetujuan daripada semua ahli dan kelas di samping persetujuan
daripada guru pembimbing. Langkah yang seterusnya ialah pemantauan. Di sini, guru perlulah
memainkan peranan dengan memantau perjalanan projek yang dihasilkan murid. Guru boleh
merujuk jadual yang dihasilkan oleh murid seterusnya menilai kerja murid. Misalnya, dalam
projek persembahan, guru menghadiri latihan persembahan dan menilai murid dar segi
kerjasama dan kemajuan murid.
Langkah seterusnya ialah pentaksiran. Guru boleh melaksanakan langkah ini semasa
murid melaksanakan projek persembahan. Rubrik pemarkahan perlulah guru sediakan yang
mana di dalamnya terkandung aspek-aspek yang ingin ditaksir dan dinilai oleh guru seperti isi,
gaya penampilan, suara dan sebagainya. Setelah terlaksananya langkah penaksiran, maka
langkah terakhir dilaksanakan iaitu penilaian. Di sini, guru memberi maklum balas terhadap
hasil yang dipersembahkan murid di samping murid-murid turut membuat penilaian dengan
membuat refleksi sepanjang melaksanakan projek persembahan.
Dengan melaksanakan persembahan mengikut langkah-langkah dengan betul dan
teratur, maka projek persembahan yang dilaksanakan oleh murid menjadi sistematik, teratur
dan bakal mendapat hasil yang memuaskan.
top related