artikulasi diftong & huruf vokal bm
Post on 22-Jan-2015
1.914 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
MOHD KAMIRUL B. MAD DAUD
FARITA NADZIRAH BTE. MOHAMED ARIFIN
AZIZUL HAKIM BIN MUDA
Artikulasi Diftong & Huruf Vokal BM
DIFTONG
ARTIKULASI DIFTONG
HURUF DALAM BAHASA MELAYU
VOKAL
ISI Kandungan
Diftong berasal daripada perkataan Inggeris yang menyatakan bahawa dua vokal hadir di dalam konteks sama, yang pertama mengikuti yang kedua.
Menurut Arbak Othman (1983), diftong adalah rentetan dua vokal yang mengandungi satu puncak kelantangan, yang tatkala menghasilkan tidak ada hentian sebentar atau hiatus yang memisahkan kedua-dua vokal binaannya itu.
Diftong
Raminah Hj. Sabran (1985) menyatakan diftong adalah gabungan dua bunyi vokal yang disebut secara berterusan (dalam satu hembusan) dan di dalam penghasilannya terdapat ciri geluncuran.
Ertinya, lidah pada mulanya diletakkan pada keadaan sebagaimana membunyikan sesuatu vokal kemudian digeluncurkan ke arah membunyikan vokal yang lain.
Diftong berbeza dengan “vokal rangkap”. Vokal rangkap merupakan urutan dua vokal penuh yang mempunyai dua puncak kelantangan dan dua suku kata.
Terdapat tiga diftong di dalam bahasa Melayu, iaitu [ai], [au] dan [oi].
Artikulasi diftongArtikulasi diftong [ai]
1. Vokal depan luas digeluncurkan ke arah vokal depan sempit.
2. Keadaan bibir daripada keadaan biasa kepada keadaan hampar.
Artikulasi diftongArtikulasi diftong [au]
1. Vokal depan luas digeluncurkan ke arah vokal belakang sempit.
2. Keadaan bibir daripada keadaan biasa kepada keadaan bundar.
Artikulasi diftongArtikulasi diftong [oi]
1. Vokal belakang separuh sempit digeluncurkan ke arah vokal depan sempit.
2. Keadaan bibir daripada keadaan bundar kepada keadaan hampar.
Disediakan oleh:
Mohd Kamirul bin Mad Daud
Azizul Hakim bin Muda
Farita Nadzirah bt Mohamed Ariffin
Huruf dalam bahasa melayu
VOKALVokal merupakan bunyi bersuara.
Dihasilkan apabila udara dari paru-paru keluar berterusan dari rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan.
Dibahagikan kepada:Vokal hadapan : a/E/e/iVokal tengah : aVokal belakang : u/o/c/D
Dalam penghasilah huruf vokal, lidah merupakan alat artikulasi yang berfungsi dalam penghasilan bunyi vokal. kedudukan tinggi dan rendah lidah akan menghasilkan bunyi vokal yang berbeza.
Keadaan bibir juga penting dalam penghasilan bunyi vokal. Bibir boleh berbentuk hampar, separuh hampar, bundar dan separuh bundar.
VOKAL HADAPAN SEMPIT [i]
1) Hadapan lidah dinaikkan ke gusi.2) Bibir dalam keadaan hampar.3) Lelangit lembut dan anak tekak menutup rongga
hidung.4) Pita suara digetarkan. 5) Udara dari paru-paru keluar melalui rongga
mulut tanpa sebarang sekatan.6) Cth: Ikan, Mariam, Beli
VOKAL HADAPAN SEPARUH SEMPIT [e]
1) Hadapan lidah dinaikkan separuh ke gusi.2) Bibir dalam keadaan separuh hampar.3) Lelangit lembut dan anak tekak menutup rongga
hidung.4) Pita suara digetarkan. 5) Udara dari paru-paru keluar melalui rongga
mulut tanpa sebarang sekatan.6) Cth: Elok, Leka, Sate
VOKAL HADAPAN LUAS [a]
1) Hadapan lidah diturunkan serendah mungkin.
2) Bibir dalam keadaan hampar.3) Lelangit lembut dan anak tekak menutup rongga
hidung.4) Pita suara digetarkan. 5) Udara dari paru-paru keluar melalui rongga
mulut tanpa sebarang sekatan.6) Cth: Arang, Bahu, Kuda
VOKAL TENGAH [a]
1) Tengah lidah dinaikkan ke lelangit keras.2) Bibir dalam keadaan hampar.3) Lelangit lembut dan anak tekak menutup rongga
hidung.4) Pita suara digetarkan. 5) Udara dari paru-paru keluar melalui rongga
mulut tanpa sebarang sekatan.
6) Cth: amak, Panat
VOKAL BELAKANG SEMPIT [u]
1) Belakang lidah dinaikkan tinggi ke lelangit lembut.
2) Bibir dalam keadaan bundar.3) Lelangit lembut dan anak tekak menutup rongga
hidung.4) Pita suara digetarkan. 5) Udara dari paru-paru keluar melalui rongga
mulut tanpa sebarang sekatan.6) Cth: Usop, Buka, Baju
VOKAL BELAKANG SEPARUH SEMPIT [o]
1) Belakang lidah dinaikkan separuh ke lelangit lembut.
2) Bibir dalam keadaan bundar.3) Lelangit lembut dan anak tekak menutup rongga
hidung.4) Pita suara digetarkan. 5) Udara dari paru-paru keluar melalui rongga
mulut tanpa sebarang sekatan.6) Cth: Otak, Sotong, Solo
VOKAL HADAPAN SEPARUH LUAS [E]
1) Hadapan lidah dinaikkan separuh rendah ke gusi.
2) Bibir dalam keadaan separuh hampar.3) Lelangit lembut dan anak tekak menutup rongga
hidung.4) Pita suara digetarkan. 5) Udara dari paru-paru keluar melalui rongga
mulut tanpa sebarang sekatan.6) Cth: Esok, GElEk, UdE
VOKAL BELAKANG SEPARUH LUAS [C]
1) Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut.
2) Bibir dalam keadaan bundar.3) Lelangit lembut dan anak tekak menutup rongga
hidung.4) Pita suara digetarkan. 5) Udara dari paru-paru keluar melalui rongga
mulut tanpa sebarang sekatan.6) Cth: Ctak, Pckck, Guanc
SOALAN???
Seterusnya
top related