apa khabar anwar ibrahim

Post on 01-Feb-2016

233 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Puisi ringkas mengenang Anwar Ibrahim

TRANSCRIPT

Apa khabar Anwar Ibrahim?

Apa khabar Anwar Ibrahim? Lama sudah tidak berjumpa,Doa dan salam kami kirim;Moga nanti dapat bersama.

Apa khabar Anwar Ibrahim?Semoga sihatlah hendaknya,Kami sedar saudara dizalim;Saudara bahaya kepada penguasa.

Apa khabar Anwar Ibrahim?Sudah sering saudara dipenjara,Zaman mahasiswa ke zaman ABIM,Zaman reformasi memimpin massa.

Apa khabar Anwar Ibrahim?Kami masih belum lupa,Pesan saudara sebagai malim;Hidupkan semangt jiwa merdeka.

Apa khabar Anwar Ibrahim?Jangan pernah putus asa,Seruan reformasi melawan rejim;Lambat laun akan berjaya.

Apa khabar Anwar Ibrahim?Terus sabar dan berdoa,Allah itu Tuhan yang Azim;Dialah tempat kita meminta.

Apa khabar Anwar Ibrahim?Kami masih ingatkan saudara,Bulan mulia Ramadhan Kareem,Kami janji terus setia.

Amin AhmadKangar, Perlis

6 Julai 2015

top related