aku, kamu & ramadhan
Post on 13-Dec-2015
28 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
AKU, KAMU & RAMADHAN
31 MEI 2014
IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA)
CAWANGAN NSW
OVERVIEW
FIQH PUASA & RAMADHAN KELEBIHAN BULAN RAMADHANPERSIAPAN DIRI MENGHADAPI BULAN
RAMADHAN BUYUTUNNA FI RAMADHAN
FIQH PUASA & RAMADHAN
TAKRIF PUASA
Bahasa: menahan drpd sesuatu sama ada kata-kata ataupun makanan
Dalil: Surah Maryam: 26
Syarak: menahan diri daripada PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari DISERTAI DENGAN NIAT
FIQH PUASA DAN RAMADHAN
SEJARAH PENSYARIATAN PUASA
Difardhukan pasa bulan ________ tahun ke-_____ Hijrah
Kaum terdahulu telah disyariatkan tentang puasa:
:ق=ون? :ت ت Bم= ?ك :ع:ل ل Bم= Hك Bل ق:ب BنHم ?ذHين: ال ع:ل:ى Hب: =ت ك :م:ا ك :ام= الصXي =م= Bك :ي ع:ل Hب: =ت ك =وا آم:ن ?ذHين: ال [ه:ا ي: أ :ا ي
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kamu bertakwa” (QS. Al Baqarah: 183)
FIQH PUASA DAN RAMADHAN
DALIL DISYARIATKAN PUASA RAMADHAN
Al-Baqarah:185
“Islam dibina atas lima perkara: mengaku bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan sembahyang , mengeluarkan zakat, menunaikan haji, dan puasa pada bulan Ramadhan.”(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dialog Rasulullah dengan A’rabi (Arab Badwi)- Hadis riwayat Bukhari
SYARAT WAJIB PUASA
ISLAM
TAKLIF – BERAKAL & BALIGH
TIADA KEUZURAN YANG MENGHALANG BERPUASA ATAU MENGHARUSKAN BERBUKA
SYARAT SAH PUASA
ISLAM
MUMAYYIZ
TIDAK MEMPUNYAI KEUZURAN YANG MENGHALANG DARIPADA BERPUASA
RUKUN PUASA NIAT
Berniat pada waktu malam
Penetuan PUASA DI BULAN RAMADHAN
Berulang-ulang
MENAHAN DIRI DARIPADA PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA, BERMULA DARI TERBIT FAJAR HINGGA TENGGELAM MATAHARI :
Makan dan minum dengan sengaja
Sampainya ‘ain (sesuatu) ke dalam al-Jauf (rongga) melaui liang yang terbuka (mulut, telinga, qubul, dubur)
Muntah dengan sengaja
Bersetubuh dengan sengaja walaupun tanpa keluar air mani
Al’Istimna’
Nifas dan haid
Gila & Murtad
RAMADHAN 2014 (1435H)
29 HARI LAGI!!
KELEBIHAN BULAN RAMADHAN
AL-QURAN DITURUNKAN
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi pertunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan pertunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadaan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat pertunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
(Al-Baqarah:185)
TERBUKA PINTU-PINTU SYURGA
“ Telah datang kepada kamu Ramadhan, bulan yang berkat, Allah memfardhukan keatas kamu
puasanya, dibuka padanya pintu-pintu syurga, dan ditutup padanya pintu-pintu neraka, dan
dibelenggu padanya syaitan-syaitan, padanya malam yang lebih baik dari seribu bulan,
barangsiapa yang diharamkan dari kebaikannya maka dia telah diharamkan” (Riwayat Ahmad)
LAILATUL QADR
GANJARAN BERLIPAT GANDA
“ Wahai sekalian manusia, telah menaungi kamu satu bulan yg mulia, bulan yg diberkati, bulan yg padanya terdapat malam yg lebih baik dr seribu bulan, bulan yg Allah jadikan puasa pd siangnya sbg fardhu dan bangun pd malamnya sunat, barangsiapa yg mendekatkan diri pdnya dgn satu cabang drp cabang2 kebaikan maka dia adalah spt org yg menunaikan 70 kefardhuan, dan ia adalah bulan kesabaran, dan sabar ganjarannya syurga, bulan hiburan, bulan ditambahkan pdnya rezeki mukmin, barangsiapa yg memberi makan (utk berbuka) pdnya org yg berpuasa ia merupakan pengampunan bg dosanya dan pembebasan dr neraka, dan bgnya pahala spt org yg berpuasa itu tanpa berkurang sedikitpun dr pahalanya. Mereka berkata : Wahai Rasulullah, bukan semua di kalangan kami ada sesuatu bg org berpuasa itu berbuka? Maka baginda SAW berkata : Allah memberi pahala ini bg sesiapa yg memberi makan org berpuasa dgn sebiji tamar, atau dgn air minuman, atau susu yg dicampurkan, dan ia merupakan bulan yg permulaannya rahmat, pertengahannya keampunan, dan pengakhirannya pembebasan drp neraka, maka perbanyakkanlah pdnya drp 4 tabiat : 2 tabiat yg kamu membuat Tuhanmu redha dgnnya dan 2 tabiat yg kamu sgt memerlukannya, adapun 2 yg kamu membuat Tuhanmu redha dgnnya ; syahadah dan memohon keampunan kpd-Nya, manakala 2 yg kamu sgt memerlukannya; kamu meminta drp Allah syurga, dan kamu berlindung dgn-Nya dr neraka”(HR Imam Ibn Khuzaimah)
Jom muhasabah Ramadhan kita pada
tahun lepas….
Azam saya untuk Ramadhan kali ini?
PERSEDIAAN DIRI (AMAL)
PUASA SUNAT BULAN REJAB & SYA’BAN
Daripada Aisyah R.A “Sesungguhnya Rasullah melaksanakan puasa hingga kami sangka dengan berkata beliau tida akan berbuka, dan ketika beliau berbuka / tidak berpuasa hingga kami sangka dengan berkata beliau tida akan berpuasa”
Aisyah r.a me;anjutkan lagi “Saya tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w menyempurnakan puasa sebulan kecuali di bulan Ramadhan, dan saya tidak pernah melilhat Rasulullah berpuasa lebih banyak dari bulan Sya’ban”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
PERSEDIAAN DIRI (AMAL)
AL-QURAN
Baiki mutu bacaan (kelancaran bacaan, sebutan makhraj, tajwid)
Perbanyakkan membaca Al-Quran – penawar (syifa’) menyucikan hati
“Jibril telah menemui Rasulullah s.a.w pada setiap tahun di bulan Ramadhan sehingga akhir bulan Ramadhan dan beliau membaca Al-Quran bersama-sama Nabi s.a.w” (Riwayat Bukhari & Muslim)
PERSEDIAAN DIRI (JIWA) PERBANYAKKAN DOA
MENGINGATI KELEBIHAN BULAN RAMADHAN
BUYUTUNNA FI RAMADHAN
RUMAH IDAMAN KAMI DI BULAN RAMADHAN
Pesan semua ahli bait supaya berpuasa di bulan Sya’ban sebanyak mungkin/isnin khamis/hari putih
Tambahkan dos Al-Qur’an; baca/dengar
Lantik salah seorg atau bergilir-gilir baca kitab fiqh mengenai puasa
Membuat perubahan dlm rumah sempena Ramadhan; tukar susunan perabot, ambil berat kebersihan, gantung perhiasan atau poster Qur’ani
Menunjukkan rasa kasih sayang ,merapatkan jurang, menghapuskan salah faham antara ahli bait dan saling berlembut agar suasana ibadah di bulan Ramadhan tak dirosakkan dengan masalah mendatang.
Mengukuhkan hubungan dgn jiran dan rakan2, saling menasihati, dan menyusun pertemuan ibadiyah utk sepanjang Ramadhan – cth: lps zohor/tarawih
Mendesak dlm berdoa agar Allah sampaikan kita kpd Ramadhan dgn kebaikan dan membantu kita dlm berpuasa
BERPESAN-PESAN SEPANJANG BULAN RAMADHAN DAN ELAKKAN….
?ق=ون: :ت ت Bم= ?ك :ع:ل ل Bم= Hك Bل ق:ب مHن ?ذHين: ال ع:ل:ى Hب: =ت ك :م:ا ك :ام= الصXي =م= Bك :ي ع:ل Hب: =ت ك B =وا آم:ن ?ذHين: ال [ه:ا ي: أ :ا ي
Ertinya :
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa ( Al-Baqarah : 183)
PUASA UNTUK BINA TAQWA
Daripada Jabir bin Abdullah radhiallahu’anhum, Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam naik ke atas mimbar kemudian berkata, “Amin, amin, amin”. Para sahabat bertanya.”Kenapa engkau berkata amin, amin, amin, wahai Rasulullah?” Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata : ‘Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!’, maka aku berkata : ‘Amin’.Kemudian Jibril berkata lagi. ‘Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke syurga dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’ “. Kemudian Jibril berkata lagi.’Hai Muhammad celaka seseorang yang jika disebut nama engkau namun dia tidak berselawat kepadamu dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’.”
(HR. Bukhari di dalam Adab al-Mufrad no 644)
top related