aktiviti sukan ragam

Post on 18-Jun-2015

1.381 Views

Category:

Documents

5 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

PENDIDIKAN JASMANIPENDIDIKAN JASMANI

SUKAN RAGAM

Disediakan oleh:Anuar bin IbrahimAzrul Hafez Bin AzizanMohd Norhishamudin bin Mohd NorTeh Yeong Yong

PengenalanPengenalanSukan di Malaysia adalah salah

satu kegiatan yang telah merapatkan tali silaturahim antara rakyat yang berbilang kaum.

Sukan yang terdiri daripada pelbagai jenis aktiviti seperti sukan air, sukan balapan, sukan padang, sukan tradisional dan seumpamanya dilakukan oleh rakyat pelbagai lapisan umur.

SambunganSambunganSukan ragam melibatkan pelbagai

aktiviti yang telah diperkenalkan sekitar tahun 60-an dan 70-an.

Ia bertujuan untuk memberi peluang kepada individu yang memiliki kebolehan tertentu untuk menyertainya.

Walau bagaimanapun, sukan ragam ini kurang popular disebabkan oleh kekurangan bahan bercetak.

Definisi Sukan RagamDefinisi Sukan RagamPerkataan “Ragam” bermaksud “cara atau kegiatan yang pelbagai bentuk “. Pertandingannnya adalah mengikut sistem berpasukan.

Peserta-peserta akan menjalani acara-acara sukan ini secara bergilir-gilir dan memungut mata untuk pasukannya.

Pencapaian mata atau markah adalah berasaskan prestasi setiap peserta dalam acara yang tertentu. Keputusan Pertandingan Sukan ragam ditentukan dengan jumlah mata yang diperolehi oleh setiap pasukan itu.

Tujuan Sukan RagamTujuan Sukan Ragam

meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal

membentukkan sahsiah (keperibadian) yang murni, kepercayaan serta bergantung kepada diri sendiri (berdikari) dan pendirian yang positif

mengurangkan tekanan (stress)

SambunganSambunganmeningkatkan semangat bergaul dan bersahabat antara individu serta meningkatkan kemahiran melalui latihan

memberi peluang kepada individu untuk memenuhi keperluan asas manusia dan mencapai kepuasan mutlak individu

mempupuk sifat-sifat kemasyarakatan seperti semangat berpasukan, mematuhi peraturan, semangat kesukanan dan kepimpinan

Matlamat Sukan RagamMatlamat Sukan Ragam

Sukan ragam bertujuan untuk :melahirkan murid yang menguasai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman asas sukan melalui amalan teori dan praktis dalam bidang sukan serta memupuk dan meningkatkan pengayaan nilai sebagai persediaan di bidang kerjaya,

memberi peluang kepada setiap murid untuk merasai kejayaan dan dapat memberi sumbangan kepada pasukannya. Ia juga bermatlamat membina sifat yakin diri dalam sanubari murid-murid.

AKTIVITI SUKAN RAGAMAKTIVITI SUKAN RAGAM(CUMBUAN MESRA)(CUMBUAN MESRA)

Matlamat dan ObjektifMatlamat dan Objektif

Matlamat:

Membudayakan cara hidup sihat melalui sukan.Objektif:

• Memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan.•Meningkatkan keyakinan diri setiap peserta.

Alatan yang digunakan:Straw dan getah gelang.

Peraturan PermainanPeraturan Permainan

Masa yang disediakan adalah satu minit bagi setiap kumpulan.

Peserta hanya boleh menggunakan mulut sahaja.

Hanya 4 orang sahaja dibenarkan bermain untuk satu sesi permainan.

Pengadil berhak membatalkan permainan sekiranya terdapat unsur penipuan dalam permainan.

Keputusan pengadil adalah muktamad.

Cara bermain:Cara bermain:

4 peserta dalam satu kumpulan dikehendaki berbaris lurus di tempat yang ditetapkan oleh pengadil.

Peserta paling hadapan adalah peserta pertama, diikuti peserta kedua, ketiga dan paling belakang adalah peserta terakhir.

Setiap peserta dibekalkan dengan satu straw.

Cara bermain..samb.Cara bermain..samb.

Semua peserta dikehendaki memegang straw mengunakan mulut manakala kedua-dua tangan diletakkan ke belakang.

Di hadapan peserta pertama diletakkan bekas yang berisi segenggam getah gelang sementara di belakang peserta terakhir disediakan bekas kosong.

Apabila semua peserta telah bersedia, permainan akan dimulakan.

Cara bermain..samb.Cara bermain..samb.Peserta pertama akan mengambil

getah gelang di dalam bekas menggunakan straw yang dipegang menggunakan mulut dan diberikan kepada peserta kedua juga menggunakan straw.

Peserta kedua akan mengambil getah gelang daripada straw di mulut peserta pertama juga menggunakan straw yang dipegang dimulutnya dan begitu juga dengan seterusnya.

Cara bermain..samb.Cara bermain..samb.Peserta terakhir akan meletakkan

getah gelang ke dalam bekas kosong yang disediakan juga menggunakan straw di mulutnya.

Getah gelang yang jatuh tidak dibenarkan diambil kembali.

Pemenang dikira berdasarkan jumlah getah gelang yang berjaya dipungut dengan jumlah tertinggi dalam masa yang ditetapkan.

BORANG PENGIRAAN BORANG PENGIRAAN BIL KUMPULAN BIL GELANG GETAH

DALAM 1 MINIT CATATAN

SEKIAN SEKIAN TERIMA KASIHTERIMA KASIH

top related