aktiviti selepas upsr bm tatabahasa-penjodoh bilangan

Post on 15-May-2015

2.283 Views

Category:

Education

6 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

DISEDIAKAN OLEH KUMPULANDISEDIAKAN OLEH KUMPULANHANG JEBAT UPSR 2012HANG JEBAT UPSR 2012

SK BANDAR RENGAM KLUANG JOHORSK BANDAR RENGAM KLUANG JOHORAKTIVITI SELEPAS UPSR- KREATIVITI MURIDAKTIVITI SELEPAS UPSR- KREATIVITI MURID

Terbaik dari kami: Terbaik dari kami: Hamizan, Farizul, Anis, Zuraini dan AllymanHamizan, Farizul, Anis, Zuraini dan Allyman

Dibimbing oleh:Cikgu Siti Aminah RamlanDibimbing oleh:Cikgu Siti Aminah Ramlan

PENJODOH BILANGANPENJODOH BILANGAN

BAHASA MELAYU UPSR O11

SISTEM BAHASA

DEFINASIDEFINASI

Penjodoh bilangan ialah perkataan yang digunakan berpasangan dengan kata nama untuk membilang atau menyebut kata nama itu.

1.BENTUK1.BENTUKDigunakan untuk menunjukkan benda seperti cincin, subang dan mata kail

Contoh ayat:1. Ayah membelikan ibu sebentuk cincin berlian biru.

2. Beberapa bentuk mata kail telah hilang daripada kotak peralatan memancing abang.

2.GUMPAL2.GUMPAL Digunakan untuk benda yang bergumpal Contoh:asap,awan,kapas,kekabu Contoh ayat:1.Terdapat beberapa gumpal kapas di

dalam kotak pertolongan cemas itu.

2. Beberapa gumpal awan di langit bercantum seolah-olah seekor gajah.

3.PUNTUNG3.PUNTUNG Digunakan untuk benda yang berlebihan

daripada dibakar seperti kayu dan rokok.

Contoh ayat: 1. Ayah mengambil beberapa puntung kayu api untuk dijadikan alas periuk yang panas itu.

4.KAWAN4.KAWAN

Digunakan untuk:kumpulan haiwanContoh:burung,gajah,lebah

Contoh ayat:1.Sekawan gajah telah merosakkan tanaman pisang di kampung itu.

5.KEPAL5.KEPAL

Digunakan untuk:benda yang bolehDikepal.Contoh:pulut,tanah,dodol.

Contoh ayat:1.Lisa makan dua kepal pulut yang ditanak oleh neneknya.

6.KEPING6.KEPING

Digunakan untuk:benda yang rata,nipis dan lebar.Contoh:biskut,gambar,papan.

Contoh ayat:1.Mohan makan beberapa keping roti dengan sekeping keju.

7.KUNTUM7.KUNTUMDigunakan untuk:bunga.Contoh:pelbagai jenis bunga

Contoh ayat:1.Seetha menyelitkan sekuntum bunga ros pada sanggulnya.

8.LINGKAR8.LINGKAR

Digunakan untuk:benda yang bergulungContoh:dawai,wayar,ubat nyamuk.

Contoh ayat:1.Shafiq membakar selingkar ubat nyamuk di ruang tamu rumah.

9.PAPAN9.PAPAN

Digunakan untuk:benda yang berkeping-Keping.Contoh:mercun,petai.

Contoh ayat:1.Lim membakar beberapa papan mercun di hadapan rumahnya pada malam Tahun Baru Cina.

10.RUAS10.RUAS

Digunakan untuk benda yang beruas-ruas.Contoh:buluh,rotan,tebu.

Contoh ayat:1.Shamin makan dua ruas tebu.2.Dua ruas buluh dipotong untuk dijadikan tabung.

11.UNTAI11.UNTAI

Digunakan untuk:benda yang berangkai atau beruntai.Contoh:kalung,rantai mutiara, tasbih

Contoh ayat:1.Datin Faridah menyimpan beberapa untai

rantai mutiara di dalam laci almari soleknya.

12.TOMPOK12.TOMPOKDigunakan untuk:benda atau cecair yangbertompok.Contoh:cat,dakwat,warna.

Contoh ayat:1.Baju sekolah Yani terkena beberapa tompok cat.

13.LEMBAR13.LEMBARDigunakan untuk:benda yang panjang dan halus.Contoh:benang,dawai,rambut.

Contoh ayat:1.Di dalam buku Azizah ada selembar benang merah yang digunakan sebagai penanda buku.

14.MANGKUK14.MANGKUK

Digunakan untuk:benda di dalam mangkukContoh:bubur,sup,kari

Contoh ayat:1.Zetty memesan semangkuk air batu campur di

gerai itu.

15.TONGKOL15.TONGKOL

Digunakan untuk:tumbuh-tumbuhan dan buah yang bertongkol.Contoh:jagung.

Contoh ayat:1.Siti membeli lima tongkol jagung manis.

16.RANGKAP16.RANGKAPDigunakan untuk pantun,sajak,syair dan lagu serta tulisan yang berangkap.

Contoh ayat:1. Zaini membaca serangkap syair di dalam majalah sekolah.

17.NASKHAH17.NASKHAH

Digunakan untuk:bahan bacaan.Contoh buku,majalah,surat khabar.

Contoh ayat:1.Firman membelikan ayahnya senaskhah surat khabar.

18.BUKU18.BUKUDigunakan untuk:benda yang berbuku Dan berbongkah kecil.Contoh:benang,roti,sabun.

Contoh ayat:1.Shamsul menggunakan sebuku sabun

untuk mandi.

19.BILAH19.BILAHDigunakan untuk:senjata atau benda yang tajam dan runcing.Contoh:gergaji,kapak,parang.

Contoh ayat:1. Anis memotong reben sempena

pembukaan syarikatnya dengan menggunakan gunting.

20.BUTIR20.BUTIR

Digunakan untuk:benda yang kecil dan Bulat.Contoh:peluru,telur,beras

Contoh ayat:1.Siti mengupas lima butir bawang merah.

21.CEBIS21.CEBISDigunakan untuk:benda yang sudah Dipotong atau dikoyak kecil-kecil.Contoh:kertas,kain.

Contoh ayat:1.Emak menampal seluar adik yang koyak dengan menggunakan

secebis kain.

22.CEKAK22.CEKAKDigunakan untuk:benda yang dipegang secara mencekak.Contoh:serai,sirih.

Contoh ayat:1.Puan Hamidah mengambil secekak sirih

untuk membuat tepak sirih.

23.GUGUS23.GUGUSDigunakan untuk:kumpulan benda yang berkelompok dan buah-buahan dalam setangkai.Contoh:bintang,anggur,kunci.

Contoh ayat:1.Helmi meletakkan kunci rumahnya dalam segugus kunci.

24.HELAI24.HELAIDigunakan untuk:benda yang nipis,lembut,lebar dan berkeping-keping.Contoh:baju,cadar,tuala.

Contoh ayat:1.Ali mengesat peluhnya dengan menggunakan sehelai sapu tangan.

SEKIAN. TERIMA KASIH.

Segala yang baik daripada Allah, jika ada kesalahan

daripada kami…murid yang sedang belajar.

top related