abs trak

Post on 25-Dec-2015

228 Views

Category:

Documents

3 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

abstrak

TRANSCRIPT

Abstrak

Mengajar operasi tolak secara mengumpul semula sering mendatangkan masalah kepada guru-

guru matematik di sekolah rendah. Ini disebabkan oleh sesetengah murid tidak memahami

konsep penolakan secara mengumpul semula sejak dari mula lagi iaitu sewaktu mereka berada di

tahun satu. Perkara ini telah menyebabkan mereka kerap kali melakukan kesalahan semasa

menjawab soalan berkaitan penolakan dengan mengumpul semula. Kajian telah dijalankan

dengan menggunakan kaedah “epal yen” dengan tujuan untuk meningkatkan kemahiran

penolakan sebarang dua nombor hingga tiga digit dengan mengumpul semula bagi murid tahun 2

Berlian. Kajian ini telah dijalankan ke atas lima orang murid di sebuah sekolah luar Bandar di

negeri Johor. Maklumat yang diperlukan dalam kajian ini diperoleh dengan ujian pra, ujian

pasca, rekod kemajuan murid dan temubual terhadap lima orang murid sebagai subjek kajian.

Hasil daripada ujian pasaca menunjukkan peningkatan murid melebihi 70% dalam

menyelesaikan penolakan sebarang dua nombor hingga tiga digit dengan mengumpul semula.

Kaedah “Epal Yen” ini telah membuktikan bahawa dapat membantu murid yang lemah

menyelesaikan penolakan sebarang dua nombor hingga tiga digit dengan mengumpul semula.

top related