913 sukatan pelajaran bahasa arab stpm (baharu)
Post on 28-Nov-2014
4.855 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
1
STPM/S913
PEPERIKSAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
(STPM)
BAHASA ARAB
Sukatan Pelajaran dan Kertas Soalan Contoh
Sukatan pelajaran ini digunakan mulai sesi 2012/2013 dan tahun-tahun seterusnya sehingga diberitahu.
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
2
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan
ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi,
dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, berketerampilan, dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat, dan negara.”
3
PRAKATA
Sukatan Pelajaran Bahasa Arab yang baharu ini digubal untuk menggantikan Sukatan Pelajaran
Bahasa Arab sedia ada yang telah digunakan semenjak peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan
Malaysia pada tahun 2000. Sukatan pelajaran yang baharu ini akan mula digunakan pada tahun 2012.
Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia pada tahun tersebut akan menjadi peperiksaan
pertama yang menggunakan sukatan pelajaran ini. Penggubalan semula Sukatan Pelajaran Bahasa
Arab ini mengambil kira perubahan yang hendak dilakukan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia
terhadap sistem peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang sedia ada. Melalui sistem
peperiksaan yang baharu ini, pengajian di tingkatan enam akan dibahagikan kepada tiga penggal dan
calon akan menduduki peperiksaan pada setiap akhir penggal. Tujuan utama Majlis Peperiksaan
Malaysia memperkenalkan sistem peperiksaan yang baharu ini adalah untuk memperbaiki orientasi
pengajaran dan pembelajaran di tingkatan enam supaya tidak jauh berbeza dengan orientasi
pengajaran dan pembelajaran di kolej dan universiti.
Penggubalan semula Sukatan Pelajaran Bahasa Arab ini merupakan proses pengemaskinian tajuk,
kandungan, dan kemahiran supaya selaras dengan perkembangan semasa. Sukatan pelajaran ini akan
memberikan pendedahan kepada calon di peringkat prauniversiti tentang system bunyi dan tulisan
Arab, tatabahasa dan morfologi, kebolehan berbahasa (lisan, penulisan, kefahaman, dan rumusan),
penghayatan kesusasteraan Arab (puisi dan prosa) dan, balahgah/prama sastera (ilmu ma’ani, ilmu
bayan, dan ilmu badi’). Di samping itu, teks kajian telah dipilih dengan teliti sepaya mewakili genre
dan zaman yang berlainan serta mengandungi nilai-nilai murni dan estetika. Selain itu, sukatan
pelajaran ini juga memberi penekanan dalam aspek meningkatkan kemahiran menulis, mencari dan
menganalisis maklumat, menyelesaikan masalah, dan berkomunikasi secara berkesan dalam kalangan
calon. Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan agar sukatan pelajaran ini dapat menghasilkan calon
prauniversiti yang berfikiran matang, berpengetahuan luas, dan berupaya untuk menyampaikan idea
secara berkesan dengan menggunakan pelbagai bentuk komunikasi. Selain itu, sukatan pelajaran ini
juga mewajibkan calon menjalankan kerja kursus. Aspek ini difikirkan penting kerana melalui kerja
kursus, calon bukan sahaja belajar menguasai ilmu tertentu tetapi juga dapat menerapkan kemahiran
insaniah ke dalam diri mereka melalui pengalaman yang ditempuhi semasa menyiapkan tugasan
tersebut. Pengalaman ini akan membantu calon dalam melaksanakan kerja kursus di peringkat yang
lebih tinggi pada masa hadapan.
Sukatan pelajaran ini mengandungi tajuk, waktu pengajaran, dan hasil pembelajaran mengikut
penggal, di samping bentuk peperiksaan, pemerihalan prestasi, dan soalan contoh.
Usaha menggubal sukatan pelajaran ini telah dilaksanakan oleh jawatankuasa yang dipengerusikan
oleh Y. Bhg. Profesor Madya Dr. Abdul Rahman bin Chik dari Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia. Anggota jawatankuasa yang lain terdiri daripada beberapa orang pensyarah universiti dan
maktab perguruan, wakil dari Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia, dan guru-
guru yang berpengalaman dalam pengajaran bahasa Arab di tingkatan enam. Bagi pihak Majlis
Peperiksaan Malaysia, saya merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada
jawatankuasa ini atas khidmat yang telah diberikan. Oleh yang demikian, Majlis Peperiksaan
Malaysia berharap agar sukatan pelajaran ini menjadi panduan kepada guru dan calon dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Semoga pelaksanaan sukatan pelajaran ini berjaya mencapai
matlamatnya.
OMAR BIN ABU BAKAR
Ketua Eksekutif
Majlis Peperiksaan Malaysia
4
KANDUNGAN
Sukatan Pelajaran 913 Bahasa Arab
Halaman
Matlamat 1
Objektif 1
Kandungan
Penggal Pertama 1 5
Penggal Kedua 6 9
Penggal Ketiga 10 20
Kerja Kursus Esei 21
Skim Pentaksiran 22 23
Pemerihalan Prestasi 24
Senarai Rujukan 25
Kertas Soalan Contoh
Kertas 1 26 30
Kertas 2 31 35
Kertas 3 36 39
Kertas 4 40 43
Kertas 5 44 45
1
SUKATAN PELAJARAN BAHASA ARAB
Matlamat
Sukatan pelajaran ini bertujuan meningkat dan memperkukuhkan pengetahuan dan kecekapan pelajar
dalam bahasa Arab dan pelbagai laras bahasa serta kesediaan pelajar dalam menyelesaikan
permasalahan yang berkaitan dengan bahasa Arab secara ilmiah. Di samping itu, sukatan ini dapat
memupuk minat pelajar yang berterusan dalam mempelajari bahasa Arab bagi membolehkan mereka
meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi serta memenuhi keperluan pasaran pekerjaan.
Objektif
Objektif sukatan pelajaran ini adalah untuk membolehkan pelajar
(a) menguasai tatabahasa dan laras bahasa serta mengaplikasikannya dalam pertuturan, pembacaan,
dan penulisan;
(b) memahami teks Arab yang didengar dan dibaca dengan baik serta merumus isi-isi penting;
(c) menulis dan mengolah idea dalam bahasa Arab dengan menggunakan gaya bahasa yang betul;
(d) berkomunikasi secara berkesan dengan menggunakan bahasa Arab standard; dan
(e) melengkapkan diri dengan kemahiran yang diperlukan dalam proses pembelajaran sepanjang
hayat.
Kandungan
Kandungan sukatan pelajaran Bahasa Arab ini terbahagi kepada tiga modul seperti berikut:
(i) Penggal Pertama (a) Kemahiran Bahasa (Pemahaman, Penulisan, dan Pertuturan)
(b) Tatabahasa Fungsian (Saraf dan Nahu)
(ii) Penggal Kedua (a) Kemahiran Bahasa (Pemahaman, Penulisan, dan Pertuturan)
(b) Tatabahasa Fungsian (Saraf dan Nahu)
(c) Balaghah
(iii) Penggal Ketiga (a) Kemahiran Bahasa (Pemahaman dan Pertuturan)
(b) Tatabahasa Fungsian (Saraf dan Nahu)
(c) Teks Sastera
(d) Kerja Kursus/Penulisan Esei
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
Kerja Kursus (Esei)
1.0 Pengenalan
Setiap calon STPM sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta, dan calon
persendirian individu yang mengambil mata pelajaran Bahasa Arab wajib melaksanakan kerja
kursus Bahasa Arab sebagai satu daripada komponen pentaksiran untuk penggal ketiga.
Wajaran markah bagi komponen kerja kursus ini adalah sebanyak 12%. Markah pentaksiran
kerja kursus hendaklah dihantar kepada Majlis Peperiksaan Malaysia untuk diambil kira
bersama-sama dengan markah peperiksaan bagi tujuan penentuan markah keseluruhan dan
penggredan. Pentaksiran pencapaian calon dalam kerja kursus ini berdasarkan kepada aspek
yang telah ditetapkan dalam sukatan pelajaran Bahasa Arab. Panduan dan arahan tugasan kerja
kursus akan diberikan melalui portal MPM http://www.mpm.edu.my.
2.0 Objektif
Kerja kursus ini disediakan untuk menilai keupayaan calon dalam
(a) Kemahiran kognitif:
menguasai tatabahasa dan laras bahasa serta mengaplikasikannya dalam pertuturan,
pembacaan, dan penulisan;
memahami teks Arab yang didengar dan dibaca dengan baik serta merumus isi-isi
penting;
menulis dan mengolah idea dalam bahasa Arab dengan menggunakan gaya bahasa yang
betul;
berkomunikasi secara berkesan dengan menggunakan bahasa Arab standard; dan
melengkapkan diri dengan kemahiran yang diperlukan dalam proses pembelajaran
sepanjang hayat.
(b) Kemahiran manipulatif:
mencari dan mengumpul pelbagai jenis data dan maklumat daripada pelbagai sumber;
memperoleh sumber melalui aktiviti memerhati, merekod, menemubual, dan mengkaji
selidik;
memperoleh sumber melalui kajian perpustakaan, penulisan agensi kerajaan, dan swasta
serta daripada sumber internet; dan
mempersembahkan data serta maklumat yang diperolehi dalam bentuk grafik, jadual,
rajah, carta, dan tulisan.
(c) Kemahiran insaniah (soft skills), iaitu:
berkebolehan untuk berkomunikasi secara lisan dan tulisan;
berkebolehan untuk bekerjasama dalam kumpulan, mengorganisasi tugas, dan bekerja
sebagai satu pasukan;
berupaya mengawal aktiviti kerja kursus yang disediakan secara berkesan;
berupaya mengurus masa mengikut jadual kerja yang ditetapkan;
berupaya menyelesaikan masalah;
berupaya menghasilkan tugasan secara kreatif dan inovatif;
mampu menjalankan kajian kuantitatif dan kualitatif secara saintifik;
berkebolehan untuk menjalankan kajian secara jujur, amanah, dan beretika; dan
berupaya meningkatkan keyakinan diri dan bermotivasi.
22
Skim Pentaksiran
Penggal
Pengajian
Kod dan
Nama Kertas Jenis Ujian
Markah
(Wajaran) Masa Pentadbiran
Penggal
Pertama
913/1
Bahasa Arab 1
Ujian Bertulis
Bahagian A: Kemahiran bahasa
Pemahaman Soalan esei
Jawab 1 soalan yang diberikan
Penulisan Soalan esei
4 soalan diberikan
Jawab 1 soalan daripada 4 soalan
(100 perkataan)
70
(28%)
20
10
2 jam
Pentaksiran
berpusat
Bahagian B: Tatabahasa
fungsian
Saraf Soalan esei
Jawab kedua-dua soalan yang
diberikan
Nahu Soalan esei
Jawab kedua-dua soalan yang
diberikan
20
20
Penggal
Kedua
913/2
Bahasa Arab 2
Ujian Bertulis
Bahagian A: Kemahiran bahasa
Pemahaman Soalan esei
Jawab 1 soalan yang diberikan
Penulisan Soalan esei
4 soalan diberikan
Jawab 1 daripada 4 soalan yang
diberikan
(120 perkataan)
70
(28%)
10
10
2 jam
Pentaksiran
berpusat
Bahagian B: Tatabahasa
fungsian
Saraf Soalan esei
Jawab 1 soalan yang diberikan
Nahu Soalan esei
Jawab kedua-dua soalan yang
diberikan
10
20
Bahagian C: Balaghah
Soalan esei Jawab 1 soalan yang diberikan
20
23
Penggal
Pengajian
Kod dan
Nama Kertas Jenis Ujian
Markah
(Wajaran) Masa Pentadbiran
Penggal
Ketiga
913/3
Bahasa Arab 3
Ujian Bertulis
50
(20%)
1½ jam
Pentaksiran berpusat
Bahagian A: Kemahiran bahasa
Pemahaman Merumuskan teks
pendek
Soalan esei
Jawab 1 soalan yang diberikan
10
Bahagian B: Tatabahasa
fungsian
Saraf Soalan esei
Jawab 1 soalan yang diberikan
Nahu Soalan esei
Jawab 1 soalan yang diberikan
10
10
Bahagian C: Teks sastera Soalan esei
Jawab kedua-dua soalan yang
diberikan
20
913/4
Bahasa Arab 4
Ujian Lisan Bahasa Arab Bacaan, Tatabahasa, dan Perbualan
30
(12%)
15 minit
Pentaksiran
berpusat
913/5
Bahasa Arab 5
Kerja Kursus: Esei Tugasan adalah berdasarkan tajuk
daripada penggal pertama atau
penggal kedua.
30
(12%)
Sepanjang
penggal
ketiga
Pentaksiran
berasaskan
sekolah bagi
calon sekolah
kerajaan dan
calon sekolah
bantuan
kerajaan
Pentaksiran oleh
pemeriksa
yang dilantik
oleh MPM
bagi calon
sekolah
swasta dan
persendirian
individu
24
Pemerihalan Prestasi
Gred A
Calon berupaya menjawab soalan dengan tepat dan huraian yang jelas serta mencukupi.
Calon berupaya menggunakan perkataan, ejaan, dan tanda baca dengan jelas dan tepat.
Calon berupaya menggunakan struktur ayat yang betul dan gaya bahasa yang menarik.
Calon berupaya mengemukakan fakta yang tepat dengan sokongan hujah yang kukuh.
Calon berupaya mengolah isi kandungan dan merumus dengan cara yang sistematik.
Calon berupaya menyebut perkataan dengan fasih berserta ton dan intonasi yang sesuai.
Calon berupaya mempraktikkan kemahiran kognitif, afektif, dan insaniah di tahap tinggi.
Gred C
Calon menjawab soalan dengan tepat tanpa huraian.
Calon menggunakan perkataan, ejaan, dan tanda baca dengan kurang jelas.
Calon menggunakan struktur ayat yang betul dan gaya bahasa yang tidak menarik.
Calon mengemukakan fakta dengan sokongan hujah yang tidak kukuh.
Calon mengolah isi kandungan dan merumus dengan cara yang tidak sistematik.
Calon menyebut perkataan dengan kurang fasih berserta ton dan intonasi yang tidak sesuai.
Calon mempraktikkan kemahiran kognitif, afektif, dan insaniah di tahap rendah.
25
Senarai Rujukan
Bahagian bahasa
1. Al-Jarim, Ali dan Amin, Mustafa, t. th. al-Nahw al-Wadih. Kaherah: Dar al-Ma‟arif.
2. Al-Jarim, Ali dan Amin, Mustafa, t. th. Mulakhkhas al-Nahw al-Wadih. Lubnan: Dar al-Ma‟arif.
3. Al-Rajihi, Abduh, 1974. Tatbiq al-Sarfi. Beirut: Dar al-Nahdah al-Arabiyyah.
4. Mukarram, Abd al-„Al Salim, 1975. Tatbiqat Nahwiyyah wa Balaghiyyah. Kuwait: Dar al-
Buhuth al-Alamiyyah.
5. Ni‟mah, Fuad, t. th. Mulakhkhas Qawaid al-Lughah al-Arabiyyah.
6. Sulaiman, Abd al-Jawwad, t. th. al-Rafiq fi al-Lughah al-Arabiyyah. Kaherah: Kosta Thomas.
Bahagian kesusasteraan
7. Al-Fakhuri, Hana, 1987. Tarikh al-Adab al-Arabi. Beirut: al-Matba‟ah al-Bulisiyyah.
8. Shams al-Din, Ibrahim, 2003. Marja’ al-Tullab fi Taysir al-Insha’. Casablanca: Maktabah
al-Salam al-Jadidah.
9. Yusuf Husni „Abd al-Jalil, 2001. Fi al-Nas al-Abbasi wa al-Andalusi Dirasah wa Tahlil.
Kaherah: Muassan al-Mukhtar.
10. Zainal Abidin Ají Abdul Kadir, 1987. Mudhakirah fi Tarikh al-Adab al-‘Arabi. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
26
27
913/1
28
913/1
29
913/1
30
913/1
31
32
913/2
33
913/2
34
913/2
35
913/2
36
37
913/3
38
913/3
39
913/3
40
41
913/4
42
43
913/4
44
45
913/5
top related