8. hadith 41 - didiklah hawanafsumu-1(ms39)

Post on 20-Oct-2015

21 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Hadis 41: Didiklah hawa nafsumu

TRANSCRIPT

HADITH: DIDIKLAH HAWANAFSU

العاص بن عمرو بن عبدالله محمد أبي عن الله رسول قال: قال عنهما الله رضي أحدكم يؤمن وسلم( : "ال عليه الله )صلى

; هواه يكون حتى به". )حديث جئت لما تبعا الحجة كتاب في رويناه صحيح، حسن

صحيح( بإسناد

Maksudnya:

Dari Abu Muhammad Abdullah bin Amru bin Al-‘Ash Radhiallahu ‘anhuma, katanya: "Telah bersabda Rasulullah

Sallallahu’alaihiwasallam: 'Tidak benar-benar beriman seseorang daripada kamu sehingga hawa nafsunya menuruti apa yang aku

bawa.” (Hadis ini hadis hasan sahih yang kami riwayatkannya dari kitab al-Hujjah dengan sanad sahih.)

Pengajaran hadith:

1. Hadis ini menerangkan bahawa salah satu daripada tuntutan iman bagi seseorang ialah hawanafsunya mestilah tunduk dan menurut ajaran yang dibawa oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu’alaihiwasallam.

2. Sekiranya dia mengutamakan hawa nafsunya daripada mengamalkan ajaran lslam atau menyintai maksiat daripada amal kebajikan, maka imannya masih tidak sempurna.

3. Ungkapan 'tidak benar-benar beriman' dalam maksud hadis di atas bererti iman tidak sempurna, masih cacat atau tempang, bukan bererti telah jatuh kufur. Seseorang itu hanya jatuh kufur apabila dia menafi atau menolak mana-mana ajaran lslam.

4. Mujahadah hawanafsu (berjihad melawan hawanafsu) adalah mujahadah yang berat, yang tidak tertanggung dan tidak mampu dilaksanakan kecuali oleh orang yang benar-benar ikhlas beriman dan menyintai Allah serta Rasul-Nya.

39

top related