4. sehubungan itu, mesyuarat pengurusan politeknik kuala ...4. sehubungan itu, mesyuarat pengurusan...
Post on 19-Mar-2021
31 Views
Preview:
TRANSCRIPT
4. Sehubungan itu, Mesyuarat Pengurusan Politeknik Kuala Terengganu pada 8
Februari 2021 telah memutuskan bahawa kemasukan pelajar baharu semester 1 bagi
sesi Disember 2020 dilaksanakan seperti ketetapan berikut;
4.1 Pelajar yang tidak memerlukan rumah sewa / tinggal bersama keluarga
Tarikh Daftar: 1 MAC 2021 (ISNIN)
Masa : 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat : Perkarangan Politeknik Kuala Terengganu
4.2 Pelajar yang memerlukan rumah sewa / tidak tinggal bersama keluarga
Tarikh Daftar : 2 MAC 2021 (SELASA)
Masa : 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat : Perkarangan Politeknik Kuala Terengganu
**Tarikh telah ditukar dari 28/02/2021(Isnin) kepada 02/03/2021
(Selasa) selaras dengan kenyataan KPT pada 31/01/2021
5. Sehubungan dengan itu, pelajar baharu semester 1 yang akan melapor diri
akan menjalani SEPULUH (10) hari tempoh pengasingan:
5.1 Pelajar yang tinggal di rumah sendiri dan tidak memerlukan rumah sewa
akan menjalani proses Pengasingan di rumah masing-masing
5.2 Pelajar yang tinggal di rumah sewa akan menjalani Proses Pengasingan
di Pusat Pengasingan yang ditentukan oleh Pihak PKT
6. Proses pengasingan ini akan bermula dari 2 Mac 2021 (SELASA) hingga
12 Mac 2021 (JUMAAT). Maklumat dan penerangan jelas berkaitan proses
pengasingan adalah seperti LAMPIRAN 1: PANDUAN DAN SYARAT LAPOR DIRI
PELAJAR BAHARU KE PUSAT PENGASINGAN POLITEKNIK KUALA
TERENGGANU (PKT) PROGRAM DIPLOMA SESI DISEMBER 2020. Pelajar adalah
DIWAJIBKAN untuk menyerahkan BORANG PENGESAHAN SARINGAN
LAMPIRAN 1:
PANDUAN DAN SYARAT LAPOR DIRI
PELAJAR BAHARU KE PUSAT PENGASINGAN
POLITEKNIK KUALA TERENGGANU
PROGRAM DIPLOMA SESI DISEMBER 2020
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR
PANDUAN DAN SYARAT LAPOR DIRI PELAJAR BAHARU KE PUSAT PENGASINGAN
POLITEKNIK KUALA TERENGGANU
PROGRAM DIPLOMA SESI DISEMBER 2020
1. PENDAHULUAN
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pelajar baharu yang telah terpilih untuk
mengikuti program pengajian Diploma Sesi Disember 2020 di Politeknik Kuala
Terengganu. Panduan dan syarat pendaftaran ini merupakan panduan untuk pelajar
baharu yang akan melapor diri ke Politeknik Kuala Terengganu nanti.
2. LAPOR DIRI
Pelajar baharu yang akan datang untuk lapor diri perlu hadir dan menjalani tempoh
PENGASINGAN WAJIB selama SEPULUH (10) hari di Pusat Pengasingan yang
akan ditentukan oleh Politeknik Kuala Terengganu bermula pada 2 MAC 2021.
Ketika proses lapor diri, pelajar perlu mematuhi beberapa syarat yang telah ditetapkan
oleh pihak pengurusan Politeknik Kuala Terengganu: -
(a) Pelajar akan diturunkan di kawasan “DROP ZONE” iaitu di hadapan pintu
pagar masuk utama Politeknik Kuala Terengganu. Kawasan “DROP
ZONE” hanya untuk menurunkan pelajar dan keperluan pelajar sahaja,
tidak dibenarkan untuk meletakkan kenderaan (parking) di kawasan
tersebut.
(b) Pelajar DIWAJIBKAN MEMAKAI PELITUP MUKA ketika memasuki
kawasan Politeknik Kuala Terengganu.
(c) Pelajar DIWAJIBKAN UNTUK MENGIMBAS KOD QR MY-SEJAHTERA
di pintu masuk utama sebelum memasuki kawasan Politeknik Kuala
Terengganu.
(d) Pelajar yang bacaan suhu melebihi 37.5°C dan bergejala TIDAK
DIBENARKAN UNTUK MELAPOR DIRI. Pelajar perlu mendapatkan
rawatan di klinik berhampiran dan pengesahan doktor untuk kebenaran
masuk kawasan Politeknik Kuala Terengganu.
(e) Pelajar DIWAJIBKAN untuk menyerahkan borang PENGESAHAN
SARINGAN KESIHATAN/PENILAIAN RISIKO COVID-19 ketika lapor
diri.
(f) Waris tidak dibenarkan untuk mengiringi pelajar semasa proses
pendaftaran berlangsung. Hanya pelajar sahaja dibenarkan berada di
dalam kawasan Politeknik dan Pusat Pengasingan.
3. TEMPOH PENGASINGAN
Pelajar-pelajar baharu yang tinggal di rumah sewa akan ditempatkan di pusat
pengasingan yang telah disediakan oleh pihak Politeknik Kuala Terengganu.
Pelajar-pelajar baharu yang tinggal di sekitar Kuala Terengganu (yang tinggal di
rumah sendiri) hendaklah menjalani proses pengasingan kendiri di rumah masing-
masing.
Tempoh pengasingan adalah SEPULUH (10) HARI bermula dari tarikh lapor diri 2
MAC 2021. Sepanjang tempoh pengasingan tersebut, pelajar masih boleh bergerak
untuk mendapatkan makanan dan minuman harian secara ‘take-away’.
PENGESAHAN SARINGAN KESIHATAN/PENILAIAN RISIKO COVID-19
Zon : Merah/Kuning/Hijau
Alamat :
Tarikh :
Gejala : Tiada/Ada
Slip ini mengesahkan bahawa En/Puan/Cik _________________________________
No: KP ________________________ telah datang mendapatkan Saringan
Kesihatan/Penilaian Risiko Covid-19 diri sendiri/pelajar pada tarikh _____________
masa ___________ pagi/petang dan meninggalkan klinik pada jam ______________
pagi/petang.
---------------------------- Cop Rasmi :
Pengawai Perubatan
**Perlu dilengkapkan sebelum hadir mendaftar dan diserahkan pada hari pertama tiba
di Politeknik Kuala Terengganu
Garis Panduan Pendaftaran Pelajar Politeknik (Versi Politeknik Kuala Terengganu)
GARIS PANDUAN
PENDAFTARAN PELAJAR
POLITEKNIK 2020
(Versi Politeknik Kuala Terengganu)
Garis Panduan Pendaftaran Pelajar Politeknik
(Versi Politeknik Kuala Terengganu)
ISI KANDUNGAN
PERKARA Muka Surat
Maklumat Am
Pengenalan 1
Kemudahan tempat tinggal 1
Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu
Peringatan Penting 3
Proses Sebelum Hari Pendaftaran 4
Proses Semasa Hari Pendaftaran 5
Jadual Yuran Pengajian dan Bayaran Pelbagai 6
Kaedah Bayaran Yuran 7–10
Sahsiah dan Rupa Diri
Semasa Hari Pendaftaran 11
Sepanjang Tempoh Pengajian 12
Lampiran
Senarai Semak Dokumen 14
Pengurusan Pendaftaran Pelajar Pasca COVID-19
Maklumat Tambahan 16
Poster Urusan Pendaftaran Pelajar 17
Garis Panduan Pendaftaran Pelajar Politeknik (Versi Politeknik Kuala Terengganu)
MAKLUMAT AM
PENGENALAN
Visi Politeknik Malaysia: Menjadi peneraju institusi TVET yang unggul.
Misi Politeknik Malaysia: i. Menyediakan akses yang meluas kepada program TVET berkualiti dan diiktiraf; ii. Memperkasa komuniti melalui pembelajaran sepanjang hayat (PSH); iii. Melahirkan graduan holistik, berciri keusahawanan dan seimbang; dan iv. Memanfaatkan sepenuhnya perkongsian pintar dengan pihak berkepentingan.
KEMUDAHAN TEMPAT TINGGAL
Politeknik Kuala Terengganu TIDAK mempunyai kemudahan ASRAMA/KOLEJ KEDIAMAN. Oleh itu
pelajar perlu memahami beberapa perkara seperti berikut:
i. Pelajar yang memerlukan rumah sewa diwajibkan dengan kadar segera menghubungi
Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar di talian yang tertera di bawah sebelum
hadir mendaftar (kemudahan rumah sewa adalah TERHAD).
09-6204100 / 6322023 / 6322009 / 6322055
Pembayaran rumah sewa (pembayaran adalah bagi satu semester sekaligus), bil air dan
elektrik adalah di bawah tanggungjawab pelajar dan hendaklah dijelaskan setiap
semester.
Kemudahan di dalam rumah sewa hanyalah kemudahan asas iaitu seperti katil, tilam, peti
sejuk dan mesin basuh. Oleh itu, keperluan lain seperti bantal, sarung bantal dan cadar
serta keperluan peribadi lain hendaklah disediakan atau dibawa sendiri.
Pakaian semasa mendaftar hendaklah mengikut seperti mana yang telah ditetapkan di
dalam Buku Panduan Pendaftaran.
**PENJELASAN:
• Politeknik hanya MEMBANTU mencari rumah sewa yang berhampiran dengan kelengkapan
dan harga berpatutan (DALAM KAWASAN BANDARAYA KUALA TERENGGANU). Pihak
Politeknik Kuala Terengganu tidak mempunyai halangan sekiranya pelajar ingin mencari
rumah sewa sendiri.
• Segala perkara yang berlaku di rumah sewa adalah tanggungjawab pelajar itu sendiri dan
segala urusan selepas itu adalah di antara pelajar dan tuan rumah sewa kerana ianya
bukan di bawah bidang kawalan kuasa politeknik.
• Segala pertanyaan lebih lanjut boleh hubungi pegawai seperti yang tertera di atas.
1
Garis Panduan Pendaftaran Pelajar Politeknik (Versi Politeknik Kuala Terengganu)
PANDUAN PENDAFTARAN
PELAJAR BAHARU
2
Garis Panduan Pendaftaran Pelajar Politeknik (Versi Politeknik Kuala Terengganu)
PERINGATAN PENTING
PERKARA:
1. Maklumat anda akan disemak secara terperinci pada hari pendaftaran. Tindakan akan
diambil sekiranya anda:
i. memberi maklumat salah atau palsu semasa permohonan berkaitan dengan: • Kewarganegaraan • Keputusan Peperiksaan SPM atau Keputusan Peperiksaan Semester Akhir
ii. seorang penagih, pengedar atau terlibat dengan sebarang penyalahgunaan dadah.
2. Jika anda terlibat dengan perkara (i) dan (ii), tawaran kemasukan anda ke politeknik akan
ditarik balik dan terbatal. 3. Pelajar yang mendapat tawaran program yang disenaraikan di bawah ini, dikehendaki
memaklumkan kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Politeknik dengan SEGERA sekiranya
didapati Buta Warna setelah membuat Pemeriksaan Doktor. Rujuk HEP 2 (m/s 16 - 19).
i. Diploma Seni Bina*
ii. Diploma Senibina Kapal*
iii. Diploma Kejuruteraan Elektrik *
iv. Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik*
v. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan)*
vi. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer)*
vii. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)*
viii. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Perubatan)*
ix. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Optoelektronik)*
x. Diploma Kejuruteraan Elektrik (Tenaga Hijau) *
xi. Diploma Kejuruteraan Elektrik & Instrumentasi*
xii. Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kecekapan Tenaga) *
xiii. Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Instrumentasi*
xiv. Diploma Kejuruteraan Mekatronik*
xv. Diploma Kejuruteraan Perkapalan*
xvi. Diploma Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat*
xvii. Diploma Rekabentuk Fesyen Dan Pakaian*
xviii. Diploma Rekabentuk Grafik*
xix. Diploma Teknologi Media Cetak*
xx. Diploma Rekabentuk Industri*
*Syarat bagi program ini adalah calon tidak buta warna.
4. Pelajar dikehendaki mencetak surat tawaran terkini di laman web
http://ambilan.mypolycc.edu.my untuk simpanan sendiri.
MAKLUMAT DALAM BUKU INI ADALAH BENAR SEHINGGA DIKEMASKINI PADA
SESI DISEMBER 2020
3
Garis Panduan Pendaftaran Pelajar Politeknik (Versi Politeknik Kuala Terengganu)
PANDUAN PENDAFTARAN
PROSES SEBELUM HARI PENDAFTARAN
Mula
Membuat setuju terima tawaran dan menghantar Borang
Jawapan Terima (BJT) ke Politeknik dalam tempoh 14 hari
(Layari portal rasmi: http://ambilan.mypolycc.edu.my)
1. Menghubungi Politeknik Sekiranya Memerlukan RUMAH SEWA
(Rujuk Maklumat Penginapan di m/s 1)
2. Membuat bayaran yuran pengajian (BIMB)
**Mulai 03/01/2021
(Rujuk Jadual dan Kaedah Bayaran di m/s 7 - 10)
Daftar secara online (selepas 24 jam bayaran dilakukan) di
laman web politeknik (SPMP/ e-daftar) & cetak salinan slip
pengesahan pendaftaran
http://spmp.pkt.edu.my/uspmp2/logindaftarbaru.jsp
Lengkapkan Borang HEP1-HEP6
(yang telah dicetak dari laman web http://ambilan.mypolycc.edu.my )
Lapor diri di Politeknik pada Hari Pendaftaran dengan membawa:
Borang Pengesahan Saringan Kesihatan/Penilaian Risiko Covid-19
Slip Pengesahan Pendaftaran Borang HEP 1- HEP 6 Senarai Semak- Lampiran 1 Resit Bayaran Yuran Bawa gambar berukuran passport (1 Keping)
Salinan Penyata Akaun Bank Pelajar Surat Asal Tajaan cth: MAIS, MAIP (jika ada)
Selesai
4
Garis Panduan Pendaftaran Pelajar Politeknik (Versi Politeknik Kuala Terengganu)
PROSES SEMASA HARI PENDAFTARAN
Berurusan dengan Urusetia
/ membuat pendaftaran
on-line di kaunter.
Serah kepada Urusetia:
i. Surat Asal Tajaan
1. Beratur di luar Dewan / Jabatan / Kelas
Bawa dokumen berikut:
1. Borang Pengesahan Saringan Kesihatan/Penilaian Risiko Covid-19
2. Slip Pengesahan Pendaftaran 3. Senarai Semak- Lampiran 1 4. Borang HEP 1- HEP 6 5. Resit Bayaran Yuran 6. Bawa gambar berukuran passport (1 Keping) 7. Salinan Penyata Akaun Bank Pelajar
2. Ruang Menunggu.
Keluarkan dokumen di perkara 1.
LENGKAP
Ada tajaan dan masalah TIDAK
YA pendaftaran on-line
3. Pendaftaran
Semakan dokumen perkara 1.
4. Membuat Bayaran Pelbagai (RM300)
Di Kaunter Koperasi
5. Mengisi Borang Soal Selidik Pendaftaran
Secara atas talian (online)
Tamat
5
Garis Panduan Pendaftaran Pelajar Politeknik (Versi Politeknik Kuala Terengganu)
JADUAL YURAN PENGAJIAN DAN BAYARAN PELBAGAI PELAJAR BAHARU SESI DISEMBER 2020
BIL. JENIS BAYARAN JUMLAH (RM) KAEDAH BAYARAN
1
Yuran Pengajian
200.00
Bayar melalui Perbankan Internet / Mesin ATM / Mesin Cash Deposit
(CDM) BIMB atas nama POLITEKNIK KPT
**Bayaran Yuran Pengajian Boleh dibuat mulai 03/01/2021
2
Bayaran Pelbagai
300.00
Tunai (pada hari pendaftaran)
3 Bayaran Rumah Sewa (rujuk Peg. Hal Ehwal
Pelajar)
Sila rujuk Jabatan Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar Untuk Maklumat Lanjut
(*mana yang berkenaan) ( 09-6204100 / 6322000 / 6322009 / 6322023 / 6322055 )
4 Segala perbelanjaan pemeriksaan doktor ditanggung oleh pihak pelajar.
Nota:
• Setiap jenis bayaran hendaklah dibuat secara berasingan. • Patuhi arahan ketika membuat pembayaran Yuran Pengajian/ Yuran Kolej Kediaman di Bank Islam Malaysia
Berhad (BIMB).
• Politeknik tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kesilapan yang berlaku dalam proses pembayaran yuran.
• Pelajar dikehendaki menjelaskan semua bayaran di BIMB terlebih dahulu sebelum lapor diri di Politeknik. • Setiap resit bayaran yuran hendaklah dibuat salinan dan disimpan sebagai bukti pembayaran.
6
Garis Panduan Pendaftaran Pelajar Politeknik (Versi Politeknik Kuala Terengganu)
KAEDAH BAYARAN YURAN
KAEDAH MENGGUNAKAN MESIN CASH DEPOSIT (CDM) BIMB
1. Pilih menu YURAN IPT. 4. Amaun akan dipaparkan mengikut jenis bayaran.
Gambarajah 1
2. Masukkan No Kad
Pengenalan Pelajar.
Gambarajah 2
3. Klik menu Politeknik KPT untuk Yuran
Pengajian (RM 200).
Yuran Pengajian RM200
Yuran Kolej Kediaman RM60/ RM360/630
Gambarajah 4
5. Sahkan jumlah kemasukan wang.
6. Transaksi selesai dan ambil resit.
Gambarajah 5
Gambarajah 3
7
Garis Panduan Pendaftaran Pelajar Politeknik (Versi Politeknik Kuala Terengganu)
KAEDAH MENGGUNAKAN MESIN ATM BIMB
1. Pilih menu LAIN-LAIN. 5. Masukkan No Kad Pengenalan pelajar.
Gambarajah 6
2. Pilih menu PEMBAYARAN BIL /
YURAN IPT.
Gambarajah 7
3. Pilih menu YURAN IPT.
Gambarajah 8
4. Pilih Akaun Pembayar (akaun
yang akan didebit).
Gambarajah 9
Gambarajah 10
6. Klik menu Politeknik KPT untuk Yuran Pengajian
RM200.
Gambarajah 11 7. Amaun akan dipaparkan mengikut jenis
bayaran.
Gambarajah 12
8. Sahkan jumlah kemasukan wang.
9. Transaksi selesai dan ambil Resit.
8
KAEDAH MENGGUNAKAN PERBANKAN INTERNET
1. Layari www.bankislam.biz. Masukkan “USER ID” dan kata laluan.
2. Pilih “Bill Presentment”.
Klik “Bill Presentment”
Gambarajah 13
3. Pilih New Ic Number. Masukkan No Kad Pengenalan Pelajar pada ruang
Kad Pengenalan dan klik “Submit”.
i. Pilih “New IC”.
ii. Masukkan No. Kad Pengenalan.
iii. Klik “Submit”.
Gambarajah 14
4. Senarai bil akan dipaparkan. Pilih bil yang hendak di bayar dan klik “pay”. Kl ik menu
Politeknik KPT untuk bayaran Yuran Pengajian RM200.00.
Yuran Pengajian
RM200
Yuran Kolej Kediaman
RM630 Gambarajah 15
9
5. Maklumat bil yang hendak dibayar akan dipaparkan. Pilih “From account”
yang hendak didebitkan. Sahkan jumlah amaun dan klik “pay”.
Jumlah bayaran
POLI – RM200
POLI – RM630
Masukkan jumlah mengikut jenis bayaran
Gambarajah 16
6. Klik Request i-access code untuk dapatkan nombor kod transaksi melalui sms. Masukkan
no i-access code. Klik "Confirm" untuk meneruskan pembayaran.
7. Skrin berikut akan menunjukkan makluman bayaran yang telah dilakukan. Tekan “print”
setelah transaksi berjaya sebagai bukti bayaran.
8. Ulangi langkah 1 hingga 7 untuk bayaran Yuran Kolej Kediaman. Setiap jenis bayaran
hendaklah dibuat secara berasingan.
i. Bayaran ke atas akaun: POLI – Yuran Pengajian & Kolej Kediaman
Bukti bayaran ke atas pelajar melalui:
Bill Number – No. KP pelajar
Student Name – Nama pelajar
Jumlah bayaran:
POLI – RM200
POLI – RM60 / RM 360/ RM 630 Gambarajah 17
10
SAHSIAH DAN RUPA DIRI
SEMASA PENDAFTARAN
Lelaki Keterangan
Baju/ Tali Leher Kemeja Putih (Kosong tidak bercorak) lengan panjang dan bertali leher
Seluar/ Tali • Seluar panjang ‘slack’ berwarna hitam – jeans dan denim tidak
Pinggang dibenarkan.
• Tali pinggang berwarna hitam –corak atau kepala tali pinggang yang
berbentuk keterlaluan tidak dibenarkan.
Kasut • Kasut bertutup penuh- Kasut sukan tidak dibenarkan.
• Memakai sarung kaki dengan sempurna
Rambut • Pendek, kemas dan tidak diwarnakan
• Belakang tidak menyentuh paras kolar baju, paras tepi tidak menyentuh
paras atas telinga dan paras depan tidak menyentuh paras dahi.
Perempuan Keterangan
Baju
• Berbaju kurung / blouse labuh melepasi paras punggung.
(Warna Putih, Kosong Tidak Bercorak)
• Bertudung Putih (Kosong Tidak Bercorak) dan melebihi paras bahu bagi yang
beragama Islam.
• Pakaian hendaklah bersopan dan tidak menjolok mata seperti pakaian
yang ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan mana-
mana bahagian badan yang sensitif tidak dibenarkan.
Kasut • Kasut bertutup penuh.
• Memakai sarung kaki dengan sempurna.
Rambut • Rambut kemas sama ada diikat atau dengan cara yang seumpama
dengannya dan tidak diwarnakan serta tidak berfesyen.
(**bagi yang bukan beragama Islam)
Lain-lain • Sebarang bentuk perhiasan seperti rantai gelang dan subang adalah tidak dibenarkan. • Pelajar tidak dibenarkan memakai topi, baju ‘T’ tanpa kolar, seluar jeans, seluar
pendek dan seluar sukan semasa mendaftar.
11
SEPANJANG TEMPOH PENGAJIAN
Lelaki Keterangan
Baju Kemeja lengan panjang / pendek Baju T berkolar(tuck-in)
Baju Kebangsaan lengkap
Seluar Seluar ‘slack’
Kasut Kasut berstokin yang sesuai atau kasut sukan
Rambut Pendek, kemas dan tidak diwarnakan
Gambarajah 18
Gambarajah 19
Perempuan Keterangan Baju Baju kebangsaan lengkap
Berlengan panjang, kemas dan bersopan Baju T berkolar
Pakaian labuh melepasi paras punggung
Seluar Seluar ‘slack’
Sarung/Maxi Labuh, longgar dan tidak jarang
Kasut Kasut bertali yang sesuai atau kasut sukan
Rambut Kemas dan tidak diwarnakan
Gambarajah 20
12
LAMPIRAN
1. Borang Jawapan Tawaran (BJT) perlu dilengkapkan bersama Salinan dokumen yang
telah disahkan dan dipos dengan SEGERA kepada
Jabatan Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar
Politeknik Kuala Terengganu
Jalan Sultan Ismail
20200 Kuala Terengganu, Terengganu
(U/P: En Mohd Zailani bin Sulong)
2. Borang HEP 1 hingga HEP 6 perlu dilengkapkan dan dibawa semasa hari pendaftaran.
Setiap dokumen mestilah dicetak pada satu muka kertas bersaiz A4 untuk setiap satu,
cetakan tidak boleh dilakukan pada muka hadapan dan belakang helaian yang sama.
3. Pelajar perlu menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik kerajaan/swasta dengan
tanggungan sendiri sebelum melapor diri sebagai pelajar Politeknik.
4. Pelajar tidak perlu membawa filem x-ray semasa hari pendaftaran. Hanya laporan x-ray
sahaja yang diperlukan.
5. Pegawai yang layak menjadi saksi untuk mengesahkan Salinan sijil serta dokumen.
Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional / Kumpulan A
Doktor yang bertugas di Pusat kesihatan Kerajaan sahaja
Pengetua Sekolah Menengah
Pegawai Polis berpangkat ASP dan ke atas
Pegawai Tentera berpangkat Kapten dan ke atas
Penguasa Penjara, Penguasa Bomba, Penguasa Kastam
Pengurus Felda atau Pengurus Felcra
Wakil Rakyat
Pengamal Undang-undang
Pesuruhjaya Sumpah
Jaksa Pendamai
Penghulu/Penggawa/Ketua Kampung/Pemanca/Ketua Kaum (Sabah & Sarawak)
(Sila pastikan cop pengesahan mesti mempunyai nama dan jawatan serta majikan)
13
LAMPIRAN
SENARAI SEMAK
Dokumen-dokumen berikut mesti diserahkan pada hari pendaftaran. Dokumen pendaftaran yang
telah lengkap diisi dan perlu diketipkan (staple) sekali mengikut tertib/aturan. Setiap dokumen mestilah
di cetak pada satu muka kertas untuk setiap satu, cetakan tidak boleh dilakukan pada muka
hadapan dan belakang helaian yang sama.
Nama :
No. Kad Pengenalan: No.Pendaftaran :
Sila sertakan salinan dokumen dalam saiz A4 (pastikan mengikut susunan berikut)
Bil Borang Maklumat Pelajar Tindakan Tindakan Urus Calon setia
( √ ) Pendaftaran
1 Borang Pengesahan Saringan Kesihatan/Penilaian Risiko Covid-19
2 Slip Pengesahan Pendaftaran Sesi Disember 2020
3 Maklumat Peribadi Pelajar HEP 1
4 Laporan Pemeriksaan Doktor Bahagian A: HEP 2
5 Laporan Pemeriksaan Doktor Bahagian B: HEP 2
6 Laporan Pemeriksaan Doktor Bahagian C: HEP 2
7 Laporan Pemeriksaan Doktor Bahagian D: HEP 2
8 Kebenaran Ibubapa/Penjaga Untuk Rawatan Pembedahan HEP 3
9 Perakuan Pelepasan Tanggungjawab (Ibu-bapa/Penjaga) HEP 4 (A)
10 Perakuan Pelepasan Tanggungjawab (Pelajar) HEP 4 (B)
11 Akuan Pelajar HEP 5 (A)
12 Akuan Ibubapa/Penjaga HEP 5 (B)
13 Aku Janji Pelajar HEP 6
14 1 Salinan Penyata Akaun Bank Pelajar DISAHKAN
15
1 Keping gambar ukuran pasport (untuk fail peribadi pelajar
- Tulis nama dan no k/p di belakang gambar)
Dokumen Lengkap
Dokumen Tidak Lengkap
Tandatangan pegawai bertugas
…………………………………………………
Tarikh: ………………………. Tandatangan & Cop Rasmi
Pegawai Penyemak
14
PENGURUSAN PENDAFTARAN
PELAJAR PASCA COVID-19
15
MAKLUMAT TAMBAHAN PENGURUSAN
DAN PENDAFTARAN PELAJAR PASCA
COVID-19
Pelajar perlu mematuhi arahan dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak Politeknik, KPT
selaras dengan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi
(KPT), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Garis panduan Hari Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi Disember 2020 (Pasca Covid-19)
adalah seperti berikut:
i. urusan pendaftaran kemasukan pelajar baharu dibuat secara berperingkat bagi
memastikan jumlah kehadiran adalah terkawal pada satu-satu masa. Perjalanan
pelajar adalah ditanggung dan diurus sendiri oleh pelajar.
ii. pelaksanaan norma baharu seperti pemeriksaan suhu badan, penggunaan
pensanitasi tangan, pemakaian pelitup muka dan pengamalan penjarakan sosial
akan diadakan di seluruh Politeknik, KPT.
iii. Waris tidak dibenarkan untuk mengiringi pelajar semasa proses pendaftaran
sedang berlangsung
iv. pelajar yang bergejala COVID-19, berstatus Person under Investigation (PUI) atau
Person under Surveillance (PUS), tidak dibenarkan mendaftar.
v. Sebarang pertanyaan sila hubungi pihak pengurusan Politeknik berkenaan atau
layari portal rasmi ambilan pelajar http://ambilan.mypolycc.edu.my.
16
POSTER URUSAN PENDAFTARAN
JABATAN HAL EHWAL DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
POLITEKNIK KUALA TERENGGANU JALAN SULTAN ISMAIL, 20200 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
TEL: 09-6322000 / 2022 / 2023 / 2055 / 2009 FAKS: 09 - 6204102
top related