4. modul tari
Post on 13-Feb-2015
975 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
______________________________________________________MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI
PENGENALAN
Memberi pendidikan asas seni tari kepada pelajar peringkat sekolah rendah dan menengah
serta meningkatkan ilmu pengetahuan tentang nilai-nilai kesenian bangsa sebagai teras
pembentukan masyarakat berbudaya.
OBJEKTIF
Menggalak serta menarik minat pelajar mengenali dan mempelajari asas-asas tari.
Mendedahkan pelajar kepada satu kaedah pembelajaran tari zapin, joget, inang, asli
dan tarian etnik/rakyat yang bersistematik.
Menggalakkan pelajar bergerak aktif sebagai usaha menyemarakkan seni budaya.
Ke arah mewujudkan sebuah kumpulan tarian dalam kalangan pelajar sekolah.
SUKATAN PEMBELAJARAN
Sejarah Tarian
Menonton Video/Gambar
Pengenalan Tempo
Pergerakan Asas
Ragam Gerak
Susunan Gerak
ALAT BANTUAN MENGAJAR
VCD
CD lagu
CD player
Video player
Buku modul
______________________________________________________MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI
SEJARAH TARIAN ZAPIN
Tarian Zapin merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional. Tarian ini diilhamkan oleh
peranakan Arab dan dikatakan berasal dari Yaman. Tarian zapin telah menular luas dalam
kalangan penggemar seni tari di Nusantara iaitu di Semenanjung Tanah Melayu, Borneo dan
gugusan pulau yang sebanding yang mana bergiat aktif dari dulu hingga kini seperti di
Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Zapin telah mengalami pengubahsuaian dari segi
bentuk dan ragamnya yang ternyata lebih tradisional sifatnya.
Tarian Zapin mementingkan pergerakan berkumpulan dan bukannya usaha individu. Antara
peralatan muzik yang mengiringi tarian Zapin ialah gambus, rebana, gendang, rebab dan
marakas.
Mengikut sejarah tarian Zapin, pada mulanya tarian ini adalah sebagai tarian hiburan di istana
setelah dibawa dari Hadramaut, Yaman oleh para pedagang Arab pada awal abad ke-16. Pada
masa itu negeri Johor menjadi pengganti kepada peranan Melaka sebagai sebuah entrepot
antarabangsa pada kurun ke-16.
______________________________________________________MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI
TARIAN ZAPIN
ASAS GERAK TARI ZAPIN (LAGU : YA SALAM)
BIL PERGERAKAN KIRAAN
1 Setempat 2 x 8
2 Maju 2 x 8
3 Setempat 2 x 8
4 Undur 2 x 8
5 Setempat 2 x 8
6 Ragam Acah 2 x 8
7 Setempat 2 x 8
8 Ragam Melingkar 2 x 8
9 Setempat 2 x 8
10 Ragam Acah 2 x 8
11 Setempat 2 x 8
12 Ragam Melingkar 2 x 8
13 Setempat 2 x 8
14 Maju 2 x 8
15 Setempat 2 x 8
16 Undur 2 x 8
17 Setempat 2 x 8
______________________________________________________MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI
TARIAN ZAPIN
BIL RAGAM SUSUNAN PERGERAKAN KIRAAN
1 Langkah Melingkar a. Silang kaki kanan ke belakang kaki kirisambil kaki kiri diangkat sedikit ke atas.
b. Letak kaki kiri, melangkah kaki kanan (45darjah) dan angkat kaki kiri sekali lagisambil dibengkokkan.
c. Pusing, letak kaki kiri, susun kaki kanan,susun kaki kiri dan akhirnya buka kakikanan ke sisi.
d. Ulang ragam yang sama sekali lagi.
1,2
3,4
5,6,7,8
1x 8
2 Acah a. Melangkah maju ke hadapan kaki kanandan kaki kiri.
b. Acah ke kanan dan ke kiri.c. Pusing, balik ke tempat asa.ld. Ulang ragam ini sekali lagi tetapi arah yang
berbeza.
1, 2
3, 45,6,7,81 x 8
3 Wainab a. Angkat kaki kanan dan turun.b. Angkat kaki kiri dan turun.c. Angkat kaki kanan dan terus bertinggung.d. Angkat kaki kanan dan turun.e. Angkat kaki kiri dan turun.f. Angkat kaki kanan dan terus bertingggung.g. Angkat kaki kanan dan terus tertinggung.
123,4567,81 & 2
______________________________________________________MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI
SEJARAH TARIAN INANG
Inang memberi pengertian sebagai pengasuh. Tarian Inang memberi gambaran tentang
kelembutan dan sopan santunnya seorang wanita pengasuh. Penari lelaki merupakan
pasangan untuk menggambarkan keserasian dalam kehidupan keluarga atau masyarakat.
Tempo pergerakan tarian inang yang sederhana ialah 2/4 diselangi dengan paluan gong. Inang
juga boleh ditarikan dengan pantas iaitu 4/4 berdasarkan irama masri. Lengok Tari Inang yang
biasa ditarikan ialah Inang Selendang, Ayam Didik, Tari Payung, Tari Sapu Tangan, Tari Lilin
dan lain-lain bergantung kepada peralatan yang diragakan dalam tarian tersebut.
______________________________________________________MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI
TARIAN INANG
ASAS GERAK TARI INANG (LAGU : TIMANG-TIMANG ANAK)
BIL PERGERAKAN KIRAAN
1 Setempat 2 x 8
2 Maju 1 x 8
3 Setempat 1 x 8
4 Undur 1 x 8
5 Setempat 2 x 8
6 Ragam huruf “C” (sudi - kanan) 1 X 4
7 Undur 1 x 4
8 Ragam huruf “C” (sudi - kiri) 1 x 4
9 Undur 1 x 4
10 Ragam huruf “L” dan “C” (pusing melalui kanan) 2 x 8
11 Ragam huruf “L” dan “C” (pusing melalui kiri) 2 x 8
12 Setempat 2 x 8
13 Maju 1 x 8
14 Setempat 1 x 8
15 Undur 1 x 8
16 Setempat 1 x 8
______________________________________________________MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI
TARIAN INANG
BIL RAGAM SUSUNAN PERGERAKAN KIRAAN
1
2
Membuat Huruf ‘C’ (sudi)
1,2,3,4
5,6,7,8
1,2,3,4
5,6,7,8
a. Melangkah ke hadapan dengankaki kanan, membuat huruf ‘C’ –sudi.
b. Undur dan balik ke tempat asal(sebelah kanan).
c. Melangkah ke hadapan dengankaki kanan, membuat huruf ‘C’ –sudi.
d. Undur dan balik ke tempat asal.(sebelah kiri).
e. Ulang ragam yang sama sekali lagitetapi ke arah kiri pula.
1, 2, 3, 4
5, 6, 7, 8
1, 2, 3, 4
5, 6, 7, 8
3 Membuat Huruf ‘L’ dan ‘C’
5,6,7,8
1,2,3,4
1,2,3,4,5,6,7,8
5,6,7,8
1,2,3,41,2,3,4,5,6,7,8
a. Melangkah kaki kanan terus kehadapan dimulai dengan kakikanan.
b. Pusing melalui bahu kiri 90darjah dan undur.
c. Membuat huruf ‘C’ balik ketempat asal.
d. Ulang ragam yang sama sekalilagi tetapi di sebelah kiri pula.
______________________________________________________MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI
SEJARAH TARIAN ASLI
Tarian Asli merupakan kumpulan tarian yang dicipta berasaskan lagu-lagu asli Melayu. Tarian
ini wujud daripada rentak dan irama lagu Dondang Sayang tetapi tidak diiringi dengan adegan
berbalas pantun seperti dalam Dondang Sayang. Perkembangan seterusnya adalah
kemunculan tarian-tarian asli yang dicipta daripada lagu-lagu seperti lagu Makan Sireh, Gunung
Banang, Asli Sapu Tangan, Asli Selendang, Bentan Telani, Asli Abadi dan lain-lain. Tarian Asli
boleh didapati di seluruh Malaysia terutama Semenanjung Malaysia.
______________________________________________________MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI
TARIAN ASLI
ASAS GERAK TARI ASLI (LAGU : GURINDAM JIWA)
BIL PERGERAKAN KIRAAN
1 Setempat 1 x 8
2 Maju 1 x 8
3 Setempat 1 x 8
4 Undur 1 x 8
5 Setempat 1 x 8
6 Ragam Petik Bunga – kanan 1 x 4
7 Setempat 1 x 4
8 Ragam Petik Bunga – kiri 1 x 4
9 Setempat 1 x 4
10 Setempat 1 x 8
11 Ragam Silang Kaki ke Kanan – bertemu dan buka
tangan ke sisi
1 x 8
12 Ragam Silang Kaki ke Kiri – bertemu dan buka
tangan ke sisi
1 x 8
13 Setempat 1 x 8
14 Setempat 1 x 4
______________________________________________________MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI
TARIAN ASLI
BIL RAGAM SUSUNAN PERGERAKAN KIRAAN
1 Petik Bunga - Kanan a. Kaki kanan langkah ke sisi kanankemudian kaki kiri silang ke kakikanan.
b. Tangan kiri perempuan mencubitpeha kiri manakala tangan kananpetik bunga
1 X 8
2 Petik Bunga - kiri a. Kaki kiri langkah ke sisi kirikemudian kaki kanan silang ke kakikiri.
b. Tangan kanan perempuanmencubit peha kanan manakalatangan kanan petik bunga.
1 X 8
3 Silang Kaki ke kanan –Bertemu dan Buka Tanganke Sisi
a. Silang kaki kanan di depan kaki kirimanakala tangan bertemu ditengah dan buka ke sisi dalamkedudukan 45 darjah.
b. Tangan kilas angin di sisi badan keatas
1 X 8
4 Silang Kaki ke Kiri -Bertemu dan Buka Tanganke Sisi
a. Kaki kiri langkah ke sisi kiri dengankiraan berganda (double)kemudian kaki kiri silang ke kakikanan.
b. Tangan kiri wanita mencubit pehakiri manakala tangan kanan petikbunga.
1 X 8
______________________________________________________MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI
SEJARAH TARIAN JOGET
Tarian Joget merupakan sejenis tarian Melayu tradisional. Tarian ini dipengaruhi oleh
kebudayaan Portugis iaitu Branyo, satu cabang daripada tarian Coridinho. Joget telah dijadikan
sebagai tarian sosial serta diterima oleh berbagai-bagai kaum di Malaysia. Tarian ini juga
biasanya ditarikan secara berpasangan lelaki dan wanita. Tarian ini, yang dipersembahkan oleh
pasangan penari lelaki dan perempuan dengan gerak-geri pantas yang disulami pelbagai
usikan. Joget juga dikenali sebagai ronggeng asal daripada “wrong geng” kerana ditarikan
secara berpasangan lelaki dan wanita.
Pada masa kini terdapat pelbagai jenis lagu yang dihasilkan seperti Joget Serampang Laut,
Joget 106, Joget Johor Sport Club dan lain-lain. Joget juga popular ditarikan secara beramai-
ramai dalam pesta keramaian dan dikenali sebagai joget lambak.
______________________________________________________MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI
TARIAN JOGET
ASAS GERAK TARI JOGET (LAGU : SERAMPANG LAUT)
BIL PERGERAKAN KIRAAN
1 Setempat 1 x 8
2 Maju 1 x 8
3 Setempat 1 x 8
4 Undur 1 x 8
5 Setempat 1 x 8
6 Ragam Kunang-kunang Mabuk (Pergi dan balik) 2 x 8
7 Setempat 1 x 8
8 Maju 1 x 8
9 Undur 1 x 8
10 Setempat 1 x 8
11 Ragam “S”, Maju, Undur & 4 Penjuru (Pergi) 2 x 8
12 Ragam “S”, Maju, Undur & 4 Penjuru (Balik) 2 x 8
13 Setempat 1 x 8
14 Ragam Terancang Setempat 2 x 8
______________________________________________________MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI
15 Ragam Terancang Lompat 2 x 8
16 Ragam Angkat Kaki ke Sisi Kanan 1 x 4
17 Ragam Angkat Kaki ke Sisi Kiri 1 x 4
18 Ragam Angkat Kaki ke Hadapan 1 x 4
19 Ragam Angkat Kaki ke Hadapan (Undur) 1 x 4
______________________________________________________MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI
TARIAN JOGET
BIL RAGAM SUSUNAN PERGERAKAN KIRAAN
1 Kunang-kunang Mabuk a. Melangkah ke hadapan dengankaki kanan, membuat silangbersama kaki kiri di belakang kakikanan.
b. Kaki kanan dibuka ke sisi.c. Pusing badan, membuat kaki kiri di
sisi.d. Silangkan kaki kanan ke belakang
kaki kirie. Membuka dan meletak kanan kiri
di sisi dan pusing denganmembuka kaki kanan di sisi.
f. Ulang ragam yang sama sekalilagi.
1,2
34
5,6
7,8
1x 8
2 ‘S’ maju, undur dan empatpenjuru
a. Langkah berjuntai membuatseparuh bulatan.
b. Balas di sebelah dengan separuhbulatan juga.
c. Langkah berjuntai maju kehadapan dan undur.
d. Langkah berjuntai keempat-empatpenjuru.
e. Ulang ragam yang sama sekali lagihingga balik ke tempat asal
1,2,3,4
5,6,7,8
1,2,3,4
5,6,7,8
2 x 8
3 Terancang Setempat a. Keluarkan kaki kanan ke arah 45darjah. Ibu jari kaki cecah ke lantai.
b. Silangkan kaki kanan dengan kakikiri.
c. Keluarkan kaki kanan ke arah 45darjah sekali lagi.
d. Susunkan kaki kanan di sebelahkaki kiri.
e. Ulangkan di sebelah kaki kiri puladan seterusnya hingga tamat laguterancang.
1
2
3
4
5,6,7,8
4 Terancang Lompata. Sama dengan Terancang
Setempat tetapi kakinyatergantung dan dilakukan denganmelompat ke tempat
1 x 8
______________________________________________________MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI
SEJARAH TARIAN SUMAZAU
Etnik Kadazan, Dusun, Penampang ialah sub etnik kumpulan Kadazan Dusun yang tinggal di
daerah Penampang luar pinggir Bandar raya Kota Kinabalu. Tarian ini merupakan tarian suku
kaum Kadazan yang paling popular wujud melalui kepercayaan spiritual iaitu kepercayaan
terhadap Bambazon (semangat padi bagi masyarakat Kadazan-Dusun). Tarian ini pada zaman
dahulu ditarikan untuk menyambut pahlawan-pahlawan yang pulang dari medan perang yang
membawa kepala musuh. Kepala musuh yang terkorban akan digantung pada daun silat dan
dibawa menari bersama-sama supaya roh yang terkorban tidak akan mengganggu atau
menimbulkan bencana pada pahlawan dan masyarakat sekitarnya. Sumazau juga bererti
menari dengan penuh keriangan dan kejayaan.
______________________________________________________MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI
TARIAN ETNIK
ASAS GERAK TARI SUMAZAU
BIL PERGERAKAN KIRAAN
1 Henjut setempat (henjut kedua-dua belah kaki) 1 x 8
2 Henjut bersilang setempat 1 x 8
3 Henjut bersilang maju ke hadapan 1 x 8
4 Henjut bersilang setempat 1 x 8
5 Henjut sebelah kaki setempat (sambil tangan naik
perlahan-lahan)
1 x 8
6 Setempat 1 x 8
7 Bergerak ke sisi kanan 1 x 8
8 Bergerak ke sisi kiri 1 x 8
9 Setempat 1 x 8
10 Henjut sebelah kaki setempat (sambil tangan turun
perlahan-lahan)
1 x 8
11 Henjut bersilang setempat 1 x 8
12 Undur 1 x 8
13 Henjut bersilang kaki setempat 1 x 8
14 Henjut bersilang kaki setempat (sambil tangan naik
perlahan-lahan)
1 x 8
______________________________________________________MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI
15 Setempat 1 x 8
16 Pusing ke kiri 1 x 8
17 Balas pusing ke kanan 1 x 8
18 Setempat 1 x 8
19 Henjut sebelah kaki setempat (sambil tangan turun
perlahan-lahan)
1 x 8
20 Henjut bersilang setempat 1 x 8
______________________________________________________MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI
SEJARAH TARIAN WAU BULAN
Pada musim menuai, di negeri- negeri sebelah pantai timur sering diadakan persembahan dan
permainan seperti gasing, wau, rebana ubi, rebana kertuk, rebana kayu dan lain-lain.
Bersempena dengan permaianan wau, maka satu tarian yang diberi nama Cik Siti Wau Bulan
telah dicipta dan mendapat sambutan. Dahulu tarian ini mengisahkan cara anak muda bermain-
main wau pada musim menuai. Kegembiraan dan kemeriahan tarian ini tergambar dalam gerak
geri penari-penari yang terdiri daripada anak muda lelaki dan wanita. Tarian ini menggunakan
muzik iringan seperti serunai, rebab, gendang, gong, kesi dan lain- lain.
______________________________________________________MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI
TARIAN WAU BULAN
BIL RAGAM SUSUNAN PERGERAKAN KIRAAN
1 Gerak Berkepak Maju a. Kaki kanan langkah ke hadapansambil tangan kanan mengepak(45 darjah) mengikut arah kakikanan.
b. Kaki kiri langkah ke hadapansambil tangan kiri mengepak (45darjah) mengikut arah kaki kiri.
1, 3, 5, 7
2, 4, 6, 8
2 Gerak Berkepak Setempat a. Kaki kanan langkah ke hadapandan lutut direndahkan sebelahkanan sambil menepuk tangansebelum tangan kiri mengepak keatas.
b. Kaki kiri langkah ke hadapan danlutut direndahkan sebelah kirisambil menepuk tangan sebelumtangan kanan mengepak ke atas.
1, 2, 3, 4
5, 6, 7, 8
3Gerak Goyang BahuDepan/ Belakang SambilDuduk
a. Kaki kanan di depan kaki kirimanakala tangan digoyangkanbahu depan sambil duduk melutut.
b. Kaki kanan di depan kaki kirimanakala tangan digoyangkanbahu ke belakang sambil dudukmelutut.
1, 2, 3, 4
5, 6, 7, 8
4 Gerak Tepis Zig-zag a. Bergerak ke sisi kanan sambiltangan bergerak tepis ke kanan.
b. Bergerak ke sisi kiri sambil tanganbergerak tepis kiri.
1, 2, 3, 4
5, 6, 7, 8
5 Gerak Zig-zag SambilTepuk
a. Bergerak ke kanan sambilmenepuk tangan. Kaki kiridiangkatkan sedikit sementarapergelangan tangan dipusing dariarah dalam ke arah luar.
1, 2, 3, 4
5, 6, 7, 8
______________________________________________________MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI
b. Bergerak ke kiri sambil menepuktangan. Kaki kanan diangkatkansedikit sementara pergelangantangan dipusing dari arah dalamke arah luar.
______________________________________________________MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI
TARIAN WAU BULAN
ASAS PERGERAKAN
BIL PERGERAKAN KIRAAN
1 Setempat 1 x 8
2 Maju 1 x 8
3 Undur 1 x 8
4 Gerak berkepak maju (dahulukan dengan kaki
kanan)
2 x 8
5 Gerak berkepak setempat 2 x 8
6 Goyang bahu ke depan sambil duduk 1 x 4
7 Goyang bahu ke belakang sambil duduk 1 x 4
8 Susun benang 2 x 8
9 Tarik benang 2 x 8
10 Goyang bahu sambil berdiri 1 x 8
11 Gerak acah – kanan 1 x 8
12 Gerak acah – kiri 1 x 8
13 Setempat 1 x 8
14 Setempat hayun dan jingkitkan kaki 1 x 8
15 Setempat pusing 4 penjuru – kanan 1 x 8
______________________________________________________MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI
16 Setempat pusing 4 penjuru – kiri 1 x 8
17 Setempat hayun dan jingkitkan kaki 1 x 8
18 Gerak tepis zig-zag 2 x 8
19 Gerak zig-zag sambil tepuk – kanan dan kiri 2 x 8
20 Gerak bertepuk dan lompat 1 x 7
top related