4 cara mudah luaskan rezeki
Post on 11-Oct-2015
73 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
4 CARA MUDAH LUASKAN REZEKI
HAKCIPTATERPELIHARA@AWIESYAH2014 1
Terima kasih kerana sudi memiliki ebook ini " 4 Cara Mudah Luaskan
Rezeki". Semoga anda membaca & memahami & mengamalkannya
dengan istiqamah. In Shaa Allah, anda akan nampak lihat kebenarannya.
-
4 CARA MUDAH LUASKAN REZEKI
HAKCIPTATERPELIHARA@AWIESYAH2014 2
4 Cara Mudah
Luaskan Rezeki
NO CARA Bagaimana
1 FOKUS kepada Allah swt A) Utamakan solat 5 waktu dengan
menepati masa
B) Al-quran
2 CUCI dosa-dosa Anda A) Solat Sunat Taubat
B) Istigfar
C) 3 Doa Nabi
3 CUCI Wang Anda A) Infak
4 BUKA pintu rezeki A) Sunat Dhuha
B) Selawat Tafrijiah
C) Selawat Nabi
D) Surah Amalan
-
4 CARA MUDAH LUASKAN REZEKI
HAKCIPTATERPELIHARA@AWIESYAH2014 3
1) FOKUS KEPADA ALLAH SWT
Ramai antara kita yang lupa & leka tentang atau terlepas pandang. Ini
kerana kesibukan masalah yang cuba diselesaikan atau mengejar
kemewahan atau sibuk dengan hal-hal duniawi maka kita kebanyakkan
leka dan tidak menitik beratkan hal ini
Kenapa?
Bayangkan dari pagi ke petang mungkin sampai ke malam hari, kita
masih sibuk berkerja dan badan keletihan kemudian bersiap untuk tidur.
Sebelum tidur pun kita masih ingat atau mengeluh memikirkan masalah
siang hari tadi.
Tidak kurang juga antara kita dengar azan berkumandang dengar jelas di
PC , Handphone , TV atau dari surau berdekatan dengan kita. Azan itu
dah sejelas-jelasnya menandakan waktu solat sudah TIBA!!!
Kita mungkin pernah dengar 3 hadis berikut :-
A) Firman Allah swt dalam Surah Al-Ma'un ayat 4-5 bermaksud
"Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang shalat (iaitu) orang-orang
yang lalai dari shalatmu"
Mungkin bagi kita yang biasa-biasa ni fikir "LALAI" itu tidak khusyuk
tetapi sebaliknya para ulama mentafsirkan "LALAI" adalah apabila
manusia melewat-lewatkan solatnya
-
4 CARA MUDAH LUASKAN REZEKI
HAKCIPTATERPELIHARA@AWIESYAH2014 4
B) Sabda Rasulullah saw bermaksud
"Barangsiapa bersembahyang tepat pada waktunya dengan
melengkapkan wuduknya, menyempurnakan rukuk, sujud dan khusyuknya,
maka sembahyang itu dinaikkan ke atas dalam keadaan putih dan
cemerlang. Sembahyang itu berkata; "Semoga Allah menjaga dirimu
sebagaimana engkau menjaga aku". Tetapi barangsiapa yang
bersembahyang tidak di dalam waktunya yang ditentukan dan tidak
melengkapkan wuduknya serta tidak juga menyempurnakan rukuk, sujud
dan khusyuknya, maka sembahyang itu naik ke atas dalam keadaan hitam
legam sambil berkata; "Semoga Allah menyia-nyiakan dirimu
sebagaimana engkau menyia-nyiakan aku". Selanjutnya setelah
sembahyang itu berada di suatu tempat sebagaimana dikehendaki Allah,
ia dilipatkan sebagaimana dilipat baju yang koyak, kemudian dipukul
kepada muka pelakunya"
C) Sabda Rasulullah saw bermaksud
"Solat itu tiang agama, barangsiapa yang mendirikan solat maka dia telah
mendirikan agamanya, barangsiapa yang meninggalkan solat maka dia
telah meruntuhkan agamanya"
Oleh itu, sama-sama kita bina dan kukuhkan tiang agama dengan
menjaga waktu solat diikuti dengan meningkatkan tahap khusuk dalam
solat. In Shaa Allah amalan solat 5 waktu kita diterima disisi Allah swt.
Mulai hari ini kita ubah berikut:-
Mulakan langkah pertama solat subuh ON TIME kemudian hari kedua
Subuh & Zuhur ON TIME dan begitulah berterusan sehingga hari ke 5
dan In shaa Allah istiqamah menunainakan solat Subuh , Zhuhur, Asar,
Maghrib & Isyak ON TIME
-
4 CARA MUDAH LUASKAN REZEKI
HAKCIPTATERPELIHARA@AWIESYAH2014 5
Walau sesibuk mana pun mula UBAH apabila masuk waktu solat
tinggalkan dahulu DUNIAWI terus kanlah ambil Wudu' dan tunaikan solat
kemudian sambunglah kerja kita.
In shaa Allah... Anda akan lihat perubahan demi perubahan yang berlaku
kepada anda termasuklah rezeki.
Jika anda sudah ISTIQAMAH (amalkan secara berterusan) tunaikan solat
dengan menjaga waktunya, maka boleh anda menambah fokus anda
kepada Allah swt dengan MEMBACA & FAHAMI Al-Quran. Anda
mulakan 1 muka surat sehari kemudian 2 muka surat sehari dan
seterusnya. Apa yang ingin ditekankan adalah lebih baik kita amalkan
sekurangnya baca Al-Quran sehelai dengan setiap hari berbanding kita
baca 7 helai Al-Quran hari ini tetapi ia sambung next week baru baca.
Kenapa ? Mudah kita manusia mudah lalai dan mudah leka lebih baik kita
amalkan sedikit demi sedkit asal setiap hari.
In shaa Allah dengan Fokus Anda Kepada Allah swt dengan utamakan
waktu solat 5 waktu anda & amalkan sekurang-kurangnya baca sehelai
al-quran setiap hari dan seterusnya , anda bukan sahaja menjaga agama
malah lebih utuh hubungan dengan Allah swt malah anda sedang
menjemput / menarik / meluaskan REZEKI anda. wallahualam
-
4 CARA MUDAH LUASKAN REZEKI
HAKCIPTATERPELIHARA@AWIESYAH2014 6
2) CUCI DOSA-DOSA ANDA
Antara amlalan cuci dosa adalah berikut :-
i. Solat taubat
ii. Istigfar
iii. 3 Doa Nabi
Perkara biasalah melakukan dosa samada disengajakan atau
disebaliknya tetapi kita masih mudah lupa dan CUCI. Cuci dosa bukan
seperti cuci pakaian , pinggan mangkuk betul tak tetapi nak cuci dosa ni
kenalah dengan hati IKHLAS
I) Solat Sunat Taubat
Kita mulakan dengan Solat Sunat Taubat 2 / 4 / 6 Rakaat & lebih afdal
ditunaikan 1/3 malam terakhir (antara 3-5 pagi) dimana suasananya
sunyi , tenang
Antara sabda Rasulullah saw
Rasulullah SAW. telah bersabda: Sesiapa yang pernah melakukan perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT., Allah pasti akan menerima
permohonannya itu.
-
4 CARA MUDAH LUASKAN REZEKI
HAKCIPTATERPELIHARA@AWIESYAH2014 7
Kemudian bacalah ayat ini:
Mereka yang pernah mengerjakan perbuatan dosa atau telah berbuat dosa terhadap dirinya sendiri lalu mereka bersegera mengingati Allah dengan memohon keampunan Ilahi terhadap dosa yang dilakukan itu.
Siapakah yang akan mengampuni segala dosa, selain Allah? Kemudian itu mereka berasa insaf dan sedar serta tidak akan mengulangi perbuatan itu
lagi, maka mereka akan diberi pahala dan ganjaran syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai dan disitulah tempat mereka
selamanya. (HR Abu Daud, NasaI, Ibnu Majah dan Baihaqi.)
.
Cara Solat Sunat Taubat
1-Niat Solat sunat Taubat
2-Bacaan surah selepas Al-Fatihah:
Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas
3-Semasa sujud terakhir pada rakaat kedua
(sebelum duduk Tahiyyat Akhir) iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut 40 kali:
Daku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan
melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku bertaubat kepada-Nya.
4-Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar
berikut :-
4a-Bacalah istighfar berikut sebanyak 10 / 100 kali/ 1000 kali :-
Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan
melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat
-
4 CARA MUDAH LUASKAN REZEKI
HAKCIPTATERPELIHARA@AWIESYAH2014 8
kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang
tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak
mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan
kebangkitan.
4b-Istighfar Tauhid berikut sebanyak 10 / 100 kali
Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan
melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat
kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang
tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak
mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan
kebangkitan.
4c-Penghulu Istighfar sebanyak 3 Kali
Ya Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau yang
menciptakan daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku,
daku berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Daku
memohon perlindungan-Mu daripada segala kejahatan yang telah
-
4 CARA MUDAH LUASKAN REZEKI
HAKCIPTATERPELIHARA@AWIESYAH2014 9
dilakukan; Daku mengakui akan segala nikmat yang Dikau berikan
kepadaku dan daku mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah daku
kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau
5-Baca Doa Taubat
Daku memohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang
Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang
banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudharat atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun
membangkitkan (di Padang Mahsyar kelak). Daku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. Daku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan
dan hukuman. Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah! Sesungguhnya daku bertaubat
kepada-Mu di atas segala dosaku, dan daku berjanji tidak akan mengulanginya.
Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan
-
4 CARA MUDAH LUASKAN REZEKI
HAKCIPTATERPELIHARA@AWIESYAH2014 10
baikku. Ya Allah! Sesungguhnya daku telah banyak sekali menganiaya diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali Dikau;
Maka berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah daku. Ya Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, suci bersihkanlah segala dosaku dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang!
II) Istighfar
Tahukah kita yang "Istighfar" dapat melenyapkan kesukaran
"Bagaimana ia membantu kita?
Renung-renungkan hadis di bawah:
"Sesiapa yang ditimpa kesukaran atau kesusahan, maka hendaklah
menyebut astagfirullah wa atubu ilahi sebanyak 1000 kali, maka Allah
akan menghapuskan segala kesukaran tersebut"
Dengan Istighfar adalah cara kita memohon keampunan Allah dari dosa
dan kesalahan. Dengan istighfar, hati akan menjadi yakin akan
keampunan Allah.
Dengan istighfar, hati nurani akan hidup dan kesuciannya memercik ke
seluruh tubuh kita. Kita menjadi seorang yang tenang, damai, indah dan
bahagia.
Tahukah anda yang dosa2 berkepuk2 akan menyebabkan kita tidak
tenang malah nak berfikir dengan terbaik pun payah nak masuk malah
rezeki pun makin jauh. Oleh itu memang semakin banyak istigfar kita
baca semakin banyak ketenangan dan dosa-dosa berkurangan maka
nilah antara magnet rezeki
-
4 CARA MUDAH LUASKAN REZEKI
HAKCIPTATERPELIHARA@AWIESYAH2014 11
Mulakan hari ini dengan 100x ke 300x ke 1000x sehari Istighfar &
ISTIQAMAH
Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan
melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat
kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang
tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak
mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan
kebangkitan.
III ) 3 Doa Nabi
Ramai tidak tahu 3 Doa Nabi kita antara amalan "cuci" dosa agar Allah
swt dengan "mudah" menerima taubat kita
A)Doa Nabi Adam a.s
-
4 CARA MUDAH LUASKAN REZEKI
HAKCIPTATERPELIHARA@AWIESYAH2014 12
Doa-doa Nabi Adam A.S. di atas boleh dibaca dan diamalkan pada:
a) Setiap kali berdoa selepas melaksanakan solat fardhu.
b) Doa setelah bertaubat dan selepas mendirikan Solat Sunat Taubat.
c) Doa ketika berada di Makam Ibrahim, selepas melakukan Solat Sunat
Tawaf.
B)Doa Nabi Yunus a.s
Daku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku bertaubat
-
4 CARA MUDAH LUASKAN REZEKI
HAKCIPTATERPELIHARA@AWIESYAH2014 13
kepada-Nya.
Kelebihannya dengan izin Allah swt segala dosa-dosa diampunkan,
dihindari bahaya , dimurahkan rezeki
C)Doa Rasulullah saw (Penghulu Istigfar)
-
4 CARA MUDAH LUASKAN REZEKI
HAKCIPTATERPELIHARA@AWIESYAH2014 14
Apa kelebihan doa ini? Ini
yang Rasul beritahu :
"Barangsiapa mengucapkannya di siang hari
dalam keadaan yakin dengannya kemudian dia
mati pada hari itu sebelum petang hari,
maka dia termasuk penduduk syurga dan siapa
yang mengucapkannya di waktu malam hari dalam
keadaan dia yakin dengannya, kemudian dia mati
sebelum shubuh maka dia termasuk penduduk
syurga' (HR. Al-Bukhari)
-
4 CARA MUDAH LUASKAN REZEKI
HAKCIPTATERPELIHARA@AWIESYAH2014 15
3) CUCI WANG ANDA
Amalkan Mengeluarkan INFAK
Ada 2 cara nak keluarkan infak
Cara I
A) Dapat gaji asing 10% daripada gaji yang anda dapat (bersih selepas -
EPF & Socso)
Contoh bersih RM 2000
10% = RM 200
Biasakan 1/4 drp 10% disedekahkan atau diinfakkan ke Tabung Bantuan /
Masjid / Surau
&
Baki 3/4 drp 10% amalkan ia dengan memberi kepada kedua ibu bapa
CARA II
A) Sedekahkan RM 1 - RM 5 atau lebih jika mampu ke tabung Masjid setiap
hari
B) Tabungkan RM 5 dalam tabung "ABAH IBU" & cukup bulan kirimkan lah
kepada kedua ibu bapa
Bagi anda yang berkemampuan keluarkan zakat samada zakat harta / zakat
ternakan / zakat perniagaan dsb
Cara ini bukan sahaja bukan sahaja cuci harta malah ia adalah Magnet /
Menarik / Menjemput / Luaskan Rezeki Anda .. In Shaa Allah
4) BUKA PINTU REZEKI
Ada 4 amalan nak "BUKA" pintu2 Rezeki
-
4 CARA MUDAH LUASKAN REZEKI
HAKCIPTATERPELIHARA@AWIESYAH2014 16
I. Sunat Dhuha
Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang
hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.
Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan
umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata:
Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua rakaat Dhuha dan Witir
sebelum tidur.
Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua,
cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha. (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)
.Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan
paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling
sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu
sehingga waktu petang.
-
4 CARA MUDAH LUASKAN REZEKI
HAKCIPTATERPELIHARA@AWIESYAH2014 17
(HR Al-Hakim dan At-Tabrani)
.
..Waktu Solat Dhuha
Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira
cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada
takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka
masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.
Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah
anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih
kurang dalam pukul 9.30 pagi.
Zaid bin Arqam r.a. berkata: Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang
mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda; "Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu
anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha. (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).
.
.Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialahlapan
rakaat.
Fadhilat Solat Dhuha
Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia
mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan
memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa
serta kehidupan.
Daripada Abu Hurairah r.a.,
Rasulullah SAW bersabda:
Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.
Rasulullah SAW bersabda: Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan Dhuha. Maka
apabila tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.
(HR At-Tabrani)
Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Saman, Allah berfirman: Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas
-
4 CARA MUDAH LUASKAN REZEKI
HAKCIPTATERPELIHARA@AWIESYAH2014 18
mengerjakan empat rakaat pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.
(HR. Haklim dan Tabrani).
II. Selawat Tafrijiah
Antara kebaikan pengamal selawat ini:-
1. Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang
menimpa dirinya.
2.Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya.
3.Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.
4.Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai.
5.Dia dilindumgi daripada segala bencana dan malapetaka.
6.Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.
7.Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah.
8.Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.
Imam ad-Dainuri r..a.
11 x setiap kali selesai solat fardhu, diberkati rezeki, ditinggikan darjat dan dijanjikan husnul khatimah.
41 x setiap malam secara istiqamah akan tercapai segala hajat. 100 x setiap selepas solat Hajat beberapa malam- menyelesaikan
-
4 CARA MUDAH LUASKAN REZEKI
HAKCIPTATERPELIHARA@AWIESYAH2014 19
masalah.
313x setiap hari, mengetahui rahsia ghaib atau sesuatu yang dikehendaki.
1000x tercapai segala cita-cita dan tersingkap rahsia yang dikehendaki.
Imam Qurtubi r.a.
41 x / 100x Allah hilangkan segala dukacita dan kesusahannya, memudahkan segala urusan, mengangkat martabat dan darjat,
menambahkan haibahnya, meluaskan rezeki dan membuka pintu kebajikan.
Selawat Nabi
Barang siapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat
kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapuskan sepuluh
kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya. (Riwayat
Ahmad, Nasai dan Al Hakim).
Jadikan amalan sekurang-kurangyan 10x / 100x sehari
III. Surah Amalan
-
4 CARA MUDAH LUASKAN REZEKI
HAKCIPTATERPELIHARA@AWIESYAH2014 20
A) Surah Yasin selepas solat fardhu subuh
Antara sabda Rasulullah saw
"Sesiapa yang membaca surah Yasin dipermulaan hari, segala hajatnya
bagi hari itu akan dipenuhi"
B) Surah Al-waqiah (selepas maghrib / isyak)
Surah Al-Waqiah terkenal dengan khasiatnya sebagai ayat yang menjadi sumber kekayaan dan pelindung daripada kefakiran.
Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari
dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya.
SENARAI SEMAK AMALAN
-
4 CARA MUDAH LUASKAN REZEKI
HAKCIPTATERPELIHARA@AWIESYAH2014 21
HARIAN ANDA
NO AMALAN WAKTU TEPATI
MASA
(/)
BUAT
(/)
TIDAK
BUAT
(/)
1 Sunat Tahajud 3-5 pagi
2 Sunat Taubat 3-5 pagi
3 Sunat Hajat 3-5 pagi
4 Sunat Subuh Subuh
5 Solat Subuh Subuh
6 Surah Yaasin Selepas solat
subuh
7 Selawat
Tafrijiyah
(11x/44x)
Selepas solat
subuh
8 Istigfar (33x) +
Selawat (10x)
Selepas solat
subuh
9 Sunat Dhuha
2/4/6/8 rakaat
8-12.30 tghari
(afdal 10 pg)
10 Zhuhur Zuhur
11 Istigfar (33x) +
Selawat (10x)
Selepas solat
Zuhur
12 Asar Asar
13 Istigfar (33x) +
Selawat (10x)
Selepas solat
Asar
-
4 CARA MUDAH LUASKAN REZEKI
HAKCIPTATERPELIHARA@AWIESYAH2014 22
14 Maghrib Maghrib
15 Baca 1-4 helai
al-quran
Selepas solat
Maghrib
16 Istigfar (33x) +
Selawat (10x)
Selepas solat
Maghrib
17 Isyak Isyak
18 Istigfar (33x) +
Selawat (10x)
Selepas solat
Isyak
19 Doakan Ibubapa Sebelum tidur
20 Maafkan semua
orang & doakan
orang lain
Sebelum tidur
Penting : Mulakan amalan dalam tulisan "MERAH" & istiqamah in shaa
Allah swt terbentang luas REZEKI datang kepada anda
Tip Penting jika anda menghadapi kesusahan & kesimpatan amalkan
berikut:-
A) 2 rakaat sunat taubat
B) 2 rakaat sunat hajat
C) 1000x istighfar
In shaa Allah, anda mendapat pertolongan dariNya
Berapa nilai ebook ini yang sanggup
-
4 CARA MUDAH LUASKAN REZEKI
HAKCIPTATERPELIHARA@AWIESYAH2014 23
anda bayar?
Ia ditulis khas untuk membantu anda:
1. Ketahui 4 Cara Mudah Luaskan Rezeki
2. Mendisplinkan anda agar istiqamah mengamalkannya
Jika ebook ini bermanfaat, dan anda mahu menghargai penghasilan ebook
ini, insya-Allah boleh lakukan perkara berikut :-
Lakukan pembayaran RM10 ke akaun
Maybank : 512101637921
Nama : Norsiah Mohd Da
Email : bisner.zr@gmail.com
Penting : RM 2 akan disumbangkan atas niat nama anda ke Tabung
Kemanusian Palestin Prima Berhad
Semoga anda berubah & amalkannya , mudah-mudahan
dengan keberkatanNya anda bakal seorang yang BERIMAN ,
yang Berharta & Yang Dermawan
Tolong JANGAN bayar jika tidak mahu. Tiada paksaan ;)
Semoga anda dapat manfaat dalam ebook ini
top related