123542563 xsgment stilistik bahasa melayu
Post on 03-Apr-2018
291 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
7/29/2019 123542563 Xsgment Stilistik Bahasa Melayu
1/22
1
PENGENALAN
Perbincangan mengenai stilistik adalah berkenaan dengan gaya (style).
Dalam bahasa Melayu, kata stylistics menjadi stilistik. Sebagai pendahuluan, kita
akan membicarakan persoalan istilah terlebih dahulu. Persoalan ini pula berkaitandengan berbagai-bagai persoalan lain, misalnya istilah dan pengertian yang
berhubungan dengan style dan stilistik atau persoalan yang berhubungan dengan
kemunculan ilmu itu sendiri, yang juga berhubungan dengan hakikatnya sebagai
ilmu.
Sebelum timbul ilmu stilistik, iaitu kajian gaya yang digunakan untuk menganalisis
karya sastera, bahasa memang sudah mempunyai apa yang dinamakan gaya. Ini
kerana semua pengucapan yang tidak lurus seperti yang biasa dipakai oleh
masyarakat adalah gaya. Kelainan daripada bahasa yang lurus dan biasa itu dipakai
untuk bercakap atau menulis. Maka, timbullah berbagai-bagai kelainan dan ia
membezakan gaya tertentu antara satu sama lain.
Stilistik ialah ilmu yang masih baru dan kedudukannya masih goyah. Kesedaran
tentangnya masih goyah, terutamanya tentang gaya yang sudah lama wujud bagi
mengkaji gaya yang terdapat di dalam sesebuah karya sastera. Terdapat dua faktor
yang menyebabkan perkembangannya lambat. Ini dinyatakan seperti
berikut:
(i) Perhatian terhadap gaya mungkin pernah muncul pada orang yang hidup di
dalam dunia sastera dan mereka sedar, pemakaian bahasa mereka berbeza
daripada bahasa seharian mereka.
(ii) Di dalam hubungan dengan perkembangan lainnya, ada keinginan untuk
merumuskan gaya yang terdapat pada bahasa yang indah itu dengan
menghubungkan gaya dengan keindahan.
Kedua-dua faktor ini berpengaruh terhadap kelambatan munculnya stilistik
sebagai ilmu. Gerak ke arah stilistik sebagai ilmu hanya muncul setelah adanya
perubahan besar di dalam perkembangan linguistik dan kajian karya sastera.
Berdasarkan gerak ke arah menjadikan stilistik sebagai bidang ilmu yang penting,
-
7/29/2019 123542563 Xsgment Stilistik Bahasa Melayu
2/22
2
kita akan didedahkan tentang kepentingan ilmu stilistik yang meliputi definisi stilistik,
ciri-ciri stilistik, stilistik di dalam bahasa, bahasa perbandingan dan keberkesanan
stilistik di dalam bahasa.
Stilistik berasal daripada bahasa Inggeris iaitu style yang bererti gaya dan daripada
bahasa serapan ,linguistik yang bererti tatabahasa. Menurut Kamus Bahasa
Indonesia, stilistik ialah ilmu kebahasaan yang mempelajari gaya bahasa.Menurut
Bally,Jacobson,Leech,Widdowson,Levin,ching,Chatman,dalan dan lain-lain, mereka
menjelaskan stilistik sebagai suatu deskripsi daripada bahasa yang digunakan di
dalam teks sastera.
Bagi Leech, stilistik adalah pembelajaran gaya ilmu linguistik atau simply defined asthe (linguistic ) study as style. Wawasan demikian adalah seiring dengan
pernyataan Cummings dan Simmons: bahawa pembelajaran bahasa di dalam teks
sastera merupakan a branch of linguistic called stylistic.Di dalam konteks yang lebih
luas ,Jacobsons beranggapan bahawa puitika (poetics) sebagai teori tentang system
dan kaedah teks sastera sebagai bahagian yang tidak dipisahkan bagi linguistik.
Manakala ,Chavatik pula mengemukan stilistik sebagal kajian teks sasatera dan kod
estetik dengan kajian stilistik yang mengkaji bahasa dalam teks sastera,
sebagaimana bahasa menjadi objek kajian linguistik (Aminuddin,1995;22).
Sedangkan menurut Rene Wellek dan Austin Warren , stilistika perhatian utamanya
adalah kontras sistem bahasa pada zamannya (Wellek dan Warren, 1990:221).
Bertolak daripada berbagai pengertian yang telah disebutkan,Aminuddin
mentakrifkan stilistik sebagai pengajian tentang cara pengarang di dalam
menggunakan sistem tanda sejajar dengan gagasan yang ingin disampaikan secara
kompleks, dan juga kekayaan unsur pembentuk itu dijadikan sasaran kajian hanya
pada wujud penggunaan sistem tandanya.
Walaupun fokusnya hanya pada sistem tanda untuk memperoleh pemahaman
tentang ciri-ciri penggunaan , apabila system tanda dihubungkan dengan cara
pengarang di dalam menyampaikan gagasan , kita perlu memahami
-
7/29/2019 123542563 Xsgment Stilistik Bahasa Melayu
3/22
3
i) Gambaran objek/peristiwa
ii) Gagasan
iii) Ideologi yang terkandung di dalam karya sastera
Mengikut Kamus Linguistik Edisi Ketiga ,stilistik boleh didefinisikan sebagai ilmu yang
menyelidiki bahasa yang dipergunakan di dalam karya sastera atau ilmu yang
bersifat interdisiplin antara linguistik dan kesusasteraan ataupun penerapan
linguistik pada penelitian gaya bahasa.
Mengikut Kamus Zaaba, stilistik ialah suatu kajian mengenai teknik penggunaan
gaya bahasa yang mantap serta secara berkesan di dalam suatu penulisan.Kamus
Dewan Edisi Ketiga pula mengatakan stilistik ilah kajian tentang teknik penggunaan
gaya bahasa secara berkesan di dalam penulisan .Ianya berkaitan dengan stail
atau gaya terutamanya gaya bahasa.
Stilistik ialah kajian stail yang melibatkan bentuk atau bahasa dan isi
kesusasteraan.Ia meliputi kajian mengenai teknik pemakaian bahasa di dalam
penulisan dan teknik yang mengkaji segala kemungkinan yang berkaitan dengan
gaya bahasa penulisan kesusasteraan yang semata-mata untuk mendapatkan
kefahaman sebenar tentang kesusasteraan (Nik Hassan Basri:378).
Stilistik juga merupakan satu lagi disiplin yang mengkaji ciri-ciri lingustik yang
berbeza yang berlaku di dalam kalangan kelompok sosial.Kelompok sosial itu pula
dibezakan oleh bidang pekerjaan atau perbezaan kelas di dalam sesuatu
masyarakat.walaubagaimanapun , pada kebiasaanyan ,stilistik merujuk kepada
kajian mengenai bahasa literari sesuatu komuniti dengan menggunakan kaedah
linguistik.
Kaedah ini banyak dipakai .antaranya ialah untuk menghuraikan tingkah laku bentuk
bentuk bahasa tulisan yang digunakan atau dicipta oleh pengarang di dalam karya
deskriptif mahupun karya kesusasteraan .Di dalam karya kesusasteraan, bentuk
bahasa tulisan atau gaya bahasa banyak dipakai.Oleh itu, berdasarkan jenis bahasa
inilah , maka stilistik berusaha mencari jalan keluar bagi menghuraikan perhubungan
antara bentuk pengucapan dengan makna yang dibawa oleh ny a (Nik Hassan
Basri :378).
-
7/29/2019 123542563 Xsgment Stilistik Bahasa Melayu
4/22
4
Menurut Keris Mas , stilistik ialah kajian stail mengkaji segala kemungkinan gaya
kesusasteraan untuk menilai dan mendapat kefahaman sebenar mengenai sesebuah
teks kesusasteraan.Segala hubungan yang menimbulkan kelainan gaya bahasa,
baik gaya individu mahupun implikasi lain, yang melibatkan,lahirnya hasil sastera
yang diperhatikan dan diberi saluran kajian khusus. Selain itu, kesusasteraan yang
mempunyai sifat dan hakikat perkembangan dan perubahan yang sejajar dengan
perkembangan fikiran dan realiti kehidupan manusia dan masyarakat, ikut
dipertimbangkan, di kaji dan dihubungkan dengan kajian bahasa (Keris Mas:8)
Kajian terhadap teks sastera secara tradisional hanya terbatas pada kelainan
bahasa dalam hubungan dengan kehendak tatabahasa, disamping kelainan yang
bersifat figuratif ;iaitu penggunaan peribahasa,bahasa kiasan,sindiran ,ungkapandan sebagainya.Kajian stilistik telah berubah kepada kajian yang dianggap lebih
objektif dan saintifik. Ia meliputi kajian terhadap teks sastera, yang tidak lagi dari
sudut kebahasaan saja tetapi juga dari sudut isi yang disampaikan dengan
penggunaan bahasa itu.
Perubahan kajian ini disebut kajian bentuk dan kajian isi, yang diandaikan sebagai
apa yang diperkatakan (isi) dan apa cara mengatakan bentuk atau bahasa ). Dengan
stilistik, pendekatan terhadap kajian teks sastera meninggalkan cara pendekatan
yang subjektif dan impresionis dan memasuki cara baru yang lebih objektif dan lebih
saintifik.(Keris Mas :8)
Didalam disiplin linguistik, terdapat stilistik. Stilistik merujuk kepada penggunaan
prinsip linguistik terhadap bahasa sastera,stilistik atau ilmu gaya dapat dianggap
sebagai kajian variasi linguistik. Variasi linguistik ini mempunyai hubungan yang
rapat dengan konteks teks dan konteks situasi. Stilistik juga mempunyai hubungan
yang rapat dengan disiplin sosiolinguistik dan dialektologi .Kedua-dua pula
merupakan cabang linguistik (Azmi Rahman ,Esasterawan.com).
Beberapa pendapat lain yang sempat dikutip telah diutarakan oleh
Freeman(1970:4).baginya ,stilistik melihat penggunaan bahasa yang menyimpang
atau deviasi daripada norma tatabahasa , penggunaan pengulangan dan meminjam
usaha pengarang (di dalam konteks ini penyair) untuk mendapat kepastian
tulisannnya.
-
7/29/2019 123542563 Xsgment Stilistik Bahasa Melayu
5/22
5
Murray pula berpendapat bahawa stilistik ialah gaya dan sesuatu yang istimewa,
teknik eksposisi,pencapaian estetika dan pernyataan sikap penulis.Pemilihan kata
dan penyusunan struktur ayat memperlihatkan ciri-ciri keperibadian penulis.
Bahasa sastera, khasnya bahasa puisi adalah bahasa yang paling menonjol deviasi
atau penyimpangan bahasa. Di dalam kajian puisi,stilistik melihat kajian bahasa puisi
dengan unsur linguistik seperti fonologi, morfologi dan sintaksis.Stilistik juga melihat
diri puisi sebagai bahasa kreatif yang membenarkan terjadi deviasi/penyimpangan di
dalam aspek linguistik secara eksplisit maupun implisit (Esasterawan.com)
Kridalaksana(1982:157), di dalam Kamus Linguistik, memberikan batasan
stiliistik.menurutnya , stilistik adalah ilmu yang menyelidiki bahasa yang
dipergunakan di dalam karya sastera: iaitu ilmu interdispiliner antara linguistik dan
kesusasteraan atau penerapan linguistik pada penelitian gaya bahasa
(Dwisusanto,Wordpress.com)
Tuner (1977:7), juga memberikan pengertian tentang stilistik.menurutnya , stilistik
adalah bahagian daripada linguistik yang memusatkan perhatian nya pada variasi
penggunaan bahasa , terutama kesusasteraan.
Fowier (1987;237), mengatakan bahawa stilistik merupakan cabang daripada
pengajian sastera.Menurutnya para ahli mengatakan bahawa stilistik meneliti sastera
pada aspek bahasa ; yakni imej, struktur suara, sintaksis dan lain-lain.Umar Junus
(1980:xvii), mengatakan bahawa hakikat stilistik adalah pemakaian dan penggunaan
nya di dalam karya sastera.Tetapi kemunculannya sudah ada di dalam linguistik
.Menurutnya , stilistik dipakai sebagai gabungan, iaitu ilmu sastera dan ilmu linguistik
.Selanjutnya ,Umar Junus (1980;xviii) mengusulkan bahawa stilistik menjadi ilmu
yang berdiri sendiri, terlepas daripada linguistik ataupun sastera.
Sebagaimana yang kita sudah ketahui, stilistik,adalah tentang ilmu gaya
bahasa.Gaya bahasa sendiri adalah pemuafakatan kekayaan bahasa oleh
seseorang di dalam bertutur dan menulis, pemakaian ragam tertentu untuk
memperoleh kesan tertentu serta keseluruhan ciri bahasa sekelompok penulis
sastera (Kridalaksana,1982:49-50)
-
7/29/2019 123542563 Xsgment Stilistik Bahasa Melayu
6/22
6
Enkvist(Junus 1989:4), mengatakan bahawa gaya bahasa ada enam pengertian ,
seperti berikut:
(i) Bungkus yang membungkus inti pemikiran yang telah ada sebelumnya
(ii) Pilihan antara berbagai pernyataan yang mungkin
(iii) Sekumpulan ciri peribadi
(iv) Penyimpangan norma atau kaedah
(v) Sekumpulan ciri kolektif
(vi) Hubungan antara satuan bahasa yang dinyatakan di dalam teks yang lebih
luas daripada kalimat
Untuk mengkaji karya sastera dari sudut stilistik, ada dua kemungkinan di dalam
mendekatinya , iaitu:
(i) Pertama, pengajaran stilistik dilakukan dengan cara menganalisissystem linguistik karya sastera dan dilanjutkan dengan menginterpretasi
ciri-cirinya.Ia dilihat daripada tujuan estetik karya sastera sebagai makna
yang penuh.
(ii) Kedua, penelitian stilistik ini di lakuakn dengan menghayati variasi
terhadap pemakaian bahasa yang normal dan mememukan tujuan
estetiknya (Wellekdan Warren,1990:226)
Berdasarkan kedua-dua pendekatan tersebut, ternyata terdapat perbezaan mengikut
bidang kajian masing-masing.namun kedua-dua pendekatan tersebut pada
hakikatnya tidaklah saling bertentangan (Dwisusanto,Wordpress.com).
-
7/29/2019 123542563 Xsgment Stilistik Bahasa Melayu
7/22
7
Stilistik ialah kajian kuantitatif yang berkaitan dengan usaha untuk mendapatkan atau
membuktikan ciri-ciri keindahan bahasa yang universal berkenaan sesuatu karya
sastera. Ciri-ciri keindahan bahasa yang universal itu, misalnya berupa rangkaian
(perulangan) sesuatu bentuk linguistik seperti ayat jenis tertentu atau bunyi tertentu .
sesuatu karya sastera boleh berupa novel , cerpen,drama , puisi moden atau sajak
(Lutfi Abas,1988:210).Stilistik wujud sebagai cabang disiplin linguistik yang berdiri
sendiri pada penghujung abad ke 19 dan awal abad ke 20.
Di dalam Bahasa Inggeris , stilistik mula digunakan pada tahun 1846.Mengikut
Awang Sariyan (1985) daripada dua aliran pemikiran yang diperkembangkan oleh
Charles Bally dan Leo Spitzer itu, ahli-ahli stilistik menyimpulkan dua jenis kajian
stilistik, iaitu;
(i) Kajian tentang unsur-unsur ekspresif bahasa yang dapat menampilkan
pemikiran dan perasaan sefektif mungkin
(ii) Kajian tentang gaya bahasa pengarang secara individu.
Lutfi Abas, dalam tulisannya cuba menunjukkan perbezaan antara stilistik dengan
linguistik. Dengan cara membuat perbandingan ini, maka beliau dapat
mengemukakan takrif stilistik dengan lebih jelas. Ini akan diterangkan seterusnya.
-
7/29/2019 123542563 Xsgment Stilistik Bahasa Melayu
8/22
8
CIRI- CIRI LINGUISTIK
Stilistik atau kajian bentuk boleh dibahagikan kepada dua perkara. Pertama,kajian
tentang kelainan bahasa yang mengandungi bentuk gaya , bahasa
pengulangan,penyirnaan, perbandingan, pertautan dan pertentangan.Kelainan
bahasa juga termasuk peribahasa, sindiran dan gaya retorik. Ciri yang keduanya
ialah pemakaian bahasa yang termasuk segala yang tercakap dalam linguistik
seperti fonologi,morfologi,sintaksis dan semantik.
Stilistik di dalam kajian bahasa secara umumnya boleh dibahagikan kepada lima
bahagian. Ianya boleh dipecahkan kepada beberapa bahagian yang utama tadi.
(a) Ciri-ciri yang terdapat di dalam gaya bahasa perbandingan adalah seperti
imejan, metafora,personafikasi,pleonasme dan simile.
(b) Gaya bahasa pertentangan pula adalah seperti hiperbola,inverse dan paradox
(c) Sementara , gaya pertentangan merangkumi aliterasi,
anaphora,asonansi,epifora,rima dan sinkof.
(d) Gaya yang terakhir ialah penyirnaan yang hanya terdapat satu cirri sahaja
iaitu sinkof.Kesemua gaya ini mempunyai takrifan dan ciri-ciri yang
membezakan diantaranya. Di dalam mata pelajaran Bahasa melayu, gaya
bahasa ini di ajar mengikut tahap-tahap tertentu. Misalnya gaya bahasa
perbandingan simile di ajar kepada pelajar-pelajar tingkatan satu.
Sungguhpun gaya bahasa pertautan tidak terdapat di dalam sukatan pelajaran, ianya
juga perlu dikuasai oleh guru bagi membezakan nya dengan ciri-ciri yang lain.
Menurut Nik Hassan Basri (2005) , gaya bahasa pertautan ialah gaya bahasa yang
menghubungkan sesuatu yang memiliki ciri atau sifat tertentu dengan yang
lain.antaranya gaya bahasa yang selalu dikelompokkan di dalam gaya bahasa ini
ialah gaya bahasa sinekdok, eufemisme, epitet, antonomasia, eponym, metonimia
dan alusi.
Kilatan atau bayangan merupakan nama lain bagi alusi.Alusi merupakan pemerian
yang membayangkan atau merujuk sesuatu secara tidak langsung kepada sesuatu
-
7/29/2019 123542563 Xsgment Stilistik Bahasa Melayu
9/22
9
cerita. Contohnya , gambar yang ditunjukkan itu menggembalikan kenangan kita
kepada peristiwa Mei 1969.Seterusnya antonomasia melibatkan penggunaan
Jabatan kementerian dan gelaran tertentu seperti Dekan dan Guru Besar. Ciri yang
seterusnya ialah epitet yang menjadi keterangan atau frasa yang menggelarkan atau
merupakan suatu huraian yang menjelaskan atau menggantikan nama sesuatu
benda atau gaya bahasa. Ia merangkumi pengganti symbol atau lambing yang
menyatakana sesuatu sifat atau ciri yang khas daripada seseorang atau sesuatu hal.
Contoh perkataan yang sering digunakan bagi menggambarkan ciri ini ialah Loceng
pagi bersahut-sahutan pada pagi itu di rumah saya.Loceng pagi sebenarnya
menggambarkan ayam jantan yang berkokok.
Eponim pula sejenis gaya yang menggunakan nama seseorang yang memiliki sifat
tertentu di pakai di dalam ayat bagi menghubungkan sifat yang dimiliki oleh orang
lain.Contoh ayat ,Perangai kamu ini seperti Pak Pandir. Manakala eufemisme
merupakan kata atau ungkapan yang lebih halus sebagai pengganti kata-kata atau
ungkapan yang agak kasar atau keras.Contohnya, perkataan mati,
danberanak.Terdapat perkataan yang sinonim dengan perkataan ini seperti
meninggal dunia.Perkataan ini lebih lembut berbanding mati. Tetapi bagi
menggambarkan ciri eufemisme,perkataan kasar digunakan .Metonimia puladigunakan bagi menjelaskan ciri atau nama seperti jenama dan sebagainya.
Ciri yang terakhir di dalam gaya pertautan adalah sinekdok.Sinekdok membawa
maksud perkataan yang disebut itu membawa maksud sepenuhnya, walaupun
perkataan separuh sahaja digunakan. Contohnya ,Setelah mereka pergi dari
rumah,batang hidung pun tak nampak. Batang hidung itu mewakili
keseluruhan tubuhnya (Nik Hassan Basri ,2005)
Gaya bahasa penyirnaan atau pelesapan iaitu bentuk bahasa yang mengalami
unsure pengguguran bunyi,suku kata, kata, frasa atau bahagian ayatnya.Antara
unsurnya ialah sinkof,afesis, akronim.apokop,ellipsis, dan aferisis.Aferisis ialah salah
satu gaya bahasa penyirnaan ,iaitu pengguguran bunyi atau kata pada awal ujaran
atau huruf awal atau suku kata awal bagi sesuatu perkataan.Pengguguran ini adalah
bagi memudahkan penutur meyebutnya .Contoh perkataan yang sering digugurkan
ialah perkataan hulu menjadiulu dan kamu menjadi mu sahaja.
-
7/29/2019 123542563 Xsgment Stilistik Bahasa Melayu
10/22
10
Sementara itu, kata yang mengalami proses penyingkatan pula disebut sebagai
akronim.Penyingkatan ini adalah disebabkan oleh pengguguran huruf atau suku kata
didalam struktur kata tertentu,sama ada hasil daripada cantuman dua atau lebih
perkataan sehingga akhirnya membentuk satu perkataan yang terdiri daripada satu
atau lebih suku kata.Contoh nya ABIM yang bermaksud Angkatan Belia Islam
Malaysia.Apokop pula ialah sejenis gaya bahasa penyirnaan yang mengalami
proses pengguguran huruf akhir, praakhir atau suku kata akhir bagi sesuatu
perkataan, contohnya anakandamenjadi anak sahaja.seterunya ,ellipsis
merupakan sejenis gaya bahasa penyirnaan yang di dalam struktur ayatnya
dihilangkan kata, frasa atau rangkai kata atau pengguguran tertentu seperti
pengguguran frasa nama sebagai subjek, objek. Ian jug termasuk pengguguran
seluruh frasa predikat atau pengguguran bahagian frasa predikat atau gaya
bahasa,yang di dalam ayatnya di dapati adanya unsur penghilangan atau
pengguguran kata atau kata-kata atau ayat yang menjadi unsur penting di dalam
pembinaan sintaksis yang lengkap. Di dalam contoh ayat, Dia dirotan,frasa yang
digugurkan ialah oleh gurunya.
Proses penyingkatan adalah disebabkan penggunaan huruf , suku kata atau
bahagian suku kata di dalam struktur kata dan rangkai kata tertentu, sama ada hasil
daripada cantuman dua atau lebih, tetapi pencantuman itu tidak dapat membentuk
akronim.Contohnya Akademi Seni Kebangsaan (ASK).Pengguguran huruf sisip
atau suku kata sisip perkataan atau dengan menghilangkan huruf tengah atau suku
kata tengah. Contohnya , baharu menjadi baru saja.Afesis dan aferisis adalah hampir
sama , tetapi afesis mengugurkan bunyi vokal bagi sesuatu kata, manakala aferisis
adalah sebaliknya.Contoh perkataan kekanda menjadi kanda.Kesemua ciri dibawah penyirnaan ini adalah hampir sama tetapi mempunyai hanya sedikit
perbezaan dari segi pengguguran penyingkatan.
Ciri stilistik keempat yang terdapat dalam gaya bahasa pengulangan atau repetisi
bermaksud gaya bahasa yang mengandungi unsur pengulangan bunyi, suku kata,
kata, frasa, atau bahagian ayat yang dianggap penting untuk menghasilkan kesan
dan memberi tekanan di dalam sesebuah konteks yang sesuai.Terdapat lima ciri
yang sering digunakan di dalam sukatan pelajaran iaiatu aliterasi, anaphora,
-
7/29/2019 123542563 Xsgment Stilistik Bahasa Melayu
11/22
11
asonansi,dan epifora.Sementara itu, terdapat sembilan ciri yang kurang digunakan
iaitu anadiplosis,antanaklasis,asyndeton,epanalepsi,epanortesis,epizeukis,erotesis,
gradasi, dan kiasmus.
Pengulangan bunyi konsonan yang sama pada awal kata dan yang berurutan , sama
ada di dalam puisi tradisional , moden, prosa tradisional, moden kreatif atau bukan
kreatif. Gaya bahasa ini terbentuk hasil daripada pengulangan konsonan yang sama
.Oleh yang demikian , taringan (1985a:181,185a:197) mendifinisikan aliterasi
sebagai pemakaian kata yang permulaannaya sama bunyinya. Contohnya,
pengulangan konsonan d dara damba daku.Anafora pula ialah pengulangan
perkataan pertama pada setiap baris atau pada setiap ayat, yang biasanya
secara berurutan supaya memperoleh kesan tertentu.Menurut Rahman Shaari
(2004;5), anaphora ialah pengulangan kata pada awal baris untuk ayat-ayat yang
berturut-turutan.Pengulangan ini biasanya dapat dilihat di dalam beberapa rangkap
sajak atau syair.
Seterusnya asonansi, pengulangan vokal pada setiap baris atau ayat yang biasanya
berurutan seperti anaphora.Di dalam bahasa Melayu , terdapat enam jenis vokal
tetapi bunyi-bunyi itu hanya diwakili oleh lambing a,e,i,o,dan u iaitu sebanyak
lima huruf sahaja. Contoh , gaya bahasa asonansi yang dipetik daripada puisi,
sajak Negara Cintaoleh Nahmar Jamil,iaitupengulanganvokal a.Puisinya
adalah seperti berikutAlam adalah sebahagian daripada kami ,alam adalah
syurga bumi,cinta kepadanya adalah cinta jutaan bunga-bungaan, cinta
kepadanya cinta jutaan manusiawi. Setiap huruf a menggambarkan
asonansi.
Epifora atau epistrofa ialah sejenis gaya bahasa pengulangan: iaitu pengulangankata,frasa,beberapa kata pada akhir baris atau beberapa kata pada akhir ayat yang
juga berurutan.gaya bahasa pengulangan ini biasanya terdapat di dalam puisi atau
prosa.Contoh gaya bahasa epifora yang ditinjau di dalam prosa kumpulan. Surat
yang merupakan buku karya S. Othman Kelantan iaitu: Aku tidak mahu.Benar-
benar tidak mahu(halaman 29).
-
7/29/2019 123542563 Xsgment Stilistik Bahasa Melayu
12/22
12
Rima akhir bunyi ialah bunyi yang sama pada huruf akhir atau kata akhir di dalam
suatu rangkap , iaitu yang terdapat dalam puisi seperti syair,gurindam,pantun,atau
rima ialah susunan bunyi atau keselarasan huruf pada akhir kata atau suku kata
terakhir di dalam sesuatu baris atau serangkap puisi, misalnya
aaaa,abab,abcabc,aabb,abba dan sebagainya. Contoh rangkap yang memaparkan
rima akhir abab yang dipetik daripada Pantun Budi, iaitu; Tenang-tenang air di
laut,sampan kolek mudik ke tanjung;hati terkenang mulut menyebut, budi
sedikit rasa nak junjung(Nik Hassan Basri ,2005)
Sungguhpun ciri-ciri ini juga terkandung di dalam gaya bahasa penyirnaan,namun
ianya kurang diketahui.Anadiplosis ialah sejenis gaya bahasa pengulangan, iaitu
kata atau frasa terakhir di dalam satu klausa atau ayat yang berikutnya.Contohnya
,Di dalam raga ada darah,di dalam darah ada tenaga ,di dalam tenaga ada
daya,didalam daya ada segala.Antanaklasis pula ialah sejenis gaya bahasa
pengulangan yang mengandungi pengulangan kata yang sama bentuknya di
dalam ayat , tetapi mempunyai makna yang berbeza.Contohnya,Burung kakak
tua menegur ayahku kelmarin.
Menegur kakak tua ayahku pagi kelmarin.
Gaya bahasa pengulangan yang menggunakan tanda baca yang sama berulang-
ulang untuk menghubungkan kata, frasa,klausa,ayat antara satu dengan lainnya
menjadikan satu ayat yang panjang ,iaitu hanya dengan tanda koma atau beberapa
tanda koma.Gaya bahasa ini terlalu banyak menggunakan tanda koma di dalam
ayat.Penggunaan gaya bahasa ini boleh digunakan juga di dalam penulisan
kreatif.Ianya dikenali sebagai asindeton.Sementara, epanalepsi membawa maksud
pengulangan kata pertama menjadi kata terakhir di dalam kalausa atauayat.Epanalepsi juga merupakan pengulangan awal kata di dalam struktur kata di
dalam ayat menjadi kata terakhir di dalam baris yang sama di dalam
ayat.Contohnya,Mereka tidak lupa pesanan ibu mereka
Epanortesis ialah gaya bahasa pengulangan,iaiatu pengulangan beberapa kata
yang sama di dalam ayat.Tetapi di sebalik pengulangan itu terkandung maksud ayat
pada mulanya ingin menjelaskan sesuatu tetapi diperbetulkan yang
salah.contohnya,Ramli makan nasi,eh makan bubur.Epizeukis ialah sejenis
-
7/29/2019 123542563 Xsgment Stilistik Bahasa Melayu
13/22
13
gaya bahasa pengulangan, iaitu pengulangan kata atau frasa yang pentingkan
atau yang ditekan itu diulang beberapa kali berturut-turut di dalam satu
ayat.Contohnya,Ya Allah,Tuhan Yang Maha Kuasa dan Maha Pengampun.
Erotesis pula merupakan sejenis gaya bahasa pengulangan yang berupa
pertanyaan yang sering digunakan di dalam ucapan , pidato, perbahasan atau
penulisan yang tujuannaya adalah untuk mencapai keberkesanan yang mendalam
dan penekanan setra pertanyaan yang disuarakan atau persoalanyang diajukan itu
tidak mengharapkan jawapan.Gradisi pula ialah gaya bahasa pengulangan yang
memaparkan maklumat yang mengandungi beberapa kata atau frasa yang
paling sedikit tiga kataatau istilah yang hadir secara berurutan di dalam ayat
yang mempunyai beberapa perubahan yang bersifat kuantitatif.Misalnya Kita
malah bermegah juga di dalam kesengsaraan kita tahu kesengsaraan itu
menimbulkan ketekunan,dan ketekunan menimbulkan tahan uji, dan tahan uji
menimbulkan harapan.Dan pengharapan tidak
mengecewakan........(Taringan,1985:239)
pula merupakan inverse hubungan antara dua kata di dalam satu ayat pula dikenal
sebagai kiasmus. Sementara ,mesodilopsis atau nama lainnya responsif ialah gaya
bahasa pengulangan; iaitu pengulangan kata atau frasa yang berada di tengah
tengah baris atau pengulangan kata atau beberapa kata di bahagian tengah ayat
atau di bahagian tengah baris sesuatu ayat yang berturut-turutan.Paralelisme ialah
gaya bahsa pengulangan, iaitu sejenis gaya yang berusaha untuk mencapai
keselarian di dalam penggunaan katakata beberapa frasa yang menduduki fungsi
yang sama di dalam bentuk kenahuan yang sama..Contohnya,Rasuah bukan
sahaja patut di kutuk tetapi diperangi habis-habisan.Polisindeton ialah sejenisgaya bahasa pengulangan, iaitu yang menggunakan kata hubung yang sama
diulang-ulang untuk menghubungkan kata dengan kata menggunakan kata hubung
yang sama diulang-ulang untuk menghubungkan kata dengan kata atau frasa
dengan frasa atau klausa dengan klausa di dalam ayat.Contohnya,Bapanya
memelihara kambing dan ayam dan lembu dan kerbau di ladang. Gaya yang
terakhir di dalam gaya bahasa yang berkaitan dengan pengulangan ialah
tautotes.Tautotes ialah sejenis gaya bahasa pengulangan ,iaitu yang berupa
pengulangan sebuah kata atau beberapa kata berkali-kali di dalam sebuah struktur
-
7/29/2019 123542563 Xsgment Stilistik Bahasa Melayu
14/22
14
ayat.Contohnya Abang mengunjungi kakak,kakak mengunjungi abang dan
mereka saling kunjung mengunjungi.
Gaya bahasa pertentangan,mengemukakan makna yang bertentangan dengan
makna yang bertentangan.Gaya yang sering digunakan di dalam gaya bahasa ini
tiga sahaja iaitu hiperbola,paradox,dan inverse atau anastof.Manakala , gaya bahasa
yang lain pula adalah seperti antifrasis,antiklimaks,apofasis,hipalase.
a)Hiperbola berasal daripada bahasa Yunani.Kata majmuk ini dibina melalui
gabungan perkataan hyper yang bermaksud melebihi dan ballienyang bererti
meluahkan atau mengeluarkan .Jadi , maksud hiperbola ialah pembaziran atau suatu
cara yang melebihkanlebihkan semata-mata untuk mencapai kesan tertentu, iaitu
suatu gaya bahasa yang mengandungi kebenaran yang diperbesarkan-besarkan
(Dale et al.,1971:233).Dengan kata lain hiperbola ialah unkapan yang melebihkan
lebihkan apa yang sebenarnya dimaksudkan : jumlahnya, ukurannya dan sifatnya
(Moelino,1984:3).
(b) Paradoks ialah sejenis gaya bahasa pertentangan yang mengandungi
pertentangan nyata dengan fakta yang ada,tetapi kenyataannya mengandungi
kebenaran dengan pendapat umum dan reality.Ini bermaksud paradox memaparkan
suatu keadaan atau suasana yang berlawanan.Gaya bahasa ini boleh dijumpai
dalam teks komsas.Contohnya , ditengah-tengah kesedihan ada juga kelucuan (Dzul
Karnain,2000:79).
c) Inverse atau anaskof pula ialah gaya bahasa pertentangan yang memfokuskan
pembalikan kata-kata atau frasa yang berbeza daripada susunan nya yang lazim
atau ayat yang susunnya dimulai dengan predikat dan diikuti dengan subjek, sama
ada ayat aktif songsang atau ayat pasif songsang.
-
7/29/2019 123542563 Xsgment Stilistik Bahasa Melayu
15/22
15
1.0 HURAIAN DAN PENJELASAN TENTANG STILISTIK DAN SEJAUH
MANAKAH IA MAMPU MEMANTAPKAN BAHASA MELAYU. BERIKAN
CONTOH-CONTOH YANG KONKRIT BAGI MENYOKONG HUJAH ANDA
Menurut Seymour Chatman (1971), stilistik lebih membatasi dirinya kepada unsur
bahasa. Oleh sebab itu, kebanyakan pembicaraan mengenai stilistik selalu dilihat di
dalam hubungan dengan bahasa dan linguistik. Sebelum timbul ilmu stilistik, iaitu
ilmu kajian gaya yang digunakan untuk menganalisis hasil penulisan, bahasa
memang sudah mempunyai apa yang dinamakan gaya, kerana semua pengucapan
yang tidak lurus seperti yang terbiasa dipakai oleh masyarakat adalah gaya.
Kelainan daripada bahasa yang lurus dan biasa itu dipakai oleh pelbagai orang, baik
untuk bercakap atau menulis. Maka, timbullah berbagai-bagai kelainan. Setiapkelainan ini menjadi gaya tertentu yang berbeza antara satu dengan yang lain .
Walaupun stilistik, sebagai satu disiplin ilmiah masih agak baru, namun
pemikiran tentang gaya atau stail sudah lama timbul. Sejarah munculnya stilistik
berkait rapat dengan retorik sebagai disiplin pertama di dalam tradisi Barat yang
memberikan penyataan bahasa. Stilistik sering dikaitkan dengan gaya. Gaya di
dalam bahasa bermaksud cara atau ragam bahasa itu dipakai. Pemakaian bahasa
mempunyai pelbagai jenis kegunaan tertentu; seperti untuk menghuraikan ilmu
pengetahuan, digunakan dalam bidang penulisan serta pemakaiannya dalam
konteks tidak rasmi.
Di dalam percakapan biasa, manusia selalu menggunakan pelbagai gaya walaupun
ayat yang dituturkan mempunyai maksud yang sama, contohnya:
(a) Dia itu orang bijak pandai
(b) Dia itu pujangga besar
Kedua-dua ayat tersebut sama maknanya tetapi lain dari segi pengucapannya.
Kelainan seperti itu sering berlaku di dalam bidang penulisan, selain kata-kata yang
diucapkan oleh manusia seharian. Kelainan pemilihan kata untuk menyatakan satu
makna yang sama akhirnya menjadi salah satu unsur lahirnya gaya, yang pada
dasarnya bermula dengan percubaan mengucapkan sesuatu berlainan caranya
-
7/29/2019 123542563 Xsgment Stilistik Bahasa Melayu
16/22
16
daripada pengucapan biasa. Maka, berlakulah bermacammacam kelainan daripada
pengucapan biasa. Selain daripada kelainan pemilihan kata, terdapat juga kelainan
daripada penyusunan ayat. Struktur sintaksis yang lurus mengandungi subjek,
predikat (misalnya) dilainkan dengan menterbalikkan susunan seperti ayat berikut:
(a) Makan dia bersama saya
(b) Dia makan bersama saya
Seterusnya, terdapat pelbagai kelainan daripada pengucapan yang lurus
hingga bahasa itu menjadi berwarna dan berbunga, indah dan menarik serta dapat
berperanan untuk menimbulkan rasa yang berlainan dan makna yang lebih halus.
Selain itu, apabila seseorang berhujah, bercakap, berkomunikasi atau berbual, apa
yang ingin dilihat dan tahu bukan sahaja isi tetapi bagaimana caranya dilafazkan.
Sesuatu situasi atau lokasi juga memainkan peranan penting kerana ia boleh
menentukan maksud sesuatu ujaran. Tentu sekali, sebagai seorang pendengar ingin
tahu isi kandungan mesej yang hendak disampaikan, apa cara disampaikan,
bagaimana disampaikan dan respons yang patut diberi terhadapnya. Maka, stilistik
merujuk kepada situasi sosial di mana ujaran berlaku atau disampaikan. Ujaran
penutur dan pendengar dapat menentukan bunyi atau kata-kata yang dilafazkan
kerana melalui proses sosialisasilah, seseorang itu berupaya membuat interpretasi
isi kandungan ujaran. Sebagai contoh, seseorang itu dapat menentukan dan
mengenal pasti asal-usul atau kedudukan geografi penutur, hubungan sosial antara
penutur dan pendengar, kedudukan status mereka, selain dapat mengetahui bahasa
yang digunakan itu adalah loghat, slanga, jargona, dialek, bahasa baku atau nada
juga intonasi ketika mesej itu disampaikan Variasi ini dapat dilihat daripada beberapa
dimensi seperti berikut ;
(a) Fitur tetap stilistik
(i) Individu (Bahasa yang ditutur oleh individu itu sendiri atau bahasa
sehari-hari)
Fungsi : Digunakan di dalam pergaulan santai yang alamiah.
Teks : Bahasa sehari-hari
Unsur Stilistik : Kesantaian, mudah, ketegangan emosi yang terlihat pada
-
7/29/2019 123542563 Xsgment Stilistik Bahasa Melayu
17/22
17
kelancaran dan hambatan di dalam pembicaraan dan cenderung kepada
ayat pendek yang tidak mementingkan ketetapan dan kenahuannya.
(ii) Dialek (Bahasa yang dituturkan mengikut daerah geografi atau
kedudukan sosial)
Fungsi : Digunakan di dalam hubungannya dengan keadaan bahasanya.
Teks : Mengikut daerah geografi atau kedudukan sosial.
Unsur Stilistik : Berlainan daripada bentuk standard, baik dari segi sebutan,
tatabahasa atau penggunaan kata-kata tertentu.
(ii) Masa (Ketika/zaman yang dituturkan)
Fungsi : Bagi memberi pemahaman kepada pemakai mengikut sesuatu
masa tertentu.
Teks : Bahasa kuno, klasik dan kini.
Unsur Stilistik : Struktur kata yang tertentu mengikut zaman atau masa yang
dituturkan dari segi sebutan, ejaan dan penggunaan ayat yang panjang
serta pendek.
(iv) Wacana
Media (dituturkan, ditulis, direkod melalui tayangan wayang gambar dan
sebagainya).
Fungsi : Informasi, menjelaskan sehingga orang tahu dengan jelas tentang
peristiwa yang dilaporkan.
Teks : Artikel surat khabar dan sebagainya.
Unsur Stilistik : Lukisan tentang apa yang terjadi (nama tempat, pelaku
dan sebagainya), penggunaan slogan, perifrasa dan kata pemula (yang
menarik).
-
7/29/2019 123542563 Xsgment Stilistik Bahasa Melayu
18/22
18
(b) Fitur sementara stilistik
(i) Laras (Bahasa undang-undang, sains, perubatan, ekonomi, politik
dan sebagainya)
Fungsi : Bagi menghuraikan hal, aspek, bidang dan peristiwa yang berbeza-
beza.
Teks : Bahasa undang-undang, agama, sains, ekonomi dan sebagainya.
Unsur Stilistik : Perbezaan banyak kata, imbuhan dan jenis ayat tertentu
mengikut laras yang digunakan.
(ii) Status (Slanga, jargona, lemah-lembut, diraja dan sebagainya)
Fungsi : Menentukan konteks dan status pemakai apabila menuturkannya.
Teks : Dituturkan mengikut status pemakai.
Unsur Stilistik : Intonasi yang berbeza, pencampuran kod bagi slanga, kata
atau ungkapan yang tertentu bagi jargona dan sebagainya.
(iii)Bahasa pergaulan rasmi
Fungsi : Melaksanakan hubungan rasmi antara pegawai pemerintah dan
rakyat.
Teks : Bersifat pemerintah, melukiskan dengan berbelit-belit.
Unsur Stilistik : Konstruksi ayat pernyataan yang rumit, gagal menggunakan
kata yang berhubungan dengan perasaan.
(iv)Gaya bahasa rasmi
Fungsi : Penyampaian kebenaran ilmu dan hukumannya dengan pembuktian
logik dan objektif.
Teks : Karangan ilmiah, komentar, kuliah.
Unsur Stilistik : Kata-kata yang neutral daripada nilai sastera dan tanpa warna
emosi, istilah yang monosemi, jarang ditemui penggunaan ungkapan seperti
pepatah, jalinan yang padu antara ayat-ayatnya.
AK KENDIRI 2
.2
-
7/29/2019 123542563 Xsgment Stilistik Bahasa Melayu
19/22
19
Apa yang dinyatakan tersebut adalah sebahagian daripada ruang-lingkup
stilistik di dalam sesuatu bahasa. Oleh kerana itu, pembaca jarang terjumpa
perkataan yang mempunyai kedua-dua makna konseptual dan makna stilistik, jadi
tidak mungkin wujud sinonim sebenar. Elok disemai sinonim dengan makna
konseptual untuk memudahkan pembaca mengenali gaya-gaya atau
cara-cara yang diketengahkan oleh penutur. Di dalam hal ini, tidak mungkin juga kita
mendapat jawapan yang sama bagi sesuatu perkataan yang bersinonim dengan
perkataan lain. Keadaan ini berlaku kerana penutur mempunyai cara tersendiri.
Contohnya, perkataan sarapan atau makan pagi yang mempunyai sama sahaja
sifat luarannya iaitu aktiviti makan di waktu pagi, tetapi sifat dalamannya tentu sekali
berbeza. Bagi sesetengah orang, makan pagi betul-betul makan, mengenyangkan,
banyak dan sedap terutama bagi pesawah, penoreh getah atau pelaut. Bagi orang
Barat, makan pagi memang banyak, iaitu banyak dan sedap pula. Bagi orang lain,
hanya kudap-kudap sahaja atau sedikit-sedikit dan tidak banyak, iaitu hanya untuk
melapik perut sahaja.
Disamping itu, stilistik juga mempunyai bahasa perbandingan dan fungsi yang
tersendiri, terutama di dalam sesebuah penulisan prosa tradisional. Ia digunakan
untuk menerangkan sesuatu maksud perkataan secara berkias. Sebagai contoh, di
dalam gaya bahasa eufemisme, perkataan seperti bunting boleh digantikan
dengan ayat seseorang yang telah mengandung. Secara tidak langsung,
perkataan tersebut akan menjadi lebih gramatis dan sedap untuk dibaca.
Seterusnya, bahasa perbandingan adalah bertujuan sebagai penggambaran atau
pelukisan watak dan memberi pengajaran kepada pembaca tentang sesuatu akibat
daripada perbuatan yang tidak baik. Seperti contoh, bahasa perbandingan
bagaikan harimau kehilangan belangnya boleh membawa maksud seseorang
yang berkuasa dalam sesuatu hal, tetapi telah kehilangan kuasa akibat
daripada tindakannya yang tidak baik.
Seperti yang dinyatakan, stilistik merupakan gaya yang digunakan oleh
pemakai bahasa untuk menyatakan fikiran dan perasaan mereka mengikut konteks
masing-masing. Konteks memainkan peranan penting di dalam semua aspek
perbualan antara penutur dan pendengar. Cara atau gaya seseorang itumengeluarkan buah fikiran, berkomunikasi atau berhubung boleh menentukan
-
7/29/2019 123542563 Xsgment Stilistik Bahasa Melayu
20/22
20
anggapan seseorang atau pendengar terhadap seseorang penutur. Aspek
komunikasi sosial yang mempunyai pelbagai stail atau gaya penyampaian bahasa
memainkan peranan penting di dalam hal ini. Selain itu, penggunaan bahasa ketika
berkomunikasi dapat menentukan siapa penutur, apa statusnya dan latar belakang
sosial seseorang. Di samping itu, kadangkala tinggi rendah nada atau intonasi suara
seseorang itu boleh mencerminkan kedudukan kastanya, darjatnya, mewakili
sesebuah kumpulan seperti dialek, slanga, jargona dan sebagainya, berstatus tinggi
atau berpelajaran tinggi.
Selain itu, stilistik juga melihat bukan sahaja isi tetapi gaya pengucapan
seseorang apabila berhujah ataupun mengeluarkan sesuatu idea. Daripada itu, maka
penghasilan idea yang diberikan akan dapat menentukan asal-usul atau kedudukan
geografi penutur, hubungan sosial antara penutur dan pendengar, kedudukan status
mereka ataupun pendengar dapat mengetahui bahasa yang digunakan itu adalah
loghat, slanga, jargona, dialek, bahasa baku atau nada juga intonasi ketika mesej itu
disampaikan. Maka, pengkajian stilistik, terutamanya dalam bidang bahasa akan
dapat menggariskan gaya tertentu seseorang apabila berkomunikasi dengan orang
lain, tidak kira secara formal mahupun tidak formal.
Sebagai rumusan, stilistik merujuk kepada pengkajian yang berunsurkan
gaya, sama ada di dalam bidang penulisan ataupun sebaliknya. Sebagai ilmu yang
masih baru, di dalam tradisi ilmiah Bahasa Melayu, stilistik sudah berupaya
meyakinkan pengkaji bahasa bahawa di dalam hubungan sosialisasi, seseorang
perlu menentukan stail pengucapannya. Gerak ke arah stilistik sebagai ilmu, baru
muncul setelah adanya perubahan besar di dalam perkembangan linguistik.
Dengan adanya stilistik di dalam setiap bidang, tidak kira ianya berbentuk ilmiah
ataupun tidak, secara tidak langsung akan dapat mempelbagaikan cara penghasilan
sesebuah makna.
-
7/29/2019 123542563 Xsgment Stilistik Bahasa Melayu
21/22
21
2.0 REFLEKSI TENTANG FUNGSI STILISTIK DALAM MEMANTAPKAN BAHASA
MELAYU
Alhamdulillah, bersyukur kepada ALLAH S.W.T kerana limpah dan kurnianya
dapat juga saya menyiapkan tugasan projek BMM 3107 iaitu Pengantar Linguistik
Bahasa Melayu dengan masa yang ditetapkan hasil usaha kawan-kawan dan tidak
lupa juga pada pensyarah saya sendiri iaitu, Tuan Haji Zubaidi bin Ahmad. Dalam
tempoh perlaksaan yang diberikan selama 5 minggu ini, Alhamdulillah ia
membuahkan hasil juga semasa saya menyiapkan tugasan projek ini. Semasa
menyiapkan tugasan projek ini, saya mempunyai masalah yang menyukarkan untuk
menghabiskan tugasan ini, antaranya ialah, saya tidak langsung memahami apa
yang dikatakan dengan Stilistik ini memandangkan tajuk bagi bab ini tidak
diterangkan lagi. Namun ia tidak mematahkan semangat saya untuk menyiapkan
tugasan ini dengan kadar yang segera. Terlebih dahulu, saya ingin berterima kasih
kepada pensyarah saya kerana banyak membantu saya dan rakan-rakan
menyiapkan tugasan projek ini dengan kadar masa yang ditetapkan.
Apakah yang dikatakan dengan Stilistik ini? Perkataan ini telah bermain
difikiran saya untuk menerangkan erti-erti yang tersirat dalam menyelami fungsi-
fungsi Stilistik dalam memantapkan Bahasa Melayu di Malaysia ini. Mengikut Kamus
Linguistik Edisi Ketiga, stilistik boleh didefinisikan sebagai ilmu yang menyelidiki
bahasa yang dipergunakan di dalam karya sastera atau ilmu yang bersifat
interdisiplin antara linguistik dan kesusasteraan ataupun penerapan linguistik pada
penelitian gaya bahasa. Selain itu, di dalam disiplin linguistik, terdapat stilistik.
Stilistik merujuk kepada penggunaan prinsip linguistik terhadap bahasa sastera.
Stilistik atau ilmu gaya dapat dianggap sebagai kajian variasi linguistik. Variasi
linguistik ini mempunyai hubungan yang rapat dengan konteks teks dan konteks
situasi. Stilistik juga mempunyai hubungan yang rapat dengan disiplin sosiolinguistik
dan dialektologi.
Dari segi fungsi-fungsi Stilistik ialah saya dapat mengetahui dimana Stilistik
dapat memantapkan dalam Bahasa Melayu dari segi penggunaan dialek iaitu bahasadapat digunakan di dalam hubungannya dengan keadaan bahasanya. Contohnya
-
7/29/2019 123542563 Xsgment Stilistik Bahasa Melayu
22/22
22
dari segi dialek orang Kelantan lebih pekat berbanding bahasa-bahasa biasa. Barang
siapa yang tidak faham akan bahasa Kelatan ini akan runsing pemikiran bagi yang
tidak tahu menahu dalam konteks bahasa Kelantan ini. Fungsi yang kedua pula ialah
dari segi status penggunaannya. Contohnya penggunaan bahasa slanga,bahasa
kasar dan bahasa basah. Dari segi bahasa slanga ialah bahasa yang baru dan
mempunyai maksud yang tersendiri. Bahasa ini banyak diujarkan oleh anak-anak
muda zaman sekarang ini. Contohnya ialah, lu apa hal bro, mat rempit dan minah
rempit dan sebagainya. Bahasa slanga ini juga lebih kurang sama dengan bahasa
kasar sedikit.
Fungsi yang ketiga pula ialah, bahasa pengaulan rasmi. Dalam fungsi yang
ketiga ini, kita dapat lihat dimana bahasa amat penting sekali dalam memantapkan
stilistik ini dalam Bahasa Melayu. Bahasa yang digunakan juga perlu sesuai dengan
apa yang diujarkan. Selain itu, nada dan intonasi juga amat penting dalam
memastikan perkara yang diujarkan dapat difahami oleh pendengar dan orang lain.
Fungsi yang keempat dan yang terakhir sekali ialah dari segi laras bahasa yang
digunakan. Fungsi ini amat penting sekali bagi memastikan laras yang digunakan itu
mestilah sesuai dengan perkara yang hendak diujarkan. Contohnya ialah laras
bahasa dari segi agama. Laras yang digunakan mestilah berkaitan dengan hadis-
hadis dan ayat-ayat Al-Quran. Laras bahasa juga amat penting diaman jatuhnya
sesuatu syarikat bergantung kepada laras bahasa dari segi ekonomi.
Intihanya, fungsi Stilistik ini amat penting sekali dalam meastikan bahasa yang
digunakan ini dapat difahami oleh orang ramai tidak kira penutur mahupun
pendengar. Oleh itu, Stilistik ini perlu diterapkan kepada generasi muda pada zaman
sekarang ini, supaya mereka tidak akan lupa dimana asal usul mereka berada dan
dapat menyebarkan bahasa kita dimata dunia.
top related