04 rekod pengajaran dan pembelajaran rph kssr 2 akta

Post on 24-May-2015

466 Views

Category:

Documents

3 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

1

KURSUS INDUKSI JURULATIH UTAMA KEBANGSAAN

KSSR DAN PBS TAHUN DUA, 2011

TARIKH : 6 - 10 JUN 2011

TEMPAT : GLORY BEACH RESORT PORT DICKSON

AnjuranBAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

2

PENYEDIAAN REKOD PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Oleh :

JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITIKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

3

FOKUS PEMBENTANGAN

1.Pengenalan2. Punca Kuasa 3. Standard Kualiti Pendidikan Malaysia

(SKPM) 20104. Penyediaan Rancangan Pelajaran

Harian(RPH)5. Penutup

4

2. PUNCA KUASA(SEKSYEN 117 – 134)

TANGGUNGJAWAB, KUASA, FUNGSI DAN BIDANG TUGAS KETUA NAZIR SEKOLAH DAN NAZIR SEKOLAH DALAM AKTA PENDIDIKAN

1996 (AKTA 550)

•Sub Seksyen 117(a) : Ketua Nazir Sekolah bertanggungjawab dengan kerjasama mana-mana pihak yang berkuasa yang dilantik oleh Menteri bagi memastikan bahawa TARAF PENGAJARAN YANG MEMUASKAN DIWUJUDKAN DAN DI KEKALKAN di institusi pendidikan

5

•Seksyen 118: Ketua Nazir atau Nazir Sekolah boleh MEMBERIKAN NASIHAT kepada pengelola atau mana-mana orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu institusi pendidikan dan kepada guru-guru tentang perkara yang berhubungan dengan pengajaran dan kaedah pengajaran.

6

•Sub-Seksyen 120(1): Ketua Nazir hendaklah MENGEMUKAKAN SUATU LAPORAN kepada Menteri tentang tiap-tiap institusi pendidikan yang diperiksanya menurut seksyen 117, dan jika laporan itu dibuat oleh Nazir Sekolah, dia hendaklah mengendorskan apa-apa ulasan yang disifatkannya sesuai pada laporan itu

7

•Seksyen 134: Kesalahan dan penalti berhubungan dengan Nazir

Seseorang yang(a)menghalang dan menggendalakan KN atau NS

dalam menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan kepadanya oleh seksyen 121;

(b)enggan mengemukakan mana-mana jadual waktu, sukatan pelajaran, rekod, buku, bahan, dokumen atau barang, atau enggan memberikan maklumat dengan melanggar subperenggan 121(b)(ii); atau

(c)memberikan apa-apa maklumat yang palsu dalam apa-apa perkara yang material atau yang dia tahu adalah palsu atau yang dia tidak percayai adalah benar,

adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali

8

PERATURAN BERKAITAN DENGAN REKOD MENGAJAR

Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997:Perkara 8: Buku Rekod Guru

Seseorang guru dalam suatu sekolah, kecuali sekolah gaya pos atau PJJ, hendaklah menyimpan dan menyenggara suatu buku rekod dalam mana hendaklah direkod olehnya tidak lewat daripada hari akhir persekolahan setiap minggu dalam suatu penggal persekolahan, bahagian atau bahagian-bahagian sukatan pelajaran yang diluluskan yang akan diajar pada minggu berikutnya berkaitan dengan suatu mata pelajaran, dan buku rekod hendaklah dengan serta-merta diadakan untuk pemeriksaan.

9

PERATURAN BERKAITAN DENGAN REKOD MENGAJAR

Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997:Perkara 11: Penalti

(1) Seseorang guru hendaklah mengajar mengikut suatu sukatan pelajaran yang diluluskan dan suatu jadual waktu yang diluluskan dan mana-mana guru yang mengajar murid atau mana-mana orang yang membenarkan seseorang guru mengajar murid melainkan daripada mengikut sukatan pelajaran yang diluluskan atau jadual waktu yang diluluskan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.

(2) Seseorang guru besar, pengetua atau guru yang melanggar peraturan 6, 7, 8, 9 atau 10 adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ratus ringgit .

10

SURAT PEKELILING IKHTISAS (SPI), SURAT SIARAN KPM

CONTOH : SPI Bil. 3/1999 : Penyediaan Rekod P&P SPI Bil 3-1999.doc

SPI Bil. 3/1987 : Penyeliaan P&P Dalam Kelas oleh Pengetua/Guru Besar SPI Bil 3-1987.doc

SPI Bil. 4/1986 : Panitia Mata Pelajaran SPI Bil 4-1986.doc

11

3. SKPM 2010

JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITIKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

12

APAKAH SKPM Alat atau instrumen untuk menentukan

satu nilai tara atau sukatan aras atau tahap kecemerlangan sekolah.

(dan dapat memerihalkan secara eksplisit maksud frasa “taraf (atau standard) pengajaran yang memuaskan” seperti yang disebut dalam

Akta Pendidikan 1996 - Subseksyen 117(a))

13

KEGUNAAN

SKPM

KPM(PEMANTAUAN & PENILAIAN)

SEKOLAH(*PKS-SKPM)

14

PENGUKURAN STANDARD PENINGKATAN KUALITI PENGIKTIRAFAN

14

*PKS-SKPM

Penarafan Kendiri Sekolahmengukur standard semasa di sekolah.mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan isu.menyediakan program penambahbaikan

Skor PKS-SKPM• Sebahagian skor ranking sekolah

program NKRA

15

KANDUNGAN SKPM 2010 (5 STANDARD)

1-KEPIMPINAN DAN HALA TUJU

2-PENGURUSAN ORGANISASI

3-PENGURUSAN KURIKULUM, KOKURIKULUM DAN SUKAN, DAN

HAL EHWAL MURID

4-PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

5-KEMENJADIAN MURID

16

Bilangan Aspek & Wajaran Skor

Standard Jumlah Aspek Wajaran

1. Kepimpinan dan Hala Tuju 8 10%

2. Pengurusan Organisasi 8 15%

3. Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan Sukan, dan Hal Ehwal Murid

15 20%

4. Pembelajaran dan Pengajaran 12 20%

5. Kemenjadian Murid 50 35%

17

STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

ASPEK 4.1 PENGLIBATAN MURID

ASPEK 4.2 PENGUASAAN PEMBELAJARAN MURID

ASPEK 4.3 HASIL KERJA MURID

ASPEK 4.4 PERANCANGAN DAN PERSEDIAAN GURUASPEK 4.5 KAEDAH PENYAMPAIAN

ASPEK 4.6 KEMAHIRAN KOMUNIKASI

ASPEK 4.7 PENGGUNAAN SUMBER PENDIDIKAN

ASPEK 4.8 PENILAIAN

ASPEK 4.9 TEKNIK PENYOALAN

ASPEK 4.10 PENGUASAAN ISI KANDUNGAN

ASPEK 4.11 PENGURUSAN KELAS (BILIK DARJAH/ MAKMAL/ BENGKEL / PADANG)

ASPEK 4.12 AMALAN PROFESIONALISME KEGURUAN

18

STANDARD 4.4 PERANCANGAN DAN PERSEDIAAN GURU

Kriteria kritikal

PERANCANGAN DAN PERSEDIAAN YANG RAPI MENINGKATKAN KEBERKESANAN PENGAJARAN.

Skor 5

•Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) yang disediakan meliputi sepanjang tahun persekolahan berdasarkan sukatan dan huraian sukatan pelajaran (standard kurikulum) terkini dan sesuai dengan takwim persekolahan.

•Rancangan Pelajaran Harian (RPH) yang disediakan berdasarkan RPT. Objektif pelajaran dinyatakan dalam bentuk perlakuan, boleh diukur dan sesuai dengan keupayaan murid. Aktiviti yang dirancang terarah untuk mencapai objektif pelajaran.

•Refleksi dicatatkan bagi setiap pelajaran dengan merujuk kepada objektif pelajaran.•Refleksi P&P digunakan sebagai panduan untuk merancang RPH yang seterusnya.

19

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN

1. Berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum iaitu Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran

2. Merangkumi sepanjang tahun sesi persekolahan berdasar takwim sekolah

3. Diolah mengikut kesesuaian kelas dan potensi murid

20

DRAF CADANGAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

1. Mata Pelajaran, Kelas dan Masa2. Tema/Tajuk3. Standard Pembelajaran (Kod Sahaja)4. Objektif Pembelajaran5. Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran6. Elemen Merentas Kurikulum (EMK)

Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan TMK merupakan EMK yang diberi penekanan dalam KSSR. EMK sedia ada seperti Bahasa, Sains dan Teknologi, Pendidikan Alam Sekitar, Nilai Murni dan Patriotisme masih diterapkan dalam P&P

7. Bahan Bantu Belajar8. Penilaian P&P9. Refleksi :

i. nyatakan bilangan murid yang mencapai objektif P&Pii. Tindakan susulan (pemulihan, pengukuhan dan pengayaan)

21

DRAF CONTOH PENULISAN RPH KSSRMATA PELAJARAN

22

PENUTUP

Pendidikan tidak boleh berterusan dengan cara yang lama atau membuat lebih banyak perkara yang serupa, kerana kesannya akan membuahkan hasil yang serupa atau lebih banyak hasil yang serupa.Oleh itu, kita perlu mencari cara yang baru atau ubahsuai yang lama ,atau cipta yang baru, supaya kita dapat sesuatu yang baru, yang lama akan nampak baru dan akan lebih banyak benda yang baharu.

…..Tan Sri Dato Dr Wan Zahid Mohd Nordin

23

24

SEKIAN

top related