amali5

58
PRAKTIKAL 5 MEMAHAMI TREND POPULASI TUJUAN :Untuk menyiasat mengenai tren populasi TEORI : Perubahan trend populasi adalah perubahan dari segi saiz populasi (N) dari semasa ke semasa dan ditentukan oleh kadar kelahiran,kadar kematian,imigrasi dan emigrasi.Perubahan trend populasi lebih kepada manusia dimana ianya ialah jumlah penduduk bertambah atau berkurang dalam setahun di sesebuah negara akibat pertambahan semula jadi dan migrasi. Jumlah penduduk akan bertambah sekiranya lebih banyak bayi dilahirkan berbanding bilangan kematian di sesebuah negara.Sekiranya bilangan orang yang masuk (imigrasi) ke sesebuah negara melebihi bilangan orang yang berpindah keluar (emigrasi), maka berlakulah pertambahan jumlah penduduk. Malaysia turut mengalami perubahan dalam jumlah penduduknya. perubahan ini dikira dalam setiap lima tahun. Jumlah penduduk Malaysia telah bertambah daripada 20,108,729 pada tahun 1995 orang kepada 23,274,690 pada tahun 2000.Penduduk Malaysia dianggarkan akan terus bertambah dan mencapai jumlah 26 juta orang pada tahun 2005.. Situasi ini menunjukkan bahawa Malaysia sedang mengalami perubahan penduduk yang nyata. Perubahan jumlah penduduk yang berlaku di sesebuah negara dipengaruhi oleh kadar pertumbuhan semula jadi seperti kadar kelahiran, kadar kematian dan migrasi. Faktor migrasi dibahagikan kepada dua iaitu imigrasi dan emigrasi. Imigrasi bermaksud perpindahan masuk penduduk dari luar negara ke negara Malaysia.Emigrasi pula ialah perpindahan 1

Upload: rin84

Post on 30-Nov-2015

35 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: amali5

PRAKTIKAL 5

MEMAHAMI TREND POPULASI

TUJUAN :Untuk menyiasat mengenai tren populasi

TEORI :

Perubahan trend populasi adalah perubahan dari segi saiz populasi (N) dari semasa ke

semasa dan ditentukan oleh kadar kelahiran,kadar kematian,imigrasi dan emigrasi.Perubahan

trend populasi lebih kepada manusia dimana ianya ialah  jumlah penduduk bertambah atau

berkurang dalam setahun di sesebuah negara akibat pertambahan semula jadi dan

migrasi.Jumlah penduduk akan bertambah sekiranya lebih banyak bayi dilahirkan berbanding

bilangan kematian di sesebuah negara.Sekiranya bilangan orang yang masuk (imigrasi) ke

sesebuah negara melebihi bilangan orang yang berpindah keluar (emigrasi), maka berlakulah

pertambahan jumlah penduduk. Malaysia turut mengalami perubahan dalam jumlah

penduduknya. perubahan ini dikira dalam setiap lima tahun. Jumlah penduduk Malaysia telah

bertambah daripada 20,108,729 pada tahun 1995 orang kepada 23,274,690 pada tahun

2000.Penduduk Malaysia dianggarkan akan terus bertambah dan mencapai jumlah 26 juta

orang pada tahun 2005.. Situasi ini menunjukkan bahawa Malaysia sedang mengalami

perubahan penduduk yang nyata.

Perubahan jumlah penduduk yang berlaku di sesebuah negara dipengaruhi oleh kadar

pertumbuhan semula jadi seperti kadar kelahiran, kadar kematian dan migrasi. Faktor migrasi

dibahagikan kepada dua iaitu imigrasi dan emigrasi. Imigrasi bermaksud perpindahan masuk

penduduk dari luar negara ke negara Malaysia.Emigrasi pula ialah perpindahan keluar

penduduk negara Malaysia ke luar negara. Faktor-faktor inilah yang menjadikan jumlah

penduduk di sesuatu kawasan atau negeri itu bertambah ataupun berkurang. Kadar

kelahiran ialah jumlah bayi yang dilahirkan setahun berbanding dengan jumlah penduduk pada

pertengahan tahun berkenaan bagi setiap 1 000 orang. Kadar ini juga dikenali sebagai kadar

kelahiran kasar.

1

Page 2: amali5

 Kadar kematian ialah jumlah bilangan kematian dalam satu tahun berbanding dengan jumlah

penduduk pada pertengahan tahun berkenaan bagi setiap 1 000 orang. Kadar ini juga dikenali

sebagai kadar kematian kasar.Kadar kematian kasar merangkumi semua golongan penduduk

yang menghadapi risiko kematian. Migrasi ialah proses penghijrahan penduduk dari satu tempat

ke tempat yang lain dengan

tujuan menetap secara tetap atau sementara.

Pertumbuhan adalah perubahan dari segi saiz populasi (N) dari semasa ke semasa,

dan ini ditentukan oleh kelahiran, kematian, dan emigrasi. Pertumbuhan boleh dimodelkan oleh

lengkung geometri iaitu lengkung tak linear yang berbentuk S-(sigmoidl) keluk atau lengkung

eksponen. Jika saiz populasi ialah dua kali ganda antara setiap sela masa, maka bentuk

pertumbuhan geometri ini akan dipanggil pertumbuhan eksponen. Jika saiz populasi dua kali

ganda antara setiap jangka masa,maka bentuk pertumbuhan geometri dipanggil pertumbuhan

eksponen.Bentuk lengkung pertumbuhan populasi dikawal oleh tiga faktor iaitu saiz populasi

permulaan atau awal (No, faktor pertumbuhan populasi (R yang mengukur dimana populasi

berkembang jika ia mempunyai sumber makanan.Saiz populasi permulaan (No dipengaruhi

oleh beberapa faktor iaitu fungsi kesihatan,penerokaan ruang,diversiti,masalah

kesukaran,pemilihan tekanan dan jumlah individu dalam populasi.

Keupayaan muatan ialah saiz maksimum populasi yang boleh ditampung oleh

persekitaran dan bergantung kepada keperluan makanan,hábitat,air dan lain-lain yang terdapat

dipersekitaran.Keupayaan muatan dapat dicapai apabila kestabilan menghampiri nilai

maksimum dengan sumber yang terhad seperti makanan,air dan bekalan.Jika saiz populasi

lebih besar daripada keupayaan muatan maka kadar pertumbuhan populasi adalah negatif

begitulah sebaliknya.

2

Page 3: amali5

Keputusan :

TUGASAN 1

Apakah jenis pertumbuhan populasi yang dimiliki oleh badak dan

mengapa saiz populasi akhir berbeza?

Jadual 1 menunjukkan anggaran populasi bagi dua jenis populasi

badak di dalam persekitaran yang sama, bagi 5 selang masa (generasi).

Selang masa

(t) = generasi

Populasi Badak A Populasi Badak B

Saiz populasi,

(N)

Faktor

pertumbuhan,

(R)

Saiz populasi,

(N)

Faktor

pertumbuhan, (R)

0 N0 = 30 N0 = 20

1 58 1.9 39 2.0

2 123 2.1 82 2.1

3 236 1.9 161 2.0

3

Page 4: amali5

4 484 2.0 318 2.0

5 955 2.0 643 2.0

Jadual 1

Langkah

1. Pertumbuhan populasi diplot menggunakan paksi yang sama. Masa, t sebagai

pembolehubah dimalarkan pada paksi-X dan saiz populasi, N sebagai pemboleh ubah

bergerak balas pada paksi-Y. Satu garis dilukis mewakili garis pertumbuhan berdasarkan

data yang diiberikan.

2. Bentuk graf dikenalpasti.

3. Faktor pertumbuhan, R dikira bagi setiap populasi bagi setiap selang masa dan dimasukkan

ke dalam Jadual 1.

4. Purata geometrik dikira bagi kedua-dua populasi.

Populasi badak A,

Purata R

¿1 .98 2 .0

Populasi badak B,

Purata R

¿2 .02 2 .0

Soalan

Semak ketiga-tiga faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan. Mengapa terdapat

perbezaan dari segi saiz penduduk antara kedua-dua penduduk pada selang masa ke 5?

Adakah ia disebabkan oleh perbezaan dalam saiz penduduk awal, faktor pertumbuhan,

atau alam sekitar?

Graf menunjukkan bentuk eksponen. Populasi Badak B mempunyai kadar pertumbuhan, R

yang tinggi. Saiz penduduk bagi selang masa ke 5 berbeza bagi kedua-dua populasi badak

disebabkan oleh saiz awal populasi. Bilangan saiz populasi awal bagi badak A sebanyak 30

4

Page 5: amali5

adalah lebih tinggi daripada saiz populasi awal badak B dimana hanya terdapat 20 sahaja.

Disebabkan itu, ahli baru lebih banyak dihasilkan di populasi badak B.

TUGASAN 2

Apakah jenis pertumbuhan populasi yang dimiliki oleh koala dan

mengapa saiz populasi akhir berbeza?

Jadual 2 mengandungi anggaran bagi dua jenis populasi koala di dalam

persekitaran yangg sama bagi 5 selang masa (generasi).

Selang masa

(t) = generasi

Populasi Koala A Populasi Koala B

Saiz populasi,

(N)

Faktor

pertumbuhan,

(R)

Saiz populasi,

(N)

Faktor

pertumbuhan, (R)

0 N0 = 20 N0 = 20

1 36 1.8 31 1.5

2 63 1.8 47 1.5

3 118 1.9 66 1.4

4 212 1.8 103 1.6

5 375 1.8 150 1.5

Jadual 2

Langkah

1. Pertumbuhan populasi diplot menggunakan paksi yang sama. Masa, t sebagai

pembolehubah dimalarkan pada paksi-X dan saiz populasi, N sebagai pemboleh ubah

5

Page 6: amali5

bergerak balas pada paksi-Y. Satu garis dilukis mewakili garis pertumbuhan berdasarkan

data yang diiberikan.

2. Bentuk graf dikenalpasti.

3. Faktor pertumbuhan, R dikira bagi setiap populasi bagi setiap selang masa dan dimasukkan

ke dalam Jadual 2.

4. Purata geometrik dikira bagi kedua-dua populasi.

Populasi koala A,

Purata R

¿1.82 1.8

Populasi koala B,

Purata R=¿

¿1.5

Soalan

1. Bagi kedua-dua populasi koala, mengapa terdapat perbezaan dari segi saiz

penduduk pada selang masa ke 5? Adakah ia disebabkan oleh perbezaan dalam

saiz penduduk awal, faktor pertumbuhan, atau alam sekitar?

Graf menunjukkan bentuk eksponen. Apabila saiz populasi semakin meningkat, ia akan

mempengaruhi faktor pertumbuhan. Populasi koala A dan koala B meningkat dari

semasa ke semasa, namun disebabkan berlakunya persaingan dari segi keperluan

makanan dan tempat tinggal, populasi koala B berkurangan daripada populasi koala A.

2. Di dalam Jadual 2, jika data bagi populasi Koala A adalah sama tetapi di bawah

keadaan hujan yang sedikit dan data bagi populasi Koala B adalah di bawah

keadaan kemarau, mengapa adanya perubahan bagi faktor pertumbuhan, R

populasi tersebut? (Faktor pertumbuhan, R = Kelahiran - Kematian).

Perubahan alam sekitar seperti kemarau dan keadaan hujan boleh mempengaruhi

populasi sesuatu spesis. Semua faktor-faktor tersebut sangat berpengaruh terhadap

kelahiran, kematian dan migrasi yang berlaku bagi memenuhi keperluan asas bagi

sesuatu individu. 

6

Page 7: amali5

TUGASAN 3

Apakah jenis pertumbuhan populasi yang dimiliki oleh kuda belang dan bagaimana

keupayaan muatan (carrying capacity) mempengaruhi saiz populasi akhir?

Jadual 3 menunjukkan anggaran populasi oleh dua jenis kuda belang di dalam

persekitaran yang berbeza bagi 10 selang masa (generasi).

Selang masa

(t) = generasi

Populasi Kuda Belang A Populasi Kuda Belang B

Saiz populasi,

(N)

Faktor

pertumbuhan,

(R)

Saiz populasi,

(N)

Faktor

pertumbuhan, (R)

0 N0 = 20 N0 = 20

1 80 4.0 50 2.5

2 230 2.9 100 2.0

3 400 1.8 220 2.2

4 500 1.3 360 1.6

5 550 1.1 460 1.3

6 580 1.1 520 1.4

7 590 1.0 550 1.0

8 595 1.0 570 1.0

9 600 1.0 580 1.0

10 600 1.0 600 1.0

Jadual 3

Langkah

1. Pertumbuhan populasi diplot menggunakan paksi yang sama. Masa, t sebagai

pembolehubah dimalarkan pada paksi-X dan saiz populasi, N sebagai pemboleh ubah

bergerak balas pada paksi-Y. Satu garis dilukis mewakili garis pertumbuhan berdasarkan

data yang diberikan.

2. Bentuk graf dikenalpasti.

7

Page 8: amali5

3. Faktor pertumbuhan, R dikira bagi setiap populasi bagi setiap selang masa dan dimasukkan

ke dalam Jadual 3.

4. Purata geometrik dikira bagi kedua-dua populasi.

Populasi kuda belang A,

Purata R

¿1.62 1.6

Populasi kuda belang B,

Purata R

¿1.5

Soalan

1. Populasi yang manakah sama ada A atau B yang mempunyai faktor pertumbuhan

yang paling tinggi?

Graf menunjukkan bentuk eksponen. Populasi kuda belang A mempunyai faktor

pertumbuhan yang paling tinggi.

2. Adakah faktor pertumbuhan, R tersebut tetap? Terangkan sebarang perubahan yang

berlaku pada R.

Faktor pertumbuhan, R semakin berkurangan pada selang masa 2 hingga selang masa 6,

dan tetap pada selang masa ke 7 hingga ke 10

3. Apakah keupayaan muatan (carrying capacity) bagi setiap populasi?

Keupayaan muatan bagi populasi kuda belang A ialah 4.0, manakala keupayaan muatan

bagi populasi kuda belang B ialah 2.5.

TUGASAN 4

8

Page 9: amali5

Bagaimanakah persaingan di antara kedua-dua populasi kuda belang mempengaruhi

keupayaan muatan (carrying capacity)?

Jadual 4 menunjukkan anggaran bagi dua jenis populasi di kawasan persekitaran yang sama

bagi 10 selang masa (generasi).

Selang masa

(t) = generasi

Populasi Kuda Belang A Populasi Kuda Belang B

Saiz populasi,

(N)

Faktor

pertumbuhan,

(R)

Saiz populasi,

(N)

Faktor

pertumbuhan, (R)

0 N0 = 20 N0 = 20

1 90 4.5 50 2.5

2 220 2.5 120 2.4

3 340 1.6 210 1.8

4 410 1.2 260 1.2

5 440 1.1 260 1.0

6 450 1.0 230 1.0

7 450 1.0 200 1.0

8 440 1.0 170 1.0

9 460 1.0 150 1.0

10 450 1.0 150 1.0

Jadual 4

Langkah

1. Pertumbuhan populasi diplot menggunakan paksi yang sama. Masa, t sebagai

pembolehubah dimalarkan pada paksi-X dan saiz populasi, N sebagai pemboleh ubah

bergerak balas pada paksi-Y. Satu garis dilukis mewakili garis pertumbuhan berdasarkan

data yang diiberikan.

2. Bentuk graf dikenalpasti.

9

Page 10: amali5

3. Faktor pertumbuhan, R dikira bagi setiap populasi bagi setiap selang masa dan dimasukkan

ke dalam Jadual 4.

4. Purata geometrik dikira bagi kedua-dua populasi.

Populasi kuda belang A,

Purata R

¿1.59 1.6

Populasi kuda belang B,

Purata R

¿1.39 1.4

Soalan

1. Populasi yang manakah sama ada A atau B yang mempunyai faktor pertumbuhan

yang paling tinggi?

Graf menunjukkan bentuk sigmodial. Populasi kuda belang A mempunyai faktor

pertumbuhan yang paling tinggi.

2. Adakah faktor pertumbuhan, R tersebut tetap? Terangkan sebarang perubahan yang

berlaku pada R.

Faktor pertumbuhan, R semakin berkurangan pada selang masa 2 hingga selang masa 5,

dan tetap pada selang masa ke 6 hingga ke 11

3. Adakah keupayaan muatan (carrying capacity) bagi populasi A berubah? Nyatakan

mengapa.

Ya, keupayaan muatan bagi populasi A berubah kerana berlakunya penurunan yang

mendadak pada selang masa 1 dan 2

10

Page 11: amali5

4. Kedua-dua populasi kuda belang mempunyai populasi saiz awal yang sama.

Mengapakah satu populasi tidak bersaing dengan yang lain? Kenalpasti tiga faktor

yang mengawal pertumbuhan populasi.

Antara faktor yang mengawal pertumbuhan populasi ialah kepelbagaian genetik, persaingan

dan kemampuan untuk adaptasi dengan persekitaran.

5. Jika data di dalam Jadual 3 menunjukkan dua populasi yang hidup berasingan dan di

dalam Jadual 4 menunjukkan dua populasi yang hidup bersama, apakah kesan

persaingan bagi R untuk kedua-dua populasi kuda belang?

Bagi Jadual 3, persaingan bagi R untuk populasi kuda belang adalah rendah kerana

perbezaan persekitaran. Bagi jadual 4, persaingan bagi R untuk populasi kuda belang

adalah tinggi kerana kesemua individu memerlukan keperluan asas yang serupa di

kawasan yang sama.

Perbincangan :

1. Graf dibina bagi setiap tugasan. Label setiap lengkung pada graf dengan min

faktor pertumbuhan, R.

2. Apakah perbezaan diantara pertumbuhan eksponen dan logistik (sigmoidal)?

Pertumbuhan logistik menyatakan bahawa kadar pertumbuhan adalah

bergantung kepada kepadatan penduduk dan terhad dengan keupayaan muatan (had

kepada pertumbuhan). Pertumbuhan yang biasanya diwakili oleh lengkung S, di mana

kadar penurunan pertumbuhan sebagai kenaikan penduduk.  Pertumbuhan eksponen

merupakan istilah yang biasanya diberikan kepada hasil pertumbuhan penduduk yang

positif pada kadar malar. Pertumbuhan eksponen tidak mempunyai had atas dan

populasi berkembang dengan cepat. 

11

Page 12: amali5

3. Bagaimanakah populasi bertambah dan kehilangan individu?

Pertumbuhan penduduk adalah perubahan dalam bilangan penduduk sepanjang masa,

yang boleh dikira sebagai perubahan bilangan individu dalam sesebuah populasi melalui

sukatan secara sepanjang suatu tempoh. Bilangan individu bertambah melalui proses

kelahiran dan imigrasi, dan mengalami kehilangan individu melalui kematian dan

emigrasi.

4. Apakah kriteria sesuatu populasi yang mempunyai peningkatan kadar intrinsik

yang tinggi?

Populasi yang mampu bersaing dan beradaptasi dengan persekitaran.

5. Apakah faktor persekitaran yang bertindak pada (1) peningkatan pertumbuhan

populasi dan (2) penerunan pertumbuhan populasi?

Faktor yang bertindak pada peningkatan populasi ialah ahli populasi, faktor fizikal dan

kapasiti pembiakan. Faktor yang mempengaruhi penurunan pertumbuhan populasi ialah

faktor abiotik seperti suhu dan iklim, sumber yang diperlukan untuk hidup dan kehadiran

organisma lain dalam persekitaran yang berinteraksi dengan populasi tersebut.

6. Apakah yang akan berlaku jika saiz populasi melebihi keupayaan muatan

(carrying capacity)?

Setelah berlakunya peningkatan di dalam sesuatu populasi, populasi tersebut akan

mencapai keupayaan muatan pada tahap tertentu.

7. Keupayaan muatan (K) boleh berubah-ubah dari tahun ke tahun (lihat Miller 2001

angka 7,5). Dalam beberapa tahun K tinggi dan dalam beberapa tahun, ia adalah

rendah disebabkan perubahan dalam keadaan alam sekitar yang tidak dapat

diramalkan. Pengeksploitasian secara perdagangan penduduk, seperti pemburuan

ikan atau rusa, bergantung kepada hasil yang diperolehi. Sebagai contoh, nelayan

komersial berlesen boleh manangkap ikan mengikut berat tertentu ("kuota"

12

Page 13: amali5

mereka) setiap tahun. Oleh itu, mengapa perubahan rawak di K dari tahun ke

tahun menjadi masalah untuk pengurusan populasi eksploitasi komersial liar?

Keupayaan muatan, K sesuatu spesis berubah bagi setiap tahun. Apabila sesetangah

individu telah diburu, maka akan berlaku penurunan bagi saiz ahli di dalam populasi

tersebut. Individu yang tidak berpeluang untuk membesar juga berkemungkinan akan

menjadi mangsa tangkapan dan mengakibatkan pengurangan bilangan individu yang

wujud. Kuota yang tetap sapanjang tahun akan mengakibatkan individu ini sentiasa

diburu di dalam kuantiti yang sama, sedangkan bilangan individu semakin menurun.

Justeru, penangkapan individu untuk tujuan komersial akan terjejas berikutan

kekurangan ahli.

8. Pihak kerajaan menjual 10 lesen untuk memburu rusa pada setiap tahun dan

pemburuan adalah berdasarkan 20% daripada kapasiti keupayaan muatan (kuota

masing-masing ialah 2% daripada penduduk). Setelah memahami konsep yang

membawa kapasiti dan kadar pertumbuhan penduduk, apa yang anda akan

lakukan jika populasi rusa untuk musim akan datang diramalkan melebihi 20%?

Keupayaan muatan boleh berubah-ubah dari semasa ke semasa. Jika keupayaan

muatan tinggi untuk beberapa tahun, dan dalam beberapa tahun kemudian ia adalah

rendah, ini berlaku disebabkan oleh perubahan dalam keadaan alam sekitar yang tidak

dapat diramalkan. Pengeksploitasian bergantung kepada hasil tangkapan yang

diperolehi. Bagi pemburu komersial berlesen, untuk memburu rusa, mereka perlu

mengikut kuota yang tetap setiap tahun. Kuota ditentukan dengan membahagikan

jumlah biojisim atau berat hasil buruan, dengan bilangan pemburu (atau lesen).

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pertumbuhan_pendudukhttp://jambulmen95.blogspot.com/2009/10/bab-8-perubahan-penduduk.html

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/NasibtapirdiMalaysia/Article/index

http://manusiahijau.blogspot.com/2009/03/haiwan-haiwan-yang-sedang-mengalami.html

Pertumbuhan penduduk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

13

Page 14: amali5

Pertumbuhan penduduk zaman dahulu dan unjuran zaman akan datang mengikut benua. Paksi

menegaknya bersifatlogaritma berskala menghitung juta orang.

Pertumbuhan penduduk adalah perubahan dalam bilangan penduduk sepanjang masa, yang boleh dikira

sebagai perubahan bilangan individu dalam sesebuah populasi melalui sukatan secara sepanjang suatu

tempoh. Walaupun boleh digunakan untuk mana-mana spesis, namun istilah pertumbuhan penduduk sentiasa

melibatkan kaum manusia. Istilah ini juga selalu digunakan untuk memaksudkan istilahdemografi khusus

berbunyi kadar pertumbuhan penduduk (lihat di bawah), yang merujuk kepada kadar

pertumbuhan penduduk dunia.

Antara model-model pertumbuhan penduduk ringkas termasuk Model Pertumbuhan Malthusian dan model

logistik.

Isi kandungan

  [sorokkan] 

1   Kadar pertumbuhan penduduk

2   Kadar pertumbuhan penduduk manusia

3   Pertumbuhan berlebihan dan penurunan

4   Lihat juga

5   Rujukan

6   Pautan luar

Kadar pertumbuhan penduduk[sunting]

14

Page 15: amali5

Dalam bidang demografi dan ekologi, kadar pertumbuhan penduduk ialah kadar pecahan pertumbuhan

bilangan penduduk sesebuah kawasan. Secara terperincinya, kadar pertumbuhan penduduk biasanya

bermaksud perubahan bilangan penduduk sepanjang suatu tempoh, yang dinyatakan

secara peratusan bilangan penduduk in the population pada awal tempoh tersebut, iaitu seperti rumus berikut:

(Terhad kepada tempoh yang cukup singkat.)

Rumus di atas boleh dikembangkan menjadi: kadar pertumbuhan = kadar kelahiran kasar - kadar

kematian kasar + kadar imigrasi bersih, or ∆P/P = (B/P) - (D/P) + (I/P) - (E/P), yang mana P ialah

jumlah penduduk, B ialah jumlah kelahiran (births), D ialah jumlah kematian (deaths), I ialah

jumlah pendatang masuk (immigrant), dan E ialah jumlah penghijrah keluar (emigrant).

Rumus ini membolehkan pengenalpastian punca pertumbuhan penduduk, baik pertambahan semula jadi

mahupun pertambahan kadar imigrasi bersih. Pertambahan semula jadi ialah pertambahan penduduk asli

yang berpunca dari kenaikan kadar pertumbuhan, penurunan kadar kematian atau kedua-duanya sekali.

Kadar imigrasi bersih pula ialah perbezaan antara bilangan imigran (pendatang masuk) dan bilangan

emigran (penghijrah keluar).

Cara yang paling laris digunakan untuk menyatakan pertumbuhan penduduk adalah secara nisbah,

bukan kadar. Perubahan kependudukan sepanjang satu tempoh dinyatakan sebagai peratusan penduduk

pada awal tempoh tersebut, iaitu:

Nisbah (atau kadar) pertumbuhan positif menandakan bilangan penduduk bertambah, dan yang

negatif pula menunjukkan bilangannya berkurangan. Nisbah pertumbuhan sifar pula menunjukkan

bahawa bilangan penduduk adalah sama pada dua masa yang berlainan, iaitu perbezaan bersih

antara kelahiran, kematian, penghijrahan masuk dan keluar adalah kosong. Walau bagaimanapun,

kadar pertumbuhan mungkin setakat kosong biarpun adanya perubahan ketara dalam kadar

kelahiran, kadar kematian, kadar penghijrahan dan taburan usia antara dua masa.[1] Begitu juga,

peratusan kadar kematian bersamaan dengan bilangan kematian purara setahun untuk setiap 100

orang dalam jumlah penduduk.

Sukatan kadar pembiakan bersih juga berkaitan dengan hal ini. Andai tiadanya penghijrahan, kadar

pembiakan bersih melebihi satu menandakan jumlah penduduk wanita makin bertambah, sementara

kadar pembiakan bersih yang kurang dari satu (kesuburan kurang paras penggantian) pula

menandakan jumlah penduduk wanita kian menurun.

15

Page 16: amali5

Kadar pertumbuhan penduduk manusia[sunting]

Kadar pertumbuhan penduduk tahunan dalam peratusan, dipetik dari CIA World

Factbook (anggaran 2006).[2]

Kadar pertumbuhan penduduk manusia seluruh dunia terus menurun sejak memuncak pada tahun

1962 dan 1963 pada kadar 2.20% setahun. Pada tahun 2007, kadar pertumbuhan adalah 1.19%

setahun. Seratus tahun yang lalu telah memperlihatkan pertumbuhan penduduk yang pesat

disebabkan kemajuan perubatan dan pertambahan daya pengeluaran pertanian secara

mendadak[3] hasil Revolusi Hijau.[4][5][6]

Pertumbuhan bilangan manusia tahunan sebenar jatuh dari kemuncak 87.8 juta pada tahun 1989, ke

paras 74.6 juta pada tahun 2003, selepas itu naik ke paras 77.0 juta pada tahun 2009. Pertumbuhan

penduduk masih tinggi terutamanya di Timur Tengah dan Afrika Sub-Sahara, begitu juga di Asia

Selatan, Asia Tenggara, dan Amerika Latin.[7]

Sesetengah negara mengalami pemerosotan jumlah penduduk, terutamanya di Eropah

Timur (disebabkan kadar kesuburan rendah dan penghijrahan). Di Selatan Afrika, pertumbuhan

penduduk terbantut kerana banyaknya kematian akibat HIV. Sesetengah negara Eropah Barar turut

mengalami penurunan jumlah penduduk.[8] Bilangan penduduk Jepunjuga mula menurun pada tahun

2005.[9]

Pertumbuhan berlebihan dan penurunan[sunting]

Bilangan penduduk yang melebihi keupayaan tampung sesebuah kawasan atau persekitaran

menimbulkan masalah penduduk berlebihan. Ini mungkin disebabkan oleh pertumbuhan penduduk

atau penurunan muatan kawasan tersebut. Pertambahan penduduk manusia secara mendadak boleh

menimbulkan masalah seperti pencemaran dan kesesakan lalu lintas, yang boleh diburukkan lagi

ataupun dipulihkan oleh perubahan teknologi dan ekonomi. Begitu juga, sesebuah kawasan

16

Page 17: amali5

mengalami kekurangan penduduk jika bilangan penduduknya tidak cukup untuk menampungsistem

ekonominya (rujuk penurunan populasi).

Lihat juga[sunting]

Anggaran pertumbuhan penduduk dari tahun 10000 SM–2000 M.

Keupayaan tampung

GEOGRAFI - TINGKATAN 2

PERUBAHAN PENDUDUKPETA MINDA

Perubahan Penduduk

1. Perubahan penduduk merujuk kepada jumlah penduduk bertambah atau berkurang dalam setahun di sesebuah negara akibat pertambahan semula jadi dan migrasi.

2. Jumlah penduduk akan bertambah sekiranya lebih banyak bayi dilahirkan berbanding bilangan kematian di sesebuah negara.

17

Page 18: amali5

3. Sekiranya bilangan orang yang masuk (imigrasi) ke sesebuah negara melebihi bilangan orang yang berpindah keluar (emigrasi), maka berlakulah pertambahan jumlah penduduk.

4. Malaysia turut mengalami perubahan dalam jumlah penduduknya. perubahan ini dikira dalam setiap lima tahun.

5. Jumlah penduduk Malaysia telah bertambah daripada 20,108,729 pada tahun 1995 orang kepada 23,274,690 pada tahun 2000.

6. Penduduk Malaysia dianggarkan akan terus bertambah dan mencapai jumlah 26 juta orangmenjelang tahun 2005.

7. Situasi ini menunjukkan bahawa Malaysia sedang mengalami perubahan penduduk yangnyata.

Jumlah penduduk Malaysia(Sumber: Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri)

8. Perubahan penduduk di negara Malaysia adalah disebabkan pelbagai faktor seperti jumlah penduduk mengikut jantina dan struktur umur.

Peratusan keseluruhan peringkat umur penduduk negara Malaysia.

9. Pada tahun 1940, penduduk Malaysia dianggarkan seramai 5 juta orang. Jumlah ini terus meningkat kepada 13 juta orang orang menjelang tahun 1960.

10. Kini jumlah penduduk Malaysia telah mencapai jumlah 23.27 juta orang berdasarkan kepada bancian penduduk yang dilakukan pada

18

Page 19: amali5

tahun 2000.

11. Perubahan jumlah penduduk yang berlaku di sesebuah negara dipengaruhi oleh kadar pertumbuhan semula jadi seperti kadar kelahiran, kadar kematian dan migrasi.

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Perubahan Penduduk Negara Malaysia

1. Jumlah penduduk disesuatu kawasan atau negeri boleh bertambah, atau menjadi statik (tidak berubah).

2. Pertumbuhan semula jadi dan migrasi akan menyebabkan berlakunya perubahan penduduk. Rajah di bawah menunjukkan faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan penduduk.

3. Pertumbuhan sesebuah negara akan bertambah apabila kadar kelahiran melebihi kadar kematian.

4. Penduduk sesebuah negara akan bertambah apabila kadar kelahiran melebihi kadar kematian.

5. Faktor migrasi dibahagikan kepada dua iaitu imigrasi dan emigrasi.

6. Imigrasi bermaksud perpindahan masuk penduduk dari luar negara ke negara Malaysia.Emigrasi pula ialah perpindahan keluar penduduk negara Malaysia ke luar negara.

7. Faktor-faktor inilah yang menjadikan jumlah penduduk di sesuatu kawasan atau negeri itubertambah ataupun berkurang.

Faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan penduduk

19

Page 20: amali5

Kadar Kelahiran

1. Kadar kelahiran ialah jumlah bayi yang dilahirkan setahun berbanding dengan jumlah penduduk pada pertengahan tahun berkenaan bagi setiap 1 000 orang.

2. Kadar ini juga dikenali sebagai kadar kelahiran kasar.

3. Formula untuk mengira kadar kelahiran kasar adalah seperti yang berikut:

4. Contoh kadar kelahiran kasar di Malaysia.

5. Dalam setiap hari, setiap kelahiran bayi yang hidup bermakna bilangan penduduk dunia sudah bertambah.

6. Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar kelahiran di Malaysia ialah:(a) Taraf pendidikan meningkat.(b) Amalan perancangan keluarga(c) Taraf hidup penduduk(d) Dasar Kependudukan Negara(e) Sosiobudaya dan agama.

7. Taraf pendidikan meningkat(a) Pendidikan di Malaysia telah meningkatkan kadar kenal huruf menjadi 93.8% pada tahun 2000.(b) Taraf pendidikan yang baik menyebabkan ramai kaum wanita melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan berkahwin lewat.(c) Keadaan ini telah mengurangkan kadar kelahiran kasar kerana tahap kesuburan mereka adalah rendah berbanding dengan wanita

20

Page 21: amali5

yang berkahwin pada usia muda.

8. Amalan perancangan keluarga.(a) Penduduk Malaysia yang ingin menikmati taraf hidup yang tinggi dan berpendidikan tinggi selalu mengamalkan perancangan keluarga.(b) Ini kerana mereka hanya merancang keluarga yang kecil dan tidak merancang untuk mempunyai anak yang ramai.(c) Tetapi di kawasan luar bandar, amalan perancangan keluarga masih sukar diterima oleh penduduk, jadi kadar kelahiran di luar bandar masih tinggi.

9. Taraf hidup penduduk.(a) Pertumbuhan ekonomi yang pesat membolehkan penduduk Malaysia menikmati tarafhidup yang tinggi.(b) Keadaan ini menggalakkan penduduk cenderung kepada saiz keluarga yang kecilkerana kos membesarkan anak semakin meningkat di bandar.

10. Dasar Kependudukan Negara(a) Melalui Dasar Kependudukan, kerajaan berhasrat mewujudkan 70 juta penduduk padamasa akan datang untuk menambahkan bilangan penduduk dan tenaga kerja manusia.(b) Oleh itu, kerajaan telah memberi pelbagai dorongan kepada rakyat sepertimelonggarkan cukai pendapatan kepada bilangan anak, kadar bayaran perubatan yangrendah dan sebagainya.(c) Kerajaan juga menggalakkan penduduk mempunyai saiz keluarga yang besar.

11. Sosiobudaya dan agama(a) Agama memainkan peranan yang penting terhadap kadar kelahiran.(b) Kebanyakan agama menggalakkan penganutnya mempunyai ramai anak dan amatmenentang amalan perancangan keluarga.

21

Page 22: amali5

(c) Walau bagaimana pun, ada penganut yang mematuhi galakan itu dan ada juga yangmerancang untuk mempunyai keluarga kecil.

Kadar Kematian

1. Kadar kematian ialah jumlah bilangan kematian dalam satu tahun berbanding dengan jumlah penduduk pada pertengahan tahun berkenaan bagi setiap 1 000 orang.

2. Kadar ini juga dikenali sebagai kadar kematian kasar.

3. Kadar kematian kasar merangkumi semua golongan penduduk yang menghadapi risiko kematian.

4. Formula untuk mengira kadar kematian kasar adalah seperti yang berikut;

5. Contoh kadar kematian kasar di Malaysia.

6. Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar kematian di Malaysia ialah:(a) Taraf kesihatan(b) Kekurangan makanan(c) Wabak penyakit(d) Dasar kerajaan(e) Bencana alam

7. Taraf kesihatan(a) Kemajuan dan kemudahan perubatan dapat mengawal wabak penyakit berjangkit untukmenurunkan kadar kematian.

22

Page 23: amali5

(b) Suntikan ubat pelalian diberi secara percuma kepada penduduk untuk meningkatkan daya imunisasi mereka terhadap penyakit.

8. Kekurangan makanan(a) Penduduk yang miskin tidak mampu mendapatkan makanan yang berzat akan menghadapi masalah kesihatan.(b) Kemajuan ekonomi telah meningkatkan taraf hidup penduduk dan membolehkanmereka menikmati makanan yang seimbang dan berkhasiat.(c) Hasil daripada makanan yang seimbang, jangka umur penduduk akan meningkat dankadar kematian akan menurun.

9. Wabak penyakit(a) Wabak penyakit yang cepat berjangkit seperti SARS dan taun akan meningkatkan jumlahkematian penduduk jika langkah-langkah pengawalan kurang berkesan.(b) Penyakit yang tidak dapat diubati seperti AIDS dan barah juga akan meningkatkan jumlahkematian penduduk.

10. Dasar kerajaan(a) Kementerian Kesihatan telah melaksanakan pelbagai kempen atau rancangankesedaran tentang penyakit yang berbahaya dan cara-cara mengatasinya untukpenduduk.(b) Jangka hayat penduduk Malaysia telah meningkat. Ini bermakna penduduk dapathidup lebih lama dan kadar kematian akan menurun.

11. Bencana alam(a) Bencana alam yang berlaku seperti tanah runtuh, banjir, kebakaran, gempa bumi dankemarau boleh menyebabkan kadar kematian meningkat.(b) Ini adalah kerana banyak nyawa terkorban dan tidak dapat

23

Page 24: amali5

diselamatkan.

Migrasi

1. Migrasi ialah proses penghijrahan penduduk dari satu tempat ke tempat yang lain dengantujuan menetap secara tetap atau sementara.

2. Faktor-faktor yang mempengaruhi migrasi ke negara Malaysia adalah kerana keadaanpolitik yang stabil, peluang pekerjaan yang banyak dan kekurangan tenaga pekerja.

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Migrasi.

1. Keadaan politik yang stabil di Malaysia telah menarik banyak pelabur asing ke negara kita.

2. Banyak peluang pekerjaan dalam sektor pertanian, perindustrian dan pembinaan telahmenggalakkan kemasukan buruh asing (imigran) ke negara ini. Dianggarkan terdapatsebanyak 107, 325 imigran ke Malaysia pada tahun 2000.

3. Terdapat dua golongan imigran yang bekerja di Malaysia iaitu pekerja mahir (ikhtisas) danpekerja tidak mahir (buruh).

4. Golongan ikhtisas kebanyakannya bekerja dalam bidang perubatan, pendidikan,pengurusan dan pembinaan. Manakala golongan buruh bekerja sebagai buruh pula kontrakdalam sektor pembinaan, pertanian, dan pembantu rumah.

5. Terdapat juga penduduk Malaysia yang berhijrah ke luar negara

24

Page 25: amali5

untuk mencari peluang pekerjaan yang lebih baik.

6. Emigran (penghijrah) ini kebanyakannya terdiri daripada golongan profesional seperti doktor pakar, jurutera, akauntan, peniaga dan pesara. Golongan ini lebih suka berhijrah ke Australia, Kanada, Britian, Amerika Syarikat dan New Zealand.

7. Golongan penghijrah yang separuh mahir dan mahir pula lebih suka bekerja di Singapura, negara Asia Barat seperti Arab Saudi, di Jepun dan juga di Taiwan.

Perubahan Penduduk Negara Malaysia Pada Masa Depan

1. Ciri-ciri penduduk pada masa kini di Malaysia.(a) Kadar kelahiran menurun dari tahun 1990 hingga 2000.(b) Kadar kematian menurun dari tahun 1990 hingga 2000.

2. Ciri-ciri penduduk pada masa depan di Malaysia.(a) Kemasukan buruh asing yang ramai.(b) Kekurangan tenaga buruh dalam bidang profesional.(c) Warga tua semakin bertambah.(d) Kos kesihatan dan rawatan semakin bertambah.

3. Kerajaan telah mengadakan pelbagai langkah-langkah untuk mengatasi masalah-masalah kekurangan penduduk pada masa depan.(a) Menggalakkan keluarga besar dengan memberi bantuan.(b) Meningkatkan usia persaraan.(c) Menyediakan peluang pekerjaan yang banyak.(d) Menggunakan robot dan jentera di kilang besar.

Nasib tapir di MalaysiaOleh Bennie Zie [email protected]/05/23

25

Page 26: amali5

Jumlah tapir di seluruh negara kini hanya antara 1,500 hingga 2,000 ekor akibat penebangan hutan untuk pertanian, pembangunan dan perburuan 

SEKALI-SEKALA kita pasti terbaca laporan berita kematian tapir akibat dilanggar kenderaan dan mungkin juga antara kita pernah melihat sendiri mamalia berkenaan menemui ajal di jalan.Apa punca menyebabkan tapir yang habitatnya di hutan, keluar ke penempatan manusia? Jawapannya kerana pembangunan atau pencerobohan hutan hingga mengakibatkan jumlah mamalia itu di Malaysia hampir menemui kepupusan.Ketika ini, jumlah tapir di seluruh negara dilaporkan hanya antara 1,500 hingga 2,000 ekor dengan kehilangan habitat menjadi penyumbang utama penurunan populasi haiwan berasal dari keluarga Tapiridae dalam order Perissodactyla itu. 

Pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), David Magintan mengakui eksploitasi secara besar-besaran kawasan hutan bagi tujuan pertanian, pembangunan mahupun perburuan mengusir tapir meninggalkan habitatnya. 

“Tapir yang berasa terganggu akan keluar dari hutan mencari habitat baru dan menghadapi ancaman masyarakat terutama di kawasan pinggir bandar. Banyak juga kes tapir mati dilanggar kenderaan sewaktu mencari habitat baru,” katanya. 

Tapir tidak disenaraikan sebagai haiwan buruan popular seperti Orang Utan, badak Afrika, harimau bintang Amur, panda, penyu atau beruang kutub kerana kurang nilai komersial khasnya bagi tujuan perubatan, aksesori atau perhiasan. Namun kekurangan itu tidak seharusnya menjadi alasan untuk kita mengabaikan haiwan terbabit, sebaliknya usaha perlu dilakukan bagi memastikan pemuliharaan tapir dilaksanakan secara berterusan demi kesinambungan generasi mamalia itu. 

Langkah dan inisiatif pembiakan tapir oleh Perhilitan wajar diberi sokongan padu kerana ia ibarat usaha awal bagi mengekang kepupusan haiwan yang mempunyai jangka hayat

26

Page 27: amali5

sehingga 30 tahun itu. 

Magintan berkata, penubuhan Pusat Konservasi Tapir Rizab Hidupan Liar Sungai Dusun di Ulu Bernam, Selangor pada 2004 membuktikan kesungguhan Perhilitan dalam memastikan populasi mamalia berkenaan stabil serta berkembang. 

Di pusat berkenaan, proses pembiakan dilakukan dengan cara meletakkan tapir dalam kurungan dan dibiarkan sehingga induk membiakkan anak sebelum dilepaskan semula di habitat semula jadinya. 

“Setakat ini, lima tapir berjaya dilahirkan di pusat ini, termasuk kembar pada 2007. Di pusat ini juga, kami menyediakan khidmat rawatan bagi tapir yang sakit dan cedera,” katanya. 

Kira-kira 15 tahun lalu, 10 tapir spesies Malaya berjaya dilahirkan di Zoo Melaka, manakala kelahiran lima kembar tapir spesies sama di Pusat Konservasi Sungai Dusun pada 27 Mei dan 8 Jun 2007 mencipta rekod dunia. 

Kembar betina dinamakan May sempena bulan kelahiran mereka, manakala kembar jantan yang dilahirkan 12 hari kemudian bergelar Junior yang menarik perhatian kerana jarang sekali dilaporkan kelahiran tapir kembar apa juga spesies. 

Tiga kelahiran kembar pernah dilaporkan di Amerika Selatan, iaitu spesies Rowland antara 1970 hingga 1988, tetapi kembar yang dilahirkan pada 1970 mati sejurus dilahirkan, manakala hanya seekor yang dilahirkan pada 1988 hidup. 

Kajian ekologi pertama tapir di negara ini dikatakan bermula sejak 1970-an lagi oleh Taman Negara. 

Hasil kajian program inventori dijalankan sekitar 2001 hingga 2002 yang mendapat kerjasama penyelidikan Universiti Florida, Amerika syarikat dan Perhilitan merumuskan ancaman terhadap populasi tapir daripada aktiviti manusia, adalah kecil. 

Sebelum itu, kajian bersama oleh Perhilitan, Danish Cooperation for Environment and Development (DANCED) serta Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar sekitar 2000 hingga 2001 mendapati tapir secara relatifnya banyak di Rizab Hidupan Liar Krau. 

Selepas itu, satu kajian khusus mengumpul data terperinci mengenai haiwan itu sebagai panduan pemuliharaan dilakukan Perhilitan dengan kerjasama Zoo Copenhagen yang kemudian mencetuskan penubuhan pusat konservasi di Sungai Dusun. 

Tapir terbahagi kepada empat spesies, iaitu Tapir Malaya (Tapirus Indicus) yang boleh ditemui di Asia Tenggara serta Mountain Tapir (pinchaque), Lowland Tapir (terrestis) dan

27

Page 28: amali5

Baird’s Tapir (bairdii), semuanya berhabitat di Amerika Tengah dan Selatan. 

Tapir Malaya adalah spesies paling besar dengan barat badan boleh mencecah 540 kilogram (kg), namun purata berat badan normal spesis itu adalah antara 300 hingga 350kg. 

Spesies berkenaan juga satu-satunya mempunyai warna badan berbelang hitam putih, namun menurut pengkaji hidupan liar, Boyd Simpson, anak tapir tanpa mengira spesies memiliki bentuk tubuh dan corak yang sama. 

“Semua anak tapir mempunyai corak coklat berjalur kuning pada badan. Tiada siapa tahu rahsianya... mungkin juga untuk penyamaran,” katanya. 

Menyentuh sifat peribadinya, tapir dikatakan aktif pada waktu malam dan pemalu hingga sukar bagi manusia terserempak dengannya di hutan. Ia hidup bersendirian dan tapir betina sering dilihat bersama anak-anaknya. 

Di Malaysia, tapir membiak di hutan seluruh Semenanjung, termasuk 40 peratus di kawasan pergunungan dan hutan paya, manakala 60 peratus di tanah pamah berketinggian 300 meter (m) dari aras laut. 

Program inventori hidupan liar kendalian Perhilitan merekodkan mamalia ini pernah dijumpai di sekitar banjaran Gunung Tahan pada ketinggian 1,430m, banjaran Gunung Benom (1,720m) dan banjaran Gunung Bintang Hijau (1,730m). 

Kadangkala mamalia berkenaan berkeliaran di kawasan ladang kelapa sawit dan getah berdekatan hutan, selain pernah dikesan berkeliaran di kawasan beberapa kilometer dari bandar utama seperti Temerloh dan Kuala Lumpur. 

Setakat ini, tiada rekod khas berhubung kepadatan populasi tapir, namun berdasarkan program inventori hidupan liar, aktiviti penguatkuasaan di hutan Semenanjung serta gambar dirakam perangkap kamera, tapir dikenal pasti haiwan ketiga terbesar dalam spesies Ugulata selepas babi hutan dan kijang. 

“Menerusi 57 program inventori dari 1992 hingga 2009 melalui kaedah pemerhatian langsung dan tidak langsung seperti mengesan tapak dan najis, populasi tapir di Semenanjung kini dianggarkan sekitar 1,500 hingga 2,000 ekor,” kata Magintan. 

Populasi tapir tertinggi di Malaysia dikenal pasti di kawasan landskap terbesar Taman Negara yang terletak di barat Terengganu, selatan Kelantan dan utara Sungai Pahang. 

Tapir boleh hidup sehingga 30 tahun dan makanan kegemaran haiwan ini adalah pucuk

28

Page 29: amali5

kayu pelbagai spesies pokok, termasuk pokok buah serta yang berbiji. Kajian di Taman Negara mendapati tapir makan lebih daripada 115 spesies tumbuh-tumbuhan. 

Penyelaras Kerja Lapangan Projek Pemuliharaan Tapir Malaya, Mohd Sanusi Mohamed, memberitahu sejumlah sampel daun dihantar ke Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi tujuan pengecaman. 

“Hasilnya, 40 spesies daun dikenal pasti makanan tapir termasuk kegemarannya, iaitu senduduk dan ara, manakala buah kegemaran haiwan ini pula durian, bacang dan nangka,” katanya. 

Kajian yang dibuat berdasarkan struktur gigi serta sistem penghadaman mamalia itu pula mendapati gaya dan cara pemakanan tapir adalah dengan meragut pucuk berkenaan. 

LIHATLAH APA YANG TERJADI PADA BUMI KITA !!

I S N I N

Haiwan-haiwan yang sedang mengalami ancaman kepupusan1. Black Shrew

Black Shrew has rarely been seen by human and there is no official

record on its size. However, witnesses have estimated the size to be 20 -

100 mm. One recorded specimen was found in Mount Kinabalu in Sabah,

Malaysia. Nobody knows whether this creature has extinct or still occupy

a small area in the Sabah state of Malaysia. They tend to be aggressive

towards each others and are mostly solitary creatures.

29

Page 30: amali5

Anggaran bilangan yang tinggal di dunia = Kritikal. Mungkin telah pupus.

Estimated number left in the world = Critically endangered. Might already been extinct.

2. Sumatran RhinocerosSumatran Rhino is the smallest rhinoceros measuring about 250 centimeters in length and 120-145 centimeters tall (shoulder). It is also much lighter than other rhinos, weighing about 500-800 kilograms. The 2-horned rhino can normally be found in swamps and rainforests of Asia countries such as Malaysia, Thailand, Indonesia and India. However, these solitary animals are facing the threat of extinction due to the poaching of their horns.

Anggaran bilangan yang masih tinggal di dunia = 300

Estimated number left in the world = 300

30

Page 31: amali5

3. Malayan Tapir

Tapir is a pig-like animal with a short snout. They inhabit the forest

regions of South America, Central America and South East Asia. Their

closest relatives are the horses and rhinoceroses, and all 4 species have

been classified as endangered. In Malaysia, only 1 of the 4 species of

tapir exists - the Malayan Tapir. Tapir mainly survive on the forest's

resources such as berries, leaves and fruits. They have not many natural

predators in the forest thanks to their thick skin and ability to run fast.

As for Malayan Tapir, its strange body colour is often misunderstood as a

large rock when lying down. This serves as a good camourflage for the

creature. However, their numbers are fast declining due to their habitat

loss (establishment of plantations, forest burning and logging), and the

hunt for their meat and hide.

Anggaran bilangan yang masih tinggal di Malaysia= kira-kira 369

Estimated number left in Malaysia = about 369

4. Mouse Deer

Mouse Deer or better known as Sang Kancil in one of Malaysia's

folklores, is a small creature about 70 centimeters long, 30-35

centimeters tall (shoulder), and around 5-8 kilograms in weight. That's

the estimated size of the Greater Mouse Deer while the Lesser Mouse

Deer species is estimated to weight around 2 kilograms. Mouse deers

can only be found in Malaysia, Borneo and parts of Indonesia. They

31

Page 32: amali5

survive mostly on fruits and leaves. They are also believed to be

nocturnal creatures.

Anggaran bilangan yang masih terdapat di dunia = Anggaran populasi

tidak dilakukan, tetapi telah dikelaskan sebagai Bahaya.

Estimated number left in the world = No population estimate has been

made, but has been classified as Endangered

5. Orangutan

There are basically 2 species of Orangutan - the critically endangered

Sumatran species and also the endangered Bornean species. Both these

species could only be found in the islands of Borneo and Sumatra. The

name Orangutan is actually derived from the Malay language Orang

Hutan which means "forest man", due to the similarity between the

Orangutans' behavior and those of the human beings. Orangutans are

very intelligent creatures, said to be the smartest creature on Earth after

human. However, their numbers have been on a decline in the past few

decades due to active logging activities and forest fires.

32

Page 33: amali5

Anggaran bilangan yang masih terdapat di dunia (spesies Sumatran) =

lebih kurang 7000

Estimated number left in the world (Sumatran species) = about 7000

Anggaran bilangan yang masih terdapat di dunia ( spesies Bornean) =

lebih kurang 45000-69000

Estimated number left in the world (Bornean species) = about 45000 -

69000

DICATAT OLEH MANUSIA HI JAU  DI  3:23 PG

LABEL:  PENEBANGAN HUTAN

 Pertumbuhan Populasi

•Populasi - kumpulan individu sejenis yangberada pada lingkungan tertentu dan padawaktu tertentu•Ukuran populasi dinyatakan dalam rapat yangsangat sering menggunakan N untuk simbolkerapatan populasi.

33

Page 34: amali5

FAKTOR PERTUMBUHAN POPULASIFaktorPertumbuhanPopulasifaktor-faktoralam sekitarfaktor-faktorbukan alamsekitar

34

Page 35: amali5

 Faktor-faktor Alam Sekitar•Bakteria dan penyakit•Bencana alam•Ketidakseimbangan hubungan mangsa-pemangsa

35

Page 36: amali5

 faktor-faktor bukan alam sekitar•Kelahiran•Kematian•Emigrasi•Imigrasi

36

Page 37: amali5

 Keupayaan Muatan (carrying capacity )•Keupayaan muatan

37

Page 38: amali5

merujuk kepada bilanganindividu yang boleh disokong di kawasan tertentudalam had sumber semulajadi di kawasantersebut•Keupayaan muatan bagi mana-mana kawasanyang diberikan adalah tidak tetap•Semakin alam sekitar diteroka dandimanipulasikan, keupayaan muatan akanmerendah dan tidak lagi mampu menampungbilangan populasi

 •

38

Page 39: amali5

Saiz penduduk dikekang oleh ketersediaan makanan,persaingan dengan spesies lain, dan interaksi denganpemangsa serta juga penyakit.•Apabila saiz penduduk adalah kecil daripada kapasitimuatan, kadar pertumbuhan penduduk adalah positif membuatkan populasi meningkat dalam saiz populasi•Apabila saiz penduduk adalah lebih besar daripadakapasiti muatan, kadar pertumbuhan penduduk adalahnegatif membuatkan penurunan saiz populasi

 •

39

Page 40: amali5

Satu faktor yang mengekalkan saiz penduduk padakeseimbangan dikenali sebagai faktor pengawal(regulating factor )•Faktor pengawalialah sesuatu yang mengekalkanpenduduk pada keseimbanganContoh:•Jika populasi meningkat kepada saiz tertentu sumbermakanan akan berkurang bagi setiap organisma.•Ini akan membawa kepada kurang kelahiran dan lebihbanyak kematian, menjadikan kadar pertumbuhannegatif.

40

Page 41: amali5

 Sambungan...•Hal ini membuatkan bilangan haiwan berkurangtetapi jumlah makanan untuk organisma masing-masing akan meningkat•Ini bermakna kadar pertumbuhan akan menjadipositif.•

41

Page 42: amali5

Ini akan membawa kepada saiz penduduk yangbesar dan kitaran ini akan bermula semula.•Oleh itu, makanan adalah satu faktor yangmengawal selia dalam senario ini bagimengekalkan keseimbangan relatif.

 •Persekitaran mungkin berbeza bagi spesiesyang berbeza dan mungkin berubah dari masake semasa disebabkan oleh pelbagai faktor•Antara faktornya ialah ketersediaan makanan,bekalan air, keadaan alam sekitar dan ruangtempat tinggal

42

Page 43: amali5

 •Berikut adalah penurunan dramatik dalam saizpopulasi dalam sesuatu tempoh masa( population crash)

43

Page 44: amali5

 Faktor Pengehad (Limiting Factor )•faktor pengehadadalah sesuatu yangmengekalkan saiz populasi pada tahaptertentu

44

Page 45: amali5

•Terbahagi kepada 2: –Ketumpatan bergantung(Density dependent) –Ketumpatan bebas(Density independent)

 Ketumpatan bergantung

45

Page 46: amali5

(Density dependent) •Ketumpatan bergantungialahkebergantungan terhadap bilangan individu dikawasan tertentu terhadap sesuatu sumber.Persaingan PenyakitMakanan PemangsaCara hidupberkelompok

 Ketumpatan bebas(Density independent)•

46

Page 47: amali5

Ketumpatan bebasialah menghadkan pertumbuhanpopulasi tanpa mengira ketumpatan.SuhusetempatBanjirBahan kimia KemarauLetupangunung berapi

 Mod Pertumbuhan Populasi1 . K e l u k   p e r t u m b u h a n eksponen•Pertumbuhan pendudukdiplotkan melawan masa.•Apabila populasi banyak, ia juga tumbuh pada kadaryang lebih cepat.

47

Page 48: amali5

•Ini ialah pertumbuhanpenduduk maksimum dibawah keadaan yang ideal.•Termasuk banyak ruanguntuk setiap ahli, tanpa hadsumber dan tiada halangan.

 2.Keluk logistik•Model ini mencakupisumber-sumber yangtersedia•Ia menganggap kelahirandan kadar kematian tidaksama pada setiap masa.•Apabila populasi meningkat,kelahiran menurun dankematian meningkat.•Akhirnya lahir = matimembuatkan populasiberhenti berkembang.

48

Page 49: amali5

 Mod Pertumbuhan PopulasiKeluk pertumbuhan eksponen berlaku apabilatiada faktor pengehad dalam saiz populasiKeluk logistik menunjukkan kesan faktorpengehad

49

Page 50: amali5

50