amali-5 litar elektrik

8
Tarikh eksperimen : 12 April 2011 AMALI 5: LITAR ELEKTIK Objektif: Mengenalpasti kebaikan dan keburukan litar bersiri dan selari. Perkakas: Pemegang bateri, bateri, beberapa wayar penebat, ammeter,voltmeter, mentol. Aktiviti 1: Membina litar bersiri dan selari yang mudah. Prosedur: 1. Dengan menggunakan bateri, pemegang bateri, beberapa wayar dan dua mentol untuk setiap litar, kedua-dua nya telah dibina seperti gambar berikut. 2. Semua wayar disambungkan dan mentol diperhatikan. 3. Kemudian, ammeter dan voltmeter disambungkan pada kedua-dua litar. Satu jadual dibina untuk merekod data bacaan. 4. Mentol pertama tidak diskrukan untuk setiap litar. Pemerhatian dibuat pada mentol kedua dan bacaan ammeter dan voltmeter untuk setiap litar direkodkan.

Upload: amriwld

Post on 10-Aug-2015

482 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

year 5

TRANSCRIPT

Page 1: AMALI-5 Litar Elektrik

Tarikh eksperimen : 12 April 2011

AMALI 5: LITAR ELEKTIK

Objektif: Mengenalpasti kebaikan dan keburukan litar bersiri dan selari.

Perkakas:

Pemegang bateri, bateri, beberapa wayar penebat, ammeter,voltmeter, mentol.

Aktiviti 1: Membina litar bersiri dan selari yang mudah.

Prosedur:

1. Dengan menggunakan bateri, pemegang bateri, beberapa wayar dan dua mentol

untuk setiap litar, kedua-dua nya telah dibina seperti gambar berikut.

2. Semua wayar disambungkan dan mentol diperhatikan.

3. Kemudian, ammeter dan voltmeter disambungkan pada kedua-dua litar. Satu

jadual dibina untuk merekod data bacaan.

4. Mentol pertama tidak diskrukan untuk setiap litar. Pemerhatian dibuat pada

mentol kedua dan bacaan ammeter dan voltmeter untuk setiap litar direkodkan.

5. Seterusnya, mentol pertama disambungkan kembali dalam litar A secara bersiri.

Pemerhaian dibuat dan bacaan ammeter dan voltmeter direkodkan.

6. sekarang, mentol 1 di litar B disambungkan semula secara selari. Pemerhatian

dibuat dan bacaan ammeter dan voltmeter direkodkan.

Page 2: AMALI-5 Litar Elektrik

Tarikh eksperimen : 12 April 2011

Keputusan:

Litar bersiri

Prosedur 3

Mentol Voltmeter (V) Ammeter (A) Observation

1 1.8 0.3 Mentol menyala

2 1.4 0.3 Mentol menyala

Prosedur 4

1(tak diskru) - - Mentol 2 tak nyala

Prosedur 5

1(dipasang) M 1 M 2 M 1 M 2 Kedua mentol menyala,

tetapi mentol 2 lebih malap

Litar selari

Mentol Voltmeter Ammeter Observation

1 1.7 1.2 Mentol menyala

2 1.7 0.9 Mentol menyala

Prosedur 4

1(tak diskru) 1.7 2.1 Mentol 2 menyala

Prosedur 6

1 (dipasang) M 1 M 2 M 1 M 2 Kedua mentol menyala,

kecerahannya tetap sama.1.7 1.7 0.8 0. 7

Soalan:

1. Apakah yang terjadi pada mentol dalam litar bersiri jika salah satu mentol

terbakar?Jelaskan.

Semua mentol tidak menyala kerana litar bersiri tidak lengkap.

Page 3: AMALI-5 Litar Elektrik

Tarikh eksperimen : 12 April 2011

2. Apakah yang terjadi pada mentol dalam litar selari jika salah satu mentol

terbakar? Jelaskan

Mentol yang lain masih lagi menyala kerana tidak memberi kesan pada litar. Ini

kerana terdapat lintasan arus yang lain yang dipasang.

3. Anda sedang membina satu utas rantaian lampu menggunakan beberapa

mentol. Bagaimanakah kecerahan cahaya lampu berkaitan dengan samada

anda menyambungnya secara bersiri atau selari?

Ya. Jika mentol di pasang dalam keadaan litar bersiri, kecerahan lampu mentol

akan berkurang jika dibandingkan mentol yang dipasang pada litar yang selari.

4. Apakah akan terjadi kepada mentol didalam litar bersiri jika satu lagi

mentol ditambah kedalam litar tersebut secara bersiri? Jelaskan.

Mentol yang lain akan menjadi malap kerana beza keupayaan merentasi setiap perintang adalah berbeza.

5. Apakah akan terjadi kepada mentol didalam litar selari jika satu lagi mentol

yang lain ditambah dan dipasangkan secara selari didalam litar tersebut?.

Jelaskan.

Mentol masih menyala seperti biasa, kecerahan semua mentol adalah sama.

Perintang disambung selari mempunyai arus   yang berlainan   melalui setiap

perintang tetapi beza keupayaan   merentasi setiap perintang adalah sama

Page 4: AMALI-5 Litar Elektrik

Tarikh eksperimen : 12 April 2011

Aktiviti 2: Membina litar gabungan siri dan selari.

Prosedur:

1. Satu litar dibina dengan menggunakan pemegang bateri, bateri, suis, beberapa

wayar, 3 mentol.

2. Suis disambungkan dan mentol diperhatikan.

3. Sekarang, ammeter dan voltmeter disambungkan untuk mengukur arus dan

potential difference melalui setiap mentol. Jadual dibina untuk merekod data

bacaan.

4. Mentol 1 dialihkan. Pemerhatian pada mentol yang tinggal dibuat dan bacaan

ammeter dan voltmeter direkodkan.

5. Mentol 2 dialihkan. Pemerhatian pada mentol yang tinggal dibuat dan bacaan

ammeter dan voltmeter direkodkan.

Page 5: AMALI-5 Litar Elektrik

Tarikh eksperimen : 12 April 2011

Keputusan :

Prosedur 3

Mentol Voltmeter (V) Ammeter (A) Potential Different

1 1.8 0.18

2 1.8 0.18

3 1.9 0.18

Prosedur 4

Mentol Voltmeter (V) Ammeter (A) pemerhatian

1(dialihkan) - - Mentol 2 dan 3 tidak

menyala.

Prosedur 5

Voltmeter ( V) Ammeter (A) pemerhatian

2(dialihkan) M 1 M 3 M 1 M 3 Mentol 1 dan 3

tetap menyala0.3 3.7 0.2 0.2

Soalan:

1. Apakah yang terjadi pada mentol yang lain apabila mentol 1 dialihkan?

Jelaskan.

Mentol yang lain tidak menyala, kerana, kedudukannya bersiri dengan mentol 1

dan 2. Litar menjadi tidak lengkap kerana salah satu perintangnya telah rosak.

2. Apakah yang terjadi pada mentol yang lain apabila mentol 2 dialihkan?

Jelaskan.

Mentol 1 dan 3 masih lagi menyala kerana mentol 2 dipasang secara selari, ia

tidak menganggu aliran arus. Litar masih lengkap walaupun terdapat perintang

yang telah rosak.

Page 6: AMALI-5 Litar Elektrik

Tarikh eksperimen : 12 April 2011

3. Adakah anda mahukan litar dirumah anda dipasang secara bersiri atau

selari atau kombinasi keduanya? Jelaskan alasan anda.

Saya mahukan litar rumah saya dipasang secara selari. Ini kerana, jika salah

satu perintang; mentor atau lampu tidak menyala, rumah saya masih lagi

berfungsi walaupun tidak sepenuhnya. Jika dipasang secara bersiri,

kemungkinan besar rumah saya tidak akan berfungsi sepenuhnya jika salah satu

perintang telah rosak.

Penguasaan Pengetahuan Dan Kemahiran Soalan :

1. Pada akhir aktiviti ini, jawab soalan tersebut :

a) Apa yang dapat anda pelajari daripada aktiviti ini?

Daripada aktiviti ini, saya dapat mempelajari dan mengetahui kelemahan dan

kekuatan litar selari mahupun bersiri. Melalui aktiviti ini juga, saya mengetahui

apa perbezaan antara kedua- dua litar ini. Saya juga belajar bagaimana

memasang kesemua komponen elektrik dan mengetahui fungsinya dalam

mendirikan sesebuah litar. Melalui akriviti ini juga, saya mendapat

pengalaman sendiri dan memahami dengan lebih lanjut tentang perbezaan

litar selari dan bersiri, pengetahuan ini boleh diaplikasikan kelak.

b) Dalam kurikulum sains sekolah rendah, dalam bahagian manakah topik

ini diajar?

Tahun : 5

Tema : Penyiasatan Daya dan Tenaga

Tajuk : Elektrisiti

Objektif : Memahami litar bersiri dan selari.

Page 7: AMALI-5 Litar Elektrik

Tarikh eksperimen : 12 April 2011

c) Bincangkan bagaimana kamu boleh menggunakan aktiviti ini dalam

pengajaran dan pembelajaran?

Pertama, guru perlu menerangkan konsep topik terlebih dahulu. Permulaan

ini adalah penting agar murid berupaya menjana idea dan membina

pengetahuan asas murid dalam topik tersebut. Contohnya, set induksi

dengan menunjukkan video demostrasi dan bagaimana sesuatu litar elektrik

berfungsi. Seterusnya, guru meminta pandangan dari murid apakah jenis

cara penyambungan litar pendawaian di rumah. Untuk slot aktiviti, guru

kemudiannya menyediakan bahan-bahan yang diperlukan dan memberi

peluang kepada semua murid untuk menyediakan litar elektrik iaitu bersiri

atau selari mereka dalam kumpulan.

Aktiviti ini haruslah di bawah pemerhatian guru untuk mengelakkan sebarang

kecederaan selain mengawal tingkah laku murid di dalam kelas. Setelah

tamat aktiviti, guru perlu meminta murid-murid mengembalikan kesemua

barang yang digunakan dan kemudiannya menyoal beberapa soalan

berkaitan aktiviti yang telah dijalankan. Pada akhir P&P, guru membuat

kesimpulan mengenai aktiviti yang telah dijalankan.

Pembelajaran berpusatkan murid seperti ini perlu dipraktikkan untuk

meningkatkan pemahaman mereka kerana mereka mengalami sendiri

pengalaman/aktiviti tersebut.

d) Apakah peranan guru dalam aktiviti ini?

Pertama, sebagai fasilitator untuk mengajar dan memberi taklimat. Kedua,

perekacipta bermaksud perlu mempunyai ilmu yang sentiasa baru. Ketiga,

sebagai pembimbing dalam menolong pelajar. Keempat sebagai penilai

terhadap tugasan yang diberikan. Kelima sebagai pemberi motivasi kepada

pelajar.

Page 8: AMALI-5 Litar Elektrik

Tarikh eksperimen : 12 April 2011