amalan melebur jin

2
Amalan Melebur Jin/Syaitan ِ يمِ ح ٱلرِ نٰ ـَ مۡ ح ٱلرِ ٱِ مۡ سِ بsurah Al-Hasyr ayat 21-24

Upload: jingaro

Post on 22-Dec-2015

50 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Doa, wirid, amalan

TRANSCRIPT

Page 2: Amalan Melebur Jin

Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya. [22] Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. [23] Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya. [24] Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana. Banyak perawat yang guna kan ayat ni bagi tujuan perubatan.. Bagi yang telah sebati,apabila dilafazkan saja ayat ini beserta niat,umpama lahar gunung berapi panasnya ... Selain dari ayat bakar atau lebur,ayat ni juga boleh memecah kan batu karang, memecahkan santau, meredakan bengkak, dan banyak lagi... Kaedahnya amalkan selama 41 hari, baca sebanyak 3 pagi, 3 petang, 3 malam, 3 sebelum tidor. Sebelum baca ayat ni seelok-eloknya di awalkan dengan ayat ini 3 kali Auzubillah hi samie il alim,minaisyaiton ni rojim . Berkata Sya’labi dari Anas RA sesungguhnya Rasulullah saw berkata : Barang siapa membaca beberapa ayat terakhir surat Al Hasyr (Lau anzalnaa ………sampai selesai) maka jika ia mati Dari Turmudzi dariHadits Ma’qol bin Yasar RA dari Rosulullah saw berkata ” Barang siapa membaca saat pagi 3 ayat terakhir dari surat Al Hasyr maka Allah mewakilkan kepadanya 70.000 malaikat yang mendoakan keselamatan baginya hingga sore datang, jika ia mati waktu siang itu maka matilah ia dalam keadaan syahid dan barang siapa yang membacanya sore hari maka ia juga dalam keadaan seperti itu hingga pagi. (mati dalam keadaan syahid). Ada juga kaedah membakar Jin menggunakan mentera ataupun sekadar menggunakan makrifat, tetapi bagi aku elokla menggunakan kalam Allah, agar pahala yang kita dapat dalam membantu pesakit berganda-ganda,kerana setiap ayat dan setiap huruf ada pahala yang menanti kita Ada banyak lagi fadhilat dari kesan membaca ayat ni, aku bagi tahu kemudian...