al-muntalaq versi 2.0 2010- final

Upload: izni-fatihah

Post on 03-Apr-2018

330 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Al-muntalaq Versi 2.0 2010- Final

    1/145

  • 7/28/2019 Al-muntalaq Versi 2.0 2010- Final

    2/145

    _________________________________________________________________ versi 2.0 (2010) muntalaq.wordpress.com

    ~ 2 ~

    Ini adalah kerana untuk menyelesaikan masalah dunia Islam hari ini, sebenarnyatidak perlu kepada berpindahnya lebih ramai orang yang lalai dan menyelewengkepada berpegang-teguh dengan Islam. Tetapi apa yang lebih diperlukan dari ituialah menyedarkan dengan cepat mereka yang sudah pun berpegang dengan Islam,membangkitkan himmah mereka dan memperkenalkan kepada mereka toriq amaldanfiqh da'wah. Sebenarnya masih terdapat ramai saki baki mukmin yang bilangan

    mereka cukup untuk menegakkan kebaikan yang kita ingin capai dan cita-citakan,tetapi dengan syarat mereka mengenali erti tajarrud (menyerahkan diri hanya untukIslam), merasai kecil dan hinanya dunia, menjauhkan diri dari fitnah-fitnah, sabarmenghadapi mihnah dan mahir seni memimpin ummat.

    Oleh sebab itu, peringatan-peringatan ini tidak akan berbicara tentang fikrahperbandingan antara Islam dan aliran-aliran sosial dan ekonomi moden. Tidak jugaakan berbicara dengan orang yang masih mencampur-adukkan antara Islam danlainnya.Ia hanya ditujukan kepada muslim, yang benar imannya, suci aqidahnya, yangmerasa perit dan sedih dengan realiti ummat muslimin pada hari ini. Buku ini akancuba menunjukkan kepadanya toriq amal yang berhasil insya Allah- dan jalan-jalanyang akan menyelamatkan ummah ini.Peringatan-peringatan ini akan menunjukkan kepadanya keperluan-keperluanuntuk peningkatan melalui tarbiyyah dirinya hingga sampai ke tahap yangdiperlukan dalam toriq ini.

    Mungkin juga peringatan-peringatan ini ditujukan kepada para du'at yang sudahfaham toriq amal, yang bukan lagi bekerja secara sendiri-sendiri, faham kepadaperlunya amal jamaI dan telah berada bersama-sama mereka yang bangunmemukul jahiliyyah dan membawa umat ini kepada Islamnya semula, tetapi

    mereka masih memerlukan pengukuhan, peningkatan usaha dan prosesmelembutkan hati.

    Begitulah, kami telah mengutip segala erti kebaikan yang ditunjukkan oleh Yahyabin Mu'aaz (seorang zahid) ketika beliau berkata:

    (Sebaik-baik perkara ialah: Perkataan yang lembut, yang dikeluarkan dari lautan yangdalam, melalui ungkapan lidah seorang yang peramah dan berbudi).5Kamu akan mengetahui betapa peramah dan berbudinya hati-hati rijal tersebutyang telah menghadiahkan kepada kamu buah hasil pengalaman dan kesimpulanpengamatan mereka. Oleh sebab itu, kata-kata mereka menjadi berkekalan danmendapat perhatian manusia, petanda ada hubungannya dengan al-haq(kebenaran).

    (Sesuatu kata-kata tidak akan kekal merentasi generasi demi generasi kecualilahjika ia berhubung dengan al-haq dan kebaikan, kerana ia sentiasa mendapat bantuandaripada makhluk Allah mengikut undang-undangNya (sunnahNya) dan sentiasadiilhamkan oleh Allah kepada hamba-hambaNya.

    Berapa banyak kata-kata gemerlapan yang disiarkan oleh pemerintah yang zalimatau berhala yang masyhur; ia bergema-gema seketika, memancarkan cahaya

    sebentar, kemudian padam dan senyap, sama seperti tahi bintang yang bertukar

    5 Taarikhul Baghdaad: 14/209

  • 7/28/2019 Al-muntalaq Versi 2.0 2010- Final

    3/145

    _________________________________________________________________ versi 2.0 (2010) muntalaq.wordpress.com

    ~ 3 ~

    menjadi habuk dan debu selepas terbakar. Ini semua kerana gemanya hanyalah daripantulan suara kebatilan dan kilatannya pula hanya dari hiasan tipuan, bukansuatu yang benar.

    Hanya aqal yang memahami, hati yang bersih dan orang yang yakin dengankebenaran yang dibawanya sahaja boleh mengungkapkan kata-kata benar yang

    kekal. Dia boleh mengungkapkan kata-kata perumpamaan yang terus menerusdigunakan dan penjelasan yang kekal di dalam kehidupan. Tidak tertentu untuksatu waktu sahaja, tidak juga perkara tertentu, tidak juga orang tertentu, tidak jugakejadian tertentu, tetapi kata-katanya itu mencakupi mana-mana generasi, masa,negara dan kawasan.

    Kamu akan dapati kehebatan kata-kata berdasarkan kehebatan orang yang berkata.Dia ingin menjadikan kata-katanya itu sebagai panduan kepada kehidupanmanusia dan cahaya yang menerangi kegelapan kehidupan).6

    Puisi Menjadikan Perkataan MenarikAku dapati sesetengah buku tarbiyyah harakah Islamiah memisahkan antara prosadan puisi tanpa alasan yang kukuh. Ini menjadikan para murabbi tidak dapatmenggunakan beratus-ratus rangkap dan petikan puisi pelembut hati ataupembakar semangat atau puisi aqidah dan fikrah hasil karya para pemuisi thiqahlama atau moden dan juga para pemuisi dakwah. (Mungkin seseorang itu bilamendengar sesuatu mesej, ia sedikitpun tidak tersensasi; tetapi apabila mesej yangsama digubah dalam bentuk puisi, ia tiba-tiba menggembirakan orang yang gundahgelana, menggerakkan yang lalai dan mendekatkan matlamat yang dulunya dirasaiamat jauh).7

    Sebahagian daripada syair itu mempunyai hikmah; sebagaimana yang disabdakanoleh Rasullah (saw).

    (Intonasi dalam percakapan samalah seperti melagukan suara. Tujuannya ialahmengesankan pemikiran melalui tindakan mengesankan jiwa).8

    Kerana itulah kami lebih cenderung menggunakan puisi dalam siri-siri nasihat ini,bertujuan untuk menjadi penambah nilai dan rasa kepada fikrah yang telahdiungkapkan oleh mana-mana dai. Moga ianya menjadi lebih mantap, lebihmendalam di dalam jiwanya dan lebih diingati sentiasa.

    Bukti yang paling jelas tentang kepentingan puisi bagi menyebar danmempertahankan aqidah ialah peranan yang telah dimainkan oleh puisi ketikadigunakan oleh ahli-ahli bid'ah untuk menyebarkan bid'ah di kalangan masyarakatawam. Usaha ini dilakukan untuk menentang usaha-usaha Ibnu Taimiyyah sertapengikut-pengikutnya ketika mereka berusaha membatalkan segala bid'ah denganhujjah-hujjah sunnah.(Tidak dapat dinafikan bahawa hujjah rasional yang dibawa oleh Ibnu Taimiyyahmemang ada kesannya, tetapi kedryan lojik tidak dapat mengatasi kebasahan dan

    6 As Syawaarid li 'Azzaam: 3407 Khariidatul Qasr/Bahagian Iraq: 1/2028 Wahyul qalam - ar Raafi'i: 3/285

  • 7/28/2019 Al-muntalaq Versi 2.0 2010- Final

    4/145

    _________________________________________________________________ versi 2.0 (2010) muntalaq.wordpress.com

    ~ 4 ~

    keindahan puisi) sebagaimana yang dikatakan oleh penyair Islam Sir MuhammadIqbaal.9

    Memang itulah yang berlaku. Pembawa-pembawa kesesatan yang menyebarkanbid'ah mereka dengan penerangan yang menarik dan kemampuan merekamenggubah puisi yang indah, telah menarik hati manusia awam tanpa disedari dan

    inilah juga yang menyebabkan segala kata-kata Ibnu Taimiyyah tidak mendapattempat. Tambahan pula tidak ada daripada kalangan pemuisi hebat yang memihakkepada Ibnu Taimiyyah untuk membantunya.

    Puisi mempunyai kuasa untuk membantu sesiapa sahaja yang menggunakannya,dapat mengindahkan suatu yang baik atau buruk, dapat menolong kebenaran ataukebatilan; tidak ada beza sedikitpun. Dalam semua perkara; samada pemikiran ataumana-mana hakikat kehidupan. Ini kerana jiwa manusia memang sukakankeindahan, dan puisi pula semuanya indah. Ia boleh menambah jelaskan, memanis,memikatkan sesuatu yang betul dan baik. Dalam masa yang sama ia dapatmenutup kekurangan dan penyelewengan yang ada pada kebatilan sehinggamenjadikannya cantik dan indah. Tiada seorang pun yang dapat lepas dari tertawanterpengaruh dengan puisi melainkan hati yang dimakmurkan dengan imansecukupnya.Fenomena ini mendorong aku untuk memasukkan puisi-puisi dalam siri nasihat-nasihat ku ini.

    Salaf Dan PengikutImam Ahmad menjadi ikutan kita dalam menggunakan puisi yang melembutkanhati. Dia menghafal sebahagian puisi yang kemudiannya ditulis oleh Tha'lab;seorang sasterawan yang masyhur. Murid-murid Imam Ahmad pernah mendengar

    dia berpuisi. Pada hari mehnahnya, para penyair telah berdiri dihadapannya sambilberpuisi memujinya. Bahkan dikatakan beliau telah mengucapkan beberapa keratanpuisi kerana tidak berpuas hati terhadap 'Ali bin al Madiiniy yang tidak sabarbersamanya menghadapi penyiksaan.10

    Pernah pula salah seorang muridnya telah berkata: (Wahai Abu 'Abdullah: Apapendapat kamu terhadap puisi yang menyebutkan tentang syurga dan neraka?Beliau bertanya: Contoh seperti puisi mana?Muridnya menjawab: Seperti yang diucapkan oleh pemuisi-pemuisi: (membacakansyair):

    ..Maksudnya:

    Ketika tuhan berkata kepadaku Takkah kau malu bermaksiat kepadaku?Kau sembunyikan dosa dari makhlukku Tapi dengan penuh noda kau

    mengadapku?

    9Kitaab Muhammad Iqbaal - Abdul Wahhaab Azaam: 52. Sir Muhammad Iqbl(November 9, 1877April

    21, 1938) Indian Muslim poet, philosopher, and politician, among the greatest in modern times. Also famous

    for his work on religious and political philosophy in Islam, he is credited with first proposing the idea of anindependent state for Indian Muslims, which would inspire the creation of Pakistan. Studying in Englandand Germany, Iqbal established a law practice, but concentrated primarily on writing.(Wikipedia)10 Manaaqib Ahmad - Ibnul Jauzi: 205

    http://en.wikipedia.org/wiki/November_9http://en.wikipedia.org/wiki/1877http://en.wikipedia.org/wiki/April_21http://en.wikipedia.org/wiki/April_21http://en.wikipedia.org/wiki/April_21http://en.wikipedia.org/wiki/1938http://en.wikipedia.org/wiki/India_%28disambiguation%29http://en.wikipedia.org/wiki/Muslimhttp://en.wikipedia.org/wiki/Poethttp://en.wikipedia.org/wiki/Philosopherhttp://en.wikipedia.org/wiki/Politicianhttp://en.wikipedia.org/wiki/Political_philosophyhttp://en.wikipedia.org/wiki/Islamhttp://en.wikipedia.org/wiki/Pakistanhttp://en.wikipedia.org/wiki/Englandhttp://en.wikipedia.org/wiki/Germanyhttp://en.wikipedia.org/wiki/Germanyhttp://en.wikipedia.org/wiki/Englandhttp://en.wikipedia.org/wiki/Pakistanhttp://en.wikipedia.org/wiki/Islamhttp://en.wikipedia.org/wiki/Political_philosophyhttp://en.wikipedia.org/wiki/Politicianhttp://en.wikipedia.org/wiki/Philosopherhttp://en.wikipedia.org/wiki/Poethttp://en.wikipedia.org/wiki/Muslimhttp://en.wikipedia.org/wiki/India_%28disambiguation%29http://en.wikipedia.org/wiki/1938http://en.wikipedia.org/wiki/April_21http://en.wikipedia.org/wiki/April_21http://en.wikipedia.org/wiki/1877http://en.wikipedia.org/wiki/November_9
  • 7/28/2019 Al-muntalaq Versi 2.0 2010- Final

    5/145

    _________________________________________________________________ versi 2.0 (2010) muntalaq.wordpress.com

    ~ 5 ~

    Imam Ahmad berkata: Ulangi sekali lagi !Muridnya berkata: Lalu aku ulangi sekali lagi, lalu dia (Imam Ahmad) bangun danmemasuki rumahnya serta menutup pintu. Ketika itu aku mendengar suaratangisannya dari dalam rumah dan beliau mengulang-ngulangi syair tadi.11

    Dengan keyakinan tentang faedah dan bolehnya menggunakan syair ini, aku

    memetik banyak puisi daripada antoloji penyair terdahulu. Kemudian jugadaripada antoloji Waliid al A'zami, Mahmud Aali Ja'far, al Amiiriy, Abdul WahhaabAzzaam dan lain-lain lagi.Aku juga menambah lagi daripada syair Iqbaal, salah seorang penyair Islam yangagung sebagaimana yang terdapat di dalam antolojinya yang bertajuk (RisalatulMasyriq), (Al Asraar war Rumuuz) dan (Dharbul Kaliim). Puisi beliau mulamemasuki pentas bahan bacaan nasihat-nasihat berbahasa Arab selepas ianyaditerjemahkan oleh Abdul Wahhaab Azzaam.

    Iqbaal adalah seorang penyair yang benar aqidahnya, mempunyai pandangan yangmendalam dan pemikiran yang sejahtera. Beliau telah dithiqahkan oleh Abul Hasan'Ali an Nadawi yang telah membuat satu kajian mengenainya yang dinamakannya:(Rawaa'i Iqbaal). Beliau juga telah dithiqahkan oleh al Mauduudi di dalam saturencana penting yang disiarkan oleh al Majallatul Ba'thil Islaamiyyil Hindiyyah. Didalamnya beliau menerangkan jasa Iqbaal memandu kembali generasi yang telahterkesima dengan tamaddun Barat dan menjauhkan mereka dari rasa perkaumansempit. Beliau juga jelas dengan bentuk sebenar Daulah Islamiyyah, sehinggakan al-Mauduudi telah menyifatkan bahawa apa yang dilakukan oleh Iqbal adalah suatuyang agung dalam usaha islah. Ia mempunyai nilai yang tinggi dan tidak bolehdilupai oleh sejarah Islam. Beliau juga telah menyelamatkan generasi muslim yangtelah diserkupi dengan pelbagai godaan tarikan dan teori karut marut.

    Lebih hebat lagi, di akhir hayatnya, Iqbaal telah membuat satu perkara yang amatbesar dan penting mengikut neraca Islam, iaitu menggunakan penanya bagimembongkar kebatilan ajaran Qadiani dan Ahmadiyyah serta memberi amaranorang ramai daripada mendekati keduanya. Beliau sangat menentang kesesatanwehdatul wujud, tidak sebagaimana yang difahami oleh setengah golongan tentangsikapnya.

    Bersama Fitrah KeindahanMajaaz12, jinaas13 dan tasybiih14 adalah sama seperti syair dan puisi. Seseorang yangmempunyai zouq mendapati bahawa ungkapan bersemangat akan lebih berkesan

    jika dihiasi dengan seni-seni ilmu balaaghah ini. Oleh itu aku petik sebahagiannyayang tidak terlalu sukar.

    (Majaaz, isti'aarah15, kinayah16 dan lain-lain uslub balaaghah, tidak lain hanyalah suatuyang nature keluar dari jiwa yang seni, kerana jiwa jenis ini sentiasa mahukan suatu

    11 Talbiisu Ibliis - Ibnul Jauzi: 21812 Majaaz ialah lafaz yang digunakan bukan untuk maknanya yang sebenar kerana terdapat qariinah (penunjuk)yang menegah daripada maknanya yang sebenar.13 Jinaas ialah persamaan dua perkataan dari segi lafaz tetapi berlainan dari segi makna.14 Tasybiih ialah keterangan yang menunjukkan bahawa dua perkara atau lebih, mempunyai kesamaan, samaada dalam satu sifat sahaja atau pun lebih.15 Isti'aarah ialah tasybiih (perbandingan) yang dibuang salah satu rukunnya (sama ada musyabbah atau punmusyabbahu bihi).16 Kinaayah ialah lafaz yang disebut tetapi yang dikehendaki daripadanya makna yang berkaitan dengannya, dandalam waktu yang sama harus juga yang dikehendaki ialah maknanya yang asal.

  • 7/28/2019 Al-muntalaq Versi 2.0 2010- Final

    6/145

    _________________________________________________________________ versi 2.0 (2010) muntalaq.wordpress.com

    ~ 6 ~

    yang lebih agung, lebih indah dan lebih halus. Mungkin orang yang tidak berjiwaseni menganggap ini semua sebagai mengada-ngada, sengaja memberat-berat danmeletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Lalu dianggap semua bentuk iniadalah satu kerja kosong dan tidak berfaedah. Tetapi sifat kesenian yang ada pada

    jiwa penyair berpendapat bahawa ia menambahkan lagi mesej dan memberi kesanyang lebih terhadap jiwa dan emosi. Oleh itu penambahan dalam bentuk perkataan,

    pengolahan lafaz dan pengulangan makna tidak lain dan tidak bukan hanyabertujuan untuk memberikan penambahan kesan terhadap jiwa dan perasaan).17

    Semangat pemuda Islam di permulaan abad baru..Seterusnya..Kurun yang lepas telah menyaksikan luka-luka yang memeritkan seluruh duniaIslam. Serangan musuh Islam telah sampai ke kemuncaknya. Sungguhpun begitu,cubaan untuk menanganinya semula telah dilakukan oleh mereka yangmempertahankannya. Walaupun kemenangan belum diperolehi, tapi sekumpulanpemuda Islam telahpun tertarbiyyah dan mula bangkit sedar. Keazaman merekatelah mantap. Ini semua meyakinkan lagi kita bahawa Islam pasti menang dalamkurun ini .. Insya Allah !

    BAB 1: Kita Menolak al-hawa

    Jauhkanlah dirimu dari sebarang al-hawa yang tidak bernama Islam.

    Itulah teriakan amaran yang dilaungkan oleh Maimun bin Mahran rahimahullah -seorang ahli hadis yang thiqah- ketika dia merasa takut kita semua akan diperdayaoleh kilauan pelbagai nama-nama. Gema teriakan ini masih terdengar-dengarmelangkaui generasi demi generasi.Beliau mengingatkan kita bahawa setiap perkara yang bukan Islam adalahsememangnya salah satu dari al-hawa, biar apa jua bentuknya dan di zaman manaia muncul.

    Itulah yang diambil dari semua Imam-Imam sejak dahulu. Bagi mereka, hanya ada

    satu sahaja kebenaran iaitu wahyu. Selain dari wahyu adalah al-hawa yang tercela.Tiada satu bahagian pun al-hawa yang dipuji dan al-hawa tiada kaitan langsungdengan al-haq. Seseorang muslim tidak dibolehkan langsung berhukum kepada al-hawa atau merasa senang hati dengan al-hawa.

    Wahyu ...atau al-hawaImam Al-Syatibi telah menegaskan perkara ini dengan padat dan ringkas.

    Kata beliau di dalam kitab al-Muwafaqat: Sesungguhnya Allah telah menjadikanmengikut al-hawa sebagai bertentang dengan kebenaran, sebagaimana firman AllahS.W.T.:

    17 Wahyul qalam: 3/213

  • 7/28/2019 Al-muntalaq Versi 2.0 2010- Final

    7/145

  • 7/28/2019 Al-muntalaq Versi 2.0 2010- Final

    8/145

    _________________________________________________________________ versi 2.0 (2010) muntalaq.wordpress.com

    ~ 8 ~

    Adakah orang yang berada di atas keterangan (dalil) dari Tuhannya sama dengan orangyang diperhiaskan kepadanya amalan jahatnya dan mereka mengikut al-hawa mereka?(Muhammad 47: 14)

    Lihatlah ! Semua ayat yang menyebut al-hawa, ia mesti dicela dan pengikut al-hawa pula pasti pula dikutuk. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a bahawa beliauberkata:Bila mana Allah menyebut perkataan al-hawa di dalam al-Quran, pasti Diamencelanya. Dari sini jelaslah maqasid dari syariah diturunkan ialah untukmengeluarkan kita dari menjadi pengikut al-hawa.18

    Tiada Jalan Tengah....Itulah juga perintah Allah kepada Rasulullah s.a.w.. Allah S.W.T. berfirman:

    Kemudian Kami jadikan engkau (Ya Muhammad) di atas syariat (peraturan) di antaraurusan (agama), maka ikutlah syariat itu dan janganlah engkau menurut hawa orang-orangyang tidak berilmu. (Al-Jatsiyah 45 : 18)

    Syed Qutb berkata di dalam tafsirnya Fi Zilal al-Quran :Sama ada syariat Allah ataupun hawa-hawa orang-orang yang jahil. Tiada andaianyang ketiga dan tidak ada jalan tengah di antara syariat yang lurus dan hawa yangberubah-ubah. Sesiapa sahaja yang meninggalkan syariat Allah sebenarnya secaraotomatik telah berhukumkan hawanya. Semua yang lain dari syariat Allah adalahhawa yang terperosok ke dalamnya orang yang jahil.19Syariat hanyalah satu iaitu syariat Allah. Selain dari itu hanyalah hawa yangbersumberkan kejahilan. Pendokong dakwah wajib mengikuti syariat Allah sahajadan meninggalkan segala al-hawa. Mereka sedikitpun tidak boleh lari dari syariatdan cenderung kepada al-hawa.20

    Itulah juga perintah Allah sentiasanya kepada orang-orang beriman:

    Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam seluruhnya, dan janganlah

    kamu turut langkah-langkah syaitan. (Al-Baqarah 2: 208)Pilihlah di antara petunjuk Allah ataupun tipu daya syaitan. Penegasan sebeginisepatutnya menjadikan seorang muslim tahu pendiriannya. Dia tak patut berdolak-dalik, ragu-ragu atau termangu-mangu di depan pelbagai jalan dan haluan yangada dihadapannya.Tiada manhaj/sistem alternatif bagi orang yang beriman untuk dipilih-pilih. Tiada

    jalan baginya untuk dicampur adukkan antara satu sama lain.Tidak sekali-kali. Sesiapa yang tidak masuk Islam secara keseluruhannya, tidakmenyerahkan dirinya sepenuhnya kepada kepimpinan dan syariat Allah dan tidakmembebaskan diri dari sebarang tasawwur, konsep, manhaj dan syariat yang lain,

    18Al-Muwafaqat, Juzu 6, m.s. 12119Fi Zilal Al-Quran, Juzu 25, m.s. 13620 Ibid

  • 7/28/2019 Al-muntalaq Versi 2.0 2010- Final

    9/145

    _________________________________________________________________ versi 2.0 (2010) muntalaq.wordpress.com

    ~ 9 ~

    MAKA sesungguhnya dia telah mengikut jejak langkah dan sedang berjalan di atasjalan syaitan.21

    Fitnah dan KewaspadaanImam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah telah menyatakan bahawa; menolak satuperkara sahaja dari kata-kata Rasulullah s.a.w sudah boleh dianggap sebagai

    penyelewengan. Beliau berkata:Aku telah melihat di dalam Al-Quran. Ku dapati ada 33 tempat yang menyebuttentang ketaatan kepada Rasulullah saw.Beliau membaca sepotong ayat iaitu firman Allah S.W.T. :

    Sebab itu orang-orang yang menyalahi perintah baginda saw hendaklah merasa takutmereka akan terkenafitnah. (An-Nur 24: 63)Imam Ahmad membacanya berulang kali dan kemudian berkata:Apakah dia fitnah? Fitnah adalah syirik. Apabila seseorang itu menolak sebahagian dari

    kata-kata Nabi s.a.w. maka mungkin akan terpalit penyelewengan ke dalam hatinya danpenyelewengan itu akhirnya akan membinasakannya.22

    Menolak Sebahagian dari Syariat Allah Adalah KufurTetapi penyelewengan itu ada beberapa peringkat:Antaranya ialah penyelewengan kesesatan kufur pure yang mencampakkanpelakunya ke luar dari Islam. Ini berlaku bila seseorang yang telah benar-benar tahutentang mana-mana hukum aqidah atau syariat dan dia tahu pula adanya ayat-ayatQuran atau hadis yang mutawatir mengenai hukum tersebut tetapi kemudiannyamendakwa dia tidak yakin dengan kesesuaian hukum-hukum itu untukdirealisasikan. Atau juga menyifatkannya sebagai hukum yang sudah tak sesuai

    dengan maslahah dan tidak relevan dengan perkembangan zaman dan sebagainya.

    Itulah orang yang dimaksudkan oleh al-Quran sebagai beriman dengan sebahagiankitab Allah dan kufur dengan sebahagian yang lain. Semua orang muslim telahtidak khilaflagi kafirnya orang begini.Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah contohnya, terang-terangan mengkafirkan orangyang beriman dengan sebahagian-sebahagian begini. Beliau membawa dalil-dalildari Al-Quran. Beliau menerangkan bahawa sifat kufur itu tidak hanya terbataspada golongan atheis dan golongan yang mengengkari seluruh risalah Islam sahaja,bahkan golongan yang yakin dengan sebahagian risalah, tetapi tidak yakin dengan

    sebahagian lagi juga adalah kafir, sebagaimana firman Allah S.W.T.:

    ( 054)

    (050)

    Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan Rasul-RasulNya dan hendakmembezakan antara Allah dan para RasulNya, dan mereka berkata:Kami berimankepadasetengah (Rasul) dan kafir kepada yang lain dan mereka hendak mengambil jalan

    21Fi Zilal Al-Quran, Juzu 2, m.s. 14222 Ibnu Taimiyah,Al-Sarim al-Maslul ala Syatim al-Rasul, m.s. 56

  • 7/28/2019 Al-muntalaq Versi 2.0 2010- Final

    10/145

    _________________________________________________________________ versi 2.0 (2010) muntalaq.wordpress.com

    ~ 10 ~

    tengah antara demikian itu (neutral). Mereka itu ialah orang-orang yang benar-benar kafir; dan Kami sediakan untuk orang-orang kafir itu seksaan yang menghinakan.Orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-RasulNya dan tiada membezakanseorangpun di antara Rasul-Rasul itu, nanti Allah akan memberikan pahala kepada mereka.

    Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasih. (An-Nisa 4: 150-152)

    Allah berfirman kepada ahli kitab:

    Kemudian sebahagian kamu membunuh yang lain, dan kamu usir satu golongan diantaramu dari karnpungnya, kamu tolong-menolong dalam membuat dosa dan aniaya; kalau

    datang kepadamu orang-orang tawanan, tebus-menebus kamu dengan mereka, sedangkantelah diharamkan atas kamu mengusir mereka. Adakah kamu percaya kepadasebahagian kitab dan engkar akan sebahagiannya? Maka tiadalah balasan bagiorang yang berbuat demikian di antaramu, melainkan kehinaan dalam kehidupandunia; dan pada hari kiamat, mereka dimasukkan he dalam seksaan yang keras.

    Allah tiada lalai dari apa-apa yang kamu kerjakan.(Al-Baqarah 2:85)

    Firman Allah S.W.T.:

    (4) Tidakkah engkau ketahui bahawa orang-orang yang mendakwa mereka beriman kepada al-Quran yang diturunkan kepada engkau dan Kitab-kitab yang diturunkan sebelum engkau;mereka hendak berhukum kepada taghut, sedang mereka disuruh supaya kafirterhadap taghut. Syaitan mahu menyesatkan mereka dengan sesesatnya. Apabila dikatakankepada mereka: Marilah kamu kepada apa yang diturunkan Allah dan kepada Rasul, makaengkau lihat orang-orang munafik berpaling dari engkau dengan sungguh-sungguh.(An-Nisa 4:60-61)

    Firman Allah S.W.T.:

    (50 )

    Tidakkah engkau perhatikan (dan merasa pelik wahai Muhammad) kepada orang-orang yangtelah diberikan sebahagian dari Kitab (Taurat)? Mereka percaya kepada benda-benda yangdisembah yang lain dari Allah, dan kepada Taghut, dan mereka pula berkata kepadaorang-orang kafir (kaum musyrik di Mekah) bahawa mereka (kaum musyrik itu)lebih betul jalan agamanya daripada orang-orang yang beriman (kepada nabi

    Muhammad s.a.w.). (KaumYahudi yang demikian sikapnya) mereka itulah orang-orang

  • 7/28/2019 Al-muntalaq Versi 2.0 2010- Final

    11/145

    _________________________________________________________________ versi 2.0 (2010) muntalaq.wordpress.com

    ~ 11 ~

    yang dilaknat oleh Allah; dan sesiapa yang dilaknat oleh Allah, maka engkau tidak sekali-kaliakan mendapati sesiapa pun yang boleh menolongnya. (An-Nisa 4: 51-52)

    Selepas membentangkan ayat-ayat ini, Ibnu Taimiyah menerangkan:Allah mencela golongan yang telah menerima kitab, tapi masih lagi berimankepada sesuatu yang di luar risalah. Mereka lebih mengutamakan orang luar

    risalah berbanding orang-orang yang beriman. Samalah juga keadaannyasebagaimana sebahagian manusia mengutamakan pendapat ahli falsafah dankerajaan jahiliyah (yang berbangsa Turki, Dailam, Arab, Farsi dan lain-lain)berbanding orang yang beriman kepada Allah, kitab Allah dan RasulNya.Begitu juga Allah mencela orang yang mengaku beriman dengan seluruhkandungan kitab-kitab Allah tetapi mereka tidak berhukum denganmenggunakan al-Quran dan al-Sunnah. Mereka rela berhukum menurut taghutyang diagungkan selain dari Allah. Perkara ini terkena pada ramai dari orangyang mengaku Islam tetapi mereka berhukum kepada pendapat dan pandanganahli falsafah atau memerintah menurut sistem politik bukan syariat Allahsamada menurut cara raja-raja Turki dan lainnya. Apabila diajak kepada mereka:Marilah kembali kepada kitab Allah dan sunnah Rasulnya!, mereka berpalingdan enggan langsung.23

    Ibnu Taimiyah r.a -sepertimana yang anda dapat lihat- mentafsirkan taghut yangterdapat di dalam ayat ini sebagai sesiapa saja yang mempunyai pendapat yangbertentangan dengan al-Quran dan Sunnah, tidak kira menamakan dirinya sebagaiahli falsafah, raja atau sebagainya.Beriman kepada Allah tanpa beriman kepada segala perintah dan ajaran Rasul(pemisahan tersebut) hanya membawa kepada kekufuran. Tidak boleh langsungdiakui sesiapa sahaja yang cuba mengambil jalan tengah dengan mencampur-

    adukkan agama dengan jahiliyah dan ditempel-tempelkan. Itulah orang yangdigambarkan oleh al-Quran sebagai golongan yang hendak mengambil jalan tengahdi antara Islam dan jahiliyyah, iaitu jalan ketiga di antara Islam dan ideologi ciptaanmanusia. Dicampurkan sedikit dari Islam dan sedikit dari jahiliyah lalu diadununtuk dijadikan satu undang-undang bagi mengatur kehidupan manusia.

    Banyak dari kerajaan-kerajaan negara Ummat Islam, parti-parti politik dan badansosial pada hari ini tidaklah terang-terang menolak tuhan. Tetapi banyak badan-badan ini mengajak orang ramai kepada manhaj (cara hidup) dan sistem yangbercanggah dengan sebahagian hukum-hukum Islam. Kadangkala menghalalkanbanyak perkara yang diharamkan dan kadangkala pula mengharamkan apa yang

    halal sedangkan mereka mengetahui bahawa perkara itu adalah bertentangandengan syariat Allah.Ulama dan pemimpin gerakan Islam telah menjelaskan kepada mereka ini betapasilapnya perbuatan mencampur aduk, menampal-nampal, mencantum-cantumkandan iman yang separuh-separuh ini. Meskipun demikian, golongan ini terusberdegil dan terus-menerus mengajak orang ramai kepada al-hawa.

    Tidak syak lagi, itu adalah kufur. Wal iya zubillah.

    Kita tidak akan Mengkafirkan Seseorang Muslim Tanpa Bukti

    Kemudian ada pula penyelewengan yang lebih ringan dan kecil daripada itu.Ibnu Taimiyyah telah berkata: Ramai ahli salaf telah berkata: Ada satu kufur

    23 Ibnu Taimiyah,Majmu Fatawa, Juzu 12, m.s. 339

  • 7/28/2019 Al-muntalaq Versi 2.0 2010- Final

    12/145

    _________________________________________________________________ versi 2.0 (2010) muntalaq.wordpress.com

    ~ 12 ~

    tidak sampai kepada kekufuran, satu nifaq yang tidak sampai kepada munafiq dan satu syiriktidak sampai kepada syirik.24Pelbagai peringkat maksiat. Ada dosa-dosa yang kecil dan ada dosa-dosa besar danada juga dosa-dosa yang terletak antara keduanya. Ia dilakukan oleh seorangmuslim kadangkalanya kerana terikut syahwat, atau ketika lemah kekuatan dirinyaatau terlupa harga diri. Dia tidak langsung terfikir untuk menentang atau

    mengingkari syariat tersebut.Mungkin juga dia melakukannya kerana kejahilannya terhadap hukum-hukumsyarak. Dia langsung tidak berusaha untuk bertanya orang yang tahu walaupunusaha tersebut bukanlah berat sangat pun. Atau kemungkinan dia melakukan dosatersebut dengan kesilapan penafsiran atau takwil sendiri.

    Asas kita dalam hal ini ialah kata-kata Imam al-Bukhari rahimullah yangbermaksud:Maksiat adalah perkara jahiliyyah tetapi pelaku maksiat tidaklah menjadi kafir denganmelakukannya kecualilah bila berlaku syirik. Ini semua berdasarkan sabda RasulullahS.A.W.: Sesungguhnya engkau seorang yang ada padamujahiliyyah.25

    Kamu dapat lihat bahawa kesimpulan yang dibuat oleh Imam Bukhari dari hadisNabi S.A.W. ini adalah sangat benar. Label ini ditujukan kepada Abu Dzar r.a.tatkala beliau mengejek Bilal dan ibunya yang berkulit hitam, sedangkan beliaumemang seorang sahabat yang hebat.Satu maksiat sahaja adalah satu cabang dari cabang-cabang jahiliyyah sebagaimanasabda Rasulullah S.A.W tersebut.Oleh kerana itu, bila maksiat seorang muslim itu bertambah, maka bertambahlahkadar jahiliyyah yang ada padanya. Tetapi dia tidaklah menjadi jahiliyyah penuh,kecuali bila dia mensyirikkan Allah di dalam ibadahnya atau dia beriktikad bahawa

    sebahagian dari perkara yang diharamkan Allah adalah halal atau beriktikadbahawa sebahagian daripada yang dihalalkan Allah adalah haram dan berimanhanya pada sebahagian dari syariat Allah dan kufur pada sebahagian yang lain.

    Inilah rahsia kenapa Rasulullah S.A.W memberi amaran agar berhati-hati ketikamengkafirkan individu yang zahirnya Islam, sebagaimana sabda baginda yangbermaksud: Barangsiapa yang berkata kepada saudaranya:Wahai si kafir! Kembalilah kufur itu kepada salah seorang dari mereka. Jika benar, makakafirlah orang yang dikatakan. Kalau tidak, kembalilah kufur itu kepadanya26.27

    Inilah juga rahsia yang mendorong Imam Hassan Al-Banna agak ketat dalam

    masalah ini dan menyebutkan dalam al-Usul al-Isyrin (20 Usul) yang bermaksud:Kita tidak akan mengkafirkan seorang Islam yang telah mengucapkan duakalimah syahadah dan beramal mengikut tuntutannya dan menyempurnakan apayang difardhukan kepadanya hanya semata-mata kerana pendapat yangdipegangnya atau satu maksiat yang dilakukannya; kecuali jika dia mengakudengan kalimah kufur atau menyangkal perkara yang perlu dan sepatutnyadiketahui dalam agama, mendustakan keterangan al-Quran, atau mentafsirkannyamengikut satu perspektif yang tidak menepati uslub bahasa Arab tentang sesuatuperkara, atau membuat satu amalan yang tidak membawa pengertian lain selain

    24Ibid, Juzu 11, m.s. 14025Sahih al-Bukhari, Juzu 1, m.s. 15. Hadis ini diucapkan oleh Baginda saw kepada Abu Zar ketika menggelarkanBilal dengan nama anak perempuan kulit hitam.26 Jika saudaranya bukan kafir, maka dialah yang menjadi kafir lantaran kata-katanya itu.27Sahih Muslim, Juzu 1, m.s. 57

  • 7/28/2019 Al-muntalaq Versi 2.0 2010- Final

    13/145

    _________________________________________________________________ versi 2.0 (2010) muntalaq.wordpress.com

    ~ 13 ~

    dari kufur.

    Ini kefahaman yang dapat dilihat di dalam buku al-Sharh al-Iraqi li al-Usul al-Isyrin (Penjelasan al-Iraqi Terhadap Dua Puluh Usul). Disebutkan:Mengkafirkan seorang muslim dalam erti mengeluarkannya dari Islam, adalahsuatu yang sangat berbahaya. Mesti ada perkara yang membuktikan kekufurannya

    secara jelas dan terang seperti lahirnya darinya perkataan atau perbuatan yangtidak dapat disangkal lagi kekufurannya. Contohnya ialah menolak suatu yang qati(yang pasti) dalam agama, seperti kewajipan solat, pengharaman riba, perlunyaterikat kepada Islam. Atau dia mempersendakan Islam atau al-Quran, mencaciAllah dan RasulNya, sengaja melumurkan Al-Quran dengan kekotoran ataumenolak perkara yang terang-terang di dalam Al-Quran, menyangkal hari akhiratatau berkata: Syariat Islam telah lapuk, ketinggalan zaman, dan tidak layak lagiuntuk dilaksanakan dan tidak lagi diperlukan pada masa kini,. Ini semuamenjadikan pengucapnya atau pembuatnya sebagai kafir tanpa ragu-ragu lagi.Tetapi, jika dia melakukan beberapa maksiat seperti minum arak dalam keadaandia masih mengakui perkara-perkara asas dalam akidah, maka ketika ini diahanyalah seorang muslim yang derhaka, bukan kafir. Begitu juga jika dia berkataatau melakukan sesuatu yang masih boleh ditakwilkan lagi, maka tidak bolehdikafirkannya lantaran perkataan dan perbuatannya itu.

    Namun, perlu disebut bahawa kita kadangkala menamakan sesetengah perbuatanatau meninggalkan perbuatan tertentu sebagai kufur seperti mana terdapat didalam nas-nas syara. Contohnya (hadis): meninggalkan solat itu kufur.Tetapi dalam mengkafirkan seseorang individu tertentu, hendaklah wujud secarayakin perkara-perkara yang menjadikannya kafir, seperti dia menyangkal bahawasolat itu fardhu atau seseorang yang diminta supaya bertaubat kerana tidak

    bersolat: Sekiranya kamu tidak mahu solat, kami akan bunuh kamu. Dia terusberdegil dan lebih suka dibunuh maka ini menunjukkan hatinya kosong dari imandan matinya adalah sebagai seorang kafir.

    Begitu juga perlu diketahui bahawa kufur ada dua jenis:1. Kufur kecil yang tidaklah mengeluarkan penganutnya dari Islam.2. Kufur besar yang mengeluarkan penganutnya dari Islam.

    Berdasarkan pembahagiaan ini dapatlah kita memahami maksud sesetengah nasQuran atau Hadis, antaranya:

    Barangsiapa yang bersumpah dengan yang lain dari Allah, dia telah syirik

    Syirik ini tidaklah mengeluarkannya dari Islam, tetapi dia telah melakukan dosayang amat besar. Begitulah seterusnya28

    Jiwa yang Beriman Itu Peka dan Sensitif

    Sungguhpun begitu, waspadanya kita dalam mengkafirkan seorang muslim initidaklah menghalang dari kita melihat betapa teruknya penyelewengan berleluasayang telah menimpa sebahagian besar orang-orang Islam di zaman ini. Memangbenar mereka itu orang Islam, tetapi, mereka telah karam di dalam maksiat dan

    darjat iman mereka menjunam ke taraf yang paling rendah.. jauh sekali dari tahapmulia !

    28al-Sharh al-Iraqi li al-Usul al-Isyrin (Penjelasan al-Iraqi Terhadap Dua Puluh Usul) hlm. 55

  • 7/28/2019 Al-muntalaq Versi 2.0 2010- Final

    14/145

    _________________________________________________________________ versi 2.0 (2010) muntalaq.wordpress.com

    ~ 14 ~

    Latarbelakang keadaan ini ada kisah panjang. Ia bermula dari saat-saat peluasankuasa dan kesibukan pentadbiran yang secara beransur-ansur mengambil tenagadan masa sahabat-sahabat Nabi saw yang terbaik. Selepas wafatnya Baginda saw,mereka mara memecut ke tengah-tengah medan meneruskan kerjamengembangkan dakwah dengan cemerlangnya. Bertebaran ke segenap pelusuk

    bumi laksana sinar matahari, membuka negara-negara baru, menghancurkan segalataghut, membawa rahmat ke seluruh dunia dan memimpin manusia ke syurga.

    Di tahun-tahun yang terakhir sebelum abad pertama Islam berlalu, penyelewenganmula menyerap masuk ke dalam generasi baru yang bakal menggantikan generasipertama Islam yang unik itu. Keazaman di dalam dakwah dan jihad mula kendursedangkan mereka sepatutnya meneruskan dakwah dan jihad untukmenghapuskan saki baki taghut yang masih ada.

    Ketika itulah, muncul Umar bin Abdul Aziz, dilahirkan oleh Allah untuk umat ini.Dengan semangatnya yang sangat tinggi, beliau melihat sedikit sajapenyelewengan dan meninggalkan jihad itu sebagai tanda awal terseleweng darikebenaran. Beliau memandang berat keadaan umat jihad yang telah kurang rancak

    juangnya. Beliau berkata dengan nada dukacita :Aku ni sedang merawat satu masalah yang tiada siapa dapat menolongnya kecuali

    Allah. Di atasnya telah mati orang tua, telah membesar orang yang kecil, orang Ajam29 telahmahir berbahasa Arab dan Arab Badwi telah berhijrah sehingga mereka memandang sesuatuyang bukan agama sebagai agama. Mereka tidak melihat kebenaran selain daripada itu.30

    Kalimah yang telah diucapkan khalifah Umar Ibnu Aziz dengan rasa dukacita yangsangat-sangat. Sedangkan pada masa itu, beliau mengambil kuasa yang menguasai

    seluruh bangsa-bangsa, kebaikan tersebar dengan baik dan secara umumnya umatmasih berhukum kepada syariat Allah.

    Ianya adalah rasa besar seorang mukmin terhadap dosa-dosa walaupun kecil,sedikit bidah, kezaliman yang ringan dan wujudnya petanda gaya hidup mewah.Itulah jiwa mukmin yang sebenar yang terlalu sensitif terhadap erti-erti keadilandan kezaliman, sunnah dan bidah, menyumbang dan berada dalam zon selesa.

    Kerana itu, seorang mukmin itu sepatutnya sentiasa berusaha mencari yang lebihsempurna. Dia tidak akan memejamkan matanya atau mengelukan lidahnya darisebarang penyelewengan.

    Generasi Kita Yang Terpedaya (Mangsa Keadaan !)Selepas zaman pemerintahan Umar, berlalulah beberapa generasi. Islam didokongoleh pahlawan-pahlawan samada pemimpin dan reformis Islam. Tetapi pada waktulain pula, berlaku juga kelekaan. Hinggalah tiba zaman hari ini kita dapati umatIslam telah dihancurkan oleh perancangan Yahudi dan negara-negara kafir.Kekayaan mereka dirampas, iman mereka lemah, neraca kehidupan merekabertukar putar dan hukum al-Quran telah ditolak ke tepi. Musuh-musuh juga telahmendidik anak-anak orang Islam dengan pandangan hidup yang bertentanganlangsung dengan Islam, berlindungkan pelbagai nama dan kelubung.

    29 Selain dari bangsa Arab. (Pnt)30 Ibnu Abdul Hakim, Sirah Umar bin Abdul Aziz, m.s. 37

  • 7/28/2019 Al-muntalaq Versi 2.0 2010- Final

    15/145

    _________________________________________________________________ versi 2.0 (2010) muntalaq.wordpress.com

    ~ 15 ~

    Sekiranya masih ada sakibaki iman dalam diri mana-mana muslim atau masih adarasa sayangkan agama yang menyebabkan dia enggan meninggalkan agamanya,mereka akan menjadi korban pula kepada penipuan dan pelbagai topeng. Musuhberusaha supaya orang muslim ini akan terikut kepada ahli politik, sasterawan danorientalis yang tidak memahami Islam. Mereka memperalatkan dalil-dalil al-Qurandan hadis yang umum atau kadangkala dengan hadis-hadis maudhu yang

    dimanipulasi untuk mencipta sistem-sistem politik dan ekonomi yang didakwaatau dilabel sebagai sistem Islam tanpa langsung mengikut disiplin kaedah usulfiqh dan memenuhi syarat-syarat ijtihad.

    Sebenarnya tribulasi orang Islam pada hari ini tidak hanya terbatas padapenguasaan pemimpin yang sesat sahaja, bahkan menjangkau kepada persoalanpendidikan. Korikulum pendidikan dan pelajaran, jawatan-jawatan di universiti,akhbar-akhbar, majalah-majalah dan seluruh media massa digunakan untukmenghapuskan pemikiran dan nilai-nilai Islam. Hinggakan mangsa perangkapmusuh ini merasa seronok dan merasa bangga kerana menyangka dirinya terlepasdari belenggu kekolotan lama.

    Orang Islam yang maksiat pada hari ini sebenarnya adalah mangsa pendidikantersebut, untuk ditukarkan menjadi fasiq mulanya dan supaya mereka akan mudahdijadikan kuda tunggangan oleh para taghut tersebut akhirnya.

    Itu semua adalah style perancangan jahiliyyah sejak dahulu lagi, diwarisi olehtaghut moden dari taghut sebelumnya, berasal usul kepada Firaun.Firman Allah S.WT. :

    Lalu Firaun memperbodoh (menyesatkan) kaumnya, lalu mereka mengikutnya. Keranamereka itu memang kaum yang fasik. (Az-Zukhruf 43:54)

    Inilah tafsir yang betul terhadap sejarah. Hanya orang-orang yang fasik sahaja yangboleh diperdayakan oleh Firaun (lama atau moden). Orang yang beriman kepadaAllah tidak akan dapat diperbodohkan oleh taghut dan tidak akan taat kepadaperintah taghut.31

    Begitulah, musuh-musuh Islam telah tahu vital-part yang telah diperkenalkan olehFiraun. Mereka saling merancang untuk membuat kerosakan dan mengubah

    masyarakat supaya menjadi sampah-sarap yang tenggelam dalam lumpur seks, kejidan maksiat. Menjadikan masyarakat sentiasa sibuk dengan kepayahan mencarisesuap makanan. Akhirnya mereka menjadi penat dan letih dengan perut dan seksdan tiada masa lagi untuk mendengar nasihat atau petunjuk dan kembali kepadaagama.32

    Itulah cara dan taktik mereka. Taktik-taktik kotor, memerangi masjid denganballroom, menggantikan isteri-isteri dengar pelacur-pelacur, menyerang akidahmenggunakan professor-professor free-thinker dan menewaskan seni wira denganseni hedonisma.33 Melalui pendidikan ini, mereka telah berjaya mengubah helangrajawali menjadi burung puyuh sebagaimana yang dikatakan oleh Iqbal.

    31Fi Zilal al-Quran, Juzu 9, m.s. 4532 Ibid., m.s. 12233 al-RafiI, Wahyu al-Kalam, Juzu 2, m.s. 258

  • 7/28/2019 Al-muntalaq Versi 2.0 2010- Final

    16/145

    _________________________________________________________________ versi 2.0 (2010) muntalaq.wordpress.com

    ~ 16 ~

    Ianya adalah seni dan proses penjinakan yang digunakan oleh pemimpin-pemimpin sesat tersebut....iaitu seni:

    merampas kecantikan lenggok bunga sarwa34menukar helang rajawali menjadi burung puyuhmereka memperdayakan angkatan berkuda dengan irama merdulalu membenamkan bahtera ke dasar laut

    mereka tidurkan kita dengan iramanyadan memadamkan obor kita dengan tiupan nafasnya.35

    manusia pun beransur-ansur diresapi kehinaan.

    Secara fitrahnya, manusia bencikan kehinaan dan tidak suka kezaliman. Tetapidengan pelbagai keadaan dan peristiwa yang berlaku, tanpa disedari mereka tunduk secaraberangsur-ansur. Sedikit demi sedikit mereka menjadi terbiasa di dalam kehinaan lalumenjadi seperti singa yang telah dijinakkan. Namun begitu, unsur kemuliaan sebenarnyamasih berbaki dijiwa dan masih mengalir bahang panasnya di dalam darah.

    Apabila ada sahaja dai yang menyeru kepada kemuliaan dan kebebasan,membangunkan jiwa yang lena dan menggerakkan semangat yang nyenyak, makakemuliaan di dalam jiwanya itu mula berdenyut. Bara di dalam sekam mula menyala. Sifatkemanusiaan di dalam dirinya mula bangkit, tidak mahu dihina dan bangkit berjihad danmelihat segala apa yang dihadapinya di dalam jihad itu lebih ringan daripadadiperhambakan, malah lebih baik daripada kehidupan kebinatangan.

    Kehinaan yang menimpa manusia yang disebabkan oleh orang lain atau oleh faktorluaran, ianya akan cepat sembuh dan mudah dihilangkan. Sebaliknya, jika kehinaan itutimbul dari dalam diri dan terbit dari hati, itu adalah penyakit yang sangat berbahaya danmerupakan kematian yang tidak disedari.Kerana itulah, puak taghut yang zalim sengaja menerapkan kehinaan kepada orangramai

    melalui pendidikan yang hina dan asuhan agar tidak segan silu tanpa tatasusila. Merekabesarkan para belia atas didikan ini dengan pelbagai sarana. Semuanya bertujuan untukmematikan himmah dan memadamkan semangat juang agar kekuasaan terus menerusberada di tangan mereka.36

    Anak Singa Diubah Menjadi Kijang Yang PengecutKonspirasi penjinakan itu memerlukan usaha menekan kesemua dai Islam.

    Ia dibuat agar suara mendidik dan seluruh media massa dikuasai sepenuhnya olehgolongan yang kononnya hebat dari segi akademik dan sastera. Suara merekadisadurkan melalui pelbagai pertubuhan yang kelihatan pada zahirnya berbeza-beza.

    Generasi baru keturunan pejuang dan anak-anak singa itu dididik supaya tundukkepada syahwat dan karam dalam keseronokan seks dan kemewahan hidup.Mereka padamkan sejarah kehebatan umat Islam terdahulu serta dihapuskan kisahkisah para ulama kerana bimbang ia akan menjadi lampu penyuluh dan panduanamal untuk generasi baru muslim kini.

    Itulah kandungan madah penyair Islam Muhammad Iqbal:Zaman satu bangsa yang hina

    Akan ada ilmuan, sasterawan dan orang yang arif bijaksana!

    34 Sarwa: Sejenis pokok bunga untuk perhiasan di taman bunga dan di kubur yang ditanam untuk melindungipokok-pokok lain. Pnt)35 Abdul Wahab Azam, Buku Muhammad Iqbal, m.s. 16236 Abdul Wahab Azam,Al-Shawarid, m.s. 318

  • 7/28/2019 Al-muntalaq Versi 2.0 2010- Final

    17/145

    _________________________________________________________________ versi 2.0 (2010) muntalaq.wordpress.com

    ~ 17 ~

    Mereka kelihatan berbeza dengan pelbagai ideologitetapi semuanya sependapat dengan satu target:

    Mereka ajar anak singa agar menjadi kijang yang pengecutdan mereka padamkan kisah-kisah singa pada bicara silamCita-cita mereka, menggembirakan hamba dengan perhambaanSeluruh pengajaran mereka hanyalah penipuan cendekiawan.37

    Ianya telah berlaku.Inilah mercu tanda perancangan kaum Yahudi dan Kristian. Mengasuh anak anaksinga Islam supaya menjadi kijang yang pengecut. Mereka padamkan kisah singa-singa Islam samada para ulama, ahli zuhud dan para pejuang Islam dari sejarahabad pertama Islam.

    Plan pendidikan mereka ini telah melahirkan kijang-kijang yang pengecut, tidaklagi mampu menerkam. Kijang-kijang ini tidak mahu lagi memikul apa-apatanggungjawab dan sentiasa cuba melarikan diri seboleh-bolehnya.!Inilah generasi baru dari putera-puteri Islam!Anak-anak singa yang bertukar menjadi kijang yang pengecut.

    Sebenarnya mereka itu merdeka, lalu diperhambakan, dan mereka bergembiramenjadi hamba.

    Perancangan mereka telah berjaya. Apa yang kita dapat lihat sekarang terdapatsesetengah orang ikhlas yang lebih cenderung untuk beruz1ah, mengasingkan diridan takut berganding bahu bersama-sama umat Islam.. tidak lain melainkan kesandaripada pendidikan tersebut dan tanda efektifnya perancangan ini.Ianya bukanlah suatu yang pelik. Kalaulah mereka telah berjaya menjauhkan ramaiorang Islam dari Islam itu sendiri, maka tentu lebih mudah bagi mereka untuk

    menjauhkan lebih ramai lagi orang Islam dari sebahagian dari Islam. Merekaberjaya meyakinkan majoriti orang Islam bahawa perlunya mengasingkan diri(beruzlah) dan lebih baik berjaga-jaga dari sebarang kerja yang mengundang risikokepada mereka (jihad dan amal Islam).

    Ketika itu, bermulalah fasa kedua musuh-musuh Islam. Berlakulah proses peralihancepat dari Islam kepada jahiliyyah...!

    Perlunya Pertolongan Segera (SOS)Pada hari ini, dai Islam perlu berpendirian seperti Umar bin Abdul Aziz. Dia perlumerasai wajibnya di ambil tindakan segera untuk menyelamatkan umat Islam yang

    tenggelam dalam kesesatan jauh dari Islam. Dia perlu sedar bahawa tiada jalan lainbaginya kecuali mara memimpin mereka meskipun mereka enggan. Meskipuntanggungjawab ini amat menyusahkan dan memerlukan pengorbanan.

    Tidak syak lagi... majoriti umat Islam hari ini sebenarnya telah terseleweng tanpasedar dan tanpa niat jahat. Mereka sebenarnya layak untuk bersama-sama para daibagi mengembalikan umat ini kepada Islam. Mereka mampu berbuat demikiansekiranya mereka sedar bahawa mereka telah tertipu.

    Tetapi dai Islam dalam masa yang sama melihat.. sama seperti apa yang dikatakan

    oleh Omar bahawa ianya amat sukar kerana penyelewengan sudah mendarahdaging dalam tubuh generasi ini.

    37 Muhammad Iqbal, Diwan Dharb al-Kalim, m.s. 102

  • 7/28/2019 Al-muntalaq Versi 2.0 2010- Final

    18/145

    _________________________________________________________________ versi 2.0 (2010) muntalaq.wordpress.com

    ~ 18 ~

    Oleh itu apakah yang mesti dibuat?Berhenti mencuba? Atau tangguhkan usaha ke suatu masa yang lain?Tidak sekali-kali..!

    Kerja-kerja ini tidak boleh ditinggalkan. Manhaj Islam tidak mempunyai cacat-celadan tiada kekurangannya. Bukti kemampuannya ialah masih terdapat belia-belia

    Islam yang bersih jiwanya melagukan ayat-ayat al-Quran di zaman materialismedan hedonisme ini. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. Sabar itu kunci segalapintu yang tertutup.

    Kerja-kerja ini juga tidak boleh ditangguhkan. Masa tidak berpihak kepada kita jikaditangguh. Jika ditangguhkan, maka semakin panjang tempoh bermaharajalelanyataghut akan semakin kuat pula cengkamannya di dalam jiwa manusia yang hanyut.Perlu segera membuat usaha menyelamat yang hanyut itu selagi denyutan nadimasih ada dan selagi benih fitrah masih terpendam.

    Sesungguhnya tidak ada kerosakan yang lebih teruk merosakkan fitrah selain darikehinaan yang dibentuk oleh taghut yang berpanjangan. Ia memusnahkan segalakemuliaan manusia, meruntuhkan dasar-dasar dan nilai-nilainya dan menanampadanya sifat-sifat hina yang biasanya terdapat pada hamba abdi:

    Tunduk di bawah cemeti tukang sebat,Marah-marah tatkala cemeti itu terangkat daripadanyasombong tatkala mendapat sesuatu dari nikmat dan kekuatan.38

    Oleh itu, menunggu dan menangguh bukanlah satu tindakan yang terbaik. Perluditambahkan penyertaan baru ke dalam gerombolan kafilah yang merdeka ini.

    Bergerak Dalam Pelbagai PendekatanBegitulah..Dengan realiti wujudnya kijang-kijang pengecut dan adanya manusia-manusiayang derhaka dan maksiat; dan realiti kekufuran sebahagian pemerintah, ahli-ahlipolitik dan individu-individu Islam hari ini kerana beriman hanya kepadasebahagian dari Islam; Justeru itu semua, maka wajib diwujudkan sebuah gerakanIslam yang menyeru kepada makruf dan membangkitkan semula hemmah.Gerakan Islam yang akan menghalang mereka dari penyelewengan dan berusahasungguh-sungguh untuk menegakkan pemerintahan Islam.

    Kita meleret-leret menjelaskan ini semua untuk membuktikan bahawa kita tidak

    perlu menghukum keseluruhan masyarakat Islam kini sebagai masyarakatjahiliyyah. Dan da'i boleh memulakan kerja-kerja dakwah secara bebas, serentakdan dengan pelbagai pendekatan yang berbeza.

    DaI melihat kepada kerajaan dan parti politik yang menyeru kepada sistem hidupyang bertentangan dengan syariat Islam, atau kepada individu yang berpegangdengan falsafah jahiliyyah, menghalalkan yang haram, menolak sebahagian dariperkara iman; mereka melihat golongan ini dengan pandangan takfir dan marah,dan mengambil pendekatan menentang mereka dengan tegas dan keras.

    Tetapi dalam waktu yang sama, para dai bergerak dalam bentuk lain terhadaporang-orang Islam ahli maksiat melalui berbagai-bagai cara. Di antaranya:

    38Al-Zilal, Juzu 1, m.s. 90

  • 7/28/2019 Al-muntalaq Versi 2.0 2010- Final

    19/145

    _________________________________________________________________ versi 2.0 (2010) muntalaq.wordpress.com

    ~ 19 ~

    -Teguran kasih sayang dan menyedarkan mereka terhadap amal jama'i, jika merekatelah menyempurnakan perkara-perkara fardhu, beriltizam dengan hukum-hukumIslam dan menyuruh manusia kepada ma'ruf, tetapi dilakukan secara fardi.-Kadangkala menggunakan intonasi kasih sayang tetapi diiringi gertakan dan tajamterhadap orang-orang yang beriltizam dengan Islam tetapi berdiam diri dari amarma'ruf dan nahi mungkar.

    -Menggunakan bahasa yang lembut, rasa kasih dan simpati terhadap mereka yangdilalaikan oleh syahwat, tidak mengerjakan amalan fardhu dan karam dalammaksiat.-Menggunakan bahasa marah, garang dan keras terhadap mereka yang membuatdosa besar, zalim dan mabuk di dalam kejahatan.

    Semua cara di atas boleh digunakan di dalam masa yang sama dan di dalammasyarakat yang sama.

  • 7/28/2019 Al-muntalaq Versi 2.0 2010- Final

    20/145

    _________________________________________________________________ versi 2.0 (2010) muntalaq.wordpress.com

    ~ 20 ~

    BAB 2: Hanya Gerhana, Bukan

    Terbenamnya Matahari

    Dai enggan tunduk kepada penipuan. Mereka pantang melihat perancanganmusuh berlaku. Lalu mereka bangkit berteriak kepada manusia.Tetapi,...... majoriti manusia terus lena tidur.

    Di depan matanya- pendokong kebatilan dan orang yang komfius bekerja kuatmati-matian meneruskan perancangan mereka. Dilihat keliling, hanya segelintirsahaja orang Islam dipelihara oleh Allah yang masih sedar Selebihnya hanyut didalam kelalaian.

    DaI kembali mengubati kesedihannya lantas bermonolog sendirian:Telah bekulah daya juang di hati manusia itu

    Mereka leka mengejari kekayaan dan kehidupan yang rutinkealpaan orang-orang yang baik dan semangat orang-orang yang komfiushampir-hampir menggoncangkan semangat juangku.39

    Dai itu pun mulanya menyalahkan dirinya sendiri.. takut-takut dia belumbetul-betul menyampaikan dakwahnya. Tetapi, segera dia merasai bahawa dia telahmelakukan apa yang termampu. Dia cuba memujuk dan menghiburkan dirinyasambil bermadah:

    Mereka melihat daku di musim gugur, Lantaran hangatnya laguku,Kelihatan aku bergembira bersama rakanku si burung camarTetapi sebenarnya aku dilahirkan di bumi,yang dipenuhi jiwa-jiwa yang seronok diperhambakan...40

    Sesungguhnya neraca keindahan telah bertukar. Generasi hari ini telahkehilangan kerja-kerja besar yang pernah memuliakan mereka suatu ketika dahulu.Seperti mana yang dikatakan oleh al-Rafiie:

    Kamu mencipta kata-kata hebat untuk berseronok dengannya.41

    Walau bagaimana dahsyatnya pun kerosakan, seorang dai tidak bolehmeninggalkan tugasnya untuk menyelamatkan manusia.42 Segala kesangsian danputus asa dalam usaha islah ini segera musnah bila dia tersedar kedudukannyaberada di tengah-tengah rombongan orang-orang yang beriman yang sedangberjalan. Baton telah bermula dari para salaf, maka dia mesti menerima amanah inidari mereka.

    Demikianlah janji Allah. Angkatan kebenaran ini tidak akan pupus, angkatandemi angkatan, generasi demi generasi sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W.:

    39 Al-Amiri, Diwan Maa Allah, m.s. 11040 Muhammad Iqbal, Diwan Dharb al-Kalim, m.s. 1441 Wahyu al-Qalam, jilid 1, m.s 10342 Dari cara hidup jahiliyyah kepada cara hidup Islam, mengeluarkan mereka dari kesesatan kepada hidayah,dari kebatilan kepada kebenaran dan dari kezaliman kepada keadilan.

  • 7/28/2019 Al-muntalaq Versi 2.0 2010- Final

    21/145

    _________________________________________________________________ versi 2.0 (2010) muntalaq.wordpress.com

    ~ 21 ~

    bermaksud:

    Sentiasa akan ada satu golongan dari umatku yang menegakkan kebenaran. Merekatidak akan tergugat oleh sesiapa pun yang menentang mereka sehingga datanglah harikiamat dan mereka tetap di dalam keadaan mereka.43

    Bahkan, kewujudan angkatan Islam di bumi ini, yang mentaati sepenuhnyakepada Allah, tidak menyeleweng dari jalan dan hidayah Allah, tidak lari daripadamatlamat dakwah dan jihad itu adalah merupakan sebahagian dari sunnatullah yangmenyempurnakan keseimbangan alam ini. Hilangnya kelompok ini akanmenyebabkan timbangan itu terjungkit, tidak seimbang dan akan menggoncangkanseluruh alam ini.

    Justeru itu, wujudnya dakwah rabbani ini adalah satu kemestian dan ketetapanAllah. Ia tidak mungkin hilang, sekali pun dibenci oleh taghut atau diserangbertubi-tubi oleh tali barutnya.

    Sekiranya matahari tiada lagi atau graviti bumi telah lenyap, dapatkah kamubayangkan kerosakan yang akan berlaku?

    Demikianlah juga kewujudan dakwah. Ia umpama matahari, bulan, bintang-bintang, graviti, air dan udara yang membentuk sebahagian dari sunnah alam yangtelah ditetapkan oleh Allah. Tanpa kesemuanya, tentulah akan berlaku kiamat.

    Namun, kenyataan bahawa kewujudan dakwah adalah sebahagian dari sunnatullahini hanya mampu dilihat oleh pemilik hati yang salim, sama sebagaimana gravitihanya dapat dilihat oleh orang yang berpelajaran.

    Inilah inspirasi keteguhan azam seorang muslim untuk terus bersama di jalandakwah. Mereka terus menghadapi kesusahan hanya semata untuk memastikanketetapan Allah ini terus berlaku. Moga dengannya dia termasuk di kalangan orangyang berjaya. Tetapi, sesiapa yang berpaling dari jalan yang mulia ini, sunnatullahakan terus berjalan tanpa henti, tidak menghiraukannya. Allah akan memberihidayah kepada kaum yang lain pula untuk menyerlahkan kekuasaan danmerealisasikan sunnahNya ini.44

    Ustaz Hassan al-Hudhaibi telah merumuskan maksud di atas dengan kata-katanya:

    Semua peristiwa mesti tunduk kepada kitab Allah dan sunnah rasulNyameskipun manusia melihat dunia tidak sebegitu. Agama ini sebenarnya aturanyang ditetapkan oleh Allah kepada manusia, sebagaimana Dia menetapkan hukumalam kepada matahari, bulan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan dan kepada segalaapa yang ada di langit, bumi dan apa jua yang ada padanya.45

    Beliau berkata:Jika matahari mempunyai paksi dan graviti, bumi mempunyai paksi dan

    beredar di atas orbitnya, maka demikian jugalah manusia dengan agama ini.Apabila agama ini hilang dari manusia, akan pincanglah keseimbangan. Sesiapayang berfikir dengan mendalam pasti dapat melihat lebih jauh dari itu. Dilihatnya

    43Sahih Muslim, Jilid 6, m.s. 5244 Lihat 9:39 dan 47:3845Majalah al-Dakwah, Bil. 52

  • 7/28/2019 Al-muntalaq Versi 2.0 2010- Final

    22/145

    _________________________________________________________________ versi 2.0 (2010) muntalaq.wordpress.com

    ~ 22 ~

    alam ini mempunyai rekabentuk dan binaan yang indah. Agama ini adalahsebahagian darinya. Oleh itu, agama ini perlu diwakili oleh sekelompok manusiadalam mana-mana waktu dunia ini.

    Abdul Wahab Azam juga memahami sunnah alam ini. Sunnah ini menjadikanorang-orang yang yakin dengannya tidak digugat oleh serangan kebatilan,

    gugurnya para syuhada atau ramainya pejuang yang berundur setelah tiba diseparuh jalan. Beliau pun berkata:

    Sunnatullah terhadap semua makhluk terus berjalanSesaat pun tidak berhenti dan berubah

    Mereka yang merdeka terus berjihad pada jalan Allahkerana jihad pada kebenaran tidak pernah hilang walau sehari46

    Pemahaman ini menjelaskan kehebatan pengetahuan dan kesedaran AbdulWahab Azam.

    Sesungguhnya Islam kita ini adalah satu berita agung. Ia menyempurnakanperjalanan alam ini. Alam akan rosak binasa tanpanya. OIeh itu, ia mestidiwujudkan di alam kenyataan, dan jahiliyah mesti dihapuskan bagi memastikanalam ini terus seimbang. Firman Allah:

    ( 3 ) bermaksud: Katakanlah, ianya berita besar. Kamuberpaling daripadanya.(Saad 38:67)

    Pada hakikatnya, perkara ini jauh lebih besar dari apa yang dilihat denganpandangan zahir. Ia merupakan salah satu urusan Allah dalam alam wujud ini. Iaadalah satu ketetapan dan ketentuan Allah di dalam sistem kewujudan yang tidak

    terpisah dari urusan langit dan bumi, urusan masa lalu dan masa hadapan.

    Sesungguhnya berita besar ini datang merentasi jauh kaum Quraisy di Mekah,bangsa Arab di Semenanjung Arab dan generasi yang sezaman dengan dakwah dibumi ini. Ia melampau tempat dan masa yang terbatas ini. Ia memberi efek kepadaseluruh masa depan manusia, sepanjang zaman, setiap benua dan mengolahmasadepan kemanusiaan semenjak turun ke bumi hingga ke berlakunya akhirat..

    Islam turun ke bumi pada waktu yang ditetapkan untuk memainkanperanannya di alam ini pada waktu yang telah ditentukan Allah.

    Kedatangannya telah mengubah garis perjalanan manusia kepada perjalananyang telah digariskan oleh takdir Allah. Sama ada manusia itu beriman ataumenolak, sama ada mereka berjihad bersamanya atau menentangnya, pada generasitersebut atau generasi selepasnya. Belum pernah terjadi di dalam sejarah manusiasatu peristiwa yang meninggalkan kesan dan pengaruh sebagaimana pengaruh dankesan yang ditinggalkan oleh Islam ini.

    Berita besar ini, iaitu Islam, telah membentuk banyak nilai dan tasawwur. Iabanyak menanamkan kaedah dan sistem di seluruh muka bumi dan di kalangansemua manusia. Ianya tidak pernah tergambar dalam fikiran bangsa Arab sebelumkedatangannya bahkan tak pernah dapat dikhayalkan.

    46 Abdul Waham Azam, Diwan al-Mathani, m.s. 133

  • 7/28/2019 Al-muntalaq Versi 2.0 2010- Final

    23/145

    _________________________________________________________________ versi 2.0 (2010) muntalaq.wordpress.com

    ~ 23 ~

    Ketika itu, mereka tidak terfikir bahawa Islam ini datang untuk mengubah senariodunia, mengalihkan perjalanan sejarah dan merealisasikan ketentuan Allah didalam perjalanan hidup manusia. Tak pernah tergambar ia akan mempengaruhi

    jiwa, hati dan realiti manusia dan seterusnya menghubungkan mereka denganseluruh garis perjalanan alam. Ia dihubungkan kemudiannya dengan al-haq yangtersimpan di sebalik kejadian langit dan bumi dan segala apa yang ada di antara

    keduanya. Hal ini akan berterusan sehingga hari kiamat, menyempurnakanperanannya di dalam memimpin manusia dan kehidupan.

    Umat Islam pada hari ini berdepan dengan berita besar ini sebagaimanabangsa Arab di awal kedatangannya. Mereka tidak memahami tabiat danhubungannya dengan tabiat alam ini. Mereka tidak memikirkan al-haq yangtersembunyi padanya sehingga mereka tidak memahami ianya adalah salah satucabang al-haq yang ada di dalam binaan alam ini. Mereka tidak dapat mengesanipengaruhnya dalam sejarah manusia dan garisan perjalanannya yang panjang.Mereka sepatutnya merdeka dalam pandangan mereka dan bukannya bergantungkepada cara fikir musuh-musuh yang sentiasa memperkecil-kecilkan peranan Islamdalam pembentukan hidup manusia dan penentuan perjalanan sejarah. Oleh keranaitulah orang Islam sekarang tidak mengenali hakikat peranan mereka sama adauntuk masa dulu, masakini dan akan datang; sedangkan itulah peranan yang mestidimainkan oleh umat Islam di muka bumi hingga akhir zaman.47

    Sekiranya mangsa-mangsa perencanaan dan serangan fikiran jahiliyyah ini tidakdapat memahaminya... namun anak-anak singa dai Islam ini faham. Ini dia kitadapat mendengar nasyid mereka yang mengalun tinggi dalam perjalanan merekayang diberkati:

    Kamilah pewaris yang cuba membimbing manusia

    Kamilah rahsia yang tersembunyi di sisi Allah,Matahari sentiasa menyuluh cahaya kepada kamiAwan kami mengandungi kilat dan sinar yang terang benderangKami adalah cermin kepada kebenaranKetahuilah, tanda-tanda al-haq itu: wujudnya muslim.48

    Begitulah fiqh dan kesedaran bila ia telah wujud. Tanda al-haq ialah wujudnyaperibadi muslim. Kewujudan muslim yang sedemikian rupa adalah satu kepastiansejarah; dahulu, kini dan selamanya hingga hari kiamat.

    ..al-Haq adalah tiang seri alam ini. Sekiranya alam ini lari dari tiang serinya,

    rosak binasalah ia.Firman Allah S.W.T. :

    Kalau sekiranya al-haq (kebenaran) itu mengikut hawa mereka, nescaya binasalah langit

    dan bumi dan apa-apa yang berada di dalamnya. (Al-Mukminun 23: 71)

    Oleh itu, al-haq kebenaran mesti dimenangkan dan kebatilan mestidihapuskan. Walaupun realiti semasa tidaklah sedemikian, tetapi kesudahannya

    jelas sebagaimana firman Allah:

    47 Syed Qutb, Fi Zilal al-Quran, Juzu 23, m.s. 10748 Muhammad Iqbal, Diwan al-Asrar wa al-Rumuz, m.s. 27

  • 7/28/2019 Al-muntalaq Versi 2.0 2010- Final

    24/145

    _________________________________________________________________ versi 2.0 (2010) muntalaq.wordpress.com

    ~ 24 ~

    Bahkan Kami lemparkan kebenaran di atas kebatilan itu lalu dipecahkannya. Tiba-tiba

    yang batil itu lenyap.(Al-Anbiya 21: 18)49

    Kalaulah manusia hari ini lihat Islam telah dipinggirkan dari kehidupan

    mereka, maka itu semua hanyalah umpama gerhana matahari. Segala berantakan,kezaliman dan kerosakan di muka bumi akibat jauhnya manusia dari Islam ituadalah bukti bagi orang yang dapat melihat benarnya apa yang kita sebutkan. Benarbahawa Islam adalah sebahagian dari sistem alam yang indah ini. Alam ini akanrosak tanpa kewujudan Islam.

    Burung-burung akan kembali berlindung di sarangnya semasa berlakugerhana matahari di tengahari. Secara fitrah, mereka tahu bahawa ada keganjilansedang berlaku dan waktu terbenam matahari masih jauh. Saki-baki sinaran samaryang masih tinggal menjadi harapan untuk meneruskan kehidupan kembali.Burung-burung itu terus menunggu dan enggan tidur.

    Maka begitulah juga orang yang hidup hatinya. Melalui fitrahnya, dia fahambahawa penyingkiran Islam dari kekuasaan adalah suatu peristiwa besar danluarbiasa, namun ia bukan bererti tenggelamnya Islam. Ianya hanya suatu peristiwaganjil bersifat sementara. Wujudnya jamaah yang mendokong al-haq (walaupunbilangan mereka sedikit) adalah harapan untuk mengembalikan semula Islam kepentas kehidupan. Bahkan ini merupakan bukti yang kuat bahawa Islam akanbenar-benar kembali hidup. Manusia yang lari dan memberontak itu akan kembalisemula kepada Tuhan. Mangsa pendidikan dan acuan jahiliyyah akan tersedar danakan kembali berpegang atas jalan yang lurus.

    Penyingkiran Islam dari kepimpinan manusia adalah satu kejadian dahsyatdan malapetaka yang besar dalam sejarah dan kehidupan manusia. Malapetakayang tiada tandingannya.

    Dulunya Islam telah mengambil kepimpinan ini ketika bumi telah rosak,hidup telah menjadi busuk, pemimpinnya busuk dan zalim dan manusiaseluruhnya menderita dari pimpinan itu.

    Firman Allah S.W.T.:

    Telah lahirlah kerosakan di darat dan di laut, kerana perbuatan tangan manusia. (Al-Rum30: 41)

    Islam telah mengambil kepimpinan dunia ini dengan al-Quran, dengantasawwur baru mengikut al-Quran dan syariat yang diambil dari tasawwur ini. Iamenjadi kelahiran baru untuk manusia yang lebih besar ertinya dari kelahiran iasendiri. Al-Quran telah membentuk tasawwurbaru untuk manusia ini. Tasawwurterhadap alam, nilai-nilai dan sistem-sistem. Ia juga membentuk satu realitimasyarakat yang unik. Realiti yang tak pernah terfikir oleh akal manusia sebelum iadibentuk betul-betul oleh al-Quran di dalam realiti.

    49Muqaddimah al-Zilal, Jilid 1, m.s. 7

  • 7/28/2019 Al-muntalaq Versi 2.0 2010- Final

    25/145

  • 7/28/2019 Al-muntalaq Versi 2.0 2010- Final

    26/145

    _________________________________________________________________ versi 2.0 (2010) muntalaq.wordpress.com

    ~ 26 ~

    Memuliakan dan meninggikan muslim yang bertasbih padaNyaSi jahil menyangkanya belenggu ke atas hambatetapi sujudlah yang memusnahkan segala belenggu-belenggu ituPadanya, semua makhluk akan tunduk kepada muslim yang sujudSeluruh alam takut kepada kata-kata dan perbuatannyaWajah dan seluruh anggotanya melekat di bumi

    Tetapi ia menggoncangkan gunung-ganangMeruntuhkan syirik dan was-was di dalam diri,tetapi ia juga membangunkan generasi-generasiDalam diam, kerana hati ada perjalanan yang menundukkan bumilantaran kehebatan dan kebesaranNyaSujudnya hanya kepada Allah, ia mengesakanNya, lalu mantap dan kuat

    Menghapuskan setiap penzalim yang sombongBarangsiapa menghayati sujud ini,dia menikmati kepimpinan dan ketuanan di muka bumi, dengan keagungannya,

    rahmat dan keindahannya56

    Itulah yang dinamakan sujud pembebasan. Seorang muslim itu dapatmenghancurkan belenggu nafsunya dengannya lalu dia menjadi manusia merdeka.

    Dia merdeka. Hanya menerima segala tasawwur, sistem, cara hidup, syariat,undang-undang, nilai dan neraca pertimbangan dari Allah sahaja. Jadilah dia samadengan manusia lain, semuanya berdiri pada taraf yang sama. Mengadap tuan yangsatu dan tidak menjadikan sebahagian daripada mereka sebagai Tuhan, selain dariAllah.57

    Manusia akan sentiasa menderita, kelam kabut, bimbang dan sakit selagimereka tidak sujud seperti sujud ini dan berpegang dengan akidah Islam ini.

    Penderitaan jiwa yang berterusan yang dialami -walaupun maju dalam kebendaan-benar-benar membuktikan bahawa akal sahaja tidak mampu menjadi neracaseimbang jika tidak dipandu oleh akidah yang benar. Akal sentiasa dipengaruhinafsu sebagaimana kita dapat lihat sentiasanya. Akal hilang upaya untukmenghadapi pelbagai tekanan selagi kawalan dan pertimbangan akidah tiada disampingnya.58

    Tiada kebahagiaan bagi manusia dan tiada penyelamat dari tergelunsur jatuholeh arus deras jahiliyyah melainkan mereka berpaut kepada akidah Islam yangakan memandunya ke jalan yang benar. Akidah Islam akan memberikan jawapanyang betul terhadap semua persoalan yang ada dalam benak semua manusia.

    Akidah Islam ini akan membuka pekung dakwaan pemikiran jahiliyyah yang telahlama menyekat antara manusia dengan fitrah mereka.

    Pada hari itu sahajalah, manusia akan kembali menikmati erti kebahagiaan.

    Sesungguhnya kebahagiaan itu ialah, anda hidupUntuk pemikiran yang benar dan kukuhUntuk akidah terbesar yang menyelesaikan,Permasalahan alam yang lampau

    Menjawab persoalan mereka yang kebingunganSemasa mereka sedar dan cerdik boleh berfikir

    56 Abdul Wahab Azam,Majalah al-Muslimun, Tahun 1, m.s. 96157Al-Zilal, Juzu 3, m.s. 20658Ibid, Juzu 7, m.s. 57

  • 7/28/2019 Al-muntalaq Versi 2.0 2010- Final

    27/145

    _________________________________________________________________ versi 2.0 (2010) muntalaq.wordpress.com

    ~ 27 ~

    Dari manakah aku datang?Ke manakah aku hendak pergi?Kenapa aku diciptakan? Adakah aku hidup kembali?

    Lalu bersinarlah keyakinan di dalam jiwaTerusir segala keraguan yang degilTerdidiklah fikiran yang waras

    Terciptalah akhlak yang muliaDan kembalilah setiap akal yang menyelewengkepada jalan yang benar dan lurusHidupmu akan dikurniakan nilaiOleh Tuhanmu agar hidupmu terbinaSupaya matamu memandang di segala ufukKe arah cita-cita yang tinggiLalu hiduplah kamu di dunia untuk akhiratDi sanalah kamu hidup kekal dan tidak fanaKau tudung bumimu dengan langitdan para malaikat menjadi saksiItulah akidah Islam untuk muslim yang bahagiaItulah asas, itulah tiang serinyaSesiapa yang hidup memikulnya sambil memekikdengan namanya; dialah orang yang berbahagia59

    BAB 3 : Golongan Baik Yang Dibinasakan

    Analisa sesuatu peristiwa, penafsiran sejarah dan penjelasan sebabtersembunyi terhadap natijah yang tampak.. kesemuanya itu bergantung mengikutakidah penganalisis dan penafsir tersebut dan menurut juga neraca yang digunakanbagi mengukurnya. Ini melibatkan semua fenomena samada sosial, politikmahupun ekonomi.

    Dari sinilah berlaku perbezaan ketara dalam penafsiran dan ijtihad. Seorangberiman akan dapat melihat dengan jelas hubungan di antara natijah denganperistiwa-peristiwa dan keadaan disekelilingnya, seolah-olah ia boleh dilihat,

    disentuh dengan tangannya, dikupas lalu terbukalah kulit yang menutupnya.Tetapi, si kafir, jahiliyyah atau fasik tidak dapat melihat kesemua ini kerana hatinyatelah tertutup oleh kelalaian, hawa nafsu dan syahwat.

    Perbezaan begini semuanya adalah disebabkan oleh perbezaan neraca.

    Di antara fenomena sejarah terpenting yang berbeza penafsiran atauanalisanya ialah fenomena gejala sosial, kemunduran dan keruntuhan tamaddunyang berlaku selepas sesuatu kemajuan sains, binaan dan kebudayaan yang tinggi.Kejatuhan ini berlaku secara beransur-ansur sehingga berakhir dengan kemusnahantotal mengejut oleh satu kuasa luar biasa.

    59 Yusuf al-Qardhawi,Majalah a;-Tarbiyah al-Islamiyah, Tahun ke-6, m.s. 278

  • 7/28/2019 Al-muntalaq Versi 2.0 2010- Final

    28/145

    _________________________________________________________________ versi 2.0 (2010) muntalaq.wordpress.com

    ~ 28 ~

    Si kafir dan fasik berlegar-legar berputar di circle kosong dan semuanya adalahandaian bingung terhadap fenomena ini. Tetapi bagi muslim, mereka mempunyaisatu kata putus dan pasti di dalam tafsirannya. Ia di ambil dari al-Quran dansunnah Rasulullah s.a.w. dan telah disimpulkan oleh Amirul Mukminin Umar binAl-Khattab r.a. dengan satu perkataan yangjamik tatkala beliau ditanya:

    Adakah sesebuah negeri itu boleh musnah padahal ia kelihatan makmur

    maju?Beliau menjawab: Ya, apabila orang-orang jahat menguasai orang-orang

    baik.60

    Inilah sebabnya dan inilah penyakit pembunuhnya.Penguasaan si zalim ke atas golongan yang baik adalah sebab kepada segala

    kelam kabut dan rosaknya dunia.Apabila si zalim atau fasik berkuasa, mereka akan melantik orang yang jahat

    dan fasik seperti mereka juga untuk mengurus apa-apa urusan. Mana-mana si fasiqtak dapat tidak adalah tawanan nafsu dan dah tertutup hatinya. Mereka hidup lalaidan tidak berfikir pun untuk kebaikan bangsa dan negara mereka.

    Mereka juga bekerja untuk kepentingan peribadi mereka. Bertindak zalim,menindas dan menyeleweng. Banyak tenaga dan kemampuan kemanusiaandipersia-siakan. Orang yang benar-benar layak dan berpotensi terpaksabersembunyi mencari perlindungan kehormatan dan jasad mereka dari dicerobohidan diseksa. Tinggallah urusan pentadbiran umat dipegang oleh mereka yang jahildan berkepentingan. Hasilnya tersebarlah gejala keruntuhan masyarakat yangakhirnya membawa kemusnahan ekonomi dan ketamadunan ilmu.

    Allah S.W.T. sangat sayang kepada agama dan kehormatan hamba-hambaNya. Oleh itu, tatkala ummat ini dikuasai oleh golongan fasiq, Dia memberi

    peluang kepada mereka. Allah S.W.T. suka sekiranya ada sekumpulan hambaNyayang baik akan bersegera memperbaiki keadaan ini, melawan dan menjatuhkangolongan yang jahat itu demi untuk mengembalikan manusia ke pangkal jalan danmengembalikan kemakmuran. Jika ada kumpulan yang segera merealisasikanusaha ini, Allah menyuruh para malaikat untuk menolong mereka danmembukakan pintu limpah kurniaNya, berkatNya dan taufiqNya kepada mereka.

    Jika ini tidak berlaku, Allah akan memberi masa lagi dan terus memberi masa.Hingga bila golongan fasiq itu terus bermaharajalela dan orang baik pula terustakut dan bacul untuk menjalankan misi amar makruf nahi mungkar, ketika ituAllah akan tersangat murka. Apabila Allah murka, kemurkaanNya akan terkenakepada seluruh manusia sama ada yang jahat; kerana kejahatan dan kezaliman

    mereka, dan juga orang yang baik; kerana diam mereka, malas dan redha menjadihina.

    Ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w membuktikan perkaraini sebagaimana yang disebutkan oleh Imam al-duah, Syeikhul Islam TaqiyuddinAhmad Ibnu Taimiyah Al-Harrani ketika menjelaskan firman Allah S.W.T. :

    Takutilah fitnah (azab bencana) yang tidak khusus hanya menimpa orang-orang yang zalimsaja di kalangan kamu.. (Al-Anfal 8:25)

    Ibnu Taimiyah berkata:

    60 Ibnu al-Qayyim,Al-Jawab alKafi li Man Suila An al-Dawa al-Syafi, m.s. 45

  • 7/28/2019 Al-muntalaq Versi 2.0 2010- Final

    29/145

    _________________________________________________________________ versi 2.0 (2010) muntalaq.wordpress.com

    ~ 29 ~

    Sekumpulan salafussoleh telah membaca ayat tersebut dengan satu qiraat lain yang maksudnya:

    Azab itu pasti akan menimpa khusus ke atas mereka yang zalim sahaja.Kedua-dua qiraat di atas betul kerana orang yang telah melampaui batas-batas

    Allah adalah termasuk di dalam kategori zalim. Manakala orang yang tidakmenegah orang zalim dari kezaliman di sini ada dua kemungkinan. Kemungkinan

    pertama dia dianggap tidak zalim kerana dia tidak bersubahat dengan orang zalimitu. Kemungkinan kedua mereka juga dianggap zalim kerana tidak menegah orangzalim padahal perbuatan zalim ituwajib dihalang.

    Sebagaimana firman Allah S.W.T. :

    Tatkala mereka melupakan apa-apa yang diperingatkan kepada mereka, kami selamatkanorang-orang yang melarang kejahatan dan Kami seksa orang-orang yang zalim dengan azabyang keras, disebabkan mereka fasik. (Al-Araf 7:165)

    Allah menyelamatkan orang-orang yang menjalankan nahi mungkar danmenegah. Manakala mereka yang hanya benci pada dosa dan kejahatan dan berkata:

    Untuk apa kamu menasihati kaum yang Allah nak binasakan mereka atau menyiksa

    mereka dengan azab yang keras. (Al-Araf 7:164)Sebahagian besar dari ulama menyatakan bahawa golongan kedua ini pun

    selamat kerana mereka itu benci kepada kejahatan dan menegah sekadarkemampuan mereka.

    Manakala golongan yang tidak menyangkal langsung, maka mereka itu jugaadalah termasuk dalam kategori zalim dan akan diazab, sebagaimana sabdaRasulullah s.a.w :

    Sesungguhnya manusia, apabila mereka melihat si zalim dan mereka tidakmenghalangnya, hampirlah Allah mengenakan mereka semua dengan azab daripadaNya.61

    Hadis itu menyokong ayat di atas. Apa yang dimaksudkan di sini bahawakedua-dua bacaan tersebut (dengan penafian dan pengesahan nafi dan ithbat)boleh dipakai dengan makna:

    Bukan sahaja menimpa orang yang zalim dan melampau sahaja bahkan azab ituterkena juga sesiapa yang melihat kemungkaran tetapi tidak merubahnya.

    Manakala siapa yang membaca dengan qiraat :Pasti akan menimpa khusus orang yang zalim dari kamu sahaja Maka akan

    termasuk dalam pengertian zalim ialah orang yang tidak menyangkal kezalimansedangkan dia mampu berbuat demikian. Mungkin erti ayat ini ialah mereka itudiazab di dunia dan dibangkitkan di akhirat mengikut niat mereka. Sama sepertiangkatan tentera yang memerangi kakbah lalu mereka dibinasakan seluruhnyatermasuk askar-askar yang dipaksa. Mereka ini dibangkitkan mengikut niatmereka.62

    61 Sunan Tarmizi, 10/320. Juga diriwayatkan oleh Abu Dawud, Ahmad, Ibnu Abi Syaybah, Baihaqi dll.62 Ibnu Taimiyah,Majmu Fatawa, Juzu 17, m.s. 382

  • 7/28/2019 Al-muntalaq Versi 2.0 2010- Final

    30/145

    _________________________________________________________________ versi 2.0 (2010) muntalaq.wordpress.com

    ~ 30 ~

    Di dalam tafsir ayat ini, Syed Qutb menyatakan bahawa Allah S.WT.menyebut balasan mereka yang melarang dari kejahatan ialah selamat. Manakalabalasan bagi mereka yang zalim pula ialah ditimpa azab yang keras. Mereka yangmengingkari di dalam hati sahaja dan tidak melarang dari kemungkaran, Allahs.w.t. tidak menerangkan kepada kita balasan mereka dan tidak memberitahu kitanasib mereka. Senyapnya Allah dari menceritakan nasib mereka merupakan satu

    balasan untuk golongan yang seperti ini.

    Majoriti ulama yang memperkatakan tentang ayat ini telah menyatakanbahawa mereka yang mendiamkan diri itu akan diazab juga kerana sikap merekaitu. Kenyataan ini ada diterangkan dengan jelas oleh Imam al-Qurtubi di dalamtafsirnya.

    Sebahagian ulama mensifatkan balasan itu sebagai qanun azab jamaI dalamsunnatuLlah. Ianya adalah qanun yang menggerun dan menakutkan, mendorongmereka yang tahu dan faham, atau menjadikan mana-mana orang yang berkuasauntuk segera mengubah kemungkaran yang sedang berlaku, supaya azab yangdemikian tidak menimpa seluruh masyarakat.63

    Tugas ini lebih berat lagi terkena ke atas pemerintah; kerana merekamempunyai kuasa untuk menyuruh dan menghalang. Allah mengubah dengankuasa apa-apa yang tidak dapat diubah oleh al-Quran. Sekiranya merekamemperbaiki masyarakat menurut hukum syariat Islam, membasmi kemungkaran,menegakkan keadilan dan memusnahkan punca maksiat, maka Allah akanmemberi pahala kepada mereka; dengan sebaik-baik pahala di dunia dan sebaik-baik pahala di akhirat dan seterusnya mengukuhkan kekuasaan mereka di bumi.Tetapi sekiranya mereka mengabaikan tugas ini, Allah akan menjatuhkan

    hukumanNya ke atas mereka dan menimpakan azab kepada mereka dan rugilahmereka di dunia dan di akhirat, semoga Allah memperlindungi kita dari kehinaanitu.64

    Orang yang memiliki hati yang hidup, dengan fitrah imannya mereka dapatmerasai bahawa semua malapetaka, kekalahan dan kemunduran yang menimpaorang Islam hari ini, itu semua hanyalah suatu muqaddimah dan amaran terhadapazab yang lebih besar yang akan berlaku di hadapannya.

    Umat Islam pada hari ini hanya tinggal Islam pada nama sahaja.Penyelewengan telah berlaku jauh. Seseorang Islam itu sudah cukup untukdikatakan menyeleweng apabila dia meninggalkan jihad di jalan Allah, melekat

    pada dunia, mencintai dunia melebihi akhirat, tunduk kepada syahwat dantenggelam dalam maksiat, hingga mereka dihina oleh Allah dengan kegagalan yangpaling besar kepada mereka dan menjadikan pimpinan mereka pada tangangolongan yang menyeleweng dan rosak.65

    Menyedari hakikat ini, orang yang berhimmah tinggi wajarlah menyayangidirinya agar tidak terkena qanun azab yang menggerunkan itu. Qanun azab ituadalah kepungan kukuh yang sedang mengepungnya sekarang. Usaha melepaskandiri dari menjadi mangsa rancangan penjinakan anak-anak singa sahaja belummemadai. Bahkan tidak memadai juga apabila telah selamat dari semua itu.

    63Majalah al-Tarbiyah al-Islamiah, tahun Keenam, m.s. 2664 Ibid65 Ustaz al-Sawwaf, Marakah al-Islamiah, m.s. 24

  • 7/28/2019 Al-muntalaq Versi 2.0 2010- Final

    31/145

    _________________________________________________________________ versi 2.0 (2010) muntalaq.wordpress.com

    ~ 31 ~

    Tidak ada jalan untuk melepaskan diri dari kepungan qanun azab Allah yangmenggerunkan itu kecuali satu tingkap sahaja sekarang. Tingkap ini ialah amarma'ruf, nahi mungkar, menentang ahli mungkar, berjalan di jalan dakwah danmenyeru manusia kepada solat serta tunduk kepada syariat Allah.

    Langkah di atas perlu dilaksanakan sebelum tibanya qanun tamathul -

    persamaan qanun sunnatullah di alam ini yang akan membinasakan mereka.Sebelum mereka ditimpakan azab kerana melakukan maksiat-maksiat yangmenyebabkan Allah membinasakan umat yang lalu.

    Sesuatu yang serupa itu mengambil hukum yang sama dengan yangserupanya. Apa yang terjadi kepada sesuatu, terjadi juga kepada apa yang samadengannya. Mustahil dua perkara yang sama mempunyai hukum yang berbezasebagaimana mustahilnya dua perkara berbeza sama hukumnya.

    Qanun ini berlaku sama saja, ke atas individu atau bangsa-bangsa, hal duniaatau akhirat. Perkara ini ditunjukkan oleh al-Quran, di antaranya:

    1.Firman Allah yang menerangkan apa yang berlaku ke atas kaum YahudiBani Nadhir, yang ditimpa azab dunia akibat kufur, memungkiri janji danmenipu Rasulullah s.a.w. dan orang-orang yang beriman :

    Dia yang mengeluarkan orang-orang yang kafir ahli kitab (Yahudi) dari kampung

    mereka, bagi kali pertamanya. Kamu tidak pernah menyangka bahawa mereka akan keluar,

    dan mereka pula merasai benteng-benteng mereka akan dapat melindungi mereka dari(seksaan) Allah. Allah datangkan (seksaan) kepada mereka dari luar jangkaan mereka dandicampakkan ketakutan ke dalam hati mereka. Mereka robohkan rumah-rumah merekadengan tangan mereka sendiri dan dengan tangan orang-orang Mukmin (dalam

    pertempuran). Maka ambillah pengajaran(iktibar) hai orang-orang yang berakal. (Al-Hasyr 59: 2)

    Perintah Allah supaya orang-orang yang berakal mengambil iktibar di dalamayat: Maka ambillah pengajaran(iktibar) hai orang-orang yang berakal, jelasmenunjukkan kepada qanun persamaan. Dengan kata lain, ayat itu bermaksud,Wahai orang-orang yang mempunyai akal yang ok! Perhatilah apa yang terjadi itu

    dan jaga-jaga supaya kamu tidak ditimpa azab yang sama sekiranya kamu berbuatperbuatan yang sama. Sesungguhnya sunnatullah (undang-undang Allah) hanyasatu dan ia berlaku kepada semua. Apa yang terjadi ke atas sesuatu akan terjadi keatas sesuatu yang seumpama dengannya.

    Jelasnya, arahan supaya mengambil pengajaran itu tidak ada faedahnya jikaperkara perbandingan itu tidak menerima hukuman yang sama dengan hukumyang terkena kepada perkara yang seumpama dengannya.

    2. Allah S.W.T. berfirman :

  • 7/28/2019 Al-muntalaq Versi 2.0 2010- Final

    32/145

    _________________________________________________________________ versi 2.0 (2010) muntalaq.wordpress.com

    ~ 32 ~

    Sesungguhnya Kami telah binasakan beberapa umat sebelum kamu, tatkala merekaberlaku zalim. Dan telah datang beberapa rasul kepada mereka dengan (membawa)keterangan, tetapi mereka tidak mahu beriman. Begitulah kami membalas kaum yang jahat.(Yunus 10: 13)

    Ayat al-Quran yang bermaksud Begitulah kami membalas kaum yangjahat(mujrim) menunjukkan bahawa apa yang terjadi kepada mujrim dahulu akan

    terjadi kepada mujrim yang muncul selepas mereka. Suatu perkara itu dihukumsama dengan yang seumpama dengannya. Sunnatullah itu satu dan ia berlakukepada setiap orang yang jahat. Allah sahajalah tempat kita meminta pertolongan.

    3. Allah S.W.T. telah berfirman :

    Mengapa mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu memperhatikan bagaimanakesudahan buruk orang-orang yang sebelum mereka? Allah telah membinasakan mereka; danuntuk orang-orang kafir (akan mendapat kebinasaan) yang sama seperti itu. (Muhammad47: 10)

    Ayat itu jelas menunjukkan bahawa kemusnahan yang menimpa orang-orangkafir dahulu akan menimpa juga kepada orang-orang kafir yang kemudian keranamereka itu sama-sama bersifat kufur, degil dan dusta. Oleh itu mereka akanmenerima kesudahan yang sama.

    4.Allah S.W.T. telah berfirman :

    Bukanlah semata-mata angan-angan kamu saja dan bukan semata-mata angan-angan

    ahli Kitab. Barangsiapa mengerjakan kejahatan, nescaya akan dibalas dengan kejahatanpula. (An-Nisa 4: 123)

    Balasan jahat akan menimpa sesiapa yang membuat kejahatan, siapapun jugayang membuatnya tanpa pengecualian, perbezaan dan penangguhan.

    5.Allah S.W.T. telah berfirman :

    ( 75) Adakah patut Kami akan jadikan orang-orang Islam sama seperti orang-orang yang

    berdosa? Macamana lah kamu ni..!, kamu hukum macammana ni..? (Al-Qalam 68: 35-36)Firman Allah S.W.T. :

    Bahkan adakah orang-orang yang memperbuat kejahatan mengira bahawa Kami akanmenjadikan mereka seperti orang-orang yang beriman dan beramal saleh, bersamaan hidupdan mati mereka. Amat jahat hukuman mereka itu!(menyamakan orang jahat dengan orangbaik). (Al-Jaathiyah 45: 21)

    Firman Allah S.WT. :

  • 7/28/2019 Al-muntalaq Versi 2.0 2010- Final

    33/145

  • 7/28/2019 Al-muntalaq Versi 2.0 2010- Final

    34/145

    _________________________________________________________________ versi 2.0 (2010) muntalaq.wordpress.com

    ~ 34 ~

    Inilah yang benar-benar menakutkan hati orang Islam. Amaran Allah kepadaorang yang terus berdiam diri, membisu dan tidak menghalang kemungkaran yangsedang berlaku.

    Mereka yang membisu itu sentiasa resah gelisah, tidak mendapat ketenangan

    dan ketenteraman iman. Ketenangan ini hanya khusus untuk mereka yang beranimenyatakan kebenaran dan menceritakan tentang syurga sahaja. Hanya untukmereka yang bercerita tentang keunggulan dan keadilan Islam. Mereka jugamengingatkan manusia tentang azab neraka jahanam dan qanun persamaanbalasan Allah S.W.T.

    Dengan ini mereka telah mewarisi tugas Rasulullah S.A.W. yang diutus kepadamanusia untuk menceritakan berita gembira dan ancaman dari Allah S.W.T.Dengan kata lain, mereka melakukan dakwah kepada Allah. Atau dengan istilahsebahagian fuqaha, mereka ialah; Orang-orang yang melaksanakan tugas hisbah68

    dengan mengihtisabkan pahala dan Allah di dalam melakukan nasihat,menegakkan amar makruf dan nahi mungkar.

    Ibnu Taimiyah telah menerangkan definisi dakwah dengan katanya: Dakwahkepada Allah ialah menyeru manusia agar beriman dengan Allah dan apa-apa yang telahdibawa oleh para RasulNya, membenarkan apa yang telah diberitakan oleh mereka dan taatkepada perintah mereka.69

    Dakwah dan Dai dari Sudut Bahasa dan Kata DasarnyaPerkataan dakwah merupakan satu istilah Islami. Ada hubungan yang erat antara

    erti asal perkataan ini dari sudut bahasa dengan penggunaannya dalam istilah

    Islami. Istilah ini tidak terdapat pada agama dan ajaran lain.Pertamanya, kita lihat perkataan ini sebagai kata kerja iaitu daawamenurut timbangan kata kerja faala. Dalam kaedah bahasa Arab, apabilahuruf illah Wau, didahului dengan huruf berbaris di atas, maka huruf illah ituditukar menjadi Aliflalu perkataan tadi menjadi daa .

    Perkataan ini dari segi bahasanya hanya mengandungi satu makna sahaja iaituanda cenderungkan sesuatu kepadamu dengan menggunakan suara danpercakapan darimu. Sila rujukMujam Maqayis al-Lughah,Jilid 2, mukasurat 279.

    Mencenderungkan di sini terbatas kepada dua medium sahaja iaitu suara dankata-kata yang lahir dari pembicaranya. Ketika itu perkataan daa tidakmempunyai makna lain. Bila anda membaca firman Allah S.W.T.:

    Siapakah yang terlebih baik perkataannya dari orang yang menyeru kepada Allah

    (agamaNya) dan beramal soleh. (Fussilat 41: 33)Anda akan memahami bahawa Allah S.W.T. mengutamakan orang-orang

    yang menyeru kepadaNya kerana dialah yang paling baik perkataannyaberbanding orang yang tidak menyeru kepada Allah.

    Semua perkataan yang terbit dari kata dasar ini tidak akan terkeluar

    68Hisbah ialah satu istilah Perundangan Islam yang bermaksud menguatkuasa bagi hukum syariah. (Pnt)69 Ibnu Taimiyah,Majmu Fatawa, 15/157

  • 7/28/2019 Al-muntalaq Versi 2.0 2010- Final

    35/145

    _________________________________________________________________ versi 2.0 (2010) muntalaq.wordpress.com

    ~ 35 ~

    pengertiannya dari maksud ini juga. Contohnya dua kerana ia berasal dari duawun dari daawta. Oleh kerana huruf Wau datang selepas hurus

    Alif maka huruf Wau ditukar menjadi Hamzah. Kata terbitan itu ada kalanyamuncul dalam bentuk lain. Al-Jauhari telah berkata: Kunnna fidawati al-Fulan wa mudah (yang bermaksud: ...kami diajak oleh seseorang...),ianya sama erti dengan: al-Dawah ila.. (yang bermaksud: . . seruankepada...). Pengarang Kamus al-Muhit berkata: perkataan daa, dua dan daawa bererti mencenderungkan dan menggalakkan kepada sesuatu.

    Dari penerangan di atas, kita dapat memahami terdapat hubungan yang eratantara pengertian kata kerja daa dari sudut bahasa dengan pengertian istilahyang digunakan oleh al-Quran. Oleh itu, Firman Allah S.W.T. : Serulah manusiakepada jalan Tuhanmu, perkataan serulah di sini bermaksud mencenderungkandan menggalakkan.

    Orang yang melaksanakan kerja dan memikul beban dakwah agar ia sampaikepada manusia disebut sebagai al-daie atau

    al-daiyah . Al-daie

    ialah kata nama pembuat iaitu kata nama daa. Manakala al-daiyah jugamerupakan satu bentuk kata nama pembuat yang ditambah dengan huruf ta dihujungnya untuk menunjukkan erti bersangatan atau gigih berdakwah. Kata

    Jamaknya dikatakan duat atau daun manakala bagi dai wanita yangramai kita katakan mereka sebagai daiyat.70

    Dakwah adalah Tugas Para Rasul dan Pengikut mereka.Al-Rasul S.A.W telah menjalankan kerja dakwah ini. Baginda memerintahkan

    mereka dengan apa yang diperintahkan Allah, melarang mereka