aktiviti pergunungan di malaysia

246
AKTIVITI PERGUNUNGAN DI MALAYSIA

Upload: freedom

Post on 28-Oct-2015

621 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

AKTIVITI

PERGUNUNGAN

DI MALAYSIA

i

Kenapakah kita bersusah payah meredah hutan, bukit-bukau, menyusuri sungai berarus deras, tebing curam, dan laluan becak.. Sanggup mengambil risiko yang begitu tinggi di hutan yang dipenuhi binatang liar dan buas.. Sanggup meninggalkan dunia moden untuk

tidur di atas tanah, berhujan, berpenat-lelah dan menempuh pelbagai kesusahan dan kesukaran.. kadang-kadang trekking dalam hujan lebat dan malam yang gelap gelita..

Tidak semua orang sanggup melakukan apa yang kita lakukan..

Kepuasan dan kenikmatan.. Hanya para pendaki dapat merasai kepuasan dan kenikmatan apabila mendaki gunung.. Keindahan pemandangan di puncak dan

mengharungi trek yang mencabar kekuatan fizikal dan mental adalah kepuasan yang paling tinggi.. Walaupun tangan calar-balar meredah resam dan buluh, kaki krem

melayan pacak berjam-jam, tangan luka terpegang duri atau jatuh tergolek kita tetap puas apabila berjaya mengharunginya.. Menawan puncak tidak sepatutnya dijadikan

matlamat sesuatu pendakian.. Kita seharusnya menghayati apa yang ada disekelilingnya.. Menikmati keindahan ciptaan Allah dan bersyukur kepada-Nya.. Namun setiap pendaki mempunyai matlamat tersendiri.. tepuk dada tanya selera.. yang penting

kita dapat mempelajari sesuatu dalam setiap pendakian..

Sebagai seorang pendaki kita perlu melengkapkan diri dari masa ke semasa dengan ilmu-ilmu alam, survival, muka bumi dan segala ilmu yang berkaitan dengan aktiviti yang kita jalankan agar dapat dijadikan panduan dan rujukan bila diperlukan.. Tidak

wajar sama sekali kita mendaki tanpa apa-apa ilmu didada.. Sekiranya berlaku kecemasan, siapakah yang akan membantu kita dalam hutan belantara sana..

Pesanan terakhir, sekurang-kurangnya pelajarilah ilmu asas pendakian. Jadilah seorang pendaki yang berilmu, beretika, tidak mementingkan diri sendiri walaupun dalam keadaan terdesak sekalipun dan jangan sesekali berasa megah dengan diri sendiri

- Pendaki Bebas -

ii

Kebanyakan maklumat adalah dari laman web Gunung Online (GO), Kasih Hutan Kita (KHK), Orang Gunung Kuala Lumpur (OGKL), KelanaOnline,

Mountain Forays Malaysia dan Multiply rakan-rakan pendaki - Poncho, Kenshina, Adlyana, Karat, Bett, Defzone, Musz SOS, Somphob, Adik Idan

Jutaan terima kasih kepada Bett (GO), Mat Saiko (KHK) dan Deeno (OGKL) yang telah

memberi kebenaran pengambilan sebarang maklumat untuk dikongsi bersama. GO, KHK dan OGKL merupakan penyumbang utama dalam catatan ini

Maklumat dalam catatan ini bukan untuk individu tertentu semata-mata tetapi untuk

dikongsi bersama semua penggiat aktiviti pergunungan

Semoga rakan-rakan pendaki dan trekker sekalian mendapat sedikit ilmu dan manfaat dari catatan yang diberikan dan berjaya menjadi salah seorang daripada

Prof. DR. G7 (Phd. treking) major sondolan dalam aktiviti pergunungan di Malaysia suatu hari nanti

Untuk maklumat terkini mengenai aktiviti pergunungan di Malaysia sila layari : http://gunungonline.com/forum/

http://markas.bintang3.net/

( Laman web komuniti warga gunung seluruh Malaysia )

TOPIK MS

1. SENARAI GUNUNG-GUNUNG DI MALAYSIA

- Senarai Gunung Mengikut Ketinggian 1 - Senarai Gunung Mengikut Negeri 5

2. BANJARAN GUNUNG DI SEMENANJUNG MALAYSIA 9 3. CHRONOLOGY OF MALAYSIAN MOUNTAIN EXPLORATION

(1851-1986) 10

4. G7-11 - Pendapat Pendaki: Grad G7 12 - Trans Titiwangsa V1 24 - Trans Titiwangsa V2 25 - Trans V3 26 - Gunung Tahan 28 - Korbu-Gayong 29 - Yong Belar 30 - Chamah-Ulu Sepat 30 - Yong Yap 31 - Batu Puteh 32 - Irau 33 - Benom 33 - Gerah 34

5. SISTEM FIZIKAL BUMI - Medan Magnet Bumi 36 - Fizikal Muka Bumi 36 - Sistem Geomofologi 37 - Asal Usul Sistem Gunung-Ganang 37 - Gunung Lipat 38 - Gunung Gelinciran 39 - Gunung Berapi 39 - Struktur Gunung Dan Bumi 40 - Tektonik 40 - Ketinggian Gunung 41 - Sebab Gunung Perlu Dijaga 41

6. KEPELBAGAIAN BENTUK MUKA BUMI

- Gunung 42 - Bukit 42 - Busut 42 - Tanah Tinggi 42 - Batu 42

- Banjaran 43 - Permatang 44 - Genting 44 - Pelana Bukit 44 - Susuh Bukit 44 - Tebing 45 - Tubir 45

7. JENIS-JENIS HUTAN DI SEMENANJUNG MALAYSIA - Hutan Berdasarkan Ketinggian 46 - Hutan Berdasarkan Tanah Rendah 48 - Hutan Paya 50 - Hutan Pantai 51 - Hutan Pinggir Riparian 51 - Hutan Buluh 51 - Hutan Gelam 52 - Hutan Terpulihara 52 - Hutan Hutan Belukar / Sekunder 53

8. XPDC (PLANING STAGE) - Teknik Trail 54 - Matlamat Asal / Objektif 54 - Jenis Aktiviti 55 - Lokasi 55 - Tempoh diperlukan 55 - Kelengkapan dan Persediaan 56 - Kemudahan Pengangkutan 56 - Kawalan Kewangan 56

9. PANDUAN TREKKING DI DALAM HUTAN - Night Trekking 57 - Kedudukan Posisi Penting Dalam XPDC 58 - Tugas Dan Tanggungjawab Posisi 58 - Etika Pergerakan 60 - Kecemasan Semasa Bergerak 62 - Ahli Sesat 64

10. TIPS DALAM PENDAKIAN - Tips Umum 65 - Clothing 66 - Equipment 67 - Food 68

11. TRAINING & SENAMAN - Cardiovascular 69 - Strenght 69

- Endurance 69 - Manfaat Berjalan Kaki 70 - Senaman Yang Efektif 70 - Apa Yang Perlu Ada Dalam Sebuah Senaman 71

12. KEKUATAN FIZIKAL & MENTAL - Kekuatan Fizikal 72 - Kekuatan Mental 73

13. PERKHEMAHAN 74

- Tips Tapak Perkhemahan 75 - Ciri-Ciri Pemilihan Tempat 75

- Penyusunan Tapak Perkhemahan 76 - Perlindungan Semulajadi 76 - Perlindungan Rekaganti 77

14. DIRECTION & PATH FINDING 78 15. TRACKING TECHNIQUES

- Menganggar Jarak Perjalanan 79 - Naismith's Rule 79

16. MERAMAL CUACA DALAM HUTAN - Petua Meramal Cuaca 80

17. SUMBER MAKANAN & TENAGA - Trail Snack 82 - Survival Mencari Makan Dalam Hutan 82 - Survival Mencari Sumber Air 83

18. CARA HIDUPKAN API 84 - Cara Lain 84 - Umpan 86

19. SIMPULAN-SIMPULAN BERGUNA - Simpulan Buku Sila 87 - Tindih Kasih 87 - Bunga Geti / Bunga Keti 88 - Simpul Manuk atau Clove Hitch 88 - Simpul Belit atau Two Half Hitch 88 - Simpul Himpit 89 - Simpul Pulih / Sheep Shank 89 - Bunga Geti Berganda / Double Sheet 89 - Taut line 89 - Lilitan Balak / Timber Hitch 90 - Tindih Kasih Berganda / Bowline On A Bight 90

20. PERSEDIAAN UNTUK MENYONDOL / TRAILBLAZING 93 21. KESAN TANDA / MARKING

- Jenis Kesan Tanda 95 - Takik 95 - Cat atau Aerosol Spray 96 - Badge Marking 96 - Tabur Kertas 96 - Route Marking 97

22. GPS - GLOBAL POSITIONING SYSTEM 98 23. PHILOSOPHY OF SURVIVAL

- Survival 100 - Definasi Survival 102 - Definasi Survival Hutan 102 - Prinsip Survival 103 - Hukum Survival 103 - Strategi dan Teknik Survival 104 - Etika Survival 104 - Seni Survival 104 - Konsep Survival 107 - Aplikasi 108 - Masalah Mental Dalam Survival 111 - Karektor Yang Harus Ada Sebelum Mempraktikkan Teknik Survival 112

24. ADAB & TATACARA KEMBARA

- Permulaan 115 - Keadaan Fizikal dan Mental 115 - Bag 116 - Pakaian 117 - Khemah 118 - Unggun Api 118 - Belerang 118 - Makanan 119 - Peralatan 119 - First Aid Kits 119 - Pengembaraan yang melebihi dua hari 120 - Berjalan 120 - Kebersihan 122 - Saiz kumpulan 122 - Ancaman Bahaya 122

25. ETIKA BEREKSPEDISI 125 - Tips Pengurusan Sampah 127

26. SPIRIT OF MOUNTAINEERING 128 - Penjagaan & Kecergasan Tubuh Badan 129 - Semangat XPDC 129 - Matlamat Individu & Kumpulan 130 - Komitmen Mendaki 130

27. BEG GALAS / BACKPACK - Saiz 132 - Menyusun Barang Dalam Beg 133 - Pengagihan Beban 134

28. SLEEPING BAG

- Comfort Zone 135 - Filling 136 - Shape 136

29. KASUT HIKING 137 30. SURVIVAL KIT / SURVIVAL PACK 139 31. KHEMAH

- Jenis-Jenis Khemah 141 - Penjagaan Khemah 142 - Keselamatan Dalam Khemah Igloo 143 - Susun Atur Khemah 143

32. FIRST AID ITEMS - Dressing Items 144 - Medications 145

33. PAINKILLER 146 34. AMS (ACUTE MOUNTAIN SICKNESS) 148 35. HYPOTHERMIA - Cara Mengatasi 149 36. RESCUE & PARAMEDIC TIPS

- CPR 152 - Kaedah CPR 153

37. ULAR - Patukan Ular 154 - Tanda-Tanda Patukan Ular Berbisa 155 - Langkah-Langkah Yang Perlu Dilakukan Sekiranya Anda Dipatuk Oleh Ular Yang Berbisa 155

- Perkara Yang Perlu Dielakkan 156 - Pressure Immobilazation Technique ( P.I.T.) 157 - Langkah-Langkah Keselamatan 157 - Jenis-Jenis Ular Di Malaysia 158

38. HARIMAU 160 - Harimau Belang 161 - Tips Bila Terserempak Dengan Harimau 162

39. TUMBUHAN BERACUN

- Kesan Pendedahan 163 - Rawatan 164 - Cara Pencegahan 164 - Cendawan Beracun 165 - Cara Cendawan Membiak 165 - Simptom-Simptom Keracunan Cendawan 165 - Rawatan Keracunan Cendawan 166

40. Log XPDC - Trans Titiwangsa V1 167 - Trans 4 Bintang 179

41. GUNUNG CHECK LIST 186 42. LOKASI KAWASAN PERGUNUNGAN DI MALAYSIA 187 43. DATA GUNUNG DI MALAYSIA

- Gunung Angsi 188 - Gunung Bah Gading / Bar Gading 188 - Gunung Batu Puteh [Putih] 190 - Gunung Belumut 191 - Gunung Benom [Benum] 192 - Gunung Berembun 193 - Gunung Besar Hantu 193 - Gunung Bunga Buah 194 - Gunung Chamah - Ulu Sepat 195 - Gunung Gagau 196 - Gunung Gajah Terom 197 - Gunung Gerah - Gunung Bieh 198 - Gunung Irau - Gunung Brinchang 199 - Gunung Kenderong 200 - Gunung Kinabalu 201 - Gunung Ledang 204 - Gunung Liang Timur-Liang Barat 208 - Gunung Mat Chinchang 209 - Gunung Nuang 209

- Gunung Perdah-Jasar 210 - Pine Tree Hill-Twin Peak 211 - Gunung Rabong 212 - Gunung Serudum (Serudom) 214 - Gunung Stong-Gunung Ayam 215 - Gunung Swettenham 218 - Gunung Tahan 218 - Gunung Tambuyukon 221 - Gunung Tangga 223 - Gunung Tebu 224 - Gunung Tok Nenek 226 - Trans Titiwangsa V1 226 - Trans Titiwangsa V2 230 - Gunung Trusmadi 231 - Gunung Gap-Ulu Semangkuk 232

44. INDEKS 234

Senarai Gunung-Gunung Di Malaysia

1

SENARAI GUNUNG-GUNUNG DI MALAYSIA Senarai Gunung Mengikut Ketinggian 1. Gunung Kinabalu 13,455 Sabah Kinabalu Park, Sabah 2. Gunung Trusmadi 8,669 Sabah 3. Gunung Tambuyukon 8,462 Sabah 4. Gunung Murud 7,946 Sarawak 5. Gunung Mulu 7,795 Mulu Park, Sarawak 6. Gunung Tahan 7,174 Taman Negara Pahang 7. Gunung Korbu 7,162 Ipoh, Perak 8. Gunung Yong Belar 7,156 Perak/Kelantan 9. Gunung Gayong 7,129 Perak 10. Gunung Chamah 7,122 Tasek Temenggor, Perak/Kelantan 11. Gunung Yong Yap 7,113 Kuala Mu, Perak 12. Gunung Ulu Sepat 7,089 Tasek Temenggor, Perak/Kelantan 13. Gunung Batu Putih 6,990 Kg. Sg. Who, Perak 14. Gunung Tama Abu 6,930 Banjaran Tama Abu, Sarawak 15. Gunung Irau 6,924 Cameron Highland, Pahang 16. Gunung Benom 6,914 Jerantut, Pahang 17. Gunung Apd Runan 6,900 Sarawak Kelabit Highland, Sarawak 18. Gunung Gerah 6,898 Perak/Kelantan 19. Puncak 6852 6,850 Perak 20. Bukit Batu 6,863 Sarawak 21. Bukit Batu Buli 6,862 Banjaran Tama Abu, Sarawak 22. Gunung Tumang Batak 6,830 23. Gunung Berembun 6,817 Perak 24. Gunung Bilah 6,812 Perak 25. Gunung Berumbun (Wray's) 6,808 26. Gunung Bieh 6,800 Perak 27. Gunung Belatok 6,800 Perak 28. Gunung Junction 6,796 Perak-Pahang-Kelantan 29. Gunung Gedung 6,776 Taman Negara, Pahang 30. Bukit Batu Lawit 6,712 Banjaran Tama Abu, Sarawak 31. Gunung Berinchang 6,664 Cameron Highland, Pahang 32. Bukit Batu Iran 6,620 Sarawak 33. Gunung Tangga 6,609 Cameron Highland, Pahang 34. Gunung Mubu 6,475 Perak 35. Gunung Swettenham 6,434 Taiping, Perak 36. Gunung Shoid 6,387 37. Gunung Ulu Kechau 6,380 38. Gunung Liang Timur 6,343 Behrang Ulu/Tg. Malim, Perak 39. Gunung Liang Barat 6,342 Behrang Ulu/Tg. Malim, Perak 40. Gunung Berhid 6,334 Gua Musang, Kelantan 41. Gunung Charlie (Pondok) 6,309

Senarai Gunung-Gunung Di Malaysia

2

42. Gunung Siku 6,284 Cameron Highland, Pahang 43. Gunung Tok Nenek 6,284 Perak 44. Gunung Noring 6,197 Perak 45. Gunung Bintang 6,110 Perak 46. Gunung Noring East 6,106 Kg. Kuala Balah, Kelantan 47. Gunung Beremban 6,041 Pahang 48. Gunung Basor 6,038 Kelantan 49. Gunung Semangkok 5,984 Kuala Kubu Baharu, Selangor 50. Gunung Suku 5,896 Perak 51. Gunung Kuar 5,815 52. Gunung Ulu Kali 5,814 Ulu Yam Baru, Selangor 53. Gunung Bujang 5,812 Pahang 54. Gunung Tiga Negeri 5,789 55. Gunung Raya 5,759 Perak 56. Gunung Besar 5,737 Lasah/Sg. Siput, Perak 57. Gunung Warpu 5,724 Perak 58. Gunung Chabang 5,612 Simpang Pulai (Kinta), Perak 59. Gunung Jasar 5,565 Cameron Highland, Pahang 60. Gunung Rajah 5,526 Bentong, Pahang 61. Gunung Ulu Semangkok 5,473 Kuala Kubu Baharu, Selangor 62. Gunung Lotong 5,459 Maliau Basin, Sabah 63. Gunung Bubu (Manong) 5,437 Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak 64. Gunung Bar Gading 5,318 Kg. Gedung/Bidor, Perak 65. Gunung Pulang 5,259 66. Gunung Perdah 5,173 Cameron Highland, Pahang 67. Gunung Ulu Jerneh 5,172 Kg. Kelian Gunung, Perak 68. Gunung Tera 5,105 Kelantan 69. Gunung Tangga 15 5,049 Taman Negara Pahang 70. Gunung Rabong 5,047 Gua Musang, Kelantan 71. Gunung Ulu Titi Basah 5,030 Tasek Temenggor, Perak 72. Gunung Lebah 4,992 Kg. Ulu Selim (Slim River), Perak 73. Gunung Tapis 4,960 Kuantan, Pahang 74. Gunung Ayam 4,934 Kelantan 75. Gunung Nuang 4,898 Pangsoon/Ulu Langat, Selangor 76. Gunung Bedong 4,818 Cameron Highland, Pahang 77. Gunung Lawit 4,982 Terengganu 78. Gunung Pangkin 4,797 Taman Negara Pahang 79. Gunung Besar Hantu 4,794 Jelebu, N. Sembilan 80. Gunung Mandi Angin 4,790 Dungun, Terengganu 81. Pine Hill Tree 4,777 Frasiers Hill, Kuala Kubu Baru, Selangor 82. Gunung Ulu Merah 4,757 Perak 83. Gunung Hijau (Maxwell) 4,751 Taiping, Perak 84. Gunung Ulu Perus 4,700 Taman Negara Pahang 85. Gunung Bunga Buah 4,690 Genting Highland, Pahang 86. Gunung Temiang 4,098 87. Gunung Stong 4,664 Kuala Krai, Kelantan

Senarai Gunung-Gunung Di Malaysia

3

88. Gunung Chingkai 4,583 Kg. Jalong/Sg. Siput, Perak 89. Gunung Diwangsa 4,578 Taman Negara Pahang 90. Gunung Ulu Bakar 4,563 Taman Negara Pahang 91. Gunung Bakar (Palas) 4,560 92. Gunung Che Tahir 4,523 Kelantan 93. Gunung Ulu Telang 4,516 94. Gunung Gagau 4,513 Taman Negara Pahang 95. Gunung Menyelit 4,467 Kelantan 96. Gunung Talang 4,413 97. Gunung Ulu Bakau 4,421 Selangor 98. Gunung Inas 4,400 Kg. Kenering, Grik, Perak 99. Gunung Penrissen 4,360 Sarawak 100.Gunung Ulu Soh 4,343 Tasek Chenderoh, K. Kangsar, Perak 101.Gunung Padang 4,314 Terengganu 102.Gunung Baha 4,294 Kelantan 103.Gunung Kambing 4,288 104.Gunung Berangkat 4,254 Perhentian Bertam Baharu, Kelantan 105.Gunung Saji 4,212 Kelantan 106.Gunung Ulu Tirus 107.Gunung Perlis 4,195 Taman Negara Pahang 108.Gunung Ledang 4,187 Asahan/Sagil/Tangkak Johor 109.Gunung Panggang Paku 4,155 Cameron Highland, Pahang 110.Bkt Lata Papalang 4,152 Kg. Tg. Pari(Baling) Kedah 111.Gunung Bujang Melaka 4,048 Kampar, Perak 112.Gunung Surat 4,031 113.Gunung Kenderong 4,011 Perak 114.Gunung Biong 3,997 Kg. Baharu Sauk, Batu Kurau, Perak 115.Gunung Jerai (Gurun) 3,992 Kuala Muda, Kedah 116.Gunung Reskit 3,989 Taman Negara Pahang 117.Gunung Gajah Terom 3,958 Terengganu 118.Gunung Bokbak 3,934 Perak 119.Gunung Telapa Buruk 3,913 Kg. Ulu Klawang, N. Sembilan 120.Gunung Irong 3,908 Pahang 121.Gunung Chintawangsa 3,886 122.Gunung Kuak Rimau 3,712 Grik 123.Gunung Kubang Badak 3,650 Kg. Surau Baling, Kedah 124.Gunung Gabis 3,627 Kg. Bkt Koman(Raub), Pahang 125.Gunung Penumpu 3,590 Taman Negara Pahang 126.Gunung Laris 3,527 127.Gunung Terra 3,503 128.Gunung Peninjau 3,471 Chemor, Perak 129.Gunung Serundum 3,462 Pancing/Kuantan, Pahang 130.Gunung Lerek 3,441 Kg. K. Sentul Pahang (Maran) 131.Gunung Kachang 3,436 132.Gunung Kub - Kelantan 133.Gunung Birut - Kelantan

Senarai Gunung-Gunung Di Malaysia

4

134.Gunung Tebu 3,408 Besut, Terengganu 135.Gunung Belalai 3,406 136.Gunung Besar 3,398 Labis, Johor 137.Gunung Belumut 3,313 Kg. Kahang/Kluang, Johor 138.Gunung Perenggan 3,275 139.Gunung Bekok 3,126 Johor 140.Gunung Cherlak 3,065 141.Gunung Datok 2,900 Rembau, N. Sembilan 142.Gunung Raya 2,890 Pulau Langkawi, Kedah 143.Gunung China 2,890 144.Gunung Perak 2,836 Kedah 145.Gunung Chirgoi 2,804 146.Gunung Ulu Kemapan 2,802 147.Gunung Chenuang 2,788 Selangor 148.Gunung Tok Bidan 2,763 149.Gunung Beremban 2,753 Johor-Pahang 150.Western Hill 2,723 (Penang Hill) Pulau Pinang 151.Gunung Jua 2,719 152.Gunung Angsi 2,702 Kuala Pilah, N. Sembilan 153.Gunung Santubong 2,657 Sarawak 154.Gunung Ulu Baranang 2,654 155.Gunung Ulu Kaho 2,600 156.Gunung Besar 2,595 Lasah, Perak 157.Gunung Kapal 2,592 158.Gunung Bayu 2,549 159.Gunung Berantai 2,520 160.Gunung Tampin 2,507 Tampin, N. Sembilan 161.Gunung Mat Chinchang 2,339 Langkawi, Kedah 162.Gunung Pulai 2,147 Pulai, Johor 163.Gunung Muntahak 2,339 Kota Tinggi, Johor 164.Gunung Sumalayang 2,018 Kota Tinggi,Johor 165.Gunung Rajah 1,890 Taman Negara Pahang 166.Gunung Lambak 1,673 Kluang, Johor 167.Gunung Senyum 1,594 Felda Bt. 25/Jengka, Pahang 168.Gunung Panti 1,498 Kg. Lukut, Kota Tinggi, Johor 169.Bukit Takun 1,450 Melawati/Ulu Klang, Selangor 170.Gunung Lubok Tedong 1,420 Melawati/Gombak, Selangor 171.Gunung Lepo 1,400 Ulu Langat, Selangor 172.Bukit Tabuh 1,300 Melawati/Ulu Klang, Selangor **Nilai ketinggian adalah dalam unit kaki

Senarai Gunung-Gunung Di Malaysia

5

Senarai Gunung Mengikut Negeri Sabah Gunung Kinabalu 13,455 Gunung Trusmadi 8,669 Gunung Tambuyukon 8,462 Gunung Lotong 5,459 Maliau Basin Sarawak Gunung Murud 7,946 Gunung Mulu 7,795 Mulu Park Gunung Tama Abu 6,930 Banjaran Tama Abu Gunung Apd Runan 6,900 Sarawak Kelabit Highland Bukit Batu 6,863 Bukit Batu Buli 6,862 Banjaran Tama Abu Bukit Batu Iran 6,620 Bukit Batu Lawit 6,712 Banjaran Tama Abu Gunung Penrissen 4,360 Gunung Santubong 2,657 Pahang Gunung Tahan 7,182 Taman Negara Pahang Gunung Irau 6,924 Cameron Highland Gunung Benum 6,914 Jerantut Gunung Gedung 6,776 Taman Negara Pahang Gunung Berinchang 6,664 Cameron Highland Gunung Tangga 6,609 Cameron Highland Gunung Siku 6,284 Cameron Highland Gunung Bujang 5,812 Gunung Jasar 5,565 Cameron Highland Gunung Perdah 5,173 Cameron Highland Gunung Tapis 4,960 Kuantan Gunung Bedong 4,818 Cameron Highland Gunung Pangkin 4,797 Taman Negara Pahang Gunung Ulu Perus 4,700 Taman Negara Pahang Gunung Bunga Buah 4,690 Genting Highland Gunung Ulu Bakar (Jerantut) 4,563 Taman Negara Pahang Gunung Diwangsa 4,578 Taman Negara Pahang Gunung Perdis 4,195 Taman Negara Pahang Gunung Panggang Paku 4,155 Cameron Highland Gunung Reskit 3,989 Taman Negara Pahang Gunung Irong 3,908 Gunung Kuak Rimau (Grik) 3,712 Gunung Gabis 3,627 Kg. Bkt Koman (Raub) Gunung Penumpu 3,590 Taman Negara Pahang

Senarai Gunung-Gunung Di Malaysia

6

Gunung Serudum 3,462 Pancing/Kuantan Gunung Lerek (Maran) 3,441 Kg. K. Sentul Gunung Senyum 1,594 Felda Bt. 25/Jengka Perak Gunung Korbu 7,162 Ipoh Gunung Yong Belar 7,156 Gunung Gayong 7,129 Gunung Yong Yap 7,110 Gunung Ulu Sepat 7,089 Gunung Batu Putih (Tapah) 6,990 Kuala Woh Gunung Berembun 6,817 Gunung Bilah 6,812' Gunung Bieh 6,800' Gunung Bleh 6,++ Gunung Sepat 6,++ Gunung Belatok 6,800 Gunung Swettenham 6,434 Gunung Liang Timur 6,343 Behrang Ulu/Tg. Malim Gunung Liang Barat 6,342 Behrang Ulu/Tg. Malim Gunung Tok Nenek 6,284 Gunung Noring 6,197 Gunung Suku 5,896 Gunung Besar 5,737 Lasah/Sg. Siput Gunung Chabang 5,612 Simpang Pulai (Kinta) Gunung Bubu (Manong) 5,437 Ulu Kenas, Kuala Kangsar Gunung Bar Gading 5,318 Kg. Gedung/Bidor Gunung Ulu Jerneh (Selama) 5,172 Gunung Ulu Titi Basah (Grik) 5,030 Gunung Lebah 4,992 Kg. Ulu Selim (Slim River) Gunung Hijau (Bkt Maxwell) 4,751 Taiping Gunung Chingkai 4,583 Kg. Jalong/Sg. Siput Gunung Inas (Grik) 4,400 Kg. Kenering Gunung Ulu Soh (K. Kangsar) 4,343 Tasek Chenderoh Gunung Bujang Melaka 4,048 Kampar Gunung Kenderong 4,011 Gunung Biong 3,997 Kg. Baharu Sauk, Batu Kurau Gunung Bokbak 3,934 Gunung Kuak Rimau 3,712 Grik Gunung Peninjau 3,471 Chemor Selangor Gunung Semangkuk 5,984 Gunung Ulu Kali 5,814 Ulu Yam Baru Gunung Rajah 5,526 Kuala Kubu Baharu

Senarai Gunung-Gunung Di Malaysia

7

Gunung Nuang 4,898 Pangsoon/Ulu Langat Gunung Ulu Bakau 4,421 Gunung Chenuang 2,788 Bukit Takun 1,450 Melawati/Ulu Klang Gunung Lubok Tedong 1,420 Melawati/Gombak Gunung Lepo 1,400 Ulu Langat Bukit Tabuh 1,300 Melawati/Ulu Klang Kelantan Gunung Berhid 6,332 Gua Musang Gunung Noring East 6,106 Kg. Kuala Balah Gunung Basor 6,038 Gunung Tera 5,105 Gunung Rabong 5,047 Gua Musang Gunung Stong 4,664 Kuala Krai Gunung Berangkat 4,254 Perhentian Bertam Baharu Gunung Ayam 4,934 Kuala Krai Gunung Che Tahir 4,523 Kedah Bkt Lata Papalang 4,152 Kg. Tg. Pari (Baling) Gunung Jerai (Gurun) 3,992 Kuala Muda Gunung Kubang Badak 3,650 Kg. Surau Baling Gunung Raya 2,890 Pulau Langkawi Gunung Perak 2,836 Gunung Mat Chinchang 2,339 Langkawi Johor Gunung Ledang (Segamat) 4,187 Asahan/Sagil/Tangkak Gunung Besar 3,398 Labis Gunung Tiong 3,379 Rompin Gunung Belumut 3,313 Kg. Kahang/Kluang Gunung Chabang Tiga 3,274 Labis Gunung Pukin 3,172 Labis Gunung Bekok 3,126 Gunung Tunggal 3*** Labis Gunung Pertawai 2,756, Kota Tinggi Bukit (Gunung) Sengongong 2307 Gunung Pulai(Pulai) 2,147 Pulai Gunung Muntahak 2,080 Kota Tinggi Gunung Sumalayang 2,017 Kota Tinggi Gunung Ma'okil 1,896 Gunung Panti Barat 1,684 Kg. Lukut, Kota Tinggi Gunung Lambak 1,673 Kluang Gunung Panti 1,577 Kota Tinggi Bukit Sisek 1,409 Kota Tinggi

Senarai Gunung-Gunung Di Malaysia

8

Gunung Tunjuk Laut 1,318 (402m) Kota Tinggi Gunung (Bukit) Arong 898 Mersing Gunung (Bukit) Soga 820 Batu Pahat Terengganu Gunung Lawit 4,982 Gunung Mandi Angin 4,790 Dungun Gunung Gagau 4,513 Tasik Kenyir Gunung Padang 4,314 Gunung Gajah Terom 3,958 Gunung Tebu 3,401 Besut Gunung Bongsu 2,837, Kuala Berang N.Sembilan Gunung Besar Hantu 4,794 Gunung Telapa Buruk 3,913 Kg. Ulu Klawang Gunung Datok 2,900 Rembau Gunung Angsi 2,702 Kuala Pilah Gunung Tampin 2,507 Tampin Pulau Pinang Western Hill (Penang Hill) 2,723 Sempadan Gunung Chamah 7,120 Sempadan Perak-Kelantan Gunung Gerah 6,898 Sempadan Perak/Kelantan Gunung Bintang 6,110 Sempadan Perak-Kedah Pine Hill Tree (Frasers Hill) 4,777 Kuala Kubu Baru, Selangor-Pahang Gunung Ulu Beremban 2,447 Sempadan Johor-Pahang Gunung Beremban 2,751 Sempadan Johor-Pahang

Banjaran Gunung Di Semenanjung Malaysia

9

BANJARAN GUNUNG DI SEMENANJUNG MALAYSIA

1. Banjaran Nakawan - Bermula dari penghujung barat laut Semenanjung Malaysia - Terdiri daripada batu kapur - Menjadi sempadan Perlis - Thailand

2. Banjaran Kedah - Bermula dari singgora Thai hingga barat tengah Kedah - Terdiri dari batu kuartzit dan batu bonjol granit muda

3. Banjaran Gunung Bintang - Bermula dari selatan Thailand hingga selatan Semenanjung Malaysia (Teluk Intan ke Bruas) - Terdiri dari batu granit yang muda - Kemuncak tertinggi: Gunung Bintang (6,110)

4. Banjaran Titiwangsa - Bermula dari utara Grik hingga utara Melaka - Pengambung banjaran utama lain di Sememnanjung Malaysia - Terdiri dari batu granit yang berkelompok dan berlapis, kaki bukit yang berbatu mendak dibahagian timur banjaran - Kemuncak tertinggi: Gunung Korbu (7,162)

5. Banjaran Kledang - Cabang dari banjaran Titiwangsa - Terdiri daripada batu granit - Kemuncak tertinggi: Gunung Peninjau (3,471)

6. Banjaran Gunung Benom - Bermula dari selatan ahang hingga Johor - Batu bonjol terkenal di banjaran ini adalah Gunung Ledang (4,187) - Kemuncak tertinggi: Gunung Benom 6,914

7. Banjaran Gunung Tahan - terdiri dari batu menegak seperti kuartzit konglomerat, batu pasir, batu syal dan permukaan yang bercanggah - Ciri luar biasa: litupan tumbuhan nipis dipermukaanya - Kemuncak tertinggi: Gunung Tahan (7,182)

8. Banjaran Pantai Timur - Bermula dari utara pantai Kelantan hingga selatan sungai Pahang, terletak di tanah tinggi Terengganu - Pergunungan yang berkelar-kelar disertai lurah yang dalam, purata ketinggian sekitar 759m

Chronology Of Malaysian Mountain Exploration (1851-1986)

10

CHRONOLOGY OF MALAYSIAN MOUNTAIN EXPLORATION (1851- 1986) " The climb is a demanding one and a memorable experience for those who have reached the top" - B.D. Acres, The Ascent of Trusmadi, 1972. 1851 ~ Hugh Low reaches summit region of Kinabalu. He is the first man to look down the 900 metre depth of Low Gully. 1857 ~ Spencer St. John makes first recorded attempt by outsider to climb Mulu, but only reaches Banarat. 1858 ~ Spencer St. John & Hugh Low climb up 1,000 metre on Banarat. First ascent of South peak, 3,933 metre on Kinabalu (Spencer St. John). First outsider expedition to reach area of Gunung Murud and Batu Lawi in present-day Sarawak (Spencer St. John). 1880 ~ Sultan Ahmad of pahang sends first expedition to GunungTahan in northern Pahang. Expedition blocked by Teku Velley. 1884 ~ Kulop Riau and William Cameron discover flat land in the middle of the Main Range in Peninsular Malaysia Survey Expedition discovers ancient ruins, 1,000 years old, on the summit of Gunung Jerai in Kedah. 1888 ~ First ascent of Low's Peak, 4,101 metre, on Kinabalu by John Whitehead. Low's Peak is highest point between Burma and New Guinea. 1891 ~ The Resident of Baram (Hose) is the first outsider to climb Bukit Dulit in Sarawak. 1905 ~ First ascent of Gunung Tahan by Bulang, Che Nik, Mat Arisand Mu'min on the Wray-Robinson expedition Survey expedition makes first ascent of Gunung Gerah in the north of the Main Range in Peninsular Malaysia. 1906 ~ Survey beacon erected on summit of Gunung Tahan. 1908 ~ H.C. Robinson and C. Boden-Kloss are first outsider to reach the present-day Cameron Highland. 1911 ~ The Resident of Baram (Douglas) makes first government expedition to Bareo in kalabit Highlands of Sarawak Curator of Sarawak Museum (Moulton) leads first expedition to Batu Lawi. The Furthest point is half-way up the saddle between the two peaks. 1920 ~ Tama Nilong from Long Terawan discovers the route throughthe rock cliff up onto the south-west ridge of Gunung Mulu.

Chronology Of Malaysian Mountain Exploration (1851-1986)

11

1922 ~ Curator of Sarawak Museum (Mjoberg) makes first ascent of Gunung Murud, 2,423 metre - the highest mountain in Sarawak. 1932 ~ Oxford Expedition to Sarawak Tama Nilong and Edward Shackleton make first ascent of Gunung Mulu; the Curator of Sarawak Museum (Banks) and A.W. Moore are first outsider to climb Bukit Kalulong. 1941 ~ Japanese force capture Kuching on 25 December. 1945 ~ Z Special parachutes into the Kelabit Highlands at Bareo. 1946 ~ First ascent of lower peak of Batu Lawi by Tom Harrisson, Lejau Unad Doolinih and five other Kelabits From Bareo. 1956 ~ Myles Bowen and Morris discover a route from the Western Plateau of Kinabalu to Eastern Plateau (now know as "Bowen Route"). Survey expedition makes first recorded ascent of Gunung Trusmadi, 2,642 metre, the second highest mountain in Sabah and in Malaysia. 1957 ~ Myles Bowen and W.R.M. Urquhart makes first ascent of King Edward Peak, 4,086 metre, on the Eastern Plateau of Kinabalu using Bowen's Route. 1963 ~ Kotal bin Bondial discovers a route to the Eastern Plateau of Kinabalu, via Ulu Mentaki and the Mekado Velley (now known as "Kotal Route"). 1964 ~ First scientific expedition to the Eastern Plateau of Kinabalu - the Royal Society Expedition, led by Corner. 1977-1978 ~ Royal Geographical Society / Sarawak Government Expedition to Mulu Park. The world's largest caves discovered in limestone Gunung Api. 1978 ~ First ascent of Gunung Api, 1,710 metre, in Mulu Park. The summit isfirstreaches by Tama Kulan and Tama Bulan (grandson of Tama Nilong who first climbed Mulu with Shackleton in 1932). 1986 ~ First ascent of upper peak of Batu Lawi by rock climbing Team from 14th/20th King's Hussars, led by Johny Beardsall.

G7-11

12

G7-11 G7 adalah 7 gunung yang mempunyai ketinggian melebihi 7000 kaki dari aras laut disekitar Semenanjung Malaysia. 5 dalam kawasan Perak (Korbu, Gayung, Yong Belar, Yong Yap, Ulu Sepat), 1 di Kelantan (Chamah) dan 1 di Pahang (Tahan). G7 1. Gunung Tahan 7,182 Taman Negara Pahang 2. Gunung Korbu 7,162 Perak 3. Gunung Yong Belar 7,156 Perak 4. Gunung Gayong 7,129 Perak 5. Gunung Chamah 7,120 Sempadan Perak-Kelantan 6. Gunung Yong Yap 7,110 Perak 7. Gunung Ulu Sepat 7,089 Perak G7-11 8. Gunung Batu Putih 6,990 Perak 9. Gunung Irau 6,924 Pahang 10. Gunung Benom 6,914 Pahang 11. Gunung Gerah 6,898 Sempadan Perak-Kelantan PENDAPAT PENDAKI: GRAD G7 ad: Pada pendapat ad.. amik yang positif.. kalau ada yang negative tu cuba perbaiki keadaan supaya menjadi lebih baik pada masa akan datang.. apa yang hebat sangat kalau dah daki G7? sbb "now everyone can climb".. DAN.. jangan pandang rendah gunung2 lain.. ho ho ho.. lom cube lom tau... naik gunung sbb nak layan trek, view, untuk kepuasan & yang paling penting menghayati & mensyukuri nikmat kurniaanNya.. selain outing dgn kengkawan gunung... Syahrul_Penang: Bagi aku, tak ada apa sangat kalau grad G7 pun. "sekarang semua bleh mendaki" ...orang dah tak kisah sangat nak gad ka, tak grad ka.Lain lah kalau tolong bukak trek baru ka, trek yang orang tak buat lagi. Tinggi tak semestinya susah, Rendah tak semestinya senang... Itu kata aku,mungkin sebab aku suka layan trek kot..mungkin bagi pendaki2 yang baru ceburi bidang ni,mungkin grad G7 ni satu kemestian atau kebanggaan kot..ye lah " horey,aku dah sempai taraf 7 ribu kaki..horey..!! " camtu kot depa selalu cakap.Macam pernah aku cakap dulu2 masa mula2 aku join mendaki ni..last2 rasa cam tak ada yang nak

G7-11

13

dikejar.Pasai tu kot aku ambik masa 7 tahun nak grad G7..pasai dok layan yang sentimental punya trek dulu.. banyak gunung yang rendah-rendah tapi trek..masyaallah, bleh bawak gaduh oooo.. Banyak pendaki mengatakan kena Grad G7 dulu baru nak layan tempat lain..Bagi aku,layan yang rendah-rendah dulu atau naik satu2 gunung banyak kali itu baru best... Tak kemana kalau nak kejar G7 tu...baik gi camping tepi laut lagi best.Atau pun ikut kawan-kawan bukak trek baru,ataupun tempat yang bleh naik 2hari..buat le 3-4hari ka..layan tu. Labyrinth: aku rasa mebi kita sendiri yg letakkan G7 tu penanda aras utk pendaki gng ni...mebi sbb slalu sgt kluar ayat dah grad G7 ke???...so org akan berlumba2 nak settlekan G7 ni...mungkin satu kemegahan utk mereka2 yg letakan G7 tu penanda aras utk diorg... pada aku G7 tu semata-mata 7 gng yg melebihi 7000kaki kat semenanjung ni...aku rasa tu je value dia... sbb klu nak citer gng yg lagi thrill & adventure...ada lagi gng lain selain G7 ni yg akan mencabar mental & fizikal pendaki... budin: entahlaaa bagi aku takder apa apa pun habis g7 ke......tak habis g7 ke......tido puncak ker....tak tido puncak ker.....bukak trek baru ke.....daki semua gunung kat malaysia ker.....berkhemah tepi pantai ker.....sama jer.....yg penting niat....kalau baik niat kita baik lah jadinyer...kalau niat nak poyo sebab habis g7 ni lupakan jelah....sama jugak gunung lain pun....rendah atau tinggi mana pun satu gunung yg kita daki.....balik dari gunung tu cuba kaji dalam diri kita apa yg kita dapat... bagi aku pengalaman,walau 2 atau 3 kali aku pergi tempat yang sama org nak kata apa lah budin nie...asik pergi gunung yg sama jer...bodoh,giler...aku tak kesah.....sebab mmg keadaan gunung yg selalunya aku ulang 2 atau 3 kali pergi dah tak mcm dulu lagi....pokok dah mula kena kerat,toreh..conteng....dah mula musnah atau rosak sedikit demi sedikit....tu belum sampah lagi....sebab maklumlah "now everyone can climb........." cik_leey: masa mula-mula aku berjinak dlm bidang pendakian gunung ni,aku tak pernah tahu ada G7 pebagai dan sampai satu tahap kawan yg bagitau aku dah grat aku pun tepinga-pinga pd aku minat aku mendaki ni bukan kerana status G7 tapi lebih kepada riadah dan ingin menikmati keindahan alam yg Allah kurniakan, yg penting apa brg G7 kalau masih lagi semput mcm aku tak de maknanya G7 ni tak payah le nak riak Lt.Cmdr. Kamal Ariffin: Kalau ko tanya komuniiiis yang - kumpulan terakhir yang menyerah tahun 1984. Dalam setahun diaorang Grad G7 tu dekat 30 kali tau. Sebab asalnya antara Korbu hingga Ulu Sepat tu adalah laluan mereka ke Selatan Siam. Sebab tu Kerajaan buat LebuhRaya Timur Barat untuk memutuskan laluan mereka kat situ, menyebabkan Banjaran Titiwangsa terputus.

G7-11

14

Kalau tanya budak budak 69 Komando yang berpengkalan di Hulu Kinta. Korbu sampai Gerah Hulu Sepat tu dulu tempat latihan je. Bagi kami G7 tu biasa je. Dulu kami anggap tempat tu sebagai kubu kuuumunis ytang penting. Sekarang kami pegi lagi sebagai kenangan dan atau melalui semula tempat sahabat sahabat yang terkorban. Al Fatihah. Mungkin pada sesetengah pihak G7 merupakan satu PENGIKTIRAFAN secara tak langsung dalam aktiviti pendakian dan menjadikan seseorang pendaki merasakan satu kepuasan, satu kebanggaan atau satu keinsafan diri. Dalam konteks ini, kita perlu memahami terlebih dahulu dimanakah tujuan asal nawaitu iaitu dari azali lagi kita mengenali alam pergunungan. Kita mendaki gunung kerana ______________:- 1. perasaan ingin tahu apakah yang ada dipuncak gunung 2. mendalami ilmu persilatan, sains (flora/fauna), agama (muhasabah diri) 3. pengaruh dari rakan rakan 4. kecewa didalam bercinta dan cuba melakukan sesuatu yang baru 5. sudah menjadi kewajipan serta tugasan (badan beruniform) 6. cari makan (para pengamal ubat tradisional) 7. Sport climbing nazryst: Apa jua alasan dan jawapan diatas, "tepuk dada, tanya jwa". Jika jiwa anda memang sejak azali bercinta dan berkasih dengan alam sang pencipta maka hanya anda yang lebih mengenali sifat anda. Pencapaian G7 itu akan menjadikan anda alpa serta banga (sombong) atau pengiktirafan G7 amat penting untuk menunjukkan anda lah pendaki yang sebenar. Adakah ia mencukupi dan memuaskan hati, tidak!! Ini adalah kerana anda tiada keikhlasan dalam diri selagi anda tidak menjadi gunung dan gunung tidak menjadi anda didalam diri. Semakin anda mengejar pengikitirafan sebagai pendaki, semakin anda di ulit kealpaan menjadikan anda "gila darjat" dan anda akan memperbanding bandingkan gunung, ketinggian, pencapaian individu dan yang paling membimbang kan anda memperendahkan alam dan mahluk yang terlibat secara langsung atau tidak. Apa jua ia tetap akan berlaku. Pada saya G7 bukanlah satu kayu pengukur, bukanlah satu perbandingan darjat pendaki dan alam, bukanlah satu pengiktirafan sebagai pendaki, dan yang paling utama "semakin tinggi anda mendaki, semakin rendah diri anda di muka bumi". Kenali lah sifat diri dan hormatilah alam ini dari pelbagai sudut, pasti anda mencapai kepuasan diri. Pengiktirafan itu akan datang tanpa anda sedari dan anda akan menginsafi.

G7-11

15

Betterman: Ok aku nak bercerita sikit tentang pemerhatian aku terhadap bebudak gunung sepanjang yang aku kenal..... Tentang G7 dan jugak gunung-gunung yang lain G7 ialah satu achievement buat seseorang pendaki.... Aku setuju dengan benda nie sebab aku pun rasa puas sebab dah habis G7... Yang belum habis pun dan tak tau bila nak habis pun kalau tak banyak mesti pernah ada sedikit perasaan untuk menghabiskan G7... Jangan cuba untuk menipu diri sendiri.... Kalau ada yang tak berperasaan macam nie, sila bagitau... Tapi jangan tipu, berdosa.... Tapi ini only applicable buat yang masih aktif.... Sebab apa, G7 pun gunung jugak.... Takkan takmo merasa naik gunung yang berlainan... Semua orang berlumba-lumba ingin menghabiskan G7.... Yang habiskan dalam masa setahun pun ada... Aku kenal 2 - 3 orang... Nie dah kira tahap gelojoh... Heheheh.... Sebab apa, budak baru nak naik.... Dan ada jer peluang naik gunung terus sambar... Tak kira team mana.... Sebab semangat tengah membara... Sorang member aku yang baru berjinak-jinak dengan pendakian gunung nie dalam masa setahun saja dia dah habiskan hampir 20 buah gunung..... Nie dah gelojoh kuasa dua.... Sekarang pun masih terserlah kegelojohan dia.... Biarlah sebab dia nak minat... Kita tak buleh nak halang... Aku tengok dunia pergunungan kat malaysia nie rancak gila start dari tahun 2005.... Melampo-lampo aktiviti yang ada.... Tak kiralah G7 ke, G tak 7 ke..... Berlambak-lambak program.... Apa tujuan kita mendaki gunung? Tujuannya sebab nak sampai puncak... Kenapa nak sampai puncak? Sebab puncak ialah titik paling tinggi bagi sesebuah gunung... Kenapa perlu sampai ke titik paling tinggi tuh? Sebab titik paling tuh menunjukkan kita dah kongker itu gunung...

G7-11

16

Adakah itu penting? Ya itu penting kalau nak memenuhkan resume pergunungan kita.... Kenapa resume pergunungan itu penting? Sebab itu menunjukkan pencapaian kita... Kenapa pencapaian tu penting? Sebab itu menunjukkan usaha kita, yang kita dah buat apa yang orang lain tak buleh buat... iaitu mendaki gunung... Kenapa orang lain tak buat? Sebab bagi diorang hanya orang gila sahaja yang mendaki gunung... Kenapa orang gila ni mendaki gunung? Sebab nak sampai puncak Kenapa nak sampai puncak? Bla bla bla bla And the cycle pusing-pusing macam tu ajer lah... TETAPI Tak ramai yang ingin belajar ilmu perhutanan/pergunungan itu sendiri... Memang terlalu ramai umat manusia pendaki gunung yang aku kenal yang tak tau basic-basic survival dalam hutan.... Tapi alhamdulillah dengan kewujudan forum-forum Kasih Hutan Kita dan juga Gunung Online, nampaknya minat terhadap ilmu perhutanan dan pergunungan nie dah mula menampakkan peningkatan... Ramai yang pegi hanya sekadar suka-suka sebagai hobi tanpa arah tujuan... Sebab hobinya mendaki gunung... Aku akui ramai yang mendaki gunung for the sake of menawan puncak sahaja.... Dan disebabkan itulah wujudnya bisnes-bisnes guide nie... Kalau kat perak siapa yang tak kenal dengan SOS yang dikepalai oleh muz dan salan... Disebabkan permintaan tinggi nie lah maka wujud perniagaan guide.... Bila dah meniaga bawak je lah berapa ramai pun janji masyuk... Sekarang yang tengah hangat diperkatakan di kalangan masyarakat gunung ialah trans suku-irau.... Berlumba-lumba orang nak masuk sebab ini trek yang paling baru diterokai.... Belum apa-apa trek ke gunung suku dah barai.... Nak salahkan siapa? Semua orang nak mendaki gunung baru... Siapa yang takmo merasa? Tetambah kalau hanya ambik masa 2-3 hari...

G7-11

17

So macam mana trek tak barai kalau dalam masa 2-3 bulan saja dah beratus-ratus pendaki naik ke gunung suku? Terbaru gunung yang dibukak ialah gunung siku.... Kat cameron highland.... Aku nak tgk berapa lama gunung-gunung nie kekal bertahan... Berbalik kepada soal G7.... kenapa gunung-gunung G7 nie diminati orang selain dari tujuan nak semata-mata nak sampai ke puncak? Sebab kebanyakan gunung-gunung G7 nie ambik masa yang lama di dalam hutan... Sekurang-kurang 4 malam berada di dalam hutan Betoi-betoi menguji kesabaran dan tahap mental serta fizikal seseorang.... Ini lah jawapan paling popular yang pernah aku survey di kalangan pendaki-pendaki... Tahan - seminggu Chamah - ulu sepat - seminggu Trans Titiwangsa- seminggu Yong Yap je lah kot buleh buat weekend.... Faktor-faktor ini jugak lah yang menarik minat ramai pendaki untuk menawan G7.... Jom kita try tgk gunung-gunung lain.... Berapa kerat je gunung yang amik masa lama dlm hutan... Yang ada dalam palahotak aku nie gerah jer... Itu pun buleh buat 4 hari 3 malam Kalau ada lagi gunung-gunung yang buleh buat lama macam G7 nie, sila inform aku... Sebab aku nie pun takleh nak recall semua... Ini salah satu sebab kenapa G7 menarik minat orang untuk mendaki gunung... G7 bukan hanya sekadar pencapaian, tetapi kehidupan.... Bai: Memandangkan ako pun tengah bosan kat opis ni meh la join becerita cite yang takan habis ni,kite sesame le tambah sket2 garam n gula kat topic ni mengikut sedap rasa masing2, memandangkan takat ni 3-4 orang je otai kelab yang selalu bagi pendapat yang bley buat org2 baru mcm ako ni sentasa befikir akan kebenaran n quote kat apa yang dorang kata,,ako nak tambah sket kat apa yang korang cakap sbb takde pun pendapat dr yang tak otai mcm ako ni,walaupun topic ni specific kat G7 tapi ako rasa generally ia melibatkan perbincangan segala aktiviti pergunungan. Masa ako memula join dulu,benda pertama yang ako cari adalah FUN sports,yang mana kite bersukan secara enjoy n still dapat benefit physically n mentally,ni la implementation yang akan ako terap kat memana 1st timer yang nak ngikot ako manjat. tapi part Fun tu still is the most important thing la. then klau ada fun mula la nak wat keje gile manjat tiap2 migu,bile dah jadi gile manjat responsibility tu akan datang naturally, responsibility

G7-11

18

to learn more pasal rekreasi.to keep my self fit sblum xpdc, to learn about survival, to keep natures beauty n so on le. ako rasa topic ni hampir sama je dalam cabang mana2 sukan pun, sape yang tanak rasa main kat old Trafford, walaupun konsep men bola tu sama je melibatkan 22 pemain berebut sebijik bola dalam kawasan 45meter X 90 meter. Nape tk men kat bukit jalil je, Nape tak panjat korbu je takyah panjat gunung len, Guide orang asli tu tak habis pun G7, bile da lagi gile dr orang gile, wujud la beza orang2 why dengan org2 why not mcam adik idan-why not panjat irau dari suku, shafiq-why not buat transpax 2 hari n so on le (info: sekarang Shafiq dan adik Idan dah berjaya lakukannya) So segala persoalan habis ke tak G7 ni untuk ako akan kembali kepada benda asas, Do/will I have fun doing it,sbb klau jawapan ako yes, maka secara otomatiknye ako akan buat G7 tak kira berapa kali pun(kecuali yong yap, hehe) sbb bila dah hilang fun, pakse panjat free pun ako tanak, Cuma apa yang kita perlu semai n tekel adalah apa yang membuatkan kite rasa bkan saje seronok tapi 2 3 ronok nak memanjat ni sbb benda ni subjectif dan berbeza untuk sumorang. Penah gak jupe situasi dimana semuo 1st timer expeditors rasa seronok n sibuk tanye next trip tapi ada sorang tu tobat n janji akan benci naik gunung forever. Klau berani jom ar gaduh lumba naik Gerah.. Poncho: G7 atau mana-mana trip yang makan masa lebih 4 hari dalam kepala otak aku begitu berkait rapat dengan satu kata pepatah Inggeris "it's good to have an end to journey towards, but it is the journey that matters, in the end." apalah gunanya kalau kita datang dari jauh, ambil cuti yang payah atau takkan dapat, gaji kena potong tak pasal-pasal, bayar kos yang lebih sedikit berbanding kos gunung lain, training lagi (kalau ade), beli peralatan 'khas untuk G7' pulak dan 1001 reason lain TAPI tidak menikmati trip itu sendiri. kalau setakat nak sampai puncak, baik sewa helicopter je terus hantar sampai puncak kan? baik G7, atau mana-mana trip, perlu dinikmati mencakupi aspek keseluruhan. bermula dari langkah pertama kita keluar rumah sampailah kita melangkah masuk semula. layan trek tanpa stress, have fun dengan kawan-kawan, layan adventurenya 4WD, bot atau meranduk sungai, menyusuri jejak binatang buas di depan mata, enjoy the panorama dan view yang unik berbanding kat gunung lain di samping mengenal diri dengan jungle survival level extreme atau mendapat inspirasi bagaimana menghargai sesuatu dalam hidup. - lihat, dengar dan rasa. achievement dalam hidup perlu untuk motivasi. bukan untuk dimegahkan tapi kenangan di masa 'kita diberi kudrat menikmati hidup sehidupnya..' bak kata Bett, G7 is not only about achievement..it's about life.

G7-11

19

Sacredreich: aku mula dpt capai peak 1 G7 setelah 7 tahun aku join aktiviti mendaki. aku melengkapkannya dlm masa 5 tahun. nak ckp.. aku tak kejar G7, mmg aku kejar gak.sbb dlm list aku peak2 tu mmg ada dlm target. nak ckp aku kejar sgt. tak de le plak kejar sbb tu aku buat slow2 dan layan gunung rendah2 dulu. ttg kepuasan: mmg puas setelah sampai peak ke 7 tu. dari mana aku mula tau ttg G7? pembacaan. sekitar tahun 95 & 96. time tu The Sun RM1 dlm pasaran. ari sabtu selalu Dr Wong selalu mengarang. tak silap aku masa tu istilah G7 telah digunapakai oleh beliau. namun begitu dia suka guna term Big 9. G7 + Kinabalu + Murut. dia skip Mulu, Trusmadi & Tambayukon as G12. knp dia guna Big 9? aku rasa sbb dia terpengaruh dgn istilah Big 4 = included of megadeth, anthrax, slayer & metallica. apa2 pun kepuasan aku dpt yg lebih ketara bagi aku ketika xpdc adalah bilamana semua selamat sampai ke titik permulaan kita berkumpul pada hari pertama dgn selamat. Rembau: aku nie bukak satu ruang perdebatan diantara fahaman yang menyatakan Grad G7 tu lebih kepada pengejaran terhadap mencukupkan/ melengkapkan cabaran gunung tertinggi di Semenanjung...untuk berbangga diri....atau ...menyatakan ianya telahpon selesai.. mendaki gunung dan tidak perlu mendaki lagi........ada juga pendapat ianya dilakukan ketika masih muda kerana peluang untuk menghabiskan senang kerana adanyer kudrat / tenaga muda....mungkin ianya betul kerana seseorang itu masih lagi boleh meneruskan minatnya dengan jalan lain sebagai sumbagan terhadap XTVT yang diminati........ ATAU Berbanding pendapat yang menyatakan Grad tidak penting dan yang penting masih terus/ berdaya beraktiviti...pendapat begini diutarakan disebabkan daripada pemerhatian kebanyakkan yang selesai saja G7 berasa sudah sempurna XTVT yang dijalankan.... mungkin golongan ni mengalami masalah peribadi yang membataskan...terdapat juga pandangan sesetengah menyatakan ianya lebih kepada kekuatan fizikal dan tidak menjurus kepada semangat untuk pencarian ilmu OUTDOORS.....ianya diselesaikan sebagai pengikut/dan bukan sebagai ahli XPDC(tidak semestinya ketua program le)... Berhubung dengan kenyataan diatas...saya ingin bertanya apa yang dicari sebenarnya didalam XTVT Gunung nie...kalau climbing/ kayak ada ranking untuk mertabatkan taraf seseorang....mendaki pon sekarang dah wujud...atau adakah ini adalah fenomena baru yang mana keinginan sesorang/ matlamat ianya menceburi ....dengan mengabiskan semua gunung walaupun mengikuti dari pelbagai kumpulan dengan risiko tersendiri asalkan matlamatnya tercapai adalah cabaran bagi generasi kini? Kesimpulannya, bermula dari tahun 1953 sehingga 1973 manusia beranggapan untuk menawan puncak Everst memerlukan kelengkapan dan kekuatan anggota yang besar. Contohnya Itali 1973 yang mempunyai 64 pendaki, 100 sherpa dan 2000 porter. Kesudahannya Everst base camp telah bertukar menjadi pusat kumpul sampah tertinggi

G7-11

20

di dunia. Lightweight Expedition telah diperkenalkan bila Helmut Bhul’s berjaya menawan puncak Nanga Parbat di Pakistan sendirian dan puncak Broad. Kejayaan beliau telah memberi pendekatan baru iaitu kebolehan luarbiasa manusia boleh menghasilkan sesuatu keajiaban tersendiri. Cara baru pendakian pergunungan telah berubah apabila generasi muda lebih tertumpu kepada kemudahan teknologi dan kemahiran seseorang untuk mencapai kepuasan tersendiri. Perubahan ideology baru ini telah memberi kesan sehingga matlamat ke puncak bukanlah matlamat sebenar tetapi bagaimanakah cara seseorang itu dapat menawan puncak lebih diutamakan. Sebagai contoh Chris Bonnington telah berjaya menawan selatan Annapurna pada 1970 dan selatan barat Everest pada tahun 1975. Lightweight Expedition juga mengalami perkembangan tersendiri, bila percubaan Austrian, Reinhold Messner dan Peter Habler berjaya menawan Everest pada tahun 1978 tanpa bantuan pernafasan. Kejayaan beliau telah menghasilkan pengikut tersendiri kerana apa yang disangka mustahil telah dibuktikan. Pada tahun 1980 beliau telah mendaki Everest (Utara) dari Tibet secara solo dan paling pantas direkodkan. Akhirnya pada tahun 1990, Tim McCartney bersendirian telah menjadi orang pertama berjaya menawan puncak Everest tanpa bantuan pernafasan sepenuhnya. Disini satu fahaman kasar tentang xtvt nie yang telah berlaku selama lebih 200 tahun dahulu(utk buktikan yang mereka adalah negara maju)....aktivit yang bermula dari grand Xpdc telah bertukar menjadi light xpdc yang mempunyai impact tersendiri..... Kalau dulu kemajuan peralatan dan teknologi yang dibawa untuk menjayakan Xpdc adalah serpihan daripada teknologi ketenteraan...(sekarang pon sama jugak)...yang kurang MAJU dan BERAT untuk dipikul ..maka semua pergerakkan adalah terhad kepada kederat orang untuk memikulnya.....maka terhasillah satu xpdc itu mempunyai ahli + pembantu begitu ramai..... Sekarang teknologi dah berubah ...sesuai dengan perkembangan yang ada maka kelengkapan yg besar tu telah diringkaskan menjadi seminimum mungkin...tetapi apa yang ditekankan faktor keselamatan adalah NO 1 yang berbeza adalah beban yang dibawa disamping ilmu dan kecanggihan kelengkapan yang dibawa.... Extreme dulu mungkin x sama dengan sekarang..tapi basic nyer masih tetap ilmu....cuma kalau dulu mungkin kekurangan data / maklumat maka pasukan rikkie dan navigator perlu tetapi sekarang tidak perlu kerana kemungkinan nak sesat adalah tipis disebabkan maklumat yang ada.... Bagi saya ...tahap nie begitu subjektif kerana tahap dan cabaran seorg tu mungkin dianggap mudah oleh orang lain tetapi susah bagi yang lain pulak..gunung bukan nyer ada ranking macam climbing.....walapun mountaineering adalah tingkat pertama ..diikuti climbing dan alpine climb...namun semuanyer ada risiko tersendri....dan ilmu serta teknikal yang perlu diperlajari.........

G7-11

21

Extreme yang diwah2kan oleh barat yang berlaku dalam pergunungan nie selepas pendakian secara minimum dilakukan ..lightweight xpdction....tetapi mamat yang buat nie bukan seorang yg tiada ilmu kerana ianya telah mengkaji / bersedia dari semua segi dan cuba membuktikan yang keinginan hidup/berjaya boleh membuatkan seseorang itu melepasi rintangan walaupun sehebat Everest....... G7 atau sebagainya masih didalam hutan khatulistiwa dan cabarannya pada dasarnya tetap sama/ serupa yang membezakan sama ada jauh / dekat laluan yang ditempoh...ada trek atau tidak..atau sudah lama ianya tidak dilalui....Apa yang menarik disini...gunung tu tetap sama yang lain hanyalan orang yang mengikutinya saja...Aku tak nafikan sesetengah mereka memang aku puji sebagai pendaki tegar..kalau dulu kita namakan sebagai pengerak.............Berapa ramaikah org yang kita dapat lahirkan sebagai Pengembara.. seperti Dr Wong (ABM), Penulis / pengiat rekreasi Mejar (B) Md Yusof , Arwah Ramli( Pencetus Pergunungan Malaysia), Datuk ...yg mengelilingi dunia secara solo, atau meneroka artik / antatika secara solo.... Kita masih jauh hendak dibandingkan dengan XTVT gunung diluar Malasyia jikalau PEMIKIRAN & IDEOLOGI masih ditahap lama....gunung nie adalah lapisan terbawah sekali dalam xtvt pergunungan....mungkin keadaaan geologi dan mukabumi menghadkan penglibatkan dalam nature climb / teknikal climb atau rope work seterus nya ke arah alpine climb...........tapi adalah baiknya jikalu seseorang itu tau apa yang patut dicari sebagai pendaki....aku mengaku yang aku belum selesai G7 atau mendaki keluar negara .. tetapi usaha dan semangat untuk memertabatkan Gunung perlu ada.... Uglysister: bagi aku semua terpulang pada masing2, lain orang lain pemikiran, majoriti pon kalau ada duit byk & diberi peluang mesti nak conquer Everest, K2, kathmandu, Annapurna dan sebagai.. sebab ape? sebab gunung2 tu antara paling tinggi/ paling femes / paling mencabar kat dunia.. cuma tujuan pergi tu je la bergantung pada individu, ada yg nak cipta rekod, ada yg nak tambah dalam resume, ada yg nak merasa environment gunung yg lain depada khatulistiwa, ade yg nak rasa kepuasan bile dapat conqueur G7 tahap dunia, bukan mesia.. so yg tak dapat pegi tu, mungkin rasa dapat conquer G7 kat semenanjung mesia pon dah cukup puas / bangga, then tu terpulang la pada masing2.. then ada gak yg mmg tak minat nak naik everest ngn gunung2 kat luar, n tak minat ngn G7, janji dapat naik gunung mane2 pon bleh, bagi aku G7 tu gunung gak, kalau gunung tahan tu takde dalam list G7 pon aku tetap nak pegi, sebab view dia lawa, trek enjoy walaupon mencabar, chamah tu kalau takde lam G7 pon aku tetap nak pegi gak, sama la ngn gunung2 lain, yg penting enjoy, bak kate laki aku kalau dah tak suka tu kene paksa panjat free pon takkan nak nye..

G7-11

22

pekatu: G7... humm dari dulu dah ada pro con negative positive....bila talk menda ni dgn bdk2 gunung sure x abis idea haha.... ermm.. aku agree dgn syed dat G7 ni penanda aras dlm rekreasi gunung..apa pun kita buat dalam hidup sure ada target....dari dulu smp skrg.....time study dulu sure target nak dpt dip degree etc.... tak payah tipu la if naik gunung ni just suka suki, cintakan alam le coz majority yg aku jumpa suma ada target masing2... g7 g11 g12.... so bila dah ada penanda aras ni yg disetkan oleh komuniti gunung dari dulu secara x langsung menda ni jadi target...... & untuk smp ke target ni... kita berkorban apa saja... wang ,cuti , kerja , family kena lak training ... semata untuk naik gunung redah hutan ,duri , selut , kena tebuan , pikul air... ni kerja gile gak le tapi bila minat & bila dah dapat target.. situlah ada kepuasan.... & kepuasan ni x dapat dinilai dengan material.... kisah klasik untuk masa depan kata bett haha... Pada aku lebih kepada kepuasan diri je... untuk balance kan life...cuma ada le sesetengah tak pun segelintir OKU gunung yang sangat MENGAGUNGKAN diri bila dah grad G7 or G11.... orang2 macam ni le cetus masalah... riak, sombong, angkuh... aku dah jumpa byk type2 mcm ni... ada gak type or trend bila dah G7 terus gantung beg... hehe orang2 yg bangga pas grad G7 ni nilai la diri anda... apa yang best sangat gebang sana sini... cukuplah nikmati kepuasan grad tu untuk diri sendiri..... an achievement in life.... babyKIKO: G7.. ha..ha... memang patut dibanggakan lah. Bukan semua orang dapat menjejakkan kaki di G7 summit. Cuma orang2 tertentu sahaja yang dapat rezeki tu. Tapi bila dah dapat takluk G7 tu tak perlu lah nak berlagak, heboh sana heboh sini. Walaupon G7 tu kita tau kepayahan dan kesusahannya, lagi2 untuk bacth2 terawal, tetapi matlamatnya satu.. iaitu puncak tertinggi. Semua orang yang mendaki G7 nih akan merasa keperitan, kepayahan, kehebatan, keunikan dan etc. yang lebih kurang sama. Tapi aku tak kisah sangat bila orang yg dah grad G7 nih na bercerita pengalaman dia. Sekurang2nya dapat gak aku cerita dan pengalaman yang aku takde. Kalo ade riak kecil dalam hati nya siapalah aku untuk menjatuhkan hukum. Itu antara dia dan Pencipta. Yang aku fedup bila orang yang tak pernah sampai antara puncak G7 ni mengaku pernah sampai. Sebabnya nak jaga status "otai", "orang lama", "pendaki hebat" or watever.. Sedarlah diri tu sikit, tak perlu berlagak pandai. Bila orang bagi soalan triky sikit abis lah kantoi. Lagi malu beb... dari sebelum ni orang boleh la respek sikit terus orang menyampah dah. Bila orang nak treking tengok nama mamat ni ada terus cancel sebabkan mamat nih. Istilah G7 ni pon dah boleh cerita, cuma 7 gunung yang tertinggi di semenanjung sahaja, sedangkan beratus lagi gunung kat semenanjung nih. Cukupkah 7 gunung ni untuk dibandingkan beratus gunung lagi. Rasanya tak sampai 10% pon kalo nak kata G7 nih

G7-11

23

dah cukup untuk seorang pendaki itu gantung beg dan bergelar "otai" atau "pendaki hebat". Tentang pengisian dan ilmu yang dapat bila mendaki G7 nih bergantung jugak pada rezeki masing2, pendapat masing2, pemikiran masing2. Pendek kata terpulang pada setiap individu itu sendiri. Bukan semua dilahiran mempunyai pemikiran, penglihatan dan naluri yang sama. Yang penting setiap gunung semua nya mendaki (keatas) tetapi kita masih lagi berpijak dibumi Allah. Tak perlu bangga diri, bongkak atau takbur. Cukuplah untuk pencapaian diri sendiri, boleh cerita kat anak cucu. Lagi banyak kita cakap, lagi banyak dosa kita lahirkan. Jadi cakaplah jika perlu. puteri-rimba: pada adik... adik memang rase nak tawan sangat2 G7 - 11. tp bajet kita tak sama... dah kalau tak de duit kena r pelan2 kayuh.... tak lari gunung d kejar... namun, apebila kita berjaya menawan gunung itu.... maka ujud lah riak walau hanya sekelumit..... bukan balah yg d cari, tp tanpa d duga balah itu wujud bila emosi tak terkawal.... ade hikmah yg tersingkap kalau kita pasti ape yg kita cari..... andai sesuatu itu tidak tahu kepastiannya.. insyallah akan dapat jawapannya bila anda berada dalam situasi ini sendiri (mendaki dulu baru tau.....) G7 bukan 1 kemestian, tp bila dapat tawan ia 1 kepuasan, G7 mungkin 1 keseronokan bagi mereka2 yg KASIH HUTAN KITA. G7 perlukah d AGUNG kan????? G7 hebat pe.... kalau dah berjaya tawan..... yg pasti...... bukan 1 permulaan atau pengakhiran bagi ku..... minat yg mendalam boleh buat sesiapa saje melayan G7 berkali2.... yongyap: Last ten years ago people will be proud if you grad G7 , but not now its too common already. For me it is more as a individual achivement only. Orga: G7 pd aqu hanya bawa istilah 7 gng di semenanjung yg tingginya mlebihi 7000kaki jek..bkn bawa makna kita telah mencapai kelas tertinggi dlm ilmu pergunungan di Malaysia..tidak salah merasa bangga dgn pencapaian diri ttp biarlah ianya ditanggapi secara rasional utk keperluan peribadi..mungkin ia perlu utk memotivasi atau setidaknya menaikkan keyakinan diri..ttp itu bknlah bermakna kita boleh terus melabelkan telah berada diantara kalangan yg terbaik..apatah lg jika disertai niat utk menonjolkan gah pd umum semata.. Darjat sesebuah gunung bkn diukur pd tinggi rendahnya krn sedangkan manusia itu sendiri darjatnya adalah lebih tinggi dr sebuah gng..jika semulia benda adalah akal, maka yg perlu terpancar dr setiap pendakian ialah ilmu yg baik yg dpt dimanfaatkan darinya.. pendakian bkn hanya satu proses ‘learning’ malah perlu ada proses ‘thinking’.. proses ini memakan masa krn fitrah ilmu itu sendiri yg telah dijadikan dgn penuh kebesaran dan

G7-11

24

kesuburan..justeru tidak memadai utk diperbandingkan ilmu itu dgn gng kita yg masih dipenuhi teka-tekinya..malah tidak tepat lg jika mengatakan dgn hanya berbekalkan ilmu G7, kita telah lengkap sbg pendaki gng yg baik..krn aqu bukan mengukur yg baik berdasarkan tinggi rendah atau jauh dekatnya gng yg didaki..ttp dr manfaat yg diberikan bersandarkan ketinggian ilmu pergunungan yg dimilikinya.. G7...terpulang pada diri masing2...kalau rasa nak bangga diri..itu hak diri memasing..kalau rasa nak low profile pon hak memasing gak..hehheheh.. pengalaman yg diperoleh tu leh dikongsi2..cuma jgn citer lebih2, nnti org nyampah... nazawgw: bagi aku tiap gunung2 di malaysia ni..(err amik cth mesia ja la..gunung obersi xpenah pegi lagi..)ada cabarannya tersendiri..rendah jgn pandang remeh..tinggi jgn takut nak terjah..so, bila kita berjaya lalui tiap cabaran tu dan berjaya lak smpai ke puncak.., tak salah le kalau nak rasa bangga sket lam ati.. fuhhh...berjaya gak aku!!..tapi bukan bermegah2 ngan org len...coz org len yg ada kat situ pon sudah tentu la berjaya gak smpai ke puncak tu... bg diri aku sndiri..aku xpenah letak target memulanya..panjat ja mana gunung yg sempat,.aku pon bukan tau mana satu gunung G7 ke tak...lagipon bukan banyak masa free n cuti...cuma last2 tu rasa, alang2 nyeluk pekasam biar busuk seluruh badan..so abiskan..apa yg aku dapat...mmg kepuasan peribadi..dan aku rasa itu pendaki2 lain rasa gak sampai ada yg ripit dua tiga kali..bangga???biasa ja rasa...org len?? xtau la pulak.. Zaidi: Memang ada kepuasan menamatkan G7 sebab banyak gunung-gunung dalam senarai tu memang memerlukan persedian fizikal dan mental yang cukup. Bagi yang tidak tahu mana gunung yang nak didaki, dengan adanya satu matlamat pendakian, mereka akan lebih teruja untuk meneruskan latihan dan memberikan mereka harapan. TRANS TITIWANGSA V1 [KORBU-GAYONG-YONG BELAR] Cacatan sejarah:

Tahun Cacatan 1940 Berdasarkan The Ascent of Gunung Korbu from Kelantan. Malay Forester

IX; 119-122. Trans titiwangsa dilakukan pada sekitar tahun 1940. Awal 90an Laluan trans TT dibersihkan oleh komando 69 (Hussin) dari semua

jerangkap samar dan bom sejurus beberapa tahun lepas komunis menyerah. 1993/94 Persatuan mendaki Klang merupakan group yang mula masuk, orang yang

bawa mereka ni adalah Hussin. 1996 Universiti yang pertama melakukan trans TT adalah SRC UTM. Dibawa

oleh komando 69 juga, diketuai oleh Sarjan Razai dan 3 komando lain.

G7-11

25

Route: 6 days Intake - Puncak Korbu - Gayong - Junction - H20 - Anak Yong Belar - Puncak Yong Belar - Blue Valley Dam (Rujuk log XPDC Trans Titiwamgsa, M/S 167) **Trans tt reverse start dari Blue Valley Dam

Ada 2 option sama ada untuk melalui 3 boundries atau tidak. 3 boundries banyak dikaitkan dengan cerita-cerita mitos. Rekod terpantas yang pernah dicatatkan untuk trans tt ini adalah 48 jam (2 hari) oleh Shafiq, dengan gelaran “Orang Gila Gunung”. Perjalanan normal bagi trek ini adalah 5/6 hari. TRANS TITIWANGSA V2 Route: 8 days Kg Sg Rengit Pos Brooke- Kem Muara Sg - Gng Yong Yap - Gunung Bubu- Kem Lopak - Puncak Kayong - Puncak Tok Nenek - Puncak Kambing - Kem Kacang - Puncak Belumut - Kem Bonsai Semak - Kem DGU - Puncak View - Puncak Bonsai Tengah - Kem Lembah Agas - Anak Junction - Junction - H2O - Gunung Yong Belar - Kem Kasut - Kem Tudung Periuk - Blue Valley dam **Trans V2 reverse start dari Blue Valley Dam

Rekod V2 terpantas juga telah direkodkan oleh Shafiq dan kak Yati (Kenshina) dalam masa 72 jam (3 hari)..perjalanan normal bagi trek ini adalah 8 hari, dikenali sebagai “the most notorious route” oleh SOS, mengharung cuaca sejuk dingin. Laluan beronak duri, melutut, meniarap dan meniti laluan maut.

Turun Gunung Yong Yap ke tapak perkemahan di kaki Gunung Yong Yap. (5567ft). Denai yang banyak bercabang dan bersimpang kadang kala boleh menyebabkan keliru. “Kem Lopak Air” (5000ft) tapak perkemahan disini agak terlindung dari tiupan angin.

Air dibawa untuk menuju ke Puncak Kayong. Mendaki Puncak Kayong dengan

melalui denai yang agak sukar kerana gaung serta halangan buluh-buluh kecil. Perjalanan Puncak Kayong ke Kem Kacang melalui denai yang agak sempit dan semak. Semestinya perlu menebas untuk melepasi halangan buluh-buluh kecil dan duri-duri pohon Bertam yang liar.

Keadaan di Puncak View amatlah curam kerana anda terpaksa melalui puncak

permatang berbatu yang curam dikiri dan kanannya. Kemudian perlu mendaki permatang yang agak menegak kira-kira 85° untuk ke Puncak Bonsai Tengah. Setelah sampai di Puncak Bonsai Tengah dapat merasakan perjalanan telah jauh serta telah habis setengah perjalanan. Ini kerana Gunung Korbu, Gunung Gayung dan Puncak 6850' telah kelihatan dihadapan mata. Manakala dibelakang kelihatan jauh Gunung Yong Yap.

G7-11

26

Perjalanan untuk ke puncak 6850 (Junction) akan melalui permatang yang agak tinggi untuk didaki.Tiba di kaki Puncak 6850' - Melalui denai yang semak serta agak tertutup, disamping agak kecil dan sempit. Perlu merangkak didalam keadaan gelap dan sejuk kerana kini anda mula mendaki ke paras 6000kaki. V3 [CHAMAH-ULU SEPAT-GERAH-Y.YAP-GAYONG-KORBU-YONG BELAR] 20 days duration ( 12th-31st August 1997 ) Stage 1 (13th-17th August 1997 ) Duration: 5 days Traverse from G.Chamah - G. Ulu Sepat, daily journey of 10.2 hours Stage 2 (18th-21st August 1997 ) Duration: 4 days G.Ulu Sepat - Orchid Valley, daily journey of 9 hours Stage 3 (22th-24th August 1997) Duration: 3 days Orchid Valley - G.Berhid West - G.Yong Yap, daily journey of 8 ½hrs Stage 4 (25th-27th August 1997) Duration: 3 days G.Bubu South - 6850' spot height, going east, daily journey of 7 ½ hrs Stage 5 (28th-29th August 1997) Duration: 2 days G.Gayong - G.Korbu & back, to spot height 5110', journey of 11hrs. Stage 6 (30th-31st August 1997) Duration: 1 day G.Yong Belar - Gurkha Camp about 5 hrs Stage 7: Independance Day! (31st August 1997 ) Duration: 1 day Spot height 6040' to Empangan (waterfall ), journey of 3 hrs Catatan Harian 17/8 The team arrived at G.Ulu Sepat as scheduled and camped below at boundary point. 18/8 The next day however, the nightmare started. All over, were overgrown trails and minimal markers. The team only managed to blaze 4 (kilometer) squares. They made the same mistakes as the rekki group in the 15th Trans Banjaran trip (the expedition that Chin, Ong & myself -Ming took). There were too many choppings and it was dark before the camp for the night was reached. 19/8 Day two of the nightmare began with a wet drizzle. Then, it rained cats and dogs. Chilly winds and torrential rain smote deeply through the raincoats. Tired, the team pushed stiffly onwards, with wet shoes and grim determination. This delayed the arrival at the Gerah summit. Richard, the fastest lead member reached the top at 7.30pm just after nightfall. He swiftly stirred up some magic coffee and tea to revive the spirits and

G7-11

27

all those who came in and managed to set up base camp in superb time. That night, the chill howling winds drove in, and everyone slept an exausted sleep. 20/8 The nightmare worsen. Many of the lead cutters, found great difficulty even in cutting down to Bukit Kembok (bukit means hill in Malay). Morale and Food were running low. Rationing had started. 21/8 Woke up at 4.30am and the trail blazing started around 7.00am. It was cold and damp that, with fine mists coiling in from the low cloud cover. Fallen bamboo forest made progress virtually imposible. In the end, they managed to cover only 3 squares. The rainforest had reclaimed all previous trails. It seemed as though all traces of any pathway made by man had been swalloed by the Jungle. Even the experienced members such as Chin and Ong were unable to locate markes as the trail had blocked by fallen trees and bamboo. Many were feeling exhausted and miserable. With the remaining scraps of food they managed to reach the summit 5995' (Surian ). Not all was lost however, and for Lady Luck shone that day. They managed to make a call out but were unable to communicate with the reception team at Orchid Valley. Reporters and the ABM reception committee had been waiting since the 20th August. " No food and water for 2 days. Great difficulty in locating the previous trails. Resupplies urgently needed." By then, Dr. Wong (ABM President and overall trouble shooter) and the Support Team were ready to go. The following are live reports straight from Dr.Wong Sai Hou himself in Orchid Valley. Known for his amazing endurance on the Trans Banjaran Expeditions, it was once again time to don the old Expedition Boots and give the ABM Team the Support they needed (like a charging bull, Dr.Wong carried on and on... I often wonder where he gets his energy from). As the climate was cold, the recent trouble of humidity would not be such a problem for him. 22/8" This was the third day I awaited for their exit. Ah Hee our 4x4 transportman came in at 11.00am with the above message. Luckily N. Ganason was awaiting at Orchid Valley to join the Core Team. He was instructed to lead 6 Orang Aslis to bring in resupplies. The support team left at 12 noon." "I proceeded back to Petaling Jaya to organise another support team. At 7.30pm Richard called. He sounded very distressed and demoralised. He reported having no food. They could perhaps cut down from Surian to the south 3 squares at the most with the last of their energies." "By hook or by crook, I was to ensure that they get the necessary resupplies." 23/8 "The next day, I arrived back at Orchid valley, together with the 2 remaining OA (Orang Asli) and 6 others including myself, we brought more resupplies. After 2 hours of brisk trekking, we encountered N. Ganason. He had camped at the 4th river crossing at Bukit Manik, the expected rendevous with the Core Team."

G7-11

28

"However at 1.00pm and the fact that the Core Team had not arived, they left camp after leaving behind the supplies. They (the Support Team) were not happy to stay as the valley was hit by howling winds and broken branches. It was already 3.30pm and no time had to be wasted to reach the Core Team." The two Support Teams join forces and proceeded to to the campsite at Buit Manik. Meanwhile the Core Team had managed to reach Bukit Manik and were savouring the resupplies when we found them." "There was much relief and happiness and they exited at Orchid Valley that night for much needed R & R." 24/8 It was Rest day. All the equipment were throughly drenched and wet. Even laptops were not working. 2 members had to withdraw due to injuries and exhaustion. One, because her father was gravely ill. Later in the day the much refreshed Core Team proceeded to the next leg of their journey 26/8 Just out from Orchid Valley. Core Team has been delayed by 2 days. During this time, Richard was unable to send out e mail but everyone has reached Orchid valley safely and the resupply has been succesful. 28/8 Sorrylah brother, am having mountain sickness. Can't remember much thing now but to survive in this terrain. "Kow sai", the recce trip from Gerah to Ulu sepat that you have done one year ago is horrible. - You're telling me? - Ming A lot of wrong trails, but will still follow and then attempt some back trackking. GUNUNG TAHAN[G1] Cacatan sejarah: Tahun Cacatan 1880 Sultan Ahmad (Pahang) telah menghantar kumpulan pendaki pertama ke puncak

Tahan. 1905 Pendakian pertama berjaya menawan puncak Tahan oleh XPDC Wray-

Robinson ialah Bulang, Che Nik, Mat Arisand Mu'min. 1906 Kumpulan juruukur tawan puncak Tahan.

Trek yang boleh dilalui samada: 1. Merapoh-puncak-Kuala Tahan 2. Merapoh- puncak-Merapoh 3. Kuala Tahan-puncak-Merapoh 4. Kuala Tahan-puncak-Kuala tahan 5. Kuala Koh-puncak Tahan- Kuala Tahan [laluan melalui Kuala Koh telah ditutup kerana laluan yang panjang dan banyak cross sungai]

G7-11

29

Route (Kuala Koh-Kuala Tahan):8 days Kuala Koh - Kem Bertemu - Kem Sg Aring - Kem Railey - Bukit Botak - Puncak Tahan - Bukit Botak - Kem Padang - Kem Teku - Kem Putih - Kuala Tahan Route (Merapoh-Merapoh):4 days Kuala Juram - Kuala Luis - Kem Kor - Permatang - Kem Kubang - Kem Belumut -Bonsai - Kem Botak - puncak Tahan

Untuk ke Puncak Tahan via Merapoh, naik 4wd dari Pejabat taman Negara ke Kuala Juram. Ditepi jalan ke Kuala Juram ada menara Bukit Seraya. Dari sini boleh tengok gunung Tahan dari kejauhan. Kawasan Kuala Juram memang menarik, ada tempat pembiakan ikan kelah. Mula trekking kena lalui jambatan gantung. Kami terpaksa cross sungai sebanyak 4 kali sebelum sampai ke Kuala Luis. Ada tali untuk cross sungai terakhir. Lepas cross sg terakhir tu lah Kuala Luis. Dari Kuala Luis ke kem Kor ada satu air terjun kat belah kanan. Agak curam untuk turun. Trek yang landai dah mula curam.

Kem Kor agak besar dan ditepi dengan punca air. Dari Kem Kor ke Permatang

trek mencanak tak habis-habis. Lepas tu turun naik. Trek ke Kubang dah start curam. Di kem Kubang ada coverage telefon. Ada punca air dibawah sedikit dari sini. Trek dari Kubang ke Belumut memang cun. Dari Bonsai, kelihatan banjaran gunung dan pokok bonsai. Trek ke bukit botak jelas kelihatan dari sini. Kalau ada orang trekking kat laluan tu memang nampak sebab trek adalah batuan putih.

Di Bukit Botak ada satu telaga. Last water point kat Bukit Botak. Kat sini pn ada

coverage telefon. Ditepi bukit botak kelihathan ada air terjun tapi jauh. Laluan trek berbatu dari bukit botak ke puncak. Hati-hati masa panjat batu sekiranya trekking malam. Agak licin sekiranya hujan. Kawasan lapang sebelum tiba dipuncak. Dipuncak ada satu tapak kaki besar kat batu.

KORBU[G2] - GAYONG[G4] Route (Kem View : 4 days Kg Senooi - Kem Pondok/Pangkin - Air Terjun Kg Senooi - Kem View - Kem Permatang - Bonsai Tonggek - Puncak Korbu - puncak Gayong Sekiranya tidak mahu melakukan Trans Titiwangsa V1/ V2 pendaki boleh memilih untuk ke Korbu dan Gayong sahaja. Gunung Korbu boleh didaki dari Kg. Senooi [Kem view] atau Dam [Kem Seroja]. Kem Seroja merupakan trek klasik dan jarang pendaki melalui route ini kerana pembinaan empangan. Semasa trekking ke Korbu untuk ke Kem View dinasihatkan supaya trekking disiang hari kerana dikuatiri ada ular di trek buluh. Untuk ke Kem view, bukan sahaja perlu merangkak malah meniarap untuk melepasi belasan halangan buluh yang merintangi trek. Masa last water point sebelum naik korbu kena pikul air sekurang-kurangnya 3 botol seorang (4.5 liter) untuk kegunaan di puncak dan perjalanan hari esok. Haversack

G7-11

30

yang berat dengan ration dan diisi pula dengan air terasa begitu membebankan ditambah pula trek yang terpacak amat mencabar fizikal dan mental. Dari puncak kelihatan bandar Ipoh dari kejauhan. Perjalanan ke puncak Gayong boleh dilakukan secara daypack sahaja. Trek lembap dan berlumut. Berhati semasa disimpang proton. Ke kiri untuk ke Yong Belar dan kanan ke Gayong. Semasa turun ke kem view, pastikan tidak tersalah simpang ke Kem seroja. YONG BELAR[G3] Route:3 days Blue Valley Dam - Kem Tudung Periuk - Kem Kasut - Puncak Yong Belar - Kem Gurkha - 3 Boundries - Charlie - Blue Valley Dam

Kena panjat tangga BVD yang menyakitkan jiwa, lebih kurang 20 minit melayan tangga. Kat kem Tudung Periuk dan kem Kasut ada punca air. Pastu ke puncak gunung Yong Belar. Perjalanan menuju ke kem Gurkha ambil masa dalam 6-7 jam. Trek menuju ke kem Gurkha memang cun, maybe sebab orang jarang pergi 3 Boundaries kot. Punca air kat Gurkha ni agak besar dari kem Kasut / kem Tudung Periuk. Sejam pastu sampai puncak Charlie. Trail lepas pondok Charlie memang cun, jalan atas permatang. Kat puncak 3 boundaries, sempadan antara negeri perak, pahang & kelantan ni, view 360°. cun tapi still tak boleh celen puncak Tok Nenek. Nak keluar ke BVD, kena rentas jalan sepanjang sempadan 2 negeri. Ada beberapa puncak yang kena daki sebelum sampai keluar. CHAMAH[G5] - ULU SEPAT[G7] Boleh didaki dari Lasah atau Gua Musang. Route (Lasah): 7 days Lasah - Pos Kemar (Kg Lerlar) - Kem Agas - Kampung Rekom - Puncak Chamah - Kem Sungai Peres - Puncak Ulu Sepat - Lenweng

Yang sakitnya ada agas, ada trek berduri dan menempuh pokok resam.Nak sampai puncak Chamah makan masa 4 hari. Dari kem Tongkat Ali nak ke puncak, trek panjang. Banyak puncak tipu, kena pikul air. Lepas Tongkat Ali dah tiada water point. Trek bosan gak sebab dari Chamah patah balik kat kem junction. Lepas tu baru shoot ke Ulu Sepat. Kira bentuk Y lah.

Perjalanan agak mendatar pada mulanya dan melintasi 2 batang sungai. Selepas

Kem Relik, trek sudah menaik dan memerlukan kekuatan kaki. Sepanjang jalan ni antara Relik dan Puncak View ternyata bukit yang didaki sungguh jahat sekali. Sebelum sampai ke Kem Anak Peres terdapat pokok yang bercantum menjadi pintu gerbang. Perjalanan

G7-11

31

ke Kem Rekom agak mendatar dan melalui trek balak lama yang separuh dari tanahnya telah runtuh dan ini menghasilkan gaung yang menggerunkan. Terdapat juga pokok-pokok resam yang berduri sepanjang trek.

Di Kem Pakma, kalau bernasib baik dapat melihat Bunga Pakma yang kembang.

Selepas Kem Tengah, pendakian lebih mencabar di mana terdapat 2 bukit yang tinggi mencanak terpaksa didaki selama hampir 2 jam. Perlu mengambil air di Kem Tongkat Ali untuk kegunaan dipuncak Chamah.

Dipuncak Chamah dapat dilihat pemandangan gunung-gunung di banjaran

Titiwangsa di antaranya Gunung Korbu, Gayong, Yong Belar dan Yong Yap serta Gunung Tahan yang kelihatan sayup-sayup dan juga kelihatan Gunung Ulu Sepat.

Perjalanan amat jauh ke Puncak Ulu Sepat dan banyak mendaki. Masa turun dari

puncak, dalam kepala set jalan jauhhhhh tapi enjoyyyyyyy... trek memang turun tak hingat punya. Sampai kat satu area tu, nampak macam kemsite tapi jarang la orang guna. Sini last waterpoint kalau nak naik ikut Lanweng, nama tempat ni Sg. Relip... trek lepas ni memang turun tak hingat punya... kalah lagi turun trek Batu Putih. Ada satu simpang belah kanan pegi Kem Tidur, ni kemsite lama ni. Satu lagi simpang belah kiri pegi tinkoh (air terjun) bakom.

YONG YAP[G6] Route: 2/3 days Pos Kuala Mu - Pondok 1 - Pondok 2 - puncak

Naik 4wd dari Lasah ke Pos Kuala Mu melalui jalan balak. Lepas meniti jambatan buluh, di hujung jambatan sudah tersedia bukit pacak. Bukit " Good Morning " panggilan biasa bagi para pendaki. Ada pokok nenas dan ubi kayu di kiri kanan trek.

Keluar dari kawasan hutan, bertemu dengan kawasan lereng terbuka dipenuhi

balak-balak rentung. Habis melangkah balak-balak rentung, barulah masuk ke jalan tanah merah(trek balak)..trek balak canak.. Lalu trek yang dilindungi pokok-pokok buluh. Dari kejauhan kelihatan puncak Yong Yap diselaputi awan. Disimpang sebelah kiri ada Pondok I yang berupa rumah tinggi berdinding dan berlantaikan buluh, beratap nipah dan bertanggakan kayu. Lepas sungai, ada Pondok II yang berupa tempat berlindung yang diperbuat daripada daun nipah.

Trek ke last water point mudah diterangkan, semuanya canak. Sebelum tiba di

LWP pemandangan berubah kepada pokok-pokok berlumut. LWP terletak di lembah, agak jauh ke bawah bukit sebelah kiri. Kira-kira 10 minit untuk sampai ke anak sungai yang mengalir di celah-celah bukit.

Start mendaki ke puncak, mendaki dan mendaki pada kecerunan 45-60°.

Perjalanan ke puncak agak menyeksakan, sudahlah treknya pacak, berat pikul air lagi.

G7-11

32

Sampai ke permulaan yang mencanak tinggi. Dari sini memang nampak trek yang berkecerunan 75°. Sampai ke kawasan berlumut macam kat Irau, tapi Irau memang lagi cantik la kawasan berlumut dia. Dah start jumpa pokok renek dan nampak terang je, jangan tertipu..tu bukan puncak tu. Trek YY ni banyak selekoh dan corner.

Kawasan puncak dikelilingi pokok-pokok bonsai. Jadi, terlindung dek tiupan

angin. Di sebelah utara puncak, menyaksikan deretan banjaran Titiwangsa.

BATU PUTEH[G8]

Ada pendapat yang mengatakan Batu Puteh lagi tough dari Yong Yap. Tahap bahaya dia pun boleh tahan. Kalau kat Chamah Ulu Sepat banyak agas, kat Batu Puteh pula banyak nyamuk follow trekking. 3 jam pertama memang pedih tunduk je la pasal trek buluh.

“ Ja…..uh……..”seperti motto guide orang asli Yong Yap. Semua nampak bosan, perjalanan memang jauh, up & down. Pada mulanya, semua trek disebelah kiri sungai. Sepanjang trek, view yang memang cantik terutamanya small waterfall yang berada disebelah kanan. Ada satu batu besar, punca air dekat bawah batu besar. Keadaan di situ memang gelap kerana dilindungi oleh batu besar.

Trek ke Batu Kak memang teruk, 70-80°. Ada trek yang bahaya (sebelah adalah

juram), kena treking perlahan-lahan dan berhati-hati. Hanya beberapa batang kayu sahaja yang berikat letak di atas tanah. Selepas itu, kena panjat-panjat, merangkak kerana dapat banyak akar-akar pokok yang besar. Trek agak licin dan berlumpur selepas hujan. Apabila sampai ke cabang, kiri ke Batu Kak campsite, kanan ke Gunung Batu Kak.

Trek ke peak senang dan pendek berbanding sebelumnya. Di LWP, ada waterfall

yang cantik dan unik. Ia tidak seperti waterfall yang biasa, airnya mengalir dari atas batu besar, permukaan atas batu besar itu rata menyebabkan air mengalir ke bawah, ketinggiannya ada 1 tingkat. Airnya sejuk dan jernih. Puncak Gunung Batu Puteh memang besar tetapi melintang. Itulah sebab orang asli panggil puncak ini Gunung Lintang (nama lain bagi Batu Puteh).

Sudah sampai Batu Kak, turun sikit lagi untuk mendaki ke Gunung Kak.

Pemandangan di atas Gunung Kak cantik juga tetapi trek sangat bahaya. Mula-mulanya kena panjat tangga yang hanya diperbuat daripada beberapa batang dahan sahaja, kemudian dekat Gunung Kak perlu mendaki ke atas batu besar, itulah puncak Gunung Batu Kak.

Masa perjalanan turun ke luar, treknya agak bosan kerana masa mendaki naik,

naik sahaja tetapi sekarang asyik turun sahaja. Trek yang dekat buluh dan pokok bertam memang bahaya, daun buluh yang licin, batang pokok bertam yang berduri.

G7-11

33

IRAU[G9] Kalau top 10 gunung kat semenanjung, ni paling senang skali, kalau dari Berinchang la. Juga boleh didaki dari Suku. Ada orang mengatakan Irau ni la paling sejuk antara semua G10 ni. Orang lain kata Ulu Sepat paling sejuk diikuti ngan Yong Belar. Terpulang pada judgement sendiri. Kena rasa sendiri dulu. Mempunyai pokok-pokok belumut yang menarik. Selepas turun kita boleh ronda-ronda Cameron Highland. BENOM[G10]

Gunung Benom boleh didaki dengan menggunakan 3 trek berlainan iaitu melalui Lata Berembun (Raub), Kampung Orang Asli Damak dan juga Kampung Tengah, Ulu Cheka.

Naik 4WD ke Lata Berembun. Masa mula-mula trekking dah pacak tak hingat.

Disungai terakhir sepatutnya ada simpang naik trek lama dan baru. Sepatutnya trek tu berpecah di sini tapi mungkin dah jarang orang pakai, dah tak jumpa trek lama tu. Dari Kem Bulat boleh trekking freehand ke puncak Benum.

Trek melalui Ulu Cheka pada suatu ketika dahulu pernah di labelkan “trek jiwa luka” kerana beberapa group pendaki bebas telah cuba untuk ke puncak melalui trek ini tapi tidak berjaya sampai ke puncak kerana trek dah hilang, kena cari trek baru.

Di Kem Jeneroh, ada Air Terjun Jeneroh yang agak tinggi dan kuat kedengaran

dari kejauhan. Ada sedikit macam berada kat AT Chemerong tapi jauh lebih rendah kalau nak dibandingkan ketinggiannya. Lepas kem Jeneroh, melayan pacak Bukit Kayu Damar. Perjalanan seterusnya ialah bukit dengan kecerunannya mencecah 70°. Lepas Kem Gunung Runtuh, menuju pula ke Kem Batu Komunis atau Batu Serundom, disitu terdapat satu bongkah batu besar yang menindih satu bongkah batu sebagai penahan menjadikannya seperti gua. Cantik je ternganga, macam kat Gua Azan, Batu Puteh.

Perjalanan menempuh laluan hutan pergunungan dengan bonsai dan pokok renek menghiasi trek. Laluan juga diserikan dengan bunga orkid yang tengah berkembang. Keindahan Benum banyak terserlah di laluan ini. Setelah beberapa kali melayan trek yang memacak, akhirnya tiba di satu puncak yang sangat cantik dan meredupkan mata memandang, Kem Permatang Angin. Begitu bersih dan kalau kering, lantainya yang lembut dan dipenuhi lumut yang menghampar. Pokok bonsai dan pohon renek memagari kem ini bagai ada dunia lain yang wujud, boleh memuatkan hampir 35 orang sekaligus itu. Dari sini juga, boleh melihat 180° view ke bahagian barat Taman Negara Krau.

Perjalanan ke Puncak Benom agak menurun dan menaik sekali-sekala menempuhi

laluan tanah gambut yang semakin becak. Di satu persimpangan, ke kanan menegak ialah laluan ke kemuncak Benom dan ke kiri pula menghala turun keluar atau lebih tepat ke Lata Bujang. Mula mendaki laluan menegak kemudian laluan turun naik dipagari dengan pokok renek di tepi laluan manakala di kiri kanannya pokok pine, pokok berakar besar

G7-11

34

dan berselirat menyajikan suasana hutan tanah tinggi melebihi 5500 kaki. Ada 5 puncak tipu dilalui tiba di Puncak Benom. Pokok resam di laluan menurun ke laluan permatang menuju ke 3-4 bukit kecil sebelum puncak.

Lepas turun dari puncak, selepas beberapa kali melayan pacak dan permatang

yang begitu panjang, ada satu permatang yang agak rata yang boleh dijadikan kemsite. Kem ni dinamakan kem Lintang atau Kem Permatang Lintang sebab fly melintang panjang merentangi trek laluan. Kem Agas pula agak mencerun ke bawah. Selepas melayan pacak 60° ada satu bukit. Dari bukit ini kena menuruni 3-4 bukit yang betul-betul menjunam dan menempuh satu kawasan tebuan tanah sebelum sampai ke Kem Cengkenit. Kem ini tak terlalu besar, mungkin muat untuk group kurang dari 20 orang sahaja tapi di sini sahaja satu-satunya kawasan yang ada coverage untuk komunikasi.

Kembali melayan trek menurun yang begitu panjang dan melemahkan kepala

lutut dan pergelangan kaki. Bayangkan sahaja dari ketinggian 5500 kaki lebih perlu turun ke tahap ketinggian 100 kaki ke bawah. Kalu ada yang nak buat reverse memang azabnya mendaki bila melihat sayupnya trek turun ke bawah.

Laluan tetap menurun dan semakin menekan bila bunyi air. Kalau terjumpa pokok

buluh mendakan sudah hampir tiba. Menuruni bukit yang curam ibarat menuruni Ulu Sepat 10 jam tanpa henti. Terpaksa menyusur sungai dan 5-6 kali mendaki terutama 3 bukit besar yang membunuh sisa-sisa semangat untuk santai-santai sahaja melayan trek balik. trek juga samar-samar walaupun terdapat banyak kesan laluan. Penamat adalah ketika tiba di persimpangan ke Lata Bujang dan jalan besar. GERAH[G11]

Kedudukan berdekatan dengan Ulu Sepat. Boleh mendaki dari Kg. Lerlar dan

kalau nak trans Gerah kena start dari Pos Dakoh, Gua Musang, menawan puncak Bilah, Gerah, Bieh dan keluar ikut Agek. Untuk masuk ke Pos Dakoh dari Kuala Betis memerlukan 5 jam naik 4wd. Route (Kg.Lerlar): 4/5 days Kg Lerlar- Bukit Bongok- Kem Agek- Kem Sarsi-Puncak Gerah

Dari Lasah masuk ke Kg Lerlar dengan 4wd. Lepas sungai besar ada kawasan lapang sebelum balak besar yang tumbang tepi trek. Kena cross 3 sungai. Di simpang trek ke Lenweng ambik kanan naik Bukit Bongok, terus ke Lenweng. Trek Bukit Bongok mencanak tapi lapang. Banyak pokok balak besar dan pokok nipah. Lepas tu melalui trek permatang yang sedikit landai dan menaik. Kemudian trekking balik menuruni trek permatang yang landai.

Dari permatang view point, sebelah kiri trek boleh nampak Ulu Sepat. Trek lepas

ni turun tak henti-henti. Turun..turun..turun…tak hingat punya macam turun dari Ulu

G7-11

35

Sepat sampai nampak satu pondok orang asli sebelah kanan. Kem Agek tak jauh la dari situ. Penghujung trek landai sikit dan bersemak.

Sebelum sampai sungai besar tu ada satu anak sungai. Kawasan kat situ terang

macam Lenweng. Ada dua sungai besar sebelum sampai Agek. Sungai pertama kena lintas balak walaupun airnya tak dalam. Ada kawasan bertanah yang membahagikan kedua-dua sungai. Kat situ ada satu pokok besar dan rumpun buluh. Satu lagi balak tumbang perlu dilalui dan sampailah campsite Agek.

Kem Agek ni cantik dan bersih. Macam ada orang jaga. Kawasan kat sini

berumput dan ada sebatang pokok renek kat tengah-tengah campsite. Sungai tak jauh, beberapa meter je. Air memang tak jadi masalah kat sini.

Untuk ke puncak, trek pada awal melalui kebun ubi orang asli Kg Agek. Jangan

salah simpang, bila nampak rumah orang asli masuk kiri. Dah lepas kebun ada satu sungai besar dan lintas. Tak berapa jauh ada pondok dan rumah orang asli. Kat sini ada sorang nenek tinggal. Lalu lagi kebun ubi belakang rumah sebelah kiri.

Ada beberapa batang anak sungai kena lintas dan treknya landai. Lepas tu susur

tebing sungai tenang, lalu paya, tebing sungai semula sampai la satu sungai besar. Memang banyak sungai nak kena cross! Selepas lintas sungai besar tu ada 2 lagi sungai besar.

Lepas melalui trek landai, ada naik bukit sikit di kawasan berlembah dan lintas

anak sungai. Kemudian melalui trek menyusuri anak sungai. Trek memang memangokan, perjalanan diteruskan melalui rumpun buluh reput dan berduri sampai tiba di simpang waterpoint Kem Sarsi. Simpang ni berada kat sebelah kanan trek, beberapa minit dari Kem Sarsi kat depan sikit je..

Start dari kem sarsi memang main permatang je tapi jauh. Bila trekking sikit

nampak view puncak tapi tak sampai-sampai, nampak lagi tak sampai-sampai. Turun naik turun naik beberapa kali, mental boleh down wo! Bila dah nampak Periuk Kera tu petanda dah dekat la tu..

Di puncak, dari jauh nampak Bukit Bongok, Gunung Ulu Sepat, Gunung Chamah

sayup-sayup je. Sebelah lain pulak nampak Transpex Korbu-Gayong-Yong Belar dan Yong yap.

Sistem Fizikal Bumi

36

SISTEM FIZIKAL BUMI Medan Magnet Bumi

Medan magnet bumi ialah titik yang memusatkan bumi pada paksinya. Titik penerimaan aruhan magnet ini dinamakan kutub utara magnetik manakala titik penyebarannya dinamakan kutub selatan magnetik. Kutub utara sebenar terletak 15° dari kutub utara magnet. Tu antara sebab kalau nak cari arah kiblat, tengok arah barat pastu sengetkan sikit arah ke kanan.

Peta topo menunjukkan arah utara magnetik, sama cam kompas. Titik pusat kutub utara magnet akan berubah sikit setiap tahun. Perbezaan medan magnet pada utara sebenar akan mengaruhkan tenaga endogenetik. Utara sebenar ialah titik dimana bumi berpaksi semasa berputar. Tenaga endogenetik ialah punca-punca tenaga dari dalam bumi, seperti tenaga graviti dan radiogenik. Radiogenik ialah tenaga aruhan elektromagnetik yang terhasil semasa bumi berputar. Perbezaan tenaga yang terhasil tu la sebab terjadinya perubahan titik utara magnet setiap tahun. Endogenetik iaitu tenaga dalaman bumi yang terhasil, tu la plak penting dalam memulakan aktiviti gelinciran, lipatan, gunung berapi dan gangguan-ganguan tetronik seperti gempa bumi.

Perbezaan utara sebenar dan utara magnetik perlulah diketahui sebelum

memahami pengetahuan kompas dan topo. Bila berlaku gangguan elektromagnetik akan mempengaruhi bacaan kompas magnetik. Gangguan magnetik dalaman bumi boleh menyebabkan kesan pada cuaca dan perubahan iklim bumi. Fizikal Muka Bumi

Fizikal muka bumi terdedah pada tenaga eksogenetik. Tenaga eksogenetik adalah tenaga yang berpunca dari luar sistem bumi terutamanya dari matahari. Tenaga ini bertanggungjawab kat kejadian geomorfologi yang macam air mengalir, ombak, angin, luluhawa. Di Khatulistiwa, kekuatan tenaga eksogenetik bergantung pada kadar penerimaan tenaga dari matahari.

Putaran bumi berlaku di atas paksinya yang condong 23.5° daripada satah tegak.

Jadi akan berlaku perubahan penerimaan cahaya matahari sepanjang tahun di Khatulistiwa, maka nilai tenaga endogenetik pun berubah. Pada 21 Jun dan 22 Dis ketika solstis, matahari tegak di garis Sartan jadi dalam pusingan setahun khatulistiwa, masa itu paling kurang terima cahaya. Pada 21 Mac dan 23 Sept, matahari tengahari tegak di Khatulistiwa, jadi ia lebih terima cahaya masa ini. Perihelion (3 Jan) adalah jarak paling dekat dengan mentari manakala afelion (4 Julai) adalah sebaliknya.

Ketika menerima matahari maksimum, khatulistiwa mempunyai tekanan udara

rendah dan sebaliknya area garisan lintang tinggi mengalami tekanan udara tinggi. Jadi perbezaan dalam tekanan udara menyebabkan berlakunya perubahan pada sistem

Sistem Fizikal Bumi

37

geomorfologi bumi yang pengaruhi sistem suhu, isipadu udara, tiupan arah angin, hidrologi dsb. Perubahan tenaga endogenetik di Khatulistiwa menyebabkan keadaan cuaca yang tidak di duga dikawasan ini. Aktiviti bulan gerhana pun efekkan perubahan tenaga endogenetik bumi.

Kesimpulannya, oleh kerana bumi berada pada kecondongan 23½º yang mengelilingi matahari, matahari yang menjana tenaga eksogenik yang bertanggung-jawab menguraikan aliran tenaga kepada tindakan air, angin, luluhawa dsb yang mampu mengubah fizikal permukaan bumi. Tentang tenaga graviti dan radiogenik yang menjana tenaga endogenik yang bertanggungjawab memulakan gangguan tetronik seperti gelinciran, lipatan, gempa bumi dsb yang mampu mengubah fizikal bawah permukaan bumi..gabungan antara tenaga eksogenik dan endogenik ini akan mempengaruhi sistem geomofologi, sistem atmosfera, sistem hidrologi dan sistem ekologi bumi. SISTEM GEOMOFOLOGI

3 disiplin asas sains fizikal geografi ialah geomofologi, klimatologi, meteorologi dan biogeografi. Episod ni kita akan beri penekanan pada geomofologi dalam konteks asal usul gunung-ganang.

Mengikut istilah, geo=bumi, morphe=bentuk dan logos=kajian. Jadi ia bererti satu kajian saintifik terhadap rupabentuk geometri yang wujud di permukaan bumi. Geomofologi meliputi fiziografi dan geologi. Cabang fiziologi meliputi oseonografi dan kaji iklim manakala geologi meliputi mineralogi, petrologi, paleontologi dan stratigrafi. Kajian geomofologi mementingkan kajian penganalisaan evolusi bentuk mukabumi mengikut masa terutama oleh proses gelinciran, hanyutan pelipatan, pemendapan dsb hasil dari tindakan tenaga eksogenik dan endogenik lantas menghasilkan bentuk bumi yang membentuk banjaran gunung, dataran benua dan lembangan lautan. ASAL USUL SISTEM GUNUNG GANANG

Gunung merupakan puncak yang menonjol di atas kawasan tanah tinggi dengan keluasan yang terhad. Pergunungan adalah beberapa siri gunung yang berhimpun dibawah satu jaluran banjaran, permatang dan genting yang dipisahkan oleh genting dan sungai. Rangkaian pergunungan adalah gabungan zon yang terdiri daripada beberapa pergunungan digabungkan.

Gunung semenangnya bukan tempat untuk manusia tingal dan menetap. Ini

disebabkan keadaan gunung yang sejuk, tanah rata yang terhad dan bekalan makanan terhad serta faktor lain yang menyebabkan ianya menjadi cabaran kepada manusia untuk mendakinya. Penyakit aras tinggi disebabkan faktor kekurangan oksigen dalam darah serta terdedah pada pancaran ultraviolet kepada mereka yang cuba mendakinya.

Sistem Fizikal Bumi

38

Asal Kejadian Gunung

Pergunungan dihasilkan oleh tektonik yang berlanggar menyebabkan bongkahan batu mantel terbunjur selepas pergerakkan larva. Perubahan tektonik ini menghasilkan gunung dan jurang pada bahagian yang lain. Bumi ini dapat dibahagikan oleh beberapa plate tektonik yang berada di daratan atau lautan. Surah Al Anbiyaak, ayat 31 yang bermaksud ‘ Kami jadikan di muka bumi gunung yang tegak kukuh, supaya jangan dia bergerak-gerak bersama mereka; dan Kami adakan jalan-jalan yang luas diatasnya, mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk.’ Perubahan ketinggian pada sesuatu gunung tetap berlaku sebagai contoh gunung everest yang meninggi daripada 8848m (tahun 1954) kepada 8850m (terkini). Surah Annaml, ayat 12 yang bermaksud, ‘Engkau lihat gunung-gunung, engkau kira ia tetap, padahal ia bergerak seperti awan. (Begitulah) perbuatan Allah yang menjadikan tiap-tiap sesuatu dengan kukuh. Sungguh Dia Maha mengetahui apa-apa yang kamu perbuat.’

Umumnya kajian terperinci terhadap sistem pergunungan dari segi jenis batuan, usia dan keluasannya dapat memudahkan kefahaman tentang sejarah bumi. Tenaga endogenik yang menghasilkan kuasa tetronik telah bertindak terhadap evolusi lapisan kerak bumi menghasilkan berbagai bentuk dan susunan sejak 200 juta tahun dulu. Kuasa bumi pula menghasilkan gerakan epirogenik dan orogenik. Gerakan epirogenik terdiri dari kuasa-kuasa yang membentuk semula benua-benua dan kerak-kerak bumi dengan cara penurunan plat. Gerakan orogenik ialah kuasa yang membentuk lipatan dan banjaran gunung lipat. 3 jenis sistem gunung ialah gunung lipat, gunung gelinciran dan gunung berapi. 1. Gunung Lipat

Gunung lipat terhasil apabila dua keping plat bumi bertembung menghasilkan kuasa mampatan. Proses ini menyebabkan lapisan batuan berkedut dan berlipat. Itensiti gerakan orogenik menyebabkan sebahagian kerak bumi melengkung ke atas manakala sebahagian lain melengkung ke bawah. Bahagian yang naik ke atas dinamakan antiklin (lintap mungkum) dan ke bawah dinamakan sinklin (lintap lendut). Pinggir lipatan di kenali sebagai rusuk. Kesan lipatan kompleks adalah seperti di kawasan pergunungan Himalaya, Alps, Rocky dan Andies. Terdapat 4 jenis lipatan pergunungan dunia iaitu Lipatan Prakambria (>600juta tahun), Lipatan Kaledmia (225-395 juta tahun), Lipatan Hereynia (225-260 juta tahun) dan Lipatan Alp (<70 juta tahun). Gunung-gunung di Malaysia terletak dalam Lipatan Alp.

Sistem Fizikal Bumi

39

2. Gunung Gelinciran

Gerakan epirogenesis merupakan pergerakan lapisan kerak bumi secara menegak dan berupaya menghasilkan berbagai bentuk gelinciran. Ini terjadi bila regangan dan mampatan melakukan pengangkatan atau kejatuhan kerak bumi. Terdapat beberapa jenis gelinciran: Gelinciran biasa Ketegangan dari 2 arah bergerak bertentangan dimana salah satu mengalami kejatuhan dan sebelah lagi mengalami pengangkatan. Bahagian yang terangkat ke atas dinamakan bongkah lemparan atas dan yang terjatuh bongkah lemparan bawah dan cerun curam diantaranya dinamakan skap. Gelinciran songsang Himpitan dari kedua arah kiri dan kanan menyebabkan bahagian tengah kerak mengalami kejatuhan. Oleh itu bahagian tepi kerak mengalami pengangkatan ke atas yang mengimbangi kejatuhan pada kerak ditengah. Gelinciran rabak Terjadi apabila pergerakan mendatar selari dengan satah penyesaran dan ia tiada sebarang bentuk pengangkatan atau penurunan. Banyak didapati pada kerak bumi di dasar lautan. Gelinciran songsang Terjadi apabila pengangkatan bongkah berlaku pada sudut condong yang landai. Kuasa tolakan menghasilkan garis retakan serong yang menyebabkan bongkah sebelah atas tertolak ke atas dari kedudukan asal. 3. Gunung Berapi

Terdapat berbagai jenis gunung berapi. Asasnya gunung berapi terjadi apabila berlakunya kegiatan pengaliran magma panas di lapisan kerak bumi yang berasal dari pusat bumi. Magma panas ini akan keluar menembusi retakan atau rekahan. Magma yang membeku didalam lapisan kerak bumi menghasilkan bentuk igneus jalar dalam manakala yang berjaya menembus keluar sebagai lava. Lava yang kemudiannya membeku akan menghasilkan bentuk igneus jalar luar. Proses pengaliran magma panas keluar ini biasanya berlaku di gelinciran plat-plat tetronik bumi di mana proses retakan dan rekahan bersaiz besar.

Sistem Fizikal Bumi

40

STRUKTUR GUNUNG DAN BUMI

Bumi terdiri dari beberapa lapisan, yang perlu diketahui ialah 3 lapisan asasnya iaitu kerak bumi, mantel dan teras bumi. Kerak bumi dibahagian paling luar adalah lapisan ternipis yang terdiri dari lapisan batuan dalam bentuk pepejal. Mantel adalah lapisan tebal di tengah yang terdiri dari lapisan batuan dalam bentuk pepejal dan cecair. Teras bumi adalah lapisan paling dalam bumi dalam bentuk pepejal.

Struktur sesebuah gunung pula terdiri dari beberapa lapisan yang membentuk teras dalam, tengah dan teras luar. Teras dalam adalah lapisan terkeras dan bertindak sebagai ‘pasak’ sesebuah gunung itu. Teras dalam akan memegang teras tengah dan teras tengah memegang teras luar. Ketiga-tiga lapisan teras ini tidak akan bergerak-gerak dan bercampur sesama sendiri. Sebaliknya berfungsi sebagai kekuatan untuk memegang struktur fizikal antara lapisan.

Manakala, pergerakan gunung-gunung adalah disebabkan oleh proses geomofologi yang diaktifkan oleh tindakan gelinciran, hanyutan pelipatan, pemendapan hasil dari tindakan tenaga eksogenik dan endogenik akan menyebabkan pergerakan kerak bumi. Dan pergerakan yang dikenali sebagai gerakan epirogenik dengan cara penurunan dan kejatuhan plat akan membentuk fizikal kerak-kerak bumi. Manakala gerakan orogenik akan membentuk lipatan kerak bumi dan proses ini akan mempengaruhi pergerakan gunung-gunung. TEKTONIK Bumi terdiri daripada beberapa lapisan; lithosphere adalah lapisan teratas yang terdiri daripada:

1. The crust (lapisan paling luar) 2. Permukaan tanah yang terbedah yang terhampar samada di daratan atau lautan; Pergerakkan tektonik terhasil disebabkan oleh lapisan asthenospehe yang

berbentuk cecair dan lithosphere seolah-olah terapung diatas permukaan ini. Pecahan lithosphere inlah dikenali sebagai Plate Tektonix. Terdapat 10 plate utama iaitu Afrika, Antartica, Australian, Eurasian, North America, South America, Cocos, Nazca, Pasifik dan India.

Sistem Fizikal Bumi

41

KETINGGIAN GUNUNG Gunung didefinasikan sebagai:

• Kawasan yang menonjol daripada sekitarnya yang curam dengan ketinggian melebihi 609.6m (2000 kaki) oleh Department for Enviroment, Food and Rural Affarirs, United kingdom.

• Manakala di Amerika Syarikat ianya didefinasikan sebagai kawasan yang mempunyai perbezaan ketinggian sebanyak 1000 kaki dari tanah pamah ke kemuncak dan bukit adalah diantara ketinggian 500-999 kaki.

Kebanyakkan gunung berada ditengah tanah dataran dan ketinggian gunung pula

disukat berdasarkan aras paras laut. Namun terdapat juga kaki gunung yang berada di dalam dasar laut dan kemuncaknya menonjol dari permukaan laut.

Kebanyakkan puncak gunung berada dalam lingkungan 2-2.5 km dari paras laut. Pergunungan Himalaya secara purata berada pada ketinggian 5 km dan Andes pada ketinggian 4 km. SEBAB GUNUNG PERLU DIJAGA

• Kawasan gunung meliputi 24% dari keluasan daratan. • Gunung sebagai penghadang yang menghasilkan hujan dan sumber bekalan air

bersih disekitar kawasan pamah. • Kebanyakkan punca sungai adalah daripada sistem pergunungan. • Hujan yang diturunkan mengandungi berbagai garam logam dan unsur-unsur lain

yang penting dari laut atau hakisan atau mendapan daripada aliran sungai yang sesuai untuk pertumbuhan dan kesuburan tanah.

• Gunung juga berperanan sebagai penghadang laluan angin dan ribut taufan. • Gunung dapat menjaga keseimbangan panas antara kutub dan khatulistiwa apabila

suhu panas di Khatulistiwa dihadang oleh sistem pergunungan. • 78% dari atmosfera merupakan nitrogen, yang dapat diserap oleh tumbuhan hutan

kemudiannya digunakan oleh manusia atau haiwan. • Tumbuh-tumbuhan menyerap radiasi sinar matahari melalui gas karbon dioksida

dan apabila bercampur dengan air ianya bertukar menjadi bikarbonat yang dapat melarutkan batuan dan meninggalkannya di lautan.

• Pergunungan dihuni oleh tumbuhan yang berfungi mengeluarkan oksigen unttuk kehidpan manusia Penghuraian air hujan dan karbon dioksida melepaskan oksigen kembali ke atmosfera.

• Gunung yang pula terdiri daripada beberapa perubahan cuaca dan boleh dibahagikan kepada beberapa zon berdasarkan ketinggian.

- Pada bahagian paling bawah adalah lapisan yang sesuai untuk flora dan fauna dan kehidupan haiwan serta segelintir manusia. - Pada tahap atau ketinggian tertentu akan terdapat tumbuhan yang hidup dengan menyerap air daripada udara yang menwujudkan ekosistem yg kompleks.

Kepelbagaian Bentuk Muka Bumi

42

KEPELBAGAIAN BENTUK MUKA BUMI Gunung

Bukit besar yang menonjol keluar dari lapisan plate bumi dan tinggi melebihi 1500 kaki (457.2 m). Gunung terbahagi kepada dua, gunung berapi dan gunung batu-batan biasa. Gunung berapi berasal dari lapisan bumi yang lebih dalam (bahagian bumi yang panas dan cair) dan boleh mengeluarkan lahar. Manakala gunung batu-batan terbentuk akibat lipatan dan pertembungan plate-plate bumi dan menolak batu-batan ke atas dan membentuk gunung. Terdapat banyak gunung berapi yang tidak kelihatan dan berada jauh didasar laut. Gunung adalah kukuh kerana bercantum terus dengan plate bumi. Bukit

Kawasan tanah tinggi yang terletak diatas plate bumi. Lapisan yang batu-batannya tidak bercantum dengan plate bumi. Ianya tidak kukuh dan boleh runtuh atau bergerak akibat pergerakan bumi. Busut

Tanah yang melonggok seperti bukit tetapi lebih rendah. Ia dibina (bukan kejadian alam) oleh haiwan, manusia. Tanah Tinggi

Sebuah kawasan datar yang luas terletak ditempat tinggi yang boleh dijadikan penempatan manusia. Contohnya Tanah Tinggi Cameron, Tanah Tinggi Lojing. Yang tanah tinggi tu boleh disebabkan macam macam kejadian termasuk lipatan plate bumi atau hakisan. So tempat tinggi kalau ada tanah datar sikit yang orang boleh buat rumah di panggil tanah tinggi. Kalau setakat 2-3 orang buat tent je bukan le tanah tinggi tu masih kira lereng lagi. Batu

Bahan galian pepejal yang bukan logam. Bongkah batu yang besar dan berada diatas satu kawasan tinggi. Contohnya batu besar yang terletak diatas bukit adalah Batu Lawi dengan ketinggian 5000 kaki. Mungkin ianya adalah serpihan batu gunung yang pecah dan berada diatas bukit yang tinggi.

Kepelbagaian Bentuk Muka Bumi

43

Batu itu boleh dibahagikan kepada 3 kejadian / jenis: 1. Dari magma / perut bumi kemudian mengeras atau muntahan gunung berapi 2. Disebabkan tindakbalas organik / material / kimia yang mangambil masa tertentu menjadikan ia bertukar menjadi batu. 3. Perubahan tekanan yang melampau dan suhu telah menukarkan sifat batu ini ke satu sifat yang lain. Contohnya berlian. Batu pun macam air; air sungai / air tasik & air laut yang sentiasa berputar dalam pusingan tertentu. Dari batu menjadi tanah / pasir dibawa sungai atau ombak pantai. Mengeras dengan tekanan dan dimuntah semula oleh gunung berapi atau pergerakkan bumi yang membuat batu ini timbul semula ke permukaan. Banjaran

Kawasan pergunungan yang mempunyai beberapa puncak gunung di atas satu permatang yang sama. Banjaran adalah dirian sejajar. Kedudukan gunung sejajar berterusan. Lebih kurang bersusun-susun lurus. Contohnya kedudukan Banjaran Titiwangsa yang sejajar di tengah-tengah Semenanjung Malaysia

Banjaran gunung adalah kawasan yang dikelilingi kawasan tanah rendah dan dipisahkan oleh sungai atau tebing tinggi. Pelanggaran tektonik menyebabkan terjadinya banjaran ini. Tetapi tidak semestinya gunung pada banjaran yang sama mempunyai sifat geologi yang sama kerana kejadian gunung itu pun dipercayai disebabkan pelanggaran tektonik dan gelinciran plate bumi. Sebagai contoh Banjaran Himalaya terjadi selepas pelanggaran plate India dengan plate Asian.

Banjaran Gunung adalah jajaran beberapa buah gunung secara selari dan memanjang. Kawasan rendah dibahagian tepinya melihatkan ianya terpisah. Biasanya kawasan rendah ini jauh rendah dari sekarang. Hakisan menyebabkan banjaran runtuh dan membentuk kawasan tanah pamah yang luas. Kat laut pun ada banjaran. Cuma tak ramai yang tahu sebab tak nampak. Palong tu pun kira banjaran cetek. Selat Melaka tu banjaran laut juga. Di Laut Cina Selatan ada 16 lagi banjaran bawah Laut. Yang paling hampir dengan pantai tu yang jadi Pulau Tioman. Pulau Kapas tu dari Banjaran Duyung. Ada satu banjaran lagi kat Laut Sulu antara Sabah dengan Philippines dan terdapat satu jurang kat situ Jurang Maria dengan kedalaman lebih 13,000 meter. Kalau Everest tu dipotong paras laut dan dimasukkan ke dalam tu pun Everest akan tenggelam.

Ada pendapat banjaran ini terbahagi kepada tiga, banjaran rendah, banjaran serderhana tinggi dan banjaran tinggi yang boleh dibeza dengan sistem kehidupan serta ketinggian. Banjaran pertama penuh dengan flora dan fauna dan manusia boleh tinggal. Banjaran kedua ni tahap pokok / lumut je dan masih ada kehidupan. Tapi banjaran ketiga tahap tudra (tiada hidupan).

Kepelbagaian Bentuk Muka Bumi

44

So kalau masuk banjaran dalam laut tu dah jadi empat jenis banjaran dalam bumi

kita ni khas untuk haiwan air. Banjaran kat laut tu orang melayu pangil Beting. Puncak-puncak kat Banjaran tu jadi pulau pulau kecil (selalunya tiada penghuni) yang sebenarnya puncak-puncak gunung dalam laut. Ada sebahagiannya adalah gunung berapi bawah laut. Selat Sunda diantara Pulau Sumatra dengan Pulau Jawa merupakan tempat dimana paling banyak gunung berapi bawah laut. Dibawahnya adalah Lingkaran Api Pasifik. Permatang

Adalaka dikenali sebagai rabung. Macam rabung rumah. Puncak bagi tebing yang menyambungkan gunung-gunung. Biasanya kita akan menyusuri permatang apabila mendaki. Genting Jalan di celah bukit. Apabila permatang putus maka terjadilah Genting. Genting adalah Banjaran yang terputus disebabkan kejadian alam atau di buat oleh manusia. Contohnya rekahan bumi, laluan air. Contoh Genting Sempah disebabkan pembinaan jalan. Atas jalan tu ada Gunung Sempah. Genting Malik kat sebelah Genting Highland. Tapi Genting Highland bukan la tu nama je. Genting kat situ nama dia Genting Malik. Tu laluan asal zaman Mat Kilau dari Batang Kali nak ke Bentong Pahang (mungkin jugak Temerloh). Genting tu disebabkan air dan banjaran tu terputus. Sungai tu la Sungai Kali dari Gunung Hulu Kali. Sungai tu dari belah Pahang. Pelana Bukit

Batu teras pada bukit. Kalau kita tengok bukit tu kengkadang dah digondolkan oleh pemaju perumahan. Ada batu batu kat tengah tu. Tanah bukit tu asalnya adalah batu. Disebabkan proses luluhawa ianya menjadi tanah. Batu yang kat tengah tu adalah batu yang belum habis di proses luluhawa. Susuh Bukit Rabung bukit yang menganjur. Susuh ni disebabkan kejadian bukit-bukau adalah lipatan lapisan kerak bumi. Jadi bukit ni jika kita lihat dari udara jadi beralun-alun. Tak ada bukit tu bukit seketol je. Mesti ada susuh-susuh kat sebelah dia berderet deret. Itu bezanya bukit dengan Gunung. Gunung wujud sendiri. Berdiri gagah menjulang ke angkasa. Ada juga dilihat macam seketul batu je dari kakinya terus ke puncak. Cuma kita nak panjat tu kena naik bukit bukit lain sebab nak cari laluan mudah. Ataupun yang jadi bukit tu sebenarnya pecahan gunung tu akibat tanah runtuh.

Kepelbagaian Bentuk Muka Bumi

45

Tebing Lereng gunung atau bukit. Jurang yang curam, tepi atau pinggir (gaung, sungai, dll) yang dalam. Biasanya tebing lebih tegak dari lereng tapi lereng ni masih boleh lalu. Tubir Tebing (jurang dll) yang curam, tepi atau pinggir (gaung, sungai dll) yang dalam. Kalau tubir pantai bermaksud garisan pemisah antara daratan dan laut. Bila kita pergi laut, mula-mula jumpa pasir pantai lepas tu gigi air lepas tu slope yang dalam dari gigi air tu dipanggil tubir. Dimana laut dikira bermula. Tubir laut pula dikira sebagai bahagian laut yang paling dalam. Tubir Vitiaz di Jurang Mariana tu dalamnya 11,034 m dan tubir di sebelahnya Tubir Trisete 1,0918 m. Kebanyakan tubir-tubir ni berada di Laut Sulu bersempadan antara Philippines dengan Sabah. Tubir Gunung pulak, puncak tertinggi di gunung tersebut. Kalau cakap puncak je, semua bahagian atas gunung di panggil puncak. Kalau gunung tu ada satu puncak je tak pe lah kira puncak gunung le. Tapi kalau gunung tu ada banyak puncak? Dalam istilah sains tak ada Puncak Tiruan, Puncak Tipu, Puncak Pembayang. Kalau Gunung Kinabalu tu ada banyak lagi puncak. South Peak, Donkey Ears, St John's dan Low's.

Jenis-Jenis Hutan Di Semenanjung Malaysia

46

JENIS-JENIS HUTAN DI SEMENANJUNG MALAYSIA Hutan hujan tropika boleh dibahagikan kepada dua kelas iaitu: 1) Hutan Hujan Campuran 2) Hutan Dominan Tunggal (Single-Dominant Forest) Hutan hujan campuran terdiri daripada pelbagai famili tumbuhan contohnya seperti "hutan Dipterokarpa Tanah Pamah" manakala hutan dominan tunggal hampir kesemuanya diliputi oleh spesis tumbuhan sejenis seperti dilihat pada hutan dominan tunggal spesis kapur (dryabalanops aromatica). Hutan hujan tropika yang terdapat di Semenanjung Malaysia biasanya merupakan campuran spesis yang berbeza-beza dari segi komposisi flora dan berubah mengikut habitat. Pengelasan jenis jenis kawasan hutan di Semenanjung Malaysia adalah berdasarkan kepada komposisi tumbuh-tumbuhan yang dominan di habitat-habitat tertentu. Mengikut Symington, 1943, terdapat sebanyak 17 jenis hutan di Semenanjung Malaysia. Jenis-jenis hutan ini boleh dikelaskan bedasarkan beberapa faktor pembentukan seperti pengaruh iklim, tanah, dan biotik seperti berikut: 1. Hutan Berdasarkan Ketinggian 2. Hutan Berdasarkan Tanah Rendah 3. Hutan Paya 4. Hutan Pantai 5. Hutan Pinggir Riparian 6. Hutan Buluh 7. Hutan Gelam 8. Hutan Terpulihara 9. Hutan Belukar / Sekunder HUTAN BERDASARKAN KETINGGIAN Hutan berdasarkan ketinggian kawasan diatas paras laut boleh dikelaskan seperti berikut: 1. Hutan Dipterokarpa Tanah Pamah Ciri-ciri: - Dikawasan tanah rendah dan di kaki bukit sehingga ketinggian 305m. - Merupakan hutan spesis komersial yang penting. - Kulit batang pokok hutan ini berbeza beza sifatnya; licin, bersisik, dan merekah. Bentuk batangnya sungguh tegap iaitu biasanya panjang dan lurus dan sedikit menirus. Terdapat juga batang yang berpusar.

Jenis-Jenis Hutan Di Semenanjung Malaysia

47

- Daun daun kebanyakannya tebal dan bersaiz kecil. Pokok pokok adalah tinggi dan hutan ini secara amnya mudah dikenali kerana mempunyai susun lapis yang nyata iaitu lapisan atas (emergen atau upper layer), lapisan tengah atau utama (main storey) dan lapisan bawah (understorey). - Lapisan atas (emergen atau upper layer) mempunyai pokok-pokok yang tingginya lebih kurang 30-46m. Pokok pokok yang mencapai 60m juga ditemui tetapi lazimnya hidup tak setempat iaitu terputus-putus. Dari segi sifatnya, hutan ini amat kaya dan mengandungi 100 spesies pokok yang berdiameter melebihi 10 cm. Lapisan atas ini sering dicirikan dengan kehadiran lebih kurang 50% daripada pokok famili diterokarpa yang mengandungi pokok-pokok jenis meranti, mersawa, keruing, kapur, keladan, giam dan gerutu pasir. pokok pokok lain yang terdapat dilapisan ini ialah seperti jelutong, rengas, merbau, kempas dan sepetir. - Lapisan tengah (main storey) atau pokok lapisan utama mengandungi pokok yang tingginya 21 - 30cm dari permukaan tanah, membentuk silara yang bersambung-sambung, kecuali silara pokok di bawah bahagian lapisan atas yang tidak bersambung. Lapisan ini mengandungi pokok pokok muda kebanyakan spesies pokok lapisan atas bersama sama dengan kumpulan pokok spesies daripada kumpulan Bruseraceae,Guttiferae, Myristicaceae, Myrtaceae dan Sapotaceae. - Lapisan bawah (understorey) atau pokok lapisan terakhir mengandungi anak anak pokok spesies daripada famili Annonaceae dan Euphorbiaceae. 2. Hutan Dipterokarpa Bukit Ciri-ciri: - Hutan di bukit-bukit antara ketinggian 305-762m. 3. Hutan Dipterokarpa Atasan Ciri-ciri: - Hutan antara ketinggian 762-200m. 4. Hutan Oak Gunung (Oak Montana) Ciri-ciri: - Hutan antara paras ketinggian 1200-1500m. - Spesies utama adalah dari famili Fagaceae, Lauraceae, Coniferae.

Jenis-Jenis Hutan Di Semenanjung Malaysia

48

5. Hutan Ericaceous Gunung (Ericaceous Montana) Ciri - ciri: - Hutan melebihi paras ketinggian 1500m - Terdiri daripada satu lapisan sahaja. - Pokok-pokok biasanya rendah hanya 9m. Dengan batang berbonggol, menggerutu, berlumut, berpusar dan ditumpangi oleh epifit. - Dipermukaan tanah terdapat lumut jenis sphagnum. Tanahnya sering diselaputi oleh lapisan gambut. - Periuk kera turut ditemui. - Terdapat juga beberapa spesies paku-pakis. Dipterokarpa merupakan kumpulan pokok-pokok berdamar, famili Dipterokarpaceae yang terdapat di lapisan sudut hutan dan dibahagian silara utama hutan. Perkataan Dipterokarpa berasal daripada tiga perkataan iaitu di (dua); ptero (sayap/kepak) dan carp (buah). Kebanyakan buah spesies Dipterokarpa bersayap dua, samada ianya sama saiz atau pun tidak. Namun ada juga yang bersayap lima dan ada yang tidak bersayap seperti cengal (Neobalanocarpus heimeii) dan sesetengah resak (Vatica sp.) Kelima-lima jenis hutan ini terjadi akibat daripada perbezaan komposisi tumbuh- tumbuhan flora dan struktur umum yang terkandung dalam hutan itu. Dua jenis hutan yang terawal merupakan jenis hutan tanah pamah tropika yang terbesar didunia. Dua jenis hutan selepas daripada itu merupakan pembentukan jenis hutan pergunungan rendah, sementara yang kelimanya ialah jenis hutan tropika pergunungan tinggi. HUTAN BERDASARKAN TANAH RENDAH Hutan berdasarkan tanah rendah juga boleh dibahagikan kepada lima kumpulan iaitu hutan Dipterokarpa tanah pamah, Hutan meranti-putih-mengerutu, hutan Dipterokarpa Bukit, hutan Dipterokarpa atasan dan hutan Rawa. 1. Hutan Dipterokarpa Tanah Pamah Ciri-ciri: - Terdapat beribu spesies pokok dalam hutan hujan Dipterokarpa tanah rendah (biasanya hingga 100 spesies pada setiap ekar) 2. Hutan Meranti-Putih-Gerutu Ciri-ciri: - Ketiadaan kumpulan meranti merah dan damar hitam daripada genus shorea. - Kekurangan kumpulan balau yang merupakan pokok-pokok terpenting di hutan Dipterokarpa tanah pamah. - Terdapat banyak spesies meranti seperti pipit, temak, balau dan lain lain.

Jenis-Jenis Hutan Di Semenanjung Malaysia

49

3. Hutan Dipterokarpa Bukit Ciri - ciri: - Terdapat di banjaran-banjaran pedalaman antara 305-762m dari aras laut. - Perbezaan ketara berbanding hutan Dipterokarpa tanah pamah ialah perubahan kandungan jenis-jenis tumbuhan utama terutamanya lapisan atas dan lapisan kedua hutan tersebut. - Pokok besar yang paling banyak ditemui ialah seraya (shorea curtisa) yang cenderung tumbuh secara berkelompok dan menunjukan kesesuaian tumbuhan di atas permatang. - Kelainan tumbuh-tumbuhan terjadi di kawasan permatang, lereng bukit dan lembah. Ini kerana hutan Dipterokarpa bukit merupakan hutan pengaruh iklim akibat daripada pembentukan zon melalui Dipterokarpa tanah pamah. - Juga mengandungi enam spisies balak komersial seperti: balau, damar hitam, keruing, merapuh dan sebagainya. 4. Hutan Dipterokarpa Atasan Ciri - ciri: - Terdapat di bukit bukit tinggi diantara 762-1200m. - Struktur bersamaan dengan hutan tanah pamah tetapi bahagian lapisan atasnya mempunyai ketinggian tumbuhan diantara 24-30m dengan ukur lilit batang kurang daripada 1.5m. - Antara ciri-ciri hutan ini ialah kehadiran meranti bukit (shorea platyclados), damar minyak, balau gajah, balau gunung, keruing gunung dan lain-lain lagi. - Lapisan semaknya ditumbuhi oleh rotan dan palma-palma bantut. - Dikawasan permatang yang mempunyai lapisan tanah yang cetek terdapat pokok- pokok kecil dengan ketinggian 9-12m. 5. Hutan Rawa (Health Forest) Ciri ciri: - Merupakan deretan hutan di antara tumbuhan tinggi dengan tumbuh-tumbuhan rendah di kawasan pantai timur yang selari dengan pantai. - Hutan yang berada di dataran yang lebih tinggi ini menjadi tebal pertumbuhanya di atas permatang atau pantai pantai laut berpasir yang telah pun lama meninggi. - Berbeza dengan hutan Dipterokarpa tanah pamah, bahagian bawah tingkat utama adalah 15-21m dan kebiasaanya membuka dengan taburan pokok-pokok tinggi yang mencapai ketinggian 25-30m di lapisan atas. - Dipercayai wujud di sepanjang pantai timur dan barat Semenanjung Malaysia tetapi banyak telah dimusnah.

Jenis-Jenis Hutan Di Semenanjung Malaysia

50

HUTAN PAYA Ada tiga jenis hutan paya iaitu: hutan paya laut, hutan paya air tawar dan hutan paya gambut. 1. Hutan Paya Laut Ciri ciri: - Kebanyakan tertumpu di sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia terutama di kawasan kawasan pantai berlumpur, lagun dan muara sungai yang mengalami air pasang surut. - Ciri-ciri yang menarik pada hutan paya laut ialah kesan daripada penyesuaian hidup oleh spesies-spesies tumbuhan di dalam keadaan habitat separa tenggelam dan kawasan tadahan takungan air. - Penyesuaian yang dilakukan berupa: Akar jangkang (tumbuh pada bahagian pangkal batang pokok di kawasan berlumpur dan setelah memasuki lumpur ianya menjadi keras. Contohnya tumbuhan api-api (Avicennia sp.), gedabu (sonneratia ovata). - Vivipari (vivipary). Satu keadaan di mana biji-biji yang panjang bercambah dan membentuk akar ulung (radicale) semasa buah masih berada pada pokok. Ia merupakan ciri utama untuk menjamin pertumbuhan anak pokok dimana setelah gugur, ia akan terus hidup tanpa dihanyutkan oleh air pasang. 2. Hutan Paya Air Tawar Ciri - ciri: - Terdapat di seluruh kawasan Semenanjung Malaysia. - Merupakan kawasan tanah yang ditumbuhi oleh tumbuhan yang ditenggelami secara kekal atau mengikut musim air pasang surut. - Akar-akar sokong, akar tunjang dan pokok-pokok berbanir menguasai habitat hutan jenis ini. 3. Hutan Paya Gambut Ciri - ciri: - Banyak terdapat di selatan Semenanjung Malaysia. - Terdapat dikawasan lebih ke dalam dari hutan paya laut atau hutan pantai. - Mempunyai struktur tiga lapis: 1) Lapisan renjong atas yang berperingkat-peringkat 2) Lapisan silara utama 3) Lapisan permukaan bawah - Kawasan hutan ini tidak mempunyai aliran air dari sungai tetapi memperolehi bekalan air dari air hujan. - Hutan ini terdapat diatas tanah gambut sekurang-kurangnya sedalam 0.5-20m. Tanah gambut ini terbentuk hasil daripada pereputan kayu dan sarap yang

Jenis-Jenis Hutan Di Semenanjung Malaysia

51

lazimnya berpaya dan bersifat asidik (pH kurang daripada 4.0) - Kebanyakan pokok mempunyai akar-akar tunjang dan sesetengahnya mempunyai penumatophores. Dahan dahan selalunya diliputi oleh tumbuhan paku-pakis dan epifit yang lain. HUTAN PANTAI Lokasi: Kawasan persisiran pantai Malaysia, lebih kurang 4800 km panjang dimana 1963 km terdapat di Semenanjung Malaysia, 1802 km di Sabah dan 1035 km di Sarawak. Penerangan: Hutan huntan pantai terdapat di pesisiran pantai yang bersih iaitu di kawasan-kawasan yang mengalami air pasang surut. Ianya terdapat di sepanjang pantai timur dalam struktur yang tidak menentu. Jarang terdapat di kawasan kawasan pantai berlumpur di pantai barat di mana terdapat hutan-hutan paya laut dan kebanyakan pantainya berbatu dan berpasir. Vegetasi utama: Pokok rhu (Casuarina equisetifolia), Mengkuang (Pandanus sp.) dan lain lain. HUTAN PINGGIR RIPARIAN (Riparian Fringes) Lokasi: Hutan ini banyak terdapat di kawasan pinggir yang sempit seperti di tepi-tepi anak sungai dan muara sungai. Penerangan: Komposisi dan struktur pertumbuhan amat berbeza kerana dipengaruhi oleh arus, kadar pengaliran air, ketinggian, kelebaran sungai atau anak sungai, keadaan tanah dan kesuburanya oleh tindakan air atau mendapan. Bermula dari muara, hutan pinggir dipengaruhi oleh kemasinan air. Dihulu sungai pula airnya pula payau dan masin dimana terdapat banyak palma nipah (Nypa fruiticans). Kawasan yang mengalami air pasang surut pula terdapat pokok-pokok spesies putat, rengas dan pandan. HUTAN BULUH - GEGATAL (Schima Noronhae) Lokasi: Pertumbuhan buluh asli di Semenanjung Malaysia amat ketara di kawasan kawasan pinggir hutan terutamanya di Negeri Perlis dan bahagian barat laut negeri Kedah. Disamping itu ianya juga biasa terdapat ditepi tepi jalan atau rentis hutan, di tepi sungai, di atas lereng lereng bukit curam dan di kawasan lapang.

Jenis-Jenis Hutan Di Semenanjung Malaysia

52

Penerangan: Nama jenis hutan buluh schima ini diberi berdasarkan kepada kewujudan buluh dan pokok medang gatal (Schima noronhae) yang dominan. Secara keseluruhanya, hutan ini terdiri daripada kawasan-kawasan belukar tua yang terjadi akibat daripada aktiviti pertanian pindah, penebangan meluas, pembakaran dan padang ragut. Tumbuhan buluh ialah dari famili Terstroemiaceae. Hampir kesemua spesies buluh memerlukan cahaya matahari yang banyak dan tidak boleh hidup teguh dibawah naungan hutan tinggi. Ada juga spesies buluh yang tidak boleh hidup dengan baik di kawasan terasing atau terpisah daripada tumbuh-tumbuhan lain dan terpaksa menumpang dengan cara melilit atau memanjat pada pokok-pokok lain. Ini adalah disebabkan batang yang tidak teguh bagi menampung berat dahan dahan. Jenis tumbuh-tumbuhan lain yang biasa terdapat dikawasan hutan belukar medang gatal ialah pokok kemunting, senduduk dan tumbuhan renek. HUTAN GELAM Hutan gelam merupakan kawasan belukar yang mana hampir kesemua komoniti tumbuhan terdiri daripada pokok pokok gelam (Melaleuca cajuputi) daripada famili Myrtaceae. Pokok gelam mempunyai batang berpusar, kulit mengelupas, merekah dan berwarna putih dan lebih dikenali sebagai kayu putih. Ianya tumbuh di tingkat bawah di kawasan hutan paya dan percambahan pucuk-pucuk yang banyak. Pokok-pokok gelam yang besar mempunyai kulit batang yang tebal, merekah dan berbalong yang menjadi ciri-ciri kawalan terhadap api. Dimusim kemarau, kulit-kulit batang yang tertanggal serta sampah di permukaan tanah menghalang kejadian kebakaran. Di Semenanjung Malaysia, pokok-pokok gelam yang sudah matang mencapai ketinggian silara 21m dengan lilitan batang pokok 1.2m. Komuniti tumbuhan lain yang biasa terdapat bersama-sama gelam ialah pulai, terentang simpoh, tembusu, mensirah, mahang dan sebagainya. HUTAN TERPULIHARA Hutan yang telah dieksploitasi tetapi dipulihara semula samada melalui sistem tunas, Tabangan menambabaik Malaya adalah merupakan hutan yang ditanam semula. Opersai Pemuliharaan tanaman jenis-jenis pokok meranti merah dan keruing memberikan hasil yang memuaskan. Jenis hutan yang telah dieksploitasi dan diberi rawatan termaksuklah hutan paya lanar, hutan paya gambut, hutan pinggir riparian. Kesemua hutan-hutan ini kecuali hutan paya laut, spesies-spesies tidak berkepentingan digelang racun sehingga had ke bawah perepang 5 cm pada paras dada.

Jenis-Jenis Hutan Di Semenanjung Malaysia

53

HUTAN HUTAN BELUKAR / SEKUNDER Kesan daripada tebangan dan tebasan di kawasan hutan tanah pamah asal telah mengakibatkan pembentukan hutan-hutan belukar yang amat berbeza daripada hutan asal semulajadi. Hutan-hutan belukar juga berbeza antara satu sama lain bergantung kepada jangka masa aktiviti pertanian yang dilakukan dan juga kadar penebangan. Ianya mengandungi banyak herba yang memanjat atau menjalar, renek dan spesies-spesies pokok yang tidak memiliki ciri-ciri spesies hutan dara atau hutan semulajadi walaupun ia terbentuk di sepanjang tebing-tebing sungai dan kawasan kecil yang terbuka hasil daripada tindakan runtuhan oleh perintis. Struktur hutan berkelompok itu menonjolkan kesesuaian penguasaan awal yang menjadi tumpuan penempatan spesies tumbuhan berbuah sama ada melalui penyebaran oleh burung atau angin semasa kawasan-kawasan tersebut berada dalam keadaan lapang atau gondol. Pertandingan bagi menguasai kesediaan ruang, makanan dan air menyebabkan penguasaan perintis. Jika sesuatu kawasan itu ditinggalkan sesudah kerja-kerja pertanian dilakukan selama tidak lebih daripada dua tahun dan tidak pun mengalami kebakaran teruk, maka biji dorman dan belukar pokok-pokok hutan akan menguasai kawasan tersebut bersama sama dengan spesies perintis(succession) akan berlaku dengan cepat.

XPDC (Planing Stage)

54

XPDC (PLANING STAGE)

Teknik Trail Teknik trail dapat dihuraikan sebagai amalan-amalan yang harus dilakukan oleh kumpulan dan individu sebelum, semasa dan selepas XPDC. Dengan adanya teknik yang tersusun serta dikemas kini maka segala kekurangan dan kesulitan dapat diminimakan sebaik mungkin. Kejayaan sesebuah program yang dirancang memerlukan komitmen dan sokongan semua pihak yang berhasrat menjayakannya. Penilaian terhadap sebarang risiko yang terjadi adalah perlu untuk memastikan kejayaan sesuatu program. Kajian dan maklumat diperolehi dikaji dan dinilai agar perancangan serta persediaan yang baik dapat dilakukan. Masalah ancaman binatang, laluan yang tidak diketahui serta sumber air bersih yang tidak pasti disamping risiko oleh perubahan cuaca. Kajian berhubung laluan tersebut samaada ianya selamat atau tidak (bebas daripada unsur gelira / jerangkap samar dan sebagainya). Perancangan adalah titik tolak sebuah impian yang ingin dilaksanakan. Perancangan yang baik perlu ada dan ianya juga saling bergantung kepada beberapa faktor:

1. Matlamat asal 2. Aktiviti yang dipilih 3. Lokasi 4. Tempoh diperlukan 5. Kelengkapan dan persediaan 6. Kemudahan pengangkutan 7. Kawalan kewangan

1. Matlamat Asal / Objektif

Matlamat asal adalah matlamat yang ditetapkan oleh individu itu dahulu yang penuh dengan hasrat dan impian yang selalunya berbeza diantara ahli kumpulan tersebut. Sebab dan musabab serta faktor yang tidak diketahui ini merupakan asas kepada terjadinya punca perselisihan pendapat ketika dilanda masalah untuk menjayakan program tersebut.

Namun matlamat kumpulan adalah satu tujuan yang ditetapkan bersama dan dapat

dikecapi dengan seribu kemanisan jikalau semua susah payah yang dilalui berjaya diharungi bersama. Semangat positif yang lahir dari seni dapat membentuk peribadi seseorang ke arah yang lebih positif dan berkaliber. Berkorban tenaga, masa dan apa yang difikirkan perlu bagi menjayakan matlamat yang dirancang.

XPDC (Planing Stage)

55

2. Jenis Aktiviti Bagi mejayakan matlamat tersebut dengan objektif tertentu perlulah diselaraskan dengan aktiviti yang dijalankan. 3. Lokasi Lokasi juga memainkan peranan dalam merancang program tersebut. Setiap lokasi mempunyai halangan, cabaran dan dugaan yang perlu dikaji dan selidiki dengan sebaik mungkin. 4. Tempoh diperlukan Masa dan tempoh yang diperlukan juga perlu diberi perhatian. Dari hari pertama program dirancang sehingga selesai semuanya adalah bergantung kepada masa. Pembahagian masa perlu ada dengan perancangan yang teratur yang mempunyai tarikh sesuatu tugasan itu diselesaikan samada sebelum / semasa / selepas: Sebelum Program i. Kajian dan sumber maklumat ii. Latihan fizikal & teknikal

• Pemilihan ahli - pemeriksaan tahap kesihatan ahli dan dipastikan bebas daripada asma, darah tinggi, migrane, sakit jantung, kecerderaan serius etc.

• Latihan fizikal & kecekapan iii. Perancangan & jadual tugasan

• Taklimat awal XPDC / pembahagian tugasan • Pihak urusetia • Pengangkutan & masalah logistik • Penaja • Pihak berkuasa / ketiga • Lain-lain

Semasa Program i. Taklimat akhir XPDC ii. Perlantikan / pembahagian tugasan iii. Jadual perjalanan iv. Pemeriksaan tahap kesihatan & perubatan - pengambilan vaksin v. Senarai semak peralatan & periksa kualiti kelengkapan yang dibawa vi. Dokumentasi dan bahan rujukan vii. Insurans, permit dan pihak berkuasa / ketiga viii. Lain-lain

XPDC (Planing Stage)

56

Selepas Program i. Soal selidik berhubung kejayaan matlamat & objektif ii. Pemeriksaan tahap kesihatan iii. Pemeriksaan peralatan iv. Pihak berkuasa / ketiga v. Penilaian pihak pengurusan terhadap ahli yang mengikuti vi. Latihan dan kecekapan yang perlu diperbaiki berdasarkan maklumbalas ahli 5. Kelengkapan dan Persediaan Dalam menjayakan sesuatu aktiviti, kelengkapan adalah elemen yang dapat membantu menjayakan program dirancang. Setiap disiplin aktiviti mempunyai ciri-ciri tersendiri yang perlu dibawa bersama. Satu senarai semak peralatan dan kelengkapan perlu ada sebelum perjalanan dimulakan. Kelengkapan peseorangan dan kumpulan hendaklah diperiksa dan dipastikan berada didalam keadaan baik serta sempurna. Bagi ahli baru kemahiran menggunakan kelengkapan tersebut hendaklah diperolehi dan boleh dijadikan syarat untuk layak menjadi ahli XPDC. Persediaan sesi ilmiah dan kekerapan memahirkan diri dapat membantu diwaktu kecemasan berlaku. 6. Kemudahan Pengangkutan Kemudahan pengangkutan perlu disemak dan dipastikan perkhidmatan tersebut masih kekal berfungsi. Langkah apa yang harus diambil jikalau yang dirancang tidak muncul tiba? Perkembangan rangkaian perhubungan awam dewasa ini boleh membantu mempercepatkan masa / tempoh perjalanan. 7. Kawalan Kewangan Kewangan adalah perkara yang penting setelah semua faktor diatas diambil kira. Kajian dan kiraan kasar dapat membantu dalam menentukan kos sebenar yang patut dikeluarkan oleh kumpulan. Antara contoh faktor yang mempengaruhi kewangan adalah:

1. Perbelajaan urusetia 2. Peralatan samada disewa atau perlu dibeli 3. Kos latihan bagi memahirkan diri dan kumpulan 4. Pengangkutan 5. Pemeriksaan perubatan 6. Insuran kelompok 7. Makanan & minuman 8. Kos yang dijangka ( jurupandu, permit, sara diri, sewa bot, 4WD etc) 9. Kos selepas XPDC (Pihak pengurusan, sijil, gambar etc)

10. Kotengensi dalam bentuk tunai (10-15% dari kos program)

Panduan Trekking Di Dalam Hutan

57

PANDUAN TREKKING DI DALAM HUTAN Night Trekking Pro Night Treking: 1. Menguji mental 2. Menguji semangat 3. Menguji iman 4. Meluaskan pengetahuan mengenai tabiat / perilaku habitat di persekitaran trek Cons Night Treking: 1. Mudah mental down 2. Kesejukan 3. Jiwa kelam kabut bagai dilanda ribut 4. Hilang arah panduan

Kita perlu membawa lampu yang boleh diharap dan spare bateri untuk menemani perjalanan malam tuh. Seelok-eloknya pastikan ada lantern untuk backup. Kekadang adakala benda-benda tu luar hutan function sehabis baik tapi masuk hutan 1-2 jam dah start kaput. Daya penglihatan ketika night treking adalah perkara yang paling utama. Seelok-eloknya beri mereka yang mempunyai daya penglihatan yang tajam untuk lead team dan diekori oleh mereka yang lain tanpa gap yang terlalu jauh.

Pastikan juga pakaian yang dipakai mampu menahan kesejukan (kecuali mereka-

mereka yang mempunyai lebihan lemak yang tebal). Pengambilan makanan bergula adalah amat berguna. Selain daripada membekalkan sumber tenaga, gula juga mampu memanaskan badan.

Pergerakan malam jikalau tiada lampu maka pergerakkan kita akan terbatas.

Maka dalam suatu pergerakkan malam (kalau dah terdesak) dicadangkan kita bergantung kepada cahaya langit. Maksudnya pada malam hari, bumi akan gelap dan langit akan cerah (kalau tak hujan) dengan itu bebayang tumbuhan dan lorong (trek) akan membolehkan kita berjalan ketika malam.

Kalau boleh MP3/4 semua tak payah pakai, boleh mendatangkan bahaya dan

pastikan tumpuan diberikan dan tangan adalah bebas / sedia untuk apa jua keadaan (terjatuh). Ancaman binatang pada waktu malam jangan diabaikan disebabkan kita bergerak mengikut laluan maka kemungkinan untuk berjumpa bintang besar tu kurang tapi bahaya tetap ada. Yang paling penting ancaman pada tonggol kayu / balak melintang kerana ni antara port binatang yang menjalar.

Panduan Trekking Di Dalam Hutan

58

KEDUDUKAN POSISI PENTING DALAM XPDC 1. Perintis 2. Guide 3. Navigator 4. Anggota 5. Ketua XPDC 6. Anggota 7. Penolong XPDC 7. Last Man / Sweeper Kedudukan Medic: kalau rasa-rasa trek itu kemungkinan pasukan akan berpecah kepada dua. Sebaiknya barang medical ini dipecahkan kepada dua, tengah dan terakhir sekali. So yang pegang kemungkinan adalah ketua atau penolongnya.

Pada saat kecemasan dalam sesuatu pergerakkan: dicadangkan penggunaan wisel diperluaskan kerana ianya murah dan ringan serta senang dibawa kemana-mana. Ianya juga dapat mengeluarkan bunyi yang lebih nyaring dan tajam yang dapat dibezakan dengan bunyi persekitaran. Pelbagai signal atau kod boleh diperkenalkan dan ianya perlulah diingati oleh semua anggota. Diantara standard tiupan wisel yang digunakan: 1. 6 tiupan pendek: pertolongan diperlukan 2. 3 tiupan pendek, diikuti 3 tiupan panjang dan berulang semula: SOS 3. 3 tiupan pendek berturut-turut dan berhenti seminit: maksud anda difahami 4. Tiupan pendek selama 1 saat dan diulangi: pulang ke khemah TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB POSISI Ketua Ketua adalah pemimpin yang diberi amanah oleh pihak pengurusan / urusetia bagi melaksanakan sesuatu matlamat dengan jayanya. Keselamatan ahli adalah aspek utama yang sentiasa diberi perhatian. Ikut kata pemimpin dan jangan ikut cara pemimpin adalah satu amalan yang tidak wajar dilakukan oleh ketua. Amanat yang diberikan dapat dilakukan dilaksanakan secara bersama dengan ahli lain. Ianya adalah orang diberi kuasa oleh ahli untuk menentukan sesuatu keputusan selepas perbincangan diadakan bersama ahli kumpulan. Keputusan dan arahan yang diberikan adalah suatu tanggungjawab yang dipikul oleh ketua.

Panduan Trekking Di Dalam Hutan

59

Penolong XPDC / Sweeper Penolong XPDC merupakan orang kepercayaan dalam melaksanakan arahan sebagai penganti ketua jikalau kumpulan terpaksa berpecah 2 atau kes yang tidak diduga. Ianya adalah orang yang paling berkelayakkan dalam memimpin kumpulan dalam semua segi termasuk dalam membuat keputusan bagi pihak ketua. Sweeper perlu dipilih dari orang yang mempunyai mental yang kuat dan bertanggungjawab. Sweeper akan berada dibelakang sekali dan mengikut pace ahli yang dibelakang yang berkemungkinan tercedera atau pewai. Perintis Tugas adalah memastikan jalan selamat dan boleh dilalui oleh ahli lain. Perintis kebiasaannya terdiri daripada ahli biasa yang ditugaskan secara berganti-ganti dan berduaan (kiri / kanan). Disamping mengenal pasti tiada ancaman binatang dan bahaya kepada keseluruhan matlamat kumpulan. Guide / penduduk tempatan Posisi yang ditugaskan menunjuk arah yang sepatutnya dilalui dan menyenangkan pergerakkan kumpulan. Penunjuk dan panduan yang diberikan boleh membantu dalam membuat sebarang keputusan utama. Navigator Navigator adalah orang yang dibekalkan dengan kelengkapan peta, kompas dan GPS. Ia bertanggungjawab dalam mengemaskini laluan dan kedudukan terkini kumpulan. Adalah menjadi tanggungjawab memaklumkan kepada ketua dan ahli berhubung kedudukan tersebut. Pembantu perubatan Posisi ini adalah bertanggungjawab terhadap kelengkapan perubatan kumpulan dan sentiasa memastikan tahap kesihatan ahli berada didalam keadaan baik. Adalah menjadi kebiasaan menyemak tahap kesihatan ahli pada sebelah malam dikenali penjagaan & persediaan tubuh badan. Radioman Posisi ini jarang diperkenalkan melainkan bagi suatu program yang besar dan memerlukan perhubungan komunikasi yang baik. Posisi yang bertanggungjawab

Panduan Trekking Di Dalam Hutan

60

menghantar laporan kepada pihak urusetia berhubung pergerakan kumpulan terkini. Sebarang informasi dari pihak urusetia yang boleh memberi kesan kepada pergerakkan kumpulan juga boleh dimaklumkan melalui radioman. Ahli Ahli adalah mereka yang diberi kepercayaan mengikuti program tertentu dan bersedia menjalankan tugasan yang diberikan atas arahan ketua. Kekuatan pergerakan dan persediaan teknikal kumpulan disamping kesihatan setiap ahli dapat mempercepatkan kumpulan mencapai matlamat program apabila kesemua elemet tersebut seimbang. Runner Runner jarang digunakan kecuali dalam sesuatu keadaan yang diperlukan. Biasanya runner terdiri daripada ahli yang paling laju trekking dan fit. Contohnya jika sesuatu kecemasan berlaku, runner akan berlari ke belakang atau ke depan untuk mendapatkan bantuan dari ahli XPDC yang lain. Sekiranya berlaku kelewatan dalam XPDC, runner juga akan berlari mengejar masa untuk mengejar 4wd atau sebagainya. ETIKA PERGERAKAN Terdapat beberapa etika penting yang perlu diterapkan kepada ahli XPDC bagi memastikan semua dirancang berjalan dengan lancar. Ianya boleh dibahagikan kepada perkara berikut: Sebelum Pergerakkan

• Memanaskan badan • Taklimat XPDC • Memeriksa kawasan perkhemahan • Menyemak kelengkapan dibawa • Memastikan semua kelengkapan dibawa adalah selesa dan tidak mengganggu

pergerakan • Pemeriksaan kecergasaan ahli • Sistem nombor • Doa perjalanan

Semasa Pergerakkan

• Niat dan matlamat hendaklah ditetapkan seperti yang impikan • Beringat kepada Ilahi

Panduan Trekking Di Dalam Hutan

61

• Sembahyang adalah wajib bagi umat Islam • Cuba mengekalkan posisi yang ditetapkan • Bergerakkan pada laluan yang ditandakan • Semakan ahli perlu dilakukan dari semasa ke semasa oleh ketua • Sebarang keputusan untuk berpecah kepada dua perlu dilakukan dengan

perbincagan semua ahli • Ahli dengan tugasan yang diberikan hendaklah menjalankan dengan sebaik

mungkin • Memaklumkan kepada ketua berhubung sebarang permasalahan yang boleh

memudaratkan kumpulan • Bersedia dalam sebarang kemungkinan • Pergerakan dengan pernafasan berirama hendaklah dilakukan berulang kali bagi

memaksima penggunaan tenaga dan mengurangkan penat atau haus • Cuba menghilangkan tekanan emosi dan mental. Tekanan akan membuat

keupayaan seseorang mejadi semakin terhad • Hendaklah menggunakan setiap detik masa berehat diberikan untuk memulihkan

tenaga dengan secepat mungkin • Makan apabila tiba masanya dan makan jikalau terasa lapar untuk membekalkan

tenaga seterusnya • Laraskan kedudukan beg pada selang masa tertentu bagi memberi kelegaan pada

anggota tertentu terutama bahu, tulang belakang dan pinggang. Perubahan kontur muka bumi juga memain peranan dalam menentukan agihan beban pada anggota

• Jangan gunakan MP3 ketika berjalan kerana tindakan tersebut menyebabkan deria dengar tidak peka kepada sekitar

• Memaklumkan kepada ketua kumpulan jikalau berasa sakit sebelum memudaratkan kumpulan

• Menjadi sahabat rimba dengan meminimakan kerosakan kepada hutan • Bekalan minuman semasa perjalanan hendaklah diisi jikalau berkesempatan

setelah ianya dipastikan selamat untuk diminum • Jangan mengganggu tanda arah / petunjuk jalan / ancaman dan sebagainya yang

telah ditandakan oleh pemandu arah • Tabiat mencatas pokok, bergayut / tumpang pada batang pokok boleh

menyebabkan akar pokok tersebut patah dan tercabut: cuba elakkan dan guna tongkat

• Berhati-hati ketika memanjat kawasan curam yang berbatu. Ahli dibawah hendaklah memastikan tiada pergerakan masih dilakukan oleh ahli sebelumnya agar kejadian serpihan batu tidak mengenai dirinya.

• Saling bantu membantu dikalangan ahli • Tidak membuang sampah merata-rata • Memasak di tepi laluan dan dibersihkan seperti asal(terpaksa) • Tidak bercakap besar dan berasa hebat • Ingat bahawa kita adalah tetamu di rumah makhluk lain • Cuba elakkan bergerak dimalam hari kecuali terpaksa • Jangan berjalan diwaktu senja ketika cengkering berbunyi • Ingat parang dibawa bukan sebagai senjata tetapi sebagai satu alat kelengkapan

Panduan Trekking Di Dalam Hutan

62

• Guna lampu diwaktu berjalan malam dan tutup ketika tidak menggunakan setelah pemeriksaan kawasan sekitar selamat

• Gunakan deria telinga dan mata sebaiknya ketika berjalan malam • Tutup kepala bagi mengelak kehilangan suhu badan dengan lebih cepat

Kecemasan Semasa Bergerak Didalam sesuatu pergerakkan kemungkinan terjadi trajedi adalah benda yang perlu diambil perhati. Setiap orang adalah bertanggungjawab keatas diri masing-masing dan ahli lain merupakan mereka yang diharap dapat membantu dalam kes-kes tertentu. Berikut beberapa senario yang mungkin terjadi:

• Kumpulan terpaksa berpecah kepada dua kumpulan disebabkan oleh halangan seperti ahli yang cedera:

� Bagi kes begini, pengorbanan ahli kanan yang mahir selain daripada ketua

adalah perlu. � Keputusan sebegini hendaklah dibuat setelah perbincangan sebulat suara

dan diputuskan oleh ketua dibuat. � Sebaiknya bagi kes kecemasan, ianya hendaklah ditemani sekurang-

kurang dua orang dan dibekalkan perubatan dan makanan bagi tempoh tertentu.

� Jikalau kumpulan bergerak bagi melakukan Trans; pengiring pesakit hendaklah dibekalkan makanan cukup sehingga selamat keluar dari hutan.

� Pemeriksaan terhadap pesakit hendaklah dilakukan dalam selang masa tertentu.

� Pesakit jikalau masih mampu berjalan hendaklah bergerak sendiri dan dibekalkan bahan ikhtiar hidup dan sedikit makanan.

• Kehilangan peralatan penting atau kekurangan bekalan minuman dan makanan

Kemungkinan untuk sesuatu program mendaki kehilangan peralatan penting ada terutama yang melibatkan gadjet penting seperti GPS, peta dan kompas yang menentukan arah pergerakkan sesebuah kumpulan. Bagi kes yang memang memerlukan kelengkapan tersebut tindakan untuk mencari / berpatah balik ke kawasan yang disyaki tertinggal hendaklah dibuat setelah mempertimbangkan segala bentuk kemungkinan. Namun kebanyakkan kes adalah disebabkan oleh kekurangan bekalan makanan dan minuman disebabkan tempoh perjalanan terpaksa dilanjutkan beberapa hari daripada dirancang. Ianya dapat diatasi dengan mengadakan jadual makanan yang terancang disamping bekalan lebihan bagi kes-kes kecemasan.

Panduan Trekking Di Dalam Hutan

63

Catuan makanan perlu dibuat dan keutamaan bagi mereka yang benar-benar mengkehendaki. Bekalan air selalu kehabisan dan perlu diisi semula. Adalah amalan yang baik mengisi keperluan air individu sebelum sampai ke punca air terakhir. Ahli boleh mengisi air terus jikalau ianya berdekatan dengan sungai tetapi jikalau ianya berjauhan dari laluan adalah sebaiknya meninggalkan beg anda ditengah laluan sebagai tanda anda masih di sana. Perjalanan menunju puncak kebiasaannya tiada punca air kekal. Hujan di puncak adalah rahmat bagi mereka yang memerlukan air. Namun perjalanan bagi kawasan yang belum diketahui punca air faktor air merupakan perkara yang perlu dipertimbangkan.

• Kumpulan terpaksa berpecah kepada 2 kumpulan disebabkan oleh halangan seperti kesuntukkan masa dan lewat sampai ke tapak seterusnya

� Keputusan bagi meneruskan perjalanan disebabkan kelewatan untuk

sampai ke tapak khemah hendaklah diputuskan bersama ahli lain. � Pemeriksaan tahap kesihatan dan fizikal adalah perlu. Perancangan dalam

membahagikan tugas dalam merangka perjalanan malam perlu diselaraskan.

Jikalau kumpulan berpecah kepada dua; Kumpulan pertama

• Pemilihan tapak khemah • Hendaklah bergerak dan menyediakan perkhemahan sebaik sahaja tiba • Makan dan minum air panas untuk memulihkan tenaga • Menghantar bantuan jikalau masa melebihi daripada yang dianggarkan

Kumpulan kedua

• Hendaklah bergerak dan berhenti dalam sela masa tertentu • Berehat hanya untuk seketika • Makan bila berasa lapar untuk mendapat tenaga seterusnya • Jimat penggunaan bateri • Perlindung daripada angin gunung seperti belakang tebing atau pokok • Duduk hendaklah diperhatian kawasan sekitar adalah selamat • Memeriksa keadaan mereka yang kurang berupaya • Kehilangan ahli kumpulan dapat dielakkan terjadi dengan kerap memeriksa no.

ahli atau menyemak kesemua ahli terutama bagi kumpulan yang ramai. • Pemeriksaan begini dapat dilakukan disemua check point maka jikalau terdapat

seorang yang tertinggal / sesat maka dapat diketahui ianya berada diantara dua tempat check point tersebut

Panduan Trekking Di Dalam Hutan

64

Disini dapat diringkaskan peranan kumpulan dan mereka yang tersesat: Ahli Sesat

• Bertenang dan menyemak semula dengan gambaran kasar sepanjang perjalanan yang telah ditempuhi

• Membuat keputusan yang tetap kerana makanan dan tenaga adalah terhad • Meninggalkan tanda pada jalan yang dilalui • Memakai pakaian yang terang dan mudah dilihat • Bersedia menghasilkan signal komunikasi • Memastikan denai yang dilalui adalah denai manusia dan bukan denai binatang • Berjimat dan memeriksa semua bahan yang ada pada beg yang dibawa

Dalam XPDC tidak dapat dielakkan satu pasukan akan menjangkau seramai 30 orang atau lebih. Untuk mengawal semua anggota adalah sukar dan kemungkinan berlaku pecahan kepada beberapa kumpulan kecil. Jikalau keadaan ini berlaku adalah baik jikalau kumpulan yang besar tersebut dapat dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil (A,B,C,..) dan sistem nombor yang menjadi nombor tetap anggota diperkenalkan sebagai langkah awal keselamatan anggota. Sebagai contoh jikalau kumpulan seramai 20 orang maka hendaklah dipecahkan kepada kumpulan kecil contoh Kumpulan A (dari 1-10) dan Kumpulan B (dari 11-20)

Tips Dalam Pendakian

65

TIPS DALAM PENDAKIAN Tips Umum Berikut ini ada beberapa tips yang kadang-kala kita selalu terlupakan dalam kegiatan pendakian gunung: 1. Sebelum berangkat ke lokasi pendakian gunung, ada baiknya kuku kaki dirapikan / dipotong terlebih dulu. Adalah tidak selesa jika perjalanan terganggu gara-gara kuku kaki menusuk hujungnya yang mengakibatkan rasa sakit. 2. Kita selalu bawa bateri spare tapi lupa untuk membawa lampu spare. Periksa keadaan lampu sebelum bertolak. 3. Bagi pendaki musalim, sebelum membuang air kecil atau besar di hutan selalu amalkan membaca: salamun ala sulaiman nafil alamin (ayat nabi sulaiman). Kerana jin dan makhluk halus tunduk kepada Nabi Sulaiman dan akan beralih dari tempat tersebut.. **Ustaz Ismail Kamus 3. Meskipun belum waktunya, tak ada salahnya bagi pendaki perempuan membawa persediaan (tuala wanita). 4. Udara di gunung lebih kepada kering lembab. Sebelum pendakian, ada baiknya kulit tangan disapu dengan hand & body lotion. Sedangkan kulit wajah disapu dengan pelembap yang ada kandungan penahan sinar ultra violet. Untuk bibir disapu dengan pelembap / vitamin khusus untuk bibir.

Tips ini baik bagi perempuan mahupun lelaki. Sebab sering kita alami sepulang dari pendakian bibir terasa kering, kulit wajah dan tangan terbakar sehingga dua atau tiga hari sepulang pendakian kulit ari kita mengelupas. Bila itu terjadi, setiap hari sehabis mandi kulit ari yang mengelupas tadi digosok dengan lembut setelah itu baru disapu dengan hand & body lotion atau pelembap wajah. Hal tersebut untuk mempercepat pengelupasan kulit.

5. Sepulang dari pendakian, rendam kaki kita beberapa saat dalam air hangat kuku yang dicampur garam. Setelah itu baru diolesi param atau krem untuk pegal- pegal. Tidurlah dengan posisi kaki lebih tinggi daripada kepala. Insya Allah paginya badan kita cukup segar, mesti otot-otot yang kaku mungkin baru hilang dalam beberapa hari.

Tips Dalam Pendakian

66

Clothing

• Try to avoid cotton at all costs. Cotton is fine for walking in the city, but in the jungle, where it rains and where humidity is 98 % almost all the time, you'll have problems putting dry clothes on. Try to bring and wear synthetics, such as nylon, polyester or wool clothing while trekking as well as while in camp. They will absorb less moisture and dry quickly. Don't believe me? Check out clothes worn by sportsmen ( those who sweat buckets) and see what they're made of. I usually wear imitation football jerseys with a single layer nylon trek bottom while trekking. Bathe in them after the long day, hang them up to dry, and they'll be dry and smelling nice by morning.

• Bring a sarong along. It is not only useful as a clothe piece, but can also be your

changing room, fly swatter, blanket, towel, pillow, emergency stretcher, etc, etc, etc.

• If you think your boots are giving you blisters, try wearing two pairs of socks.

One pair should be thin and slippery, maybe like those worn to the office. Wear it under a thicker pair of socks, which will provide the cushioning. The two socks will slip between them, and save your feet from blisters. I have tried them, and they sometimes work.

• Bring a warm hat. Most people don't realize that about 70 % of the heat lost by

the body is from the head. If your toes are cold, wear a warm hat.

• In cold weather, bring many layers of warm clothes, not one thick jacket. This way, you can remove / add on layers depending on the temperature. My typical cold weather clothing consists of :(upper body) one polyester long sleeved shirt, one Polartec 200 bipolar fleece (as an insulator), and an al-cheapo tightly woven nylon shell (as a wind shell). For my legs, it is usually a pair of tights (insulation) and a nylon pant over it.

• Sleeping bags don't have to be thick, if you sleep with your warm clothes on.

Many people I noticed, take off their jackets as they slip into their sleeping bags.

• Keep some kind of jacket near the top of your pack, incase you get chilly during that lunch break, or when waiting for your turn .

• Avoid bringing big thick towels, as you won't be bathing much. I just bring a

small hand towel, which is just about enough to dry myself. Those who're really into saving weight can consider using the sarong as a towel. The same goes to toiletries. Put shampoo into 35 mm film containers, and cut soap bars into smaller chunks. Share toothpaste and mirrors.

Tips Dalam Pendakian

67

Equipment

• Always bring an umbrella, if you're expecting rain !! Don't bother with rain coats, because you'll get wet with sweat anyway if you wear it during hiking. An umbrella sure helps a lot when you're in camp. It is also more comfortable to sit under an umbrella, while waiting for the rain to stop. Try it.

• If you're bringing water containers for water for the peak, consider getting

yourself a MSR Dromedary bag. It is a waterproof Cordura bag, and is sort of indestructible. They come in different capacities . When not in use, they just roll up and take almost no weight and space.

• The first thing you should do when you reach camp is to set up your tent/flysheet.

Resist the temptation to take a dip or cook first. Ever noticed how it conveniently rains just as you've laid all your dry clothes and emptied your bag's contents or when you're halfway through your instant noodles.

• Sleeping under a flysheet is better than sleeping under a tent. Tents are heavy,

expensive, claustrophobic, sometimes hot , difficult to get in and out of, and you can't cook in them . Instead, buy some lightweight waterproof nylon or PE , sew the corners and attach 4 grommets on each side. Rig it up in the usual "A" way, and you should have a fairly comfortable place to spend the night. Don't pitch it too high up, because if it rains, the rain water will splash under the flysheet .

• Always bring a clothesline .The next thing to do after pitching up your flysheet is

to tie the clothes line, and announce it to everyone . Make sure it is not too close to where you'll be hanging around, otherwise you'll be mingling with all sorts of weird and scary insects . Some people just LOVE to hang their clothes on the guy lines holding up the flysheet. When the weather is fine, well, fine..... But if it happens to rain in the middle of the night, the clothes will absorb water, get heavy, and together with some wind, rip the grommets off your flysheet . Imagine waking up at 3 am , in a storm ,with the flysheet flapping away like a loose sail..... seen that, done that.

• Rafia string is one of the most useful things to bring camping, and you should at

least have a few meters spare for emergency uses. It's cheap, light, and damn useful, but make sure you carry the used rafia back out. I have seen too many places littered with used rafia, all waiting to catch your leg and make you trip. It also looks horrible too. I personally don't use rafia, because even though they're cheap, they still cost money, and the tendency to litter the campground with them is quite high. Instead, I buy nylon cord, about 3 mm dia. Cut them in various lengths, say 5 pcs of 3 m , 4 pcs of 6 m , etc. Dump them in a stuff sack together with some stronger rope, about 6-8 mm maybe, and that's probably all you need to rig up your fly sheet, tie up the clothes line, and for emergency uses. They're more expensive than rafia, but they last much longer, and you'll sometimes appreciate the added strength they offer . Plus, because they cost much more, you

Tips Dalam Pendakian

68

won't be leaving them after using them. Try to get bright colors, so that you don't trip or cut your neck when they're tied up.

• Use a hydration bladder to hydrate yourself instead of using a water bottle.

Water bottles are hard to access, and have covers which can be lost easily. By using a hydration bag, you'll find it easier to hydrate yourself while trekking. Just fill it up and place it under the top cover of your bag. The only problem is that you'll have a tough time cleaning the mold from the inside of the bag if you put other liquids than plain water in the bag.

• Trekking poles are very useful. They help you keep your balance, help you cross rivers, give some extra push when climbing steep slopes, saves some of your knees on the way down and can be used to push foliage/unwanted things . They can also be used to rig up you fly sheet. However, not many people use trekking poles, and if you use them, people will sometimes give you that " This guy must be joking....There's no snow here" look. Just bear it........

Food

• Bring light food which is high in energy. Go for grains like rice, wheat and oats. Try not to bring instant food, as most of them are loaded with preservatives and after a few mouthfuls, might not taste too good. Eggs, bread, cheese, mayonnaise, keropok ikan, instant cucur udang or instant pancakes, sup pucuk, sambal ikan bilis (cooked at home) and serunding are just a few examples.

• No matter how much food you bring, always have at least 3 packets of Maggie

mee.

• While trekking, it is not advisable to stop and cook lunch, instead cook what you intend to have for lunch in the morning, before you break camp. Another option is to bring biscuits or granola bars.

• Always bring your OWN food. Never let your friends carry your food, especially

your snacks, which you intend to eat along the trail.

• Try to avoid drinking tea and coffee , because both are diuretics and make you loose more water from the body. Instead, go for Milo or Horlicks, which have more nutrition in them. While trekking, adding powdered glucose or other powdered flavored drinks to plain water is much better than drinking plain water. Better still, drink sports drinks like 100 Plus or Isomax.

Training Dan Senaman

69

TRAINING DAN SENAMAN Training fizikal ada 3 jenis: Cardiovascular, strenght dan endurance Cardiovascular

• Untuk pernafasan dan kadar degupan jantung. • Lagi kurang kadar degupan jantung kita dalam masa seminit, lagi fit lah kita. • So yang biasanya orang buat ialah jogging tapi bukan sekadar jogging lenggang

mak limah tapi jogging yang betul-betul jogging. Kalau ada selang seli dengan lari pecut lagi ok.

• Lari naik tangga pun ok juga untuk improve cardio. • Kalau ada basikal lagi senang. Kayuh je lah basikal tu lama-lama. • Kalau takde basikal, paling mudah dan simple, skipping. Selain meningkatkan

tahap cardio, skipping jugak boleh balancingkan diri kita. Maksudnya kadar daya keseimbangan badan akan meningkat.

Strenght

• Lebih kepada pembinaan otot-otot. • Kalau fit, tapi otot-otot tak kuat pon tak guna juga sebab nak pikul beg tu

bukannya ringan. Standard orang bawa ialah 20kg. • Biasanya kalau pembinaan otot-otot ni kena lah pegi gym. Tapi jangan lah

berlebihan sangat. Kita bukannya nak masuk bina badan. • Biasanya just main bahu dengan kaki. Especially lutut dan bahu. Bahu sebab nak

pikul, lutut sebab nak menampung berat badan. Endurance

• Macam latihan simulation. • Training seolah-olah dalam keadaan sebenar. Contohnya kita pegi naik gunung

Nuang, Bunga Buah, Angsi, Datuk. • So kat sini kita boleh build kita punya endurance. • Tengok berapa lama kita boleh tahan tanpa pancit. Berapa lama badan kita

berupaya membawa diri sendiri tapi persediaan pun kenalah ok ** Jangan training tapi tanpa breakfast terlebih dahulu

Training Dan Senaman

70

Selain fizikal, mental pun penting. Bukan apa sebab kalau bebudak baru terus gi trans TT takut mental tak boleh tahan. Bawa diorang night walk atau buat sessi burung hantu ke. Letak kat satu kawasan gelap sorang-sorang (tapi wajib ada pengawalan). Ini salah satu cara untuk build up kan mental strenght. Pemakanan pun kena jaga. Seminggu sebelum nak pegi tuh, janganlah banyak sangat makan pedas, takut perut tak tahan. Banyakkan lah makan karbohidrat dan protein. Pastu minum air banyak-banyak. Biar sampai air kencing tu kaler jernih sebab supaya badan kita tak dehydrated. Manfaat Berjalan Kaki Berjalan kaki adalah latihan yang baik untuk memulakan senaman dan dapat meningkatkan kecergasan tubuh badan. Untuk memaksimumkan latihan anda, cubalah berjalan kaki sekurang-kurangnya satu jam di pagi hari. Untuk hasil yang lebih baik, awasi degup jantunganda pada 70% dari degup jantung maksimum anda (degup jantung maksimum sama dengan 90 degupan). Jalan kaki juga akan menguatkan semua otot di kaki dan dari satu jam anda berjalan dengan keadaan yang cepat akan dapat membakar sekitar 300 kalori. SENAMAN YANG EFEKTIF Senaman meningkatkan daya tahan tubuh sehingga 80%. Tetapi jika anda tidak sihat, anda tidak digalakkan melakukan senaman. Untuk senaman yang efektif, jadualkan kekerapan bersenam antara 3 hingga 5 kali seminggu. Anggarkan masa untuk bersenam, minimum antara 10 hingga 20 minit setiap sesi. Tetapi sebelum bersenam, pastikan anda mulakan dengan teknik memanaskan badan (warm up). Ketika bersenam, berikan tumpuan kepada aktiviti yang melibatkan seluruh tubuh badan seperti berlari, berjalan kaki, berbasikal, senaman aerobik, memanjat anak tangga dan berenang. Selepas tamat melakukan senaman, akhiri aktiviti anda dengan menyejukkan badan (cool down). Antara senaman ringkas yang boleh anda amalkan ialah : Menaiki Tangga Hampir setiap pejabat mempunyai tangga. Jadi, apa kata jika anda menggunakan tangga berkenaan ketika bergerak kemana-mana kerana ini secara tidak lansung membantu anda menegangkan otot paha dan betis. Bagaimanapun, pastikan anda tidak memakai kasut yang bertumit tinggi kerana ia akan mendedahkan anda kepada risiko kecederaan ataupun tergelincir. Justeru, pastikan kasut yang anda pakai sesuai dan selesa dipakai selain tidak menyakitkan kaki.

Training Dan Senaman

71

Skipping Skipping juga adalah antara senaman ringkas dan mudah yang boleh anda lakukan pada bila-bila masa sahaja. Anda hanya memerlukan seutas tali ‘skipping’ dan ruang yang mencukupi. Walaupun agak mudah tetapi manfaat yang bakal anda perolehi daripada skipping hampir sama dengan jogging. Ia membantu menguatkan otot-otot lengan, perut, paha dan juga boleh mengurangkan lemak dalam badan anda. Peregangan / Stretching Peregangan adalah antara perkara yang perlu anda berikan keutamaan sebelum melakukan sebarang senaman atau kerja-kerja lain. Peregangan penting untuk melegakan otot-otot anda dan bersedia untuk peringkat seterusnya. Peregangan juga dapat mengelakkan daripada berlaku kecederaan dan dapat memperbaiki ‘postur’ tubuh. Jadi luangkan antara 5 hingga 10 minit untuk melakukan regangan. Apa Yang Perlu Ada Dalam Sebuah Senaman - Sentiasa memulakan program senaman dengan melakukan latihan pemanasan selama 5 hingga 10 minit. - Lakukan regangan untuk memperbaiki keadaan tubuh anda agar lebih fleksibel. - Lakukan sedikit latihan aerobik bagi memperbaiki fungsi kardiovaskular. - Pilihlah senaman yang mampu menggerakkan otot dan tulang anda. - Diakhiri dengan senaman ringan selama 5 hingga 10 minit sambil menyedut nafas dalam-dalam.

Kekuatan Fizikal Dan Mental

72

KEKUATAN FIZIKAL DAN MENTAL Kekuatan fizikal dan mental yang tinggi adalah diperlukan semasa mendaki. Setiap individu mempunyai kekuatan fizikal dan mental yang berbeza. Kekuatan fizikal dan mental bukanlah sesuatu yang boleh diperoleh dalam masa yang singkat. Latihan yang berterusan dan masa yang panjang diperlukan untuk menjadikan fizikal dan mental kita kuat. Kekuatan fizikal dan mental yang kuat amat diperlukan dalam situasi yang mencabar semasa mendaki. Kekuatan Fizikal

Sebelum menyertai mana-mana XPDC adalah dinasihatkan supaya kita menjalani latihan terlebih dahulu. Hanya dengan latihan barulah kita akan dapat meningkatkan stamina dan kekuatan fizikal kita. Antara aktiviti yang boleh meningkatkan stamina adalah jogging, berbasikal atau berenang. Latihan perlulah dilakukan dengan betul dan bukan sambil lewa untuk mendapatkan hasil yang baik. Tidak ada gunanya jika kita penat-penat berjogging tapi hasilnya adalah sedikit sahaja. Teknik dan kaedah yang betul perlu dipelajari dan dipraktikan untuk mendapatkan hasil yang maksimum. Sebelum menyertai XPDC yang mencabar, kita perlulah melatih diri kita dengan mendaki gunung-gunung yang agak senang didaki dan kurang mencabar terlebih dahulu. Contohnya, sebelum menyertai Trans V2 atau Chamah-Ulu Sepat-Gerah(CUSG), adalah lebih baik kita mendaki beberapa gunung lain terlebih dahulu sebagai latihan untuk membiasakan diri. Latihan dengan mendaki gunung dan jogging adalah amat berbeza. Dengan mendaki, kita bukan sahaja dapat meningkatkan kekuatan fizikal, bahkan kekuatan mental juga turut bertambah. Suasana di gunung akan sedikit sebanyak akan mempengaruhi mental kita untuk mengadaptasikan diri dengan suasana di gunung. Sekiranya kita tidak mempunyai kekuatan fizikal dan daya tahan yang tinggi, macam mana kita nak memikul beg kita sendiri. Berat beg yang biasanya dibawa oleh pendaki adalah 15-20 kg. Kebanyakan gunung tidak mempunyai sumber air di puncak. Kita perlu memikul sekurang-kurangnya 4.5 liter air dari LWP sehingga ke puncak. Berat beg sudah tentu akan bertambah, trek pula sudah pasti akan semakin menaik. Bebanan yang perlu dipikul pasti akan sangat menyeksakan dan boleh melambatkan perjalanan sekiranya kita tidak kuat. Tapi ada juga segelintir pendaki kurang bertanggungjawab yang mengelak untuk memikul air bagi kegunaan kumpulan. Keadaan ini pasti akan memberi masalah kepada kumpulan. Kita bukan mendaki secara solo tapi berkumpulan, kita perlulah bertimbang rasa dengan rakan-rakan pendaki yang lain. Sekiranya kita tidak mencuba untuk memikul bebanan yang berat, sampai bila-bila pun kita tidak akan dapat memikulnya. Berat perlulah sama-sama dipikul, ringan sama-sama dijinjing. Tidak wajarlah kita menyusahkan rakan-rakan pendaki yang lain.

Bagi pendaki yang benar-benar tidak berkemampuan atau menghadapi masalah kesihatan, perlulah dimaklumkan kepada ketua kumpulan terlebih dahulu. Mungkin agak sukar untuk pendaki baru memikul bebanan yang berat, perkara ini boleh diatasi dengan

Kekuatan Fizikal Dan Mental

73

latihan sentiasa memikul air 1-1½ botol air semasa XPDC walaupun sumber air mudah diperolehi. Pada XPDC yang seterusnya tambahkan bebanan sedikit demi sedikit. Tidak wajar sama sekali seseorang pendaki terus berada pada takuk yang lama dalam setiap XPDC yang disertai. Kita perlu berdikari dan tidak boleh bergantung kepada ihsan orang lain dalam setiap XPDC. Dari masa ke semasa kita perlu meningkatkan kekuatan dan daya tahan fizikal kita. Mahu seribu daya, tak mahu seribu dalih.. Kekuatan Mental

Mental yang kuat adalah lebih penting berbanding fizikal yang kuat. Walaupun segagah mana seseorang pendaki tapi jika tidak mempunyai kekuatan mental yang tinggi, akan kecundang juga akhirnya apabila berdepan dengan cabaran yang getir. Mental yang kuat akan mempengaruhi kekuatan fizikal. Walaupun kekuatan fizikal terbatas tapi dengan kekuatan mental yang tinggi, kita akan dapat mengatasi sesuatu halangan yang sukar. Secara tidak langsung, kekuatan mental yang tinggi akan membantu kita mengurangkan rasa tertekan semasa dalam XPDC. Tidak seperti kekuatan fizikal, kekuatan mental adalah sesuatu yang agak sukar untuk diperoleh. Walaupun dah lama bergiat dalam aktiviti mendaki, belum tentu seseorang pendaki akan mempunyai kekuatan mental yang tinggi. Ia adalah sesuatu yang perlu dipupuk dan disemai secara perlahan-lahan.

Kita perlu melatih mental kita untuk selalu berfikiran positif dan bertahan dalam

situasi mencabar. Jangan sesekali cepat mengalah dan mengatakan kita tidak mampu melakukannya. Biasanya mental akan cepat down dalam situasi yang sukar dan mencabar kerana kita dah set dalam kepala yang kita tidak mampu mengatasinya. Cuba untuk melawan kata hati kita yang sememangnya mahu cepat mengalah. Walaupun sesukar mana keadaan, kita perlu cuba untuk melawan keadaan tersebut. Contohnya, bila kita melayan pacak yang hampir 80° dan dah beberapa kali menempuh puncak tipu, sudah tentu mental kita akan cepat down. Keadaan ini dapat diatasi dengan memujuk hati kita sendiri supaya bertahan, berfikiran positif dan tidak menghiraukan sangat halangan yang sedang kita tempuhi tu. Walaupun bukan senang untuk memujuk hati sendiri, tapi kita perlu mencuba sedaya upaya sehingga kita sendiri tidak sedar yang kita dah berjaya melepasi halangan tersebut.

Apabila kita tersesat atau berlaku kecemasan, kekuatan mental yang tinggi adalah

sangat diperlukan. Dalam situasi seperti ini kita perlu bertenang. Apabila mempunyai kekuatan mental yang kuat barulah kita dapat bertenang. Dengan bertenang, kita akan dapat memikirkan cara-cara untuk mengatasi masalah tersebut dengan berkesan. Kekuatan mental amat diperlukan semasa kecemasan. Kita tidak boleh mengalah dengan begitu sahaja. Berfikiran positif adalah sesuatu yang wajar dilakukan walaupun secemas mana keadaan tersebut. Yang penting, kita mesti set dalam kepala kita yang kita dapat mengatasi situasi tersebut walau sesukar mana sekalipun dan yakin dengan diri sendiri.

Perkhemahan

74

PERKHEMAHAN Kekadang tak kisah kalau korang nak campsite kat mana-mana tapi ada masa tu jangan lupa bahwa kita macam tumpang teduh kat tempat orang kalau kat dalam hutan tu. Lebih kurang camni la.. Macam mana nak pilih campsite Pilih la tempat yang korang rasa dah ada orang lain yang tidur atau gunakan tempat tu. Sebabnya bila ada manusia yang pernah lalu atau guna campsite tu, makhluk-makluk yang ada kat hutan tu dah well-known yang tempat tu tempat manusia. Biasa makhluk-makhluk ni akan beralah pada manusia. Jadi pilih la campsite sedia ada. Kalau tepaksa gak pacak khemah bukan kat campsite Masalahnya kalau korang pegi kat tempat yang manusia tak pernah sampai, macamana nak cari campsite. Jangan main lunggah je kalau nak wat camsite baru. Kalau dah suntuk masa dan tepaksa gak bermalam bukan kat camsite sediada dalam utan, pacak je fly tengah-tengah trek yang biasa manusia lalu. Nak tengok trek tu masih digunakan ke tidak, tengok kat tanah dia, kalau ada banyak taik cacing, means trek tu memang dah tak digunakan la. Kalau terang jek dan tiada taik cacing tu, better avoid kan. and lagi satu, jangan pacak khemah kat tanjung-tanjung sungai. Kat situ memang tempat makhluk halus main. Kalau nak gak wat campsite baru Ok. Pastikan tempat tu bukan kat kawasan lidah air, lidah darat & lidah angin. Amende nye tu Lidah air adalah kawasan dimana tempat pertemuan dua arus air yang berbeza bertemu (macam sungai dua jadi satu), lidah darat ialah kawasan dua pematang tanah tinggi yang bercantum. Lidah angin ialah tempat pertemuan dua tiupan angin berbeza yang jadi satu. Kenapa nak elakkan tempat-tempat tu Kita sedia maklum bahwa selain manusia, haiwan, tumbuhan, jin, iblis, syaitan pun makhluk kejadian Tuhan gak. Jadi seperti manusia, makhluk-makhluk ni ada tempat tinggal gak. Tempat-tempat seperti tepi-tepi sungai memang port favourite semua. Even manusia pun pilih port-port yang camni gak. Biasa kalau tempat-tempat macam kat atas tuh, port nye agak terang sket. Kurang pokok-pokok sebab makhluk cam pokok-pokok pun tau beralah gak kat makhluk-makhluk lain ni. Semua tempat-tempat yang camtu mesti 'keras' ke Tader la sume..tapi elakkan la Kalau nak gak wat campsite kat port-port camtu Boleh tapi kena pandai hormat & izin la.

Perkhemahan

75

Kalo tak tahu cara nye Guna cara yang lebih mudah, bakar sikit daun-daun kering tu. Perhatikan asapnya. Kalau asap tu putus-putus atau lain macam je hala perginya. Beralah la, pegi tempat lain. Apa kena mengena asap dengan makhluk halus lak Asasnya benda-benda tu dari api, so ada sign la. Ada gak orang 'kena' kat campsite sediada..camne tu Bila hilang rasa hormat kat sesama makhluk..macam-macam boleh jadi Camne nak elakkan benda-benda tu Jaga tempat-tempat kencing/brk..kalau nak tidur, elak kaki mengadap kiblat Kalau tengah trekking lak..ada gak org 'kena' Kalau tengah trekking, jaga ubun-ubun kepala & tapak kaki sbb tempat-tempat tu biasa tempat-tempat 'masuk' 'benda-benda' tu.. Tutup kepala dan guna alas kaki. Binatang pun kalau nak menyerang dia cari tempat-tempat tu. Kelemahan manusia.

Tips Tapak Perkhemahan 1. Pasang unggun api - Tengok asap dengan percikan api tu, kalau naik ke atas macam biasa, boleh la berkhemah. - Kalau dia tak naik, just penuh kat ruang bawah je, better cari kat kawasan lain untuk berkhemah. - Sebab makhluk halus tu dok berkumpul kepung asap dari naik ke udara. Dia makan asap ler. Kalau hisap rokok pon leh tengok ke mana asap tuh pegi. Kalau bebas naik atas maksudnya line clear ar tu. Tapi kalau dok berkumpul jer kat area korang duduk tuh maknanya aderlah yang tengah menjamu selera makan asap rokok korang. 2. Elakkan membuat camsite di kawasan lidah air, lidah darat & lidah angin. Ciri-Ciri Pemilihan Tempat - Tanah rata supaya selesa berbaring. - Dekat dengan sumber air bagi memudahkan kerja-kerja memasak, mandi dan mencuci. - Mempunyai hubungan baik dengan trek supaya mudah bergerak sekiranya berlaku kecemasan. - Terdapat perlindungan daripada bukit atau pokok dan tidak terdedah kepada ancaman angin. Elakkan tebing-tebing bukit yang mungkin runtuh berpunca daripada hakisan. - Boleh mendapatkan sinaran matahari pada waktu pagi untuk mengeringkan udara

Perkhemahan

76

lembap dalam khemah dan juga untuk mengeringkan pakaian dan peralatan yang basah. - Mempunyai pemandangan yang menarik supaya seronok dan lapang melihatnya. - Pastikan tempat yang dipilih tidak mempunyai kesan tapak kaki binatang buas, najis binatang atau sumber makanan binatang seperti kawasan buluh dan pokok pisang. - Jangan sesekali mendirikan khemah di kawasan denai binatang. Kerana dikhuatiri khemah kita akan menjadi mangsa rempuhan binatang yang menggunakaan denai tersebut. Penyusunan Tapak Perkhemahan

Penyusunan tapak perkhemahan penting untuk memberikan keselesaan dan ianya mengambil kira faktor keadaan mukabumi kawasan tersebut. Bagi kawasan yang sempit dan memanjang, mendirikan khemah dalam satu barisan dianggap sesuai. Walau bagaimanapun jika kawasan itu agak lebar, dua barisan perkhemahan adalah lebih baik. Untuk kawasan yang lapang, sistem bulatan merupakan susunan yang paling sesuai sedangkan bagi kawasan yang tidak menentu keadaan tapaknya, perkhemahan secara berselerak bolehlah dibuat mengikut keadaan tempat tersebut.

PANDUAN PEMILIHAN TEMPAT YANG SELAMAT UNTUK BERMALA M

Dalam situasi dimana seseorang itu tersesat di dalam hutan dan terpaksa bermalam tanpa mempunyai peralatan-peralatan yang sesuai untuk melindungi diri, maka panduan-panduan berikut boleh diikuti: PERLINDUNGAN SEMULAJADI

Ini merupakan tempat perlindungan semulajadi yang boleh diperolehi di sesuatu tempat. Antaranya ialah seperti berikut: Gua

Ini akan melindungi kita daripada hujan dan angin yang sejuk. Walaubagaimanapun pastikan tempat tersebut tidak merbahaya seperti kawasan batu-batu longgar, kawasan laluan angin, laluan binatang buas, sarang-sarang serangga dan tempat-tempat licin. Pokok yang berbanir dan berlubang

Banyak pokok-pokok di dalam hutan yang mempunyai ciri-ciri banir yang boleh dijadikan tempat untuk kita berlindung. Di antara pokok-pokok tersebut ialah kempas (Koompassia malaccesis), Tualang (Koompassia excelsa), Keranji (Dialium spp), Pauh kijang (Irvingia malayana).

Perkhemahan

77

PERLINDUNGAN REKAGANTI

Beberapa kaedah perlindungan rekaganti boleh dibuat dengan menggunakan sumber-sumber yang terdapat di kawasan sekeliling. Di antara kaedah-kaedah tersebut ialah seperti berikut : Pondok dahan kayu

Pilih satu dahan yang lebat daunnya dan lenturkan dahan tersebut ke paras yang seberapa hampir dengan tanah dan ikatkan dahan tersebut kepada kayu lain supaya ia tidak boleh bergerak. Kawasan di bawah dahan tersebut bolehlah digunakan untuk berlindung. Pondok pisang sesikat

Pacakkan 2 batang tiang dan kemudian pasang satu alang di atas tiang tersebut. Sandarkan ranting-ranting yang mempunyai daun yang lebat untuk dijadikan atap. Pondok kayu tumbang

Jika terdapat pokok yang tumbang, sandarkan daun-daun kayu yang berdaun lebat atau daun palma untuk dijadikan atap. Perlindungan di atas pokok

Sekiranya di kawasan tersebut dikhuatiri terdapat ancaman binatang buas, pilih satu pokok yang banyak dahan dan ikatkan diri kita ke dahan yang lebih kuat dan selesa untuk diduduki. Ikatan dibuat pada bahagian dada dan belakang melalui bawah ketiak. Posisi dada kita hendaklah menghala ke arah pokok seolah-olah seperti hendak memeluk pokok tersebut.

Direction & Path Finding

78

DIRECTION & PATH FINDING Apabila kita tersesat atau hilang arah, kita boleh mengikut petunjuk semulajadi atau binatang. Salah satu jejak semulajadi adalah charoh. Selain itu kita juga boleh back track semula laluan kita sehingga menjumpai semula kawasan yang kita yakin adalah laluan yang betul.

Biasanya kita kena cari anak air ke mana aliran tu pegi. Sebab biasanya penempatan orang melayu akan hampir dengan sungai. Ikut aje la sungai tu akan ada kampung berdekatan. Charoh adalah laluan air yang wujud ketika hujan sahaja. So kalau tak hujan, air tak mengalir la kat situ, kesan-kesan charoh ni kita boleh jumpa banyak kat hutan, terletak antara 2 permatang biasanya, tapi bukan lembah.

Asasnya, charoh ni akan menghala ke laluan air yang malar, maksudnya menghala ke laluan air yang wujud sepanjang tahun. Teorinya, mana-mana laluan air akan membawa kita ke petempatan, terdekat mungkin orang asli la kalau di kawasan hutan, cuma yang membezakan adalah masa untuk menemui petempatan tersebut, tapi at least kalau hilang arah, ada sesuatu la untuk kita letakkan harapan. Maybe not the best way, but one of the many ways la.

Charoh nih, kalau kita trekking layan lereng, akan cross beberapa permatang

kecil. Ketika kita naik sket tuh, kita tengah naik permatang kecik tu, dan apabila turun dari permatang tuh la biasanye kita akan jumpa charoh.

Sekali pandang kat charoh nih memang kita tau yang ianya adalah bekas laluan air. Laluan yang clear tapi bukan denai trekking atau denai binatang. Biasanya banyak batu macam kat sungai, cuma airnya nak kena tunggu hujan baru ada dan kalau kita susur charoh ni menurun ke lembah, biasanya akan jumpa air. Contoh charoh boleh tengok kat last waterpoint ke puncak gunung ayam.

Kalau tak dapat jumpa jejak semulajadi seperti charoh tu, kita kena carik jejak binatang. Jejak dan kesan kehidupan binatang dapat membantu mengenal punca air yang berdekatan. Sebab binatang akan mandi dan minum. Kalau jejak itu menurun besar kemungkinan akan jumpa air tetapi puncanya sama ada mata air, lopak, kolam, sungai atau tasik. Tapi untuk ikut bab ini kita juga kena mahir mengetahui jejak binatang itu sendiri, kang salah ikut jumpa port maybank saje je. Kalau nak kuar duit takpe gak, kalau dia ajak makan??? Kalau semulajadi ni slalunye boleh tengok permukaan tanah tu sendiri ada tak bekas laluan air seperti charoh tulah, bila sampai bawah mungkin akan ada tempat air bertakung or sebaliknya..

Tracking Techniques

79

TRACKING TECHNIQUES Menganggar jarak perjalanan Formula yang digunakan oleh askar dalam menentukan jumlah masa perjalanan mereka di hutan hanya dengan melihat peta: Hutan belantara 1000-2000ela/sejam Hutan belukar 500-800 ela/sejam Hutan resam 200-500 ela/sejam Paya 100-200 ela/sejam Lalang 500-1000ela/sejam Kebun 3000-4000ela/sejam Naismith's Rule The rule was devised in 1892 by W.W.Naismith a Scottish mountaineer as an aid to estimating the length of time it would take to walk a predefined walking route including ascents and descents. 5 km per hour plus 1/2 hour for every 300 metres of ascent (pendakian/pemanjatan) Corrections for short distances.. going gently downhill - 10mins / 300m of descent (penurunan) very steeply downhill + 10mins / 300m of descent Please remember that if you are in a party the time should be calculated for the slowest person If the total distance for a walk is 15 km, the height climbed over the route is 250 m, and the decent over the route is 150 m Time for distance travelled = 12 × 5 = 60 mins Time for the accent = 250 ÷ 10 = 25 mins Time for the decent = 150 ÷ 20 = 7.5 mins Total time = 60 + 25 + 7.5 = 92.5mins = 3h 32.5 mins

Meramal Cuaca Dalam Hutan

80

MERAMAL CUACA DALAM HUTAN

Hutan banyak menyimpan maklumat pada maksud yang ingin diketahui dan ilmunya amat luas. Cukup luas bagi yang mengetahui tapi cara nak baca maklumat tu ialah dengan pengalaman dan kemahiran yang perlu dilatih dan dipraktikkan. Survival hujan hutan adalah gabungan antara seni dan sains. Tak cukup sekadar membaca. PETUA MERAMAL CUACA Hubungan awan dan hujan amat mempengaruhi sesuatu perjalanan atau pendakian. Dengan mengetahui hubungan antara keduanya secara lebih terperinci, seseorang pendaki dapat meramalkan keadaan cuaca, persiapan menghadapinya dan ianya amat membantu meninggikan tahap survival ability seseorang pendaki. Antara petua kalau dia nak meramalkan cuaca di dalam hutan (Orga): Kehidupan adalah permulaan perjuangan. Tiap perjuangan ada geruh yang menanti. Perjuangan perlu mengenal geruh kerana geruh adalah badai perjuangan. Begitu juga dengan alam, cuma beza manusia dan alam ialah alam mengenal geruhnya. Perhatikan langit subuh dan langit maghrib..merah berdarah tanda amarah..perhatikan kabus pagi..sucinya sebelum mentari berdiri..perhatikan awan..lebih tegak amarah memuncak..perhatikan angin..bila bahang menyapu punggung, ada gelora sedang mengunjung..perhatikan bulan dan matahari..bila ia tidak berhias, kelak air menjadi deras..’ 1. ‘Perhatikan langit subuh dan maghrib..merah berdarah tanda amarah’ Maksudnya apabila warna langit waktu pagi atau senja menjadi sangat merah, tandanya hujan yang disertai petir akan tiba 4-5 jam pastu. 2. ‘Perhatikan kabus pagi..sucinya sebelum matahari berdiri ’ Maksudnya bila pagi tu berkabus, maknanya cuaca baik pagi tu tapi kalau kabus tu tak naik-naik ke atas menjelang tengahari, maknanya cuaca akan buruk pada sebelah petangnya. 3. ‘Perhatikan awan, lebih tegak amarah memuncak’ Maksudnya apabila struktur awan yang bergumpal tu menjadi tegak seakan berkubah, maknanya cuaca buruk disertai ribut petir akan tiba 1-2 jam lepas tu. Kalau yang menghasilkan kilat adalah awan yang tebal dan berada diparas yang paling rendah diantara awan yang lain, lebih statik 4. ‘Perhatikan angin..bila bahang menyapu punggung, ada gelora sedang mengunjung’ Maksudnya apabila mendaki, jika angin panas bertiup dari belakang, maknanya kumpulan udara yang lebih panas diangkat naik oleh kumpulan udara sejuk (proses

Meramal Cuaca Dalam Hutan

81

pembentukan hujan) jadi selang 2 atau 3 jam akan hujan kat puncak. 5. ‘Perhatikan bulan dan matahari..bila ia tidak berhias, kelak air menjadi deras..’ Maksudnya kalau bulan atau matahari tu bercahaya seakan bergelang di kelilingnya maknanya cuaca baik tapi kalau bulan atau matahari tak bergelang, cuaca buruk kelak menjelma. 6. Kalau nampak kat puncak matahari (bahagian atasnya) senja tu ada warna hijau Maknanya cuaca akan baik sehingga esoknya. Fenomena ni disebabkan oleh pembiasan cahaya matahari. Setelah ditapis oleh ketebalan awan yang menunggu masa untuk runtuhkan airnya dan faktor arah angin juga memain peranan. 7. Aroma tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan akan tambah mengapung Maksudnya baunya akan bertambah lebih tajam dari biasa. Kalau dalam hutan ni, orang cakap kena cepat beradaptasi. Lagi cepat mengenal perubahan yang tak cam biasa. Bau yang tajam tu disebabkan tumbuhan mempunyai naluri lebih tajam dari manusia mengesan hujan, dan membuka rongga-rongganya untuk bersedia menerima bekalan air 8. Lolongan / bunyian haiwan lebih kuat dari biasa Haiwan akan berkomunikasi sesamanya dan tiap-tiap haiwan mempunyai bunyian isyarat berbeza samada jika ternampak musuh atau memanggil anaknya. Begitu juga jika cuaca buruk akan turun. Manusia perlu tahu perbezaan-perbezaan ini lantas memahirkannya dengan cara mengamatinya. Tambahan pula jika hari akan hujan, wap-wap air yang memenuhi atmosfera akan berkumpul dibawah. Lantas mewujudkan satu ruang yang menjadikan bunyi lebih tajam dan kurang bergaung dari biasa. 9. Perhatikan tindakan haiwan Contohnya macam semut yang keluar dari sarang beramai-ramai / berpusu-pusu dan memanjat pokok atau mencari tempat perlindungan yang lain. Anai-anai yang menutup lubang pintunya, burung-burung yang terbang ke sarang lebih kerap dari biasa atau tupai-tupai yang membawa makanan berlebihan ke sarang, macam dah tau je hari nak hujan. Kesimpulannya, haiwan mempunyai kecenderungan naluri dan deria lebih tajam dari manusia dalam meramal hujan.

Sumber Makanan Dan Tenaga

82

SUMBER MAKANAN DAN TENAGA

Untuk menjalankan aktitviti keperluan kepada tenaga dan stamina merupakan faktor penting bagi mendapatkan keseronokkan yang maksima. Tenaga yang diperolehi dibekalkan melalui pemakanan yang diambil setiap hari disamping keperluan rehat yang cukup. Mencari makanan & sumber air adalah salah satu strategi dalam survival. Ianya menjadi keperluan asas untuk terus kekal hidup. Makanan amat diperlukan untuk membekalkan karbohaidrat pada badan yang menukarkan kepada tenaga.

Trail Snack

Kita perlu sentiasa makan semasa trekking untuk mengembalikan tenaga yang telah digunakan. Makanan yang kaya dengan gula seperti coklat mempunyai kalori yang tinggi tinggi dan dapat membekalkan tenaga segera kepada badan kita. Antara makanan yang kebiasaannya boleh dibawa semasa trekking adalah coklat seperti Kit Kat, Snikers dan Cloud 9. Letakkan makanan tersebut ditempat yang senang dicapai, contohnya poket. Kita juga perlu sentiasa minum air tapi bukanlah dalam kuantiti yang banyak. Hanya seteguk dua untuk mengelakkan badan dehydration. Survival Mencari Makan Dalam Hutan

Biasanya hutan mempunyai banyak tumbuh-tumbuhan yang boleh dimakan tapi

kena pilihlah yang selamat dimakan, dari akar hinggalah ke pucuk tumbuh-tumbuhan sesetengahnya boleh dimakan. Begitu juga dengan haiwan, dalam keadaan darurat semuanya boleh dimakan kecualilah yang beracun.

Kalau musim buah-buahan hutan, banyak jenis buah yang boleh dimakan. Untuk memastikan buah-buah tersebut selamat dimakan, cuba cari kesan-kesan samada buah tersebut telah dimakan oleh haiwan lain, jika ada mungkin buah itu selamat dimakan. Cara yang paling mudah untuk memastikan sama ada buah atau tumbuh-tumbuhan itu selamat dimakan adalah dengan tiga langkah berikut iaitu hidu, sapu dan kunyah. Hidu sebahagian dari tumbuh-tumbuhan tersebut jika berbau keras atau busuk elakkan dari memakannya kerana ianya mungkin beracun. Sekiranya ianya tidak berbau keras atau busuk, ambil sedikit air atau getah dari bahagian tumbuh-tumbuhan tersebut yang dihancurkan dan gosok pada bahagian lengan, tunggu selama 10-15 minit. Jika terasa panas atau gatal-gatal jauhi tumbuh-tumbuhan ini kerana dikhuatiri mengandungi racun dan berbahaya jika dimakan.

Daun beracun kebanyakkannya merubah warna air bila di rebus. Kalau

dilumatkan pula, boleh menyebabkan nasi putih berubah warna (nasi menjadi kuning biasanya). Kunyah tumbuh-tumbuhan tersebut selama 5-10 minit, jika terasa gatal atau panas dalam mulut ataupun berasa loya, tumbuh-tumbuhan tersebut hendaklah diluahkan kerana kemungkinan beracun.

Sumber Makanan Dan Tenaga

83

Kita juga boleh memakan cendawan hutan. Kebanyakan cendawan pada pokok boleh dimakan dan tidak berbahaya. Cendawan yang tumbuh di tanah juga boleh dimakan tetapi ada antaranya sangat berbahaya dan beracun. Elakkan cendawan yang berwarna garang, berkilat, rapuh dan keras kerana biasanya beracun.

Selain dari tumbuh-tumbuhan haiwan dan serangga juga boleh dimakan. Serangga seperti anai-anai, semut, belalang, cengkerik dan ulat kayu boleh dimakan tetapi elakkan memakan serangga berbisa seperti lebah, tebuan dan lipan.

Begitu juga dengan haiwan mamalia seperti kancil, rusa dan kijang boleh dimakan. Burung-burung juga selamat dimakan, begitu juga dengan telurnya. Selain dari telur burung, telur reptelia yang lain boleh dimakan tetapi elakkan telur ular dan buaya. Siput, kerang, kepah dan muloska yang lain juga boleh dimakan tetapi sebaik-baiknya dimasak terlebih dahulu dan jangan makan bahagian najisnya. Survival Mencari Sumber Air

Air yang digunakan untuk minum perlulah diambil dari air yang mengalir. Sekiranya terdesak, air lopak pun boleh digunakan tapi kita perlu memerhati keadaan sekeliling lopak / takungan air tersebut dahulu, tengok kalu ada bangkai atau serangga. Kehadiran bangkai mungkin tanda air tu beracun, kalau ada serangga atau berudu air tu tak beracun dan boleh diminum. Kemudian seelok-eloknya guna penuras atau penapis untuk kumpul air tersebut. Seterusnya air yang dituras/tapis tu kena masak hingga mendidih, biarkan mendidih sekurang-kurangnya 3 minit. Kalau ada iodin tablet, tambahkan dalam air tersebut untuk bunuh bakteria. Air yang bertakung boleh menyebabkan beberapa penyakit atau keracunan seperti cirit birit.

Kebanyakan akar kayu (lianas) mempunyai kandungan air yang banyak. Air dari akar kayu yang boleh di minum biasanya tiada warna,cair dan tidak berbau. Potong akar tersebut menyerong dan pisahkannya terus dari bahagian akar yang lain, air yang menitis dari akar yang dipotong itu bolehlah di minum. Antara jenis akar yang boleh di minum ialah mempelas dan lundang. Selain dari akar, rotan juga mempunyai kandungan air yang banyak. Buluh juga menyimpan air dalam ruasnya, potonglah bahagian pangkal pokok di mana bahagian ini banyak mengandungi air. Tetapi awas miang buluh dari memasuki air. Periuk kera juga ada menyimpan air di dalam periuknya, pilih periuk yang belum terbuka kerana airnya lebih bersih. Lumut juga boleh diperah dan dikumpul airnya untuk diminum. Teknik mendapatkan air minum / bersih apabila terdesak. Ianya boleh dibahagikan kepada beberapa cara iaitu: 1. Air tadahan - guna fly 2. Air resapan - kain lembap 3. Air tapisan - air paya 4. Air takungan - selepas hujan

Cara Hidupkan Api

84

CARA HIDUPKAN API 1st step - Menggunakan ketukan batu dengan besi (biasanya untuk demo kita gunakan batu jalan yang besar dengan besi parang). - Ketukan dan halakan percikan api keluar (untuk pastikan percikan api itu wujud dan cukup banyak. - Umpan api yang paling mudah menyala ialah jenis lumut pokok palma. Lumut tu diperolehi dengan mengikis di pangkal pelepah pokok palma (contoh jenis pokok palma ialah pokok kelapa). - Pastikan ia kering dan jumlah yang banyak agar percikan api yang menyambar akan mudah hidup. - Ketukkan batu itu dan halakan percikan api itu pada lumut tadi, sedikit terkena ia akan menyala. Ambil lumut itu dalam jumlah yang banyak, tiup perlahan agar bara api yang terhasil akan membesar. 2nd step - Kita perlukan kayu kecil-kecil halus yang kering yang diikat segenggam, sebanyak dua genggam. - Kayu yang dicadangkan ialah akar pokok julung-julung. - Pegang kayu yang diikat segenggam tadi di tangan kiri dan satu lagi di tangan kanan, ambil bara dari lumut 1st step tadi dan letakkan di tengah-tengah, temukan kanan dan kiri dan tiup perlahan-lahan, bara tadi akan menyala. 3rd step - Pindahkan api tadi ke unggun yang telah disiapkan dalam susunan seperti gambar dibawah. Cara lain 1. Umpan api yang betul. (kalau guna daun, pastikan daun yang jenis terbakar dan bukan yang jenis berbara) 2. Susunan kayu api yang sesuai. Selalunya susunan jenis kon yang digunakan. Cara susunan adalah dengan meletakkan umpan dibawah sekali, dan di susun pula dengan ranting-ranting, pastu yang besar sikit, besar lagi sikit etc.. so, teori dia adalah, umpan bakar ranting, ranting bakar ranting yang besar sikit, ranting yang besar sikit bakar ranting yang lagi besar, ranting yang lagi besar, bakar dahan yang paling kecil,

Cara Hidupkan Api

85

dahan yang paling kecil bakar dahan sederhana besar, etc... 3. Susunan juga mestilah tidak menghalang laluan angin, kerana susunan kayu api yang padat, membuatkan oksigen kurang. Susunan yang tidak mula dari kecil ke besar pula menyukarkan umpan membakar kayu-kayu. Bila dah ready, barulah nyalakan umpan dengan sebatang mancis. Pastikan arah angin dahulu, supaya angin tak memadamkan api mancis. First, unggun ada pelbagai jenis unggun, tapi paling basic ni, dinamakan "tepee" atau kon. Tepee ni cara susunan dia macam kon, dan di susun macam "star". tepee pun ada pelbagai jenis dan sesuai untuk nyalaan memanaskan badan, dan memasak.

Pasal umpan pula, ia boleh jadi apa-apa jenis umpan pun, asalkan senang terbakar. Pakai hujung jayu yang dicabangkan halus-halus pun boleh. Selalunya, ditempat kita nak buat unggun tu, kita check dulu daun-daun yang ada. Ada jenis daun kering yang susah nak menyala ada juga yang senang. Yang susah selalunya akan terbakar sekejap je, pastu padam dan berbara. Sebaiknya, test la dulu jenis-jenis daun tertentu mana yang sesuai, mana yang tak. Cara letak daun atau umpan pun perlu betul, sebab ada orang dia pakai suratkhabar, tapi surat khabar tu dilipat-lipat, ini menyukarkan api nak dapat oksigen.

Cara Hidupkan Api

86

Kalau pakai umpan kertas surat khabar, seeloknya di komotkan sahaja kertas tu then susun ranting paling chome stail kon.

Umpan 1. Rumpun buluh adalah tempat paling senang jumpa dalam hutan tropika daun & ranting dibawah perdu sangat senang membakar disamping tak basah dihujan sebab rimbun buluh tu sendiri. 2. Buluh reput dan kering adalah benda yang senang membakar dan buluh yang baru tumbang dan mati boleh dijadi bunga sebagai sumbu. 3. Buluh tersebut hendaklah dibuang kulit luar yang licin. Susah nak membakar / ditakik agar bukaan terdedah pada api lebih tertumpu. 4. Ricik kayu adalah teknik yang best tapi sebaiknya kayu mati hendaklah kayu yang tidak diatas tanah tetapi masih tergantung sebab kayu yang kat atas tanah tu dah terserap dengan kelembapan daripada tanah.

Simpulan - Simpulan Berguna

87

SIMPULAN - SIMPULAN BERGUNA 1. Simpulan Buku Sila

1. Menyambungkan dua tali yang sama besar 2. Mengikat bungkusan 3. Mengikat atau mematikan anduh 2. Tindih Kasih

1. Untuk menyelamatkan orang di dalam kecemasan (menaikkan / menurunkan orang) 2. Mengikat atau menarik kayu

Simpulan - Simpulan Berguna

88

3. Bunga Geti / Bunga Keti

Simpulan ini digunakan untuk menyambung dua tali yang tidak sama besar. Ianya juga di gunakan untuk menyambungkan penjuru kain dengan tali seperti mengikat bendera dengan tali. 4. Simpul Manuk atau Clove Hitch

1. Mengikat tali pada batang 2. Mengikat tali sampan atau bot semasa berlabuh 3. Mengikat khemah pada tiang kayu 4. Memulakan ikatan pada kayu 5. Simpul Belit atau Two Half Hitch

Untuk mengikat tali pada tiang / kayu

Simpulan - Simpulan Berguna

89

6. Simpul Himpit

Digunakan untuk menyambung dua tali yang sama besar atau sama licin. Ianya kerap digunakan oleh pemancing ikan untuk menyambung tali pancing. 7. Simpul Pulih/ Sheep Shank

1. Digunakan untuk memendekkan tali tanpa memotong tali tersebut. 2. Mengukuhkan bahagian tali yang tidak kuat / rosak. 8. Bunga Geti Berganda / Double Sheet

Digunakan untuk menyambungkan dua tali yang tidak sama besar. ianya lebih selamat berbanding bunga geti biasa. 9. Taut line

Satu lilitan yang dibuat pada lubang atau kayu seperti mengikat kayu pancang. Boleh dilurutkan dengan mudah, untuk mengurangkan ketegangan tali.

Simpulan - Simpulan Berguna

90

10. Lilitan Balak / Timber Hitch

1. Mengikat tali pada sebatang kayu atau pokok 2. Menarik kayu 11. Tindih Kasih Berganda / Bowline On A Bight Simpulan ini antara lain kegunaannya adalah untuk membuat satu gelungan yang lebih kukuh bagi menarik, menaikkan dan atau menurunkan orang dari tempat yang tinggi atau sebaliknya. Dua gelungan yang tidak mencerut amat berguna bagi aktiviti-aktiviti yang menggunakan carabiner. Tindih kasih juga boleh di buat sehingga mempunyai 3 "loop" bagi keselamatan tambahan.

Simpulan - Simpulan Berguna

91

Simpulan - Simpulan Berguna

92

Persediaan Untuk Menyondol / Trailblazing

93

PERSEDIAAN UNTUK MENYONDOL / TRAILBLAZING

Aktiviti menyondol atau trailblazing adalah membuka trek baru untuk sesebuah gunung. Bukan semua pendaki mampu menjadi seorang penyondol yang berjaya. Semasa menyondol kita perlu sentiasa bersedia dengan keadaan yang telah dijangka & sesuatu yang tak dijangka. Menyondol memerlukan ilmu pengetahuan yang tinggi. Jangan nak menyondol sebab orang lain menyondol. Kalau tak berilmu tak payah nak menyondol, itu kurang bijak namanya. Risikonya adalah amat besar. Kemungkinan untuk sesat dan hilang arah tuju sangat besar. Tetapi sekiranya kita mempunyai ilmu yang mencukupi, semua itu tak akan menjadi masalah. Sekiranya kita hanya jadi penumpang yang mengikut penyondol dari belakang, ketiadaan ilmu tidak menjadi masalah..tapi bawalah balik segunung ilmu selepas itu. Sebelum berjinak dengan aktiviti menyondol rasanya adalah lebih baik mula dengan naik gunung yang biasa orang naik dahulu. Tetapi hanya berpandukan log sahaja. Biasanya gunung yang orang selalu naik ada banyak marking dan treknya agak clear. Kita mesti bijak membezakan antara lalauan sebenar, lalaun pemburu dan denai binatang. Secara tidak langsung ia dapat menguji kadar ketegaran dan kekeringan hati kita dalam hutan. Lepas tu naik gunung yang tricky dan jarang orang masuk. Contohnya Bar Gading atau Inas. Trek dah ada tapi mungkin dah ditutup oleh semak. Ini boleh uji skill meriki dan membaca marking lama dan untuk mendapat rasa konfiden dengan keputusan kita. Bila dah rasa konfiden dengan kebolehan diri kita barulah boleh menyondol gunung baru. Sebelum menyondol mana-mana gunung, kita perlu mendapatkan sebanyak mungkin maklumat tentang gunung yang akan kita sondol. Maklumat yang terperinci sedikit sebanyak akan membantu kita. Maklumat dari trip-trip yang lepas amat berguna. Kita perlu bijak memilih starting point berdasarkan bentuk muka bumi gunung tersebut. Kita perlu memastikan laluan yang akan ditempuhi samada jalan balak lama atau hutan yang masih dara. Maklumat mengenai samada perlu menggunakan 4wd untuk ke starting point juga penting. Kalau mendapat maklumat dari orang-rang tempatan berhampiran gunung tersebut lagi bagus. Kita juga perlu mengenal pasti laluan alternatif untuk balik ke tamdaun sekiranya kita sesat, samaada menyusuri sungai. Kita mesti mempunyai backup plan.

Peta topo dan GPS perlu disediakan sebelum menyondol. Ia dapat membantu mengenal pasti kedudukan dan membantu kita melihat bentuk muka bumi di sekitar kawasan gunung tersebut. Kita perlu pandai membandingkan kontur-kontur dalam topo dengan keadaan muka bumi sebenar. Disini pengalaman adalah amat penting. Pastikan anda tahu cara yang betul untuk mengunakan GPS yang dibawa. Kompas juga perlu dibawa sebagai alatan tambahan yang mungkin berguna sekiranya berlaku kecemasan. Parang merupakan alatan wajib dalam sondol. Kita mungkin akan menebas sepanjang trek. Pastikan parang adalah dalam keadaan tajam dan baik sebelum menyondol. Batu asah digalakkan dibawa untuk memastikan parang kita sentiasa tajam. Parang yang agak kecil digunakan untuk membuat marking pada pokok. Marking yang

Persediaan Untuk Menyondol / Trailblazing

94

dibuat perlu jelas dan mudah dilihat. Biasanya dalam penyondol akan menakik pada pokok dan tidak menggunakan cara marking yang lain seperti mengikat caution tape atau spray. Apabila kita membuat log dalam sondol, sekurang-kurangnya perlu ada:

• Masa buat record • Bacaan GPS • Ketinggian (yang lebih kurang ikut jam tangan/GPS 3D/topo) • General direction of trail • Junction record • Land mark (macam longkang, contouring, campsite...etc) • Remark (tempat-tempat yang bahaya atau mudah ada konfius)

Air semestinya perlu dipikul dari starting point lagi. Beg biasanya akan dipenuhi dengan air dan akan menjadi berat macam batu. Memikul air dari starting point amat penting sebab kita belum tentu akan menjumpai sumber air di perjalanan. Walaupun kita tengok dalam topo ada sumber air tapi kemungkinan sumber air tu dah tiada. Kita juga tak tahu kemsite kita dimana. Masa menyondol, kadang kala kena menebas sampai 6pm atau 7pm baru back track ke kem sekiranya tidak menjumpai tempat sesuai untuk campsite.

Yang paling penting untuk menyondol, jangan rasa ragu-ragu, fixedkan decision, mental mesti kuat. Tak semua trip sondol akan berjaya sampai ke puncak. Kadang-kadang ada yang kita dah plan tak boleh ikut dan memerlukan emergency plan untuk back-up plan. Apa-apa pun ikut la kata hati dan lupakan seketika perasaan bila menyondol (pesanan Adik Idan).

Kesan Tanda / Marking

95

KESAN TANDA / MARKING

Biasanya kesan tanda ni ditanda mengikut gaya masing-masing, supaya sendiri boleh kenal dan bezakan antara kesan tanda kita atau kesan tanda yang terdahulu, terkemudian atau kesan tanda pihak yang tidak berkenaan seperti binatang, pemburu, pembalak atau pekebun. Kesan tanda ditanda ikut 'dan' atau mana yang sempat terutama kalau trailblazing (menyondol). Masa trailblazing mesti penat sebab menebas dan menakik, mencantas dan memikul beg. Beban macam ni mempengaruhi bentuk takik atau kesan tanda. Kesan tanda yang baik biasanya dibuat sekadar yang boleh nampak dan dikenali sebab niat nak menjaga alam semulajadi. Tak perlu ditakik besar atau banyak-banyak. Rosak pokok, habitat atau pemandangan. Sakitkan mata je tengok pokok yang cantik tapi 'berkudis'. JENIS KESAN TANDA / MARKING

1. Marking takik kat pokok 2. Aerosol spray marking 3. Badge marking (kepingan zink, sticker) 4. Knot marking (plastik) 5. Tali atau simpulan pada akar atau pokok kecil 6. Batu sempadan 7. Cross marking (halangan dari batang kayu, pokok buluh atau pelepah) 8. Buang kertas 9. dan banyak lagi mengikut kreativiti.

Takik 1 line - Kalau 50-50 atau boleh diubah lain kali. 2 line - Biasanya kalau tanda tu pasti dan nekad 3 line - Bermakna trek tu pasti dan arah sebenar. Lagi kuat kalau ada kesan tanda

berbentuk anak panah menunjukkan jalan yang betul. 4 line - Critical turning 5 line - Berhampiran punca air Pangkah - Dibuat kalau kawasan bahaya atau bukan trail sebenar. Kadang-kadang pangkah dibuat untuk menanda check point atau kawasan sempadan hutan simpan dengan hutan balak atau hutan taman negara dengan hutan simpan. Kalau orang asli buat maknanya ada kawasan tebuan tanah atau binatang lain.

Kesan Tanda / Marking

96

Cat atau Aerosol Spray Kalau ditanda dengan cat merah, itu adalah garis sempadan perhutanan/ pembalakan. Kalau berwarna merah, milik hutan simpan. dilarang masuk. Aerosol spray juga merupakan penanda trek yang paling senang sebab tak perlu menakik pokok tapi ia mencemarkan pemandangan sebab ada kesan tamadun pula. Penggunaan aerosol spray berwarna khas macam kuning atau oren terang biasa diguna oleh group persendirian dan kadang-kadang tentera. Tanda ni popular kalau ada skuad riki (survey). Group ni akan diberi taklimat untuk follow warna aerosol spray ni je dan bukan takik pada pokok. Macam kod juga. Diorang tandakan dulu trek lepas tu datang kemudian tinggal ikut je sebab ahli yang terlalu ramai. Tetapi, aerosol spray boleh merosakkan kulit pokok. Badge Marking Biasanya kesan tanda adalah universal kecuali kalau sesetengah gaya macam jabatan ukur akan menanda guna zink yang dipaku di pokok, batu atau simen di tanah. Tabur Kertas Guna tabur kertas kat trek macam kat Irau, Jerging dan GBH. Selalunya dipraktikkan oleh kumpulan pendaki cina. Tetapi ada juga kumpulan yang memberikan makna lain pada kesan tanda. Biasanya pokok yang dah ada takik tu asalnya untuk makna lain, tapi lepas dah ramai lalu situ pastu nak takik gak, dah jadi makna lain. Takik kat pokok ni pun setengah orang tafsir lain, setengah lain, contoh macam pangkah.. ada yg ckp "Lalu sini", ada yang cakap "Jgn Lalu Sini". Mengikut law scouting..pangkah 3 kali kat pokok bermaksud ada group yang telah melalui kawasan itu dan dia pun buat la tiga takik tu so kumpulan tu tahu yang mereka dah lalu kawasan tu dan kepada kita yang baru lalu kawasan tu jangan la risau untuk lalu kawasan tu tapi kita pun tak pasti sama ada orang yang lalu tu betul-betul on track or off track .Yang pasti kita tahu jalan yang kita lalu itu bekas laluan orang. Kesimpulannya, apapun bentuk atau binaan kesan tanda, persefahaman komunikasi, jelas dan efektif penting. Kalau kesan tanda cantik tapi orang tak faham atau tak nampak pun tak guna juga. PERINGATAN : Bentuk tanda (marking) boleh berbagai-bagai mengikut ‘trademark’ seseorang individu atau kumpulan.

Kesan Tanda / Marking

97

Route Marking Route marking dibuat selepas trek dah dibuka atau dibuat kat laluan yang sedia ada. Just marking je, so group yang nak lalu nanti tak buang masa nak kenalpasti trek atau laluan mana yang patut dilalui. Ini peranan team riki atau frontline. Cara membuat route marking yang biasa digunakan oleh askar. Ia tak permanent, buat jalan malam saja: Bahan-bahan seperti berikut: 1. Drinking straw 2. Tissue atau cotton 3. Cyalume/light stick 4. Medical syringe 5. Lighter atau mancis Cara membuatnya seperti berikut: 1. Straw itu digunting pendek-pendek, kurang sikit dari satu inci, ikut selera. 2. Letakkan tissue atau cotton di dalam straw itu, jangan lokek dengan cotton. 3. Bakar kedua lubang didepan dan belakang straw jadi cotton tak jatuh keluar, buat airtight kalau boleh, jadi tahan lama. 4. Goncang dah patahkan light stick itu, biar cahaya dia keluar. 5. Potong bahagian paling atas, awas, jangan kasi tumpang cecair itu. 6. Gunakan medical syringe itu dan sedut cecair dari light stick tadi. 7. Enjitkan cecair itu kepada cotton yang didalam straw tadi. 8. Buatlah sebanyak yang hendak. 9. Campak straw-straw itu sepanjang jalan. ** Pastikan orang terakhir mengutip straw-straw tersebut agar tidak menjadi sampah dikemudian hari

GPS - Global Positioning System

98

GPS - GLOBAL POSITIONING SYSTEM Pada awalnya merupakan sistem navigasi ketenteraan yang dibina, dibiayai, dilaksanakan dan dikawal oleh Jabatan Pertahanan US pada 1973. Juga dikenali sebagai NAVSTAR Global Positioning System (GPS) - NAVigation System with Timing And Ranging GPS. Keistemewaan GPS - Ketepatan penentududukan relatif yang tinggi dari julat dekameter hingga milimeter - Boleh digunakan oleh pelbagai pengguna di serata dunia samada di darat, air mahupun udara. - Berkeupayaan menjalankan navigasi secara masa hakiki (real-time). - Kos penggunaan sistem GPS yang rendah, perkhidmatan percuma dan tambahan lagi harga alat penerima dijangka akan menurun dengan mendatar. - Sistem ini berkeupayaan berfungsi 24 jam sehari dalam sebarang cuaca. Nota: Secara amnya GPS adalah nama produk yang dikeluarkan oleh US dan terdapat dua lagi produk yang berada dan akan dilancarkan tidak lama lagi oleh negara Rusia dan Eropah iaitu Glonas (Rusia) dan Galeleo (Europe). Ketiga-tiga system ini dinamakan GNSS - Global Navigation for Sattelite System.

Kalau kita guna Trekking GPS, signal memang susah sikit nak dapat di sebabkan oleh stuktur canopy hutan kita yang berlayer-layer, GPS satellite tak boleh menembusi canopy atau daun. So siapa-siapa yang gunakan trekking GPS, bila tengok satellite receiver ada 4 yang berfungsi, ketepatan GPS tu boleh digunakan hanya untuk koordinat dan etc kecuali height. Bacaan GPS hanya boleh di ambil bila GPS satellite received and transmit between 4 satellite. Sebab GPS satellite ni guna system triangle. Lebih banyak receive signal satellite, lagi bagus. Tapi 4 pun dah ok untuk hutan tebal. Sesiapa yang buat mapping height korang still kena rujuk topo pada koordinat lokasi dan buat calculation. Sebabnya kalau nak ambik height kena buat ukur statik or kinematik - mean kena ada statik GPS pada base height yang di perolehi dari JUPEM.

TOPO digital sebenarnya kita boleh upload sendiri dalam GPS. Kena pandai godek sket kat software yang korang dapat tu. Bila buka software GPS tu, cari di mana punca (directory) semua image dalam gps tu disimpan. So boleh scan topo map. Reduce file size then upload dalam GPS. Semua GPS yang accuracy around 2-5 meter so far boleh upload.

Accuracy plak - untuk trekking GPS, almost accuracy around 2-6 meter. Masa

nak beli GPS tu, boleh tanya kat tuan penjual berapa accuracy dia. Kalau kita guna GPS just untuk trek position, high, barometer, humidity dan etc, 2-6 meter accuracy is just

GPS - Global Positioning System

99

enough. Kecuali height (ada proses tersendiri untuk mendptkan height menggunakan GPS yang accuracy 2-6 meter)

Pasal bateri, depend pada penggunaan. Kalau all the way di buka, memang la cepat habis. unless kalau nak mapping trails. So spare banyak bateri ok. Pilih la GPS yang boleh load bateri AA sebab senang nak beli yang rechargeable.

1 thing sesiapa yang berminat nak beli GPS, suruh tokey kedai upload data yang usefull which mean GPS sekarang ni dah banyak disertakan dengan data-data seperti road access, public accomadation & etc.

Philosophy Of Survival

100

PHILOSOPHY OF SURVIVAL SURVIVAL S -Size Up the Situation U -Use All Your Senses, Undue Haste Makes Waste R -Remember Where You Are V -Vanquish Fear and Panic I -Improvise V -Value Living A -Act Like the Natives L -Live by Your Wits, But for Now, Learn Basic Skills S - Size Up the Situation Ianya lebih kepada betapa cepatnya kita boleh / dapat menyesuaikan diri didalam sesuatu keadaan. Asas yang paling penting adalah keselamatan / safety. Didalam hutan kita sering terdedah kepada 4 bentuk ancaman: 1. Ancaman alam sekitar 2. Ancaman binatang 3. Ancama manusia 4. Ancaman diri sendiri Tetapi semua ini akan dapat diatasi sebaik mungkin jikalau kita dapat mengadaptasikan dengan mengabungkan antara tiga faktor: 1. Alam sekitar 2. Kelengkapan dibawa 3. Kekuatan fizikal & mental kita Sebaiknya cuba perhatian kepada sekeliling dan kelengkapan yang ada semasa masa bertenang untuk dirancang tindakan yang akan diambil kerana silap keputusan akan merugikan masa / tenaga serta menambah buruk keadaan. Kalau didalam sesuatu kumpulan kaedah perbincangan secara demokrasi boleh dibuat tetapi keputusan majoriti dan ketua adalah ketentuan terakhir dalam membuat sesuatu keputusan / tindakan bagi menjamin keselamatan ahli. Faktor kehilangan masa / bekalan / kelengkapan boleh memburukkan lagi keadaan U - Use All Your Senses, Undue Haste Makes Waste Paling penting adalah tindakan / keputusan awal yang dibuat. Tindakan yang terburu-buru tanpa memikir panjang boleh memburukkan lagi keadaan. Berfikir / rancang bagaimana sesuatu tindakan itu perlu diambil setelah proses adaptasi tu dilakukan. Semua

Philosophy Of Survival

101

bentuk kemungkinan perlu dikaji. Arah / tujuan perlu dipastikan kerana kesilapan membuat keputusan menyebabkan kesukaran akan bertambah bila bekalan makanan dan kelengkapan berkurang disamping tekanan emosi yang tinggi. Bersedia dengan segala perubahan bunyi / bau / suhu / dll perlu diperhatian dari semasa kesemasa dengan mengunakan deria anggota + firasat / naluri. Dan paling penting keselamatan. R - Remember Where You Are Menentukan dan menangarkan kedudukan terkini kamu dari semasa ke semasa berdasarkan peta dan keadaan sekeliling. GPS dapat membantu mengenal pasti kedudukan. Adalah perlu memaklumkan kedudukan kepada ahli lain dan arah yang bakal dituju. Sebaiknya jangan bergantung kepada ahli yang lain untuk mengenalpasti laluan yang ditempuhi dan diingati landmark / petanda bumi sebagai rujukan. Sebagai contoh: · Petanda manusia: perkampungan, kebun, penempatan manusia · Pertanda alam: air terjun, tebing batu, bukit, permatang, tanah runtuh · Petanda tumbuhan: pokok balak, rumpun buluh dll Mendapatkan maklumat sebelum perjalanan bermula serta mengenal pasti laluan dapat membantu dalam menentukan keputusan yang bijak yang akan diambil ketika diperlukan. Sebaiknya kemaskini dan menyemak kedudukan sebelum tersesat. V - Vanquish Fear and Panic Ketakutan dan panik adalah elemen utama yang dapat memusnahkan kebolehan berfikir dengan sebaiknya jikalau ianya tidak dikekang sepenuhnya. Tekanan emosi akan menyebabkan perasaan serta imiginasi yang tidak selamat yang berlebihan akan sentiasa bermain difikiran berbanding keadaan yang dialami. Kesannya akan menyebabkan tenaga digunakan tanpa disedari dan disamping kesan sampingan yang lain. Latihan dan persediaan diri akan membuatkan keyakinan dan tahap menghadapi dugaan berbeza diantara satu sama lain. I - Improvise Persekitaran kita telah menyebabkan kita terlalu bergantung kepada kemudahan dan kecanggihan kelengkapan. Semua yang dikehendaki dapat diperolehi dengan senang dan ini telah mengurang kretiviti kita. Kebolehan pelbagaikan kelengkapan, bekalan bahan mentah dan sumber alam serta tumbuhan untuk disesuaikan dan dibolehgunakan pada ketika itu. Walau selengkap mana bekalan yang dibawa; bekalan akan berkurang dan habis digunakan sekiranya masa berlanjutan.

Philosophy Of Survival

102

V - Value Living Kekuatan dalam manusia yang dilahirkan dengan keinginan untuk hidup yang tinggi pada asalnya telah bertukar menjadi kehidupan yang mudah dan selesa masa kini. Kemudahan dan keselesaan ini menyebabkan kita selesa dengannya. Kesukaran dan ketegangan dalam menghadapi cabaran hidup/mati adalah ketikanya semangat untuk hidup mengambil alih dan mendorong kekuatan dalam manusia sebenarnya menonjol. Pengalaman dan latihan yang pernah alami sebelum ini akan membuatkan keinginan untuk hidup seseorang membantu dalam saat-saat kecemasan samada dari segi mental dan fizikal ke suatu tahap yang maksimum. A - Act Like the Natives Sebaiknya mengadaptasikan diri kepada persekitaran dengan memerhatikan pergerakkan semua kehidupan di kawasan tersebut bagi memudahkan kefahaman dan keserasian disuatu persekitaran yang baru. Haiwan juga memerlukan makan dan minuman dan dengan mengenal tingkahlaku akan memudahkan kita mencari sumber makan terdekat. Walau bagaimana pun ianya bukanlah satu pedoman yang semestinya diikuti. L - Live by Your Wits, But for Now, Learn Basic Skills Iktiar hidup adalah penting untuk diperlajari sebelum masalah timbul dan sudah terlambat. Persediaan diri amat penting dan sebaiknya setiap yang mengikuti aktiviti hendaklah tahu asas dan cara iktiar hidup dapat dilakukan di kawasan-kawasan tertentu. Tanpanya harapan untuk hidup akan menjadi tipis. Kefahaman dan persediaan awal sebelum memasuki sesuatu kawasan adalah perkara utama yang perlu diberi perhatian. Segala kelengkapan dan perancangan perjalanan dikaji sebaik mungkin untuk mengelak kemungkinan suatu bencana terjadi. Dengan ini ianya dapat mengurangkan rasa ketakutan / gelisah dan meningkatkan keyakinan diri seseorang dan kumpulan serta memberi gambaran kasar untuk persediaan awal di saat-saat kecemasan. Definasi Survival Survival diistilahkan sebagai ikhtiar kepada kelangsungan hidup. Survival adalah gabungan diantara seni dan sains. Definasi Survival Hutan Survival hutan di istilahkan sebagai kelangsungan hidup dipersekitaran hutan. Di Malaysia, hutan dirujuk sebagai hutan dari jenis hutan hujan khatulistiwa.

Philosophy Of Survival

103

Prinsip Survival - Prinsip diistilahkan sebagai asas atau dasar yang menjadi pokok sesuatu pemikiran, kajian, tindakan dll yang berakar dari survival. - Prinsip haruslah berlandaskan kepada hukum yang wajar diterima mengikut lokasi, keadaan dan suasana sesuatu persekitaran itu. Antara prinsip utama yang perlu dipraktikkan dalam konteks survival rimba di Malaysia adalah: 1. Taat kepada Tuhan dan tanggungjawab melaksanakan suruhan-Nya, setia pada negara, pemimpin, perlembagaan serta menjaga kedaulatan kanun undang-undang disampin mengekalkan adap resam mengikut ciri budaya masing-masing. 2. Tuhan mencipta dan menghubungkan manusia dan alam. Dan hubungan antara manusia dan alam adalah seimbang. Oleh itu manusia perlu sensitif pada sebarang bentuk gangguan pada alam. 3. Ilmu adalah berdasarkan kepada pengetahuan dan kemahiran menggunakan pengetahuan itu secara praktis manakala peranan bahan / gajet pula menghubungkan antara pengetahuan dan kemahiran itu. Kepentingan pengetahuan, kemahiran dan bahan berada secara nisbah 3:2:1 4. Manusia perlu sentiasa bersedia menghadapi dan menyesuaikan diri terhadap sebarang bentuk masalah yang melibatkan survivaliti samada yang telah berlaku, bakal berlaku mahupun yang tidak dijangkakan berlaku. Proses aklimasi ini melibatkan penyesuaian fisiologi dan tingkahlaku terhadap perubahan sekitaran. 5. Manusia perlu sentiasa berusaha menggunakan kelebihan alkiah dan rohaniah secara praktis untuk membebaskan diri dari situasi kritikal survival terutama pada keadaan diri (mental, fizikal dsb), keadaan hidupan lain (haiwan, tumbuhan dsb) dan keadaan alam (cuaca, sekitaran dsb). HUKUM SURVIVAL 1. Hukum adalah pengetahuan atau falsafah mengenai peraturan. 2. Perkembangan pengetahuan survival dalam dunia moden menyaksikan percambahan kepada pelbagai hukum survival. Bagaimanapun, untuk tujuan rekreasi penumpuan hanya diberikan pada terma hukum yang asas sahaja.

Philosophy Of Survival

104

Hukum Survival Pertama - Asas survivabiliti (keterbolehan-survival) ialah kembali ke perkara/makna asas. - Contohnya jika tiada pemetik api untuk menyalakan api, pilihan seterusnya ialah mancis - kanta pembesar - kayu gesek dan pusing - batu - kilat Hukum Survival Kedua - Keseimbangan dua elemen survivabiliti yang berbeza dipengaruhi oleh faktor perantaraan antara keduanya. STRATEGI DAN TEKNIK SURVIVAL 1. Strategi ialah ilmu tentang pendekatan cara-cara merancang dan melaksanakan secara teratur (yang memperhitungkan pelbagai faktor) bagi mencapai matlamat atau kejayaan. 2. Strategi survival ialah perancangan dalam melaksanakan sesuatu matlamat secara praktis. 3. Strategi survival mempunyai pendekatan yang amat meluas dan idea tentang teknik yang digunakan biasanya diperolehi secara pengamatan, imaginasi dan pengalaman dengan melihat survivabiliti (keterbolehan-survival) unsur yang lain. 4. Teknik survival ialah kaedah yang digunakan dalam merancang dan melaksanakan sesuatu strategi survival. ETIKA SURVIVAL Etika ialah prinsip-prinsip atau nilai-nilai akhlak atau moral yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan. Etika survival ialah kod-kod dan garis panduan kepada pematuhan prinsip-prinsip survival yang telah dirangkakan pada satu-satu masa. SENI SURVIVAL 1. Seni survival ialah ilmu kemahiran ikhtiar kepada kelangsungan hidup yang tidak diukur melalui fakta-fakta saintifik tetapi didukung oleh faktor-faktor logik, retorika alam (seni bahasa alam) dan ritualik (unsur keagamaan) 2. Kemahiran mempraktikkan ketajaman naluri dan akliah adalah salah satu diantara berbagai cabang seni survival yang padat dan kompleks bagi membentuk nilai

Philosophy Of Survival

105

tambah pemikiran minda seorang survivor. 3. Elemen seni ialah unsur-unsur alegori (perlambangan) yang digunakan dalam menyampaikan sesuatu maksud untuk diterjemahkan oleh naluri. Ia dibahagikan kepada dua ruang bahagian iaitu; - Ruang zahir: alegori kepada unsur logik dan retorika alam - Ruang metafizik: terkandung dalam pemahaman ritualik 4. Naluri ialah desakan hati untuk merasa, mengelak atau melaksanakan sesuatu tindakan. Juga dikenali sebagai gerak pandu diri atau gerak rasa. 5. Naluri adalah bahasa perhubungan tertentu sesama makhluk dan ianya saling berhubungan dengan fitrah (sifat) semulajadi elemen itu. Seni Survival Haiwan Kita biasa mendengar perlakuan naluri haiwan yang kebanyakannya masih menjadi misteri dikalangan ahli sains. Seekor burung imigran akan berada di laluan penerbangan yang sama biarpun ia hanya melaluinya setahun sekali. Seekor ikan akan memudiki laluan sungai yang sama untuk bertelur. Seekor penyu akan mendarat di pantai yang sama untuk berpuluh tahun. Gajah menyedari kehadiran tsunami lalu lebih awal melarikan diri. Dan deria gerak pandu diri ini sering dikaitkan dengan ketajaman naluri mereka yang amat sensitif. Namun adakah naluri setiap jenis haiwan itu sama? Adakah naluri seekor harimau di Banjaran Bintang sama dengan naluri harimau di Endau Rompin? Adakah naluri monyet di hutan Perak sama dengan naluri monyet di hutan Pahang? Kalau adapun kajian dibuat, adakah secara menyeluruh atau hanya secara rambang? Jawapan dari pengalaman mengatakan bahawa ia hanya berkongsi fitrah (sifat) semulajadi tetapi berbeza dari segi ketajaman naluri! Oleh itu ia akan berevolusi mengikut faktor geografi, populasi ekologi dan keseimbangan biodiversiti yang berbeza untuk disesuaikan dikedua-dua tempat.

Ambil contoh lagi, pada awal tahun 90an di hutan Pahang, kita mungkin pernah menjumpai najis gajah yang bercampur bersama buah durian yang ditelan yang masih agak sempurna bentuknya. Tapi pada hari ini gajah telah menggunakan kemampuan akal dan nalurinya untuk berevolusi dengan cara kakinya menggelek dahulu durian itu sehingga pecah kulitnya sebelum mengambil hanya ulas-ulas isi untuk dimakan. Dan jika dulu ia adalah antara haiwan navigator terbaik, maka tentulah kini menjadi lebih terbaik dari dulu. Dari mana timbulnya akal gerak pandu diri gajah ini jika bukan dengan naluri? Justeru, proses aklimasi ini akan melibatkan penyesuaian fisiologi dan tingkahlaku baru terhadap perubahan sekitarannya.

Kepandaian menjinakkan haiwan liar sering dikaitkan dengan kebolehan naluri penjinak menyeimbangkannya dengan naluri haiwan tersebut lantas mengawal fitrah semulajadinya. Inilah yang menjadikan naluri haiwan tersebut amat tajam pada

Philosophy Of Survival

106

penjinaknya dan naluri penjinaknya mampu memahami maklumat yang ingin disampaikan naluri haiwan tersebut. Seperkara lagi, kebolehan haiwan membaca perubahan cuaca lebih awal sering pula dikaitkan dengan keupayaan naluri haiwan tersebut menyeimbangkan dengan naluri alam yang disampaikan secara retorika alam (seni bahasa alam). Oleh itu, naluri adalah perantaraan logik antara manusia dan haiwan atau haiwan dan alam. Ini mematuhi Hukum Survival Kedua. Seni Survival Alam Alam adalah bersifat syumul (universal). Membicarakan secara kompleks memerlukan penerangan metafizika yang ritualik. Bagaimanapun, seni survival alam hutan hujan secara zahiriah membawa perkenalan kita kepada 4 unsur utama elemen alam semulajadi iaitu tanah, air, haba dan udara sebagai hubungan terhampir. Membaca naluri alam bererti memahami logika dan retorika alam (seni bahasa alam). Penjelasannya juga penuh berbau kompleks, tapi pengertiannya membolehkan kita memahami peranan keseimbangan tenaga dalaman bumi melalui hubungan naluri antaranya biarpun secara alegori (perlambangan). Untuk pemahaman awal, bayangkan bumi ini mempunyai survivabilitinya tersendiri. Maka keseimbangan tenaga endogenik dan eksogeniknya hasil aruhan 4 unsur utama - tanah, air, haba dan udara memainkan peranan yang penting dalam meneruskan survival bumi. 4 unsur utama ini seakan berkomunikasi melalui hubungan naluri antara satu sama lain lalu menghasilkan unsur zahir secara retorika alam. Kejadian kilat, banjir, hujan dan sebagainya dari segi seni survival adalah kesan retorika alam hasil hubungan dan pertembungan naluri 4 unsur tadi.

Untuk lebih mendalaminya, bayangkan pula jika 4 unsur tadi umpama unsur yang ada di dalam tubuh manusia. Tanah sebagai darah, Air sebagai air tubuh, Haba sebagai haba tubuh dan Udara sebagai udara untuk bernafas. Unsur-unsur ini perlu saling berhubungan antara satu sama lain demi meneruskan survival tubuh. Darah yang dicuci air kotor diginjal bukan sahaja menyebabkan penyebaran zat-zat penting tubuh terganggu, malah akan melemahkan fungsi jantung bernafas lantas takat haba di badan akan meningkat. Dan begitulah sebaliknya efek yang berlaku di tubuh apabila salah satu keseimbangan dari 4 unsur ini diganggu. Maka kesan-kesan sampingan tubuh seperti demam panas, selesema, muntah, pening kepala inilah yang diistilahkan tadi sebagai kesan retorika alam hasil hubungan naluri 4 unsur tadi.

Oleh itu, secara seni survival, bayangkan keadaan alam sekarang dengan air yang semakin kotor, dengan tanah yang semakin tenggelam dipenuhi bendasing, dengan haba yang semakin meningkat kesan penipisan ozon dan pencemaran toksik di udara. Jika bumi ini sekali lagi diibarat seperti tubuh, maka pastinya entah berapa banyak simptom penyakit yang hinggap setiap hari. Dan ini adalah jawapan kepada beberapa fenomena cuaca luar biasa akhir-akhir ini yang memeningkan saintis barat bila bumi hanya dikaji secara geo fizikal berasaskan pemahaman sains sempit yang tidak mengendahkan logika

Philosophy Of Survival

107

seni naluri alam secara retorik.

Konsep saling berhubungan naluri antara haiwan dan alam telah wujud sejak sekian lama. Banyak maklumat alam yang telah digunakan oleh haiwan demi menjamin survivabiliti nya. Seni retorika naluri alam perlulah dipelajari, diamati, difikirkan oleh manusia samada melalui pengalaman atau kajian secara akliah mahupun rohaniah. Memanupulasikan hubungan naluri haiwan dan alam juga antara pendekatan wajar yang perlu diperhatikan oleh para survivor. Penggunaan konsep survival 4 unsur alam juga wajar di kembangkan dan di perhalusi kerana strategi nalurinya saling berhubungan dan mampu mencetuskan idea dalam meninggikan tahap survivabiliti dalam kehidupan sebenar seorang survivor. KONSEP SURVIVAL Seni 4 Unsur Alam Konsep survival 4 unsur alam ialah satu daripada berbagai strategi dan teknik fikir menggunakan falsafah survival yang berlandaskan prinsip dan hukum survival yang dilaksanakan mengikut etika. Idea Seni 4 Unsur Alam ialah idea menggunakan seni retorika alam dalam mencetuskan idea untuk kegunaannya pada manusia. Melalui pemahaman dan pengamatan pada seni 4 unsur alam berhubungan, seorang survivor boleh meningkatkan tahap survivabilitinya melalui adaptasinya sebagai idea dalam sesuatu percaturan. Ianya juga mampu meluaskan tahap imaginasi seorang survivor didalam memperincikan sesuatu tindakan. Kekuatan yang mampu diaruhkan bergantung pada sejauh mana ketajaman naluri survivor itu sendiri.

4 unsur alam di dalam skop unsur di bumi adalah tanah, air, haba dan udara. Ada juga yang mengaitkan bahawa haba sebagai api, namun jika di ungkai sifat api ia juga bersifat haba dan mempunyai banyak kegunaan di dalam survivabiliti bumi. Begitu juga dengan udara yang sering diistilahkan sebagai angin. Angin juga adalah tindakan udara yang berubah-ubah yang memangkinkan sebarang perubahan cuaca lantas mempengaruhi survivabiliti bumi. Jadi ia juga mengalegorikan satu kesamaan klasifikasi.

Dari sudut falsafah survival, bumi mempunyai kekuatan untuk menstabilkan tahap keseimbangan dinamik untuk menjamin survivabilitinya. Dalam menstabilkan keseimbangan, ia perlu memanipulasi (perihal menggunakan sesuatu untuk mengerjakan sesuatu yang lain). 4 unsur ini untuk mengekalkan sifat sempurna yang dianugerahkan Pencipta. Sama seperti tindakan 4 unsur ditubuh: darah, air, haba dan udara mencetuskan antibodi untuk mengekalkan kesihatan tubuh yang seimbang untuk meneruskan survivabiliti kehidupan.

Philosophy Of Survival

108

Maka apakah ‘antibodi’ bumi ini? Kita singkap peranan antibodi semulajadi badan. Antibodi diistilahkan sebagai elemen semulajadi yang terbentuk untuk menghalang tindakan yang memudaratkan tubuh. Antibodi semulajadi tubuh adalah berkaitan dengan 4 unsur yang dinyatakan di atas. Maka,wajarlah jika disebut, bumi memanipulasikan 4 unsur alam sebagai satu tindakan ‘antibodi’ semulajadi bumi untuk menghalang tindakan yang memudaratkan keseimbangannya. Di dalam menzahirkan ‘antibodi’nya, tiap unsur tadi akan berhubungan untuk melahirkan tindakan semulajadi seni naluri alam secara retorik. Proses pengamatan dan pemahaman seni mengkaji naluri unsur ini berhubungan boleh melahirkan idea melalui adaptasinya terhadap survival kehidupan. APLIKASI 1. Melahirkan idea pada hubungan manusia-manusia. Pertama sekali perhatikan sifat-sifat fitrah 4 unsur ini Tanah Dilihat sebagai unsur yang kukuh, tidak mudah berubah, kerap tetap pada kedudukannya. Tidak mudah di pengaruhi unsur-unsur lain. Tindakannya bukan sahaja mendatangkan impak besar pada unsur-unsur lain malahan pada sifat tanah itu sendiri. Air Sebagai unsur yang terbanyak, mudah untuk berubah, mempunyai berbagai bentuk bergantung pada kedudukan unsur lain. Tindakannya lebih bersahaja apabila dalam kuantiti yang kecil tetapi boleh mendatangkan impak yang amat besar sekiranya teraruh oleh unsur-unsur lain. Tindakan klimaksnya sukar disekat walaupun ia mengambil masa yang lama untuk sesuatu tindakannya. Haba Unsur yang penting pada unsur-unsur lain untuk saling berhubungan. Mudah berubah. Mudah dipengaruhi. Mudah berubah tindakan. Mendatangkan impak yang besar dalam masa yang singkat. Mudah disekat apabila dalam kuantiti kecil tetapi jika terdapatnya unsur angin dan tanah tindakannya sukar dikawal. Angin Adalah agen atau pembawa yang pantas. Mudah untuk menguja-cetus unsur-unsur lain untuk sesuatu tindakan. Unsur yang banyak. Mudah untuk berubah mahupun merubah bentuk unsur lain. Tindakannya lebih cepat dari unsur api. Tindakannya sekejap tanpa menggunakan masa yang lama.

Philosophy Of Survival

109

2. Adaptasi sifat-sifat unsur ini dengan sifat semulajadi manusia Tanah Melambangkan sifat sabar, degil, liat, sukar untuk berubah. Teguh pendirian. Tindakannya lebih mengikut fikirannya sendiri dan sukar menerima pendapat orang lain. Air Melambangkan sifat sabar, mengikut rentak sekeliling, mudah berubah. Tindakannya lebih perlahan namun jika kesabarannya hilang, tindakannya lebih agresif dan sukar dihalang. Haba Melambangkan sifat pemarah, lebih provokasif (mendatangkan kemarahan), tindakan yang berubah-ubah. Mendatangkan kesan nyata pada individu lain. Tindakan yang mudah dihalang apabila peringkat permulaan namun mendatangkan kemusnahan jika mengambil masa terlalu lama untuk dihalang. Angin Melambangkan sifat yang terlalu berubah-ubah, tidak teguh pendirian. Mudah mempengaruhi unsur-unsur lain. Tindakan yang mudah dijangka. Kerap mempengaruhi individu lain dalam tindakannya. 3. Hubungkan sifat 4 unsur alam dan sifat semulajadi manusia untuk tindakan Seorang survivor perlu melahirkan idea untuk sesuatu tindakan terhadap individu yang lain berdasarkan idea tindakan 4 unsur alam. Contoh 1 Idea: Tanah yang runtuh setelah dihakis air. Aplikasi: Untuk menangani individu yang degil di dalam ekspedisi, survivor perlu menggunakan sifat air, iaitu pengaruhinya secara perlahan-lahan tetapi mesti kerap. Perubahan yang berlaku pasti secara tiba-tiba. Contoh 2 Idea: Air yang berombak dineutralkan oleh ombak yang lain. Aplikasi: Untuk menangani individu yang kerap berahsia dan memencilkan diri, survivor juga perlu menggunakan sifat sabar tetapi mesti mengetahui keadaannya. Kerana biasanya individu air kerap mendiamkan diri agak lama tetapi apabila tiba masa untuk tindakan, tindakannya amat luar biasa dan sukar disekat.

Philosophy Of Survival

110

Contoh 3 Idea: Api yang membakar tanah, diuja oleh angin dan dipadamkan air. Aplikasi: Menangani individu yang pemarah, seorang survivor tidak boleh menggunakan sifat tanah, kerana kelak kedua-duanya akan menanggung kesan yang lama. Juga jika ditangani dengan sifat angin kerana akan lebih merebak kemarahan itu. Oleh itu, kaji sifat air ketika ia mampu memadamkan api. Contoh 4 Idea: Menghalang tiupan angin dengan tanah Aplikasi: Menangani individu yang suka memprovokasi, seorang survivor tidak boleh terlalu bersabar menggunakan sifat air dengannya, kerana kesannya pada survivor itu lebih besar. Juga bukan tangani dengan sifat api, iaitu keterlaluan memarahinya, kerana impaknya juga besar. Tapi cuba wujudkan sifat tanah iaitu halangi provokasinya terhadap individu lain dengan pendirian tetap yang melindungi kepentingan individu lain. Kesimpulan Ini adalah satu daripada beberapa aplikasi Seni 4 Unsur Alam. Ianya mempunyai banyak ilmu falsafah survival dari berbagai cabang-cabang seni yang boleh diaplikasikan oleh seorang survivor. Seorang survivor yang baik bukan sahaja mampu mengadaptasi seni ini malah mampu membuka cabang-cabang ini untuk menajamkan lagi nalurinya dalam hubungannya dengan alam. Diantara aplikasi yang lain termasuklah: - melahirkan idea pada hubungan manusia-haiwan - melahirkan idea pada hubungan manusia-alam Sebarang kejadian elemen-elemen alam ini mempunyai kesamaan dengan tingkah-laku dan peradaban manusia di dalam kehidupan. Mempelajari dan mengamati kejadian-kejadian alam lantas mengaplikasikan terhadap sistem survival diri dalam kehidupan memerlukan keupayaan kemahiran yang tinggi. Melaluinya, sebarang kesilapan yang disebabkan oleh faktor emosi atau ketidak-cekapan pemikiran akan dapat di minimakan. Bagaimanapun kemahiran ini memerlukan latihan dan bantuan pengalaman dari individu yang cekap untuk mentafsir dengan tepat. Elemen alam boleh mencetuskan idea untuk mereka strategi survival di dalam kehidupan. Seni 4 unsur alam adalah satu dari berbagai konsep yang ada di dalam seni survival manusia berasaskan seni ruang zahir-alegori kepada unsur logik dan retorik di dalam falsafah survival. Manakala aplikasi melahirkan idea pada hubungan sesama manusia di dalam Seni 4 unsur alam adalah satu dari beberapa aplikasi seni 4 unsur alam. Maknanya, ilmu di dalam seni tampak falsafah survival adalah luas. Apatah lagi untuk diukur ilmu survival di dalam seni metafizika (unsur ketuhanan) dalam pemahaman ritualik. Oleh itu manusia sebagai khalifah di mukabumi ini perlu menyedari kekerdilan diri sebagai perbandingan kepada kurniaan ilmu oleh Pencipta itu sendiri.

Philosophy Of Survival

111

MASALAH MENTAL DALAM SURVIVAL Masalah mental sering mengganggu anda lebih-lebih lagi apabila anda berhadapan dengan masalah dan keadaan yang baru dalam hidup anda. Antara masalah-masalah tersebut ialah: Tidak Mengetahui

Jika anda berada dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu perkara boleh menjadikan anda cepat risau dan takut. Contohnya seorang pendaki yang sudah berpengalaman sudah tahu akan keadaan diatas gunung tersebut dan selalu bersedia untuk menghadapinya. Apabila seseorang yang tidak mengetahui apa-apa mengenai gunung tersebut, mungkin seseorang itu akan takut apabila kabus tebal melitupi gunung tersebut ataupun apabila angin bertiup kencang. Ingatkah anda dengan zaman mula-mula anda bersekolah? Semua yang berlaku disekitar anda adalah baru dan anda takut untuk menghadapinya.

Jika anda mengalaminya, anda perlu bertenang, tarik nafas dalam-dalam dan mulakan berfikir dan merancang. Lama kelamaan sesuatu perkara yang baru itu akan menjadi kebiasaan anda. Ingatlah! Bahawa juga adalah baru sebelum anda menetap di tempat tinggal anda sekarang, dan sebelum itu anda masih belum mengetahui apa-apa mengenai tempat anda itu tetapi mula mengenal dan belajar secara perlahan-lahan hinggalah anda berasa seperti sekarang.

Tidak Selesa Masalah ketidakselesaan semasa mengadakan aktiviti luar sering menghantui mereka yang biasa tidur diatas katil yang lembut, menggunakan pengangkutan yang selesa dan pantas dan pelbagai lagi kemudahan yang menjadikan kemampuan manusia untuk berusaha sendiri berkurangan. Tambahan pula ramai yang amat risau dengan keadaan yang sejuk ataupun panas, basah, lapar dan pelbagai lagi. Sebenarnya, seseorang pengembara yang baik pandai untuk mencari jalan menyelesakan keadaannya. Anda memerlukan sedikit latihan dan mencuba untuk mengatasi masalah-masalah ketidakselesaan ini dan harus ingat bahawa walaupun sesuatu perkara itu tidak selesa tetapi anda akan mendapat pulangan dari segi pengalaman dan kepuasan. Kelemahan Sendiri Kelemahan yang terdapat pada diri akan menjadikan kita berasa rendah diri dan takut untuk mencuba seterusnya akan bergantung kepada orang lain. Sebenarnya semua orang mempunyai kepandaian dan bakat yang tersendiri. Ia terpulanglah kepada anda untuk mencungkilnya. Cuba anda fikirkan baik-baik, sudah pasti ada keistimewaan anda yang tidak terdapat pada diri orang lain. Ingat! Bahawa seorang yang pakar gemar untuk

Philosophy Of Survival

112

menunjukkan kepakarannya kepada orang lain. Keadaan Dan Cuaca Keadaan dan cuaca yang berlainan dari tempat biasa kita boleh menganggu mental anda. Sekiranya anda sudah biasa dengan keadaan cuaca yang sederhana panas, mungkin anda akan terasa sengsara apabila berada di kawasan ais artik. Tetapi tidak terfikirkah anda tentang orang Eskimo yang menetap disana? Mereka amat selesa dengan keadaan yang amat sejuk tersebut. Mungkin mereka pula akan terasa tidak selesa bila berada ditempat seperti kita. Sebenarnya apa yang diperlukan oleh mental kita ialah dengan mengubah sedikit tanggapan kita terhadap keadaan di persekitaran. Kesunyian Bab kesunyian ni memang sukar untuk dijangkakan. Kerana semua orang tidak mahu hidup kesunyian, namun ada masanya kita terpaksa hidup bersendirian. Didalam keadaan yang cemas ataupun terperangkap dengan masalah, rakan amat diperlukan. Namun, jika kita berada dalam keadaan seorang diri, sepatutnya kita lebih mudah untuk mencapai dan membuat segala keputusan dengan lebih baik. Jangan jadikan perasaan bersendirian itu menjadikan kita terlalu kecil dan tidak mampu untuk melakukannya sendiri. Walau apapun yang mengganggu fikiran anda, apa yang penting ialah anda bertenang dan buatlah keputusan dengan bijak. Kerana mental yang kuat akan turut mempengaruhi kekuatan fizikal anda! KAREKTOR YANG HARUS ADA SEBELUM MEMPRAKTIKKAN TEKNI K SURVIVAL Sebagai Penentu Anda harus bertindak sebagai penentu masa hadapan anda. Apa yang anda inginkan dimasa hadapan, maka usahalah sekarang. Sifat ini harus ada dalam diri, kerana contohnya jika anda terperangkap dalam sesuatu masalah, terpulanglah bagaimana, bila dan apa yang perlu dibuat untuk melepaskan diri dari masalah tersebut. Kita memang akur bahawa Tuhan sebagai penentu tetapi kita harus berusaha, jangan mengalah terlalu awal! Disiplin Diri Disiplin diri yang tinggi adalah perlu untuk mendapatkan kualiti survival yang tinggi. Kerana disiplin diri dapat menjadikan seseorang itu mudah untuk menyesuaikan diri

Philosophy Of Survival

113

dengan keadaan di sekelilingnya, membuat kerja tanpa bertangguh, membolehkan seseorang itu dapat menyiapkan kerja dengan lengkap dan baik serta menjadikan mereka kemas dan bersih. Mampu Diri Jika anda sudah biasa dengan hidup selesa dirumah, makan makanan cepat siap serta mewah dengan alat hiburan dirumah, tiba-tiba disuatu anda terpaksa merangkak keluar daripada rangka kapal terbang terhempas yang anda naiki dan anda terpaksa tinggal didalam hutan pergunungan yang gelap, adakah anda hanya akan berkata "apa yang harus aku buat" atau "malang sungguh nasib aku" ? Jika anda mempunyai sifat mampu diri, mungkin anda akan berusaha untuk menselesakan diri anda serta berikhtiar untuk mendapatkan bantuan. Anda seharusnya tidak hanya bergantung kepada cara kehidupan biasa anda. Biasa Dengan Kehidupan Di Luar Membiasakan diri dengan kehidupan diluar merupakan foundation ataupun asas dalam mempraktikkan skil-skil dan teknik survival. Kerana kehidupan diluar akan mengenemukan anda dengan kehidupan survival yang sebenar. Keyakinan Diri Yakin dalam teknik survival menjamin anda untuk terus hidup dan selamat bagi jangka masa yang panjang. Bagaimanapun dua musuh utama untuk mencapai teknik survival yang berjaya ialah perasaan takut dan panik. Ramai orang yang tidak dapat mempertahankan dan meneruskan hidupnya disebabkan oleh kesilapan dalam membuat keputusan, dan menjadikannya panik seterusnya mati dalam kesejukkan, panas, binatang buas atau risiko yang lain. Sifat Kepimpinan Yang Baik Untuk menjadi pemimpin yang baik tidak semestinya mempunyai pangkat atau lencana kepandaian penuh terlekat di lengan bajunya, tetapi ia boleh dilakukan oleh semua. Memimpin bukan hanya boleh dilakukan dalam sebuah kumpulan, tetapi ia juga boleh dilakukan dalam memimpin diri sendiri. Kerana dengan adanya sifat kepimpinan, mudah untuk menentukan arah hala tuju anda.

Philosophy Of Survival

114

Ketahanan Fizikal dan Mental Ia mampu membantu dalam segala situasi survival. Tidak ada bukti yang nyata bahawa badan yang tegap dan besar sahaja yang mempunyai daya ketahanan fizikal dan perempuan merupakan makhluk yang paling lemah. Semuanya ini boleh dilatih dan diperkembangkan dengan melatih diri dengan latihan-latihan yang melibatkan fizikal dan mental. Walaupun fizikal kuat, tetapi mental yang lemah mampu mempengaruhi fizikalnya untuk lambat dan malas untuk bertindak.

Adab & Tatacara Kembara (Sebelum, Semasa & Selepas)

115

ADAB & TATACARA KEMBARA (SEBELUM, SEMASA & SELEPAS) (Mohd Zaini Kadir - penulis bebas) Mukadimah Dianugerahkan dengan Hutan Hujan Tropika yang luas, Malaysia merupakan salah satu distinasi Eco-tourisim atau pelancongan berasaskan alam semulajadi yang terkenal di rantau asia. Hutan tebal, sungai dan gunung ganang merupakan tulang belakang kepada hutan tropika ini. Kepada sesiapa yang sanggup menghadapi cabaran, peluang untuk menjelajah dan mengenal dengan lebih mendalam rahsia hutan amat terbuka luas. Akan tetapi, hutan boleh dijadikan kawan dan ia juga boleh menjadi lawan sekiranya kita tidak betul-betul bersedia menghadapinya, baik dari segi kelengkapan peralatan, pengetahuan, kekuatan mental dan kekuatan fizikal. Untuk itu kita haruslah memahami segala bentuk cabaran yang sedia menanti dalam hutan sebelum cuba untuk menaklukinya kerana ia boleh menjadi sangat mencabar dan merbahaya dari banyak segi. Disini saya ingin membawa kepada anda sedikit panduan dan juga tatacara untuk hidup di dalam hutan sebelum kita bercadang melangkah ke alam semula jadinya yang penuh dengan keajaiban. Permulaan Rasa hormat dan cinta terhadap alam semulajadi merupakan permulaan yang baik sebelum melangkah lebih jauh ke dalam hutan. Disamping berfikiran terbuka, mempunyai perasaan yang positif terhadap hutan juga boleh membantu semasa berada di hutan. Keadaan Fizikal dan Mental Fizikal lebih menjurus kepada elemen kekuatan (tenaga luaran / penampilan) dan mental pula berteraskan elemen pemikiran (kecekalan / tenaga dalaman). Selalunya, mental akan terlebih dahulu mengaku kalah sebelum fizikal. Sekiranya mental anda awal-awal lagi sudah mengaku kalah, walaupun dari segi fizikal anda masih boleh meneruskan perjalanan maka anda tidak akan sampai ke detinasi yang di tuju. Akan tetapi sekiranya mental anda berkata anda akan sampai ke tempat yang di tuju, walau apa pun halangan fizikal yang dihadapi, anda akan tetap sampai juga akhirnya. Fizikal yang kuat dengan mental yang lemah tidak akan menjanjikan kejayaan. Untuk menilai kekuatan mental bukanlah dengan cara melihat susuk tubuh seseorang itu kerana adakalanya orang yang bertubuh kecil itu lebih tinggi tahap kecekalan mentalnya dan begitu juga sebaliknya kerana tahap mental seseorang itu

Adab & Tatacara Kembara (Sebelum, Semasa & Selepas)

116

amatlah subjektif. Untuk membina mental yang kuat dan cergas, anda digalakkan menyemai keyakinan tinggi kepada diri sendiri. Sentiasa berfikiran positif. Disamping itu amalkan sifat terbuka dalam pergaulan, tidak mementingkan diri sendiri dan yang paling utama ialah pengisian jiwa kita dari sudut keagamaan. Walaubagaimanapun, persediaan dari segi kekuatan fizikal adalah amat penting sebelum memulakan sebarang aktiviti pengembaraan. Untuk aktiviti yang mencabar ianya memerlukan anda bersedia dari segi fizikal dan memerlukan ketahanan stamina yang agak tinggi. Aktiviti seperti berjogging, atau berbasikal boleh dijadikan aktiviti persediaan yang baik sebelum memulakan pengembaraan lasak untuk membina ketahanan fizikal. Amalan menggunakan tangga untuk bergerak ketika dipejabat adalah juga sebahagian daripada latihan untuk mengguatkan lutut dan betis. Untuk pengembaraan hutan (jungle trecking) yang tidak melibatkan pendakian gunung, anda tidak begitu memerlukan keadaan fizikal yang baik. Akan tetapi jika pengembaraan yang melibatkan pendakian gunung, anda haruslah mempunyai keupayaan fizikal yang kuat dan stamina yang tinggi kerana ketika mendaki anda akan membawa bersama lebih kurang 15 kg bebanan (bag) dan ini memerlukan kekuatan pada kaki dan belakang. Dan semasa menuruni bukit kekuatan leher dan kaki amatlah penting supaya tidak mudah tergelincir. Anda mestilah belajar menerima dan cepat menyesuaikan diri kepada perubahan cuaca atau keadaan sekeliling apabila berada didalam hutan. Faktor cuaca seperti cuaca sejuk, panas mahupun hujan, ribut atau banjir adalah sebahagian daripada kemungkinan yang harus dihadapi. Berfikirlah secara matang dan jangan terburu-buru dalam membuat keputusan. Pertimbangkan semua peluang yang ada sebelum mengambil sebarang keputusan, sebaik-baiknya anda berbincang dengan rakan-rakan dalam menentukan tindakan anda seterusnya. Adalah lebih baik sekiranya anda mengumpul semua maklumat tempat atau lokasi yang anda ingin tujui sebelum memulakan perjalanan. Ini sedikit sebanyak boleh menolong anda menyediakan peralatan yang perlu untuk menghadapi keadaan yang bakal ditempuhi. Dalam sesetengah kes, pengambara yang berpengalaman juga boleh menghadapi masalah dalam menghadapi perubahan keadaan atau cuaca sekiranya tiada persediaan rapi. Bag Pilihan bag bergantung kepada: a) jenis pengembaraan b) jarak masa berada di luar c) kekerapan anda d) kesanggupan berbelanja. Bag atau haversack hendaklah mempunyai kerangka dalam yang di jahit di dalam bag dan tali (straps) yang boleh di laras mengikut kesesuaian. Anda haruslah selesa

Adab & Tatacara Kembara (Sebelum, Semasa & Selepas)

117

semasa memikul bag anda. Bag yang baik haruslah mempunyai padding yang baik, strap dada dan beberapa poket disebelah tepi dan atas. Ianya juga haruslah mempunyai lash-point untuk menggantung peralatan yang besar seperti ground mats (alas tanah), kantung tidur (sleeping bag) dan khemah. Bag berkapasiti 35 hingga 45 liter cukup sesuai untuk tiga hari berkembara (pergi & balik). Untuk jangka masa seminggu, anda memerlukan bag yang berkapasiti 60 liter atau lebih. Barangan yang berat hendaklah di simpan di bahagian bawah bag. Ketatkan waist strap (tali di pinggang) semasa berjalan untuk mengurangkan kesakitan / lenguh pada bahu anda. Berat bag yang amat sesuai semasa pengembaraa ialah 15-20Kg. Bungkuskan barangan anda terutama baju didalam plastik sebelum memasukkannya kedalam bag, ini akan menghalang air (hujan atau sungai) dari merosakkan barangan anda terutama bag tidur dan pakaian. Kebanyakkan bag di pasaran adalah diimport dan agak mahal. Pilihlah bag yang sesuai dengan aktiviti yang anda ingin sertai. 45-60 liter amatlah sesuai untuk pengembaraan hutan di Malaysia kerana paling lama anda mungkin berada di dalam hutan adalah untuk tempoh satu minggu. Pakaian Pakaian haruslah sesuai untuk humuditi (kelembapan) dan kepanasan hutan. Semua pakaian hendaklah disimpan di dalam plastik sampah (diikat supaya tidak dimasuki air). Amatlah penting untuk mempunyai pakaian yang kering terutama apabila anda bersiap sedia untuk tidur. Bawa hanya pakaian yang diperlukan sahaja. Sehelai seluar boleh dipakai sehingga tiga hari. Jikalau pengembaraan memakan masa beberapa hari, cuci pakaian anda, tetapi ambil perhatian pakaian akan mengambil masa yang agak lama dari kebiasaan untuk kering bila berada di dalam hutan. Ringan, nipis dan cepat kering merupakan kriteria utama semasa memilih pakaian untuk di bawa. Pakaian yang diperbuat dari nylon cukup sesuai untuk dibawa kerana ianya ringan dan cepat kering. Untuk melindungi kaki anda, seluar cotton atau nylon trak cukup sesuai. Jangan sekali kali membawa seluar jeans, sweater atau kasut boots. Pilihan kasut perlulah disesuaikan dengan aktiviti dan bentuk mukabumi yang akan dilalui. Kebanyakkan kasut yang diimport hanya sesuai digunakan untuk berjalan tetapi tidak begitu sesuai untuk kegunaan pendakian. Kasut getah (selalunya dipakai oleh penoreh getah di zaman dahulu) adalah amat sesuai untuk pendakian gunung kerana ianya murah, ringan dan tahan lasak. Untuk trek yang senang, sepasang sandal yang kuat adalah piihan yang baik terutama apabila terpaksa mengharungi sungai atau alur air. Akan tetapi, laluan sukar dan berbatu seperti trek ke gunung, kasut hiking adalah amat sesuai untuk memastikan keselesaan semasa mendaki dan menuruni gunung. Untuk mengelakkan kaki dari luka/melecet akibat berjalan terlalu lama, jangan lupa memakai stoking.

Adab & Tatacara Kembara (Sebelum, Semasa & Selepas)

118

Khemah Khemah berbentuk kubah (Dome Tent) adalah pilihan yang terbaik. Walaupun Khemah A-Frame masih terdapat di pasaran tetapi ianya agak kurang popular kerana ia agak sukar dipasang semasa di dalam hutan berbanding dengan khemah kubah. Four-Man Tent adalah sesuai untuk di huni oleh tiga orang sahaja. Untuk khemah kubah ianya agak mudah di pasang, hanya lima minit diperlukan untuk mendirikan sebuah khemah kubah berbanding dengan A-frame tent yang mungkin mengambil masa hampir 30 minit. Khemah kubah juga tidak memerlukan khemah di “pacak” ke tanah dan ianya amat ringan sekali. Jangan sekali-kali menggunakankan alat memasak bergas (gas stove) atau lampu bergas (gas latern) di dalam khemah kerana ini akan menyebabkan kesukaran bernafas (asphyxiation) dan boleh mengakibatkan kematian. Satu cara paling mudah untuk tidur sewaktu berkembara ialah dengan menggunakan kantung tidur atau sleeping beg. Kebiasaannya sleeping beg boleh kita miliki dengan berbelanja sekitar RM 30-60. Kebanyakkan kantung tidur yang diimport agak besar dan berat. Untuk cuaca di hutan Malaysia, kantung tidur yang nipis sudah memadai. Alaskan kantung tidur anda dengan ground mat yang boleh didapati di pasaran dengan mudah dan murah. Dengan RM 12 ground mat, dapat menjamin keselesaan tidur anda. Fungsi ground mat ialah menghalang suhu kesejukan tanah dari meresap kebadan anda terutama diwaktu pagi. Unggun Api Sesetengah orang menyalakan unggun api dan setengahnya pula tidak. Sekiranya kawasan perkhemahan itu agak terancam oleh binatang buas ianya agak perlu memasang unggun api sekurang-kurangnya dapat menghalang binatang buas dari mendekati kawasan khemah anda. Asap dari unggun api dapat menghalau binatang buas dan juga serangga seperti nyamuk. Gunakan kayu yang telah mati atau tunggul kayu untuk meghidupkan unggun api anda. Bersihkan kawasan sekeliling unggun api sebelum menyalakan api terutamanya daun-daun kering dan ranting-ranting kecil. Pagarkan unggun api tersebut dengan menggunakan batu supaya api tidak merebak. Pastikan api unggun mudah dikawal dan tidak dinyalakan terlalu hampir dengan khemah anda. Belerang Dengan menabur belerang disekeliling khemah juga adalah salah satu cara bagi mengelakkan tapak perkemahan anda dicerobohi oleh haiwan atau serangga menjalar seperti ular, lipan, ulat bulu atau kala jengking. Pastikan anda menaburkan belerang selepas sahaja khemah siap didirikan. Selain menabur belarang disekeliling khemah, adalah juga digalakkan melakukannya disekeliling tapak perkhemahan anda. Belerang yang berwarna kuning seakan-akan serbuk kunyit boleh dibeli di kebanyakan kedai yang

Adab & Tatacara Kembara (Sebelum, Semasa & Selepas)

119

menjual peralatan kembara dengan harga yang amat berpatutan. Makanan Jenis makanan yang dibawa amat bergantung kepada jangka masa sesuatu perjalanan. Ia boleh di katagorikan kepada tiga bahagian atau bentuk iaitu makanan kering, makanan basah atau makanan dalam tin. Memasak di dalam hutan sepatutnya dilakukan dengan mudah, cermat dan selamat samada menggunakan kayu api, lilin memasak atau dapur gas. Mee segera, roti atau nasi merupakan pilihan yang baik kerana ianya agak ringan berbanding dengan makanan yang lain. Dapur gas mudah alih (Butane Stoves) dan mess tins merupakan alatan berbagai fungsi (sebagai kuali, periuk, pinggan atau cerek) dan ianya agak ringan dan mudah dibersihkan. Makanan yang kaya dengan tenaga seperti coklat bar, kentang goreng, nestum atau oat merupakan makanan segera yang amat mudah dibawa dan dimasak. Bila berkembara jangan terlalu memikirkan keselesaan kerana setiap perjalanan pasti ada pahit manisnya & pengalaman akan menjadikan kita lebih dewasa. Sentiasa sematkan didalam minda akan motto utama kembara iaitu “ Lebih Sukar Lebih Mencabar”. Nah ! ianya menggambarkan segalanya. Peralatan Membawa barang-barang yang perlu merupakan langkah yang paling utama. Adalah penting untuk membawa barangan ringan untuk menikmati keseronokan pengembaraan akan tetapi anda perlu juga memikirkan peralatan kecemasan. Kebanyakkan pengembara yang kurang berpengalaman, cenderong membawa barangan yang tidak begitu diperlukan yang hanya akan menambah berat bag masing-masing. Adalah tidak perlu untuk membawa peralatan bersolek atau minyak wangi didalam hutan, bedak antiseptik (antiseptik talc) sudah memadai. Berat yang minimum merupakan objektif utama. Sekiranya anda mengembara didalam satu kumpulan, perancangan adalah amat penting supaya tiada barang yang sama dibawa didalam kumpulan tersebut. Ketua kumpulan seharusnya tegas dalam menentukan barangan yang akan dibawa untuk memastikan berat setiap ahlinya berada didalam kadar yang paling minimum. Peti Bantuan Kecemasan (First Aid Kits) “Don’t leave home without it” itulah rangkap kata yang sering kali dikaitkan dengan peti bantuan kecemasan apabila anda bercadang untuk berkembara. Memang benar tiada siapa yang inginkan kecelakaan tetapi mengambil tindakan berjaga-jaga adalah salah satu cara menghindarinya. Dalam setiap kumpulan atau individu yang ingin berkembara adalah diharuskan membawa sekurang-kurangnya 1 peti bantuan kecemasan.

Adab & Tatacara Kembara (Sebelum, Semasa & Selepas)

120

Memadai dengan beberapa tablet panadol, minyak sapu, pil cirit birit, minyak cap kapak, kapas dan beberapa ubat-ubatan yang dirasakan perlu. Tentukan bekas peti bantuan kecemasan anda tidak mudah diresapi air, jalan selamat ialah dengan membalut peti anda dengan plastik. Apa yang perlu dibawa untuk pergembaraan dalam masa sehari: Air yang mencukupi, makanan ringan dan sedikit alat pertolongan cemas. Ini adalah barangan yang diperlukan sekiranya anda mengetahui kawasan yang anda ingin terokai. Akan tetapi sekiranya tempat tersebut agak baru bagi anda, adalah dinasihatkan supaya anda membawa sedikit makanan berat seperti roti sebagai makanan sokongan sekiranya berlaku sebarang kecemasan dan anda terpaksa bermalam di dalam hutan. Peralatan utama seperti mancis api, lampu suluh, pisau dan baju hujan juga perlu di bawa untuk menghadapi kemungkinan diluar jangkaan. Untuk pengembaraan yang melebihi dua hari: Peralatan asas mandian, pakaian yang secukupnya, makanan, botol air, lilin memasak, mess tin, ground mat, khemah, lampu suluh, selipar, baju hujan(poncho), mancis api, pisau atau parang, kompas dan alatan bantuan kecemasan (ubat-ubatan) merupakan barangan yang perlu dibawa. Alatan Tambahan Dapur gas mudah alih (gas stove), lampu pelita(gas / minyak / lantern) dan tali merupakan alatan tambahan yang diperlukan sekiranya kawasan yang anda akan terokai itu agak merbahaya. Berjalan Teknik berjalan didalam hutan agak sukar dipelajari melalui membaca, anda seharusnya boleh belajar hanya melalui pengalaman sendiri. Pengembara berpengelaman sekalipun boleh melakukan kesilapan. Rancang perjalanan supaya anda dapat menentukan rentak (kelajuan) berjalan, tahap kecergasan dan keupayaan anda. Jangan sekali kali cuba untuk berlumba sesama sendiri semasa berjalan kerana ini akan menganggu tumpuan anda terhadap jalan yang anda lalui. Cuba untuk tidak memijak batu, kayu mati, akar atau lumpur semasa berjalan. Lakukan senaman memanaskan badan terutamanya bahagian kaki sebelum melakukan perjalanan kerana ini akan melancarkan perjalanan darah dan mengelakkan kekejangan otot, disamping menggurangkan senggal / lengguh badan. Kebiasaanya senggal / lengguh badan akan mula terasa 1-2 hari selepas selesai berkembara. Untuk

Adab & Tatacara Kembara (Sebelum, Semasa & Selepas)

121

mengurangkan rasa sakit, senggal atau lengguh badan, makan dua biji panadol selepas sahaja selesai penggembaraan. Jangan sekali kali merasa terkejut dengan keadaan laluan / jalan, anda seharusnya sudah bersedia menghadapi sebarangan keadaan yang diluar jangkaan. Bertenang dan cuba menikmati keindahan hutan semulajadi disekeliling anda. Berjalan dengan perlahan tetapi berterusan akan menggurangkan kepenatan. Berjalan pantas kemudian berehat panjang kurang baik untuk tubuh anda. Berhenti rehat dalam jangka waktu 5 minit adalah amat memadai (jangan sampai peluh kering). Adalah dinasihati supaya terus berjalan semasa badan anda masih panas. Jangan minum air terlalu banyak semasa berjalan kerana ini akan membuat badan anda berat dan melambatkan pergerakan, namun begitu anda digalakkan meminum air dalam kuantiti yang rendah selang 20 minit berjalan bagi mengelak badan anda dari kehilangan air (dehydrated) keesokkan harinya. Elakkan minuman bergas kerana ini akan menggangu perut anda dan mengakibatkan pening kepala dan loya tekak. Bagi wanita yang memakai tudung, pastikan anak tudung yang di gunakan dalam keadaan longgar dan selesa. Anak tudung yang ketat akan mencengkam kulit kepala dan ini serba sedikit akan membataskan pergerakan darah dan secara langsung akan mengakibatkan pening / sakit kepala. Menyeberangi sungai memerlukan kerjasama dari setiap ahli kumpulan. Jangan sekali-kali memegang bag kawan anda semasa menyeberangi sungai kerana sekiranya terjatuh anda akan menarik sekali kawan anda. Ini amat merbahaya sekiranya sungai yang cuba anda seberangi agak dalam, memegang tangan adalah cara yang paling selamat. Jangan beranggapan sungai yang cetek tidak ada bahayanya. Jika sungai yang hendak diseberagi berarus deras, rentangkan tali diantara dua tebing (depan / belakang) bagi memudahkan proses menyeberang. Pegang tali dengan kemas dan pastikan hanya 2 atau 3 orang menyeberang dalam satu-satu masa bagi mengelakkan tali menjadi terlalu tegang yang boleh mengakibatkan tali terputus atau terbuka ikatannya. Bukakan tali bag yang merangkungi pinggang anda sebelum menyeberangi sungai. Sekiranya anda terjatuh atau tergelincir, anda hanya perlu melepaskan bag tersebut sebelum anda dihanyutkan oleh arus sungai. Anda tidak digalakkan menyeberangi sungai dengan menggunakan kasut, gunakan sandal. Kasut dan stoking yang basah akan menggangu perjalanan anda dan juga akan mengakibatkan kaki anda mudah luka / melecet dan ini tentunya tidak menyelesakan anda. Anda juga sama sekali tidak dibolehkan menyeberangi sungai tanpa memakai alas kaki (kasut / sandal / selipar), tiada siapa yang tahu apa yang ada didasar sungai dan untuk keselamatan anda gunakan alternatif lain jika keadaan memaksa.

Adab & Tatacara Kembara (Sebelum, Semasa & Selepas)

122

Kebersihan Cuba sedaya upaya untuk mandi setiap hari kerana ini akan mengelakkan ruam atau setidak-tidaknya lap tempat-tempat yang mudah berpeluh seperti dibawah ketiak menggunakan kain basah sebelum anda tidur. Jangan sekali-kali meninggalkan barangan asing yang tidak mudah hancur di dalam hutan seperti bag plastik dan puntung rokok kerana ia akan mencemarkan kawasan tersebut. Bawa keluar semua sampah selepas anda selesai pengembaraan. Adalah lebih baik menggunakan plastik sampah yang tebal untuk mengelakkan dari pecah semasa anda membawanya. Sampah yang mudah hancur hendaklah ditanam di dalam lubang sedalam (sekurang-kurangnya) setengah meter supaya ia mudah hancur dan mengelak dari mencemari kawasan tersebut. Jangan biar tin-tin kosong berselerakan. Untuk mudah dibawa ketuk tin hingga leper dan masukkan kedalam plastik sampah atau beg anda. Lubang sedalam setengah meter juga sesuai dijadikan tandas kerana ia mudah di timbus semula selepas digunakan. Ingat jangan jadikan sungai sebagai tandas vip anda. Jangan sekali-kali mencemari sungai, bertimbang rasalah kepada pengguna lain. Kebanyakan air sungai yang bebas menggalir didalam hutan boleh diminum terus tanpa perlu memasaknya terlebih dahulu. Akan tetapi adalah lebih baik sekiranya air tersebut dimasak untuk mengelakkan jangkitan kuman leptospirosis (akibat dari air kencing tikus). Jangan abaikan kesihatan anda ketika berkembara. Saiz kumpulan Saiz kumpulan / peserta adalah bergantung kepada tempat yang anda ingin jelajahi. Sekiranya tempat yang anda tuju itu lengkap dengan kemudahan asas dan perjalanannya agak dekat, jumlah peserta yang besar tidak menjadi halangan. Akan tetapi sekiranya tempat yang anda tuju itu jauh ke dalam hutan yang mengambil masa yang lama untuk sampai, kumpulan seramai 10 hingga 12 orang amat sesuai kerana ianya agak mudah dikawal. Saiz kumpulan yang besar sekitar 40 hingga 50 orang agak sukar di kawal dan ini akan mudah merosakkan kawasan hutan yang dilalui. Jurupandu juga banyak bergantung kepada saiz kumpulan tersebut. Sekiranya kumpulan yang besar beberapa orang jurupandu mungkin diperlukan. Adalah dinasihati supaya anda mempunyai sekurang-kurang dua orang jurupandu atau orang yang mengetahui selok belok tempat yang dituju supaya sekiranya berlaku sesuatu yang tidak di ingini kepada jurupandu, anda masih mempunyai seorang lagi jurupandu untuk membawa anggota kumpulan anda keluar atau meminta bantuan. Ancaman Bahaya Amat banyak tetapi selalunya boleh dielak. Binatang buas selalunya tidak akan menyerang manusia melainkan ia diancam terlebih dahulu. Cuba elak dari tempat yang

Adab & Tatacara Kembara (Sebelum, Semasa & Selepas)

123

dikenal pasti terdapat harimau, gajah atau buaya. Maklumat seperti ini boleh didapati dari pejabat perhutanan atau balai polis yang berdekatan dengan tempat yang anda ingin tuju . Minta nasihat dari pihak berkuasa tempatan sebelum anda melangkah ke sesuatu kawasan hutan. Kebiasaannya pihak perhutanan atau renjer ada memantau pergerakkan binatang buas di kawasan jagaan mereka. Ular dapat merasa getaran apabila ada musuh menghampiri dan selalunya ia akan menjauhkan diri. Jangan sekali-kali cuba menggali lubang yang terdapat di dalam hutan dikhuatiri ianya adalah sarang kepada ular yang berbisa. Sekiranya anda ingin menggali lubang untuk di jadikan lubang sampah, gali lubang baru atau jauh dari lubang yang anda temui itu. Beruang selalunya tidak akan menggangu manusia tetapi ia boleh menjadi agrasif sekiranya terkejut dan berkemungkinan menyerang sekiranya terserempak dengan anda. Kala Jengking, lipan, lebah dan ulat bulu beracun adalah diantara banyak serangga yang biasa di temui di hutan. Sengatan mereka agak menyakitkan tetapi agak kurang bahaya. Tetapi kepada mereka yang alah kepada racun serangga ini boleh mengakibatkan gatal gatal atau mungkin mengakibatkan kematian. Mengambil pil Anti-histamine atau epinephrine jab merupakan langkah berjaga-jaga yang baik. Untuk mengelakkan dari serangga ini memasuki khemah taburkan sedikit garam atau belerang di sekeliling khemah anda. Pacat juga merupakan satu ancaman . Gigitan pacat boleh menyebabkan pendarahan yang berpanjangan tetapi ianya tidak membahayakan. Ianya akan menyebabkan rasa gatal yang berpanjangan dan mungkin akan menyebabkan kudis sekiranya tidak di rawat dengan ubat anti-septik. Di sesetengah kawasan, demam malaria merupakan ancaman yang agak merbahaya. Adalah dinasihatkan supaya anda mengambil pil anti-malaria satu minggu sebelum, memulakan pengembaraan terutama pengembaraan yang memerlukan anda tinggal di dalam hutan lebih dari seminggu. Adalah lebih baik menghindari kawasan pembiakan nyamuk (sekiranya anda mempunyai maklumat terlebih dahulu) atau anda boleh juga menggunakan krim pencegah serangga. Sentiasa tutup (zipped-up) khemah sepanjang masa untuk mengelakkan dari nyamuk atau serangga memasukinya. Batu adalah merbahaya. Kebanyakkan kasut akan menggelonsor di atas batu yang basah. Walaupun kecil batu adalah sangat licin. Sekiranya anda tergelincir, ianya boleh menyebabkan kemalangan. Berhati-hatilah semasa melangkah terutama di kawasan berbatu dan berair. Alur sungai juga boleh bertukar menjadi sungai yang besar sekiranya terdapat hujan di hulu. Anda mungkin menyeberang alur sungai beberapa jam sebelumnya tetapi ianya mungkin bertukar menjadi sangat deras dan ganas dalam masa beberapa minit sahaja. Banjir kilat adalah fenomena yang biasa di hutan terutama di kawasan hutan hujan tropika seperti terdapat di Malaysia. Banjir kilat boleh meghanyutkan kayu balak yang besar dan sangat merbahaya sekiranya anda berada di laluan sungai tersebut. Jangan

Adab & Tatacara Kembara (Sebelum, Semasa & Selepas)

124

sekali kali anda berkhemah terlalu hampir dengan tebing sungai, anda mungkin dihanyutkan air semasa sedang tidur. Jangan bergerak sendirian ketika didalam hutan. Jika anda ingin mandi, membuang air kecil / besar atau menikmati keindahan hutan jangan pergi bersendirian. Tentukan anda membawa rakan anda bersama dan memaklumkan pergerakan anda kepada ketua kumpulan dan memberitahu kemana, berapa lama dan siapa bersama anda. Ini akan memudahkan mereka mengesan anda jika sesuatu hal terjadi. Jika anda keluar bersendirian tanpa pengetahuan rakan-rakan tentulah menjadi sukar jika sesuatu yang tak diingini berlaku kepada anda. Walau apa pun yang anda lakukan sentiasa fikirkan keselamatan diri dan kumpulan anda. Sebelum anda memulakan pengembaraan, adalah perlu melaporkan kumpulan anda kepada pihak berkuasa tempatan atau pihak polis yang berdekatan. Ini untuk memastikan ada pihak yang mengetahui pergerakan kumpulan anda sekiranya berlaku sebarang pekara yang tidak dingini. Dan sebelum anda meninggalkan tempat tersebut lapor diri semula di pejabat yang anda buat sebelum ini. Sekiranya anda tersesat, jangan sekali-kali panik. Persiapkan diri atau kumpulan anda untuk bermalam di kawasan yang anda fikir sesuai dan selamat. Jangan cuba untuk mencari jalan keluar kerana mungkin anda akan tersesat lebih jauh lagi. Adalah mudah bagi menemui anda sekiranya anda diam di satu tempat dari anda meneruskan perjalanan. Nyalakan unggun api supaya mudah di kesan dari udara. Sekiranya anda terpaksa meninggalkan tempat itu cuba ikut aliran sungai dan meninggalkan (tanda) jejak anda supaya mudah di kesan oleh pasukan pencari atau sekiranya anda terpaksa berpatah balik. Sebagai langkah berjaga-jaga, ketua kumpulan adalah digalakkan untuk menyediakan satu wisel kepada setiap ahli dalam kumpulannya. Pastikan wisel berada dekat dengan anda (gantungkan di leher). Jika anda tersesat, tiup wisel sekerap mungkin. Tentunya rakan-rakan yang sedang mencari akan dapat mengesan bunyi wisel anda. Seperti selalunya beringat sebelum terlambat. Tidak dinafikan banyak yang anda perlu ingat. Akan tetapi sekiranya anda selalu berkembara kedalam hutan, pengalaman akan mengambil alih tugas tersebut. Setengah pengetahuan itu hanya boleh di timba melalui pengalaman, jadi apa di tunggu lagi…. Jom kita ke hutan.

Etika Berekspedisi

125

ETIKA BEREKSPEDISI Buang hanya masa, ambil hanya gambar, tinggal hanya jejak. Menjaga persekitaran alam sekitar adalah tanggungjawab semua. Adalah penting untuk memastikan sebarang tindakan kita tidak mengganggu habitat asal dan ekologi hutan. Aktiviti berkhemah adalah satu cara yang terbaik bagi menikmati aktiviti luar rumah, tetapi kita mesti memainkan peranan kita untuk memastikan kebersihan kawasan perkhemahan. Adalah menjadi satu kekecewaan apabila kita sampai ke sesuatu kawasan yang sepatutnya indah, tetapi dipenuhi sampah sarap. Jika kita mahu flora dan fauna kekal ikutilah beberapa etika ini. Kenapa semua itu dikatakan etika, bagaimana kepentingannya. Dan ianya sentiasa berubah-ubah dan sesuai dengan kehidupan yang kita jalani, maka ketika XPDC etika juga perlu kerana kita masih menjalani kehidupan dan etika adalah cara mudah dan pendoman kita semasa beraktiviti Etika adalah salah satu fahaman (idea) manusia yang bertujuan untuk memperbaiki kualiti sesuatu bangsa. Contoh kita sebagai orang melayu yang mempunyai adab sopan santun yang tinggi yang boleh mengambarkan bangsa kita. Maka dengan itu sepatutnya segala yang kita lakukan didalam kehidupan harian yang penuh dengan etika perlulah dibawa bersama ketika kita memasuki hutan / aktiviti. Apa Yang Masuk Dibawa Keluar Memastikan segala barang yang dibawa ketika masuk juga dibwa keluar. Segala alatan dan pakaian harus dipastikan tidak ditinggalkan di kawasan trekking. Tin, kaca dan plastik perlulah dibawa keluar. Memastikan Kawasan Perjalanan Lebih Bersih Dari Masa Menjumpainya Maknanya anda boleh menolong dgn mengutip sampah-sampah yang ditinggalkan oleh trekker yang lain semasa dalam perjalanan. Kemungkinan ada group yang kurang bertanggungjawab yang meninggalkan sampah-sampah mereka. Jangan Menebang / Mematah / Mengutip Sebarang Pokok Trekking Tebang apabila terpaksa. Jangan duduk atau meletakkan beg galas di atas anak pokok. Tumbuhan sepatutnya dibiarkan membesar di dalam keadaan semulajadinya, janganlah merosakkan, memotong dan membawa balik sebarang tumbuh-tumbuhan dan batu.

Etika Berekspedisi

126

Jangan Buat Unggun Api Sekiranya Tidak Perlu Bekas unggun api dan abu juga meninggalkan kesan yang tidak menyenangkan. Jika terlalu banyak unggun api ini akan menyebabkan kawasan perkhemahan tersebut menjadi tidak bersih lagi. Sebolehnya sekiranya ingin menghidupkan unggun api, hidupkannya di tapak unggun api yang lama atau yang telah digunakan. Ini akan mengelakkan pertambahan bilangan tapak unggun api. Sekiranya punca api adalah melalui penggunaan kayu, gunakanlah seminima yang mungkin, jangan biarkan api tanpa dikawal, dan jangan membuat unggun berdekatan pokok dan akar pokok. Tapak Khemah Yang Hampir Dengan Sungai, Punca Air & Lain-lain Ianya adalah tidak baik apabila kita mencemarkan ia dengan penggunaan sabun, minyak, sisa-sisa makanan dan yang lebih teruk lagi hasil buangan manusia. Ini akan mengakibatkan sumber air berkenaan akan tercemar. Kalau boleh pastikan sabun dan bahan yang kita gunakan adalah mesra alam (biodegradable). Buang air kecil & besar jauh dari sumber air. Pastikan Tahap Kebisingan Adalah Di Tahap Yang Terendah Ini akan menjadikan perjalanan lebih menyeronokkan, tidak mengganggu orang lain dan juga penghuni hutan. Bising apabila perlu sahaja. Jangan membuat bising kerana akan mengganggu ketenteraman makhuk yang lain. Ikuti Laluan Asal Ini akam mempastikan anda selamat, jangan mengikut laluan yang tidak ditanda atau tidak diketahui dan pastikan anda tidak berseorangan ketika berada di dalam laluan perjalanan. Tetapi lain pula bagi XPDC sondol dan membuka trek baru. Itu memang tujuan kita, untuk off-trek. Belajarlah Membuang Hasil Perkumuhan Sebaiknya Ini kerana membuang najis di merata-rata kawasan perjalanan boleh mengganggu orang lain. Cari kawasan yang agak jauh dari kawasan perkhemahan dan tidak dilalui oleh orang lain. Cubalah jaga kebersihan air semulajadi dengan sabun dan perkara lain. sekiranya anda ingin membuang air, pergilah sejauh yang mungkin (30 meter adalah terbaik) dan tanamlah bahan buangan.

Etika Berekspedisi

127

Pasang Khemah Anda Di Tempat Yang Telah Disediakan Sebolehnya di tapak khemah yang pernah digunakan. TIPS PENGURUSAN SAMPAH Lubang Basah Lubang basah adalah lubang untuk pembuangan sebarang sampah atau lebihan yang berbentuk cecair. Sebarang bahan buangan yang boleh sebati dengan tanah dan tidak bersifat mencemarkan tanah bolehlah dibuang disini. Antara yang boleh di buang adalah: 1. Sisa makanan 2. Sisa minuman Setelah tamat perkhemahan, pastikan lubang ini di timbuskan semula. Lubang Kering Lubang kering adalah satu lubang sampah yang bertujuan untuk mengumpulkan sebarang sampah yang kering dan tidak hancur dalam tanah. Lubang kering adalah tidak sesuai untuk dipraktikkan di hutan atau gunung.

Spirit Of Mountaineering

128

SPIRIT OF MOUNTAINEERING Seumumnya rekreasi adalah sebuah induk yang mempunyai pelbagai bermaksud. Rekreasi adalah aktiviti berfaedah yang dijalankan tanpa paksaan (minat) samada di dalam/luar kawasan. Manakala kegiatan luar (outdoor) adalah salah satu cabangnya dan bermaksud adalah aktiviti yang dilakukan jauh diluar kawasan / tempat / ruang untuk kehidupan harian ke alam semulajadi yang mempunyai risiko (Rekreasi Aktif) yang terbahagi kepada tiga cabang utama; darat, air & udara. Jesteru itu setiap cabaran, rintangan serta risiko yang dialami ini akan melahirkan ciri-ciri advanture yang tersendiri pada seseorang. Tetapi rekrasi adalah bersifat pasif dan ianya lebih bersifat bersantai dan tidak mempunyai risiko. Pursuit ialah pengejaran, penuntutan dan kehendak bagi aktiviti kegiatan luar (outdoor) dalam tujuan bagi mencari sesuatu di alam semulajadi dengan matlamat masing (matlamat ini boleh dibahagikan kepada dua; kumpulan dan persendirian ) Maka dengan ini Outdoor Pursuit boleh diringkaskan sebagai perbuatan mencari sesuatu di dalam khazanah alam. Keinginan untuk mengenal diri sendiri / jati diri / semangat berkawan / sepasukan / keberanian / watak / tolenrasi / tabah / sabar / tidak mementing diri / kasih kepada alam dan sebagainya antara yang dapat dipelajari secara tidak langsung. Namun semua ini adalah lebih bersifat kepada kepuasan dan keseronokkan bagi mereka yang individu betul-betul menghayati dan yang berani menghadapi cadaran. Perjalanan sesuatu program seharusnya pelbagai ilmu yang dapat dipelajari kerana sesuatu aktiviti yang dirancang samada berpasukan atau perseorangan mempunyai matlamat masing-masing. Ringkasnya: - Rekreasi adalah aktiviti yang dilakukan dengan minat tanpa paksaan bertujuan tertentu. - Kegiatan luar adalah cabang rekreasi dimana aktivitii dilakukan diluar kawasan harian dengan minat dan tujuan tertentu tetapi penuh cabaran & berisiko. - Berkhemah adalah kehidupan sementara diluar kawasan hidupan harian dengan kelengkapan minimun dan aktiviti tertentu tetapi masih mengekalkan etika kehidupan seharian.

Spirit Of Mountaineering

129

PENJAGAAN & KECERGASAN TUBUH BADAN Kecergasan tubuh badan adalah paling penting jikalau dibandingkan dengan segala keperluan lain bagi menjayakan sesuatu aktivti. Kecergasan fizikal adalah kecergasaan apabila badan yang sihat dan berupaya melakukan kerja yang memerlukan tenaga tanpa berpenyakit. Kekuatan & kecergasan ini adalah wajar diperolehi sebelum aktiviti bermula dan ianya hanya dapat diperolehi dengan melakukan program perlengkapan diri / latihan harian. Diantara keperluan bagi memastikan kecergasan kita terkawal adalah seperti berikut: 1. Keperluan air 2. Keperluan makanan 3. Keperluan berehat 4. Keperluan perlindungan 5. Penjagaan dan rawatan 6. Keperluan psikologi SEMANGAT XPDC Semangat XPDC ini lebih menjurus kepada perilaku seorang ekpedisi. Semangat XPDC yang dimaksudkan mungkin enteng / tidak penting kerana sifat kesefahaman dan harmoni tidak disemai sebelum expedisi bermula. Kurang pendedahan terhadap perilaku ini boleh memburukkan keadaan tidak kira semasa berkhemah atau berekpedisi. Pergeseran dan salah faham akan membawa kepada sikap dan emosi yang negatif yang boleh membahayakan kumpulan / ahli lain. Sifat dan perikalu yang positif perlu disemai dari awal perancangan bagi mewujudkan semangat persaudaraan dan muhibah. Ianya boleh dibahagikan kepada: 1. Individu kepada kumpulan - Kehendak kita untuk capai tujuan tersebut perlu dikongsi bersama ahli-ahli lain

2. Kumpulan kepada individu - Tujuan program dilakukan tetap diutamakan walaupun pengorbanan ahli perlu ada / dibuat.

3. Antara kumpulan lain - Tujuan program dilakukan tetap diutamakan walaupun pengorbanan ahli perlu ada / dibuat.

4. Kepada Pihak Ketiga - Pihak yang diberi tanggungjawab bagi menguatkuasa / memastikan keselamatan kita.

Spirit Of Mountaineering

130

5. Kepada alam sekitar - Bawa keluar apa yang dibawak masuk. Jangan tinggalkan sampah. XPDC bermula sebaik sahaja perancangan / taklimat diadakan dan selamat kembali ke asal / selesai program dengan matlmat tersendiri. Proses mengenal ahli bukan bermaksud semasa XPDC dijalankan tetapi sebelum aktiviti dijalankan seperti perancangan, pembelian peralatan / makanan, latihan teknikal, etc. Maka bagi yang baru dan cuba memasuki kumpulan lain hendaklah berusaha mendekatkan diri agar jurang ini dapat dikurangkan. Dengan adanya program sebelum XPDC dijalankan dapatlah seseorang mengenal tahap kepimpinan, kebolehan dan kecekapan etc yang tersembunyi agar suatu tanggungjawab dapat diberikan dan disempurnakan dengan baiknya dan dengan ini konfiden akan bertambah. Ahli XPDC - pihak penganjur / key person yang bertungkus-lumus menjayakan program Peserta XPDC - adalah mereka yang mengikut program sahaja MATLAMAT INDIVIDU & KUMPULAN

Banyak perselisihan berlaku apabila sesuatu perkara itu tidak dijelaskan dari awalnya, matlamat. Ianya amat berguna ketika kumpulan menghadapi musibah dan XPDC terpaksa ditamatkan atau dibatalkan disebabkan oleh pelbagai faktor. Akibatnya, ada dikalangan ahli akan berasa ianya suatu kesilapan mengikuti program tersebut. Kenapa ini berlaku? dan ianya sepatut dapat dielakkankan.

Adalah baik matlamat asal ditetapkan dan beberapa sub objektif ditetapkan dan dimaklumkan. Kepuasan dan kehendak individu ditulis dan diringkaskan dalam satu lampiran dan disaksikan bersama-sama dan ambil yang mempunyai kekerapan yang tertinggi sebagai salah satu sub objektif. Jangan berkecil hati jikalau kepuasan diri tidak tercapai. KOMITMEN MENDAKI Kegiatan luar memerlukan komitmen kepada beberapa unsur khasnya aktiviti mendaki. Ianya dapat dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu: 1. Diri sendiri - Diri sendiri perlu dikawal dari segi emosi dan mental agar segala tindakan buruk yang boleh mecemarkan maruah diri sebagai insan perlu dijaga. - Berhibur dengan batasan dan nilai ketimuran perlu ada. Kita bukan menjadi insan

Spirit Of Mountaineering

131

lain ketika berada di rimba tetapi menjadi insan terpilih untuk mencintai diri ini. - Segala tindakan ketua akan menjadi ikutan pada pengikutnya walaupun kita pengikut tetapi manjadi contoh kepada mereka yang lain. - Setiap tindakan biar bersebab dan difikirkan sewajarnya. 2. Kumpulan - Pergaulan dan gurau senda adalah perlu untuk mengurangkan tekanan pada diri. - Dapat membezakan diantara arahan dan gurauan. - Bertolak ansur dan tolong menolong diantara kumpulan lain yang berkongsi menikmati alam semulajadi. - Meraikan kejayaan hendaklah menghormati kumpulan lain dan alam sekitar. Tidak mengganggu ketenteraman sedia ada bagi keduanya. - Menjaga keindahan alam dengan mengurangkan impak pada kawasan yang dihuni. - Memastikan segala tali pada dahan pokok atau mana bahagian dibersihkan. - Menutup kembali tanah yang dikorek. - Bahan dicantas disimpan dan disandar untuk kegunaan kumpulan lain. - Tempat unggun hendaklah dipastikan api padam. 3. Alam Sekitar - Mengurangkan kerosakkan kepada alam sekitar dan menjaga dengan semaksimum mungkin. - Penjagaan bersama ekosistem di semua peringkat hutan memaksimakan penggunaan bahan yang boleh terlerai. - Menggunakan kawasan yang sediaada dan tidak membuka kawasan baru - Membawa keluar apa barangan yang dibawa masuk. - Penggunaan api dan unggun hendaklah dikawasan yang sediaada dan terkawal. Bau asap boleh menyebabkan unggas rimba sesak nafas. - Bunyi atau mercun tidak digunakan sewenang-wenangnya kecuali diwaktu kecemasan. - Menebang pokok, mencatas bahan dan dedaun hendaklah dielakkan jikalau tidak diperlukan.

Beg Galas / Backpack

132

BEG GALAS / BACKPACK Ianya merupakan elemen yang paling penting dalam ‘jungle trekking’ kesesuaian dan ketahanan sesebuah beg galas adalah perkara yang memainkan peranan menentukan keselesaan anda. Jika sesebuah beg galas itu tidak sesuai dengan saiz tubuh seseorang. Contohnya terlalu panjang, ianya akan menjadikan keseimbangan dan pergerakan seseorang itu terganggu seterusnya ini akan menggalakkan kecederaan kepada anggota-anggota badan seperti bahagian belakang. Juga akan membahayakan sekiranya melalui cerun yang sempit kerana gangguan kepada imbangan.

Oleh kerana hutan-hutan yang terdapat di Malaysia ini terdiri dari pokok-pokok yang tumbuh melata terutamanya ketika ketinggian di paras lebih 1000 kaki ini juga akan menjadi faktor penghalang utama kerana kebanyakkan trekkers terpaksa melalui lorong-lorong yang sempit yang dipenuhi ranting-ranting keras serta celahan akar yang boleh mengganggu pergerakan seseorang itu.

Saiz Ianya mestilah sesuai dengan bahagian belakang kita yang dikenali sebagai ‘Torso’. Untuk menetukan ukuran torso, anda perlulah berdiri tegak di mana kaki haruslah dibuka selaras dengan luas bahu. Minta rakan anda mengukur menggunakan tap ukur bermula dari vertebra ke tujuh (tulang yang berada dibawah sekali di bahagian tengkuk biasanya berbonjol). Dari situ ukur hingga ke bawah mengikut kontur tulang belakang. Untuk mencari titik akhir anda perlulah meletak kedua belah tangan anda dibahagian pinggul dengan ibu jari menghala satu sama lain. Garisan diantara ibujari tadilah yang akan menandakan penghujung torso anda. Amnya jika ukuran torso anda di bawah 46cm (18 inci), anda adalah bersaiz kecil. 46-51cm (18-20 inci) bersaiz sederhana dan sekiranya anda lebih daripada 51cm (20 inci) adalah bersaiz besar.

Selepas selesai menentukan saiz dan model diperluakan untuk memenuhi kehendak anda. Pastikan anda pergi kemana-mana kedai outdoor dan timbangkan ia. Anda perlu mengisi pemberat 9kg (20 paun) untuk menjadikan ia mantap di belakang anda.

Tali pinggang mestilah berada di pinggul anda, bukan di pinggang anda. Jika ianya terlalu rendah ia akan mengganggu pergerakan kaki ketika berjalan kehadapan. Jika ianya terlalu tinggi pula anda akan mengakibatkan beban akan tertumpu pada bahagian bahu. Perlindung alas pada tali pinggang seharusnya membaluti dibahagian tulang pinggul, tetapi tidaklah begitu tepat di hadapan.

Tempat dimana penggalas bahu bersambung dengan beg seharusnya berada dibahagian bawah bahagian tertinggi bahu anda, ianya menyediakan balutan sesuai tanpa ada ruang di antaranya. Kedudukan penggalas juga haruslah selesa tanpa mengganggu pergerakan tangan anda dan tidak merasa sempit di bahagian ketiak.

Beg Galas / Backpack

133

Untuk pengetahuan anda beg galas ini juga dilengkapi dengan penggalas-penggalas dan juga bahagian yang boleh diubahalih bagi memastikan keselesaan anda ketika memakainya. Adalah bijak sekiranya anda mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang berpengalaman dan berpengetahuan. Menyusun Barang Dalam Beg - Susun barang yang paling berat di atas dan sebolehnya hampir dengan bahagian belakang. Susunan beg seharusnya mempunyai berat antara 1/5 hingga ¼ dari berat badan anda. - Beg tidur (sleeping bag) selalunya di susun di bahagian bawah, kemudian diikuti dengan pakaian, makanan dan khemah. Masukkan semua barang tersebut ke dalam plastik hitam bagi mengelakkan dari dimasuki air. - Pastikan tiada benda tajam di dalam beg yang tertonjol keluar, terutama di bahagian belakang beg. Ini memberi kesan pada tulang belakang anda. Kalau benda berat tu keras (tin, bertangkai, berbentuk) pastikan diletakkan apa-apa sahaja barang lembut yang bertindak sebagai pengalas / pelapik di antara beg dengan benda berat tadi. Contoh seperti baju, surat khabar atau tisu. - Simpan tabung gas dan botol air di luar bagi mengurangkan selerak jika terdapat tumpahan dan sebagainya. - Elakkan meletak barang anda tergantung di luar beg. Ini memastikan ianya tidak tersangkut pada ranting-ranting dan duri pokok. Jika perlu, ada sesetengah barang yang boleh di simpan di luar beg, pastikan ianya tidak menghayun ketika anda berjalan kerana ianya boleh menyebabkan anda hilang keseimbangan. Ini boleh mengganggu kelancaran pergerakan dan boleh mengakibatkan anda terjatuh dan sebagainya. - Gunakan alas beg (rain cover) untuk memastikan beg anda tidak basah ketika hujan. Sekiranya hujan lebat, letakkan plastik hitam dibawah rain cover untuk mengelakkan beg basah dan menjadi berat. - Lindungi barang di dalam beg anda dengan membalutnya dengan plastik. Juga bawalah beg plastik sampah lebih kerana anda memerlukannya untuk memastikan barang anda kering. - Buat sistem penyusunan sendiri, bagi memudahkan anda mengingati barang yang anda bawa. Jika kecemasan ia boleh memudahkan anda mengeluarkan barang yang diperlukan. Susun secara tertib.

Beg Galas / Backpack

134

Pengagihan Beban

• Barang berat rapatkan dengan belakang (dekat dengan frame backpack). Ini

adalah supaya posture kita akan lagi natural. kalau berat ke bahagian belakang beg, centre of graviti akan berubah, kita berdiri pun tak selesa, dan badan kita kena adapt dengan posture baru (bongkok kedepan).

• Barang berat diletakkan samada di bahagian atas atau di bahagian tengah:

Atas : kalau barang berat diletakkan diatas, maka beg akan kurang stabil - mudah gerak gerak sebab centre of gravity dah berubah, lebih kepada bahagian atas badan. Cara packing ini sesuai untuk terrain yang rata, takder tunduk- tunduk.

Tengah : Lokasi barang berat yang paling sesuai, kerana centre of gravity tak berubah banyak sangat. Beg stabil kerana berat berada pada bahagian badan yang paling berat (kawasan torso). Sesuai untuk terrain yang tidak rata.

Sleeping Bag

135

SLEEPING BAG Sleeping bag adalah beg yang dapat digunakan untuk tidur dengan selesa semasa mendaki. Ianya mempunyai insulasi penahan haba agar haba badan tidak terlepas keluar dan mengelak udara sejuk daripada meresap ke tubuh disamping tiada air peluh yang terperangkap. Oleh itu, sleeping bag sebaiknya mempunyai sistem dua hala. Sleeping bag bukanlah beg yang kalis air tetapi ianya direka untuk memerangkap haba badan dan mengelak udara luar. Sleeping bag boleh dibahagikan kepada dua bahagian: 1. Bahagian luar - dibuat daripada kulit / nylon 2. Bahagian dalam - dialas menggunkan bulu angsa / itik atau polyster atau fibre Rekabentuk juga boleh dibahagikan kepada dua jenis: 1. Jenis mummy (lebih baik) 2. Jenis segiempat Namun begitu kehilangan suhu badan kebanyakkan belaku daripada kepala dan rekaan sleeping bag hendaklah dicipta agar keseluruhan kepala dapat ditutup dan selesa. Berat sebuah sleeping bag biasanya 1-2 kg. Comfort Zone Sleeping bag pun ada comfort zone iaitu zon suhu optimal untuk penggunaan sleeping bag itu. Secara am, 1. zon above 20°C 2. zon 10-20°C 3. zon 0-10°C 4. zon below 0°C Biasa kat malaysia pakai zon 1 and 2. Kalau tengok design sleeping bag zon 3-4 memang canggih. Jahitan pada sleeping bag tu pun lebih. Bentuknya pun hugging (rapat) dengan badan. Part kepala pula, kalau hendak, boleh tutup tinggal muka tapi untuk local weather, tak perlu. Sleeping bag pun ada panjang yang berbeza. So, sebelum beli, teliti sama ada cukup panjang tak.

Sleeping bag diklasifikasikan mengikut temperature (Farrenheit), ada yang +10 , + 30, 0, -20 etc. Cara manufacturer uji temperature pun tiada standard, so kalau satu manufacturer punya sleeping bag rated to +5, munkgin sama dengan satu lagi manufacturer punya sleeping bag yang rated +10. Omputeh sendiri pun dok kelahi, ada yang kata masa tidur dalam sleeping bag, patut bogel untuk dapat full insulating benefit

Sleeping Bag

136

of the sleeping bag. Setengah kata tidur dengan sekit jer pakaian. Tapi baik pakai jer semua baju dan jacket yang dibawa. Rugi je bawa berat berat, pastu bila nak tidur cabut habis, sejuk pula tu. Filling

Sleeping bag yang filling dia jenis down (bulu itik) dengan synthetic (thinsulate, polarguard, etc) ialah dari segi insulation, bulu itik menang, tiada synthetic yang boleh kalahkan lagi. Walaupun dari segi insulation bulu itik menang, tapi kalau basah, properties untuk insulate tu habis hilang. Nak keringkan pun payah. Down juga lagi ringan dan boleh dsimpan lagi compact dari synthetic tapi down lagi mahal dari synthetic.

Synthetic fibre, walaupun kurang insulating, tetapi kalau basah, masih lagi ada

insulating properties, dan lebih mudah nak keringkan. Sekarang synthetic fiber bukan bentuk bulat, tapi ada yang berbentuk hexagon, semuanya untuk mengelakkan sleeping bag tu dari hilang dia punya loft atau ke"gebu"an, yang disebabkan oleh repeated compression (lipat / sumbat).

Cara jahitan atau tindinan antara setiap lapisan juga memainkan peranan dalam menentukan comfort zon. Setiap lapisan juga disusun bersilang, menegak tetapi ianya bergantung kepada berapa lapisan itu dibuat. Makin tebal makin comfort.

Shape Shape sleeping bag ni ada dua main type, jenis rectangular dan jenis mummy,

yang rectangular ni selalunya jenis murah dan untuk summer use. Banyak haba dibazirkan dari bahagian atas yang terbuka dan haba yang digunakan untuk memanaskan bahagian sleeping bag yang tak penting. Jenis yang satu lagi ialah jenis mummy, dimana style cutting dia lebih berbentuk badan manusia. Kat belah jari kaki pun boleh ditegakkan sebab dijahit macam kotak kat bahagian tu. Belah kepala pula selalunya boleh dijerut sampai tinggal hidung je. Memang dalam dunia outdoor ada debate besar mengenai samada nak guna teknik lipat atau teknik sumbat. Untuk sleeping bag, teknik sumbat juga direkemen sebab kalau gulung, fibre tu akan ada macam memory punya effect, dia akan kempis pada tempat yang sama. Sebaliknya, kalau sumbat saja, memory effect tu berkurangan sebab setiap kali kita menyumbat, lipatan yang terbentuk takkan sama seperti yang sebelumnya.

Kasut Hiking

137

KASUT HIKING

Yang penting ketika nak membeli kasut hiking, tengok tapak kasut samada boleh grip atau tidak. Kebanyakan brand kasut yang mahal-mahal tak sesuai dengan hutan di asia, terutama sekali hutan di Malaysia ni.

Untuk keselamatan carilah kasut yang tutup buku lali skali. Kalau nak water proof

pun ada. Kalau redah sungai separas lutut, tetap basah gak. Yang paling best sekali yang ramai pendaki gunung pakai, kasut getah jenis bowling, adidas pun ada. Yang penting ikut keselesaan pemakai kasut tu sendiri. Kalau mahal sekali pun, tapi kaki tak sesuai dengan kasut tu tak guna juga.

Bila beli dan pakai kasut, kasut tu akan berubah bentuk kearah rekabentuk kaki si pemakai, ini disokong dengan hujah bahawa sesetengah orang mempunyai beban yang berlainan pada kaki dia. Ini membuatkan dalaman kasut tu, mungkin sebelah kiri kaki kanan akan lebih rendah sikit, etc..

So, law kasut adalah jangan bagi pinjam. Sebab tak nak kasut tu nanti akan

membawa mudarat kepada si peminjam, dan berubah bentuknya dan boleh membawa mudarat kepada si pemilik pula. There are all sorts of hikers, from those who love the serenity of a countryside stroll, to those who live for the adrenaline rush of tackling the world's most thankless terrain. They all share a common appreciation of the great outdoors. And, they all have great hiking boots. Good boots are the most important tools in your hiking tool kit. Hiking is about walking, climbing, slipping, sliding, sloshing and, if an angry hive of bees is involved, running. The point is, hiking gives your feet a real workout, and the more you know about choosing hiking boots, the better protected your feet will be. Sturdy, well-built hiking boots can protect not only your feet, but also your entire body, from the hazards of rough terrain. Knowing what to look for is paramount in choosing hiking boots: Keep it Solid The boots that you choose should have a good solid feeling on the bottom. Which is not to say that the boots are heavy. The solid base you feel must protect the soles of your feet from rocks and stones. Even if you can barely feel the ground through your boots, this feeling will increase as the miles wear on, leaving you with sore, aching feet at the end of the day. When choosing test their solidity. Press your thumb into the bottom of the boot. If the sole has any give or feels soft, it will not give your feet the protection you

Kasut Hiking

138

need. Twisting the soles is another way to test your boots. If you can twist the sole, they're likely not your best choice for taking on the trails. Remember, traversing trails is not the same as strolling the pavement around your neighborhood. Without a solid foundation under your feet, the rocks, sticks and jagged edges you encounter will quickly become a real pain. Protection on All Sides Choosing good hiking boots means looking for protection from the bottom up, and all around. Good boots must offer protection on all sides. They are often referred to as "heavy" hiking boots because they have extra padding to protect your feet from protruding rocks, stones, branches and edges that can gouge into the side of your feet. If you decide to purchase fabric boots, make sure that they have protective "welts". These can be found about ½ inch above the soles, providing extra safety and ultimate comfort for your feet. Ankle Support If Achilles had owned a decent pair of hiking boots, his story might have ended a little differently. When choosing hiking boots, it's important to be sure they offer the support that your ankles need to last over long treks. Grab the top of the boot and try to twist or bend it sideways. If the boot bends easily, it's probably not going to provide the level of protection you'll need. The top of the boot must be stiff enough to hold the ankle in place. Stay Dry Wet feet are uncomfortable, itchy and quickly develop blisters. Once the blisters start, your feet will be out of commission for some time, so you need to make sure you're choosing hiking boots that are waterproof, or at least have the capability to be waterproofed. There are waterproofing solutions such as liquid silicone that can be used on fabric boots. However, these external treatments don't usually provide the watertight protection you'll need for all-weather use. There is so much to know when choosing hiking boot, it's often best to go straight to the professionals. Visit a sporting goods store or outdoor outfitters for advice on the best boots to suit your needs. Don't scrimp on quality for the sake of a good deal. Buy great quality boots, and your feet will thank you, every step of the way.

Survival Kit / Survival Pack

139

SURVIVAL KIT / SURVIVAL PACK Survival kit sebenarnya adalah peralatan kecemasan yang kita perlu bawa setiap masa untuk sebarang keadaan. Ianya mengandungi pelbagai peralatan yang penting dan mempunyai banyak kegunaan yang dapat membantu kita semasa kita menghadapi situasi kecemasan. Terdapat pelbagai kategori Survival Kit ini: 1. Personal survival kit (PSK) 2. Two person survival kit,etc 3. Home emergency kit 4. etc.. Personal Survival Kit atau PSK adalah satu set peralatan yang perlu di bawa untuk di gunakan semasa kecemasan di dalam Hutan. Isi kandungan PSK sebenarnya berubah mengikut keperluan keadaan dan perlu di rancang sebaiknya untuk aktiviti rekreasi yang berbeza. Kebiasaannya, berikut adalah peralatan persendirian yang selalu di bawa oleh seseorang individu itu untuk kegunaan dirinya sendiri semasa berada di dalam hutan. 1. Kelengkapan hygiene seperti ubat gigi, berus gigi, etc.. 2. Ubat-ubatan persendirian seperti ubat lelah (bagi yang berpenyakit tersebut), insect repellent, minyak gamat, etc... 3. Pakaian ekstra seperti stoking, pakaian dalam, etc. 4. Makanan tambahan seperti power bar, coklat, air, etc.. Mengikut teori asas, PSK mestilah: 1. Berada di dalam bekas yang kedap udara dan "waterproof" - Bekas yang kedap udara dan waterproof, dapat memastikan jangka hayat dan keadaan perkakas didalam PSK sentiasa dalam keadaan baik. Ini juga bermaksud, perkakas dapat terlindung daripada udara lembab, basah oleh hujan atau sewaktu jatuh kedalam air, dll. 2. Mudah untuk di bawa dan dicapai - Ini bermaksud, ianya berada di kawasan capaian tangan dengan mudah. Sebagai contoh, di sidepocket backpack, poket bahagian teratas backpack, dan juga didalam beg pinggang. 3. Mudah untuk dipelbagaikan isi kandungannya mengikut keadaan yang berbeza - Seperti yang dinyatakan di atas, perkakas kandungan PSK boleh diubah mengikut kesesuaian program dan aktiviti yang diceburi.

Survival Kit / Survival Pack

140

4. Tahan lasak - bekas dan peralatan PSK adalah daripada material yang mempunyai ketahanan yang kuat. Tidak mudah rosak dan pecah, juga boleh digunakan bagi keadaan yang berbeza. Sebagai contoh, bekas yang boleh menggantikan mess tin, atau cawan dan pinggan, sudu dan garpu daripada besi yang sekiranya keadaan memerlukan boleh digunakan untuk memburu. Berikut adalah kategori peralatan yang perlu di bawa oleh setiap individu di dalam PSK mereka: 1. Peralatan " first Aid" 2. Air dan water purification tablets. 3. Alat penghidup api. 4. Alat untuk meminta bantuan 5. Makanan tambahan dan alat utk mencari makanan. 6. Alatan untuk membuat tempat perlindungan. Kaedah yang praktikal: 1. Sentiasa bawa 200gm beras / garam sebagai backup (diasingkan daripada menu- menu yang lain) 2. Standby mata pancing / tali (untuk menjahit / pancing ikan) 3. Fire starter (mancis / lighter) 4. Poncho 5. Pisau (benda paling mustahak yang kebanyakkan trekker tak ambil kisah) 6. Ubat-ubatan asas (panadol / plaster dll) 7. Wisel (untuk komunikasi bila dah tak larat)

Khemah

141

KHEMAH JENIS-JENIS KHEMAH Khemah berangka pada asasnya boleh dibahagikan dua kategori: 1. Tiga musim (three-season) - jenis yang telah menjadi kebiasaan bagi aktiviti kegiatan yang dijalankan dimusim bunga, panas dan luruh. 2. Empat musim (four-season) - jenis yang digunakan pada musim sejuk dan aktivtiti pergunungan (khemah jenis ini kurang sesuai di Malaysia) Khemah Tiga Musim Khemah jenis amat sesuai dalam keadaan cuaca berangin dan hujan dan ianya tidak berapa sesuai untuk musim sejuk bagi menahan beban salji. Khemah jenis ini amat sesuai digunakan di Malaysia. Khemah Empat Musim Khemah jenis lebih utuh berbanding khemah tiga musim. Kebiasaannya ianya dibina dengan tambahan tiang bagi menahan beban angin dan salji, Terdapat rekaan yang berbentuk bulat untuk mempercepatkan sajli ketepi dinding dan mengelak tambahan berat pada khemah. Khemah Pelbagai Fungi (Convertible tents) Khemah ini adalah gabungan khemah tiga dan empat musim. Ianya dilengkapi dengan pelbagai kemudahan tambahan untuk disesuaikan dengan keadaan. Khemah Cuaca Panas(Warm-weather tents) Khemah jenis ini adalah ringan, direkabentuk untuk seorang atau dua dengan ruang pengudaraan yang luas. Walaupun khemah tiga musim boleh digunakan tetapi kelebihan jenis ini adalah bagi keadaan cuaca yang panas. Khemah Tiang Satu (Single-wall tents) Khemah jenis ini direka dengan ringkas dan dibekalkan dengan dibuka ketika panas dan tutup (bukaan pengudaraan) ketika hujan.

Khemah

142

Bivouac (Bivy sacks) Perlindungan untuk seorang sahaja. Perlindungan hanya bagi individu tersebut dan beg tidur sahaja. Ianya sesuai digunakan jikalau tiada pilihan lain dan khemah jenis ini dapat mengurangkan berat yang dipikul. Sleep Screens And Tarp Tents Sleep screens; jenis ini tergolong dalam jenis perlindungan sahaja. Ianya ringan, sesuai dalam cuaca panas, keselamatan daripada unggas bergantung kepada jenama yang dipilih tetapi alah pada hujan.are ultralight shelter options. Tarp tents pula perlindungan pada perseorangan tetapi dapat berfungsi dalam tiga musim. Khemah Keluarga (Family tents) Khemah jenis ini digunakan untuk kumpulan yang ramai. Rekabentuknya seperti rumah yang lebih sesuai bagi khemah statik (campground) atau basecamps. PENJAGAAN KHEMAH Untuk memastikan khemah dalam keadaan baik dan sempurna, dicadangkan langkah-langkah berikut: 1. Tatacara pemasangan dan arahan pembekal sebaiknya diikuti. 2. Tiang khemah jangan dipijak, dibengkok atau sebagainya kerana ianya tidak boleh disambung. 3. Jangan lipat khemah yang basah. Keringkan atau kritikal sangat boleh tapi hendaklah dikeringkan. Nanti ada lalat beranak. Tahi lalat atau kulat, akhirnya khemah akan reput. 4. Kalis air. Elakkan khemah daripada terkena bahan kimia, sabun, penyembur serangga. 5. Elakkan menghampar barangan / pakaian yang basah di atas khemah. 6. Selepas XPDC simpan khemah dalam bilik kering dan tidak panas. 7. Zip selalunya rosak disebabkan khemah yang terlalu tegang dan terdapat bahan/kain yang tersangkut ketika buka / tutup khemah. 8. Khemah perlu didirikan dikawasan yang selamat dan sesuai. 9. Pagi-pagi biarkan udara segar dan cahaya masuk dan jemur untuk seketika. Tapi sekarang orang suka pakai flysheet. Kawasan paling lemah samada fly atau khemah adalah pada kawasan jahitan. So kalau boleh jangan la sidai benda yang basah kat situ sebab ianya akan merosakkan jahitan.

Khemah

143

KESELAMATAN DALAM KHEMAH IGLOO

• Jangan simpan bahan bakar, gas, karbaid, bahan letupan etc dalam khemah kecuali kalau khemah tu ada ventilation fan atau emergency water-sprinkler.

• Jangan lupa zip balik khemah bila keluar kecuali kalau pintu khemah tu ada fungsi auto-lock. Takut ada binatang yang masuk bila pintu terbuka

• Jangan on telefon dalam khemah kat area yang ada network kecuali kalau puncak khemah tu ada cacak konduktor anti-kilat yang dibumikan.

• Jangan berkhemah kat tempat bekas aliran air besar kecuali kalau dalam khemah tu ada standby pelampung / boyar. Takut kalau hujan turun, tetiba je mimpi tsunami..

SUSUN ATUR KHEMAH Suatu yang jarang diperhatikan oleh kebanyakan ahli perkhemahan adalah berhubung susun atur khemah itu sendiri. Diantara kesalahan yang biasa kita perhatikan adalah seperti berikut:

• Pintu khemah yang diletakkan secara berhadapan - bahaya apabila kecemasan atau semasa ingin keluar khemah maka pertembungan berlaku.

• Pintu khemah menghadap pokok, gaung, sungai, laut

- bahaya apabila dalam situasi kecemasan (gajah mengamuk, bah, kebakaran dll) maka peserta akan terus keluar dari khemah.

• Khemah yang diletakkan secara beceramuk dimana urusetia tidak nampak dan

hilang kawalan. - dalam aktiviti perkhemahan pihak urusetia perlu mempunyai pemerhatian terus pada semua pintu khemah demi memastikan keselamatan

• Kedudukah khemah sendiri sangat penting seperti jangan dirikan khemah

berhampiran gigi air, tepi gaung (ini kes sebenar yang terjadi melibatkan kematian), bawah pohon reput, atas batu besar di kemuncak dan lain-lain

Selain daripada itu, Balai Kecemasan seharusnya diwujudkan siap sebaik sahaja kita memilih tapak perkhemahan. Contohnya kita boleh memilih satu pohon besar disesuatu tempat sebagai balai kecemasan. Ianya berfungsi sebagai tempat berhimpun dlm apa-apa kes kecemasan sebagai contoh bila binatang mengamuk atau datang menyerang, kebanyakan peserta akan melarikan diri dan pastinya akan takut untuk kembali ketapak khemah. Jika kita tidak bersedia dengan balai kecemasan maka peserta akan tercari-cari sesama sendiri untuk berjumpa lain-lain ahli kumpulan masing-masing.

First Aid Items

144

FIRST AID ITEMS First aid kit (FAK) bergantung kepada dua faktor utama: 1. Kemampuan / pengetahuan pengguna 2. Aktiviti yang ingin dijalankan Kalau kita bawa benda yang kita tak tahu guna hanya akan membebankan dan menambah berat. Kalau bagi ubat tak ikut kegunaan atau tak ikut sukatan yang betul pun boleh memudaratkan. Bila dua faktor diatas telah diambilkira berikut adalah faktor tambahan bagi memilih peralatan yang diperlukan: 1. Tempoh perjalanan (menentukan volume yang perlu dibawa) 2. Bilangan peserta (samada FAK peribadi atau FAK untuk kumpulan) 3. Jenis mukabumi (menentukan bekas / beg FAK) 4. Tempoh untuk bantuan tiba 5. Keperluan khas penyakit atau masalah kesihatan peserta 6. Tarikh luput peralatan dan ubatan 7. Faktor undang-undang. Sesetengah ubat / alat tak dibenarkan di kawasan tertentu

Dressing Items

Item Kegunaan

Bandage Membalut luka dan juga kecederaan ringan eg.dislocation(terseliuh)

Triangular bandage (kain anduh)

Support bahagian tangan sekiranya didapati atau dikhuatiri ada kepatahan tulang.

Gauze Cover bahagian luka terbuka Cotton Digunakan semasa cucian luka Povidone iodine 10%(solution) Cucian luka dan juga sebagai ubat antiseptik

(mencegah jangkitan kuman) Acriflavine (ubat kuning) Antiseptic - mempercepatkan penyembuhan luka. Dettol Antiseptic untuk bunuh kuman. Digunakan sebagai

cucian luar luka. Boleh diganti dengan Normal Saline solution 0.9%.

Cream antispasm Ubat untuk cegah kekejangan otot dan juga melegakan kesakitan otot. Eg.deep heat dll

LMS solution (minyak kuda) Melegakan kesakitan otot dan juga lenguh pada otot kaki dan tangan

Gunting Mengunting gouze Micropore (plaster ) Tutup luka-luka kecil / tumit melepuh Minyak angin Bagi kaki atau kepala lebih berangin

First Aid Items

145

Medications(ubat-ubatan- oral take)

Item Kegunaan PCM ( Paracetamol )500mg Sakit kepala dan juga sebagai ubat tahan

sakit dan juga demam Ponstan(Mefenamic Asid)250mg Ubat tahan sakit. Mesti dimakan dengan

perut yang berisi. Jika perut anda kosong, pastikan anda mengambil tablet Magnesium Tricilicate - 2 tablet untuk mengelakkan kesan jangka panjang seperti gastrik dan kanser perut serta usus.

Gelusil ( Magnesium Tricilicate) 500mg Ubat gastrik, angin Syrup MMT ( Magnesium Tricilicate) Ubat gastrik dalam bentuk cecair Claritine Ubat untuk selsema dan juga allergi. Tidak

mengantuk Syrup benadryl Ubat batuk. Ada kesan mengantuk.

Pengambilan digalakkan pada waktu malam

Tab. papase Ubat surut bengkak ORS Ubat untuk ganti balik electrolyte yang dah

hilang dalam badan bila cirit birit Multivitamin Sebagai vitamin tambahan untuk

kecergasan tubuh lomotil Anti-diarrheal drug. Boleh guna kalau kena

diarrhea Anti Histamin Ubat allergy. Boleh makan bersama

Ponstant, dan tidak beri side effect Imodium Penahan sakit cirit-birit Activated charcoal Bloating (kembung), gas terlebih, sakit

perut

Sebelum bagi pesakit makan ubat, pastikan pesakit tidak mempunyai alahan dengan apa-apa ubat. Reaksi alahan boleh jadi gatal-gatal, bengkak-bengkak dan boleh juga menyebabkan sesak nafas dan boleh membawa maut.

Cirit-birit ada beberapa stage, kalau perut baru start sakit-sakit dan memulas, baik

makan charcoal tablet untuk absorp dan kurangkan stomach toxin. Kalau dah start perging (berak-berak), better makan penahan macam imodium. Later stage, bila lidah dah keputihan, mula cramp dan sakit sendi tu dah kena dehydration. Masa tu minum oral rehydration salt (ORS) atau 100 plus. First aid kit yang simple untuk kegunaan individu: Panadol, Painkiller, Antihistamine(allergic drugs), Antiseptic wash(povidone iodine 10% atau dettol swab), minyak panas, ubat cirit-birit dan ORS(oral dehydration salt).

Painkiller

146

PAINKILLER Painkiller adalah dari golongan dadah terkawal. Ia adalah bahan kimia dalam kategori 'racun' berjadual. Painkiller digunakan untuk menahan kesakitan. Contohnya, untuk situasi lutut atau anggota yang tercedera, pastikan benar-benar perlu maka telan 2/3 biji sekali gus, ini dah kategori overdos tapi ia sangat membantu. Lepas tu bukan setakat jalan, lari pun boleh dalam hutan. Painkiller ni membantu menghilang sakit dan menjana stamina. Ia bergantung pada individu juga, ada sesetengah individu yang masih rasa sakit walaupun telah mengabil painkiller tapi sakit tu berkurangan dari asal. Setiap ubat ada side efectnya. Bila ambil painkiller side effect kena tanggung sendiri. Lepas semingu anggota yang sakit akan kembali sakit atau rasa semacam. Ada juga yang kena side effectnya selepas beberapa ketika mengambil painkiller tersebut. Mungkin kita akan berasa loya dan mual buat seketika apabila mengambil painkiller secara overdose. Perkara yang perlu dilakukan selepas XPDC banyakkan minum susu untuk support tulang / joint yang rosak atau mengurut membantu melancar perjalanan darah. Painkiller seperti voltaren ni perlu ada kalau naik gunung sebab kita tak tahu bila kita akan injured. Siapa sahaja pun berkemungkinan. Voltaren ni banyak nama-nama dia. Lain company yang buat lain lah nama dia tapi kandungan same je. Tengok kat tablet tu, kalau dia tulis Diclofenac Sodium (atau bahasa melayunya Diclofenac) tu voltaren la..Voltaren = Voren = Olfen = Inflanac = Diclofenac. Kita tak tak boleh terlalu excited sangat, terlalu takut pun tak boleh dengan ubat ni.

Pesakit asma dan yang ada masalah sinus perlu berwaspada pada pengambilan mana-mana jenis painkiller. Kalau ada penyakit asthma, voltaren (diclofenac) tak digalakkan. Mungkin niat asal nak mengurangkan sakit badan setelah mendaki gunung, tapi ubat tu boleh menyebabkan asthma jadi teruk. Kalau nak bagi kawan makan ubat tu, kena tahu member tu ada alahan atau 'allergy' tak dengan apa-apa ubat. Sebabnya kalau reaksi alahan tu setakat gatal-gatal atau bengkak-bengkak badan takpe lagi, tapi takut alahan sampai menyebabkan member susah nafas dan boleh membawa maut.

Ubat ni tak boleh makan semasa perut kosong. Seelok-eloknya makan bersama

dengan antacid seperti Gelusil. Makanlah gelusil tu 1/2 jam selepas painkiller tadi untuk kesan yang maximum. Painkiller paling rendah ialah Ponstan tapi kurang elok untuk muscle. Untuk muscles, bones & joints boleh ambil voltaren, Ibuprofen, Naproxen dan berpuluh-puluh jenis lagi.

Tapi perlu ingat tak semua badan kita boleh menerima ubat yang sama. Mungkin bagi orang ni ok jek, orang lain pula alahan teruk. Kalau diambil dengan jangkamasa lama kemungkinan mendapat penyakit baru tu akan timbul,bahaya ubat-ubat ni! Dan bukan semua boleh dibeli melalui kaunter, yang kategori A* & A, perlukan preskripsi. Kesan-kesan sampingan kekadang tak sama semua orang.

Painkiller

147

Untuk menahan kesakitan boleh mengambil Voltaren tablet 50mg 3x sehari as a painkiller. Ponstan tak sesuai sangat untuk muscle. Makan sedikit sebelum ambik ubat ni takut gastric nanti, standby bersama antacid seperti Gelusil incase. Voltaren InsyaAllah ok jer dari kesan sampingan tapi tiada ubat 100% dijamin bebas dari kesan-kesan sampingan. Jangan ambik masa perut kosong sebab ubat ni boleh membawa iritasi pada perut.

Dexamethasone pula kategori steroid. Mereka yang dah ada stamina tak perlu bergantung pada ubat ni. Penyalahgunaan ubat ni selalu berlaku pada ahli-ahli sukan. Pengambilan kerap, jangka masa yang lama dan dalam dos yang terlampau akan membahayakan kesihatan diri kita. Dan ia dibolehkan tapi kalau ada pelbagai jenis penyakit, jangan amik sebarangan. Standby dexamethasone 0.5mg, makan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum XPDC yang 'tahap ngeri', sebab dosnya yang kecil so kena ambil 4-5 biji. Makan sekali dan sehari tu jer. Jangan lupa bawa bersama controloc/ nexium sebab dikuatiri effect gastric pada sesetengah orang. ** Maklumat tentang Voltaren dan Dexamethasone adalah diperoleh dari my hometown member, e-ja a.k.a renhanikouma yang mempunyai ilmu dalam perubatan & farmasi, juga merupakan pendaki gunung. So, jangan rasa takut untuk ambil painkiller kalau anda benar-benar memerlukannya…

AMS (Acute Mountain Sickness)

148

AMS (ACUTE MOUNTAIN SICKNESS = ALTITUDE SICKNESS) AMS adalah singkatan untuk Acute Mountain Sickness, tidak berkaitan / lain terus daripada hyporthermia. AMS terbahagi kepada dua HACE dan HAPE, High Altitude Cerebral Edema dan High Altitude Pulmonory Edema. Kalau tengok nama, cerebral tu berkaitan dengan otak, manakala Pulmonory tu berkaitan dengan Peparu. Edema bermaksud swelling of an organ or tissue due to accumulation of fluid. AMS berlaku apabila kita naik ke high altitude tanpa acclimatize. Lain badan, lain tahap tolerance terhadap altitude. Semakin tinggi pendaki naik, kalau tak ambil masa untuk sesuaikan diri dengan tahap oksigen yang semakin berkurangan, badan kita akan berasa letih, lemah & kurang sihat. Sakit kepala dan rasa nak muntah pun ada.

AMS melibatkan tekanan. Untuk megelak tekanan yang mendadak kita kena relaks sikit, jangan laju sangat naik. Biar badan kita boleh terima perubahan tekanan dalam badan baru melangkah lagi. Biasanya pendaki akan kena AMS kat gunung-gunung yang tinggi seperti Kinabalu. Apabila seseorang hadapi AMS, muka dia tukar warna - macam kelabu & percakapan dia pun tersesak-sesak. Kes di Kinabalu - sebelum sampai Gunting Lagadan, seorang pendaki kena AMS, guide masa tu nak dia pusing balik, tapi member mangsa bagi dia rehat 1/2 jam & minum air banyak-banyak. Nasib baik warna muka bertukar balik seperti biasa dan keesokan pagi dia berjaya sampai ke puncak. Yang paling penting tu, kena go slow & steady sewaktu berjalan dari kawasan rendah ke kawasan tinggi. Jangan jadi hero nak cepat cepat sampai ke destinasi. Asalkan guide tu tak gesa, just relaks. Dan sewaktu bermalam di aras 11,000 kaki tu, tidur la awal sikit & minum air suam/panas seberapa banyak yang boleh sebelum tidur. Kes di Kinabalu - budak perempuan, dua tiga orang menangis tak terhenti-henti selepas Sayat-Sayat bukan kerana letih, cedera ataupun terpisah dari geng dia orang, tetapi kerana AMS boleh ganggu emosi seseorang. So, dari 11,000 kaki ke puncak, advice sama - jangan jadi hero. Take your time. Kalau bertolak antara 2:30am hingga 3:30am tu, sempat sampai ke puncak 7:30am kecuali la kalau nak tengok matahari terbit. Pengambilan Novomin (pil untuk counteract motion sickness & altitude sickness) sebelum tidur boleh kuarangkan risiko kena AMS. Jangan ambil bila nak start climbing - BAHAYA sebab dia buat seseorang itu lebih relaks; you need to be alert when you are climbing. Tapi memang AMS tu bad news. And you akan teringat nak stop & quit - AMS really challenges you. Tapi kalau kamu tak terbatuk darah, pitam ataupun fokus semakin teruk, tak jadi masalah untuk meneruskan. Lagipun guide akan memerhatikan kamu.

Hypothermia

149

HYPOTHERMIA

Hypothermia berlaku apabila kehilangan suhu badan lebih cepat daripada keupayaan badan mengelurakan suhu. Kehilangan suhu badan ini boleh menyebabkan badan hilang upaya untuk menjaga diri sendiri. Tandanya paling senang adalah gigil yang kuat. Ianya berlaku apabila suhu badan manusia menurun: 1. Suhu badan manusia biasanya 35.5°C (96°F). 2. Apabila ianya menurun 35-32°C (95-90°F), pemikiran yang lembap, sukar membuat keputusan 3. Suhu badan pada tahap 32-30°C (90- 86°F) dan menyebabkan otot akan kebas / kaku / mengecut bagi mengeluarkan haba badan, perubahan emosi berlaku 4. Jikalau suhu badan menurun sehingga bawah 25°C (77°F), tahap bahaya dah ni, boleh bawa kepada kematian Pilihan terbaik untuk mengelak dari Hypothermia: - mengurangkan kehilangan haba badan - menambahkan jumlah penghasilan haba badan CARA MENGATASI Melalui Pemakaian 1. Baju & Seluar - Kebiasaannya pakaian yang digunakan dalam aktiviti treking kita menyumbang kepada kurang dari 40% penebat dari kesejukan yang melanda. - Apabila pakaian yang dipakai dalam keadaan basah, maka peratus kehilangan haba badan akan meningkat. - Ingat 2/3 atau boleh dikatakan 90-95% haba dari badan kita hilang / keluar melalui kulit. - Jumlah haba yang boleh dihasilkan oleh tubuh badan kita (metabolisme) dan melalui aktiviti adalah jauh lebih sedikit berbanding kehilangan haba pada persekitaran yang sejuk. Jenis pakaian yang sesuai untuk mengelak kesejukkan - Jenis kapas (kebolehan menahan 80% haba pada anggota yang dipakainya walaupun dalam keadaan separa basah. - Lain-lain jenis yang sesuai seperti goretex, polyster fiber, polypropylene

Hypothermia

150

Pakaian jenis jeans adalah yang paling teruk / menyusahkan dan menambahkan risiko bila dipakai dalam keadaan basah. (Jeans yang basah akan menyerap haba badan kita 240 kali lebih cepat daripada badan yang terendam dalam air bersuhu biasa).

Untuk pakaian waktu tidur atau dikawasn perkhemahan, gunakan beberapa lapis

pakaian, bahagian pertama jenis kapas yang mungkin sedikit fit diikuti lapisan lain yang sedikit longgar berbanding lapisan sebelumnya beitulah seterusnya. Elakkan memakai jenis yang plastik, atau yang boleh menyebabkan anda berpeluh. 2. Penutup kepala - Mungkin sesetengah pendaki baru beranggapan pemakaian snow cap, key, serban diwaktu malam adalah sekadar fesyen. Betulkan pandangan anda. - Kulit kepala kita adalah sangat nipis, yang mana dipenuhi dengan pembuluh- pembuluh darah. - Pembuluh-pembuluh darah ini adalah berfungsi membawa haba keseluruh badan kita. - Apabila ianya terdedah pada hawa dingin maka kepala kita dengan sedaya upayanya akan mengaut segala haba yang ada pada lain-lain bahagian badan kita untuk memanaskannya. - Jika anda inginkan tubuh badan anda sentiasa panas maka pastikan kepala anda ditutup. 3. Stoking - Sebaiknya gunakan dua lapisan / jenis kapas - Tukar stoking anda jika ianya basah semasa digunakan waktu trekking. 4. Kasut - Jenis terbaik untuk mengekalkan haba adalah jenis kulit, ianya mempunyai pori- pori yang membolehkan kaki "bernafas" - Kini terdapat jenis yang lebih advance seperti Goretex yang sedikit mahal tetapi sangat berguna. Pemakanan - Paling baik jenis makanan yang boleh meningkatkan tenaga dan menambah haba seperti coklat, sup dan makanan yang panas & pedas. - Minuman teh dapat membantu kita meningkatkan haba badan. - Selain itu badan kita juga memerlukan air untuk membolehkan jumlah darah yang cukup dialirkan keseluruh badan.

Hypothermia

151

Minda juga main peranan penting waktu sejuk ni. Kita jangan terlalu pikirkan sangat sejuk tu. Kalau dah asyik pikir, aku sejuk, wah sejuknya kat sini, tak tahanlah sejuk, bapak punya sejuk. So secara automatiknya otak akan hantar signal ke badan mengatakan sejuk. Memang betul benda ni yang akan berlaku, tetapi kita boleh elakkan jadi serius dengan pikir benda lain ataupun pikirkan kepanasan.

Rescue & Paramedic Tips

152

RESCUE & PARAMEDIC TIPS CPR

Untuk melakukan CPR ini sebenarnya anda mendedahkan diri pada bahaya sebab risiko jangkitan penyakit melalui air liur dan darah (terutama jika ada luka dalam mulut). Contohnya penyakit Hepatitis, Tibi, AIDS dan beberapa lagi. Bagaimanapun langkah segera sememangnya perlu diambil kerana kematian boleh berlaku jika tindakan segera tidak diambil. Otak manusia boleh survive selama 4 minit tanpa oksigen. Walupun begitu tidak bermakna selepas tiada respon selepas 4 minit anda boleh berhenti, kita berusaha, Allah yang menentukan.

Pastikan mangsa betu-betul tiada nadi sebab jika jantung sedang berdenyut, tapi kita beri CPR boleh menyebabkan jantung stop. Kaedah terawal yang boleh dilaksanakan ialah DR ABC. DR ABC D [DANGER]

• Perhatikan bahaya yang ada sekeliling yang memungkin mangsa dalam keadaan sedemikian. Disamping mengelak kita dari menjadi mangsa seterusnya

R [RESPONSE]

• Panggil nama mangsa untuk memeriksa dia masih sedar atau tidak. Untuk universal panggilan yang boleh kita gunakan dengan menampar-nampar bahu mangsa dengan panggilan hello.

A [AIRWAY]

• Lihat sekiranya ada benda yang menyekat laluan pernafasan (muntah, makanan, gumpalan darah dll)

B [BREATHING]

• Disini anda boleh gunakan 3 deria : - Pendengaran / Telinga: Dirapatkan pada mukanya untuk mendengar nafas kelua masuk. - Rasa / Pipi: Dirapatkan pada kawasan mulut dan hidungnya bagi memeriksa udara yang keluar masuk. - Pandangan /Mata: Melihat turun naik dada mangsa bagi melihat berlakunya pernafasan.

C [CIRCULATION] • Setelah pemeriksaan dibuat, penelitian perlu dilakukan untuk melihat peredaran

darah masih berlaku. • Periksa kuku jari, nadi ditangan, leher.

Rescue & Paramedic Tips

153

Bahagian Dada Yang Perlu Ditekan

• Tekan ditengah-tengah dada (jantung terletak disebelah kiri) • Untuk memeriksa bahagian tengah dada:

- ambil tangan dan letak pada dada - lekukan pertemuan dada dan ambil ukuran 1 inci keatas Dewasa = Guna tangan dan tekanan 2 inci Kanak-kanak = Guna tangan (tapi perlahan) / tekan guna 2 jari untuk bayi Pengiraan = 5 tekan 1 nafas (jika kita berdua - seorang tekan dan seorang beri nafas) Pengiraan = 15 tekan 2 nafas (jika melakukan seorang diri) Kaedah CPR 1. Periksa keadaan mangsa dan lihat gerak balasnya. Jika tiada gerak balas atau pernafasan terhenti, telefon unit kecemasan dan segera berikan perhatian kepada mangsa. 2. Dongakkan kepala mangsa dan angkat dagu ke atas. 3. Lihat, dengar dan rasa: Letakkan telinga anda di mulut mangsa. Jika tiada pernafasan, bersedia berikan dua kali bantuan pernafasan. Keluarkan benda asing (jika ada) dari mulut mangsa. 4. Buka mulut mangsa dan picit hidungnya dengan jari anda. Hembus nafas melalui mulut anda ke mulut mangsa sehingga anda lihat ada pergerakan pada dadanya. Berikan bantuan pernafasan dua kali (setiap hembusan 2 saat). 5. Jika mangsa masih tidak bernafas, batuk atau bergerak, tekan dadanya dengan kedua-dua belah tangan anda. Tindihkan tangan kanan di atas tangan kiri anda dan tekan dada mangsa 15 kali. Dua hembusan dan 15 tekanan dikira satu pusingan. Buat 2 pusingan. Pastikan kedudukan yang hendak ditekan adalah betul, iaitu dua sentimeter dari ulu hati (hujung tulang dada, diantara buah dada). Pastikan tangan anda lurus dan beri tekanan perlahan (dari tangan anda saja, bukan dari badan). Tekanan perlu dibuat dengan cepat pada kadar 100 tekanan/minit; lebih cepat dari satu tekanan sesaat. 6. Ulang bantuan pernafasan dan tekanan dada sebanyak empat kali atau hingga bantuan sampai. 7. Jika mangsa bernafas, alihkan badan mangsa supaya mengiring bagi membolehkan mangsa bernafas dengan lebih baik.

Ular

154

ULAR Patukan Ular Patukan tidak nampak kesan luaran seperti pendarahan atau apa-apapun sedar-sedar jer badan jam pastu out terus. NeuroToksin melumpuhkan saraf kita. Tapi kalau doktor yang sememangnya dibidang ini dia tau nak cari kat mana bekas patukan. Ingat, patukan kat tapak kaki kita susah nak jumpa bekasnya!!

Patukan yang menyakitkan selalunya dari kategori Viper a.k.a VIPERIDAE. Cuma lebih tepat lagi Viperidae adalah famili besar Ular Kapak. True viper & pit viper adalah sub familinya. Patukan famili Viper sekecil mana tetap menyakitkan dan sama bahayanya dengan yang dewasa. Symptom tetap sama.

Semasa terserempak dengan ular, kenal pasti bentuk ekornya. Kebiasaannya jikalau ular itu ekornya tajam / tirus ianya jenis tidak berbisa tetapi jikalau ekornya bulat kemungkinan besar ianya jenis berbisa dan ular jenis ni mengeluar bunyi jikalau ianya terasa terancam dan sedia untuk mematuk. Ular berbisa ni akan menggunakan bisa dengan sebaik mungkin kerana proses mengambil tempoh untuk menghasilkan semula bisa maka setiap patukan ular berbisa ni macam Sniper. One Shoot One Kill. Baru berbaloi. Oleh itu jangan ganggu spesies ni jika terserempak dan elakkannya. Badan kita bukan boleh ditelan pun. Viper senang dikenali dengan bentuk kepala segitiga. Maka berhati-hati. Malayan viper ada di Korbu dan Besar Hantu. Berwarna hijau meresik, jenis ni ada ranking diantara ular berbahaya di dunia.

Bagi mereka yang kena patuk, kalau dapat bunuh ular ataupun perasan rupa ular

tersebut, tipsnya adalah:

1. Ular Bisa - sisiknya besar. 2. Ular tak berbisa - sisiknya kecil. 3. Bentuk kepalanya: kalau tiga segi ia ular kapak dan ianya akan menyerang tisu

badan. 4. Kalau menegak dan bentuk S badanya bila nak attack, mungkin ular senduk atau

tedung dan bisanya menyerang saraf.

Pastikan mangsa TENANG. Kawasan patukkan dibawah jantung dan balut bermula dari atas hingga menutupi kawasan patukkan dan bisa patukan ular berbisa pada kebiasaannya boleh di tenangkan dan dan di tewaskan oleh enzyme badan kita dengan syarat - tenangkan mangsa, perlahankan degupan jantungya yang akan menyebabkan pengaliran darah cepat serta pastikan jantung berada atas dari kesan patukkan tersebut.

Ular berbisa tidak akan sesekali menghabiskan bisanya untuk tujuan satu patukkan - ia memerlukanya untuk pemburuan. Normally, patukkan pertama adalah patukan kering, sebagai warning pertama. Jumlah ular berbisa tidak banyak di hutan kita jika di bandingkan dengan jumlah sebenar semua spesis ular yang ada. Anggaplah semua

Ular

155

ular yang ditemui adalah berbisa dan practise caution dan bukanya offensive - maknaya JANGAN membunuh sebarang ular sesuka hati!

Pastikan setiap pendaki mempunyai sebatang tongkat yang boleh di gunakan bagi mengelak dari patukkan ular. Gunakalah ia untuk mengalihkan ular di rentis yg di lalui. Kalau ular yang di temui membuat posisi S dan cuba mematuk, ia selalunya adalah yang jenis berbisa dan jika ular melindungi kepalanya didalam lilitan sendiri, pasti ia jenis tidak berbisa dan mengharapkan kekuatan lilitanya untuk membunuh mangsamya. Tanda-Tanda Patukan Ular Berbisa Secara umumnya tanda-tanda patukan ular daripada jenis berbisa adalah seperti berikut: 1. Terdapat dua lubang taring dibahagian hadapan bekas gigitan pada tempat yang dipatuk. 2. Mangsa berasa sakit pada bahagian yang dipatuk. 3. Terdapat tanda berwarna kebiru-biruan atau kehijauan pada bahagian yang di patuk. 4. Tekak mangsa berasa kering dan loya-loya. 5. Penglihatan mangsa menjadi kabur.

Langkah-langkah yang perlu dilakukan sekiranya anda dipatuk oleh ular yang berbisa 1. Biarkan luka patukan itu terus mengeluarkan darah dengan sendiri selama 15-30 saat. 2. Tanggalkan semua perhiasan atau pakaian yang ketat. 3. Dengan cepat, sapukan larutan pembersih antiseptik keseluruh bahagian yang terlibat. Tuamkan dengan sesuatu yang sejuk dan memampat sehampir mungkin dengan kecederaan tanpa mengganggu proses penyedutan. 4. Bersihkan dan basmi kuman bahagian patukan dengan cepat menggunakan iodin atau bahan basmi kuman yang lain. 5. Untuk patukan di tangan, jari, kaki atau jari kaki : - Balut kaki / tangan dengan pembalut melepasi lutut atau siku. Ini bertujuan untuk mengurangkan pergerakan yang mungkin berlaku. Biarkan tempat patukan itu terbuka. - Kemudian ikat kaki atau tangan beberapa inci dari tempat patukan dengan cepat. Pastikan balutan / ikatan itu tidak terlalu ketat, anggaran boleh diselitkan satu jari. - Tanpa menghiris atau memotong bahagian patukan, sedut keluar bisa dengan

Ular

156

satu sedutan yang kuat menggunakan alat penyedut khusus (jika ada). Seelok- eloknya, sedutan dilakukan dalam masa beberapa saat selepas dipatuk tepat pada bekas patukan yang utama atau paling dalam. 6. Untuk patukan di muka, bahagian torso (batang tubuh tidak termasuk kepala, lengan dan kaki) atau punggung: - Pembalut crepe tidak boleh digunakan untuk patukan dibahagian ini. - Cukur kawasan sekitar luka patukan dan sedut dengan kuat pada bekas patukan. Kemudian balut dengan mampat menggunakan pembalut kain kasa (gauze) yang direndam terlebih dahulu dalam larutan iodin atau larutan basmi kuman yang lain. 7. Sekiranya boleh, pastikan bahagian yang dipatuk sentiasa separas dengan jantung atau pada kedudukan neutral mengikut graviti. Mengangkat bahagian patukan melebihi paras jantung akan hanya menyebabkan racun itu menular ke seluruh badan. Manakala meletakkannya di bawah paras jantung boleh menyebabkannya bertambah bengkak. 8. LAKUKAN JIKA SELAMAT: Cuba kenali jenis ular yang mematuk supaya doktor dapat memberikan antivenom (penawar bisa) yang sesuai. 9. Pergi ke hospital atau klinik yang terdekat dengan segera. Beritahu pegawai perubatan yang bertugas mengenai jenis ular yang mematuk anda (jika dapat dikenali). PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN

• Menanggalkan balutan atau tekanan pada bahagian patukan sehingga anda sampai klinik atau hospital dan bersedia untuk menerima antivenom. Sebaik sahaja balutan dibuka, racun akan menjalar dan menimbulkan beberapa masalah yang

sememangnya lazim dialami oleh mangsa patukan ular. Ketika ini, pasukan perubatan sepatutnya telah bersedia untuk memberikan antivenom.

• Makan atau minum kecuali disyorkan oleh doktor. • Terlalu aktif bergerak. • Menghisap racun dengan mulut. Gunakan alat penyedut khas. • Memotong atau membuat hirisan pada tempat patukan dengan menggunakan

pisau. • Menggunakan renjatan elektrik. • Menuam dengan pek panas atau sejuk. • Mengikat atau menjerut dengan pengikat yang kecil seperti tali pinggang, tali

leher atau seumpamanya kerana ini akan menyekat pengaliran darah. • Membuang masa atau mengambil risiko untuk membunuh atau menangkap ular

berkenaan.

Ular

157

PRESSURE IMMOBILAZATION TECHNIQUE ( P.I.T.) Disyorkan oleh Wilderness Medicine Institute:

• Dengan membalut bahagian yang kena patuk ular tu dengan bandage, sepanjang anggota yang kena patuk. So kalau kena patuk kat kaki, kena balut dari hujung jari sampai ke groin. Dari tempat dipatuk ke atas.

• Gunakan bandage yang agak firm, macam elastic bandage. Crepe bandage pun boleh guna, tapi seelok-eloknya guna elastic bandage.

• Selepas bandage, bahagian kaki tersebut patut di - splint - kan supaya tak bergerak.

• Selepas tu evacuate ASAP ke hospital untuk antivenom. • Jangan tinggikan bahagian yang dipatuk tu, sebab ia akan menyebabkan darah

lagi cepat mengalir ke seluruh badan. • Kalau ada venom di sekitar kawasan patukan, jangan lapkan atau basuh kerana

venom tu boleh digunakan untuk mengenal pasti jenis antivenin yang patut digunakan.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN Ada beberapa langkah keselamatan yang perlu diambil bagi mengelakkan serangan ular, antaranya tips keselamatan: 1. Berhati-hati ketika melangkah, ular selalunya menyerang apabila seseorang memijak badannya secara tidak sengaja. 2. Jangan menghampiri, cuba memegang atau bermain-main dengan ular yang kita temui. 3. Jika mengalih batu atau kayu reput, gunakan kayu atau galah dan bukan menggunakan tangan. 4. Memakai kasut atau but yang tebal, 78% gigitan ular ialah di bahagian bawah kaki. 5. Sentiasa memeriksa kawasan perkhemahan, tepat tidur, sleeping bag, kasut, stokin dan beg untuk mengelakkan ular bersembunyi di situ. 6. Jika terserempak dengan ular, BERTENANG dan berundur perlahan-lahan ke belakang. 7. Jika mahu membunuh ular tersebut, pastikan menggunakan kayu panjang dan memukul ke arah kepalanya, AWAS, ular yang cedera lebih merbahaya dari ular- ular normal yang lain, oleh itu pastikan ular yang dibunuh itu betul-betul mati.

Ular

158

Selain itu beberapa lagi langkah yang perlu diambil bagi menangani serangan ular: 1. Periksa kawasan sekitar sebelum anda mengambil sesuatu daripada tanah. 2. Perhatikan dahan-dahan kayu yang rendah. Ular amat menyukai kawasan tersebut kerana ia boleh mematuk mangsanya dengan hanya berjuntai di ranting kayu. 3. Sentiasa membawa senjata tajam seperti parang ataupun pisau. 4. Bergerak secara berkumpulan kerana ianya dapat membantu jika salah seorang daripada mereka di serang atau di patuk ular. 5. Baca apa sahaja maklumat atau panduan mengenai ular. Ia berguna untuk panduan sekiranya anda berada di kawasan yang terdapat haiwan ini. 6. Elakkan berenang atau mandi di kawasan air yang keruh. 7. Gunakan belerang untuk menghalau kehadiran ular di tapak perkhemahan. 8. Bagi tujuan keselamatan, semua spesis ular hendaklah di anggap berbisa. JENIS-JENIS ULAR DI MALAYSIA Secara amnya ular-ular berbisa kat malaysia ni bolehlah dikelaskan kepada empat jenis, iaitu: 1. Ular Tedung Ia merupakan sejenis ular yang amat berbisa. Sifatnya pula boleh mengembangkan bahagian kepalanya seperti senduk.Beberapa jenis ular tedung yang diketahui seperti a) Tedung Selar (Naja hannah) b) Tedung Senduk (Naja tripudians) c) Tedung Abu (Naja bungarus) d) Tedung Tikus Sifat fizikal ular tedung ini ialah bewarna hitam atau perang kekuning-kuningan bagi tedung selar. Di antaranya, tedung selar dikenali sebagai spesis yang amat agresif kerana gemar mengejar mangsanya. 2. Ular Katam Tebu Ia juga dikenali sebagai Malayan Pit Viper. Sifat fizikalnya berwarna belang-belang hitam dan merah, bersaiz 2-3 kaki. Banyak terdapat di sekitar kawasan kebun getah atau kelapa sawit. 3. Ular Kapak Ianya boleh dikenalpasti melalui bentuk kepalanya yang tiga segi. Ular Kapak selalu ditemui di kawasan tanah pamah ataupun pergunungan. Spesis ini boleh menjangkau panjangnya sehingga satu meter, sementara warna badannya agak pelbagai seperti

Ular

159

keseluruhan hijau atau hijau bertompok putih atau campuran hijau, hitam dan kuning. Juga terdapat di kawasan paya bakau dan kawasan berdahan rendah. 4. Ular laut Ular spesis ini gemar mendiami kawasan pantai dan juga perairan dalam. Selalunya spesis ini mempunyai ekor yang pipih bagi memudahkan mereka untuk berenang. Ular laut ini di kenali sebagai spesis ular yang amat berbisa seperti ular belerang (Pelamis Platurus)

Harimau

160

HARIMAU Harimau juga merupakan haiwan pemangsa terbesar dalam keluarga harimau (big cats). Harimau sub-spesies Siberia adalah harimau terbesar, sementara harimau sub-spesies Sumatera adalah harimau terkecil. Harimau jantan juga mempunyai saiz badan yang lebih besar daripada harimau betina. Harimau memburu dengan senyap dan tangkas, kebolehannya untuk menyelip dan muncul secara tiba-tiba untuk menyerang mangsanya adalah satu kebolehan yang amat luar biasa apabila mengambil kira saiznya yang besar dengan berat badannya itu. Ini menjadikan harimau dianggap mempunyai kuasa mistik dan penuh misteri.

Bentuk tubuh harimau sememangnya direka melalui proses evolusi sebagai haiwan pemangsa untuk memburu mangsa yang besar. Kaki belakangnya adalah lebih panjang daripada kaki hadapannya untuk memberikan kelebihan kepada harimau untuk menerkam sehingga jarak 9 meter (30 kaki) dengan sekali lompatan untuk menangkap mangsanya. Bahagian hadapan dan bahunya mempunyai otot yang tebal dan kental. Tapak kakinya dilengkapi dengan kuku panjang yang boleh ditarik masuk dan keluar dengan pantas. Keupayaan ini membolehkan harimau bergerak dengan senyap tetapi pada masa yang sama mampu mencakar atau mencekam mangsa dengan pantas dan kuat. Rahang harimau yang lebih pendek berbanding keluarga harimau lain memberikan kekuatan tambahan kepada rahang harimau ketika membaham mangsanya. Kesemua keluarga kucing boleh berenang sekiranya terpaksa, tetapi kebanyakan spesies kuching besar akan mengelak air kecuali untuk minum. Hanya harimau dan jaguar gemar untuk mandi atau berendam di dalam lopak, tasik, dan sungai. Harimau yang tinggal di kawasan hutan lembab di India dan Asia sering didapati berendam secara duduk atau berdiri sehingga paras leher di dalam air tasik atau sungai sebagai satu cara menyejukkan badan mereka. Ini mungkin disebabkan harimau merupakan seekor haiwan pemburu yang aktif menyebabkan harimau mempunyai kadar metabolisma yang tinggi. Secara langsung, ini menyebabkan harimau mempunyai suhu badan yang tinggi. Suhu badan yang terlalu panas ini boleh membunuh harimau. Pernah seekor harimau sarkas spesies Siberia yang berada dalam kurungan didapati mati secara mendadak di Sunway Lagoon akibat bahang panas (heat stroke). Harimau biasanya mula memburu pada lewat petang apabila cuaca tidak lagi panas. Harimau akan mula untuk memburu dan merayau sehingga melebihi jarak 12 batu untuk mencari mangsa. Harimau pada kebiasanya akan mengikuti jejak haiwan termasuk jalan raya dan denai buatan manusia dan akan sentiasa berwaspada dengan setiap bunyi atau pergerakan, walau sekecil manapun. Harimau memburu dengan cara mengendap untuk menghampiri mangsanya dengan bersembunyi dicelah rimbunan tumbuhan, sehingga pada jarak beberapa meter sahaja daripada mangsanya. Harimau akan bergerak dengan penuh berhati-hati dan akan melangkah setapak demi setapak secara terhenti-henti untuk membolehkannya menilai keadaan sekeliling. Apabila sudah menghampiri mangsa, harimau akan menghulur kepalanya, sambil merendahkan badan ke tanah, telinganya dileperkan ke kepala ketika mengendap mangsa. Pada saat yang baik, harimau

Harimau

161

akan menghambur ke arah mangsa dalam beberapa lompatan sahaja, sebelum menglibaskan kakinya kepada mangsa untuk menjatuhkan mangsa dengan menggunakan seluruh berat tubuhnya, pada masa yang sama mengelakkan libasan balas tanduk dan kaki mangsa. Harimau pada kebiasaannya akan menyerang dari arah belakang dan sisi dan membunuh mangsa dengan menggigit kerongkong atau belakang leher mangsa dengan menggunakan giginya. Rahang yang pendek dan otot mukanya yang kuat membolehkan harimau menggigit dengan kuat sehinggakan pada kebiasaannya mampu mematahkan leher mangsa. Mangsa harimau akan mati akibat patah tengkuk atau mati lemas kerana tidak dapat bernafas. Bagaimanapun harimau tidak selalunya berjaya dalam pemburuannya dan pada kebiasaannya harimau hanya berjaya mendapatkan tiga mangsa bagi setiap sepuluh pemburuan. Harimau Belang Apabila harimau berjaya menangkap mangsa, pada kebiasaannya harimau akan menarik bangkai mangsa ke dalam semak samun dan akan makan sehingga petang dan sepanjang malam. Harimau tersebut hanya berhenti untuk minum sekali sekala. Harimau mampu untuk makan 50-70 paun daging sepanjang malam dan akan mula makan pada bahagian punggung dahulu dimana terdapat paling banyak daging. Harimau biasanya akan duduk berdekatan dengan bangkai mangsa, menyorok dalam semak samun berhampiran, sentiasa bersedia untuk mempertahankan makanannya daripada haiwan pemakan bangkai yang lain. Bagaimanapun, fakta yang agak menghairankan adalah harimau akan membenarkan harimau yang tidak mempunyai kaitan dengannya untuk makan baki hasil tangkapannya. Harimau akan makan untuk selama beberapa hari bergantung kepada saiz mangsa sehingga habis, walaupun daging tersebut telahpun busuk dan berulat. Ini menunjukkan harimau mempunyai deria rasa yang kurang berkembang. Dalam tempoh itu, harimau akan menyorok bangkai mangsa di bawah timbunan daun, dahan pokok, atau rumput. Harimau juga mempunyai deria bau yang kuat dan dalam satu kajian, harimau dapat mengesan bau manusia pada jarak 150 kaki yang berdiri dari arah angin bertiup kearah harimau. Deria bau ini sudah pasti banyak membantu harimau ketika memburu di dalam hutan hujan tropika yang tebal, di mana pandangan harimau terhalang. Selain itu, deria bau yang kuat itu digunakan untuk mengesan harimau betina yang ingin mengawan, mengelak kawasan yang ditanda oleh harimau jantan, dan mengenal pasti harimau yang menceroboh. Harimau menghasilkan pelbagai bunyi termasuk mengaum, mendengus, batuk, dan menderam. Harimau menderam pada pelbagai waktu termasuk berinteraksi ketika makan, atau mengancam, dan harimau juga mengaum ketika mencari pasangan. Harimau akan mendengus sebagai satu cara menyapa antara harimau atau kepada anak haimau. Selain itu, harimau juga menggunakan pelbagai cara untuk menanda kawasannya sebagai cara berhubung antara sesama sendiri. Meninggalkan kesan bau di pokok, semak,

Harimau

162

dan batu sepanjang denai dengan air kencing bercampur rembesan daripada kelenjar dibahagian dubur, najis yang ditinggalkan di tempat terang, dan tanda cakaran merupakan cara perhubungan di antara harimau. Harimau akan menandakan kawasannya dengan kencing anggaran setiap 50 kaki. Air kencing yang ditinggalkan mampu kekal berbau hapak dan mencucuk hidung dan akan tahan selama beberapa bulan. Mencakar pokok yang menonjol sepanjang sempadan kawasan juga menjadi papan tanda amaran jangan menceroboh. Bahan kimia dan tanda yang ditinggalkan memberikan banyak maklumat kepada harimau berjiranan tanpa perlu bersemuka. Harimau jantan dapat mengenalpasti keadaan mengawan harimau betina dan harimau yang menceroboh akan mendapat amaran mengenai kehadiran tuan punya kawasan, dengan itu mengelakkan pertembungan yang boleh berakhir dengan pertarungan atau kecerderaan sesama harimau. Harimau jarang menjadikan manusia sebagai mangsa dan akan mengelak manusia secara naluri semulajadi, bagaimanapun pertembungan manusia dengan harimau boleh berlaku dan banyak tragedi telah direkodkan dengan jelas. Apabila manusia mengganggu imbangan mangsa dan pemangsa dengan meneroka kawasan hutan dan membawa masuk haiwan peliharaan, ini menjadikan mangsa harimau berkurangan. Apabila ini terjadi, harimau akan mula beralih kepada haiwan peliharaan seperti kerbau atau lembu, dan mangsa manusia pertama biasanya adalah pengembala lembu atau kerbau. Apabila harimau mendapati manusia sebagai mangsa yang mudah dan tidak berdaya, harimau akan mula memburu manusia. Tips bila terserempak dengan harimau Antara tanda-tanda kehadirannya adalah bau semacam hamis, cakaran pokok dan tanah serta akhir sekali agas yang melampau banyak. Apabila terserempak dengan pak belang, berundur dengan cara jalan mengundur. Mata mesti pandang mata pak belang tu. Jangan lari membelakangi pak belang. Ni memang terbukti kebenarannya, sebab mengikut tafsiran retina mata si rimau (boleh dipastikan melalui kaedah thermal sight), bahagian maut yang paling ketara bagi semua mangsa buruan adalah pada part tengkuk. Saraf dan urat ketara pada part tu. Kalau tengok tv, semua buruan dibaham pada part tengkuk. Kesimpulannya, jangan tayang tengkuk pada pak belang. Selain tu juga, dengan menayang tengkuk (menunjukkan belakang) adalah tanda kita meletakkan status kita sebagai 'mangsa'. So, bila si rimau ni dapat rasa ketakutan kita, melalui derianya yang terlebih tajam plus kita membelakangkan dia. Tuhan saja tahu apa yang boleh terjadi.

Sekiranya bertemu pemangsa yang lain, kita boleh menggunakan teknik membesarkan diri - macam teknik mengkarung. Guna apa-apa benda yang boleh nampakkan kita lagi besar, guna kain sarong. Binatang akan anggap kain ni macam anggota badan kita. Tebarkan menutup anggota badan tapi jangan wat macam nak serang dia. Just cam defend je. Atau guna payung. Payung ni kalau teserempak dengan binatang-binatang buas ni, buka je depan diaorang, nampak macam badan kembang tak hinggat nyer.

Beracun Tumbuhan

163

TUMBUHAN BERACUN Terdapat banyak tumbuh-tumbuhan beracun di negara kita, di antaranya ialah Cempaka Hutan, Beridin, Dokong Anak, Jarak, Kechubong, Hempedu Bumi dan sebagainya. Tumbuh-tumbuhan beracun ini mampu memberi kesan keracunan melalui sentuhan, terhidu atau termakan. KESAN PENDEDAHAN Dermatitis adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan keradangan pada kulit. Terdapat beberapa jenis dermatitis yang boleh disabitkan dengan pendedahan kepada tumbuh-tumbuhan. Ada di antara dermatitis ini boleh memberi kesan sistemik dan biasanya mengambil masa antara satu hingga tiga minggu untuk sembuh. Berikut adalah jenis-jenis dermatitis akibat pendedahan tersebut: 1. Kesan Alahan Kesan alahan berlaku apabila seseorang individu itu sensitif kepada sesuatu jenis alergen seperti debu, debunga atau bahan kimia tertentu di dalam tumbuh-tumbuhan. Kesan ini dikenali melalui kewujudan tompokan merah, gatal, keras dan melepuh pada kulit. Biasanya kesan ini timbul setelah lima hingga tujuh hari dari hari sentuhan berlaku. Kesan alahan ini akan timbul semula apabila sentuhan terhadap tumbuh-tumbuhan tertentu berlaku. Kesan alahan dapat dikenal pasti melalui ujian alahan.

Contoh tumbuh-tumbuhan yang menyebabkan kesan alahan jenis ini ialah bawang putih atau Alium sativum yang mengandungi S -2-propenil-L-sulfoksida sistina atau juga dikenali sebagai alliin yang menghasilkan minyak bersulfida seperti di-alil-disulfida yang merupakan allergen utama di dalam bawang putih. Lain-lain tumbuhan yang menyebabkan alahan biasanya adalah dari famili Compositae, Magnoliaceae, Amaranthaceae, Alliaceae dan lain-lain.

2. Keradangan Kimia atau Perengsa Keradangan kimia ialah kesan langsung bahan kimia yang terdapat di dalam tumbuh-tumbuhan. Ia dikenali melalui tanda kemerahan, sakit, rasa seperti terbakar, bengkak, gatal, lebam dan lecur pada kulit yang wujud dalam tempoh 24 jam setelah tersentuh. Tumbuh-tumbuhan yang terlibat biasanya dari famili Euphorbiaceae, Brassicaceae, Ranunculaceae, Anacardiaceae, Agavaceae dan Araceae. Bahan kimia ini selalunya berada di dalam getah, cecair tumbuh-tumbuhan, sel atau kelenjar dalam tumbuh-tumbuhan. Di antara bahan kimia yang boleh menyebabkan keradangan ini ialah asid oksalik, kalsium oksalat, sinamik aldehid, koniferil benzoat, sitral, delta-3-karena, asid abetik, kostunolid, atranorin, histamine, asetilkolin, 5-hidroksitriptamina dan lain-lain.

Beracun Tumbuhan

164

3. Fotodermatitis Fotodermatitis menyebabkan kulit seseorang menjadi sensitif kepada cahaya setelah tersentuh tumbuh-tumbuhan tertentu. Di antara kesan fotodermatitis ialah gatal, kemerahan, bengkak, melepuh dan hiperpigmentasi atau perubahan warna kulit. Contohnya, psoralens yang terdapat di dalam limau nipis akan menunjukkan kesan toksik pada cahaya matahari setelah beberapa jam dari masa sentuhan berlaku.

4. Kecederaan Mekanikal Kecederaan ini biasanya berlaku akibat tercucuk duri, gerigi, jejarum, bulu sisik atau bahagian tajam pada tumbuh-tumbuhan dan seterusnya merebak melalui jangkitan bakteria atau kulat. Biasanya tumbuh-tumbuhan yang mampu menyebabkan kecederaan jenis ini adalah dari famili Cactaceae (kaktus), Palmae (palma), Acanthaceae, Agavaceae dan Euphorbia L. RAWATAN 1. Jauhi dari tumbuh-tumbuhan tersebut. Buangkan duri atau sisa tumbuh-tumbuhan pada kulit. 2. Tanggalkan pakaian yang meliputi bahagian yang luka. 3. Basuh kawasan sentuhan dengan air dan sabun. 4. Jika masih terasa sakit dapatkan rawatan perubatan. Rawatan biasanya melibatkan ubat sapuan jenis kortikosteroid dan ubat yang diambil secara oral iaitu antihistamin. 5. Kesan alahan dan fotodermatitis hanya wujud setelah beberapa hari, oleh itu cara terbaik adalah dengan mengelak diri dari tumbuh-tumbuhan yang memudaratkan. CARA PENCEGAHAN 1. Mengenali tumbuh-tumbuhan yang berbahaya dan tidak berbahaya di sekitar kawasan rumah. 2. Jangan menanam tumbuh-tumbuhan yang diketahui beracun sebagai perhiasan rumah. 3. Mengajar kanak-kanak tentang tumbuh-tumbuhan beracun yang terdapat di sekitar rumah dan di kawasan mereka sering bermain dan melarang mereka bermain dengan tumbuh-tumbuhan tersebut. 4. Jangan membakar tumbuh-tumbuhan beracun kerana asapnya mungkin berbahaya.

Beracun Tumbuhan

165

CENDAWAN BERACUN Cendawan kalau di makan memang enak sekiranya ia dijadikan hidangan seperti sup cendawan, sambal cendawan dan sebagainya. Ia adalah spesis yang senang dijumpai seperti di tempat-tempat yang lembab atau setelah turunnya hujan. Kebanyakkan cendawan tumbuh di busut dan ia biasanya terdapat di pinggir hutan. Tetapi awas! Jangan tersalah petik, nanti terambil cendawan beracun pula. Laporan ahli Botani menyatakan bahawa cendawan beracun adalah dari spesis Aminata phalloides. Cara Cendawan Membiak Istilah cendawan merujuk kepada semua jenis fungus. Semua cendawan mempunyai pileus atau topi dan batang. Bahagian bawah pileus dikenali sebagai lamellae. Cendawan mempunyai spora dan menggunakannya untuk tumbuh bagi membolehkannya membentuk miselia.

Spora masih membiak walaupun telah berada lama dalam suhu yang sangat tinggi dan kering. Manakala lamallae pula mampu menghasilkan spora untuk proses pembiakannya. Jenis cenwan boleh dikenali melalui spora kerana warna berlainan menunjukkan jenis cendawan yang berlainan. Spora mempunyai warna yang pelbagai ada diantaranya yang berwarna hitam, putih, merah jambu, ungu dan kuning.

Cendawan jenis ini yang matang mempunyai topi berwarna hijau seperti zaitun dan putih dibahagian bawahnya. Cendawan yang boleh dimakan tidak berwarna putih dibahagian lamallae dan ia biasanya berwarna kuning, merah jambu dan ungu.

Tidak semua cendawan beracun malah dalam dunia ini hanya kurang 5 peratus sahaja cendawan beracun. Ahli Botani yang berpengalaman dan mikrologi sahaja yang boleh mengenalinya. Kebanyakkan tragedi keracunan cendawan yang dilaporkan adalah melibatkan cendawan jenis Amanita phalloides atau dikenali sebagai ‘topi maut’ oleh para saintis. Phalloidins, amatoksin dan virotoksin merupakan toksik beracun yang terdapat dalam cendawan. Toksik tersebut boleh memusnahkan sintesis protein dalam badan dan merosakkan anggota badan seperti hati, buah pinggang dan sel-sel dalam badan hingga mengakibatkan maut.

Simptom-simptom keracunan cendawan Terdapat tiga peringkat keracunan cendawan antaranya : 1. Peringkat pertama pesakit akan muntah, sakit belakang, demam dan cirit birit selepas memakan cendawan. Ia biasanya akan kelihatan dalam masa 6-24 jam selepas memakannya. 2. Peringkat kedua pesakit akan kelihatan pulih dari tanda-tanda tersebut.

Beracun Tumbuhan

166

3. Peringkat ketiga pula, dalam masa 2/3 hari selepas itu sistem pertahanan badan akan musnah hingga menyebabkan seseorang itu menghidap penyakit kulit, pendarahan, lemah, demam hingga koma dan boleh membawa maut. Rawatan Keracunan Cendawan Setiap penyakit pasti ada ubatnya. Bagi yang menghadapi keracunan cendawan boleh mendapatkan rawatan antaranya asid thiotik, insulin, hormon pembesaran manusia, kortikosteroids dan vitamin C. Ia juga boleh digunakan untuk seseorang yang mengalami keracunan cendawan jenis Amanita muscaria yang mempunyai topi berwarna merah. Bagi keracunan spesis Giromitra eskulenta menggunakan Pisidoksin manakala Propranolol digunakan untuk spesis Koprinus atramentararius.

Log XPDC Pilihan - Trans Titiwangsa V1

167

LOG XPDC PILIHAN Terdapat pelbagai gaya dalam penulisan log XPDC. Ia bergantung kepada kekreatifan dan citarasa para pendaki masing-masing. Terpulang kepada pendaki tersebut untuk memilih cara tersendiri bagi mengabadikan kenangan mendaki sesebuah gunung dan untuk rujukan pada masa hadapan. Disini dilampirkan beberapa log XPDC untuk tatapan semua. TRANS TITIWANGSA V1 (Mawi a.k.a Kabus Gunung) I : BILA KAKI MELANGKAH : Dari Ipoh ke Tanah Rata "Bang dah sampai Ipoh ker..?" Sambil tercengan pemandu bas nih menganguk perlahan. Hairan melihat aku. Manalah aku pernah sampai Ipoh. Dalam bas tadi tadi sempatlah terlelap dalam sejam. Aku menghidupkan semula telefon bimbit aku. Jam hampir 2.00 pagi. "Hello Muz ko kat maner nih?" "Aku on the way baru hantor group dari KL masuk dalam. Kau kat maner?" "Bas stand Ipohlah lambat lagi ker ko nih?" "Ko lepak dulu situ jap lagi sampai." "Okey... aku kat sini pakai overall biru." Muz nih entah ingat entah tidak pada aku. Ekspedisi Gunung Tahan 2001 anjuran KBS itulah kali pertama dan terakhir aku jumpa Muz. Sambil menyadarkan badan pada beg yang aku dirikan di pintu kedai aku menyalakan sebatang rokok. Manalah si Muz nih? Habis sebatang aku nyalakan sebatang lagi. Ketika aku hendak mencampak puntung rokok, kelihatan tubuh kecil bergerak ke arahku. Aku tersenyum lalu menghulurkan tangan. "Ko ingat aku lagi tak..?" "Semua tanggapan aku tentang kau salah belaka!" "Kah...kah...kah..." "Maner tak ingatnyer... ko jatuh tergolek kat Tahan ari tuh" "Nasib baik aku sempat hulur tangan aku kat atas batu tuh… kalo tak dah pecah kepala aku." Aku sudah agak dari awal lagi. Muz memang tak dapat meneka siapakah aku yang memakai nama KABUSGUNUNG. Aku ader banyak nama. Semasa di Gunung Tahan dulu aku memakai nama lain. Aku juga yakin kali nih aku akan dapat nama baru. Begitulah kebiasaannya aku. "Melepaslah kau kali nih Muz tak dapat jumpa dia. Mula dia cakap nak ikut, lepas tuh tak jadi."

Log XPDC Pilihan - Trans Titiwangsa V1

168

"Ngaper...?" "Dia tak dapat cuti." "Siapa nih?" "Heroin akulaaa" "Chimm..." Kadang tuh ada baiknya dia tak jadi pergi. Kalau dia ikut pun mungkin akan menyusahkan aku jekkk. Enam hari di dalam hutan semata-mata untuk menjaga dia Sedang bersembang sebuah van datang dan berhenti di depan aku dan Muz. Muz mengenalkan aku pada Salan. Salan akan jadi guide untuk Ekpedisi Trans Titiwangsa kali ini. Salan juga anak buah Muz pasal kerja-kerja masuk hutan nih. Sementara menunggu kumpulan pendaki dari Singapura tiba. Salan membawa ku mengelilingi Bandar Ipoh. Habis memusing lepak semula kat bas stand. Kejap tidur atas kerusi. Kejap duduk atas lantai. Lepas tuh tidur dalam van. Puas menunggu akhirnya telefon bimbit Muz berbunyi juga. 6.50 pagi kumpulan dari Singapura sampai. 11 orang semuanya. Hanya dua orang sahaja bangsa Melayu dalam kumpulan nih. Terus bergerak ke Hutan Simpan Ulu Kinta yang menjadi pintu masuk Gunung Korbu... puncak pertama yang akan di tawan dalam ekspedisi kali ini. Beberapa orang peserta menaiki kereta Muz. Aku naik van Salan, lebih tepat lagi van sewa. Sampai di pintu masuk kumpulan pendaki dari KL tadi sudah sedia menuggu. "Assalamualaikum "Waalaikummusssalam. jemput minum bang, nama aper bang?" "Kabus" "Ha...ah eloklah... yang tuh Langit... yang tuh pulak Awan." Langit, Awan, Pret, Megat dan Nizam a.k.a Ngai. Satu kumpulan dari KL. Entah apa nama kumpulan diorang nih aku pun tak tahu. Sementara aku berkemas, Muz dan Salan sibuk menyelesaikan beberapa lagi urusan penting. Perjalanan dimulakan pada pukul 9.30 pagi setelah Muz selesai memberi taklimat. Memang benar khabar angin yang menceritakan jalan masuk ke Korbu telah ditutup. Tetapi ia tidak ditutup sepenuhnya!!! Apa yang berlaku sebenarnya amat menyayat hati. Aliran air di pintu masuk Sungai Termin telah menjadi air TEH AIS! Kerja pembinaan empangan oleh manusia durjana tidak pernah mengambil kira kesan sampingan terhadap alam ciptaan Tuhan ini. Tiada lagi keindahan yang boleh dibanggakan. Hilang sudah segalanya. Lorong pejalan kaki menuju ke jambatan besi telah di sodok oleh kontraktor berkenaan. Laluan yang sering digunakan oleh para pendaki untuk ke Gunung Korbu telah menjadi

Log XPDC Pilihan - Trans Titiwangsa V1

169

jalan balak. Jalan inilah yang ditutup oleh kontraktor berkenaan. Selepas jambatan besi… laluan adalah seperti sediakala. Tanggapan aku memang benar! Jika kerja-kerja pembinaan sedang dilakukan kenapa jalan mesti di tutup? Lagilah senang jika sebelum ini terpaksa melalui denai hutan tapi kali ini kita gunakan jalan balak pula. "Diorang nak buat kerja-kerja pemecahan batu." Itulah alasan yang Salan terima daripada kontraktor berkenaan. Bimbang tentang keselamatan. Ahhhh b*** s***! Tiada langsung bukit batu di sini. Aku pasti ini adalah projek haram. Atau kelulusannya dilakukan secara haram. Beberapa buah excavator bertebaran di sana-sini bersebelahan jambatan besi ini. Bukit-bukitnya pula telah siap di lerengkan. Manalah pulak si Karam Singh Walia nih... selalunya dialah yang sibuk membuat report. 11.20 pagi aku tiba di jambatan besi. "Aku amik gambo kau kat sini, pasni kalo kau datang lagi... jambatan nih mesti dah runtuh." Kata Salan. Sebenarnya pagi tadi Salan cuba mengikut jalan baru yang telah di buat bersama Muz semalam. Jalan tersebut terus sampai di jambatan besi. Tak perlulah nak melalui kawasan pembinaan di sini. Tapi Salan dah lupa jalan yang di buat. Kerap kali aku membantu Salan mencari arah. Trek tidaklah teruk sangat. Dusun durian dan buah-buahan lain banyak terdapat di kiri dan kanan jalan. Cuma buahnya belum masak lagi. 12.30 tengah hari. Sampai di kampung orang asli semua peserta berehat untuk makan tengah hati. Aku macam biasa masak megi jekkk. Hanya sebuah rumah sahaja yang masih didiami oleh penduduk orang asli di sini. Yang lain semua telah berpindah setelah di arahkan berbuat begitu. Menurut Salan kawasan perkampungan ini akan tenggelam setelah empangan tersebut siap di bina. Destinasi seterusnya ialah perkampungan pacat. Pacatnya memang tak terkira banyak. Tak sanggup aku nak tunggu lebih lama di sini. 5.10 petang sampai di camp site Batu Besar. Inilah punca air yang terakhir sebelum tiba di Kem Seroja. Salan mengarahkan summer orang bawa bekalan air untuk memanjat Bulit Penat sebelum turun ke Kem Seroja. 6.45 sampai Kem Seroja. Aku membilang pacat. 2 ekor berjaya mengigit tanpa rasa perikemanusiaan... darah keluar tanpa henti. 4 ekor lagi mengigit lalu menghilangkan diri... hanya tinggal parut sahaja. Manakala 3 ekor lagi menemui kegagalan dalam usaha mereka untuk menghisap darah aku... berjaya dicabut. Dan beribu-ribu lemon lagi yang aku cabut dari kasut aku sepanjang perjalanan. Malam memang masa untuk berehat. Menjelang pukul 9.30 malam suasana menjadi sepi. Masing-masing telah hanyut dibuai mimpi. Letih. Maklumlah hari pertama perjalanan.

Log XPDC Pilihan - Trans Titiwangsa V1

170

Hanya fikiran aku yang nasih menerawang di malam sepi begini. Jauh entah ke mana. Di celah angin malam. Dalam sejuk mendakap sukma... Ku cari cahaya dalam kekalutan warna Sewaktu malam resah mengibarkan sayapnya Ku temui dia bayang malam yang terluka Pesona cintaku pun terbakar Dan puisi cinta tertumpah tintanya berdarah Tersingkir dari titian makna yang setia Tercalar purnama turut sama menjadi kan saksi Luka cinta ku yang tak berhenti Malam yang ku dakap mengerikan mimpi Malam yang ku dakap telah dinodai Harumnya bunga cinta dibasahi hujan Sebaknya di hati ku tangisan Kusimpan kenangan bersama malam kecundang Patah sayapnya kehampaan Begitulah aku kau tersiar di pandangan mata Setelah kian lama dalam dakapan cinta Patahlah sayapnya malam yang penuh dengan sengsara Bagai diriku yang tak berdaya II : KEMUNCAK SEPI : Dari Ipoh ke Tanah Rata 8.30 pagi perjalanan di mulakan. "Any body who was ready to go let follow me. Today we will climb up to Korbu peak." "How about gang from KL" "They will follow Salan." "Abang... did we need to bring water?" "One bottle is enough... when we reach the last water point before Korbu, all of you need to bring two bottle at least. There no water at the peak." Hanya dua orang sahaja orang Melayu dari Singapura nih... Tipah dan Azmy. Selain dari itu semuanya Cina dan tak faham Bahasa Melayu. Selain daripada Tipah dan Azmy, akulah yang menjadi translator bahasa kepada Salan. Abang... abang... abang... hanya itulah perkataan Melayu yang diorang tahu. Itupun sebab diorang nak panggil aku... panggillah abang. Lagipun diorang nih semuanya student politeknik di Singapura. Pagi ni aku menjadi guide sekejap kepada budak Singapura. Salan terpaksa menunggu kumpulan dari KL yang agak lambat persiapannya. Dalam perjalanan Salan berjaya memotong aku yang berada di depan sekali. Walaupun aku bergerak awal... tapi memang aku nak tunggu Salan.

Log XPDC Pilihan - Trans Titiwangsa V1

171

10.17 pagi sampai di Kem Kijang. Menurut Salan, kem nih memang terkenal dengan agas. 12.20 tengah hari aku sampai di last water point sebelum Korbu sebagai sweeper bagi kumpulan budak Singapura ini. Ada yang mengambil air dan ada yang sedang menikmati makan tengah hari. Aku pula menghabiskan nasi goreng pagi tadi yang di jadikan bekal. "I suppose you to cook your dinner here... it will safe your water when you reach the summit. We will meet water point maybe late tomorrow evening after we going down from Gayong... you can divide your rice after cook between all of you to make your beg become not too heavy." Panjang penerangan aku. Aku sendiri pun masak nasi untuk malam nanti di sini. Semuanya atas arahan Salan. Sementara itu Salan menyuruh aku hantar SMS kepada Muz. Ada line telefon lagi tuh kat tengah hutan nih... 3.20 petang aku sampai di puncak botak. Di bawah aku alam luas terbentang sesayup mata memandang. Tapi kabus mengelilingi alam... tiada apa yang dapat di lihat. Hanya warna putih sahaja yang kelihatan. Sesekali kabus menipis, dapatlah aku lihat puncak Korbu yang berdiri megah di hadapan aku. Tinggi dan sayup. 6.20 petang aku sampai di puncak Korbu. "Last time two climbers were died here." "Haah!! Why?" "In the night they sleep in the tent. To getting warm... they switch on the lamp tern... so they died cause of the poisoning." Aku menerangkan kejadian sedih yang berlaku di sini beberapa tahun lalu kepada budak Singapura. Besi Beirut di sini telah dipotong semasa kes kematian dua orang pendaki tersebut. Untuk membolehkan helikopter mendarat di sini bagi mengankat mayat mangsa. Mungkin aku boleh sampai lebih awal dari waktu ini. Tapi sebagai sweeper aku menjadi orang yang sampai paling lewat. Tetapi kumpulan dari KL tuh belum sampai lagi. Salan menjadi risau. Trit..tit..trit…tit "Hello..." "Hello... ko kat mana nih...?" "Aku kat kelas nih... tapi belum start lagi... tengah tunggu..." "Oh... iye kerrr.." "Kau kat maner nih... kater pegi..." "Aku di puncak Korbu... he...he...he..." "Yea..." Tittt...tit... alamak bateri pulak habis. Baru jekk tadi aku SMS dia. Tapi masih lagi nak menelefon dia...

Log XPDC Pilihan - Trans Titiwangsa V1

172

Kumpulan pendaki dari KL tuh masih belum sampai lagi. Aku berborak dengan budak-budak dari Singapura nih. Termasuklah Salan. Kadang tuh Azmi... kadang tuh aku yang menjadi translator Salan. Menjelang pukul 10.00 malam Salan mengajak aku turun menjejaki kumpulan pendaki dari KL tuh. Tak sampai lima minit turun, kelihatan cahaya lampu tidak jauh melepasi puncak botak. Salan lega. Aku pun kembali ke khemah. Hampir 11.00 malam barulah diorang tiba di puncak Korbu. Sempat jugalah aku tolong diorang sikit sebelum aku masuk tidur. Tidur di puncak gunung nih sendiri mau ingatlah kepala aku dah bertutup dengan snow cap... tangan siap pakai glove... kaki dah pasang stoking... overall aku dah menutup satu badan... masuk dalam sleeping bag masih lagi aku terasa sejuk! I'm standing on the bridge I'm waiting in the dark I thought that you'd be here by now There’s nothing but the rain No footsteps on the ground I'm listening but there's no sound Isn’t anyone trying to find me Wont somebody come take me home It's a damn cold night Trying to figure out this life Wont you take me by the hand take me somewhere new I don’t know who you are but I I'm with you I'm looking for a place I'm searching for a face Is anybody here I know Coz nothings going right And every thing a mess and no one likes to be alone Why is everything so confusing Maybe I'm just out of my mind I'm with you I'm with you

Log XPDC Pilihan - Trans Titiwangsa V1

173

III : PERIT KENANGAN : Dari Ipoh ke Tanah Rata Trit...tit...trit...tit "Hello..." "Hello... aku nih KABUSGUNUNG." "Eh kau kata pegi..." "He...he...he... aku berada di puncak Korbu." "Iiiieeeeee... best nyer..." "Hari ni aku akan ke Gayong dan Yong Belar ko kirim salam kat bebudak sekali." "Bestnyer... okey selamat" "Selamat..." "Assalamualaikum" "Waalaikummussalam" Aku harap POGOLIX tak menyimpan rasa jeles sebab aku telefon dia pagi-pagi buta nih dari puncak gunung. Persiapan pagi nih agak perlahan kerana menunggu Langit dan kawan-kawannya. Pagi nih aku tak lalu nak makan. Nasi yang aku masak malam tadi untuk digoreng pagi nih aku masukkan sahaja ke dalam beg. Aku hanya makan dua keping roti yang Salan bawak. 9.30 pagi barulah aku bergerak ke ke Gunung Gayong. Kabus pagi yang mengusapi Banjaran Titiwangsa menghalang pemandangan jauh. Tiada apa yang dapat dilihat kecuali warna putih. Mungkin hujan yang membasahi kawasan tanah rendah menjadikan kabus semakin menebal. Tidak kurang juga yang menyalahkan aku kerana kehadiran kabus pagi ini. 11.30 pagi aku sampai di Gayong. Terus aku keluarkan nasi yang aku bawak. Goreng seekor ikan masin dan makan sampai kenyang. Aku kongsi makanan dengan Salan. Selesai makan dan bergambar aku pun bergerak ke Kem Cerek. "Kabus... ko bawak diorang turun ke Kem Cerek." "Wokeh..." Sekali lagi Salan meminta aku menjadi guide untuk budak Singapura. Sementara itu dia menungu Langit dan rakan-rakannya selesai buat air milo. Selepas itu Salan mengejar aku dari belakang. Tidak lama selepas Salan memintas aku, semua peserta sampai di Kem Cerek. 1.05 petang aku sampai di Kem Cerek. Langit dan rakan-rakannya pun sampai tidak lama selepas itu. Langit berhenti untuk masak makan tengah hari. tetapi budak Singapura nih tak sabar untuk berjalan ke H2O Valley, camp site untuk bermalam. Sekali lagi aku menjadi guide. 4.00 petang tiba di puncak Gunung Junction. Habis sebatang rokok aku di sini. Tapi Salan masih belum sampai. Aku meniggalkan sekeping nota, lalu bergerak ke H2O Valley. Turun ke H2O Valley umpama menurununi lurah yang paling dalam. Tidak pernah aku lalui trek yang sebegini curam, dalam dan sukar. Dan tidak terlintas sama

Log XPDC Pilihan - Trans Titiwangsa V1

174

sekali dalam hidup aku terdapat trek yang sebegini rupa. Aku mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Gunung Serudum yang aku naik awal tahun dulu. Hanya peserta yang mengikuti ekspedisi Gunung Serudum sahaja yang tahu bagaimana peritnya perjalanan. Jika hendak dibandingkan dengan Trans Titiwangsa yang aku lalui sekarang... sungguh berbeza. Memang terdapat rasa perit selepas menuruni Gunung Serudum dulu. Tapi bila aku bandingkan dengan Trans Titiwangsa nih... Serudum tuh hanyalah trek untuk main-main sahaja. Tahap kesukarannya jauh bara dari api! Trans Titiwangsa membalas segala keperitan yang aku lalui di Serudum. Memang tak pernah ada rasa kesal dalam diri aku pergi ke Serudum. Kerana Serudum memberi pengalaman untuk ekspedisi yang lebih mencabar lagi. Serudum jugalah yang mengukap perasaan untuk membuka tirai hati. Dan memberi nafas baru untuk menyelami perasaan. Senja semakin kelam. Petang mula merangkak malam. Salan sempat memintas aku sebelum hari malam. Selepas mengarahkan semua peserta memasang lampu suluh, aku di belakang sekali menjadi sweeper. "Abang... abang are you okey?" "Yes... I’m okey." "You need torch light?" "No need... don’t worry about me. I’m using a light from my heart." Aku kenal itu suara Wei Xiang. Dia yang paling banyak bercakap dan menegur aku. Mungkin dia hairan melihat aku yang berjalan tanpa lampu suluh. 9.00 malam barulah sampai di H2O valley. Bersama Salan aku memasang khemah. Selepas masak nasi, masing-masing memasak lauk mengikut selera tersendiri. 10.30 malam barulah Langit dan rakan-rakannya sampai. Aku memerhatikan mereka memasang khemah dan memasak. Hujan yang sekejap di tengah perjalanan tadi menjadikan cuaca di lembah ini sungguh sejuk. Apabila jam mencecah tengah malam aku pun masuk tidur. Sejuk sungguh mencengkam walaupun sleeping bag meyeliputi tubuh aku. Agas yang dengkikan kedamaian hati sesekali mengigit liar. IV: PERJALANAN SEPI : Dari Ipoh ke Tanah Rata Aku ingat semalam bolehlah sampai di puncak Yong Belar. Tetapi tidak. Jarak antara Korbu dan Yong Belar memang jauh. Hari ini perjalanan agak lewat kerana menungu Langit dan rakan-rakannya siap berkemas. Tetapi menjelang 9.30 pagi mereka belum siap lagi. Salan tetap meneruskan perjalanan bersama aku dan kumpulan dari Singapura. 11.50 pagi aku sampai di puncak anak Yong Belar sebagai peserta paling akhir. Itulah tugas sebagai sweeper. Salan sedang memanaskan air kopi. Aku tahu stok rokok sku tak cukup. Separuh sahaja aku hisap... selebihnya aku simpan. "Lan aku nak speed ke Yong Belar." "Haaa... pergilah..."

Log XPDC Pilihan - Trans Titiwangsa V1

175

Aku memulakan langkah. Berseorangan aku mengejar puncak Yong Belar. Aku meniggalkan Salan dan para pendaki dari Singapura yang belum puas berehat di anak Yong Belar. Tiada siapa di sisi aku. Satu demi satu langkah aku hanyun. Tidaklah terlalu laju. Boleh dikatakan aku mengatur tapak satu demi satu. Sesekali burung berkicau riang. Memecah sunyi perjalanan ku. Pasangan rama-rama yang beterbangan menjadi penghibur di kala sepi begini. Indah kehidupan mereka. Bebas ke sana-sini. Suara hutan seolah-olah mengalu-alukan kedatangan aku. Dapat aku rasakan betapa rapatnya diri aku dengan alam ciptaan Tuhan. 1.52 petang aku tiba camp site Yong Belar. Namun puncaknya masih belum kelihatan. Tersentak hati aku melihat suasana di sini. Akibat perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab... inilah kawasan perkhemahan yang paling kotor sekali. Bangsattt! 2.40 petang aku menjejak kaki di puncak Gunung Yong Belar. Tiada siapa di sini. Mentari juga dari pagi-pagi lagi amat segan sekali cahayanya. Tiada kilauan terik yang membakar kulit aku. Perut kosongku sudah mula berbunyi. Apalagi megilaaa... yang menjadi pilihan aku. Hampir sejam aku di sini, barulah Salan dan budak dari Singapura tersebut sampai. Dapat aku simpulkan bahawa aku boleh sampai dua jam lebih awal dari orang lain di sesuatu camp site. Ini kerana aku menungu hampir sejam pada setiap pagi setelah selesai berkemas. Dan aku juga boleh sampai satu jam lebih awal dari mereka pada setiap camp site. "Kabus aku lapar nih..." "Nie haaa... nasi pagi tadi ada lagi... ko amik separuh pastu campur ngan perencah nasi goreng tuh..." "Okey... aku makan dulu ko bawak diorang turun ke Kem Gurkha." Selesai bergambar, aku mendahului peserta lain untuk turun ke Kem Gurkha. Aku menjadi guide di tempat yang aku sendiri tak pernah lalu. Salan di belakang sekali berjalan sambil makan nasi goreng. Langit dan rakan-rakannya tidak langsung kelihatan jauh sekali di belakang. "Come on... we follow the terminator." Itulah gelaran yang aku dapat dari budak-budak Singapura nih... The Terminator. Memulakan langkanh untuk turun dari puncak Yong Belar langit mula berdentum... awan menitiskan airnya, sedikit demi sedikit... akhirnya menjadi lebat. Begitulah cuaca sepanjang perjalanan pada hari ini. Tapi aku seolah-olah kebal dari semua halangan seperti ini. Pengalaman yang aku perolehi semasa Ekpedisi Serudum mengajar aku untuk menghadapi segala rintangan. Hilang rasa menyesal... keperitan Serudum terbalas di Trans Titiwangsa. Aku bernasib baik di sini... tiada angin kencang yang bertiup. Bayangkanlah jika hujan lebat pada ketinggian 5,000 - 6,000 kaki dari aras laut ini ditambah dengan tiupan angin kencang. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sejuknya diri aku ketika ini.

Log XPDC Pilihan - Trans Titiwangsa V1

176

7.30 malam. Aku tiba di satu kawasan perkhemahan di atas puncak yang berbatu. Aku pasti ini bukannya Kem Gurkha yang dikatakan oleh Salan. Tapi hari sudah menjelang malam. Aku harus menuggu Salan yang berada di belakang sekali bersama beberapa peserta yang telah pancit. Tidak lama kemudian Salan sampai. Menurut Salan, Kem Gurkha lebih kurang 2 jam sahaja dari sini. Tetapi ada beberapa peserta Singapura tidak mahu berjalan malam. Macam-macam alasan yang aku terima. 2 jam bukannya lama sangat... tetapi keputusan telah diambil. Bermalam di sini pun ada juga baiknya. Aku menghidupkan telefon bimbit. To:0133847990 Msg: Di depanku peak y.belar yg ptg tadi aku tawan. Kalo menyirap minum sirap byk2 Itulah yang Salan beritahu pada aku... puncak yang paling tinggi di depan aku nih ialah Gunung Yong Belar. Aku pula tak sangka ada line telefon di sini. Aku pun turut menghantar dan menerima SMS dari dia. Aik kat mane nie. Ada line la pulak.? From: +60122289514 10:32pm 13/6/03 Malam nih bulah mengambang penuh. Tanpa rasa malu... permaisuri malam ini memberi cahaya dalam kegelapan. Tertumpah sinarnya di persada hati. Terang mewarnai alam. Trit...tit...trit...tit "Hellooo..." "Hello... eh! Ngkau nih tak habis-habis nak menjeleskan orang jekkk..." "He...he...he..." Baru sahaja tadi aku menerima SMS dari dia. Tetapi masih lagi nak menelefon dia... takkan baru sehari tak dengar suara dia, aku tak boleh tidur...??? Nasib baiklah Azmy punya telefon baterinya masih banyak... dapatlah aku tukar sim kad nak bergayut. Azmy pakai Starhub... kat Malaysia nih bukannya ada line sangat... Izinkan aku sayang Menyentuh perasaanmu Biar gelora cinta semalam Izinkan aku sayang Merindumu selalu Biar bergetar nalurimu Walau berkali kau membenci Cintaku takkan hilang Himpunan semua kemaafan Dengarkan oh rintihan Andainya kau pergi Gugurlah bunga cinta

Log XPDC Pilihan - Trans Titiwangsa V1

177

Terpadam mentari yang menyinar oh Pulanglah oh sayang Kau ku nanti penuh pasti Rintihan kecundang Untukmu oh sayang Ooo Ooo Oooh Pulanglah sayang V: MENCARI PENYAKIT : Dari Ipoh ke Tanah Rata Malam tadi aku cuba menunggu Langit dan rakan-rakannya. Tetapi sampai sudah mereka tak muncul-muncul. Semua orang tak tahu di mana mereka tidur. Budak Singapura nih dah tak sabar nak meneruskan perjalanan. Aku bergerak ke Kem Gurkha apabila jam telah menunjukkan pukul 9.30 pagi. Sekali lagi The Terminator menjadi guide. Salan mengambil keputusan untuk berpatah balik ke Yong Belar dan mencari Langit dan rakan-rakannya. Salan mengajak Azmy pergi bersamanya. Perjalanan ke Kem Gurkha masih perlu mendaki sebuah bukit yang tinggi dan tegak. Masuk hari ke lima segala otot dan sendi sudah mula terasa sakit. Bahu yang menggalas beg telah lama bertukar menjadi merah. Tumit kaki kiri aku sejak hari kedua lagi telah melecet. Hujung jari aku yang terperap di dalam kasut bagai menjerit sepanjang masa. Hanya Tuhan yang tahu bagaimana aku meneruskan perjalanan. 11.30 pagi aku tiba di Kem Gurkha. Sementara menunggu Salan aku masak megi... buat air teh... dan isap rokok. Matahari tepat-tepat di atas kepala aku, Salan masih belum tiba. Menjelang matahari tergelincir hujan mulai turun. Aku memasang fly sheet untuk berteduh. Wei Xiang dan Francis tumpang berteduh. Macam-macam yang dibualkan... banyak perkara yang diorang soal aku. "Abang... it’s okey we call you The Terminator..." "I don’t mind lah... actually I have a lot of name before this." "Abang... why you not walk with the KL group?" "Muz tell me that... one group from Singapore will come and go for Trans TTwangsa... so I come here to follow you." "Did you know that KL group before this?" "No...lah... I’m a solo climber... lone ranger... and still lonely." "Do you have girlfriend?" "Yessss... but... only me want at she... she doesn’t want me." "Aiiiyaaa... so sad...lah abang." Sudah nasib aku hendak buat macam mana... tak perlulah kau nak sedih... dah takdir tak mengizinkan.

Log XPDC Pilihan - Trans Titiwangsa V1

178

"KABUSSS..! KABUS..!" Kedengaran suara Salan di sebalik puncak bukit. Aku melihat jam, 5.30 petang! "Woiii..! Apsal tak sampai esok jekkk...!!!" Tujuh jam aku menunggu. Barulah Salan sampai bersama Azmy. Kalau aku berjalan nih... dah tentu sampai di empangan kat Cameron. Langit, Awan, Pret. Megat dan Ngai muncul tidak lama kemudian. Barulah aku tahu diorang nih tidur di camp site sebelum puncak Yong Belar malam semalam... camp site yang paling kotor! Apa yang paling membengangkan aku ialah sampah-sampah yang bertaburan jelas sekali kelihatan masih baru. Baru sahaja ditinggalkan... oleh manusia KEPARAT!!! yang tidak tahu menjaga kebersihan dan keindahan alam. Memang Salan ada cakap pada aku. Semalam ada sekumpulan pendaki masuk... diorang pun buat Trans Titiwangsa jugak. Bukan orang lain yang menjadi guide. Member Salan jugak... duduk di Tanjung Rambutan. Habis tuh... siapa yang nak dipersalahkan??? Guide atau orang yang mengikutnya? Punyalah penat aku bawak turun plastik megi dan tin sardin yang aku bawak naik... diorang main sedap jekkk buang sesuka hati. Itu belum kira plastik wafer yang aku jumpa sepanjang jalan nih... #@(k them aLL!!!! Keputusan di ambil untuk tidur di Kem Gurkha. Malam terakhir memang seronok. Makanan memang mewah. Aku memasak bersama Langit dan rakan-rakannya. Sebelum tidur pula macam-macam yang dibualkannya. Ditambah lagi dengan gelak tawa yang menghiburkan. "Bukit Penat tuhhh... memang penat, sebab Bukit Lagi Penat... lagilah penatnya...," kata Salan. Kah...kah...kah... Diatas bumi ini ku berpijak Pada jiwa yg tenang dihariku Tak pernah ada duka yg terlintas Ku Bahagia Ingin ku lukis semua hidup ini Dengan cinta dan cita yg terindah Masa muda yg tak pernah kan mendung Ku Bahagia Dalam hidup ini Arungi semua cerita indahku Saat saat remaja yg terindah tak bisa terulang Ku ingin nikmati Semua jalan yg ada di hadapku kan kutanamkan cinta tuk kasih ku agar Ku Bahagia

Log XPDC Pilihan - Trans Bintang

179

TRANS 4 BINTANG (Adlyana) (Bintang False - Bintang South - Puncak Bintang - Bintang North) Trans Bintang - ekspidisi penamat utk tahun 2006 berjaya dengan cemerlangnya... Terima kasih tak terhingga buat Syed aka Labyrinth & Fizi aka Pekatu yg sanggup bagi aD peluang join team korang utk xpdc kali nih.. pada sumer member yg ikut trip nih & pada yg byk bagi semangat.. thanks korang!!.. *big hugs*.. Jumaat, 22 Dec 2006 salesman Tearproof : Sory arr dik, baru kejap tadi ada customer beli karrimor panther 55+15 tuu. aku yg kuciwa : Aiseyyy, habislahhh.. cuba awak kol outlet lain.. takkan sumer tempat dah abes kut? Lepas tipun sumer 4 outlet Tearproof dlm kl nih, dia pandang aku sambil gegeleng salesman Tearproof : Sory la dik, mmg tader. Kalau nak order stok baru pun, tataw bila buleh dapat. lagipun, tu model terbaru.. kompeni juz letak satu beg setiap outlet. aku yg kuciwa : *iskkkkk*... taper la.. nih nombor saya. kalau model tu ada, inpom la.. Sedihh bai.. Nak harapkan deuter 40+10 yg aku ada, mmg tak muat laa nak bubuh barang utk trip transpek. Aku kan suka bwk bebyk kunang-kunang (dibaca sebagai 'kudap-kudap'). beg aku tu mana muattt. Nmpknya, terpaksa mintak jasa baik chua - pinjam deuter 55+10 dia. Hmm, pinjam lagikkk.. Taim pegi Trans V2 pun pakai beg dia gak. Ekceli ada dua tiga member offer pakai beg derang, tapi ntah naper aku lebih suka pakai beg chua. Ada rasa konpiden kat situ. Chua bagi syarat kalau nak bawak beg dia.. kena bawak balik buah pala, buah salak dan laksa yg dijual kat tepi sekolah area bukit mertajam kat pulau pinang (huhhh melampauuuu btull permintaan dia nihhh). Tepat kul 10.20 mlm, aku sampai kat platform 19, Puduraya. Dari jauh nampak kelibat Syed, kak Yati, Mawi, Adhazira, Fuzzy & cik Leey. Bas bertolak kul 10.30 mlm.. and the journey begins.. Sabtu, 23 Dec 2006 fuzzy : aD bangun.. dah sampai Kamunting aku yg mamai : Kul baper ek? fuzzy : 2.30 pagi

Log XPDC Pilihan - Trans Bintang

180

Awalnya sampai? Apa nk buat kat stesen bas sesubuh gaban camnih? Lepas kumpulkan beg kat satu tempat, aku polow kak Yati n d`geng lepak kat restoran depan bus-stand. Dalam kul 4.00 pagi (kut?), team kedua sampai: fazi, daus, skem & hakim.. pastu, cik pisang plak sampai bawak rations.. Sangappp.. bas paling awal ke Selama pukul 6.15 pagi. Ada masa lagi beberapa jam. lamanyerrrr nak tunggu..hmm, ikutkan nih kali kedua aku naik bas gi Selama (tapi dulu naik dari Taiping). 6.18 pagi.. Ya Allah, kita terlepas bas!!! taper.. taper.. kita tunggu bas seterusnya.. Tunggu punyer tunggu punyer tunggu punyer tunggu... astaga.. Bas seterusnya dijadualkan pukul 8.15 pagi.. pehh lagi 2 jam??!!!! sadis tul.. Perjalanan ke Selama aku rasakan mcm selama-lamanya laahh. 9.15 pagi.. Sampai gak kat Selama. Still tak berubah pekan kecik nih. Jumpa Mail. Dia inform tak dapat join sbb ada hal family. Pastu jumpa Mali - the legendary guide. Nih kali kedua aku jumpa dia. Dah ada awek nampakkk.. *hehe*.. Sempat gak berkenalan dgn trekkers baru, Gee, Sha, Baby and Abg Lan (sweeper). Dekat kul 11 pagi, sumer dah naik powil (2 powil diguna utk team kami). andddd apalagasss.. yeahhh bebeh, gunung bintangs.. come to mama! Kalau tak silap, lebih 4 jam duduk dlm 4wd. Jauh giler starting point nih yer? Kalau jalan kaki, mau semputt dibuatnya. Tgh syiok layan trek balak, 4wd yg aku naik tu sangkut. Tayar terbenam. Aiseyymennn.. tolak gegamai pun tak jalan. terpaksa mintak bantuan satu lagi powil - tarikkkkk.. Alhamdullilah, lepass! take 5 jap kat tetengah trek. Layan nasi lemak daun pisang Selama mariii.. syedapp sey. Perjalanan diteruskan lagik. Depan sikit je dah sampai bukit Sempadan. Terus pacak kemsait.. sumer mcm tak caya! ekceli, kami sepatutnya kena layan trekking trek balak hari tu. Tapi dek kerana 4wd buleh bawak kami terus ke kemsait, maka terselamatlaaa kami dari menanggung azabbb hari pertama.. *syukur*.. (note: waterpoint juz 15 minutes away) Santai wong btul hari nih.. cuaca plak cerah.. mcm mengalu-alukan kedatangan kami. Tapiii, cam biasalah. tak buleh nak hepi lelebih. esok, cabaran 4 bintang akan bermula.. *gerun*.. Menu dinner, sambal udang + petai yg aku beli kat Selama.. gulai pucuk paku & sayur kangkung goreng.. (mekaceh kak Yati & chef-chef yg lain).. sumer lauk peberet aku.. charer!

Log XPDC Pilihan - Trans Bintang

181

Ahad, 24 dec 2006 Rasa nak je aku buat tabik hormat kat fizi coz pilih tarih yg aku anggap perfect utk trip nih. Cuaca sepanjang trip cerah dari pagi bawak ke petang. Disebabkan cuaca yg terik, aku berjaya menjimatkan penggunaan baygon. Buleh dikatakan kebarangkalian untuk seekor pacat hinggap kat kaki dalam sehari langsung tader. Alhamdullilah, halangan pertama dapat diatasi dgn mudah. 10 pagi, Lepas siap packing, kami tinggalkan beg kat kemsait dan buat daypack ke gunung bintang pertama - Bintang False. Kata fizi (selaku kem komanden), sepanjang trek tader waterpoint. so, pepandailah bawak air minum tuk diri sendiri. Kununnya gunung nih dinamakan false sebab kedudukannya yg tak selari dgn gunung bintang yg lain (kata Mali arr). Permulaan trek agak biasa. Cuma letih nak mengharung semak, duri, buluh, meniti atas balak, etc. View sepanjang trek mmg menarik. Kiri kanan dipenuhi dgn pokok kipas gergasi. Mcm dalam pilem jurrasic park pun ader.. Dari jauh dah nampak puncak bintang false.. sayupnyerr. Dekat kul 3.00 ptg baru kami sampai puncak. View mmg tader. Tapi kepuasan mmg jelas tergambar.. yeargghh one down, another three to go.. oh yer, kat puncak false nih, ada kolam. Muat utk sekor gajah berendam. Warna air agak kekuningan. Tak try lak sama ada buleh minum atau tak. tp, rasanya kalau darurat, buleh lah ditelan.. Lama jugak lah kami melepak kat atas tu. Syok layan berborak tepi kolam dgn phop, fuzzy, kak Yati, syed & mawi. whilst yg lelain, zZzzz.. syian derang penat. Lewat kul 4 ptg, start gerak turun.. memasing laju & konpiden je. Tak sedar dah tersasar jauh dari trek asal. Mekaceh kat Mawi dan GPS nya. Dari jauh sayup je dengar bunyi mercun tanda kecemasan dari team depan. Kompem derang dah sedar kami tersesat. taim tu mali & yap dah patah balik carik kami. Nasib baik jumpa balik trek asal.. yg best tu, memasing tak panik (yelah, abg GPS ader). Citer tersesat bertukar jadi bahan tuk gelak tawa. Hari semakin gelap. Sampai kemsait dalam kul 8.00 mlm. fizi inform, kami kena teruskan perjalanan ke sg sebonton. Maybe sampai sana dekat tengah malam. aku ok je. tapi kena alas perut dulu. Lepas acara membedal 3 buku roti beramai-ramai, kami pikul beg menuju destinasi seterusnya. Trek agak santai. Jalan menurun bukit. Dekat dua jam gak arr layan trek balak nih. Almost kul doblas baru kami sampai. Kawasan kemsait kat sini tak la luas mana. tapi rata. waterpoint plak, sebelah je. Menu mlm nih, ayam kluk-kluk panggang, ginger bread, krismas present!! huhhhhhh berangan laaaa.. ekceli, kami makan tomyam & daging masak kicap.. Berselera sungguh

Log XPDC Pilihan - Trans Bintang

182

aku makan even waktu tu dah jam dah pukul 2 pagi! mekaseh lagi buat barisan chef-chef terkemuka. Isnin, 25 dec 2006 Bangun pagi, tgk stoking.. hmm, tadok apa pong. Aper laa santa claus nih.. kedekut btul. Mission kami hari nih utk menakluk 2 puncak bintang sekaligus.. Memula puncak South pastu puncak Bintang!! Kami dijadualkan bermalam di gunung Bintang. Hmm, bunyik mmg cam senang.. 11 pagi, lepas sarapan mee goreng yg syedapp.. *yummy*.. kami start trekking ke bintang South. Perjalanan dimulakan dgn merentas anak sungai (sebelah kemsait) dan mcm biasalah.. diikuti dgn trek yg semak samun, hutan belukar bagai. Trek kali nih mmg menyengat. Kata Mawi, kami byk buang masa ikut jalan zig-zag masa nak cari jalan ke puncak. Halangan kali nih mmg macam-macam.. duri, resam, buluh, tebing botak yg curam.. Lewat ptg, halangan semakin hebat.. puncak batuuu. view kat sini mmg cuNn.. batu kat puncak nih lebih kurang mcm kat gunung Datuk. Mungkin lebih besar lagi kut. Gayat gak la bila lalu kat tepi-tepi tebing puncak berbatu nih. kata Mali, last dia guna trek nih masa tahun 1994.. pehh.. Cabaran tak habis stakat tu. Lepas je puncak batu, kami terpaksa jadi cicakman. Memanjat tebing curam 85º - 90º.. dah la curam, tanah peroi, berduri plak tu.. dekat kul 6.00 ptg kami sampai kawasan permatang. Almost maghrib kami sampai kat last water point. Kat sini, fizi decide kami pikul air dan bermalam di puncak South. Harapan nak tido kat puncak Bintang terpaksa lupakan. Ingatkan dah sampai permatang, jalan semakin senang.. berangan je laa kauu.. trek ke puncak south lunyai dilanyak gajah.. berselut!!!! pewai dibuatnya. Dekat kul 10 mlm kami sampai puncak South. Kata Mali, tak pernah ada org tido kat puncak tu. Kira kami antara perintis la nih. Kawasan kemsait mmg tak rata. View langsung tader.. kawasan puncak penuh buluh. cuaca kat puncak sejuk yg amat + angin bertiup mcm ribut + hujan renyai sepjg mlm.. *brrrrrr* Mekaseh tak terhingga buat barisan chef.. dlm keadaan cuaca yg sejuk menggila, derang bertungkus lumus siapkan dinner.. menu mlm nih, nasik paprik + ayam + papedum. mood tak ok mlm nih.. sleeping beg basah. serrrrjurrrkkkkk...!!

Log XPDC Pilihan - Trans Bintang

183

Selasa, 26 dec 2006 Hujan dah benti.. tapi anginnnn still mcm ribut. sib baik nih bukan first taim aku layan hutan kat banjaran bintang nih. kalau tau, mau menangis tak berlagu. Mission hari nih, sambung trekking ke puncak Bintang dan bermalam di puncak North. 10 pagi, gerak turun dari puncak South. Trek mmg menyengattt.. dalam cuaca sejuk camtu kena plak layan trek buluh.. azabbbbbb!! lepas 2 jam trekking, jumpa last waterpoint. Tak ramai yg turun amik air coz bekalan air semlm still byk lagi. yg turun juz mali, yap & abg lan. Heran btul aku tgk yap, org duk beku tahan sejuk, dia boleh memandi sengsorang kat waterpoint tu.. dasarr otaiii. Kat area nih ada 2 kawasan waterpoint. Tempat yap mandi tu yg first. yang kedua plak, sebelum Kem 2 Pagi (mali punyer kemsait emergency dulu) Trek lepas tu mmg mencungapp.. kekejap kang pacakkkk tak hingat. pastu turun plak.. ada lah dalam 7 puncak tipu yg terpaksa diredah.. pewai lagikkk Dekat kul 3 ptg baru kami sampai puncak gunung Bintang. Luas giler kawasan dia. Ada beirut, tapi dah penyek dilanyak gajah. View boleh tahan la jugak (kalau tader kabus). taim nih aku lapar giler.. memasing bz masak utk lunch. Lepas makan, barulah bertenaga sikit. Perjalanan diteruskan. Hujan dah start turun renyai-renyai. Azab jugak lah nak menebas dalam keadaan camtu. Kesian plak aku tgk mali tak benti-benti menebas cari trek. Kekejap kang terpaksa benti cek topo & gps dgn mawi. Dalam kul 8.00 mlm, baru jumpa last water point. Memasing pikul air utk bermalam kat puncak North. Trek lepas waterpoint mmg hazabbb. Kena panjat tebing tinggi. Perjalanan plak byk kali tergendala disebabkan orang kat belakang susah nak kesan trek dlm gelap. Nasib baik team yg pegi nih tak sampai 20 org. Kalau gegamai, sure susah nak manage dlm gelap camtu. Sampai je kat satu kawasan tebing yg agak rata, mali arahkan kami kemsait kat situ. Taim tu jam belum pun pukul 9.00 mlm. Memasing mcm tercengang.. yelah still awal lagi. tapi camnerpun, mali knows the best. Katanya, perjalanan ke North agak bahaya kalau diteruskan taim mlm camtu. Apalagi, sting garden la kita.. jenuhlah duk berhimpit kat kemsait kecik tu. kaki kemana.. kepala kemana..hentammm.. huhuhu, kemsait kali nih bebtul kat kawasan laluan angin.. bekuuuuuuu!! Mlm nih, aku duk tolong Mawi & kak Yati masak (tolong tengok hehehe). Hujan renyai lagi mlm nih.. *brrr trrr trrrr*

Log XPDC Pilihan - Trans Bintang

184

Rabu, 27 dec 2006 Packing barang dlm keadaan angin yg menggila.. sejuk tataw nak kata. Dalam kul 10.30, kami gerak tinggalkan kemsait. Misi seterusnya, sambung balik pendakian ke puncak North dan teruskan perjalanan ke kawasan kampung di Kupang. Trek menuju ke North mmg giler azabbbbb.. 300 meter layan bamboo trail aku rasakan mcm 300 kilometer jauhnya.. trek buluh semata!! jalan atas buluh.. merangkak bawah buluh.. lompat atas buluh.. ntah berapa kali aku tengok org depan jatuh terperosok dalam buluh.. *ngeri*.. camnerpun, nasib baik la memember trekking sumer best-best blaka. memasing pakat menyanyi ntahapehape lagu semata-mata nak ceriakan suasana. Tader lah mental layan trek yg nauzubillahh... Kul 2.00 ptg baru kami sampai puncak North.. *takbir*.. akhirnya misi menawan 4 gunung bintang berjaya dgn cemerlangnya.. kat puncak nih tader view yg menarik.. keliling sumer penuh pokok. Lepas lelepak skejap, kami gerak turun. serrjurrkk mmg tak buleh blahh. Dalam 2 jam pastu, kami sampai kat waterpoint. Lawa giler kawasan nih. Air mengalir dari celah-celah batu besar (i do mean 'besar' ok) menuruni tebing-tebing batu mcm air terjun.. lawaaaaa.. kata mali nama kemsait tu Kem Malsin (or was it MASIN? ntah la). Kat sini hujan start mencurah.. Kata mali lagi, kat area tu byk pacat. tapi, alhamdullilah, maybe bukan musim kut.. Susah nk jumpa pacat taim tu. Lewat petang tu kami jumpa gak trek balak lama. Dah tak mcm trek balak pun.. rupa hutan gak. Hari makin gelap. tapi nak keluar hutan punyer pasal, memasing still bersemangat hayun langkah. Almost 13 jam trekking tanpa henti.. sikit lagi nak pecahkan rekod trekking paling lama masa kat V2 rituh. Lewat tengah malam, kami buat kemsait emergency buat kesekian kalinya.. Kesian tengok mali dgn mawi duk lari sini sana cari trek yg hilang. tak per lah.. esok masih ada. Maceh buat peneroka felda sg kupang yg sanggup buat obertime menebas kemsait. Menu mlm tu cuma, tom yam sayur, papedum dan telur masin (beras dah habis).. Memasing makan tanpa byk soal.. tanpa mengungkit.. aku kagum dgn semangat setiakawan dan tolak ansur camnih. (psssttttt.. wei korang.. hehehehe.. kemain lagik korang bertaruh ek?? saper menang??.. taper, pjg umur nnt kita jumpa lagik di episod akan datang nahh)

Log XPDC Pilihan - Trans Bintang

185

Khamis, 28 dec 2006 Yeahhh.. bersemangat btul bangun pagi nih. cuaca pagi nih cerah.. terpegun aku skejap tgk sungai sebelah kemsait.. lawaaaa.. (yelah, mlm td tak nmpk - gelap) Pagi nih memasing cam sengaja melewat-lewatkan proses packing barang.. even mali pun duk rilek je. Maklumlah, kejap lagi nak keluar hutan. Menu breakfast, bubur cha-cha.. yum yum syedappp (maceh chef) Almost kul 11 pagi baru gerak tinggalkan kemsait. Kali nih trek agak santai.. maklum lah, trek balak lama. redup je. Menebas pun sesikit je. Sepanjang trek ada sungai yg cuNn.. cuma yg tak best, bila kena jalan lebih kurang 12 km (laluan balak lama) utk keluar ke kawasan perkampungan berdekatan. terbakarr rasa tapak kaki nihhh. Kul 6.00 ptg, akhirnya sampai gak gak kawasan perkampungan.. lepak + mandi sebelum naik lori menuju pekan Baling, Kedah. ....tamatlah episod sengsara menyondol di trans bintang.

Gunung Check List

186

GUNUNG CHECK LIST

Essentials Optional

Trekking clothes Spare trekking clothes

Night clothes Climbing Gear

Rain Gear GPS

Gloves Topo Map

Hat / Cap Trekking poles

Walking Boots Rope

Socks

Haversack / Daysack

Water Carrier

Tents / Flysheet

Sleeping Bag

Sleeping Mat

Food

Stove / Solid Fuel

Messtin / Pot

Cooking utensil (spoon, fork, etc.)

Compass

Torchlight / Headlamp

Gas Lantern / Candle

First Aid

Sewing Kit

Knife

187

Lokasi Kawasan Pergunungan di Malaysia

Data Gunung di Malaysia

188

DATA GUNUNG DI MALAYSIA GUNUNG ANGSI, ULU BENDUL, N. SEMBILAN Hutan Lipur Ulu Bendul G. Angsi terletak di Hutan Lipur Ulu Bendul, di laluan Seremban-Bukit Putus-Kuala Pilah. Hutan rekreasi ini menyediakan kemudahan untuk berkhemah dan beristirehat. Jeram di sini menjadi daya tarikan utama pengunjung. Jeram Kak Lang Jeram ini kira-kira 20 minit treking dari Pos Renjer. Nama Kak Lang dikaitkan dengan Hantu Langsuir yang dikatakan tinggal disini dan sebab ini pendaki tidak dibenarkan berkhemah disekitar jeram ini. Puncak Puncak gunung ditanda dengan beirut. Kawasan puncak lapang dan terdapat bahagian yang berpokok untuk berteduh. pendaki bolah lihat bandar Senawang dan sekitarnya selain daerah Kuala Pilah. GUNUNG BAH GADING / BAR GADING, BIDOR Gunung Bar Gading juga disebut Gunung Bah Gading dan lebih kerap disebut Ba Gading berada di kawasan Hutan Simpan Bukit Tapah, Bidor, Perak. Gunung ini agak jarang didaki pendaki dan kurang diketahui umum walaupun jelas kelihatan dari Bidor dan Sungkai. Gunung ini dimanakan sempena nama seorang Orang Asli, Bagading. Diceritakan suatu masa dahulu si Bargading ini telah bertelingkah dengan keluarganya lalu lari bawa diri ke gunung tersebut. lalu orang kampung memanggil gunung itu Gunung Bagading. Satu lagi cerita bekenaan gunung ini ialah, dilihatan 2 puncak yang agak setara tingginya. Satu puncak dikatakan jantan dan satu lagi betina kerana suatu masa dulu terdapat sepasang suami isteri yang bertelingkah, masing-masing lari membawa diri di puncak berasingan. Puncak betina/emak adalah puncak yang berbeirut manakala puncak yang satu lagi tidak didaki oleh orang asli setempat. Laluan Pendakian Bermula dari Pekan Bidor pendaki perlu menaiki pacuan 4 roda melalui jalan ladang sawit, offroad menuju ke Pos Gedong, iaitu satu penempatan orang Asli. Sebelum itu perjalanan melintasi satu lagi penempatan orang Asli, Pos Senta, 10 atau 15 minit dari Bidor. Masa perjalanan ke Pos Gedong dari Bidor akan mengambil masa kira-kira 1 jam dan 3 kali melintasi sungai. Pos Gedong dikelilingi beberapa kampung Orang Asli kaum Semai. Kebanyakan orang asli di Pos Gedong datang dari Pahang, dan menggunakan bahasa Melayu Pahang selain

Data Gunung di Malaysia

189

bahasa Orang Asli Semai Pahang. Pos Gedong mudah dikenali memandangkan terdapat sebuah sekolah bangunan batu yang jelas nama Sek. Keb. Pos Gedong. Disisi sekolah ada kawasan padang luas boleh dijadikan kawasan rehat pendaki. 10 minit pertama pendaki perlu menyusuri penempatan Orang Asli di Pos Gedong hingga ke tepi Sungai Bidor di sebelah kanan. ini sungai pertama yang perlu dilintas. Seterusnya perjalanan menyusuri sungai ini. Ada masa melintas sungai, river trekking, melalui tebing sungai. Kira-kira 11 kali lintas sungai yang agak berjeram dengan ketinggian air paras lutut. Kira-kira 1 jam 45 minit tamatlah perjalanan di sungai. Seterusnya pendakian bermula dengan mendaki tebing sungai hingga ke trek balak tinggal. 1 jam trekking pendaki akan tiba di checkpoint sungai terakhir dan sumber air terakhir pendaki. Pilihan bagi pendaki yang tidak mahu basah, bolehlah terus menggunakan jalan balak dari Pos Gedong. Cuma cabaran trek yang terdedah dengan panahan mentari dan mendaki trek balak yang panjang. 3 jam trekking pendaki akan tiba di checkpoint sungai terakhir dan sumber air terakhir pendaki. Dari sungai terakhir, laluan masih trek balak lama. Banyak laluan balak telah terhakis dek aliran air hingga membentuk gaung yang dalam hingga 5 - 7 meter dalam. Tambahan pula beberapa tanah runtuh hingga ada laluan begitu genting cukup-cukup lebar tapak kaki, kiri-kanan gaung. 1 jam pendakian pendaki akan tiba di satu Kem Balak, tanah lapang dan datar, kelihatan bekas tinggalan kongsi balak. 100 biji khemah boleh didirikan disini. Terdapat satu view point menghadap banjaran gunung. 15 minit dari Kem Balak menyusuri lagi trek balak hingga mula trek hutan. Trek tidak berapa jelas, memandang lama tidak digunakan. Keadaan masih lagi mendaki dengan kecerunan melebihi 45 darjah. 20 minit - 1 jam treking dalam trek hutan pendaki akan tiba di atas permatang.Ada kemsite di atas permatang ini. Kawasan perkhemahan cukup besar dikelilingi pokok besar dan boleh menampung sekitar 40 orang. 160 langkah menyusuri permatang dari kemsite ini ada satu lagi kawasan yang boleh dijadikan tempat berkhemah memuatkan 10-15 orang. 20 minit pendakian seterusnya ada sumber air berhampiran trek. Pendaki perlu turun ke lurah yang cerun kira-kira 20 minit lagi. Sumber air disini datang dari alur air dan mungkin kering jika tidak hujan. Pendakian permatang ini tamat hingga puncak anak bukit 45 minit dari kemsite. Trek turun 10 minit kemudian mendaki daki kaki anak Bar Gading selama 30 minit hingga ke puncak anak Bar Gading. Pendaki akan melalui hutan buluh, Ada juga beberapa kesan peninggalan hutan terbakar dipanah petir. Sebelum tiba di puncak anak Bar Gading ada satu persimpangan, bebepa langkah ke sebelah kanan ada trek ke puncak anak Bar Gading manakala trek ke puncak disebelah kiri. Pokok-pokok resam tumbuh disekeliling puncak ini. Jika tidak berkabus pendaki boleh lihat pemandangan 360º. Perjalanan seterusnya ke puncak cuma 15 minit. Puncak ditanda dengan beirut. Pokok-pokok resam tumbuh memnuhi puncak begitu juga di bawah beirut. Dikatakan kawasan puncak pernah terbakar dipanah petir. Sama seperti puncak anak Bar Gading, pendaki dijanjikan 360 darjah panorama. Pendaki boleh melihat G. Batu Puteh dengan jelas dari

Data Gunung di Malaysia

190

puncak gunung ini selain banjaran gunung yan berbalam-balam. Pekan Bidor dan Sungkai juga boleh dilihat dengan jelas. Begitu juga dengan Pos Gedong. GUNUNG BATU PUTEH (BT. PUTIH), TAPAH, PERAK

Gunung ini dikatakan antara gunung 6000 kaki yang mencabar serta mempunyai trek yang 'hampir membunuh'. Gunung ini pernah ditutup untuk pendaki pada tahun 1995 selepas seorang pendaki dilaporkan hilang dan tidak dijumpai hingga kini. Kini gunung ini menjadi antara gunung yang mesti didaki oleh pendaki tempatan.

Hutan Lipur Kuala Woh Pendaki boleh ke sini dengan menaiki bas Tapah-Cameron Hingland dan berhenti di simpang ke Kuala Woh atau terus menaiki bas ke TNB Kuala Woh dari Tapah. Hutan Lipur Kuala Woh berada berdekatan simpang ke Kuala Woh. Terdapat jeram besar dan tapak perkhemahan disediakan. Empangan Dalam 7KM perjalanan dari Empangan Kuala Woh. Bagi pendaki yang berkenderaan boleh terus ke sini hingga tamat jalan berturap setelah melalui beberapa perkampungan orang asli. Simpang Y 5-10minit trekking pendaki akan menjumpai sungai bercabang seperti simpang Y. Memandangkan banyak trek hutan disini, Simpang Y menjadi petunjuk untuk pendaki. Disini pendaki perlu merentas sungai berjeram yang berarus dan agak dalam. Pendaki akan merentas sungai beberapa kali pada permulaan trekking. Sungai Akhir 1-2 jam trekking pendaki akan tiba disebatang sungai yang tenang dan berjeram sedikit. Pendaki boleh mengambil air disini sebagai bekalan untuk pendakian seterusnya yang lebih mencanak. Gua 3-5 jam trekking dari sungai akhir ada simpang ke gua. Ada pendaki menggelar gua ini dengan nama Gua Azan. Gua yang umpama batu besar mengangga ini biasa dijadikan tempat bermalam tanpa perlu mendirikan khemah. Bagi pendaki yang ingin mendirikan khemah masih boleh didirikan dihadapan gua ini. Terdapat sumber air dari celah batu tidak jauh dari gua ini yang membentuk anak sungai. G. Kak 1-2jam trekking dari Gua. Pendaki akan melalui lereng cerun berbatu yang curam dan berjuram dalam. Trek mencanak 70-80 darjah. Tangga buluh ada dibuat bagi memudahkan pendaki memanjat tebing untuk sampai ke sini, tapi adakalanya tangga buluh ini uzur dan pendaki perlu lebih berhati-hati. Puncak gunung ini terbentuk dari beberapa bongkah batu kapur putih hingga orang asli tempatan memanggil gunung ini G. Batu Puteh.

Data Gunung di Malaysia

191

Trail ke G. Batu Puteh tidak merentasi puncak gunung ini tetapi pendaki boleh melencong seketika ke puncak ini yang begitu dekat dengan tapak perkhemahan. Ada kumpulan pendaki yang ingin ke G. Batu Puteh menggunakan khidmat jurupandu arah dari kalangan orang Asli tempatan hanya dibawa sehingga gunung ini.

Terdapat satu kem site tidak jauh dari puncak ini. Jelas kelihatan G. Batu Puteh(beirut) yang besar dan bertebing batu setentang dengan gunung ini. G. Batu Puteh yang nampak melintang dari sini dipanggil G. Batu Lintang oleh orang asli tempatan. G. Kak pula dipanggil G. Batu Lintang oleh pendaki bagi menukar nama G. Batu Puteh yang diberi oleh orang Asli.

Last water point Dari G. Batu Lintang ke sini hanya melalui permatang hanya mengambil masa 1-2 jam trekking. Terdapat satu kawasan beristirehat diatas permatang dan punca air terakhir dibawah cerun yang bergitu curam hingga digelar 'air terjun nak terbunuh'. G. Batu Puteh Puncak gunung ini ditandakan dengan beirut dan yang tinggal kini hanya beirut tanpa zink. Jarak pendakian 2-3jam trekking dari Last Water Point. Kawasan khemah di puncak gunung ini boleh menampung 20-30 orang dalam satu-satu masa. Panorama gunung berbalam-balam boleh dilihat dari puncak gunung ini yang jauh ketengah belantara. Pokok-pokok yang renek dipuncak gunung ini serta menjadi laluan angin menjadikan suhu dipuncak agak dingin. GUNUNG BELUMUT, KLUANG, JOHOR Hutan Lipur Gunung Belumut G. Belumut terletak di Hutan Lipur Gunung Belumut, di Kluang. Hutan rekreasi ini menjadi tempat orang ramai berkelah dan bermandi-manda dijeram selain aktiviti mendaki gunung. Hutan Lipur ini turut menyediakan kemudahan untuk berkhemah dan beristirehat. Jeram di sini menjadi daya tarikan utama pengunjung. Pendakian ke puncak G. Belumut mengambil masa 3-6jam perjalanan. Batu Gigi (Crown Stone) Formasi batu yang agak menakjubkan berbentuk seperti beberapa batang gigi yang tersusun juga dipanggil 'crown stone' berada ditepi trek.Batu-batu yang kelihatan indah ini dikatakan batu gigi bawah manakala batu gigi atas yang seperti barisan gigi yang tidak lengkap atau rongak terletak tidak berapa jauh dan agak terlindung disebalik pokok. Keadaan rongak menyebabkan batu tersebut malu untuk menonjolkan diri sebaliknya melindungi dari pandangan mata pendaki. Punca Air Terakhir Punca air terakhir boleh didapati setengah jam sebelum tiba ke puncak. Terdapat lopak-lopak air yang adakalanya dipenuhi berudu. Air juga agak kekuningan sedikit.

Data Gunung di Malaysia

192

Puncak Puncak gunung bertanah rata namun terdapat sebongkah batu besar dan sebongkah lagi batu seperti pisau. Bongkah batu pisau inilah tempat yang paling tinggi di puncak G. Belumut. Pendaki boleh naik ke hujung Batu Pisau ini tanpa kelengkapan wall climbing tetapi perlulah berhati-hati. Kawasan puncak gunung ini boleh memuatkan kira-kira 15- 20 orang dalam satu-satu masa. Kawasan puncak dikelilingi pokok-pokok tinggi yang menghalang tiupan angin.

GUNUNG BENOM [BENUM], RAUB, PAHANG

G. Benom merupakan salah satu gunung yang mesti didaki oleh pendaki-pendaki tempatan. Cabaran mendaki gunung ini agak hebat dan dikategorikan hardcore trail serta panorama yang menarik ditambah pula terdapat jeram / lata dikaki gunung ini.

Lata Berembun Pendaki boleh masuk ke Lata Berembun dengan 4WD dari Pekan Sg. Klau, Raub. Perjalanan lebih kurang sejam. Kem site sekitar air terjun Lata Berembun yang juga tempat perkelahan. Sungai deras dan lebar di sini perlu direntas untuk mendaki ke G. Benom. Trek seterusnya tidak jauh dari kawasan jeram, adakalanya terpaksa lalu di tepi tebing sungai yang curam. Mula-mula lagi dah mencanak. Pacat juga banyak terutama kawasan lembab tak jauh dari sungai. trek banyak yang mencanak. Trek binatang pun banyak. 3-4 jam trekking pendaki boleh jumpa last water point. Kedudukan water point agak kebawah dari trek. Kem Bulat Dari last water point ke Kem Bulat 2-3 jam treking, trek main permatang, ada beberapa puncak bonsai, View atas permatang pun cantik-cantik dengan bonsai-bonsainya lagi. Kem bulat agak sempit sedikit untuk 20 orang bermalam. Kem Site ini kalau terus kedepan akan menurun sedikit , kalau ke kanan akan jumpa satu taman lumut hijau yang sangat cantik. Tempat ini macam ada orang yang menjaga pulak. Puncak Benom Kem Bulat ke puncak mengambil masa kira-kira 2-3 jam. Pendaki perlu mendaki dan adakalanya trek menurun ikut gua-gua batu yang agak berbahaya. Ada juga melalui tepi tebing yang curam. Puncak ditanda dengan beirut. Awas, ada lebah bersarang dikawasan beirut ini. Kalau turun di bawah sikit belah kiri nampak campsite yang agak lapang sesuai untuk lepak-lepak.

Data Gunung di Malaysia

193

GUNUNG BEREMBUN, CAMERON HIGHLAND

Hutan Lipur Sg. Pauh G. Berembun ini terletak di Hutan Lipur Sg. Pauh, Brinchang, Cameron Hingland. Hutan rekreasi ini menjadi tempat orang perkelahan tanah tinggi dengan air jeram yang begitu dingin. Hutan Lipur ini turut menyediakan kemudahan untuk tapak khemah, surau, bilik mandi serta wakaf. Pejabat Hutan berada disini menjaga Hutan Lipur ini dan hutan sekitarnya. Tarikan utama gunung ini menjanjikan satu aktiviti jungle trail buat pelancong ke CH serta satu gunung yang memudahkan pendaki menambah koleksi pendakian gunung.

Pokok-pokok di tapak perkhemahan tinggi-tinggi dan agak unik. Pendaki boleh mendaki samada dari tapak perkhemahan atau pergi ke kebun sayur bersebelahan Mardi dan Muzium Teh CH. Papan tunjuk arah dan jarak dipasang sepanjang trail.

Puncak Puncak gunung bertanah rata dan lapang. Pokok-pokok agak tinggi tetapi terdapat view point untuk pendaki melihat panorama Pekan Brinchang. Keadaan beirut agak uzur serta telah pun condong akibat patah beberapa tiang kaki manakala papan tanda penuh dengan kesan vandalisme.

GUNUNG BESAR HANTU, JELEBU, N.SEMBILAN

Gunung di daerah Jelebu ini sebenarnya terletak di sempadan N.Sembilan - Pahang. Orang Asli tempatan juga memanggil gunung ini dengan nama serupa tetapi tidak pula diketahui asal asul nama tersebut. Kg. Chennah Pendaki boleh tiba disini dengan masuk ke simpang Jln Kg. Chennah melalui Jalan Kuala Kelawang - Hulu Langat. Laporan pendakian boleh dibuat di Balai Polis Kg. Chennah. Khidmat jip juga boleh diperolehi disini. Simpang Gunung - Air Terjun Dari Kg Chennah ke sini ada akan melalui beberapa kampung, ladang getah dan kebun. Laluan adakalanya berturap, adakalanya pula bertanah merah serta penuh lopak-lopak. Dari Kg. Chennah ke sini mengambil masa 1 jam dengan jip. Pendaki juga boleh terus ke Air Terjun Kijang Jatuh dengan jip. Dari Air Terjun Kijang Jatuh ada tangga besi yang dibina untuk memintas trek simpang tadi ke G. Besar Hantu. Lebih 200 anak tangga dan trek mencanak yang mesti ditempuhi sekiranya memulakan pendakian dari sini. Kem Hantu Air 1-2 jam dari simpang gunung - air terjun. Kem yang bersebelahan jeram ini sememangnya akan membuatkan pengunjung menjadi hantu air, apatah lagi untuk tiba di sini, pendaki perlu melalui trek balak tinggal yang dipenuhi resam dan terdedah pada panahan mentari. Kejernihan air dan kedinginan air sungai ini cukup menyegarkan.

Data Gunung di Malaysia

194

Kem Orkid Kem ini terletak diatas bukit, lapang dan gondol, mungkin bekas kawasan kongsi balak. Masih ada bangsal dari buluh ditengah-tengah kawasan lapang ini. Dikeliling kawasan lapang ini dipenuhi pokok orkid ungu. Manakala disatu sudut, dari tepi lereng bukit dapat didengari bunyi air terjun dari Lata Pemanis. Puncak G. Besar Hantu Puncak gunung ini ditandakan dengan beirut. Terdapat beberapa tempat tinjau yang dibina diatas pokok secara tradisional. Beberapa gunung seperti G. Nuang, G. Benom, G. Telapak Burok dapat dilihat dengan jelas. Genting Highland dan sekitarnya juga dapat dilihat dengan jelas.

GUNUNG BUNGA BUAH, GENTING HIGHLAND Gunung Bunga Buah adalah antara tempat latihan pendaki-pendaki gunung di Lembah Klang. Kebiasaannya gunung ini didaki ketika cuti hujung minggu. Gunung ini boleh didaki dalam masa sehari atau pendaki boleh juga bermalam dipuncak gunung ini. Faktor berdekatan Lembah Kelang, memudahkan pendaki menuju ke Genting Highland dalam masa yang singkat dan faktor tempat mula pendakian yang bersebelahan Jalan KL - Genting Highland.

Tapak Mula Gunung Bunga Buah didaki dari kawasan Genting Highland. Terdapat dua pintu masuk ke gunung ini. Satu dari simpang belakang Hotel Sri Malaysia dan satu lagi dari bulatan besar selepas Pondok Polis di jalan ke Genting Highland. Kedua-dua tapak mula ini adalah tanah persendirian dan pendaki perlu mendapat izin sebelum melalui tanah persendirian bagi mengelakkan dari dikatakan menceroboh.

Kedua-dua tapak mula ini merupakan laluan berbatu bekas jalan kuari dan bertemu antara keduanya. Sumber air boleh diambil di alur air di tepi jalan kuari bagi yang mendaki dari Bulatan manakala bagi pendaki yang mendaki dari Sri Malaysia boleh mengambil air paip di pondok pengawal apartment di belakang Sri Malaysia.

Simpang Trail Tepi laluan kuari ada satu trek hutan. Pendaki hanya perlu menyusur sepanjang trek untuk sampai ke puncak gunung. Trek gunung ini mengikut permatang dan ada satu tempat berbatu yang agak menarik sebelum tiba puncak dipanggil Rock Garden. Panorama pusat peranginan Genting Hingland jelas dari sini.

Puncak G. Bunga Buah Puncak gunung ini ditanda dengan beirut. Tapak khemah di puncak selesa untuk 20 - 30 orang. Pokok-pokok yang tinggi menghalang pemandangan sekitar.

Data Gunung di Malaysia

195

GUNUNG CHAMAH - GUNUNG ULU SEPAT Kedua-dua gunung ini kebiasaannya didaki sekali harung memandangkan ada beberapa checkpoint yang sama akan dilalui. Route Pendaki boleh membuat route sendiri berdasarkan checkpoint yang ada. Kebiasaannya pendaki akan masuk ke kawasan hutan dari Lasah, Sg. Siput dan kini alternatifnya dari Gua Musang. Masuk dari Lasah Perjalanan bermula dari lokasi Pekan Lasah, bertukar pengangkutan ke 4WD untuk masuk ke perkampungan orang asli Kampung Lerlar melalui jaln tanah merah bekas trek balak selama 4 jam. Selama itulah pendaki perlu melayan laluan berbukit, merentas sungai diatas 4WD dengan terhinjut-hinjut. Pertama : Lasah - Kg. Lelar - Kem Agas Kedua : Kem Agas - Puncak View - Kem Cenderik -Kem Sempadan -Kem Maggi/Sg.Retak - Kem Anak Peres - Kem Sg. Peres -Kg. Rekom Ketiga : Kg. Rekom - Kem Pakma -Kem Tengah - Kem Tongkat Ali - Puncak Chamah. Keempat: Puncak Chamah -Kem Sempadan - Kem Sg. Lepir - Puncak Ulu Sepat Kelima : Puncak Ulu Sepat - Lenweng - Simpang Kg. Rantau - Lasah. Masuk dari Gua Musang Perjalanan dari Gua Musang dengan 4x4 mengambil masa 4 jam perjalanan melalui jalan balak tinggal, Ada ketika 4x4 perlu melintasi sungai yang titi balaknya sudah jatuh ke bawah. Perjalanan dengan 4x4 sampai Pos Simbol. Guide boleh ambil Orang Asli Pos Simbol. Pertama : Gua Musang - Pos Simbol - Kg. Rekom Kedua : Kg. Rekom - Kem Bunga Pakma - Kem Tongkat Ali - Puncak Chamah Ketiga : Puncak Chamah - Kem Tongkat Ali - Kem Bunga Pakma - Kem Sg. Rekom Keempat: Kem Sg. Rekom - Kem Sg. Peres - Kem Maggi - Sg. Lepir - Puncak Ulu Sepat Kelima : Puncak Ulu Sepat - Sg. Leweng - Pos Kemar - Lasah Pos Simbol Perjalanan mula dengan naik bukit, turun bukit. trek terdedah dengan tiupan angin yang kuat semasa melalui permatang, kawasan terdedah. 4 jam - 5 jam trekking ke Sg. Rekom. Sg. Rekom Uphill 2 jam ke Kem Bunga Pakma dan boleh terus ke Kem Tongkat Ali di tepi sungai. Hanya 2 jam trekking, lintas sungai, Last Water Point di Kem Tongkat Ali, seterusnya main uphill saja, 4 - 5 1/2 jam ke Puncak Chamah. Turun ke Kem Tongkat Ali 4 jam trekking, ke Kem Pakma 2 jam trekking, ke Sg. Rekom 1 jam trekking, ke Sg Peres 3/4 jam trekking. Terus perjalanan ke Kem Maggie 2 jam

Data Gunung di Malaysia

196

45minit, Naik, turun, naik, turun dalam 10 kali sampai ke Sg. Lepir dalam 5 / 6 jam. Shoot ke Puncak Ulu Sepat 3 jam setengah. Next check-point, Sg. Leweng, ke Pos Kemar Trek agak confuse sebab banyak simpang baru, Trek balak ni panjang agak bosan Kg. Lelar - Pos Kemar - Kg. Lasah. GUNUNG GAGAU, TASIK KENYIR Gunung Gagau merupakan satu gunung yang jarang kita dengar pendakiannya. Gunung yang berada di Hutan Tasik Kenyir terletak dibawah kawasan Taman Negara Pahang yang telah di wartakan sebagai kawasan lindungan menjanjikan panorama yang indah dan cabaran yang hebat. Pengkalan Gawi / Pengkalan Jenagor Pengkalan ini merupakan pintu masuk ke Tasik Kenyir. Terdapat jeti di kedua-dua pengkalan ini. Urusan kemasukan ke Tasik Kenyir perlu dilaporkan disini dan kebiasaannya jurupandu arah akan menanti disini. Tanjung Metong Tanjung Metong merupakan check point selepas bertolak dari Pengkalan Jenagor. Chalet-chalet yang menarik dibina disini. Pendaki boleh melepaskan hajat di kemudahan tandas yang disediakan di Jeti Tanjung Metong. Sg. Cicir Sg. Cicir adalah starting point pendaki mula treking. Kem site ada disediakan disini. Terpulang pada pendaki mahu berkhemah disini atau sekadar singgah sahaja. Kem Pak Chow Trek dari Sg Cicir ke sini masih samar-samar kerana amat jarang dilalui. Jarak perjalanan 5 - 8 jam treking, itu pun sekiranya tak mengagau mencari trek. Banyak bukit yang perlu didaki dan dituruni. Paling mencabar pendaki terpaksa menurun bukit yang begitu curam dengan berpandukan tali yang di ikat antara pokok dan pokok yang lain. Keadaan tanah yang licin juga menyukarkan lagi perjalanan. Sebatang sungai yang mengalir dengan air yang sejuk dan dipenuhi ikan-ikan cukup menenangkan diri. Kem site selesa dihuni bagi 25 orang. Kem Site B 3-4 jam dari Kem Pak Chow. Perjalanan ke Kem site B agak landai cuma cabaran melepasi pokok-pokok tumbang serta pokok-pokok berduri ditepi-tepi trek. Dari Kem Site B ke puncak pendaki terpaksa melalui permatang yang agak panjang. Kemudian pendaki akan bertemu batu sempadan 3 negeri iaitu Pahang-Kelantan-Terengganu. Puncak G. Gagau 3-5 jam dari Kem Site B. Kawasan puncak gunung tak berapa besar. Semasa kabus tebal view tak ada sebaliknya Panorama Tasik Kenyir dari puncak gunung dapat dilihat indah.

Data Gunung di Malaysia

197

GUNUNG GAJAH TEROM, KUALA BERANG, TERENGGANU Gunung Gajah Terom berada diantara Air Terjun Sekayu, Kuala Berang dan Air Terjun Lansir, Tasik Kenyir. Rekod pendakian ke gunung ini sehingga tahun 2007, dikatakan selang dua tahun 1 kumpulan sahaja yang mendaki. Gunung ini dinamakan Gunung Gajah Terom kerana terdapat gajah-gajah yang tinggal/duduk (terom) di kawasan gunung ini. Ada versi lain dikatakan seekor gajah yang tersepit diantara dua batu (berdekatan puncak), menerong (memekik), peristiwa gajah terong ini diambil untuk menamakan gunung ini. Perubahan prosakata akhirnya jadi gajah terom. Air Terjun Sekayu Pendakian bermula dari Padang bola sepak, berhadapan Hutan Lipur Air Terjun Sekayu menyusuri laluan kebun-kebun penduduk setempat. 30 minit kemudian pendaki akan mula memasuki kawasan hutan dari kawasan lembah yang berpacat. Seterusnya mula mendaki sedikit sepanjang trek balak lama. Sg. Pertama 3 jam treking melalui trek balak lama, adakalanya trek tertutup dengan pokok-pokok tumbang. Jeram pada sungai ini, dipenuhi ikan-ikan tengas, airnya pula dingin dan jernih. Pendaki perlu melintas sungai ini untuk meneruskan pendakian. Batu Pak Kadir 45 minit dari checkpoint sungai tadi, pendaki akan melintasi sebongkah batu besar di sebelah kiri trek. Batu ini disebut Batu Pak Kadir oleh jurupandu kami. Trek mendaki dengan kecerunan 35 - 45 darjah. Kemsite 40 minit dari Batu Pak Kadir. Keluasan kemsite boleh menampung 45 - 55 orang. Memandangkan jarang pendakian dilalukan. Kemsite ditumbuhi pokok-pokok renek dan perlu ditebas semula. Punca air iaitu alur air, berada 5 minit berjalan dengan kecerunan 35 darjah. Puncak G. Gajah Terom 1 jam ke 1 jam setengah mendaki dari kemsite baru sampai puncak G. Gajah Terom. Itu pun jika tidak tersasar, memandangkan ada beberapa trail, termasuk trail gajah dan trail pemburu gading gajah. Puncak ditanda dengan beirut dan batu tanda. Pendakian OGKL pada 2007, kaki beirut telah pun patah dan beirut rebah menyembah bumi, dikatakan ditolak sang gajah. Panorama puncak menyajikan pekan Kuala Berang, Lembangan Sg. Terengganu dan sebahagian Tasik Kenyir. Keadaan puncak yang tirus dan sempit hanya boleh menampung 2-4 orang untuk bermalam. Itupun pada bahagian cerun.

Data Gunung di Malaysia

198

GUNUNG GERAH - GUNUNG BIEH Starting Point Perjalanan bermula dari lokasi Pekan Lasah, bertukar pengangkutan ke 4WD untuk masuk ke perkampungan orang asli Kampung Lerlar melalui jaln tanah merah bekas trek balak selama 4 jam. Selama itulah pendaki perlu melayan laluan berbukit, merentas sungai diatas 4WD dengan terhinjut-hinjut. Jurupandu arah Jurupandu arah boleh diupah dari penduduk Kg. Lelar. Sekiranya tiada jurupandu arah disini, pendaki boleh mendapatkan khidmat penduduk Kg. Agik. Kg. Lelar - Kg. Agik Trail ke Kg. Agik adalah trail hutan. Kg Agik sendiri sebenarnya terletak didalam hutan. Prejalanan kira-kira seharian. Pendaki perlu merentas bukit-bukit dan menyeberangi sungai yang agak besar dan deras. Waktu tengahari pendaki boleh tiba di Kem Lebah sebelum tiba di simpang Kg. Agik. Perjalanan ke simpang ini agak santai kerana treknya tidak begitu susah. Pendaki akan bertemu satu simpang merupakan laluan bagi pendaki keluar dari Gunung Ulu Sepat. Seterusnya pendaki perlu melayan laluan mendaki ke Bukit Panorama Laluan disini pendaki akan ditemani oleh nyamuk hutan dan agas yang mendiami kawasan hutan ini. Bkt Panorama berada 4040 kaki dari paras laut serta pendaki pendaki boleh lihat Gunung Ulu Sepat sekiranya tiba sebelum gelap. Bkt Panorama Sajian pertama perjalanan pendaki ialah Bukit Good Morning. Langkah berikutnya berjalan ke kawasan berlumut (pematang) tanpa henti. 1 jam lebih perjalanan, pendaki boleh tiba di permatang. Melalui permatang adalah satu perjalanan menyusuri laluan yang memukau pandangan mata. Laluan seterusnya sungguh menakjubkan, kelihatan deretan pelbagai spesis Periuk Kera yang tersidai di dahan-dahan pokok. Makin lama perjalanan, pendaki memasuki kawasan pohon renek(bonsai). Sebiji periuk kera berukuran saiz betis manusia ditemui disini. Puncak G. Gerah Selewat jam 5 petang pendaki akan sampai ke puncak Gerah. Terdapat beirut dan batu sempadan yang memisahkan 3 buah negeri iaitu Perak, Kelantan dan Pahang. Terpukau mata memandang. Kelihatan Gunung yang sering di daki oleh pendaki iaitu gunung disekitar banjaran Titiwangsa, Gunung Chamah & Ulu Sepat. Malam yang agak sejuk dan suhu 14.5 darjah direkod pada awal malam. Puncak G. Bieh Setengah jam perjalanan dari puncak Gerah pendaki boleh tinggalkan haversack dan meneruskan hanya dengan daypack atau lebih ringkas lagi dengan botol air sahaja. 4 jam dalam trek termasuk menebas trek, pendaki OGKL tiba di Gunung Bieh. Rekod sahabat OGKL yang mendaki tahun 1998 lalu, 3 jam masa perjalanan diperlukan untuk ke

Data Gunung di Malaysia

199

Gunung Bieh. Puncak tidak ada Beirut, cuma batu sempadan sahaja. Kawasan puncak Gunung Bieh ini seakan-akan sama dengan Puncak Gunung Liang Timur di Tanjung Malim, Perak. Kem Ubat Nyamuk Sebaik kembali dari puncak Bieh ke lokasi tinggalan haversack, destinasi berikutnya ialah Kem Ubat Nyamuk. Jam 5 petang pendaki sudah boleh tiba disini. Spesis nyamuk hutan yang banyak menyambut kehadiran pendaki di kem ini. Deruan air Sungai Gerah yang berdekatan kem membolehkan pendaki mengambil peluang membersihkan badan walaupun air sungai Gerah ini sejuk di tahap beku kerana kem ini terletak pada ketinggian 5050 kaki dari paras laut. Kem Ubat Nyamuk -Kg. Agik 8 Jam perjalanan termasuk berhenti rehat tengahari pendaki boleh tiba kembali ke Kg. Agik. 3 jam pertama trek yang dilalui tidak begitu susah. Pelbagai jenis kulat, cendawan, tumbuhan yang boleh temui. Perjalanan seteruskan melalui kawasan berbukit bukau serta merentasi sungai. Perjalanan kali ini agak membosankan kerana pendaki terpaksa melayani bukit-bukit untuk sampai semula ke Kampung Agik. Pendaki boleh menumpang bermalam di Kg. Agik mengikut ihsan penduduk. Dari Kg. Agik ke Kg. Lelar adalah melalui trek yang telah dilalui semasa mula. Jam 2 -3 petang pendaki boleh tiba di Kg. Lelar seterusnya menaiki 4WD ke Pekan Lasah.

GUNUNG IRAU - BRINCHANG, CAMERON HIGHLAND

Starting Point Starting Point G. Irau terletak berhampiran Puncak G. Berinchang. Pilihan pendaki samaada datang/mendaki dari kaki G. Berinchang atau melalui jalan separa tar ke pencawang G. Berinchang bermula dari Ladang Teh Sg. Palas. Trail Trek G. Irau melalui sempadan Pahang - Perak. Batu tanda sempadan ada sepanjang trek. Trek cukup jelas dan begitu lembab dan sentiasa becak. Ada beberapa puncak tipu sebelum sampai ke puncak sebenar G. Irau. Anak Irau Puncak pertama dari starting point dan agak luas dan ada kawasan khemah yang boleh memuatkan 15 - 25 orang. Puncak G. Irau 3 jam trekking dari starting point. Puncak gunung ini ditanda dengan batu tanda. Tahun 2002 Papan tanda Puncak didirikan. hanya ada tumbuhan renek sekeliling puncak. Keadaan ini membuatkan puncak Irau terdedah pada tiupan angin dingin di Cameron Highland. Sekiranya tidak berkabus, pendaki boleh melihat Banjaran Titiwangsa, Blue Valley, G. Swettenham, G.Berincang dan sekitar Cameron Hingland.

Data Gunung di Malaysia

200

Puncak G. Brinchang Puncak gunung ini mempunyai beberapa pencawang telekomunikasi. Pencawang ini menjadi tanda untuk pendaki kenal gunung Brinchang ketika berada di gunung-gunung lain di banjaran Titiwangsa. Satu menara tinjau didirikan disini membolehkan pengunjung melihat panorama sekitar serta Banjaran Titiwangsa.

Kemaskini: Gunung Irau merupakan salah satu gunung yang mempunyai ketinggian melebihi 2000 meter di Semenanjung Malaysia. Terletak di utara pekan Brinchang di Cameron Highland, Gunung Irau merupakan salah satu gunung yang popular dikunjungi oleh pendaki pada hujung minggu. Ia juga merupakan salah satu lokasi pemfileman wayang box-office Puteri Gunung Ledang (scene hutan dimana puteri menetap tu) kerana keindahan hutan semula jadinya.

Hutan di Gunung Irau merupakan salah satu yang paling unik. Ia penuh berlumut (mossy forest) dari lantai trek ke puncak pokok. Keadaan ini menyebabkan suhu di dalam hutan di antara 13-17 darjah celcius. Sekiranya anda berhenti berehat seketika, besar kemungkinan boleh terlihat haba (dalam bentuk wap) badan keluar dari paras bahu hingga ke kepala. Keadaan hutan berlumut juga merupakan permandangan yang cantik dan agak unik. Berdiri di dalam hutan berlumut di Gunung Irau umpama sedang serdiri di dalam Fangorn Forest dalam wayang Lord of The Rings. Trek mendaki Gunung Irau bermula dari tempat parking kereta di puncak Gunung Brinchang. Gunung Brinchang mempunyai jalan bertar yang paling tinggi di Malaysia. Trek Gunung Irau agak tersembunyi, ia berada di atas sebuah dinding tanah betul betul di belakang tempat parling kereta Gunung Brinchang. Keadaan trek amat berlumpur disebabkan ia kerap digunakan pendaki. Trek adalah jelas kelihatan dan ditanda dengan ikatan tali serta papan tanda dan batu pembahagi sempadan negeri. Walau bagaimanapun, adalah dinasihati untuk melaporkan diri/kumpulan pendaki anda kepada Balai Polis Brinchang sebelum mula mendaki, supaya sekiranya berlaku apa apa kemalangan, bantuan dapat disegerakan.

Keadaan pendakian trek Gunung Irau boleh dikatakan sederhana kesusahannya. Tidak terdapat banyak pendakian dan penurunan yang curam. Ini disebabkan tempat permulaan pendakian (Gunung Brinchang) terletak di paras yang tinggi iaitu kira kira 1600 meter. Trek Gunung Irau agak licin dan lazimnya anda akan melintas diatas akar akar pokok atau merangkak dibawahnya. Kira kira 2/3 jarak perjalanan, anda akan sampai ke satu tempat yang rata. Tempat ini dinamakan Anak Irau dan merupakan camp site sekiranya ahli kumpulan anda besar (melebihi 20 orang). Dari Anak Irau, anda boleh melihat menara komunikasi di Gunung Brinchang dan juga puncak Gunung Irau. Perjalanan dari sini ke puncak Gunung Irau adalah kira kira 2 jam. Puncak Gunung Irau tidaklah amat besar dan hanya boleh memuatkan kira kira 5 khemah. 3/4 kawasan puncak diliputi pokok yang ketinggian kira kira 2 meter. Permandangan di puncak amat menarik dimana anda boleh melihat gunung ganang yang terletak di Banjaran Titiwangsa. Jalan raya merentasi banjaran, yang menyambungkan

Data Gunung di Malaysia

201

Blue Valley (Cameron Highland) dengan Simpang Pulai (Ipoh) jelas kelihatan. Suhu dipuncak boleh mencapai bawah 10 darjah celcius pada waktu malam. Akhir kata, Gunung Irau sesuai dijadikan destinasi pendakian kepada mereka yang gian mendaki tetapi tidak mempunyai banyak masa lapang. Ia juga sesuai dijadikan "day trek" pada hujung minggu kepada sesiapa yang melancong ke Cameron Highland. Kepada yang gemar berkhemah, anda bolehlah menetap semalaman di puncak Gunung Irau dan merasai cuaca yang sejuk dan permandangan yang menarik. P/S: Satu tips yang berguna. Untuk sepanjang trip ini, gunakanlah stoking yang murah murah (yang jenis jual kat pasar malam cukup, tak yah pakai Adidas atau Nike yang ori) je. Lepas trip, guarantee stoking tu penuh dengan lumpur. Tak yah susah susah nak bawa balik cuci, terus buang saja.

GUNUNG KENDERONG, GRIK, PERAK Gunung ini jelas kelihatan dari Pekan Grik dan nampak tunggal tanpa banjaran gunung. Tegak berdiri gunung ini menjadi tarikan buat pendaki. Dari pekan Grik pendaki boleh mendapatkan 4x4 ke kaki gunung ini. Laluan tanah merah masih baru ditolak dan masih licin. Perjalanan mengambil masa 2-3 jam bergantung pada keadaan jalan, pokok tumbang dan kekuatan 4x4. Starting point Ada water point berdekatan trek balak. Ini jugalah last waterpoint untuk pendaki. Jarak dari sini ke puncak kira-kira 2 1/2 jam. Trek mencanak hampir sepanjang 2 jam perjalanan. Puncak Gunung Kenderong Puncak gunung ini agak luas boleh 35-45 orang bermalam dipuncaknya. Beirut ditandakan dipuncaknya. Jelas kelihatan pekan Grik dan kampung-kampung sekitarnya. Gunung paling dekat dapat dilihat adalah G. Kerunai.

GUNUNG KINABALU, SABAH

Gunung tertinggi di Malaysia ini menjadi kebanggaan rakyat Sabah khususnya. Gunung ini diwartakan Taman Negara dan juga diiktiraf sebagai Warisan Dunia (World Heritage) mempunyai keunikan tersendiri.

Pendaki dikehendaki mendaftar dan mendapat permit mendaki di HQ Kinabalu Park. Waktu mula mendaki dibuka jam 8:30pagi - 12:30tgh. Kebiasaannya pendaki akan mendaki melalui Timpohon Gate. Pendaki juga boleh membuat pilihan melalui Mersilau trail, di Kundasang. Bagaimanapun sejarah pendakian Gunting Lagadan dan Sir Hugh Low bukanlah melalui kedua-dua trail ini. Setiap Checkpoint dibina pondok untuk berehat serta ada kemudahan tandas dan air.

Data Gunung di Malaysia

202

Timpohon Gate Pintu masuk ini hanya 4KM dari HQ Kinabalu Park. Pendaki boleh berkenderaan sendiri atau menggunakan kenderaan Kinabalu Park dengan sedikit kos dikenakan. Sebuah pondok dan pelantar dibina di pintu masuk ini. Carson Waterfall 5 minit berjalan dari Timpohon Gate pendaki akan melintas air terjun ini. Air terjun ini tidak begitu gah tapi tetap mendamaikan hati. Pondok Kandis/ Kandis Shelter Hampir 1KM dari Timpohon Gate. Laluan adakalanya mendatar, adakalanya mendaki. Lereng-lereng bukit telah ditarah menjadi tangga dan disokong dengan papan. Pondok Ubah/ Ubah Shelter Didirikan 1.5KM dari Timpohon Gate.

Pondok Lowi Jarak 2KM dari Timpohon Gate.

Pondok Mempening Trail ke sini dari pondok sebelumnya penuh berbatu.

RTM Stesen - Helipad Pendaki hanya akan lalu berdekatan RTM Stesen, bunyi generator stesen ini jelas kedengaran dari trail pendaki. Pendaki boleh melencong sebentar ke Helipad dan dapat melihat puncak kinabalu dengan jelas sekirannya cuaca baik dan tidak berawan. Layang-layang / Layang-layang Hut Disini didirikan pondok dan juga asrama untuk pekerja Kinabalu Park. Berada di ketinggian 2702.3m d.p.l dan hampir 4KM dari Timpohon Gate. Pondok Villosa Menghampiri pondok ini, pokok-pokok bonsai banyak dan semakin rendah disekitar trail. Kawasan pondok ini berada dipuncak bukit dan terdedah dengan angin. Pondok Paka Pondok ini agak tersembunyi dibalik pokok-pokok yang tinggi menjanjikan satu suasana redup buat pendaki. Trail ke sini cukup menarik, tangga-tangga berbatu dan pokok-pokok bonsai menghiasi laluan pendaki disamping puncak Kinabalu tersergam diatas. Terdapat Gua Paka berdekatan pondok ini yang dikatakan menjadi tempat perteduhan pendaki terdahulu. Hut (Waras, Panar Laban, Laban Rata, Gunting Lagadan, Burlington) Hut-hut diatas adalah antara asrama untuk pendaki bermalam. Setiap satu hut terletak berdekatan walaupun di ketinggian berbeza. Paling rendah Waras Hut (3243.7m), Burlington Hut (3270.9m), Laban Rata (3272.7m), Panar Laban (3314.3m) dan paling

Data Gunung di Malaysia

203

tinggi Gunting Lagadan Hut (3323.5m). Beberapa kemudahan asas telah disediakan seperti katil, gebah/sleeping beg, bantal, dapur memasak, periuk-miuk, pinggan mangkuk, tandas dan bilik mandi. Satu Restoren ada ditempatkan di Laban Rata. Sayat-Sayat Hut Disini diletakkan petugas merekodkan pendaki yang mendaki ke Puncak Kinabalu dan pendaki kena melaporkan kembali apabila turun dari puncak. Bagi pendaki yang tidak mampu meneruskan pendakian boleh berehat di sini sebelum berpatah balik. Kejayaan pendaki menjejak ke puncak tertinggi juga dilaporkan disini oleh jurupandu arah masing-masing. Puncak-puncak Kinabalu Gunung Kinabalu berdiri megah dengan beberapa puncak. Puncak tertinggi, Low's Peak (4095m) diambil sempena nama Hugh Low. Puncak-puncak lain antaranya, Alexandra Peak (4003m), St. John's Peak (4092m), Victoria Peak (4088m), Ugly Sister Peak (4032m), Donkey Ears (4054m) yang umpama telinga keldai dan South Peak (3933m) dengan keadaan struktur batu yang unik. Mersilau Trail Trail ini hanya lebih 1.5KM dari Timpohon Trail. Trail ini lebih mencabar kerana pendaki kena mendaki dan menuruni cerun samaada pendaki mendaki ke Puncak mahupun sebaliknya. Sebahagian trail ini menyusuri permatang dan berlatarkan air terjun. Jambatan Gantung (Kipuyut) Ini antara checkpoint yang menarik di Mersilau Trail selain dari beberapa pondok antaranya Pondok Lompoyou. Jambatan sejauh kira-kira 40m ini terletak ditengah-tengah hutan merintangi jeram berbatu. Mersilau Nature Resort Disinilah permulaan/tamat trail Mersilau. Pejabat tempat pendaki yang melalui trail ini melaporkan diri. Hampir sama seperti HQ Kinabalu Park, Kemudahan asas seperti surau, kafeteria, bilik mandi, telefon awam turut disediakan disini. Pengunjung juga boleh melawat mini Muzium Kinabalu yang disini. Sukarnya disini, Mersilau Nature Resort jauh dari jalan utama Kinabalu-Ranau dan pekan Kundasang. Hugh Low Trail Trail ini juga dikenali Jejak Lagadan merupakan trail yang digunakan Hugh Low dan Gunting Lagadan semasa mula-mula menawan puncak Kinabalu. Trail ini bermula dari ketinggian 902m d.p.l. dan berkecerunan 60 darjah dan banyak melalui cerun-cerun berbatu licin serta berjuram yang dalam. Trail ini akan bertemu dengan trail Timpohon di Pondok Paka Kg. Kiau Nuluh Trail ini bermula dari Kg. Kiau Nuluh berdekatan sempadan Taman Kinabalu. Banyak pacat di lantai hutan ini. Pendaki boleh bermalam di Kem site pertama setelah melintasi

Data Gunung di Malaysia

204

sempadan Taman Negara. Pendaki perlu membawa khemah sendiri kerana tiada kemudahan asrama/pondok disediakan dan tiada sumber air di kem site ini. Suhu malam boleh mencecah 15darjah celcius. Tiong-Tiong Berada di sebelah barat gunung Kinabalu dan laluan kesini penuh dengan pokok resam kipas. Pendaki boleh bermalam di checkpoint ini. suhu malam boleh mencecah 5 darjah celsius. Tiong-tiong sebenarnya tidak begitu jauh dari stesen Komborongoh (KM2 Timpohon trail). Antara perkara menarik, pendaki boleh melihat puncak G. Kinabalu dari sudut yang berlainan sekali dan jarang dirakamkan oleh media. Terdapat sebuah kolam kecil yang dikatakan tidak pernah kering walaupun musim kemarau. Kedinginan air kolam ini menjadi sumber air pendaki. Pemandangan matahari terbenam disini juga menarik sekali. Snow Field Tempat ini dinamakan sempena nama lumut dari jenis Snow Fern yang banyak terdapat disekitarnya. Lumut yang bewarna putih ini seolah-olah salji yang menutupi permukaan batu. Gua Paka Pendakian ke sini dikategorikan laluan berbahaya dan perlu lebih berhati-hati. Laluan merentasi tebing batu yang licin dan bertumbuhan aneh. Pendaki boleh bermalam dan berteduh di gua ini. Terdapat sungai berdekatan gua dan paras air sungai berubah mengikut keadaan hujan. GUNUNG LEDANG, TANGKAK, JOHOR

Gunung ini merupakan sebuah gunung lagenda. Kisah lagenda Puteri Gunung Ledang menjadi sebutan masyarakat hingga kini. Gunung ini dikawal selia oleh Taman Negara Johor Gunung Ledang/Taman Hutan Lagenda. Penjajah British pula mengelar gunung ini Mt. Ophir kerana keindahannya yang tersendiri.

Trail Trail ke puncak gunung ini ada dari Melaka dan ada dari Johor. Pendaki mempunyai beberapa pilihan trail:- Ayer Panas Trail Lagenda Trail Asahan Trail Ulu Jementah Trail Telekom Tower Road Ayer Panas Trail Nama trail ini agak baru bagi pendaki tetapi trail ini yang telah lama dikenali dengan panggilan trail sagil/resort. Trail ini bermula dari kawasan G. Ledang Resort terletak di Sagil. Trail ini boleh dikatakan bersebelahan Sg. Ayer Panas yang menjadi antara daya

Data Gunung di Malaysia

205

tarikan pengunjung untuk bermandi-manda. Trail ini sebenarnya begitu banyak laluan yang akan bertemu kembali dibeberapa checkpoint. Pos Pendaftaran Taman Negara ada dipintu masuk ke kawasan rekreasi untuk pendaki melaporkan pendakian.2

Kolam Puteri Kolam ini sebahagian dari Sg. Ayer Panas yang berjeram. Keadaannya seperti kolam dan mempunyai lagenda tempat mandi si Puteri Gunung Ledang.

Sungai Akhir 1-2 jam trekking pendaki akan tiba disebatang sungai yang tenang dan berjeram sedikit. Pendaki boleh mengambil air disini sebagai bekalan untuk pendakian seterusnya yang lebih mencanak.

Kolam Anak Gajah Seperti Kolam Puteri, kolam ini juga berada di sungai yang sama. Terdapat satu air terjun berdekatan kolam ini. Disini ada 2 trek ke Kolam Gajah. Pendaki boleh memilih samaada hendak merentas sungai dan trekking tepi air terjun atau terus tanpa lalu tepi sungai. Trek tepi air terjun ini antara laluan menarik G. Ledang.

Kolam Gajah Satu lagi checkpoint pendaki. Kawasan ini mempunyai kolam besar dan dalam sesuai dengan namanya. Kawasan perkhemahan disini cukup besar hingga ada zon yang dinamakan Pasir Panjang dan Pulau. Lebih 300 pendaki boleh berkhemah disini.

Batu Sampan & Kem Batu Kapal Checkpoint ini hanya akan dilalui pendaki sekiranya memilih alternatif trail ke Sg. Segitiga dari Kolam Gajah. Melalui Pasir Panjang pendaki akan jumpa seketul batu besar umpama sampan yang dikenali 'Batu Sampan'. Seterusnya pendaki akan melintas Kem Lembah Panglima kemudian akan lalu di Kem Batu Kapal. Kalau tadi batu sampan kali ini batu kapal lebih besar umpama kapal dipandang dari bahagian depan.

Sg. Segitiga Kem Sg. Segitiga ini merupakan pertemuan 3 batang anak sungai. Kawasan ini dikatakan agak 'keras' tetapi tidaklah ditutup kem ini untuk pendaki bermalam.

Gua Kambing 1 Jam trekking dari Sg. Segitiga. Trek agak mencanak tapi agak menarik kerana pendaki melalui akar-akar kayu yang merentangi bongkah batu. Menurut lagenda, ada kambing tersesat dan masuk ke gua ini tetapi kambing tersebut tidak dijumpai didalam gua ini kerana gua ini ada satu lagi pintu keluar dihujungnya.

Batu Hampar Kawasan dinding batu granit yang besar setinggi kira-kira 40meter ini perlu didaki menggunakan tali. Tali telah siap sedia ada disini. Dari atas Batu Hampar pendaki boleh melihat sebahagian daerah Tangkak.

Data Gunung di Malaysia

206

Taman Bonsai Pada ketinggian lebih 3000' dpl pendaki akan melintasi zon pokok-pokok bonsai seperti disebuah taman bonsai.

Bukit Botak Bukit ini agak gondol dan lapang sesuai dengan jolokan yang diberi. Pemandangan dari sini dapat dilihat puncak G. Ledang. Ada sumber air berdekatan dari alur sungai. Pokok-pokok resam juga penuh disekitarnya.

Lembah Majapahit Lembah ini ada sumber air dari anak sungai. Pendaki boleh dapat bekalan air terakhir disini. Ada laluan alternatif ke puncak gunung tanpa melalui lembah ini.

Puncak G. Ledang Puncak ini ditandakan dengan tugu batu. Puncak ini terdedah dengan mentari dan tiupan angin. Panorama dari puncak ini memaparkan Selat Melaka, daerah Tangkak, Puncak Telekom dan Puncak G. Rundok.

Lagenda Trail Trail ini bermula dari Taman Hutan Lagenda, Sagil. Pejabat Utama Taman Hutan Lagenda didirikan disini bagi mengelola serta mengawal jumlah pendaki. Trail dari sini ke Sg. segitiga dinamakan lagenda trail. Perjalanan dari Taman Hutan ke Kolam Gajah kira-kira 3-4 jam terkking. Bermula dengan laluan bertangga batu dinamakan Tangga Mahligai.

Bukit Semput Pendaki akan mendaki Bkt Semput, walaupun tidak berapa mencanak, tetapi tetap memberi cabaran pada pendaki lebih-lebih lagi pendaki baru.

Batu Orkid Checkpoint ini dinamakan sempena sebongkah batu umpama bunga orkid. Inilah checkpoint terakhir sebelum trail ini bertembung dengan Trail Ayer Panas. Pendaki boleh juga memilih alternatif melalui Laluan Kijang ke Kolam Gajah.

Asahan Trail Ini satu-satunya trail dari Melaka bermula dari Lubuk Kedondong, Asahan. Pos Taman Hutan Lagenda ada didirikan disini bagi pendaki ke G. Ledang melaporkan pendakian. Trek Asahan Trail tidak mencanak tetapi agak panjang berbanding trek dari Sagil.

Batu Bersurat Kesan sejarah gunung ini masih utuh disini. Terdapat satu batu bersurat dalam tulisan jawi tidak berapa jauh dari puncak G. Ledang di Asahan Trail. Disini juga menjadi tempat berteduh dan berlindung dari mentari bagi pendaki sekiranya cuaca begitu panas di puncak.

Data Gunung di Malaysia

207

G. Rundok Gunung ini terletak dinegeri Melaka dan satu checkpoint di Asahan Trail. Ketinggian gunung ini sekitar 3000' jauh untuk menandingi puncak G. Ledang membuatkan nama gunung ini tidak sepopular G. Ledang.

Padang Batu Sebuah padang diatas bongkah batu besar ini kini mempunyai sebuah pondok. Sepanjang Asahan Trail inilah tempat untuk pendaki berkhemah. AWAS berkhemah dipadang ini kerana tiupan angin boleh menerbangkan khemah. Pendaki boleh memperoleh bekalan air dan berendam di sungai berdekatan.

Hentian Hanuman Checkpoint ini tidak ditanda dengan sebarang papan tanda. Menurut Lagenda, sang Hanuman ada berhenti disini setelah berjalan di G. Ledang. Pendaki mungkin dapat bertemu dengan monyet yang masih banyak disini. Ada beberapa checkpoint yang juga tidak mempunyai tanda yang jelas buat pendaki dari Padang Batu ke sini ialah, Batu Berlumut, Lembah Beruang dan Hentian Unggas.

Lubuk Kedondong Kawasan rekreasi dan tempat masyarakat tempatan berkelah dihari cuti. Air sungai di jeram ini agak kering kerana diempang untuk disalurkan ke palong air. Pendaki boleh juga mandi di pintu air malah didalam palong air.

Ulu Jementah Trail Trail ini jarang sekali dilalui. Trail ini bermula dari Kg. Ulu Jemantah dan dikatakan mengambil masa 2 hari penuh perjalanan melalui sepanjang permatang ke Puncak G. Ledang. Trail ini melalui beberapa checkpoint seperti Jeram Tinggi(CP1) dan tempat berkhemah, Air Sedap(CP2), sumber air terakhir pendaki. Airnya dari mata air dan dikatakan mempunyai rasa yang sedap. Checkpoint seterusnya ialah Puncak Jementah,CP3 (2447'), Anjung Mahligai,CP4 yang mempunyai tapak khemah dan G. Mahligai hingga ke puncak G. Ledang. G.Mahligai berdekatan puncak G. Ledang dan hanya berbongkah batu.

Telekom Tower Road Berdekatan puncak g.Ledang ada didirikan Menara Pemancar Telekom. Jalan tar dari Empangan Tangkak ke sini dibina bagi kemudahan penyelengaraan. Pendaki boleh mengambil peluang menggunakan jalan ini. Jarak puncak G. Ledang ke menara Telekom hanya 10 minit trekking. Mudah bukan. Kebiasaannya warga tua terutama datang dengan agensi akan melalui jalan ini.

Data Gunung di Malaysia

208

GUNUNG LIANG TIMUR - BARAT, PERAK

G. Liang Timur 1933 m (6343 kaki) dpl - G. Liang Barat 1933m (6342 kaki) dpl adalah gunung kembar. Kedua-dua puncak gunung ini berdekatan dan berkongsi kaki gunung. Gunung ini terletak di Tg. Malim, Perak. Kedua-dua puncak gunung ini ditanda dengan beirut dan batu tanda. Kedua gunung ini jelas kelihatan melalui Lebuhraya PLUS dari Tg. Malim ke Slim River. Walaupun gunung ini kembar tapi tidaklah seiras, puncak G. Liang Timur dilitupi pokok yang tinggi melepasi ketinggian Beirut manakala G. Liang Barat pula agak lapang dan terdedah.

Jauh kedua-dua puncak ini tidak sampai sepelaung sehingga perbualan di salah satu puncak boleh didengar di puncak yang lagi satu. Dari puncak G. Liang Barat jelas kelihatan pembangunan Bandar Proton. Sayup-sayup kelihatan kilauan dari pencakar langit di Kuala Lumpur seperti Menara Petronas. Masih ada kawasan untuk didirikan 2-3 khemah di puncak G. Liang Barat.

Laluan Pendakian Terdapat 2 laluan pendakian. Sejarah awal pendakian dilakukan dari G. Liang Timur ke G. Liang Barat sehingga gunung kembar ini sering disebut G. Liang Timur - Barat. Penemuan laluan baru iaitu pendakian dari G. Liang Barat ke G. Liang Timur membuatkan laluan asal kurang digunakan. Lebih-lebih lagi tiada punca air sepanjang pendakian di laluan lama. Laluan asal G. Liang Timur ke G. Liang Barat dikatakan bermula dari Kg Sg. Bil, Tg Malim. Pendakian memakan masa sehari suntuk untuk sampai ke puncak dan tiada punca air sepanjang laluan.

Laluan baru gunung ini bermula dari Kg. Sg. Dara, Behrang Ulu. Pengangkutan bas awam dari Tg Malim ada melalui Kg. Sg. Dara. Dari simpang jalan Kg. Sg. Dara pendaki perlu masuk melalui jalan kebun getah hingga ke rumah pam Sg. Dara. Pendaki yang menggunakan kenderaan sendiri boleh meletakkan kenderaan disini. Pendaki juga boleh bermalam di depan rumah pam ini.

Kebiasaannya pendakian dimulakan seawal pagi dari rumah pam menuju ke empangan kecil Sg. Dara. Laluan pendakian kecil tapi agak jelas. Ada beberapa anak sungai yang akan dilintasi sepanjang laluan sehingga pendaki bertemu jeram batu. Jeram inilah sungai terakhir yang dilintasi sebelum tiba di puncak. Terdapat satu lagi kawasan khemah sebelum sampai ke puncak dipertengahan permatang. Dilurahnya ada punca air dari anak sungai.

Data Gunung di Malaysia

209

GUNUNG MAT CHINCHANG, PULAU LANGKAWI, KEDAH G. Mat Chinchang (713m) terletak di sebelah Barat Laut Pulau Langkawi. Gunung ini dinama sempena nama Mat Chinchang kerana ada mitosnya tersendiri. Gunung ini terdiri dari jajaran batu kapur dan mempunyai beberapa puncak. Puncak yang paling ke arah barat di komersilkan dengan medirikan pelantar kerta kabel. Puncak tertinggi gunung ini boleh didaki melalui trail hutan.

Trail G. Mat Chinchang Trail ini bermula dari Air Terjun Telaga Tujuh, salah satu tempat pelancongan di P. Langkawi. Telaga Tujuh Pendaki perlu mendaki anak-anak tangga kira-kira 1KM jauh untuk sampai ke Telaga Tujuh dari Air Terjun Telaga Tujuh. Terdapat kawasan perkhemahan berdekatan Telaga Tujuh. Papan tanda peta ke G. Mat Chinchang pun ada didirikan untuk rujukan pendaki. Telaga Biru Salah satu telaga yang berada di trail ke G. Mat Chinchang dari Telaga Tujuh. Air telaga yang agak kebiruan dan dipenuhi ikan-ikan serta bunga-bunga hutan yang bergugugran mengamit mata. Kem Melalui trail ini, pendaki akan menjumpai kem site yang ditandakan Kem Saintis dan seterusnya Kem Mat Pauh, kedua-dua kem ini terletak bersebelahan sungai. Trail hingga ke Kem Mat Pauh masih lagi landai cuma sesekali perlu mendaki sedikit.

Puncak Puncak gunung ini jelas kelihatan dari puncak Kereta Kabel. 3 bukit putus memisahkan puncak kereta kabel dan puncak tertinggi G. Mat Chinchang. GUNUNG NUANG, HULU LANGAT, SELANGOR

G. Nuang 1493 m (4899 kaki) dpl terletak di daerah Hulu Langat, Selangor. Gunung ini juga bersempadanan dengan negeri Pahang. Puncak gunung ini ditanda dengan sebuah beirut. Pokok-pokok agak tinggi di puncaknya namun terdapat kawasan tinjau untuk melihat panorama Lembah Klang terutama Bandaraya Kuala Lumpur. Jelas kelihatan pencakar-pencakar langit di Kuala Lumpur seperti Menara Petronas, Menara Kuala Lumpur menara Rebung dan yang lain lagi. Di satu sudut pula boleh dilihat kawasan tadahan empangan Hulu Langat, juga kawasan tadahan empangan Klang Gate berserta Bukit Tabur. Kawasan puncak boleh memuatkan sebilangan pendaki untuk bermalam dan menikmati panorama malam.

Kebiasaannya gunung ini menjadi tempat latihan bagi pendaki-pendaki di Lembah Klang sebelum mendaki gunung-gunung yang lebih tinggi.

Data Gunung di Malaysia

210

Laluan Pendakian Pendaki boleh pergi ke Kg, Pansun, Hulu Langat dengan menaiki bas Kuala Lumpur - Pansun ataupun menggunakan kenderaan sendiri. Kemudian pendaki boleh berjalan menuju Empangan Hulu Langat. Pejabat Perhilitan yang berada bersebelahan pintu pagar kawasan empangan, menjadi tempat pendaki melaporkan pendakian dan tempat meletak kenderaan persendirian.Laluan seterusnya menyusuri jalan batu kerikil, kemudian masuk ke jalan balak lama atau jalan tanah merah. Keadaan muka bumi mula mencanak dan sesekali pendaki terpaksa meuruni bukit. Laluan diselangseli tanah merah dan jalan tar.

Terdapat satu lagi laluan untuk terus ke jalan balak lama tanpa melalui Pejabat Perhilitan. Pendaki boleh menyimpang dari laluan ke Pejabat Perhilitan menuju ke Quarters LLN (TNB) lama. Laluan boleh dimasuk menggunakan kereta sepanjang jalan baru kerikil. Pendakian bermula dengan melintasi deretan rumah tinggal quarters tersebut sehingga bertemu jalan balak.

Satu wakaf didirikan di penghujung jalan balak yang boleh dilalu menggunakan pacuan 4 roda. Bangku-bangku turut ditempatkan sebagai tempat rekreasi Sg. Loloh. Pendaki perlu menyusuri laluan bersebelahan palong air sepanjang laluan hingga ke rumah Empangan Loloh. Kemudian melintasi empangan sebelum tiba di Kem Loloh. Kawasan kem agak luas dan mampu menampung 200 pendaki.

Kem Loloh biasanya menjadi tempat bermalam para pendaki. Hanya dua kali melintasi sungai melepasi kem sebelum memulakan pendakian ke puncak. Laluan pendakian mencanak dan lebar memandangkan laluan adalah bekas laluan balak lama. Laluan akan menjadi licin bila hujan.

Laluan balak lama tamat sebaik tiba di kem yang dikenali sebagai Dataran Pacat. Jangan terkejut jika pacat kini sukar ditemui di kem ini. Ada satu sumber air di bawah cerun curam Dataran Pacat ini. Tidak ramai pendaki yang menuruni cerun ini melainkan betul-betul kehabisan air ataupun bermalam di Dataran Pacat ini.

Dari Dataran Pacat laluan pendakian terus mencanak menyusuri tangga-tangga akar kayu. Terdapat satu puncak anak Nuang sebelum sampai ke puncak G. Nuang. Keadaan muka bumi mulai lembab dan berlumut hingga ke puncak.

GUNUNG PERDAH - JASAR, CAMERON HIGHLAND

G. Perdah dan G. Jasar adalah dua gunung yang sering dikaitkan bersama kerana kedua-dua puncak gunung ini dihubungkan dengan satu permatang. Puncak dan permatang diantara kedua-dua gunung ini menjadi sempadan negeri Perak dan Pahang di Cameron Highland. Pendaki boleh mendaki samaada G. Jasar ke G. Perdah atau sebaliknya

Gunung Perdah Gunung ini terletak berdekatan Kg. Sg. Ruil, Cameron Highland. Pendakian dari sini hanya mengambil masa 15 minit ke puncak gunung. Puncak gunung ini pernah

Data Gunung di Malaysia

211

ditandakan dengan beirut. Kini hanya terdapat 4 batu tapak tiang beirut. Puncak gunung yang terdedah ini membolehkan pendaki melihat panorama Cameron Highland. Gunung Jasar Gunung ini cukup dekat dengan Pekan Berinchang. Perjalanan kira-kira 20minit ke 1jam dari Pekan Berinchang ke puncak. Pendaki akan melalui kawasan hutan, kebun sayur dan pencawang letrik voltan tinggi. Puncak gunung ini ditanda dengan batu aras. Dikatakan kawasan puncak ini dahulunya merupakan kawasan perkuburan Orang Asli. PINE TREE HILL - TWIN PEAK, FRASER HILL

Puncak yang dikenali sebagai bukit (hill) ini antara puncak yang selalu didaki bagi pendaki-pendaki gunung. Pine Tree Hill terletak di Fraser Hill. Begitu juga dengan Twin Peak iaitu puncak kembar bagi Pine Tree Hill.

Laluan Pendakian Pendakian ke Pine Tree Hill bermula dari Rest House TNB. Permulaan Pine Tree Trail ditandakan dengan satu papan tanda. Turut dicatat sejarah ringkas trail ini. Trail/denai sejauh 5KM ini agak lebar dan telah didirikan beberapa pondok rehat disisi trail. Satu Jam pertama treking pendaki akan menjumpai satu batu sempadan Pahang - Selangor. Trail adakala mendaki, adakala mendatar. Sumber air terakhir boleh ada di satu kawasan lembah berdekatan denai. Alur air yang mengalir boleh ditemui beberapa langkah sebelah kiri dari Pine Tree trail. 4 jam treking pendaki boleh tiba di Puncak Pine Tree Hill. Tapi sebelum tu pendaki perlu mendaki cerun tegak setinggi kira-kira 6 meter. Tali ada dipasang bagi memudahkan pendakian selain akar-akar kayu sebagai tempat memijak atau berpaut. Puncak Pine Tree Hill ditanda dengan batu tanda empat segi. Puncak dikelilingi pokok-pokok tinggi terutama pokok pine. Twin Peak pula lebih kurang 1KM dari puncak Pine Tree. Ketinggian yang agak setara kedua-dua puncak ini hingga puncak ini dimanakan puncak kembar (twin). 1 jam r\trekking dari Puncak Pine Tree pendaki boleh pula tiba di Puncak Twin Peak. Laluan agak mudah dan denai menyusuri sempadan yang ditanda dengan batu tanda selang 20 meter.

Data Gunung di Malaysia

212

GUNUNG RABONG, GUA MUSANG, KELANTAN

Gunung ini dinamakan G. Rabong kerana kelihatan umpama rabong (tudung saji) bila dilihat dari Gua Musang, Kelantan. Gunung setinggi 1538m d.p.l. ini ditandakan dengan sebatang tiang besi dipuncaknya. Satu-satunya gunung di daerah Gua Musang ini diletak dibawah pengawasan KESEDAR. Gunung ini mempunyai dua trail, satu dari Felda Perasu dan satu lagi dari Kg. Air Manis. Trail Kg. Air Manis melalui air terjun dan pendaki perlu abseiling.

Laluan Pendakian Pendaki boleh pergi ke Felda Perasu dengan menyewa van/pacuan 4 roda dari Bandar Gua Musang. Laporan pendakian boleh dibuat di Balai Polis Gua Musang. 30minit berkenderaan pendaki boleh tiba di Felda Perasu.

Dari Felda Perasu, laluan seterusnya mengikut jalan balak. Titik permulaan pendakian pendaki bergantung kepada kenderaan pacuan 4 roda yang digunakan. Semakin berkuasa 4WD yang dinaiki, semakin pendeklah trail yang perlu didaki. Bagi 4WD standard pendaki boleh mula mendaki selepas jambatan kedua. Terdapat jeram yang jernih sesuai untuk pendaki mandi selepas tamat ekspedisi.

Dari jambatan kedua ke trek hutan mengabil masa kira-kira 1/2jam ke 1 jam. Seterusnya pendaki akan mendaki melalui trek resam/ trek bekas jalan balak tinggal hingga ke Kem pertama. Kem pertama 30minit perjalanan dari mula trek hutan tadi, Kem ini yang juga terletak bersebelahan penghujung trek balak lebih mudah jika dapat menaiki 4WD.

Helipad / Taman Bunga Helipad / Taman Bunga adalah checkpoint seterusnya, boleh sampai kesini dalam masa 2-4 jam dari Kem pertama. Kisah mistik tempat ini, dikatakan ada satu lembaga tua yang menjaga dan menghuni disini. Kawasan ini juga dijadikan helipad semasa Rabong Challange. Pendaki tidak digalakkan berehat dan bermalam disini kerana dikatakan 'kawasan keras'. Last Waterpoint Last Waterpoint, cuma 10 minit pendakian dari helipad/taman. Terdapat anak sungai berdekatan Kem Site Last Waterpoint. Kem boleh memuatkan 20-30 orang ini berada ditengah permatang dan dilindungi pokok-pokok tinggi. Puncak G.Rabong 30minit - 2jam pendakian. Trek agak mencanak dan laluan menyusuri permatang. Puncak gunung ini kecil dan sempit untuk 20 orang berkhemah. Terdapat satu view point dipuncak gunung ini. Pendaki boleh lihat Banjaran G. Tahan dari Merapoh mahupun dari Kuala Koh.

Gunung Rajah, Bentong, Pahang Gunung Rajah ini, satu-satunya gunung di Bentung. Negara pernah gempar dengan berita pendaki-pendaki dipanah petir di puncak gunung ini suatu masa lalu.

Data Gunung di Malaysia

213

Air Terjun Camang Kawasan rekreasi air terjun ini sering dikunjungi orang ramai. Walaupun jalan berturap ke air terjun ini agak sempit namun kemudahan tempat letak kereta yang disediakan cukup besar. Gerai-gerai dan kemudahan awam lain turut disediakan disini terutama pada hari minggu dan cuti umum. Pendaki boleh bermandi-manda di jeram deras tetapi awas air pusar dibawah air terjun ini. Trek ke gunung ini mula dari jalan balak tinggal 1KM sebelum tiba ke Air Terjun Camang. Namun bagi pendaki yang ingin memulakan pendakian dari Air Terjun Camang, boleh memintas trek balak tersebut dengan mendaki bukit di belakang Pejabat Ranjer hingga ke trek balak. Walaupun trek untuk mendaki bukit ini agak mencanak tetapi rata-rata sepanjang trek balak adalah landai sahaja.

Setengah jam berjalan pendaki akan melintas satu penempatan baru orang asli, trek balak agak mendaki sedikit, awas anjing yang datang ke arah anda. Seterusnya pendaki akan melalui zon pokok orkid ungu yang tumbuh sepanjang tepi trek hingga satu kawasan lapang (bekas kongsi tinggal). Kenalpasti trek ke gunung memandangkan ada beberapa simpang disini.

Trek kemudian agak redup tapi masih di bekas trek balak, checkpoint seterusnya cuma bekas tapak khemah kecil (kem site pertama), dari sini pendaki boleh melihat puncak G. Rajah, beberapa langkah kedepan ada anak sungai merentangi trek. Beberapa minit perjalanan seterusnya ada satu simpang denai tidak jauh disebelah kiri.

Setengah jam kemudian pendaki akan bertemu sungai berjeram. Pendaki perlu meneruskan pendakian dengan melintas sungai ini. Awas juga, air sungai ini akan menjadi deras apabila hujan dihulu. Walaupun sungai ini bukan sungai Y tapi pertemuan sebatang sungai lagi disini seperti huruf Y.

Air Terjun Naning/Nading Air terjun ini merupakan checkpoint seterusnya kira-kira setengah jam dari cross sungai pertama. Kem site berada seberang sungai di bahagian atas air terjun Naning berdekatan dengan sungai. Air sungai dingin dan nyaman tapi awas air sungai akan menjadi begitu deras apabila hujan di hulu. Trek dari air terjun ke agak landai, pendaki tidak perlu menggunakan tangan mahupun dagu untuk memanjat.

3-5 jam trekking dari Air Terjun Nading, pendaki akan tiba puncak satu permatang, jika cuaca baik dan cerah pendaki akan nampak dinding batu yang membentuk formasi gunung Rajah serta puncaknya. Berada diatas puncak bermakna pendaki perlu turun ke lurah sebelum mendaki kembali. Cabaran seterusnya adalah mendaki dinding batu 90 darjah tegak. Tali yang sedia diikat membantu pendakian.

Sumber air terakhir (Last Water Point) berada tidak jauh dari trek, deruan air terjun mini boleh didengari. Hanya beberapa langkah dari trek pendaki boleh pergi mengambil air bekalan. Setengah jam berikutnya pendakian agak mencanak, pendaki perlu

Data Gunung di Malaysia

214

menggunakan tangan untuk memanjat dan memaut pada akar-akar yang merentangi trek hingga sampai ke puncak.

Puncak G. Rajah Kem site puncak berada tidak jauh sebelum pendaki sampai ke puncak gunung. Panorama di puncak menarik dengan sudut pandangan 360 darjah serta angin di puncak bertiup dingin. Puncak ditandakan dengan satu batu tanda seperti bola / sfera terbenam ditengah batuan di puncak. Log: Air Terjun Chamang - rumah orang asli - 1/2 jam rumah org asli - kem site pertama - 1 jam kem site pertama - coss sg pertama 1/2 jam cross sg pertama - Air Terjun Naning - 1/2 jam Air Terjun Naning - puncak permatang, 3 jam puncak permatang - last water point - 1 jam last water point - puncak Rajah- 1/2 jam.

GUNUNG SERUDUM (SERUDOM), KUANTAN, PAHANG Gunung ini terletak di Hutan Lipur Berkelah, Kuantan, Pahang. Gunung ini merupakan puncak tertinggi di Hutan Lipur berkelah. Puncaknya adalah sempadan antara daerah Kuantan dan daerah Sg. Lembing. Sebuah gunung yang masih sepi dari kegiatan pendakian dan memiliki berbagai jenis spesis periuk kera.

Pada zaman dahulu, Sultan Pahang bersemayam di istananya yang terletak di daerah Pekan. ketika ingin memungut cukai hasil di daerah Sg. Lembing, baginda akan menghantar wakil mendaki G. Serudum melalui Sg. Berkelah dan wakil dari daerah Sg. Lembing pula pergi ke puncak G. Serudum melalui Sg. Ruil dan mereka bertemu di puncak G. Serudum.

Cabaran mendaki gunung ini adalah trek ke Hulu Berkelah yang agak jauh dan banyak melalui paya dan melintas sungai. Pendaki boleh mendaki gunung ini dari pintu gerbang Hutan Lipur Berkelah atau dari Ladang Agrotech, Gambang.

Hutan Lipur Berkelah Pendakian boleh dimula di Gerbang Hutan Lipur Berkelah, kawasan yang popular dengan air terjun Berkelah. Pendaki boleh terus ke kolam besar (kolam 7) air terjun ini dengan masa perjalanan kira-kira 2jam. Pedaki perlu 'river trekking' ke kolam 7 dan perlu berhati-hati kerana batu-batu licin serta akalanya jurang yang dalam disisi trek.

Air Terjun Berkelah Air terjun paling tinggi di Sg. Berkelah yang menjadi tarikan utama pengiat outdoor kesini. Pendaki perlu terus mendaki bukit yang mencanak hingga ke atas air terjun ini.

Data Gunung di Malaysia

215

Temu Air Setelah jauh trekking pendaki akan menemui punca air yang keluar dari celah batu. Pendaki perlu meniti permatang Bukit berkelah untuk tiba disini. Cabaran mendaki pangkal permatang yang mencanak perlu dilalui pendaki serta ada bahagian permatang yang lebar cuma satu kaki dan berjurang dalam dikiri dan kanannya. Ada beberapa denai orang mencari hasil hutan disekitar trek ke Temu Air.

Kem Batu Pendaki perlu mendaki sebuah lagi bukit untuk tiba di sini. Kem ini yang mungkin bekas tapak kongsi balak berada di tepi anak sungai. Laluan seterusnya banyak melalui kawasan paya kemudian baru mendaki cerun dan akhirnya turun di cerun curam sebelum tiba kawasan pokok resam berhampiran Batu Lebar.

Batu Lebar 1 hari perjalanan dari Air Terjun Berkelah ke sini yang berada di hulu Sg. Berkelah. Terdapat satu batu besar yang cukup lebar ditepi sungai. Lebar batu ini sebesar khemah dan datar selesa didirikan khemah diatasnya. Pendaki boleh mendirikan khemah di kawasan berdekatan yang rata, mungkin perlu menebas sedikit kerana jarang kumpulan pendaki kesini. Taik gajah banyak bertaburan berhampiran kawasan ini.

Puncak G. Serudum Puncak gunung ini ditandakan dengan beirut. Pokok-pokok tinggi menutupi puncak gunung ini ditambah pula dengan kabus gunung yang sering menyelubungi puncaknya. Kawasan puncak agak kecil, cuma memuatkan beirut. View point ada tidak jauh dari puncak dimana pendaki boleh nampak Lebuhraya Pantai Timur.

Kem Lembah 2 jam perjalanan dari puncak. Pendaki akan lalu kem ini sekiranya tidak lalu trek Hulu Berkelah untuk keluar.

Kem Sg. Pinang Kem ini berdekatan jalan balak dan ditepi Sg. Pinang. Ada pondok tempat pencari rotan berteduh. Pendaki ada pilihan samada mendaki bukit berkelah dan turun ke Kolam 7 atau keluar ke Ladang Agrotech melalui trek balak hingga ke Jalan Kuantan-KL berdekatan Pusat Latihan Ternakan Haiwan Ulu Lepar.

GUNUNG STONG - GUNUNG AYAM, DABONG, KELANTAN Kedua-dua gunung yang berada di Hutan Jelawang ini kebiasaannya didaki dalam satu ekspedisi. Dabong adalah pekan kecil yang terdekat, kemudahan stesen keretapi menjadikan keretapi sebagai pengankutan pilihan para pendaki untuk ke Dabong.

Dari Dabong pendaki perl menaiki bot untuk merentas Sg. Galas kira-kira 5 minit perjalanan. Perjalanan seterusnya sejauh 5KM jalanraya berturap dengan van atau kereta sapu untuk tiba di Kg. Jelawang.

Data Gunung di Malaysia

216

Pendaki boleh memulakan pendakian dari Kg. Jelawang melalui trek balak atau meneruskan perjalanan dengan van atau kereta sapu menyusuri jalan kampung sejauh 2.8KM ke Resort Jelawang.

Resort Jelawang berada di kaki Air Terjun Jelawang 666' a.p.l. Resort ini menawarkan kemudahan chalet, bilik meeting, surau serta tandas. Pendaki boleh melaporkan diri di sini sebelum memulakan pendakian.

Terdapat 2 lagi trek ke Baha's Camp yang berada di puncak Air Terjun Jelawang di ketinggian 1404' a.p.l. Satu trek terus ke trek balak dan satu lagi menyusuri kaki air terjun jelawang sebelum masuk ke trek balak.

Pendaki boleh tiba di Baha's Camp kira-kira 45 minit berjalan. Baha's Camp diselia oleh sekumpulan anak tempatan memberi perkhidmatan jurupandu arah selain mengawasi kawasan Hutan Jelawang. Tapak khemah di sini cukup luas dan boleh menampung ratusan orang.

Beberapa tempat menarik boleh dilawati di sekitar Baha's Camp seperti Gua Rantai, Air Terjun Kolam Puteri, Telaga Tujuh dan Air Terjun 2 Gunung.

Gua Rantai Gua ini dinamakan gua rantai kerana dipasang rantai didalamnya bagi memudahkan pengunjung melalui gua ini. Walaupun tidaklah begitu jauh perjalanan dalam gua ini namun tetap memberi satu keseronokkan apabila memasukinya.

Kolam Puteri / Air Terjun Kolam Puteri Air terjun ini juga agak tinggi dan mempunyai kolam yang besar, dalam dan tenang. Seronok bermain air di sini samaada mengelunsur di air terjun mahupun berenang.

Telaga Tujuh Tujuh telaga semulajadi ini berada di tengah-tengah sungai di atas air terjun Kolam Puteri. Masuk ke dalam telaga ini menjanjikan satu pengalaman menarik.

Air Terjun 2 Gunung Dua air terjun dari dua buah gunung iaitu G. Stong dan G. Ayam bercantum menjadi satu sungai.

Trail Kebiasaannya pendaki memulakan pendakian dari Baha's Camp seawal pagi setelah bermalam dan menikmati panorama matahari terbit dari puncak air Terjun Jelawang. Trek adalah mengikut jalan balak tinggal seterusnya melalui denai-denai yang mencanak.

Pada waktu tengahari pendaki boleh tiba di puncak G. Stong. Setongkol batu besar dengan pokok bonsai diatasnya menjadikan puncak ini unik. Dari istilah 'stone' disebut jadi bunyi 'setong' dalam dialek tempatan.

Data Gunung di Malaysia

217

Dari puncak G. Stong pendaki perlu turun hingga ke satu persimpangan trek ke G. Ayam yang dipanggil Beta Balak- di ketinggian 2652 kaki a.p.l. Disini jugalah punca air terakhir sebelum ke puncak G. Stong.

Trek dari Beta Balak ke Puncak G. Ayam kurang mencanak berbanding ke G. Stong. Pendaki akan melalui kawasan pokok-pokok bonsai sejurus tiba di puncak Baha iaitu anak G. Ayam. Puncak Baha ke Puncak Ayam hanya memakan masa kurang sejam perjalanan. Lewat petang pendaki boleh tiba di puncak G. Ayam.

Puncak G. Ayam ditanda dengan 'plate' dan terdapat pokok-pokok bonsai setinggi 10 kaki tinggi. Kira-kira sepelaung dari puncak ini terdapat kawasan perkhemahan yang boleh memuatkan sekitar 50 orang. Bukan sahaja tapak khemah, tapak kaki gajah juga biasanya ada disini. Pemandangan matahari terbenam cukup indah dibalik pokok-pokok bonsai di kawasan khemah.

Sumalian Trail Satu lagi laluan ke G.Stong dan G.Ayam adalah dengan mengikut lembah Semeliang (Dialek tempatan berbunyi Sumelian). Laluan ini tidak mempunyai trek (off-trek) dan memeberi cabaran yang lebih hebat pada pendaki. Selain terpaksa meredah hutan, laluan adakalanya menyusuri anak-nak sungai atau longkang laluan air.

Beberapa tempat menarik di Lembah Sumeliang seperti Taman Orkid, Gua Kelawar dan Gua Kayu Jadi Batu. Taman Orkid merupakan kawsan yang ditumbuhi orkid-orkid liar yang jarang ditemui. Gua Kayu Jadi Batu pula adalah gua yang mempunyai fosil kayu balak yang sekeras batu. Selain itu terdapat kalimat 'Allah'(alif-lam-lam-ha) berwarna hijau florencent secara semulajadi didalam gua ini.

Perjalanan Dabong 05° 22´ 618 N, 102°00´599 E Resort 05° 20´ 464 N, 101°58´190 E Baha's Camp 05° 20´ 492 N, 101°58´036 E Beta Balak 05° 20´ 445 N, 101°57´183 E Stong Peak 05° 20´ 200 N, 101°56´750 E Beta Balak 05° 20´ 445 N, 101°57´183 E Ayam Peak 05° 20´ 737 N, 101°56´171 E

Data Gunung di Malaysia

218

GUNUNG SWETTENHAM, CAMERON HIGHLAND

G. Swettenham 1961m (6434 kaki) dpl terletak di kawasan tanah tinggi Cameron Highland (CH) menjadi pemisah sempadan Kelantan dan Pahang. Gunung yang turut mendapat nama jolokan Set6 ini berdekan Blue Valley dan pekan Kg. Raja, Cameron Highland. gunung ini ditanda dengan Beirut dan batu tanda. Dari puncak boleh kelihatan Banjaran Titiwangsa serta bertentangan dengan puncak Gunung Berinchang, G. Irau dan kelihatan Hotel Equatorial Dapat dilihat juga Lebuhraya CH - Gua Musang dikaki gunung ini. Tumbuh-tumbuhan dipuncak agak tinggi melebihi 2 meter. Terdapat satu kawasan perkhemahan berdekatan puncak yang agak kecil.

Laluan Pendakian Dari Kg. Raja, Cameron Highland menghala ke Lebuhraya CH-Gua Musang boleh menggunakan kenderaan sendiri atau menyewa 4WD ke Pos Peningau setelah melewati Blue Valley. Dari Pos Peningau laluan pendakian menyusuri sempadan Pahang - Kelantan. Keadaan laluan jelas cuma kadangkala semak, namun terdapat batu tanda sempadan setiap 10 meter. Walaubagaimanapun terdapat beberapa cabang laluan.

Hanya terdapat satu puncak anak gunung sebelum sampai puncak G. Swettenham. Kecuraman laluan ke puncak agak mencanak selepas turun dari puncak anak gunung hingga ke puncak. Kawasan perkhemahan di puncak yang terlindung dengan pohon-pohon besar serba sedikit dapat menahan angin kencang dan sejuk.

GUNUNG TAHAN, TAMAN NEGARA, PAHANG Gunung Tahan merupakan gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia. Gunung ini digazetkan sebagai Taman Negara diurus oleh Jabatan Perhilitan, Taman Negara Tahan.

Gunung Tahan berdiri megah disamping gunung-gunung lain iaitu; G. Gedung(), G.Resket (1666m), G. Tangga 15 (1539m), G. Pangkin (1462m) dan G. Rajah (576m).

Terdapat 3 laluan atau trek untuk ke G. Tahan. Trek Merapoh. Trek Kuala Tahan dan Trek Kuala Koh. Trek Kuala Koh amat kurang dilalui pendaki atas faktor-faktor jauh dan sukar ke Kuala Koh itu sendiri.

Kebiasaannya pendaki akan melalui trek: Merapoh-G. Tahan-Merapoh, Merapoh -G.Tahan - Kuala Tahan, Kuala Tahan -Kuala Tahan atau Kuala Koh - Kuala Tahan

Merapoh Pekan kecil di negeri Pahang ini terletak diantara K. Lipis - Gua Musang. Mudah ke Merapoh menggunakan perkhidmatan keretapi. Pejabat Taman Negara Tahan ada di Merapoh untuk urusan pendakian.

Data Gunung di Malaysia

219

Kuala Juram / Sungai Relau Satu kem yang boleh memuatkan ramai pendaki. Kuala Juram merupakan tempat permulaan pendakian. Dari Merapoh, pendaki akan dihantar menggunakan pacuan 4 roda pihak Taman Negara Tahan. Kuala Juram menjadi tempat pembiakan ikan sungai.

Kuala Luis (306M d.p.l) Satu lagi sungai yang perlu direntah pendaki. 5KM dari kuala Juram.

Kem Lata Luis 6KM dari Kuala Luis. Berada bersebelahn Sg. Luis yang tenang dan berlata. Berada di ketinggian 558m dpl.

Kem Kor (750m d.p.l) Kem yang bersebelahan dengan sungai. Cukup luas untuk 100 orang berkhemah. Jarak tempuh dari Lata Luis 2.5KM.

Permatang 2.5 KM dari Kem Kor, terdapat satu kawasan khemah kecil diatas permatang.

Kubang (1406m d.p.l) Kem ini dimanakan kubang kerana tedapat satu kubang besar di kem ini. Ada anak sungai berdekatan kem ini. Keluasan kem ini juga mampu menampung lebih 100 orang pendaki berkhemah

Belumut Jarak 1.5 km dari Kubang. Kawasan ini sejuk dan lembab serta penuh berlumut. Terdapat lopak -lopak air dan kawasan yang boleh dipasang khemah untuk 2 -3 khemah.

Bonsai (1705m d.p.l) Berada di ketinggian dan 5.5 km dari Belumut. Persekitaran dipenuhi pokok -pokok bonsai setinggi pinggang.

Bukit Botak 3KM dari Bonsai. Sebuah bukit yang lapang umpama botak. Kawasan lapang di sini boleh menjadi kawasan perkhemahan. Sumber air dari tadahan hujan dan lopak-lopak. Pemandangan yang menarik sekitar bukit ini.

G. Tahan (2187m d.p.l) Puncak tertinggi ini ditandakan dengan papan tanda, sebelum ini ada beirut yang masih ada sisa tiangnya. Terdapat satu kawasan perkhemahan berdekatan yang boleh menampung 60 orang dan sumber air dari mata air dan lopak-lopak. Satu kesan tapak kaki gergasi yang dikatakan Sang Kelembai boleh dilihat disini.

Gunung Gedung Gunung yang paling berdekatan dengan G. Tahan. Persekitaran dipenuhi pokok bonsai, Tidak jauh dari sini terdapat bangkai kapalterbang perang dunia ke-2.

Data Gunung di Malaysia

220

Gunung Reskit (1216m d.p.l) Hanya 1.5 km dari G. Gedung. Laluan mendaki dan menuruni untuk sampai ke puncak gunung ini. Puncaknya agak kecil dan dikelilingi pokok setinggi 2-3 meter.

Gunung Tangga 15 (1539m d.p.l) 2.5KM dari gunung Reskit. Gunung yang dipandang umpama puncak 15 anak tangga gergasi ini berada di ketinggian . Laluan ke gunung ini penuh berbatu dan curam.

Gunung Pangkin (1462 m d.p.l) Gunung ini cuma 1.5 km dari G. Tangga 15. Panorama gunung-ganang yang menarik dapat dilihat dari puncak gunung ini.

Kem Pangkin Bawah Kem ini berada di kaki G. Pangkin boleh memuatkan kira-kira 40 orang. Terdapat anak sungai berdekatan sebagai sumber air minuman.

Wray's Camp Kem ini dinamakan sempena nama seorang pendaki Inggeris, Wray's. Wray yang dikatakan mati disini diabadikan namanya. Kem ini cuma 1km dari Kem Pangkin Bawah dan boleh memuatkan 2 khemah.

Kem Sarsi Kem ini dikelilingi pokok sarsi, Sejenis pokok yang kulitnya berbau dan berasa minuman sarsi.

Kem Kuala Teku (168m d.p.l) Kuala Sungai Teku yang luas dan berjeram. Kem ini boleh menampung kira-kira 100 orang berkhemah. Jarak dari Wray's Camp sejauh 5KM.

Kem Kuala Putih 7KM dari Kem Kuala Teku, Sungai Putih mempunyai air yang cukup jernih. Pendaki perlu merentas beberapa kali Sungai Tahan yang adakalanya sehingga paras dada sebelum tiba di kem ini.

Kem Tengah Kem ini berada kira-kira ditengah Kem Kuala Putih dan G. Rajah. Terdapat mata air yang cukup jernih di kem ini. Kem yang agak luas untuk 30orang bermalam ini jarang dijadikan tempat bermalam kerana kisah mistik, dikatakan ada 2 orang asli yang lalu di kem ini. Seorang dari mereka mati dan digantung di sebatang pokok bagi mengelakkan dari dimakan binatang, sementara seorang lagi pergi mendapatkan bantuan. Setibanya kembali di kem ini, didapati mayat tersebut telah berubah kedudukannya.

Gunung Rajah (576m d.p.l) Puncak gunung ini gondol dan mengadap banjaran gunung Tahan dengan panorama yang mengkagumkan. Semua gunung di Taman Negara Tahan ini dapat dilihat dari puncak gunung ini. Jelas kelihatan 2 barisan gunung dari G. Tahan. Satu barisan terdiri dari G.

Data Gunung di Malaysia

221

Tahan, G. Gedung, G. Reskit, G. Tangga 15 dan G. Pangkin manakala satu lagi barisan gunung terdiri dari G. Tahan, G. Ulu Kerchau dan G. Pantat Lesung. Jika G. Rajah tidak dinamakan sebagai gunung pendaki mungkin tak perlu mendaki ke puncaknya untuk ke Kuala Tahan.

Kem Melantai Kem yang terakhir sebelum ke Kuala Tahan. Terletak di tepi sungai. Perjalanan dari kem ini ke Kuala Tahan adalah landai umpama melata di lantai. Pendaki boleh terserempak dengan hidupan liar sepanjang perjalanan ke Kuala Tahan seperti rusa, babi dan gajah.

Kuala Tahan Penamat / pemula perjalanan pendakian. Terdapat Pejabat Perhilitan, resort, Muzium, dan lain-lain kemudahan kawasan pelancongan. Suasana hidup di Kuala Tahan menarik untuk dikunjungi.

Air Terjun 4 tingkat ( 4 Steps Waterfall) Air terjun ini terletak di tengah belantara di Taman Negara Tahan. Jarang sekali pendaki dan pengunjung pergi ke air terjun ini. Pendaki memerlukan sekurang-kurangnya 2 hari perjalanan pergi dan balik ke air terjun ini. GUNUNG TAMBUYUKON, SABAH

Gunung Tambuyukon merupakan gunung ketiga tertinggi di Malaysia. Terletak di dalam Taman Negara Kinabalu di bahagian daerah Ranau, gunung ini ditadbir oleh pihak Taman-taman Sabah (Sabah Parks). Gunung yang berada dalam tapak warisan dunia ini terpelihara dan tertakluk dibawah Enakmen Taman-Taman 1984. Hutannya masih belum terusik dan dikawal ketat. Gunung Tambuyukon mendapat nama sempena kisah seorang berbangsa Dusun yang bernama Tam pada zaman dahulukala. Tam telah mengetuai pendakian ke puncak gunung ini. Tam sering mengatakan pada kumpulannya, mereka sudah hampir sampai ke puncak. Tapi langkah demi langkah mereka masih belum tiba di puncak. Ahli kumpulan dia kemudian menyebut gunung ini Tam Buyon (tipu dalam bahasa dusun) kerana sering tertipu dengan kata-kata Tam. Zaman berlalu dan Gunung Tam Buyon mengalami perubahan prosa kata dan disebut Gunung Tambuyukon. Nama ini kekal hingga ke hari ini.

Substation Kg. Monggis Substation ini berada tidak jauh dari Poring. 3 KM dari Poring menghala ke Telupid ada simpang disebelah kiri jalan sejauh 32KM jalan batu kerikil ke Substation Kg. Monggis. Jalan ini merentasi beberapa perkampungan dan kampung terakhir sudah tentu Kg. Monggis. Sebelum itu pendaki akan melalui Desa Pinawantai, sebuah desa yang dilengkapkan dengan beberapa kemudahan asas seperti sekolah, klinik kesihatan, pondok telefon dan sebagainya.

Data Gunung di Malaysia

222

Beberapa batang sungai merentangi jalan batu kerikil ini, beberapa jambatan telah didisikan dan masih ada laluan yang belum berjambatan.Substation Kg. Monggis menyediakan kemudahan seperti padang khemah, tandas dan bilik mandi walaupun jeram berada berdekatan sekali dengan substation ini. Selain itu hostel juga disediakan disini. Pendakian bermula dari Sub Station Kg. Monggis. Pendaki dikehendaki melaporkan diri disini. Malim / jurupandu arah disediakan disini dan juga porter jika diperlukan. Rentis Taman Kinabalu KM0 - KM4 Rentis ini sejauh 14 KM dan berada dibawah kelolaan Sabah Park. Setiap KM telah ditanda dengan papan tanda KM. Bermula dari substation pendaki perlu mendaki ke atas rabung berdekatan kira-kira 10-15minit. Diatas rabung ini barulah KM 0 mula ditanda. Rentis menyusuri rabung / permatang sesekali agak mencanak. 4 KM pertama pendaki boleh trekking dengan masa 20 minit setiap KM. KM4 - KM6 KM 4 ke KM 6 pendaki boleh berjalan 45 minit - 1 jam 30 minit setiap KM. KM 4 ke KM 5 akan merentasi 5 batang sungai kecil. KM5 ke KM6 pula terdapat sebatang sungai yang perlu direntas. Trek semakin sukar, pendaki perlu mendaki melalui lereng-lereng, merentasi beberapa permatang gunung, menuruni lurah yang curam dan paling mengerikan menyusuri tebing batu yang sempit. Kem 1A Sebaik saja melepasi KM 6 pendaki akan tiba di Kem 1A juga ditulis sebagai Kem Wuluh sempena nama Sg. Wuluh berhampiran kem ini. Uniknya kem ini berada ditengah-tengah Sg. Wuluh seperti pulau. Air Sg. Wuluh yang jernih dan berjeram perlu dilintas untuk meneruskan pendakian. Kawasan lembab seperti ini merupakan habitat pacat. Kem 1B Kem ini pula terletak menghampiri KM 8. Kem dibina bersebelahan Sg. Kapuakan, sebatang sungai berjeram deras dan jernih airnya. Air sungai akan lebih deras dan tinggi apabila hujan menjadi satu cabaran buat pendaki untuk menyeberang. Jika bernasib baik pendaki boleh nampak kelibat Orang Utan dan Burung Enggang di hutan ini. Selepas menyeberang sungai ini pendaki perlu mendaki cerun yang curam. Pihak Sabah Park telah menarah tanah untuk dijadikan bertangga bagi memudahkan pendakian. Sepanjang rentis pokok-pokok masih tinggi. Trek terus menaik sesekali mendatar juga. Lantai hutan ditutupi dedaun kering menghilangkan kesan rentis dibeberapa tempat. Kem 2 (Kem Musang) Melapasi KM10 pendaki akan bertemu simpang rentis lama ke Kg. Monggis. Rentis seterusnya menyusuri rabung gunung yang juga sempadan daerah Ranau dan Kota Marudu. Kem 2 berada diatas permatang di antara KM10 - KM11 di ketinggian 5000 kaki. Sumber air ada berdekatan kem ini. Pendaki cuma perlu menuruni rabung kira-kira

Data Gunung di Malaysia

223

10 - 15 minit untuk ke alur air. Kem Jenderal (General Camp) Kem ini mendapat nama sempena pangkat ketua ekspedisi yang berpangkat Jenderal telah mengarahkan pasukannya membuka kem disini. Kem ini berada ditengah-tengah hutan berlumut diantara KM12 dan KM 13 di ketinggian 7000 kaki. kawasan yang datar membolehkan beberpa khemah didirikan disini. Tiada sumber air disini untuk pendaki. Kem Rajah Naphentus Rajah sejenis periuk kera, tumbuh di kem sekitar kem ini. Pendaki perlu mendaki batuan-batuan untuk tiba di kem Rajah. Pada ketinggian 7700 kaki kawasan kem ini menerima tiupan angin dingin walaupun pokok-pokok bonsai setinggi 3 - 4 meter memagari kem ini. Perjalanan ke puncak boleh dibuat antara 30 minit - 1 jam pada kebiasaannya. Puncak Tambuyukon Papan tanda KM14 menjadi tanda puncak gunung ini. Pokok-pokok bonsai setinggi 3 -4 meter tumbuh di puncak gunung ini. bebrapa meter dari puncak terdapat satu lagi rabung mengunjur ke arah G. Kinabalu. Tapak khemah Bagi pendaki yang ingin bermalam di puncak dibuat diatas rabung ini. Pokok-pokok bonsai setinggi 1 - kaki penuh tumbuh di sini. Tidak jauh dari sini terdapat satu lembah dan satu lagi tapak khemah. Kawasan lembah ini turut menjadi kawasan takungan air hujan.

Panorama puncak-puncak G. Kinabalu jelas berhadapan puncak G. Tambuyukon. Suasana matahari naik man memancarkan warna merah pada batuan puncak Kinabalu amat menarik dilihat di sini. Selain itu pendaki juga boleh melihat puncak G. Nambuyukong di bahagian lain puncak G. Tambuyukon.

GUNUNG TANGGA, CAMERON HIGHLAND - GUA MUSANG

G. Tangga berada di sempadan Cameron Highland - Gua Musang. Gunung ini agak jarang didaki kerana kurang diketahui umum memandangkan gunung ini berada agak jauh dari Kg Rajah, CH dan sebelum ini tiada jalan untuk kesana. Gunung ini paling hampir dengan penempatan Orang Asli Pos Brooke, Kelantan.

Starting Point Pos Brooke berada dipertengahan jalan raya CH - Gua Musang. 38 KM dari Blue Valley. Sekolah Kebangsaan Pos Brooke merupakan 'landmark' Pos Brooke. Pendaki boleh memulakan pendakian dari penempatan Orang Asli di atas bukit berdekatan. Laluan Pakma 15 minit perjalanan di trek balak. Pendaki akan bertemu sungai. Terdapat beberapa denai disini. Ada denai menghala ke pokok-pokok pakma. Pendaki perlu menyusuri denai dengan sungai disebelah kiri pendaki.

Data Gunung di Malaysia

224

Air Terjun Sg Wi Kecil 30 minit dari laluan pakma pendaki akan bertemu air terjun di panggil Air Terjun Sg. Wi Kecil. Sumber air disini jernih dan tidak keroh walaupun semasa hujan. Tidak jauh dari Air Terjun Sg. Wi Kecil pendaki perlu melintas jeram dari Sg. Wi. Terdapat anak sungai bersebelahan sungai ini. Pendaki boleh mengambil air bersih untuk bekalan disini. Sepanjang laluan ini pendaki masih boleh jumpa pokok pakma. Trek ke puncak agak jauh walaupun tidak banyak laluan mencanak. Terdapat beberapa bukit tipu sebelum pendaki boleh tiba ke puncak gunung ini. Trek masih agak jelas walaupun tiada tanda sepanjang trek.

Puncak Puncak gunung ini ditandakan dengan batu tanda bertiang besi. Keadaan sekitar batu tanda begitu bersih umpama terjaga. Keluasan puncak boleh memuatkan 10 - 15 orang untuk bermalam.

GUNUNG TEBU, HUTAN LIPUR LATA BELATAN JERTIH, TEREN GGANU Gunung Tebu atau dikenali dengan Sugar Cane Mountain, adalah salah sebuah gunung yang menarik dan mudah untuk didaki. Permandangan yang berlatarbelakangkan Laut China Selatan serta Pulau Perhentian dapat dilihat dari puncak sekiranya cuaca cerah dan tidak berkabus. Gunung Tebu adalah gunung yang unik kerana terdapat sebuah kubur di puncak gunung. Ia juga sebagai tempat pesilat-pesilat untuk bertapa. Gunung Tebu terletak di Hutan Lipur Lata Belatan, Daerah Besut yang mempunyai jenis Hutan Dipt erokarp Bukit serta Hutan Konifer di Kemuncak Gunung Tebu. Pelbagai jenis spesies flora dan fauna yang jarang kita lihat sebelum ini terdapat disini. Bagi pengunjung yang inginkan aktiviti mencabar, satu denai hutan disediakan menuju ke puncak Gunung Tebu sesuai untuk memulakan pendakian dari sini. Di Hutan Lipur Lata Belatan, pelbagai aktiviti boleh dijalankan seperti berkhemah, bersiar-siar dan trekking. Selain itu, pelbagai kemudahan lain yang disediakan termasuklah kemudahan asas seperti gerai, astaka serta dilengkapi dengan kemudahan elektrik. Terletak 24 km dari Pekan Jertih melalui Jalanraya Kuala Terengganu-Jertih, 118 km dari Kuala Terengganu. Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Bandar Permaisuri atau Pekan Jertih. Dari pekan jertih, kita terus menuju ke Kampung Jabi untuk ke Hutan Lipur Belatan. Hutan Lipur Lata Belatan, adalah starting point untuk mendaki gunun g Tebu. Di sana terdapat resort dan pondok Jabatan Hutan. Setiap pendaki perlu mendaftarkan diri di pondok berkenaan sebelum memulakan pendakian. Setiap orang dikenakan bayaran sebaynyak RM5 sebagai permit mendaki.

Data Gunung di Malaysia

225

Dari Hutan Lipur Lata Belatan untuk ke puncak gunung Tebu hanya mengambil masa 5 hingga 6 jam perjalanan. Perjalanan bermula dari pondok Jabatan hutan dan melintasi sebuah jambatan gantung. Dari situ setiap pendaki akan menyusuri ke hulu sungai. Keadaan sungai yang berbatu besar serta berpasir halus adalah sangat bersih dan mempunyai air yang berwarna hijau seperti air tebu. Keadaan perjalanan landai dan rata. Dari jambatan gantung menyusuri sungai hanya mengambil masa selama 30 minit untuk sampai ke satu kawasan tapak perkhemahan di mana terdapat cabang sungai yang dipanggil Sungai Y. Sungai Y adalah last water point untuk sampai ke puncak. Disarankan agar mengambil sedikit air hanya untuk minuman sepanjang perjalanan ke puncak.

Selepas melintasi Sungai Y, kita perlu mendaki dan mula memasuki hutan Lipur Gunung Tebu. Kecerunan pendakian hanya sekitar 45 darjah sahaja. Sekitar pendakian, kita akan sampai di satu kawasan yang mempunyai baru besar yang berketinggian lebih dari 5 meter. Batu ini dikenali dengan nama Batu Mat Hassan. Dari Batu Mat Hassan untuk ke puncak hanya mengambil masa selama 2 jam sahaja. Sebelum sampai di puncak, iaitu jam perjalan dari batu Mat Hassan, kita akan berjumpa dengan satu kawasan lereng yang boleh melihat permandangan sekitar Gunung Tebu. Tempat ini dikenali dengan Jendela Dunia. Setelah tiba di puncak gunung Tebu, ambil laluan ke kiri dan dalam laluan menurun untuk sampai ke tapak perkhemahan. Puncak Gunung Tebu jarang pendaki akan bermalam kerana, tiada sumber air disana. Untuk ke tapak perkhemahan hanya mengambil masa 20 minit dari puncak. Pendaki akan melalui satu kawasan di mana terdapat satu papan tanda dari PMM. Terus turun sehingga berjumpa dengan satu batu tongkol yang sangat besar. Batu tersebut seperti bola yang telah dikerat dua. Dari batu tersebut jarak tapak perkhemahan hanya 300 meter sahaja.

Teruskan menuruni sehingga berjumpa satu kawasan lapang yang terdapat batu-batu besar dan juga sebuah kubur. Di sini kawasan terbuka dan berangin, disarankan agar turun kebawah sedikit untuk berkhemah. Disini terdapat banyak pokok-pokok renek dan dekat dengan sumber air iaitu lima minit dari kawasan perkhemahan. Untuk maklumat, lanjut, boleh menghubungi terus dengan pihak berkenaan : Pegawai Hutan Daerah Pejabat Hutan Daerah Terengganu Selatan, 23000 Dungun, Terengganu. Tel. : 09-8441404

Data Gunung di Malaysia

226

GUNUNG TOK NENEK, BANJARAN TITIWANGSA

Gunung ini juga di panggil dengan Mt. Table & Chair oleh penjajah British. Ini kerana bentuk puncak G. Tok Nenek kelihatan seperti kerusi dan meja apabila dilihat dari jauh. Nama 'Tok Nenek' pula dikatakan diberi oleh masyarakat orang asli tempatan yang mencetakan mitos Tok dan Nenek yang lari ke atas gunung membentuk formasi puncak berbatu. Satu puncak batu Tok dan satu lagi puncak batu Nenek. G. Kayong - G. Tok Nenek Pendaki boleh ke gunung ini dengan melalui trail Transtitiwangsa V.2. Gunung ini berada diantara Gunung Kayong dan Gunung Junction. Pendakian dari puncak G. Kayong ke G. Tok Nenek mengambil masa kira-kira 1 jam setengah ke 2 jam. 10 minit sebelum tiba di puncak Tok Nenek, ada puncak Kambing. Jelas kelihatan puncak Tok Nenek dari sini. Puncak Puncak gunung ini berbatu keras, kecil terdedah pada tiupan angin. Pemandangan 360 darjah sekitar banjaran titiwangsa. G. Tok Nenek - G. Junction Kem Kacang ada mata air berdekatan kem ini. Seterusnya perlu mendaki ke Puncak Belumut kira-kira 1 jam treking. 1 jam 30 minit lagi akan tiba pula di Puncak Bonsai Semak. 30 minit berikutnya pula checkpoint Kem DGU diikuti trek mendaki ke Puncak View selama 1 jam. Sambung mendaki serta menuruni lagi hingga sampai ke Puncak Bonsai Tengah kira-kira 2 jam treking. Kem Lembah Agas pula 1 jam dari Puncak Bonsai Tengah. Kem Lembah Agas ke Puncak Juntion melalui puncak Anak Junction kira-kira 4 jam 20 minit melalui pohon-pohon buluh. Puncak Anak Junction ke Puncak Junction cuma 20 minit. TRANS TITIWANGSA V1 [KORBU, GAYONG, YONG BELAR]

Gunung Korbu (7,162 kaki dpl), Gunung Gayong (7,129 kaki dpl) dan Gunung Yong Belar (7,156 kaki dpl) merupakan antara gunung utama yang membentuk banjaran titiwangsa .. Merasai cabarannya yang di kategorikan oleh kebanyakan trekkers sebagai kategori “Hardcore “.

Route Ulu Kinta - Cameron Highland Cameron Highland - Ulu Kinta (reverse) Intake Ulu Kinta Teletak di daerah Ulu Kinta menjadi tempat mula pendakian. Pendakian bermula dekat Pej. Perhutanan Ulu Kinta. Ada sungai dan warung Orang Asli di sini. Laluan balak yang mencanak hingga ke kawasan Dam Ulu Kinta. Trail seterusnya menyusuri sepanjang Sg. Kinta hingga ke Pondok Wakaf. Terdapat beberapa penempatan orang asli sepanjang trek ini. Trail ini akan ditenggelamkan apabila empangan siap kelak.

Data Gunung di Malaysia

227

Pondok Wakaf Kem site yang didirikan berhanpiran pintu rimba, Sebuah pondok wakaf juga didirikan tetapi telah pun runtuh dimamah usia. Sumber air boleh bersih diambil dari anak sungai berhanpiran. Kem Seroja Masa perjalanan kira-kira 4-6 jam dari Pondok Wakaf. Ada dua pondok didirikan disini sebagai tempat rehat (satu dah sembah bumi) dan bersebelahan sungai yang jernih. Trek ke sini banyak melintas jeram sungai. Cabaran utama melangkah balak besar yang tumbang merentangi trek di tebing bukit. Kem seroja sering dikaitkan dengan cerita mistik dikatakan tempat jin bertenggek. Kem Kijang Trek ke sini agak mencanak, pendaki perlu mendaki Bukit Betung. Masa ke sini kira-kira 2-4 jam dari Kem Seroja. 2 jam perjalanan ke Korbu akan jumpa air Terjun dan 'last water point'.

Bukit Botak Puncak bukit ini gondol sebesar sebuah khemah dan dikelilingi pokok-pokok. G. Korbu dan anak G. Korbu jelas kelihatan. Disebelah kanan trail pendaki boleh melihat G. Raya. Trek dari sini ke G. Korbu ada yang perlu menggunakan tali terutama di tebing tegak. G. Korbu Trek mencanak hingga ke G. Korbu, adakalanya trek batu berlumut yang agak licin. Dari last water point kira-kira 4-6 jam. Boleh mendirikan khemah di puncak yang boleh memuatkan 20 - 30 orang. Suhu malam di puncak ini begitu dingin walau puncak agak dikelilingi dengan pokok-pokok. Kini terdapat batu tanda dipuncak gunung.

Panorama menarik sekeliling G.Korbu. Boleh nampak G. Chamah -G.Ulu Sepat arah ke Utara. Gunung-gunung sekitar Banjaran Titiwangsa. Jalan CH - Simpang Pulai juga boleh nampak. Panorama neon di waktu malam Bandaraya Ipoh dan sekitar. G. Gayong Hanya 2-4 jam perjalanan dari puncak Korbu melalui permatang gunung. Sebelum tiba puncak gunung ada simpang G. Gayung. 5 minit dari simpang boleh sampai ke puncak. Simpang G. Gayong adalah persimpangan trek ke G. Junction. Kem site di puncak G. Gayong lebih luas berbanding Simpang G. Gayung. Kem Cerek Kem dengan cerek lama yang tinggalkan disini. Trek menurun dari G. Gayung dengan masa perjalanan setengah jam. Keluasan kem agak besar dan boleh memuatkan 20orang. Sumber air jauh kebawah cerun yang curam. Terdapat alur air satu disebelah kanan (air agak kekuningan) dan satu lagi berjarak 10 langkah disebelah kiri, airnya jernih dan dingin.

Data Gunung di Malaysia

228

G. Junction Hanya 2-6 jam dari G. Gayung. Trek dari Kem Cerek kebanyakannya mendaki. Pokok besar-besar dan berlumut sepanjang trek. Tapak kem site di puncak cukup luas menampung 40 orang. Puncak gunung ini menjadi persimpangan trek ke G. Yong Yap (trans Titiwangsa V.2). Panorama matahari terbenam disekalik G. Gayung dan G. Korbu cukup indah. Puncak 6850 Puncak yang tiada nama ini hanya dikenali dengan ketinggiannya. 2088m ketinggian yang ditanda dalam peta topografi. Puncak gunung ini bersebelahan dan berdekatan dengan G. Junction. Cuma beberapa minit dari G. Junction. Luas puncak ini cukup kecil dan berpokok bonsai. Kem H2O Checkpoint ini dinamakan H2O kerana ada menjadi sumber air sungai berjeram buat bekalan pendaki. Trek dari Puncak 6850 ke sini menurun curam dan cerun berbatu. Ada masanya pendaki perlu menuruni menggunakan tali yang disediakan. Pendaki akan melintas sebatang anak sungai (sungai yang sama)sebelum tiba di Kem H2O. Ada kawasan khemah disini sesuai untuk pendaki bermalam. H20 ke G.Yong Belar ada satu lagi last water point. Kem Kuali Kem ditengah-tengah hutan ditandakan dengan Kuali ini ada sumber air, last water point sebelum tiba ke G. Yong Belar. 1 jam ke puncak G. Yong Belar. Luas kem ini dan agak datar sesuai untuk 20 - 30 orang. Kawasan ini agak sejuk dan menjadi laluan angin walau dikelilingi pokok-pokok besar yan g berlumut. Sumber air cukup dekat dan adakalanya kering di musim panas. Trek dari Kem kuali ke G. Yong Belar, pokok masih besar-besar dan berlumut. G. Yong Belar Puncak yang boleh memuatkan 5-6 khemah. Sebahagian dari puncak telah runtuh. Kesan tanah runtuh masih jelas dan membuatkan tiada penghalang angin ke kawasan puncak. Panorama indah terutama bayang-bayang G. yong belar semasa pagi. G. Irau dan G. Berinchang jelas kelihatan. Begitu juga gunung-gunung sekitar Banjaran Titiwangsa. Anak G. Yong Belar Trail dari G. Yong Belar ke sini dipenuhi pokok-pokok bonsai. Puncak G. Yong Belar jelas kelihatan. puncak anak G. Yong Belar boleh digunakan berkhemah tapi lebih kecil berbanding puncak G. Yong Belar. Kem Tudung Periuk Trek ke sini agak lembab dan adakalanya begitu lecak. Trek tidaklah mencanak cuma dipenuhi akar-akar kayu merentang hingga pendaki kena kerap menyusup atau melangkah akar kayu.

Data Gunung di Malaysia

229

Puncak Gurkha Puncak ini yang kecil sesuai dijadikan tempat take 5 minit break. View point pun ada. Kem Gurkha Kem ni luas dan datar. Berada tepi anak sungai. Terlindung dari angin. Sejam perjalanan mendaki ke G. Challi (Pondok), Adakalanya lalu di rabung dan bercerun curam serta dikelilingi pokok bonsai dan terdedah pada tiupan angin. G. Challi (Pondok) Puncak ini dikelilingi pokok setinggi 2-3 meter. Pendaki perlu memanjat pokok untuk tengok panorama. Panorama neon pekan Gopeng boleh dilihat dimalam hari. Kawasan puncak agak datar dan boleh pasang flysheet untuk 10-15orang. Ada satu tapak khemah berdekatan muat untuk 1-2 khemah. G. 3 Negeri Gunung ini juga dipanggil Triangle memandangkan ada batu sempadan berbentuk 'triangle' memisahkan 3 buah negeri, Perak, Pahang dan Kelantan. Kawasan puncak terdedah tanpa pokok. Keluasan puncak agak sama dengan G. Challi (Pondok) tetapi tanahnya berabung dan tak sesuai untuk berkhemah. Trek dari gunung ini ke Dam Blue Valley melalui sepanjang sempadan Pahang - Kelantan. Terdapat batu tanda sepanjang trek. Puncak 6040' Puncak ini ditandakan dengan batu tanda. Rumput pendek sekeliling kawasan puncak seperti terjaga. Kem Topo Kem ini merupakan last waterpoint ke G. 3 Negeri. Ada alur air tidak jauh dikawasan lembah berdekatan. Kem TNB Dam, Blue Valley 2-4 jam dari Kem Tudung Periuk dengan bekas laluan balak. 400++ anak tangga menamatkan trek bagi yang menamatkan ekspedisi disini dan sebaliknya. Kini ada laluan alternatif menyusuri anak sungai sebelum Dam dari jalan ke Dam hingga ke batu tanda 136.

Data Gunung di Malaysia

230

TRANS TITIWANGSA V2 [YONG YAP, BUBU, KAYONG, TOK NE NEK, JUNCTION, YONG BELAR, CHALLI

Route Satu lagi trail merentas Banjaran Titiwangsa dari G. Yong Yap, Sg. Siput ke G. Yong Belar, Cameron Highland. Lebih tepat lagi trail ini seperti berikut: Lasah - Kuala Mu - G. Yong Yap - G. Bubu - G. Kayong - G. Tok Nenek - G. Junction - G. Yong Belar - G. Challi (Pondok) - Triangle - Puncak 6040' - Blue Valley Dam.

G.Yong Yap Gunung setinggi 7000' ini adalah salah satu gunung yang dipanggil G7. Puncak gunung ini memisahkan Mukim Nenggiri, Ulu Kelantan dengan Sg. Siput, Kuala Kangsar. Masa pendakian dari Kuala Mu memakan masa seharian. Lasah Sebuah pekan kecil di Sg. Siput, Perak. Pengankutan bas dari Ipoh ke Sg. Siput menghubungkan pekan ini. Khidmat 4WD boleh diperolehi disini atau sekitarnya. Kuala Mu Kuala Mu merupakan satu penempatan kekal Orang Asli. Perjalanan dengan 4WD memakan masa lebih kurang 3 jam melalui jalan tanah merah manakala masa berjalan kaki hampir seharian. Kebanyakan Orang Asli disini boleh memberi khidmat jurupandu arah ke G. Yong Yap. Balai disediakan oleh masyarakat disini bagi memudahkan pendaki berehat mahupun bermalam sebelum / selepas pendakian. Jambatan buluh dibina untuk pendaki melintas jeram semasa memulakan pendakian. Laluan awal pendakian akan mendaki bukit hingga ke jalan balak tinggal. Terdapat beberapa simpang sepanjang jalan balak ini. Pondok Luar - Pondok Dalam 2-3 jam berjalan pendaki akan bertemu satu lagi bekas perkampungan Orang Asli ditepi jalan balak di panggil Pondok Luar. G. Yong Yap jelas kelihatan seperti tudung saji. Mula dari sini pendaki akan memasuki trek hutan. Tidak berapa jauh ke dalam hutan ada satu lagi pondok dipanggil Pondok Dalam. Ada sebatang sungai berhampiran sini.

Last Water Point Sumber air terakhir ke puncak kira-kira 45 minit treking. Terdapat sungai berdekatan trek. Trail dari last water point ke puncak agak mencanak. Puncak G. Yong Yap Puncak ini ditandakan dengan batang besi. Kawasan kem site boleh memuat 20 orang

Data Gunung di Malaysia

231

GUNUNG TRUSMADI, TAMBUNAN, SABAH

Cabaran mendaki ke gunung ini berlainan sekali dengan G. Kinabalu. Menjanjikan panorama menarik G. Kinabalu dan matahari terbit serta banjaran gunung-ganang berdekatan kehijauan berbalam-balam.

Gunung ini terletak di Daerah Tambunan boleh dimulakan dari Pekan Tambunan menuju Kampung Kaingaran seterusnya ke jalan balak hingga ke hujung laluan balak yang terputus disebabkan jambatan runtuh. Dari Tambunan ke sini mengambil masa kira-kira 1jam setengah dengan pacuan 4 roda. Sebelum tiba di starting point satu Pos dari Jabatan Hutan didirikan sejak Januari 2007 untuk merekod kemasukan pendaki ke hutan / G. Trusmadi.

Pendaki akan terus trekking menyusuri trek balak 1- 1 1/2 jam dengan purata kecerunan 10-25 darjah. Tidak jauh dari titik mula pendakian, ada rumah Jabatan Muzium Sabah yang digunakan memantau burung-burung disini. 3 batang sungai berjeram perlu dilintasi. 40 minit trekking, pendaki akan melintasi sungai yang ke-3 dan terakhir yang menjadi sumber air pendaki. Hampir sampai ke penghujung trek balak, trek mencanak 45-55°.

Jarak rentis hujung trek balak / mula trek hutan hingga ke puncak cuma 4.9KM. Lazimnya trek ke Trusmadi adalah menyusuri sepanjang permatang hingga ke puncak. 1/2 jam -1 jam atau 0.5KM dari permulaan trek hutan pendaki akan tiba di Kem Site pertama setelah melalui trek dengan kecerunan 20-30 darjah. Kem site ini boleh memuatkan 20-30 orang untuk berkhemah dilindungi pokok-pokok yang tinggi tapi malangnya tiada sumber air berhampiran kawasan ini.

Taman Bunga adalah checkpoint seterusnya diatas sebuah puncak. Tegak berdiri didepan satu puncak tipu pendaki akan tiba di Taman Bunga. Kem site disini cukup besar untuk menampung kira-kira 40-50 orang. Dikatakan pada musim berbunga kawasan ini dipenuhi bunga-bunga hutan umpama sebuah taman bunga. Jarak perjalanan dari Kem Site pertama mengambil masa 2-4 jam. Rentis seterusnya menuruni melalui hutan berlumut (mossy forest) dan mendaki semula hingga puncak batu umpama rock garden yang mempunyai panorama menarik. Tali diikat disini bagi memudahkan pendaki menuruni cerun berbatu. Sekali lagi pendaki perlu menuruni dan melalui hutan berlumut.Lokasi sumber air ini berada berhampiran rentis ini. Trek ke sumber air berada disebelah kiri dan satu hut sedang dalam pembinaan disini jelas kelihatan dari rentis. Sumber air terakhir pendaki boleh diperoleh dari alur air yang turun dari gunung ini. Jarak dari simpang ke sumber air cuma 5 minit dan trek landai tapi dikelilingi pohon berlumut.

Puncak Stesen Pemancar berjarak 1-2 jam dari Taman Bunga diselangi beberapa lagi puncak tipu, Puncak Stesen Pemancar mudah dikenali kerana ada satu Stesen Pemancar, terdapat kawasan lapang umpama tapak khemah disebelahnya. Puncak Trusmadi tinggal

Data Gunung di Malaysia

232

lagi 15 minit - 1/2 jam perjalanan dari Puncak Stesen Pemancar juga diselangi dua puncak tipu.

Puncak G. Trusmadi ditandakan dengan beirut dan batu tanda yang besar ditengah-tengah beirut. Pendaki boleh melihat panorama G. Kinabalu diatas awan dari puncak Trusmadi, jika bernasib baik boleh melihat G. Tamboyukon sayup-sayup dibalik kabus. Pokok-pokok bonsai di puncak Trusmadi setinggi 1-2 kaki. Terdapat kawasan perkhemahan tidak jauh dari puncak ini yang boleh memuatkan kira-kira 40-50 orang dengan pokok-pokok setinggi 2-3 meter. Angin malam dipuncak ini agak kencang dan dingin. Di puncak pula terdapat 2 buah telaga kecil dengan diameter 25cm yang menakung air hujan. Air agak kekuningan dan takungan tidak sampai 2 kolah. Pendaki tidak digalakkan menggunakan air ini untuk tujuan minum.

GUNUNG GAP - GUNUNG ULU SEMANGKUK, FRASER HILL

Gunung Gap dan Gunung Ulu Semangkuk merupakan dua gunung yang didaki melalui satu route. Gunung ini terletak diantara laluan Kuala Kubu Baru, Selangor dengan Fraser Hill. Lebih tepat lagi kedu-dua gunung ini berada di Hutan Simpan Ulu Teranum diantara Selangor dan Pahang.

Gap Landmark permualaan route kedua gunung ini adalah Rest House Gap. Rumah lama gaya kolonial ini mempuyai satu papan tanda Rest House GAP yang jelas ditepi jalanraya. Starting point berada diantara Rest House Gap dengan deretan kedai usang ditepi jalan utama. Sumber air boleh diambil dari salur air berdekatan atau bawa saja dari rumah. Kenderaan boleh diletak di depan kedai-kedai usang atau tumpang di kawasan letak kereta Rest House Gap. Puncak GAP Pendakian dari Starting Point ke puncak Gap mengambil masa 45minit ke 1jam 30minit. Trek mencanak dan semakin sampai puncak semakin mencanak. Hampir ke puncak pendaki boleh nampak tiang-tiang pencawang di atas Fraser Hill melaui celah-celah pokok. Line telefon mudah alih cukup jelas sepanjang route ini. Puncak Gap ditanda dengan beirut dan tiang batu. Puncak ini dikelilingi pokok-pokok setinggi 4-8 meter. Puncak agak redup walaupun diwaktu tengahari. Keluasan puncak agak terhad dan kurang rata untuk bermalam bagi kumpulan melebihi 6 orang. Terdapat satu view point menhala ke puncak Gunung Ulu Semangkuk. Keadaan cuaca yang cerah membolehkan pendaki melihat dengan jelas Gunung Ulu Semangkuk yang mempunyai ketinggian hampir setara. Puncak Ulu Semangkuk Route dari puncak Gap ke puncak Ulu Semangkuk bermula dengan menurun, menyusuri permatang, menurun lagi hingga ke satu lembah dan terus menaikdan agak mencanak hingga ke puncak. Puncak Ulu Semangkuk lebih luas boleh memuatkan 40 orang untuk

Data Gunung di Malaysia

233

bermalam. Terdapat satu kawasan perkhemahan yang dilindugi dedaun pokok-pokok tinggi berhampiran beirut. Beirut masih tegak berdiri dan ada sisi zink pada beirut sudah mula [ter/di]kopak. Kawasan berhampiran beirut agak panas dan terdedah dengan panahan mentari walaupun puncak dikelilingi pokok-pokok tinggi. Tiada view point disini.

Indeks

234

INDEKS A Alahan -144,163 Ahli cedera -62 Ahli sesat -64 Ahli XPDC -130 AMS -148 B Balai kecemasan -143 Banir -76 Banjaran -143 Batu -142 Beg galas -132,116 Belerang -118 Bivouac -142 Bukit -142 Busut -142 C Catuan makanan -63 Cardiovascular -69 Charoh -78 Cirit-birit -144 CPR -152 D Dipterokarpa -48 Dermatitis -163 Dexamethasone -147 E Endurance -69 Endogenetik -36,37 Eksogenetik -36 F First Aid Kit -144,119 Frontline -97 Fotodermatitis -164 G Geomorfologi -37

Gua -76 Guide -59 Gunung Gelinciran -38,39 Gunung Berapi -39,42,43,44 Gunung Lipat -38 Goretex -149,150 GPS -93,98 H Harimau -160,161,162 Hypothermia -149 J Jejak binatang -78 Jejak semulajadi -78 K Kotengensi-56 L Landmark -101 Lidah air -74 Lidah angin -74 Lidah darat -74 Lubang basah -127 Lubang kering -127 M Medan magnet bumi -36 N Navigator -59 Novomin -148 O Outdoor Pursuit -128 P Penolong XPDC -59 Penentu -112 Pembantu perubatan -59

Perengsa -163 Perintis -59 Permatang -44 Peserta XPDC -130 Ponstan -146 R Radiogenik -36,37 Radioman -59 Rekreasi -128 Runner -60 S Sleeping bag -135 Sondol -93 Strenght -69 Steroid -147 Survival -102,103,104,105 Survival pack -139 Sweeper -59 T Tanah Tinggi -42 Tebing -45 Teknik Trail -54 Tepee -85 Tiupan wisel -58 Tubir -45 U Ular laut -159 Ular kapak -154,158 Ular katam tebu -158 Ular tedung -158 Unggun api -118 Unsur alam -107 Utara sebenar -36 Utara magnetik -36 V Voltaren -146

Main Sponsor:

2222000000008888 ™™™™