aktiviti mengeja (kaedah mengeja & vakt)
TRANSCRIPT
DISEDIAKAN OLEH:
1) Mohd Syafiq bin A. Ghani
2) Lim PhuiYin
3) Noor Azureen bt Talip
4) Thilaka a/p veloosamy
Guru akan menyediakan enam kad imbasan yang
disertakan dengan gambar haiwan dan nama haiwan
tersebut.
Kad imbasan tersebut akan dilekatkan di atas papan
tulis.
Guru akan menunjukkan keenam-enam kad imbasan
tersebut secara berulang kali sambil meminta murid
mengeja setiap perkataan pada kad imbasan itu.
Guru akan menanggalkan kad imbasan itu satu persatu
tetapi dalam masa yang sama, guru masih terus
menunjuk tempat kad imbasan itu berada.
Murid diminta untuk mengingat kembali perkataan dan gambar bagi setiap kad imbasan tersebut.
Murid diminta untuk mengeja keenam-enam namahaiwan yang dipaparkan pada kad imbasan tersebutmengikut turutan. Aktiviti ini dilakukan secara berulangkali sehinggalah murid dapat mengeja keenam-enamperkataan dengan betul.
Menyuruh mereka menulis perkataan yang betul untuk kad imbasan yang telah ditanggalkan itu di papan tulis.
Kaedah VAKT merupakan kaedah yang menggabungkan deria penglihatan dan pendengaran dengan tulisan (kinestetik atau pergerakan)
V(Visual), A(Audio), K(Kinestetik), T(Tactile)
Murid melihat dan menyebut perkataan sambil menulis perkataan itu berdasarkan ingatannya.
Murid memerhati perkataan yang dipelajari (V-A) Guru menyebut perkataan dan murid mendengar (A-V) Murid menyebut dan mengeja sambil memerhati
perkataan itu (V) Murid cuba menulis perkataan itu berdasarkan
ingatannya (K-T) Murid membandingkan hasil tulisan dengan perkataan
asal (V-K) Guru akan memantau sebutan/ejaan yang diungkapkan
oleh murid dan membetulkan kesalahan ejaan dansebutan yang dilakukan oleh murid.