aktiviti koperasi homestay

6
Tarikan utama Melihat kepada permintaan dan pandangan yang diberikan, kami telah menempatkan peserta tinggal bersama keluarga angkat sebagai tarikan utama kami. Terdapat lebih daripada 40 buah rumah Homestay dan ia pastinya menyediakan 40 keluarga angkat. Kapasiti untuk sesebuah keluarga angkat juga tidak ditentukan dan ianya fleksibel. Ada ketika sebuah keluarga mampu menyediakan tempat untuk lebih daripada 10 orang anak angkat dan ada ketika hanya 2 orang untuk satu keluarga. Disini, peserta akan berpeluang menjalani kehidupan seperti penduduk kampung yang lain, makan, minum, tidur, berkomunikasi, dan lain-lain ala kampung. Makanan yang disediakan di rumah keluarga angkat akan dimasak sendiri oleh ibu angkat masing- masing dengan resipi rahsia yang tersendiri. Kebanyakan menu yang disediakan adalah menu ala kampung seperti, ikan puyu@sepat tumis, gulai nangka, sambal belacan, serta ulaman kampung yang baru dipetik berhampiran rumah masing. Kebaikan yang diperolehi daripada tinggal bersama-sama keluarga angkat ini adalah peserta dapat mengenali dan belajar mengenai budaya setempat serta serba-sedikit tentang kawasan kampung serta sejarah yang ada. Masalah komunikasi juga tidak menjadi masalah kerana ramai peduduk kampung kini pandai berbahasa inggeris dan malah kemesraan yang diberikan oleh keluarga angkat juga amatlah memuaskan hati banyak pihak yang pernah menyertai program yang kami adakan. Melihat suasana kampung dengan lebih dekat Antara aktivit yang boleh mengimbau nostalgia ataupun mungkin adalah perngalaman pertama bagi sesetengah peserta adalah daripada aktiviti 3 serangkai ini. Berkebun Bersawah Menternak Kami akan membawa setiap peserta melawat dan jika bernasib baik peserta sendiri akan diberi peluang untuk melakukan sendiri aktiviti tersebut ataupun ‘hands on’. Untuk aktiviti berkebun, peserta akan dibawa melawat kebun-kebun cili, jagung, ubi ayu, keladi, timun, dan macam- macam lagi. Peluang melihat sawah padi juga menjadi pengalaman yang mungkin tidak dapat dilupakan bagi sesetengah peserta. Peserta juga akan diberitahu serba sedikit tentang cara- cara bersawah padi, tempoh padi matang, dan sejarah manusia mula bersawah padi. Semenjak tahun 1970-an, dengan adanya binaan ‘palong’ atau terusan kecil yang menyalurkan air ke sawah-sawah penduduk di Tanjung Karang ianya sangat membantu dalam kemajuan dan peningkatan hasil dan mutu padi. Oleh kerana kehidupan di sawah padi ini kadangkala mengikut musim. Aktiviti yang berlainan disesuaikan mengikut musim, antaranya ialah apabila tiba musim air sawah keringkan dengan cara menyalirkan air ke dalam parit, aktiviti yang sesuai

Upload: nadia-bohari

Post on 11-Jul-2015

87 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Aktiviti koperasi homestay

Tarikan utama

Melihat kepada permintaan dan pandangan yang diberikan, kami telah menempatkan peserta

tinggal bersama keluarga angkat sebagai tarikan utama kami. Terdapat lebih daripada 40 buah

rumah Homestay dan ia pastinya menyediakan 40 keluarga angkat. Kapasiti untuk sesebuah

keluarga angkat juga tidak ditentukan dan ianya fleksibel. Ada ketika sebuah keluarga mampu

menyediakan tempat untuk lebih daripada 10 orang anak angkat dan ada ketika hanya 2 orang

untuk satu keluarga. Disini, peserta akan berpeluang menjalani kehidupan seperti penduduk

kampung yang lain, makan, minum, tidur, berkomunikasi, dan lain-lain ala kampung. Makanan

yang disediakan di rumah keluarga angkat akan dimasak sendiri oleh ibu angkat masing-

masing dengan resipi rahsia yang tersendiri. Kebanyakan menu yang disediakan adalah menu

ala kampung seperti, ikan puyu@sepat tumis, gulai nangka, sambal belacan, serta ulaman

kampung yang baru dipetik berhampiran rumah masing. Kebaikan yang diperolehi daripada

tinggal bersama-sama keluarga angkat ini adalah peserta dapat mengenali dan belajar

mengenai budaya setempat serta serba-sedikit tentang kawasan kampung serta sejarah yang

ada. Masalah komunikasi juga tidak menjadi masalah kerana ramai peduduk kampung kini

pandai berbahasa inggeris dan malah kemesraan yang diberikan oleh keluarga angkat juga

amatlah memuaskan hati banyak pihak yang pernah menyertai program yang kami adakan.

Melihat suasana kampung dengan lebih dekat

Antara aktivit yang boleh mengimbau nostalgia ataupun mungkin adalah perngalaman pertama

bagi sesetengah peserta adalah daripada aktiviti 3 serangkai ini.

Berkebun

Bersawah

Menternak

Kami akan membawa setiap peserta melawat dan jika bernasib baik peserta sendiri akan diberi

peluang untuk melakukan sendiri aktiviti tersebut ataupun ‘hands on’. Untuk aktiviti berkebun,

peserta akan dibawa melawat kebun-kebun cili, jagung, ubi ayu, keladi, timun, dan macam-

macam lagi. Peluang melihat sawah padi juga menjadi pengalaman yang mungkin tidak dapat

dilupakan bagi sesetengah peserta. Peserta juga akan diberitahu serba sedikit tentang cara-

cara bersawah padi, tempoh padi matang, dan sejarah manusia mula bersawah padi. Semenjak

tahun 1970-an, dengan adanya binaan ‘palong’ atau terusan kecil yang menyalurkan air ke

sawah-sawah penduduk di Tanjung Karang ianya sangat membantu dalam kemajuan dan

peningkatan hasil dan mutu padi. Oleh kerana kehidupan di sawah padi ini kadangkala

mengikut musim. Aktiviti yang berlainan disesuaikan mengikut musim, antaranya ialah apabila

tiba musim air sawah keringkan dengan cara menyalirkan air ke dalam parit, aktiviti yang sesuai

Page 2: Aktiviti koperasi homestay

ialah memancing. Ini adalah kerana apabila air dilepaskan ke parit, ikan-ikan yang ada turut

sama dilepaskan, dan ketika itu jumlah ikan akan bertambah. Setelah selesai musim menuai,

keadaan sawah yang lapang sangat sesuai jika diadakan pertandingan wau ataupun layang-

layang. Selain itu, ada aktiviti ‘mengagau’ ikan di dalam parit-parit kecil antara sawah. Tidak

dilupakan, peserta juga akan berpeluang melihat kawasan penternakan yang ada di kampung

ini, antaranya penternakan ayam, itik, kambing,lembu, dan termasuk juga ikan air tawar.

Sebahagian penternakan yang dijayakan dengan bantuan Kementerian Pertanian dan ada

antaranya diusahakan sendiri oleh penduduk kampung.

Melawat ke Industri Kecil & Sederhana @ IKS

Membuat bahulu –

Teknologi telah membawa perubahan yang amat baik di dalam dunia memproses kuih-kuih

tradisional. Jika dahulunya, kuih-muih ini disediakan dengan hanya menggunakan tenaga

manusia, namun sekarang sudah tercipta mesin-mesin untuk memukul telur, membancuh

tepung, dan oven yang menggantikan fungsi dapur arang kayu.

Membuat kerisik –

Menyedari kesukaran suri-suri rumahtangga untuk menghasilkan kerisik, ada penduduk

kampung yang mempelopori industri kerisik dimana ianya telah siap untuk digunakan. Proses

dan beberapa tips langkah mudah untuk menyediakan kerisik juga disediakan bagi peserta

yang berminat.

Membuat bawang goreng –

Bawang goreng adalah antara produk kampung ini yang mendapat sambutan hangat kerana

kesegaran dan mempunyai tekstur yang cantik. Di samping perniagaan, industry kecil ini juga

banyak memberi sumbangan secara tidak langsung kepada penduduk kampung menambah

pendapatan dengan mengambil upah mengupas dan memproses bawang.

Membuat jamu –

Penggunaan produk jamu sangat tidak asing bagi penduduk yang tinggal di desa dan mungkin

hanya dikuasai penggunaan dan cara pemprosesannya oleh orang-orang yang benar-benar

berpengalaman. Permintaan terhadap ubat-ubatan tradisional ataupun jamu adalah tinggi dan

hampir tidak mampu memenuhi pasaran kerana penghasilan jamu tersebut memerlukan dau-

daun serta akar kayu yang sukar diperolehi. Peserta berpeluang melihat sendiri cara-cara

pembuatan jamu serta mencuba jamu tersebut.

Keistimewaan

Keistimewaan homestay ini berbanding tempat lain adalah mempunyai sungai yang mengalir

tenang yang berpunca daripada sungai Tanjung Malim.Sungai ini menjadi pemisahan antara

Page 3: Aktiviti koperasi homestay

kampung kami dengan hutan simpan. Pelbagai acara/sukan air telah biasa dilakukan disini,

antaranya ialah aktiviti berkayak dan merentasi sungai menggunakan rakit. Setiap aktiviti ini

mempunyai beberapa orang pelatih @ coach yang akan member tunjuk ajar dan memastikan

keselamatan peserta-peserta. Selain itu, di hujung kampung ini, terdapat empangan sungai

yang mengalirkan air ke hilir sungai. Ada juga penduduk kampung yang sering menangkap ikan

di empangan tersebut sebagai hobi dan jika mendapat hasil yang banyak, mereka boleh

menjual ikan-ikan tersebut dengan harga yang berbaloi.

Keunikan

Perkara yang lebih menambah keunikan kampung ini kerana bersebelahan dengan hutan

simpan yang dipisahkan oleh sebatang sungai. Aktiviti mencabar yang biasa dilakukan disini

adalah ‘jungle tracking’ ataupun meredah hutan. Kebanyakan penyelaras pasukan memang

berminat dengan aktiviti mencabar ini kerana dapat mengukuhkan kerjasama antara pasukan

atau peserta-peserta yang hadir di samping dapat melihat keindahan alam flora dan fauna. Ada

kalanya, jungle tracking ini dibuat pada waktu malam dan kami juga ada menyediakan ‘track’

atau laluan yang selamat, khas demi menjaga keselamatan para peserta.

Lawatan ke tempat-tempat bersejarah dan menarik

Bukit Melawati –

Mempunyai nilai sejarah yang tinggi. Pada zaman dahulu, bukit ini dijadikan sebagai

pertahanan Kuala Selangor dari serangan Portugis. Peninggalan yang masih boleh dilihat

adalah meriam dan ada antaranya meriam ini pernah meletup secara tiba-tiba dan kini meriam

tersebut di balut dengan kain kuning. Disini kita dapat melihat pemandangan Kuala Selangor

dan terdapat mini muzium yang dibina untuk meletakkan barangan bersejarah. Selain itu

terdapat rumah api, batu hampar, perigi tujuh dan makam di-Raja untuk dilawati. Disini juga

sering menjadi tumpuan apabila tiba bulan rammadhan kerana dijadikan tempat melihat anak

bulan Hari Raya Puasa

Bukit Anak Dara –

Dipercayai dari sejarah di bukit ini ada seorang gadis dituduh dan dihukum kerana kesalahan

orang lain. Oleh kerana hukuman tersebut adalah daripada titah Sultan, maka tiada siapa yang

berani bersuara untuk menuntut keadilan. Tetapi sesudah hukuman dijalankan, terjadi sesuatu

perkara yang mengejutkan umum. Rentetan dari peristiwa tersebut, orang ramai mula

menyiasat dan kebenaran pun diketahui.

Taman Alam –

Page 4: Aktiviti koperasi homestay

Pusat ini baru mendapat perhatian dan telah diishtihar sebagai pusat pemeliharaan serangga-

serangga kecil. Disini kita dapat melihat keindahan alam di samping menenangkan fikiran

dengan alunan dari serangga-serangga di situ.

Kawasan kelip-kelip –

Satu-satunya pusat melihat kelip-kelip atau firefly di Asia Tenggara. Kepupusan yang semakin

ketara ini menyedarkan pihak berwajib untuk membuat pemeliharaan disamping masih memberi

peluang kepada pelancong untuk melihat dengan lebih dekat. Mengikut kajian, serangga ini

hanya makan daun pohon berembang dan hanya pada waktu-waktu yang tertentu sahaja.

Pohon berembang ini pula hanya hidup di tepi sungai dan sesudah makan, kelip-kelip akan

kembali ke sarang masing-masing. Walaupun kelip-kelip tidak tinggal di pokok berembang,

tetapi kepupusan pokok ini menyebabkan serangga ini kekurangan makanan. Keunikan pada

kelip-kelip ini adalah ia dapat mengeluarkan cahaya daripada bahagian belakang. Apabila ia

terbang, sayapnya akan mengibas-ngibas dan keadaan ini menampakkan ‘lampu’ serangga ini

berkelip-kelip. Serangga ini amat sensitif terhadap cahaya dan akan menjauhkan diri dari

sumber cahaya sekiranya ada gangguan tersebut

Lain-lain

Melihat kawasan pekan –

Peserta juga berpeluang melawat pekan-pekan berhampiran. Pekan Tanjung Karang dan

Pekan Sekinchan mempunyai identiti yang tersendiri. Perbezaan yang jelas antara kedua-dua

pekan ini adalah di pekan Tanjung Karang lebih ramai orang Melayu dan di Pekan Sekinchan

lebih ramai orang Cina.

Mardi –

Oleh kerana di Tanjung Karang adalah satu-satunya kawasan yang masih ada menanam padi

di Selangor, pihak MARDI lebih mebuat penumpuan di dalam penyelidikan padi, dan di sini juga

ada penjualan benih padi. Sebarang maklumat mengenai penanaman padi dan teknologi terkini

yang digunakan juga boleh didapati di sini.

Bagan ikan –

Lokasi berhampiran Selat Cina Selatan dan kawasan pantai berlumpur adalah sesuai untuk

penempatan dan pembiakan kerang-kerangan laut, seperti kerang, mentarang, ala-ala, dan

siput. Mengikut sejarah juga, nama Tanjung Karang ini berasal dari Tanjung Kerang kerana

pada zaman dahulu Tanjung Karang adalah pusat mencari kerang dimana perkataan Tanjung

ini merujuk kepada jeti atau pusat dan akhirnya Tanjung Kerang menjadi Tanjung Karang.

Sehingga kini, Tanjung Karang masih terkenal sebagai pusat memperolehi ikan segar dan

Page 5: Aktiviti koperasi homestay

kerang-kerangan laut. Para peserta juga berpeluang membeli ikan segar dan membawa pulang

untuk dibakar ataupun barbeque.

Aktivit tambahan –

Selain pakej sedia ada, banyak aktiviti lain yang boleh dilakukan disini termasuklah membuat

majlis barbeque, cabutan hadiah, sukaneka, kerja-kerja amal dan lain-lain. Pihak kami sedia

membantu menyediakan peralatan dan barangan keperluan sebaik yang mungkin. Selain itu

terdapat aktiviti tambahan yang lain yang juga disediakan di Homestay Sg. Sireh, untuk

persembahan menyambut tetamu, kompang, silat, tarian lilin, tarian zapin, dan sebagainya

mengikut pilihan dan permintaan.

PENUTUPAkhir kata kami mengalu-alukan kedatangan tuan – tuan dan puan-puan. Semoga dengan

keindahan dan kecantikan desa kami memenuhi kehendak semua dan kami menyusun sepuluh jari memohon kemaafan sekiranya berlaku kecacatan dan kekurangan sepanjang anda semua

berada di Homestay Sg. Sireh. Semoga yang baiki tu akan menjadi ingatan yang kekal dan semua yang buruk akan menjadi sempadan bagi kami. Semoga jumpa lagi.

-TERIMA KASIH-

Page 6: Aktiviti koperasi homestay

kerang-kerangan laut. Para peserta juga berpeluang membeli ikan segar dan membawa pulang

untuk dibakar ataupun barbeque.

Aktivit tambahan –

Selain pakej sedia ada, banyak aktiviti lain yang boleh dilakukan disini termasuklah membuat

majlis barbeque, cabutan hadiah, sukaneka, kerja-kerja amal dan lain-lain. Pihak kami sedia

membantu menyediakan peralatan dan barangan keperluan sebaik yang mungkin. Selain itu

terdapat aktiviti tambahan yang lain yang juga disediakan di Homestay Sg. Sireh, untuk

persembahan menyambut tetamu, kompang, silat, tarian lilin, tarian zapin, dan sebagainya

mengikut pilihan dan permintaan.

PENUTUPAkhir kata kami mengalu-alukan kedatangan tuan – tuan dan puan-puan. Semoga dengan

keindahan dan kecantikan desa kami memenuhi kehendak semua dan kami menyusun sepuluh jari memohon kemaafan sekiranya berlaku kecacatan dan kekurangan sepanjang anda semua

berada di Homestay Sg. Sireh. Semoga yang baiki tu akan menjadi ingatan yang kekal dan semua yang buruk akan menjadi sempadan bagi kami. Semoga jumpa lagi.

-TERIMA KASIH-