akh lak pela jar

2
Untuk menjadi pelajar cemerlang adik-adik hendaklah berakhlak: BERAKHLAK DENGAN ALLAH Mengenali sifat Allah dan menyakininya. Merasa kehebatan dan keagongannya. Merasa gerun dengan neraka Allah. Merasa diri sentiasa diawasi oleh Allah. Merasa hina dan malu dengan Allah. Meredhai setiap takdir dan ketentuan Allah. Sabar atas sebarang ujian yang di berikan oleh Allah. Mensyukuri ni'mat-ni'mat pemberian Allah. Merasa takut pada Allah atas kecuaian dan dosa kita. Sentiasa bertawakkal kepada Allah. Sentiasa berharap pada rahmat Allah. BERAKHLAK DENGAN !BUBA"A Taat kepada kedua-duanya kecuali dalam perkara maksiat. Bertutur dengan mereka dengan lemah lembut dan beradab. Mendoakan dan memohon keampunan bagi mereka. Tidak meninggikan suara bila berbicara bersama mereka. Tidak memotong perbualan mereka. tidak keluar rumah tanpa keiinan mereka. Tidak melakukan sesuatu yang boleh memeranjatkan dan mengejutkan mereka ketika mereka sedang tidur. Tidak merendah dan menghina mereka apabila mereka melakukan sesuatu perkara yang tidak menyenangkan kita. Tidak tertawa berdekah-dekah di hadapan mereka. Tidak memakan makanan yang dihidangkan untuk keduanya. Tidak memanjangkan tangan untuk menjamah makanan yang dihadapan mereka. Tidak tidur dan berbaring ketika mereka sedang duduk kecuali dengan keiinan mereka. Tidak menjulurkan kaki dan tidak berjalan di hadapan mereka.

Upload: nuarsepang

Post on 06-Oct-2015

230 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pelajar

TRANSCRIPT

Untuk menjadi pelajar cemerlang adik-adik hendaklaah berakhlak:

Untuk menjadi pelajar cemerlang adik-adik hendaklah berakhlak:

BERAKHLAK DENGAN ALLAH.

Mengenali sifat Allah dan menyakininya.

Merasa kehebatan dan keagongannya.

Merasa gerun dengan neraka Allah.

Merasa diri sentiasa diawasi oleh Allah.

Merasa hina dan malu dengan Allah.

Meredhai setiap takdir dan ketentuan Allah.

Sabar atas sebarang ujian yang di berikan oleh Allah.

Mensyukuri ni'mat-ni'mat pemberian Allah.

Merasa takut pada Allah atas kecuaian dan dosa kita.

Sentiasa bertawakkal kepada Allah.

Sentiasa berharap pada rahmat Allah.

BERAKHLAK DENGAN IBUBAPA.

Taat kepada kedua-duanya kecuali dalam perkara maksiat.

Bertutur dengan mereka dengan lemah lembut dan beradab.

Mendoakan dan memohon keampunan bagi mereka.

Tidak meninggikan suara bila berbicara bersama mereka.

Tidak memotong perbualan mereka.

tidak keluar rumah tanpa keizinan mereka.

Tidak melakukan sesuatu yang boleh memeranjatkan dan mengejutkan mereka ketika mereka sedang tidur.

Tidak merendah dan menghina mereka apabila mereka melakukan sesuatu perkara yang tidak menyenangkan kita.

Tidak tertawa berdekah-dekah di hadapan mereka.

Tidak memakan makanan yang dihidangkan untuk keduanya.

Tidak memanjangkan tangan untuk menjamah makanan yang dihadapan mereka.

Tidak tidur dan berbaring ketika mereka sedang duduk kecuali dengan keizinan mereka.

Tidak menjulurkan kaki dan tidak berjalan di hadapan mereka.

Menjawab panggilan mereka dengan seberapa yang boleh.

Memuliakan sahabat mereka baik semasa mereka masih hidup atau sesudah mati.

Tidak berkawan atau bergaul dengan mereka yang mendurhakai ibubapa.

Selalulaah berdoa kepada kedua-duanya terutamanya setelah mereka telah meninggal dunia sebagaimana firman Allah dalam alquran " Tuhanku.........kasihanilah mereka sebagaimana mereka mendidikku ketika aku masih kecil".

BERAKHLAK DENGAN GURU.

Memberi salam dan sentiasa menghormati mereka.

Duduk dengan tenang dan sopan semasa berada dihadaapan mereka.

Tidak membuat bising diwaktu kehadirannya dan ketiadaannya.

Jika ingin bertanya mintalah keizinannya terlebih dahulu.

Cari masa yang sesuai untuk bertanya.

Sentiasa menampakkan sikap menerima pendapat guru.

Apabila ingin keluar dari majlis ilmunya mintalah kebenaran terlebih dahulu.

Elakkan berhujjah dengan guru, jika terpaksa berhujjah, lakukanlah dengan beradab dan sopan iaitu dengan lemah lembut dan bijaksana.

Hindari dari menyinggung perasaan guru.

Sentiasa berbaik sangka dengan guru.

Memberi bantuan dengan apa yang dapat dibantu.

Lakukan perkara yang disenangi oleh guru dan tidak menyakiti hati dan perasaannya.