akf

1
Terdapat dua jenis kemahiran meendengar. Yang pertama adalah mendengar secara aktif. Mendengar secara aktif ini dikenali juga sebagai mendengar secara interaktif. Mendengar secara aktif melibatkan kedua-dua belah pihak iaitu penutur dan pendengar. Masing-masing berperanan secara aktif semasa sesi perbualan tersebut. Semasa aktiviti mendengar aktif, seseorang itu boleh mencelah dengan mengemukakan soalan tambahan bagi mencari penjelasan, pengulangan ataupun mengucapkan semula. Jadi, pelajar tidaklah merasa tidak dilibatkan semasa perbualan di dalam kelas. Mereka berpeluang mempraktikkan mendengar secara interaktif melalui perbualan dalam kelas biasa yang dapat membantu penguasaan kemahiran itu. Pendengaran yang aktif merangkumi proses mendengar dengan tujuan untuk memahami, mengingati, menilai dan mengkritik. Mengikut Chuah (1987) dengar adalah satu proses fisiologi yang melibatkan sistem saraf pendengaran di otak tetapi mendengar adalah satu proses yang lebih aktif, iaitu proses yang melibatkan bidang psikologi. Mendengar secara aktif bukan sahaja tertumpu kepada penggunaan telinga, tetapi kepada kesemua pancaindera, terutama penglihatan, iaitu menerusi komunikasi tidak verbal.

Upload: asyrafmn

Post on 12-Dec-2015

238 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

pndgrn aktf

TRANSCRIPT

Page 1: akf

Terdapat dua jenis kemahiran meendengar. Yang pertama adalah mendengar secara aktif.

Mendengar secara aktif ini dikenali juga sebagai mendengar secara interaktif. Mendengar

secara aktif melibatkan kedua-dua belah pihak iaitu penutur dan pendengar. Masing-masing

berperanan secara aktif semasa sesi perbualan tersebut. 

Semasa aktiviti mendengar aktif, seseorang itu boleh mencelah dengan mengemukakan

soalan tambahan bagi mencari penjelasan, pengulangan ataupun mengucapkan semula.

Jadi, pelajar tidaklah merasa tidak dilibatkan semasa perbualan di dalam kelas. Mereka

berpeluang mempraktikkan mendengar secara interaktif melalui perbualan dalam kelas

biasa yang dapat membantu penguasaan kemahiran itu. 

Pendengaran yang aktif merangkumi proses mendengar dengan tujuan untuk memahami,

mengingati, menilai dan mengkritik. Mengikut Chuah (1987) dengar adalah satu proses

fisiologi yang melibatkan sistem saraf pendengaran di otak tetapi mendengar adalah satu

proses yang lebih aktif, iaitu proses yang melibatkan bidang psikologi.

Mendengar secara aktif bukan sahaja tertumpu kepada penggunaan telinga, tetapi kepada

kesemua pancaindera, terutama penglihatan, iaitu menerusi komunikasi tidak verbal.