ahli majlis mpkj sesi 2021/2022

16
NASKAH PERCUMA EDISI JANUARI - MAC 2021 / JAMADILAWAL - SYAABAN 1442H Bandar Pilihan Untuk Didiami MAJLIS PERBANDARAN KAJANG www.mpkj.gov.my aduan@[email protected] 1-800-88-6755 / 03-8737 7899 01 Ahli Majlis MPKj sesi 2021/2022 bergambar bersama Yang Dipertua, YBhg Dato’ Haji Zul-Kefli @ Zulkefli bin Khalid (tengah) dan Timbalan Yang Dipertua, selepas selesai Majlis Angkat Sumpah. MPKajang

Upload: others

Post on 15-Oct-2021

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ahli Majlis MPKj sesi 2021/2022

NASKAH PERCUMA EDISI JANUARI - MAC 2021 / JAMADILAWAL - SYAABAN 1442HBandar Pilihan Untuk Didiami

MAJLIS PERBANDARAN KAJANGwww.mpkj.gov.my aduan@[email protected] 1-800-88-6755 / 03-8737 7899

01

Ahli Majlis MPKjsesi 2021/2022

bergambar bersama Yang Dipertua,YBhg Dato’ Haji Zul-Kefli @ Zulkefli bin Khalid (tengah)

dan Timbalan Yang Dipertua, selepas selesai Majlis Angkat Sumpah.

MPKajang

Page 2: Ahli Majlis MPKj sesi 2021/2022

YANG DIPERTUATURUN PADANG

Dato’ Haji Zul-kefli @ Zulkefli memandang serius dan berharap pihak kontraktor dapat menyiapkan cadangan pembangunan berkenaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Dato’ Haji Zul-kefli @ Zulkefli, juga memohon penduduk sekitar bersabar dan memberikan kerjasama. Projek ini juga merupakan kemudahan yang akan memberi manfaat dan keselesaan pembekalan air bersih di kawasan sekitar penduduk setempat. Lawatan ini turut dihadiri Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang, Mohd Raiz bin Radzuan, Pengarah Kejuruteraan Majlis Perbandaran Kajang, dan YM Tengku Hishammudin (Managing Director bagi Pihak Kotraktor). Semoga dengan siapnya projek ini, kebersihan air yang disalurkan ke kawasan penduduk sekitar boleh dijamin tahap kebersihannya.

20 Januari 2021, Cheras – Lawatan Turun Padang Yang Dipertua MPKj, Dato’ Haji Zul-Kefli @ Zulkefli bin Khalid di Persiaran Suasana Bandar Tun Hussein Onn, Cheras bagi melihat kemajuan kerja.

Untuk makluman, terdapat rungutan aduan berkaitan kelancaran laluan keluar masuk berikutan kerja–kerja di kawasan tersebut. Kerja–kerja yang sedang dibuat merupakan Cadangan Pembangunan Loji Rawatan Air Langat 2 dan Pengagihan Air di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di mana kawasan ini merupakan jajaran Pakej 10 – Membekal dan Memasang Paip Air Terawat Utama dari Kolam Air Imbangan Bukit Enggang ke Lebuh Raya Sg. Besi.

Hasil lawatan mendapati kerja–kerja masih belum siap dilaksanakan dan mengambil kira faktor kekangan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan beberapa permasalahan lain berkaitan teknikal di lapangan.

Oleh : Subeha bintiMohd Saleh

Page 3: Ahli Majlis MPKj sesi 2021/2022

MAJLIS ANGKAT SUMPAH JAWATAN AHLI MAJLIS MPKj

Proses angkat sumpah dilakukan di hadapan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang, Dato’ Zul-kefli @ Zulkefli bin Khalid di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 7, Menara MPKj. Semoga para ahli majlis yang dilantik, akan memberikan perkhidmatan yang terbaik dan bersama-sama menjaga kebajikan serta kesejahteraan rakyat di kawasan pentadbiran MPKj.

11 Januari 2021, Kajang - Majlis Angkat Sumpah Jawatan Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) bagi sesi 2021 hingga 2022 telah diadakan. Seramai 20 orang ahli majlis telah

dilantik untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada seluruh penduduk kawasan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Oleh : : Nor Sofea bintiSanusi

Page 4: Ahli Majlis MPKj sesi 2021/2022

MPKj PRIHATIN DENGAN KELUHAN RAKYAT

12 Mac 2021, Kajang - MPKj mengambil maklum keluhan dan kerisauan orang ramai dan pengguna Jalanraya Kajang 'BYPASS'.

Majlis Perbandaran Kajang mengambil inisiatif memasang dan

menyusun penghadang plastik (plastic barrier) di atas pembahagi jalan tersebut. MPKj juga mengecat garisan 'transverse bar' di tapak dengan menggunakan cat 'Hot Applied Thermoplastic' bagi memperlahankan kelajuan kenderaan.

Orang ramai dan pengguna jalan raya dinasihatkan perlu berhati-hati semasa menggunakan laluan tersebut dan berwaspada dengan keadaan sekeliling demi mengelakkan berlakunya sebarang kemalangan atau perkara yang membahayakan.

Oleh : Subeha bintiMohd Saleh

Page 5: Ahli Majlis MPKj sesi 2021/2022

OPERASI BERSEPADU LESEN INDUSTRI PERINGKAT MAJLIS PERBANDARAN KAJANG

24 Mac 2021 - Satu Operasi Bersepadu Lesen Industri MPKj telah dilakukan bertempat di Kawasan Perindustrian Taming Jaya.

Operasi Bersepadu kali ini dipecahkan kepada 4 kumpulan yang terdiri

daripada Jabatan Kawalan Bangunan, Jabatan Pelesenan dan Penjaja, dan Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan berjaya membuat semakan ke atas 37 premis.

Susulan tindakan yang dijalankan, sebanyak 21 kompaun dikeluarkan bagi pelbagai kesalahan. Antara kesalahan yang dilakukan oleh pemilik premis ialah membuang sisa industri ke dalam longkang, membina struktur kekal di atas longkang lorong belakang, dan tidak memperbaharui lesen perniagaan.

Pemantauan Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP PKP 2.0) dan Penempatan Penjaja (Permit Sementara Pasca COVID-19)

Bertempat di Pasar Pagi Taman Restu, Kajang, Pasar Pagi Taman Alam Jaya, Cheras, Pekan Sehari Beranang dan Taman Segar Perdana

Hasil pemantauan serta kawalan operasi di Pasar Pagi Taman Restu, Kajang mengenai peraturan serta pematuhan SOP PKP 2.0 yang telah ditetapkan seperti penjarakan fizikal, pemeriksaan suhu, penyediaan cecair pembasmi kuman, rekod pengunjung dan pemakaian pelitup muka serta penggunaan kod QR SeLangkah. Sebanyak dua orang anggota RELA dan dua orang urus setia membuat pengawalan dengan 51 penjaja menjalankan aktiviti perniagaan. Penganjur dan wakil penjaja diingatkan agar sentiasa patuh terhadap arahan yang dikeluarkan oleh MPKj berkenaan kawalan kemasukan pengunjung dalam satu-satu masa serta wajib memaparkan surat kebenaran beroperasi bagi memudahkan pemantauan oleh semua pihak berkuasa.

Hasil pemantauan serta kawalan operasi Pasar Pagi Taman Alam Jaya, Cheras mengenai peraturan serta pematuhan SOP PKP 2.0 yang telah ditetapkan seperti penjarakan fizikal, pemeriksaan suhu, penyediaan cecair pembasmi kuman, rekod pengunjung dan pemakaian pelitup muka serta penggunaan kod QR SeLangkah. Sebanyak tujuh orang anggota urus setia membuat pengawalan dengan 47 penjaja menjalankan aktiviti perniagaan. Penganjur dan wakil penjaja diingatkan agar sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh MPKj berkenaan kawalan kemasukan pengunjung dalam satu-satu masa serta wajib memaparkan

Oleh : Hidayat Hilmybin Tawfik Hilmy

Page 6: Ahli Majlis MPKj sesi 2021/2022

OPERASI BERSEPADU LESEN INDUSTRI PERINGKAT MAJLIS PERBANDARAN KAJANG

surat kebenaran beroperasi bagi memudahkan pemantauan oleh pihak berkuasa.

Hasil pemantauan serta kawalan operasi Pekan Sehari Beranang mengenai peraturan serta pematuhan SOP PKP 2.0 yang telah ditetapkan seperti penjarakan fizikal, pemeriksaan suhu, penyediaan cecair pembasmi kuman, rekod pengunjung dan pemakaian pelitup muka serta penggunaan kod QR SeLangkah. Sebanyak lapan orang urus setia membuat pengawalan dengan 99 penjaja menjalankan aktiviti perniagaan. Penganjur dan wakil penjaja diingatkan agar sentiasa mematuhi terhadap arahan yang dikeluarkan oleh MPKj berkenaan kawalan kemasukan pengunjung dalam satu-satu masa serta wajib memaparkan surat kebenaran beroperasi bagi memudahkan pemantauan oleh pihak berkuasa.

Hasil pemantauan serta kawalan operasi di Taman Segar Perdana mengenai peraturan serta pematuhan SOP PKP 2.0 yang telah ditetapkan seperti penjarakan fizikal, pemeriksaan suhu, penyediaan cecair pembasmi kuman, rekod pengunjung dan pemakaian pelitup muka serta penggunaan kod QR SeLangkah. Sebanyak tujuh orang urus setia membuat pengawalan dengan 42 penjaja menjalankan aktiviti perniagaan. Penganjur dan wakil penjaja diingatkan agar sentiasa patuh terhadap arahan yang dikeluarkan oleh MPKj berkenaan kawalan kemasukan pengunjung dalam satu-satu masa serta wajib memaparkan surat kebenaran beroperasi bagi memudahkan pemantauan oleh pihak berkuasa.

Pemeriksaan Pembaharuan Lesen Berisiko bagi Pusat Refleksologi (Teknikal)

Bertempat di Zhangbing Reflexology & Health Care, Kawasan Perniagaan Nilam, Oscar Choice Sdn Bhd, Kawasan Perindustrian Ria, Perkhidmatan Urut Zhu Jian, Taman Kajang Prima, Lai Thai, Taman Kajang Prima, New Prima Reflexology, Taman Kajang Prima, Yuen Healthy & Foot Reflexology Centre, Taman Kajang Prima, CWKL Enterprise Sdn Bhd, Taman Kajang Sentral, Yin Mak Mak Foot Reflexology, Jalan Bukit, Thaipan Sdn Bhd, Jalan Bukit dan Sakura Aroma Therapy, Jalan Jelok 6.

Hasil daripada pemeriksaan ke atas 10 premis yang disenaraikan, mendapati tiga premis masih menjalankan operasi, manakala enam premis tidak beroperasi dan satu premis lagi telah tamat operasi.

Page 7: Ahli Majlis MPKj sesi 2021/2022

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN FOTOGRAFI

antaranya ialah Pemandangan Landskap, Gaya Hidup dan Alam Semula Jadi (Flora & Fauna).

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Yang Dipertua MPKj, Tuan Mohd Raiz bin Radzuan, bersama Pengarah Jabatan Korporat dan Pembangunan Masyarakat, Encik Kamaruzaman bin Salimin.

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang telah dijalankan dengan mematuhi SOP yang telah digariskan oleh MKN.

Sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Kajang – Majlis Perbandaran Kajang telah menganjurkan Pertandingan Fotografi pada tahun 2020 dan pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia.

Syarat utama pertandingan ini adalah gambar yang diambil hendaklah di dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) sahaja. Dengan menyertai pertandingan ini, peserta dianggap telah bersetuju dengan terma dan syarat yang telah ditetapkan. Pertandingan ini bermula dari 22 Oktober 2020 dan tamat pada 22 Disember 2020 jam 12.00 tengah malam. Terdapat beberapa kategori pertandingan ini

Oleh : : Nor Sofea bintiSanusi

Page 8: Ahli Majlis MPKj sesi 2021/2022

OPERASI BERSEPADU PENGHAPUSAN DAN GOTONG – ROYONG PEMBERSIHAN LUBUK

PENAGIH DADAH20 Februari 2021, Kajang - satu operasi bersepadu dilaksanakan di lokasi yang telah dikenal pasti sebagai lubuk penagih dadah dalam kawasan pentadbiran MPKj. Operasi ini diketuai oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Hulu Langat dengan

melibatkan penyertaan Railway Assets Corporation (RAC), Pejabat Daerah Hulu Langat, PDRM dan Askar Wataniah serta Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Pengarah AADK Negeri Selangor, Dr. Nazira binti Sadiron bersama–sama Pegawai Daerah Hulu Langat, Tuan Hj. Najmuddin bin Jemain dan Ahli

Parlimen Bangi, YB Dr. Ong Kian Ming dan DUN Sg. Ramal, YB Tuan Mazwan bin Johar serta beberapa Ahli Majlis MPKj turut hadir bersama.

Daerah Hulu Langat mencatatkan gejala penagihan dadah antara yang terburuk dalam negeri Selangor dan perkara ini harus ditangani dengan lebih cekap dan tegas. MPKj turut membantu bergotong–royong membersihkan kawasan yang menjadi sarang penagihan. Rakyat seharusnya bersama-sama berganding bahu untuk memerangi najis dadah ini demi kehidupan yang sejahtera dan bebas dari gejala penagihan dadah.

Oleh : : Nor Sofea bintiSanusi

Page 9: Ahli Majlis MPKj sesi 2021/2022

PROJEK PENGINDAHAN LANDSKAPOleh : Faizol bin Hatzri

19 Januari 2021 - Projek pengindahan landskap bagi mereka bentuk, membekal dan memasang papan tanda di persimpangan Masjid Jamek, Kajang, Mukim Kajang, Mukim Hulu Langat, Selangor darul Ehsan telah dilaksanakan.

Projek ini bertujuan untuk mengindahkan lagi Bandar Kajang selaras dengan misi MPKj iaitu untuk mewujudkan kediaman yang kondusif dengan menyediakan perkhidmatan perbandaran dan infrastruktur ke arah kehidupan berkualiti.

Hasil kerjasama bersama kontraktor Jowais Enterprise, landskap yang cantik dan indah berjaya disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan

Sebelum bermulanya proses pemasangan papan tanda, kerja-kerja pembersihan tapak telah dilakukan terlebih dahulu dan diteruskan dengan pembinaan tembok projek. Setelah selesai pembinaan tembok, proses pemasangan papan tanda berbentuk arca Sate dan Ketupat telah mula dipasang dan disiapkan.

Objektif pelaksaan integriti perlu dicapai dalam kalangan penjawat awam dengan memberikan bimbingan, meningkatkan kesedaran, menggalakkan semangat bertanggungjawab dan menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat.

Page 10: Ahli Majlis MPKj sesi 2021/2022

LAWATAN KE TAPAK PEMBUANGAN BAHAN KIMIA

Oleh : Awang Ali binAwang Sahari

Pejabat Daerah/ Tanah Hulu Langat dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).

YB Exco Tuan Hee Loy Sian telah mengarahkan Jabatan Alam Sekitar membawa pelaku ke muka pengadilan serta MPKj dikehendaki menjalankan kerja–kerja pembersihan dan pelupusan sisa kimia di tapak bagi mengelakkan berlakunya pencemaran. Pihak Kualiti Alam telah pun selesai menjalankan kerja–kerja pembersihan dan pelupusan sisa kimia serta kos pembersihan serta pelupusan ditanggung sepenuhnya oleh pihak MPKj. Segala kerja telah berjaya disiapkan pada hari tersebut.

3 Februari 2021, Kajang - Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, YB Hee Loy Sian telah mengadakan lawatan ke tapak pembuangan bahan kimia di Taman Seri Reko (rezab Sungai Langat).

Turut hadir, YDP MPKj, Dato’ Haji Zul-Kefli @ Zulkefli bin Khalid, dan Pegawai Daerah Hulu Langat YBrs. Tuan Hj. Najmuddin bin Jemain, .

Antara para agensi yang terlibat adalah Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Jabatan Alam Sekitar, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN),

Page 11: Ahli Majlis MPKj sesi 2021/2022

17 Februari 2021, Ulu Langat - Satu lawatan turun padang oleh YDP. Yang Berbahagia Dato’ Haji Zul-Kefli @ Zulkefli bin Khalid bersama–sama Pengarah Kejuruteraan MPKj, Ir. Fadilah serta En. Halim dan Pn. Linda telah diadakan.

Lawatan ini bertempat di No. 20, Jalan Desa Sentosa 18, Taman Desa Sentosa di Hulu Langat. Tujuan lawatan ini dilakukan adalah untuk melihat kerja–kerja membaiki semula dinding longkang yang runtuh di belakang rumah beralamat tersebut. Hasil dari lawatan ini, Dato’ Haji Zul-Kefli @ Zulkefli bin Khalid berharap kerja–kerja pembaikan ini dapat dilakukan dengan mengikut piawaian yang telah ditetapkan dan siap dalam tempoh yang dirancang.

YDP TURUN PADANG BAGI PEMANTAUAN PENYELENGGARAAN

LONGKANG RUNTUH

Oleh : Subeha bintiMohd Saleh

Page 12: Ahli Majlis MPKj sesi 2021/2022

LAWATAN TAPAK PROJEK INFRASTRUKTUR SUKAN 2021

11 Februari 2021 - Pejabat Exco Pembangunan Sukan Selangor telah mengadakan lawatan ke tapak bagi Projek Infrastruktur Sukan 2021. Tujuan utama lawatan adalah untuk melihat sendiri kemajuan kerja yang telah dilaksanakan melalui

Peruntukan Menaik Taraf dan Membaik Pulih Infrastruktur Sukan bagi setiap DUN di bawah seliaan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Lawatan ini diketuai oleh Pegawai Penasihat Dasar En. Mohd Hasriq bin Amiruddin, serta Pegawai Khas Pejabat Exco Pembangunan. Turut hadir Pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR), En. Zazali bin Mohamad dan Penolong Arkitek Landskap En. Muhammad Firdaus bin Zainal Abidin. Antara kawasan taman yang telah dinaik taraf serta dibaik pulih adalah gelanggang badminton/sepak takraw di Taman Muhibbah, Taman Bukit Cantik dan Taman Kajang Prima, Kajang. Selain itu, pagar futsal di Taman Impian Murni, Saujana Impian turut dibaik pulih. Sebuah gelanggang bola keranjang di Taman

Putri Jaya, Cheras juga telah dinaik taraf dengan lebih baik.

Lawatan tapak di kawasan DUN Balakong, YB Wong Siew Kei bersama Ahli Majlis, Pn. Zulaila binti Abd Ghani (Zon 8) telah turut sama membuat lawatan di Taman Muhibbah, Kajang dan Taman Putri Jaya, Cheras untuk melihat sendiri kerja-kerja membaik pulih gelanggang bola keranjang yang telah siap dibina.

Oleh : Faizol bin Hatzri

Page 13: Ahli Majlis MPKj sesi 2021/2022

24 Februari 2021 - Menara MPKj menerima satu kunjungan hormat dari Pengarah Keselamatan Kerajaan Negeri Selangor, Tuan Hj. Norazmi bin Hj. Abdullah. Kunjungan ini bertujuan untuk menyampaikan Sijil Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan tahun

2019 kepada pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Sijil Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan tahun 2019 ini disampaikan oleh Pengarah Keselamatan Kerajaan Negeri Selangor, Tuan Hj. Norazmi bin Hj. Abdullah kepada Yang Dipertua MPKj, Dato’ Haji Zul-Kefli @ Zulkefli bin Khalid, Turut hadir Timbalan Yang Dipertua MPKj, Tuan Mohd Raiz bin Radzuan dan beberapa pegawai dari agensi lain. MPKj telah berjaya mendapat pengiktirafan cemerlang (5 bintang) dalam Pengurusan Sistem Keselamatan Perlindungan. Semoga dengan pengiktirafan ini, MPKj dapat mengekalkan momentum kerja yang bagus dan berusaha ke arah yang lebih baik.

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH KESELAMATAN NEGERI SELANGOR DAN PENYAMPAIAN SIJIL ANUGERAH KHAS

KESELAMATAN PELINDUNGAN TAHUN 2019

Oleh : : Nor Sofea bintiSanusi

Page 14: Ahli Majlis MPKj sesi 2021/2022

SUMBANGAN FOOD BANK OLEH YDP MPKj

membantu kakitangan serta orang awam yang memerlukan sumber makanan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Barang keperluan makanan ini boleh diambil secara percuma di lobi Menara MPKj dan orang awam atau kakitangan yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi urus setia Bank Makanan MPKj.

Dengan pemberian sumbangan ini diharap dapat mengurangkan beban dan membantu mereka yang memerlukan .

5 Mac 2021 – Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Dato’ Haji Zul-kefli @ Zulkefli bin Khalid serta Timbalan Yang Dipertua, Tuan Mohd Raiz bin Radzuan telah menyampaikan sumbangan Bank Makanan (Food

Bank) kepada enam orang kakitangan MPKj yang terpilih. Penubuhan Bank Makanan ini adalah hasil daripada kerjasama Kumpulan Berjawatan Pembantu Tadbir Kanan MPKj. Objektif utama program ialah untuk

Oleh : Awang Ali binAwang Sahari

Page 15: Ahli Majlis MPKj sesi 2021/2022

ZIARAH KELUARGA MANTAN AHLI MAJLIS

Turut hadir En. Kamarul Izlan bin Sulaiman yang merupakan Pegawai Perhubungan Awam MPKj. MPKj merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang P.Ravinchandran dan mengucapkan ribuan terima kasih atas segala jasa dan tenaga sewaktu menjadi Ahli Majlis MPKj.

26 Januari 2021 - Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan MPKj, En. Zahari Shukri bin Zainal, mewakili Yang Dipertua dan pengurusan tertinggi serta kakitangan MPKj telah menziarahi keluarga mendiang

P. Ravinchandran yang merupakan Mantan Ahli Majlis MPKj sekaligus menyerahkan sumbangan.

Oleh : : Nor Sofea bintiSanusi

Page 16: Ahli Majlis MPKj sesi 2021/2022

PENAUNGDato’ Haji Zul-Kefli @ Zulkefli bin Khalid DPMS. SIS

PENASIHATTuan Mohd Raiz bin Radzuan AMS

KETUA PENGARANGEn. Kamaruzaman bin Salimin AIS, PPT

PEN. KETUA PENGARANG En. Kamarul Izlan bin Sulaiman

SETIAUSAHAEn. Muqni Mubarak bin Anwar Mubarak

PEN. SETIAUSAHAPn. Nor Sofea binti Sanusi

PENGARANGPn. Suzianaliza binti Mohd YunusEn. Hidayat Hilmy bin Tawfik HilmyCik. Norzilawati binti IsmailPn. Subeha binti Mohd SalehPn. Jamilah binti OsmanEn. Awang Ali bin Awang SahariEn. Mohamad Razali bin KamaruddinPn. Nurul Farhanah binti OthmanEn. Muhammad Khairul Hafizi bin OsmanEn. Azri bin AmirEn. Faizol bin HatzriEn. Muhammad Izzat bin KamaruddinPn. Rohaya binti Che MoratEn. Khairul Naeim bin MohamedPn. Zetyafzan Rais binti Mohamad

JURUGAMBAREn. Mohamad Zawawi bin BaharonEn. Muhammad Zainoor Hafizi bin Muhammad

DITERBITKAN OLEHJabatan Korporat & Pembangunan Masyarakat Majlis Perbandaran KajangMenara MPKj, Jalan Cempaka Putih,Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang,Selangor Darul EhsanTelefon : 03 8737 7899Hotline Aduan : 1 800 88 6755Faks : 03 8733 5743Email : [email protected]

REDAKSISidang JAWATANKUASA WEB&

COVID-19PUTUSKAN RANTAIAN

ELAK 3S / 3C

AMALKAN 3WWEAR (pakai)

Sesak (Crowded places)Tempat yang sesak

Tempat sempit dan tertutup

bersembang dekat-dekat

SEMPIT (Confined Spaces)

Sembang dekat (close conversation)

WARN (AMARAN)Pakai pelitup

muka

Wash (cuci)Kerap cuci tangan

dengan air dan sabun atau gunakan

cecair sanitasi

1 m

3 feet

Jangan bersalamanatau bersentuhan

Amalkan etikabatuk dan bersin

Lakukan disinfeksi

Duduk rumah

Dapatkan rawatanjika bergejala

jika tidak dapat dielakkan jaga jarak 1 meter