adab dengan pemimpin (pendidikan islam tingkatan 5)

6
PELAJARAN 34: ADAB DENGAN PEMIMPIN OLEH: PUTERI AINA ASILAH JAMIL NUR FAQQIHAH MD SANI

Upload: faqiha-sani

Post on 08-Feb-2017

483 views

Category:

Education


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Adab Dengan Pemimpin (Pendidikan Islam Tingkatan 5)

PELAJARAN 34: ADAB DENGAN PEMIMPIN

OLEH: PUTERI AINA ASILAH JAMIL NUR FAQQIHAH MD SANI

Page 2: Adab Dengan Pemimpin (Pendidikan Islam Tingkatan 5)

KONSEP KEPIMPINAN Pemimpin ialah orang yang

dipertanggungjawabkan memimpin sekumpulan manusia atau sesebuah organisasi.

Kepimpinan adalah perkara yang penting dalam syariah Islam.

Kewujudan pemimpin penting dalam sesebuah masyarakat untuk memastikan kestabilan dan pelaksanaan undang-undang dalam masyarakat tersebut.

Page 3: Adab Dengan Pemimpin (Pendidikan Islam Tingkatan 5)

TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN TERHADAP RAKYAT DAN AHLI

Menjaga agama.- Pemimpin wajib memastikan syariah Islam ditegakkan

dan pentadbiran negara dijalankan berdasarkan syariah Islam. Ibn Khaldun menyatakan bahawa peranan khalifah ialah menegakkan agama dan mentadbir dunia dengan agama.

Berlaku adil.- Pemimpin wajib menegakkan keadilan dalam

melaksanakan pemerintahan.

Menyediakan keperluan asas. - Pemerintah berkewajipan menyediakan keperluan asas

kepada rakyat seperti keperluan makanan yang cukup, tempat tinggal, peluang pekerjaan dan pendidikan.

Page 4: Adab Dengan Pemimpin (Pendidikan Islam Tingkatan 5)

ADAB RAKYAT DAN AHLI TERHADAP PEMIMPIN

Mentaati pemimpin.- Rakyat wajib mentaati pemimpin selagi pemimpin tidak

menyuruh mereka melakukan perkara maksiat. Membantu pemimpin.- Rakyat mesti bersungguh-sungguh membantu

pemimpin dalam mencapai wawasan negara. Sokongan yang padu.- Rakyat haruslah memberi sokongan yang padu kepada

projek yang memberi faedah yang baik untuk kepentingan negara dan masyarakat.

Menasihati pemimpin dengan cara yang baik.- Sekiranya rakyat ingin menasihati pemimpin, mereka

hendaklah menegur pemimpin dengan cara dan saluran yang terbaik.

Page 5: Adab Dengan Pemimpin (Pendidikan Islam Tingkatan 5)

KESAN TIDAK TAAT KEPADA PEMIMPIN

Apabila rakyat tidak mentaati pemimpin, mereka tidak dapat melaksanakan tugas-tugas mereka dengan lancar. Kesempatan ini akan digunakan oleh musuh-musuh negara untuk melemahkan ekonomi dan menjejaskan negara.

Page 6: Adab Dengan Pemimpin (Pendidikan Islam Tingkatan 5)

SEKIAN, TERIMA KASIH