ada 5 langkah lagi untuk melaksanakan doa

2
Ada 5 langkah lagi untuk melaksanakan doa Langkah satu Kenal pasti apa yang anda mahukan sejelas-jelasnya. Saya sedar kebanyakan pelajar berdoa dengan doa yang sudah dihafal. Doa-doa yang ada dalam buku semuanya bagus jika anda baca. Namun saya percaya adalah bagus juga jika anda membaca doa anda sendiri, iaitu apa yang anda inginkan dalam ayat anda sendiri. Apabila anda guna ayat sendiri, anda lebih faham apa yang anda minta, anda rasa lebih selesa dan lebih jelas tentang apa yang anda mahu. Jadi, mula tulis doa menggunakan ayat anda sendiri. Langkah kedua Lafazkan doa anda. Anda boleh lafaz dalam hati tetapi bagus lagi jika anda lafazkan dengan suara. Tidak perlu suara yang kuat. Cukup untuk telinga anda mendengar suara anda sendiri sahaja. Ingat, lafazkan doa dalam bentuk positif. Jangan doa “Aku tidak mahu gagal lagi”. Jika anda doa begini, perkataan gagal akan memenuhi minda anda dan itulah selalunya yang akan muncul dalam hidup anda. Lafaz “aku berjaya dalam peperiksaan UPSR/PMR/SPM/STPM dengan 5A/6A/7A….” Langkah ketiga Bayangkan apa yang anda doakan. Jika anda berdoa untuk mendapat 8A dalam peperiksaan, bayangkan bagaimana agaknya reaksi anda ketika anda mengambil keputusan peperiksaan dan anda melihat keputusan 8A dalam kertas keputusan peperiksaan anda. Bayangkan situasi itu semua dengan jelas. Langkah keempat Rasakan apa yang anda bayangkan tadi. Maksud saya, jika anda bayangkan diri anda mendapat 8A dalam peperiksaan, apakah agaknya perasaan anda ketika itu? Adakah anda rasa terlalu gembira hingga anda menangis? Adakah anda akan rasa begitu gembira hingga anda melompat-lompat di tempat mengambil keputusan peperiksaan itu? Itu semua terpulang kepada anda. Tetapi, semakin kuat apa yang anda rasakan, semakin kuat juga kemungkinan untuk doa anda itu termakbul. Langkah kelima Yakin dengan izin Allah bahawa doa anda itu akan termakbul. Setelah anda berusaha dengan bersungguh-sungguh, hasil dikemudian hari adalah berlaku

Upload: haly76

Post on 04-Jan-2016

22 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

CDFHGR

TRANSCRIPT

Page 1: Ada 5 Langkah Lagi Untuk Melaksanakan Doa

Ada 5 langkah lagi untuk melaksanakan doa

Langkah satu

Kenal pasti apa yang anda mahukan sejelas-jelasnya. Saya sedar kebanyakan pelajar berdoa

dengan doa yang sudah dihafal. Doa-doa yang ada dalam buku semuanya bagus jika anda baca.

Namun saya percaya adalah bagus juga jika anda membaca doa anda sendiri, iaitu apa yang anda

inginkan dalam ayat anda sendiri. Apabila anda guna ayat sendiri, anda lebih faham apa yang anda

minta, anda rasa lebih selesa dan lebih jelas tentang apa yang anda mahu. Jadi, mula tulis doa

menggunakan ayat anda sendiri.

Langkah kedua

Lafazkan doa anda. Anda boleh lafaz dalam hati tetapi bagus lagi jika anda lafazkan dengan suara.

Tidak perlu suara yang kuat. Cukup untuk telinga anda mendengar suara anda sendiri sahaja. Ingat,

lafazkan doa dalam bentuk positif. Jangan doa “Aku tidak mahu gagal lagi”. Jika anda doa begini,

perkataan gagal akan memenuhi minda anda dan itulah selalunya yang akan muncul dalam hidup

anda. Lafaz “aku berjaya dalam peperiksaan UPSR/PMR/SPM/STPM dengan 5A/6A/7A….”

Langkah ketiga

Bayangkan apa yang anda doakan. Jika anda berdoa untuk mendapat 8A dalam peperiksaan,

bayangkan bagaimana agaknya reaksi anda ketika anda mengambil keputusan peperiksaan dan

anda melihat keputusan 8A dalam kertas keputusan peperiksaan anda. Bayangkan situasi itu semua

dengan jelas.

Langkah keempat

Rasakan apa yang anda bayangkan tadi. Maksud saya, jika anda bayangkan diri anda mendapat 8A

dalam peperiksaan, apakah agaknya perasaan anda ketika itu? Adakah anda rasa terlalu gembira

hingga anda menangis? Adakah anda akan rasa begitu gembira hingga anda melompat-lompat di

tempat mengambil keputusan peperiksaan itu? Itu semua terpulang kepada anda. Tetapi, semakin

kuat apa yang anda rasakan, semakin kuat juga kemungkinan untuk doa anda itu termakbul.

Langkah kelima

Yakin dengan izin Allah bahawa doa anda itu akan termakbul. Setelah anda berusaha dengan

bersungguh-sungguh, hasil dikemudian hari adalah berlaku di atas izin Allah. Anda perlu

bertawakkal dan dalam masa yang sama rasa yakin bahawa doa anda ini akan termakbul.

Selamat berdoa.