a1 ujian percubaan-bm011_1a

12

Click here to load reader

Upload: fadhramli

Post on 18-Jul-2015

292 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: A1 ujian percubaan-bm011_1a

SULIT

MODUL AGRESIF MENJANA PENCAPAIAN UNGGUL

MAJLIS GURU CEMERLANG (BAHASA MELAYU) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

UJIAN PERCUBAAN PERTAMA – UPSR 2014

BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN Ogos / September 50 minit

011

Lima puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawaban A, B, C dan D. Bagi setiap soalan,

pilih satu jawaban sahaja. Hitamkan jawaban kamu pada kertas jawaban objektif yang disediakan.

4. Jika kamu hendak menukar jawaban, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawaban yang baharu.

Kertas soalan ini mengandungi 12 halaman bercetak.

011 © 2014 Hak Cipta Haji Md. Ramli Haji Sabran (HMRS/GC-DGA38/KPM) [Lihat sebelah

SULIT

Page 2: A1 ujian percubaan-bm011_1a

Ujian Percubaan UPSR – MGC Negeri Perak 2 Bahasa Melayu Pemahaman (Kertas 011)

Ujian Percubaan UPSR Bahasa Melayu Pemahaman (011) – Merealisasikan Sasaran Akademik (MSA) – MGC Perak – Set Satu Disediakan Oleh Haji Md. Ramli bin Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) – 2014

Soalan 1 hingga 18

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1

“Beta ingin __________ sekarang kerana hari sudah larut malam,” titah Sultan kepada pegawai istana baginda.

A beradu B bertitah C bersiram D berangkat

2 “Kejar dan tangkap pemuda itu. __________ telah meragut beg tangan __________,” jerit wanita itu meminta pertolongan.

A Dia … saya B Anda … kita C Kalian … kami D Mereka … anda Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3 Sebelum menjalankan sesuatu aktiviti, mereka akan __________ bersama-sama anggota jawatankuasa terlebih dahulu.

A berbual B bercerita C berbahas D berbincang 4 Hakisan tanah di tebing bukit di sepanjang lebuh raya itu dapat dielakkan jika __________

hutan dikawal oleh pihak kerajaan. A penerokaan B pencemaran C pembersihan D penghapusan

Page 3: A1 ujian percubaan-bm011_1a

Ujian Percubaan UPSR – MGC Negeri Perak 3 Bahasa Melayu Pemahaman (Kertas 011)

Ujian Percubaan UPSR Bahasa Melayu Pemahaman (011) – Merealisasikan Sasaran Akademik (MSA) – MGC Perak – Set Satu Disediakan Oleh Haji Md. Ramli bin Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) – 2014

5

Penggulungan hujah perbahasan oleh pihak pembangkang itu sungguh __________ dan disertakan bukti-bukti yang __________.

A unik ... kreatif B tegas ... nyata C mampat ... jelas D bernas ... konkrit 6

Beberapa kuntum bunga ros di halaman rumahnya telah __________ serta mengeluarkan bau yang sungguh harum.

A mekar B rimbun C kuncup D gersang Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.

7

Bola yang ditendang kencang ke __________ gawang gol itu tidak dapat diselamatkan oleh penjaga gol pasukan Selangor FA.

A tengah B penjuru C belakang D sempadan 8

Kami __________ terharu dengan ketabahan rakyat Palestine menghadapi serangan Israel yang tidak berperi kemanusiaan itu.

A nian B agak C betul D benar 9 Mak Cik Munah __________ menjual tikar mengkuang yang dianyamnya itu __________

menambah pendapatan. A akan ... untuk B mahu ... sebab C telah ... supaya D hendak ... demi

Page 4: A1 ujian percubaan-bm011_1a

Ujian Percubaan UPSR – MGC Negeri Perak 4 Bahasa Melayu Pemahaman (Kertas 011)

Ujian Percubaan UPSR Bahasa Melayu Pemahaman (011) – Merealisasikan Sasaran Akademik (MSA) – MGC Perak – Set Satu Disediakan Oleh Haji Md. Ramli bin Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) – 2014

10

Laporan __________ kejadian kapal karam di perairan Selat Melaka itu disiarkan dari semasa ke semasa.

A dalam B tentang C terhadap D daripada 11

“Cantumkan keenam-enam keratan gambar itu __________ menjadi sekeping gambar yang sempurna,” kata kakak kepada adik.

A jika B supaya C apabila D sementara

12

Rombongan pengantin lelaki itu membawa wang __________ dan dua puluh empat dulang iringan untuk pihak pengantin perempuan.

A tebusan B cagaran C hantaran D pampasan Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.

13

__________ lembing adalah acara olahraga yang tertua dan dipercayai mula diperkenalkan sejak zaman purba lagi.

A Merejam B Melontar C Meluncur D Membaling

14

Kakak Nurin __________ adiknya sebuah basikal kerana kejayaannya memperoleh prestasi cemerlang dalam peperiksaan .

A dihadiahi B berhadiah C menghadiahi D menghadiahkan

Page 5: A1 ujian percubaan-bm011_1a

Ujian Percubaan UPSR – MGC Negeri Perak 5 Bahasa Melayu Pemahaman (Kertas 011)

Ujian Percubaan UPSR Bahasa Melayu Pemahaman (011) – Merealisasikan Sasaran Akademik (MSA) – MGC Perak – Set Satu Disediakan Oleh Haji Md. Ramli bin Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) – 2014

15

__________ Yang Berhormat dengan penduduk kampung akan diadakan di dewan orang ramai kampung tersebut.

A Janji temu B Tunjuk ajar C Setia kawan D Lintas langsung 16 Beberapa orang pakar pemakanan telah menjalankan kajian tentang khasiat __________

tradisional masyarakat Melayu. A ubat-ubatan B buah-buahan C ulam-ulaman D sayur-sayuran Soalan 17 berdasarkan gambar di bawah.

17

Suasana di pasar borong itu __________ dengan suara orang ramai tawar-menawar barang yang hendak dibeli.

A huru-hara B sorak-sorai C kucar-kacir D hingar-bingar 18 Emak membeli __________ roti dan dua __________ sardin untuk membuat sandwich. A sebuku ... tin B sepotong ... hiris C sekeping ... botol D sebiji ... mangkuk 19

Kita mestilah bertoleransi apabila melakukan sesuatu perkara bagi memperoleh kejayaan yang diidam-idamkan.

Pilih perkataan seerti bagi bertoleransi. A bertegur sapa B bertolak ansur C beramah mesra D berganding bahu

Page 6: A1 ujian percubaan-bm011_1a

Ujian Percubaan UPSR – MGC Negeri Perak 6 Bahasa Melayu Pemahaman (Kertas 011)

Ujian Percubaan UPSR Bahasa Melayu Pemahaman (011) – Merealisasikan Sasaran Akademik (MSA) – MGC Perak – Set Satu Disediakan Oleh Haji Md. Ramli bin Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) – 2014

20

Encik Amiruddin sangat mahir melukis corak batik yang ditempah oleh para pelanggannya.

Pilih perkataan berlawan bagi mahir. A cuai B teliti C cekap D kekok Soalan 21 dan 22

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

21 I Murid-murid lelaki itu diam sahaja apabila dimarahi oleh Cikgu Azida. II Sikapnya yang diam ubi itu sangat disenangi oleh kawan-kawan sekelasnya. III Aizam diam dengan neneknya sejak ibunya melanjutkan pelajaran ke luar negara. IV Dalam diam Fakrul telah berjaya mengusahakan tanaman buah naga secara komersial. A

B C D

I dan III II dan IV I, II dan IV I, III dan IV

22 I Encik Wahab berusaha keras untuk memancing hati bakal bapa mentuanya itu. II Bayaran penyertaan pertandingan memancing itu ditetapkan oleh pihak penganjur. III Pelbagai cara dilakukannya untuk memancing di air keruh menjelang pilihan raya. IV Kaki memancing ditegah turun ke laut pada musim tengkujuh kerana laut bergelora. A

B C D

I dan III II dan III I, II dan III II, III dan IV

23

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.

“Sudahkah kamu menyiapkan karangan fakta yang saya beri semalam?” tanya Cikgu Afida. A Ya, karangan fakta itu sudah lengkap semalam, cikgu. B Ya, karangan fakta sudah cikgu kami selesaikan semalam. C Ya, kami menyiapkan karangan fakta itu semalaman, cikgu. D Ya, kami sudah membereskan karangan fakta tersebut, cikgu. 24

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

Suasana di rumah Tok Aki riuh-rendah kerana anak cucunya sedang bercuti di kampung. A Bilakah rumah Tok Aki di kampung itu menjadi riuh-rendah? B Siapakah antara anak cucu Tok Aki yang ketawa riuh-rendah? C Kenapakah ketawa anak cucu Tok Aki riuh-rendah semasa bercuti? D Mengapakah suasana di rumah Tok Aki di kampung itu riuh-rendah?

Page 7: A1 ujian percubaan-bm011_1a

Ujian Percubaan UPSR – MGC Negeri Perak 7 Bahasa Melayu Pemahaman (Kertas 011)

Ujian Percubaan UPSR Bahasa Melayu Pemahaman (011) – Merealisasikan Sasaran Akademik (MSA) – MGC Perak – Set Satu Disediakan Oleh Haji Md. Ramli bin Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) – 2014

Soalan 25 dan 26

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

25 Murid-murid melakukan senamrobik itu di Dataran Menara Condong Teluk Intan. A Murid-murid Teluk Intan jayakan senamrobik di Dataran Menara Condong. B Di Dataran Menara Condong Teluk Intan ada senamrobik aktiviti murid-murid. C Senamrobik itu dijayakan oleh murid-murid di Dataran Menara Condong Teluk Intan. D Senamrobik oleh murid-murid Teluk Intan itu dilakukan di Dataran Menara Condong. 26 Nur Azwina menyertai Program Kembara Merdeka Berbasikal itu setelah dia memperoleh

keizinan daripada ibu bapanya. A

Nur Azwina mendapat kebenaran ibu bapanya setelah meanyertai Program Kembara Merdeka Berbasikal itu.

B

Program Kembara Merdeka Berbasikal itu disertai Nur Azwina apabila dia dan ibu bapanya mendapat kebenaran.

C

Kebenaran daripada ibu bapanya mengizinkan Nur Azwina untuk mengikuti Program Kembara Merdeka Berbasikal itu.

D

Sebaik sahaja mendapat kebenaran daripada ibu bapanya Nur Azwina pun memulakan Program Kembara Merdeka Berbasikal itu.

Soalan 27 dan 28

Pilih ayat yang betul.

27 I Nurul Arisha menerima sejambak bunga-bungaan segar daripada tunangnya. II Harga udang galah betul mahal berbanding dengan harga lauk-pauk yang lain. III Dato’ Effendi Baba memperisteri seorang gadis berdarah campuran Melayu Arab. IV Rancangan berbalas pantun itu telah dirakamkan di Konti Perak FM minggu lepas. A

B C D

I dan II II dan III II dan IV III dan IV

28 I Guru Besar-Guru Besar sedang bermesyuarat di Dewan Alamanda, PPD Hilir Perak. II Pakaian wanita yang dijual di butik itu cantik-cantik rekaannya dan tampak eksklusif. III Setiap hari dia bersarapan dua biji telur ayam masak separuh dengan madu lebah asli. IV Semua orang pengawas dikehendaki berkumpul di dataran kejat pada pukul 7:30 pagi. A

B C D

I dan II I dan III II dan III III dan IV

Page 8: A1 ujian percubaan-bm011_1a

Ujian Percubaan UPSR – MGC Negeri Perak 8 Bahasa Melayu Pemahaman (Kertas 011)

Ujian Percubaan UPSR Bahasa Melayu Pemahaman (011) – Merealisasikan Sasaran Akademik (MSA) – MGC Perak – Set Satu Disediakan Oleh Haji Md. Ramli bin Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) – 2014

Soalan 29 dan 30

Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

29 Nur Suhada ________ untuk melanjutkan pengajiannya dalam jurusan kedoktoran di India

setelah memperoleh tajaan biasiswa daripada pihak kerajaan. A ada hati B bulat hati C patah hati D makan hati 30 “Sementara masih bekerja, simpanlah sebahagian gaji kamu itu untuk masa tua, bak kata

pepatah __________,” pesan Haji Kamal Azhar kepada anak-anaknya. A hendak seribu daya, tak nak seribu dalih B ingat sebelum kena, jimat sebelum habis C sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan D buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali

Page 9: A1 ujian percubaan-bm011_1a

Ujian Percubaan UPSR – MGC Negeri Perak 9 Bahasa Melayu Pemahaman (Kertas 011)

Ujian Percubaan UPSR Bahasa Melayu Pemahaman (011) – Merealisasikan Sasaran Akademik (MSA) – MGC Perak – Set Satu Disediakan Oleh Haji Md. Ramli bin Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) – 2014

Soalan 31 hingga 35

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Persatuan Bahasa Melayu, Sekolah Kebangsaan Kampong Bahagia, 36000 Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan.

Ketua Pengarang, Utusan Melayu (M) Berhad, Jalan Chan Sow Lin, 50568 KUALA LUMPUR. 20 Mei 2014 Tuan, MEMOHON KEBENARAN MELAWAT KILANG PERCETAKAN Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. Saya bagi pihak Persatuan Bahasa Melayu, Sekolah Kebangsaan Kampong Bahagia berhasrat untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke tempat tuan seperti maklumat di bawah ini.

Masa : Dijangka sampai pada pukul 10:30 pagi Tarikh : 2 Jun 2014 (Isnin) Peserta : 40 orang murid dan 5 orang guru 2. Persatuan Bahasa Melayu, Sekolah Kebangsaan Kampong Bahagia menganjurkan lawatan sambil belajar ini adalah bertujuan untuk:

2.1 meluaskan pengetahuan dan pengalaman murid 2.2 melihat sendiri bagaimana berita disunting dan dicetak 2.3 mengetahui tentang kerjaya yang boleh diceburi dalam bidang percetakan

3. Sehubungan dengan itu, kami amat berharap semoga tuan boleh memberikan keizinan dan menerima kami untuk melawat ke kilang percetakan akhbar syarikat tuan. Kami juga ingin melihat cara-cara berita diproses, disunting dan seterusnya dicetak. Kerjasama, sokongan serta perhatian yang pihak tuan berikan bagi menjayakan program lawatan sambil belajar ini, kami dahului dengan rakaman ucapan terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Yang menjalankan tugas, Abdul Halim (ABDUL HALIM BIN AHMAD NAZMI) Setiausaha, Persatuan Bahasa Melayu, SK Kampong Bahagia, Teluk Intan.

Page 10: A1 ujian percubaan-bm011_1a

Ujian Percubaan UPSR – MGC Negeri Perak 10 Bahasa Melayu Pemahaman (Kertas 011)

Ujian Percubaan UPSR Bahasa Melayu Pemahaman (011) – Merealisasikan Sasaran Akademik (MSA) – MGC Perak – Set Satu Disediakan Oleh Haji Md. Ramli bin Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) – 2014

31 Siapakah yang sepatutnya akan menerima surat rasmi di atas? A Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu B Guru Penasihat Persatuan Bahasa Melayu C Ketua Pengarang Utusan Melayu (M) Berhad D Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kampong Bahagia 32 Apakah hasrat Persatuan Bahasa Melayu SK Kampong Bahagia kepada pihak Utusan

Melayu (M) Berhad? A Kebenaran melawat ke kilang percetakan B Meluaskan pengetahuan dan pengalaman murid C Melihat sendiri bagaimana berita disunting dan dicetak D Mengetahui tentang kerjaya yang boleh diceburi dalam bidang percetakan 33 Bilangan peserta yang akan menyertai lawatan sambil belajar itu ialah seramai A 40 orang. B 45 orang. C 48 orang. D 50 orang. 34 Berikut adalah antara tujuan dan matlamat lawatan sambil belajar tersebut, kecuali A mengetahui peluang kerjaya dalam bidang percetakan. B mendapatkan khidmat nasihat Utusan Melayu (M) Berhad. C menambah ilmu pengetahuan baharu dalam kalangan murid. D melihat cara-cara berita diproses, disunting seterusnya dicetak. 35 Rangkai kata kerjaya yang boleh diceburi dalam petikan membawa maksud A menceburi bidang penerbitan yang berkualiti. B kemampuan menyediakan peluang pekerjaan. C tawaran bergiat dalam kerjaya yang mencabar. D peluang melibatkan diri dalam profesion tersebut.

Page 11: A1 ujian percubaan-bm011_1a

Ujian Percubaan UPSR – MGC Negeri Perak 11 Bahasa Melayu Pemahaman (Kertas 011)

Ujian Percubaan UPSR Bahasa Melayu Pemahaman (011) – Merealisasikan Sasaran Akademik (MSA) – MGC Perak – Set Satu Disediakan Oleh Haji Md. Ramli bin Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) – 2014

Soalan 36 hingga 40

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Cerita rakyat merupakan satu bentuk cerita yang popular dalam kalangan rakyat suatu ketika dahulu. Cerita rakyat menjadi hiburan penting dalam kalangan masyarakat berkenaan. Dalam masyarakat Melayu, terdapat pelbagai jenis cerita rakyat seperti cerita binatang, cerita jenaka, cerita penglipur lara dan cerita pengalaman. Cerita rakyat juga sebagai ekspresi budaya suatu masyarakat melalui bahasa tutur atau bahasa lisan yang berhubung langsung dengan berbagai-bagai aspek budaya, seperti agama, kepercayaan, adat resam, undang-undang, kegiatan ekonomi, sistem kekeluargaan, dan susunan nilai sosial masyarakat tersebut. Bercerita dapat dianggap sebagai satu cabang seni tertua. Sebelum terciptanya media hiburan moden, seni bercerita memainkan peranan penting sebagai alat pendidikan moral dan nilai dalam kalangan masyarakat. Dalam masyarakat Melayu lama misalnya, pelbagai jenis cerita berkembang dari generasi ke generasi melalui tradisi lisan. Beratus-ratus mungkin beribu-ribu cerita jenaka, cerita asal usul, cerita binatang, cerita hantu, dan sebagainya yang disampaikan atau diperdengarkan hingga ke generasi hari ini. Ada juga beberapa pihak yang telah berusaha untuk menerbitkan cerita-cerita tersebut. Cerita-cerita penglipur lara juga tidak kurang popularnya dalam kalangan masyarakat Melayu dahulu. Antaranya, Awang Sulung Merah Muda, Malim Deman, Raja Muda, Si Miskin, Raja Dewa Lok, Raja Marakarma, Hikayat Inderaputera dan banyak lagi. Cerita-cerita jenaka yang popular suatu ketika dahulu seperti kisah Lebai Malang, Abu Nawas, Pak Kaduk dan Si Luncai. Cerita penglipur Lara berunsurkan jenaka terkenal dalam kalangan masyarakat Melayu kerana cerita-cerita ini mempunyai keunikan dan keistimewaan yang tersendiri. Keunikan cerita itu jelas dilihat dari segi ceritanya, penutur atau tukang cerita dan cara persembahan cerita tersebut. Penglipur lara yang dikenali sebagai Awang Batil, Awang Belanga dan Tok Selampit misalnya sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat Melayu. Mereka adalah antara pencerita yang mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan dapat menyampaikan cerita dengan berkesan tanpa banyak bergantung pada alat-alat bantuan penceritaan. Generasi muda semakin kurang mendengar cerita rakyat. Namun demikian, usaha telah dilakukan untuk mempertahankannya agar seni tradisi dalam masyarakat Melayu ini tidak terus hanyut ditelan zaman. Cerita penglipur lara yang pernah dipopularkan oleh Awang Batil kini dihidupkan kembali. Encik Ramli Mahmud mempersembahkan cerita rakyat ini di beberapa tempat di negara kita. Cerita Awang Batil yang dipusakai beliau kini hidup dan segar kembali dan dapat disampaikan kepada generasi muda pada masa kini.

Page 12: A1 ujian percubaan-bm011_1a

Ujian Percubaan UPSR – MGC Negeri Perak 12 Bahasa Melayu Pemahaman (Kertas 011)

Ujian Percubaan UPSR Bahasa Melayu Pemahaman (011) – Merealisasikan Sasaran Akademik (MSA) – MGC Perak – Set Satu Disediakan Oleh Haji Md. Ramli bin Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) – 2014

36 Salah seorang daripada penglipur lara yang dikenali ramai ialah A Pak Kaduk B Abu Nawas C Awang Batil D Malim Deman 37 Mengapakah bercerita dianggap penting kepada masyarakat pada zaman dahulu? A Memilih tokoh penglipur lara yang terbaik B Menyediakan hiburan yang menyeronokkan C Menyampaikan maklumat dan memberi nasihat D Mengembangkan seni tradisi masyarakat Melayu 38 Siapakah yang telah mengambil daya usaha untuk menghidupkan semula kehebatan atau

populariti Awang Batil? A Tok Selampit B Ramli Mahmud C Awang Belanga D Raja Marakarma 39 Pilih pernyataan yang tidak benar berdasarkan petikan. A Bercerita merupakan cabang seni tertua masyarakat Melayu. B Lebai Malang adalah cerita penglipur lara yang berbentuk jenaka. C Cerita rakyat disampaikan secara bahasa lisan kepada masyarakat. D Kehebatan sesebuah cerita bergantung kepada alat bantuan penceritaan. 40 Frasa ekspresi budaya dalam petikan bermaksud A menyatakan hasrat dan perasaan. B meluahkan rasa hati dan keinginan. C mengasah bakat, minat dan kebolehan. D menggambarkan perasaan dan peradaban.

KERTAS SOALAN TAMAT