9 strategi memulakan perniagaan

3
9 strategi memulakan perniagaan 1. Kepentingan merancang perniagaan. Apabila anda merancang untuk berniaga, pastikan anda meletakkan matlamat yang jelas mengapa anda hendak berniaga. Ke mana arah tuju perniagaan anda untuk tempoh 5 tahun akan datang. Dengan perancangan perniagaan yang tepat, anda akan dapat menilai jumlah modal yang perlu dilaburkan untuk merealisasikan perniagaan anda. 2. Kajian permintaan di pasaran. Kajian perlu dilakukan untuk melihat permintaan pasaran mengikut peredaran semasa. Anda perlu kenali apa yang diperlukan oleh pelanggan anda. Kini produk berbentuk informasi adalah salah satu produk yang popular dalam pemasaran internet. Pelanggan anda perlukan sesuatu yang boleh menyelesaikan masalah mereka. Sebagai contoh, banyak informasi yang menawarkan informasi untuk lulus temuduga kerjaya. Hakikatnya di pasaran terdapat banyak lambakan informasi ini dan ianya belum tentu sesuai dengan kehendak pelanggan anda. Apa yang perlu anda lakukan ialah kategorikan kaedah lulus temuduga kerjaya kepada bahagian yang khusus seperti : Panduan Temuduga Kerjaya : Pegawai Pendidikan Panduan Temuduga Kerjaya : Pegawai Tadbir dan Diplomatik Panduan Temuduga Kerjaya : Pegawai Perubatan Panduan Temuduga Kerjaya : Pegawai Kewangan Panduan Temuduga Kerjaya : Pegawai Sains Panduan Temuduga Kerjaya : Pegawai Tadbir Panduan Temuduga Kerjaya : Pegawai Penerangan Panduan Temuduga Kerjaya : Pegawai Perancang Bandar dan Desa Panduan Temuduga Kerjaya : Pegawai Kejuruteraan Panduan Temuduga Kerjaya : Temuduga Biasiswa Pendidikan Anda masih boleh menjual produk berbentuk barangan selain daripada informasi di atas, namun yang paling penting ialah produk jualan anda sesuai dengan perniagaan internet dan menepati kehendak pelanggan anda. 9 strategi memulakan perniagaan Pendedahan produk-produk yang mempunyai potensi hangat di pasaran didedahkan oleh seorang usahawan internet terkenal. 3. Kenali pesaing dalam perniagaan. Katakan anda sudah memiliki perniagaan sendiri dan dalam masa yang sama anda harus membuat tinjauan untuk mengenali siapakah individu yang mempunyai perniagaan yang sama seperti anda. Bandingkan perniagaan mereka dan perniagaan anda, tambahkan kekuatan pada perniagaan anda supaya anda dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan anda. Sebagai contoh, ramai peniaga yang menjual insurans dan takaful, masing-masing di antara mereka akan mengenalpasti apakah kekuatan dan kekurangan dalam pakej insurans dan takaful yang ditawarkan. Dengan ini strategi perniagaan anda akan menjadi lebih efektif.

Upload: mohd-syahmi

Post on 11-Jan-2016

11 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

ap

TRANSCRIPT

Page 1: 9 Strategi Memulakan Perniagaan

9 strategi memulakan perniagaan

1. Kepentingan merancang perniagaan. Apabila anda merancang untuk berniaga, pastikan anda meletakkan matlamat yang jelas mengapa anda hendak berniaga. Ke mana arah tuju perniagaan anda untuk tempoh 5 tahun akan datang. Dengan perancangan perniagaan yang tepat, anda akan dapat menilai jumlah modal yang perlu dilaburkan untuk merealisasikan perniagaan anda.

2. Kajian permintaan di pasaran. Kajian perlu dilakukan untuk melihat permintaan pasaran mengikut peredaran semasa. Anda perlu kenali apa yang diperlukan oleh pelanggan anda. Kini produk berbentuk informasi adalah salah satu produk yang popular dalam pemasaran internet. Pelanggan anda perlukan sesuatu yang boleh menyelesaikan masalah mereka.

Sebagai contoh, banyak informasi yang menawarkan informasi untuk lulus temuduga kerjaya. Hakikatnya di pasaran terdapat banyak lambakan informasi ini dan ianya belum tentu sesuai dengan kehendak pelanggan anda. Apa yang perlu anda lakukan ialah kategorikan kaedah lulus temuduga kerjaya kepada bahagian yang khusus seperti :

Panduan Temuduga Kerjaya : Pegawai Pendidikan

Panduan Temuduga Kerjaya : Pegawai Tadbir dan Diplomatik

Panduan Temuduga Kerjaya : Pegawai Perubatan

Panduan Temuduga Kerjaya : Pegawai Kewangan

Panduan Temuduga Kerjaya : Pegawai Sains

Panduan Temuduga Kerjaya : Pegawai Tadbir

Panduan Temuduga Kerjaya : Pegawai Penerangan

Panduan Temuduga Kerjaya : Pegawai Perancang Bandar dan Desa

Panduan Temuduga Kerjaya : Pegawai Kejuruteraan

Panduan Temuduga Kerjaya : Temuduga Biasiswa Pendidikan

Anda masih boleh menjual produk berbentuk barangan selain daripada informasi di atas, namun yang paling penting ialah produk jualan anda sesuai dengan perniagaan internet dan menepati kehendak pelanggan anda.

9 strategi memulakan perniagaan

Pendedahan produk-produk yang mempunyai potensi hangat di pasaran didedahkan oleh seorang usahawan internet terkenal.

3. Kenali pesaing dalam perniagaan. Katakan anda sudah memiliki perniagaan sendiri dan dalam masa yang sama anda harus membuat tinjauan untuk mengenali siapakah individu yang mempunyai perniagaan yang sama seperti anda. Bandingkan perniagaan mereka dan perniagaan anda, tambahkan kekuatan pada perniagaan anda supaya anda dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan anda.

Page 2: 9 Strategi Memulakan Perniagaan

Sebagai contoh, ramai peniaga yang menjual insurans dan takaful, masing-masing di antara mereka akan mengenalpasti apakah kekuatan dan kekurangan dalam pakej insurans dan takaful yang ditawarkan. Dengan ini strategi perniagaan anda akan menjadi lebih efektif.

4. Kaedah pemasaran. Kaedah pemasaran akan menentukan berjaya atau gagal dan untung atau rugi dalam perniagaan anda. Gunakan pelbagai kaedah pemasaran dalam perniagaan anda. Tanpa pemasaran jualan tidak akan datang begitu sahaja. Pemasaran boleh dilakukan secara online atau offline. Ada ruang pemasaran yang menawarkan pengiklanan secara percuma dan ada yang berbayar.

Cara pemasaran juga dipengaruhi oleh jumlah kewangan yang anda miliki. Di internet terdapat banyak laman sesawang yang menawarkan ruang-ruang pengiklanan secara percuma. Namun anda harus bijak memilih laman sesawang yang benar-benar boleh membantu mempromosikan perniagaan anda dengan lebih berkesan.

Pendedahan produk-produk yang mempunyai potensi hangat di pasaran didedahkan oleh seorang usahawan internet terkenal.

Senarai persediaan untuk berhenti kerja turut dikongsikan oleh beliau.

5. Matlamat perniagaan anda. Kenapa anda berniaga? Senaraikan matlamat perniagaan anda. Sasarkan matlamat anda dengan jangkamasa yang diperlukan. Katakan anda mahu menyimpan keuntungan RM20,000 setahun, anda perlu mendapatkan keuntungan sekurang-kurangnya RM1670 sebulan dalam perniagaan anda.

Matlamat yang dirancang perlu disertakan dengan usaha yang sesuai dengan kemampuan diri dan perniagaan anda. Paling penting di sini, jangan putus asa jika matlamat tidak tercapai. Teruskan usaha anda kerana untuk bertahan dalam perniagaan bukanlah suatu perkara yang mudah.

6. Pengurusan operasi perniagaan. Bagaimana anda menguruskan perniagaan anda dengan kemas dan sistematik? Ianya bermula dengan menghasilkan produk jualan sehinggalah produk tersebut dijual. Proses perniagaan anda tidak terhenti di sini saja, tapi anda perlu menyediakan pekhidmatan selepas jualan, sebagai bukti anda mengambil berat dengan kualiti produk dan perkhidmatan anda. Sokongan perlu diberikan kepada pelanggan kerana perkhidmatan anda akan dihargai, seterusnya pelanggan tersebut pasti akan menghargai anda sekaligus menjadi pelanggan yang setia.

7. Pengurusan kewangan. Setiap perniagaan pasti memerlukan modal. Tiada istilah perniagaan tanpa modal. Untuk menjadi usahawan internet, modal yang paling asas ialah komputer dan broadband. Kos untuk sebuah komputer mencecah RM1000-RM1500. Saya galakkan anda dapatkan sebuah komputer riba kerana mudah untuk dibawa ke mana-mana. Kos untuk broadband boleh diperolehi dengan langganan serendah RM50. Saya mencadangkan supaya anda menyediakan wang sekurang-kurangnya RM500 untuk modal permulaan.

Page 3: 9 Strategi Memulakan Perniagaan

8. Memilih produk atau perkhidmatan perniagaan anda

Berdasarkan pengetahuan dan kepakaran anda. Jika anda seorang yang pakar mengenai bidang kesihatan mata, maka produk atau perkhidmatan anda mestilah berkaitan dengan mata. Jika saya berkhidmat dalam bidang pendidikan, maka produk atau perkhidmatan saya akan berkaitan dengan bidang yang saya kuasai.

Minat. Anda bukan pakar dalam sesuatu bidang, tapi anda ada minat yang mendalam dalam sesuatu bidang. Contohnya, saya mempunyai minat dalam bidang kerjaya pegawai kerajaan, walaupun saya bukan salah seorang dari staf dalam sektor kerajaan. Saya akan melakukan kerja berdasarkan minat saya tanpa rasa bosan. Saya berminat untuk mengarang panduan-panduan kerjaya dalam sektor kerajaan. Pasti ada masalah yang akan timbul, tetapi kerana minat dalam bidang ini, saya akan dapat hadapinya dengan tenang dan berupaya menyelesaikannya dengan baik.

Boleh jual di internet. Pastikan produk atau perkhidmatan anda boleh dijual di internet. Produk hendaklah mudah dihantar kepada pelanggan dalam tempoh 24 jam ke 48 jam. Jangan jual produk basah seperti rendang, bila diterima oleh pelanggan ianya tidak boleh dimakan lagi kerana sudah basi.

Keuntungan yang lumayan. Siapa yang tidak mahukan keuntungan lumayan dari perniagaan di internet. Carilah produk yang sesuai untuk diniagakan dan tepat kepada target pelanggan anda.

Modal yang minimum. Minimumkan kos untuk modal anda. Langkah ini penting untuk mengelakkan kerugian dalam perniagaan anda. Mulakan dengan modal serendah RM500.

9. Mencipta produk sendiri. Untuk mencipta produk sendiri, anda perlu menyenaraikan perancangan seperti berikut :

Mengenalpasti sasaran atau niche. Kenalpasti sasaran anda berdasarkan permintaan semasa yang sering dicari-cari oleh pelanggan. Gunakan internet untuk memudahkan urusan carian anda dengan melayari laman www.google.com/trends/hottrends atau www.wordtracker.com. Kajian berdasarkan carian menerusi laman di atas boleh membantu anda menumpukan pada permintaan pasaran semasa sekaligus merancakkan jualan produk anda.

Senaraikan jenis produk. Apakah jenis produk yang terlintas difikiran anda? Tuliskan kesemuanya, kemudian pilih yang mana satu produk benar-benar berpotensi untuk dijual.