8.3 teknik round dan gallery walk

4
1 Ahli No. 1 contributes Ahli No. 2 contributes Ahli No. 3 contributes Ahli No. 4 contributes NOOR IZZATI BINTI ABDUL HANID INOVASI PEDAGOGI 1.0 Nama Inovasi Pedagogi Teknik Roundrobin, Roundtable dan Gallery Walk 2.0 Penerangan dan Perincian Inovasi Pedagogi 2.1 Roundrobin Struktur ini menjurus kepada kemahiran komunikasi dan membina keyakinan diri. Struktur ini ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk menyumbang idea dan membina kemahiran sosial yang berkaitan dengan mengambil giliran. Kaedah Pelaksanaan: Pelajar duduk dalam kumpulan masing-masing. Arahan diberikan supaya setiap ahli kumpulan mencatatkan satu idea berkaitan sesuatu perkara pada sekeping kertas dengan sebatang pen /pensil. Kertas dan pen akan diedar sekeliling meja mengikut giliran. Ini akan memberi peluang kepada semua ahli untuk mencatat idea atau jawapan mereka.

Upload: ainun-jauhar

Post on 12-Dec-2015

10 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

gg

TRANSCRIPT

Page 1: 8.3 Teknik Round Dan Gallery Walk

1

Ahli No. 1 contributes

Ahli No. 2 contributes

Ahli No. 3 contributes

Ahli No. 4 contributes

NOOR IZZATI BINTI ABDUL HANID INOVASI PEDAGOGI

1.0 Nama Inovasi Pedagogi

Teknik Roundrobin, Roundtable dan Gallery Walk

2.0 Penerangan dan Perincian Inovasi Pedagogi

2.1 Roundrobin

Struktur ini menjurus kepada kemahiran komunikasi dan membina keyakinan

diri. Struktur ini ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk menyumbang idea

dan membina kemahiran sosial yang berkaitan dengan mengambil giliran.

Kaedah Pelaksanaan:

Pelajar duduk dalam kumpulan masing-masing.

Arahan diberikan supaya setiap ahli kumpulan mencatatkan satu idea

berkaitan sesuatu perkara pada sekeping kertas dengan sebatang pen

/pensil.

Kertas dan pen akan diedar sekeliling meja mengikut giliran.

Ini akan memberi peluang kepada semua ahli untuk mencatat idea atau

jawapan mereka.

Page 2: 8.3 Teknik Round Dan Gallery Walk

2

D1D

C

C1,C2,C3,C4

D1,D2,D3,D4

A

A1,A2,A3,A4

B1,B2,B3,B4

B

NOOR IZZATI BINTI ABDUL HANID INOVASI PEDAGOGI

2.2 Roundtable

Struktur ini menjurus kepada kemahiran komunikasi dan membina keyakinan

diri. Struktur ini ini juga membina kemahiran sosial yang berkaitan dengan

mengambil giliran.

Kaedah Pelaksanaan.

Roundrobin adalah variasi kepada Roundtable.

Struktur ini ini dilaksanakan secara lisan.

Setiap ahli kumpulan akan bergilir-gilir bercakap tentang satu idea berkenaan

sesuatu perkara dan ahli kumpulan yang lain mendengar tanpa

mengganggunya.

Perkara ini boleh dilakukan sebanyak satu pusingan atau beberapa pusingan.

2.3 Gallery Walk

Struktur ini boleh digunakan untuk mengembangkan kemahiran komunikasi dan

menggalakkan perkongsian maklumat. Struktur ini ini juga membina kemahiran

sosial yang berkaitan dengan mengambil giliran dan memberi komen.

Kaedah Pelaksanaan:

Setiap kumpulan diberi satu tugasan untuk disiapkan.

Setelah menyiapkan tugasan dalam masa yang diberikan, mereka diminta

untuk mempamerkan tugasan pada dinding kelas.

Setiap kumpulan akan mengambil giliran untuk melihat hasil usaha kumpulan

yang lain dan menulis komen pada kertas maklumbalas yang disediakan.

Page 3: 8.3 Teknik Round Dan Gallery Walk

3

NOOR IZZATI BINTI ABDUL HANID INOVASI PEDAGOGI

3.0 Penilaian Keberkesanan Inovasi :

Hasil pemerhatian saya terhadap pelaksanaan teknik Rounrobin dan Roundtable

mendapati kedua-dua teknik ini sangat sesuai diaplikasikan bagi aktiviti berkumpulan

kerana ia memberi peluang untuk semua ahli dalam kumpulan untuk menyumbang

idea mengikut giliran dan ahli lain sama sekali tidak dibenarkan mengganggunya.

Maka, tidak wujud lagi masalah diskriminasi mahupun perasaan terpinggir kerana

ideanya tidak diterima ahli kumpulan.

Saya juga mendapati teknik Roundtable sangat berkesan untuk menonjolkan sisi

lain bagi pelajar pasif dan yang kurang gemar bersuara. Kadang kala, pelajar

sebegini mempunyai idea yang unik namun tidak mempunyai kemahiran untuk

meluahkannya secara lisan. Maka, teknik Roundtable adalah solusi terbaik kerana

mereka diberi peluang untuk menulis idea mereka tanpa gangguan rakan-rakan.

Bagi teknik Gallery Walk pula, saya mendapati murid-murid sangat seronok

kerana berpeluang bergerak di dalam kelas untuk melawat hasil kerja kumpulan lain

dan mendapat lebih banyak pengetahuan. Pada masa yang sama, mereka diberi

peluang pula untuk menilai hasil kerja kumpulan lain. Ini merupakan satu

penghargaan kepada mereka kerana diberi kepercayaan untuk turut sama

menyumbang pendapat dan memberi penilaian.