751-1462-1-sm.pdf

9
PENGGUNAAN TEKNIK FILL IN THE BOX DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENDARAB NOMBOR DUA DIGIT DENGAN NOMBOR DUA DIGIT BAGI TAHUN 4 Oleh: Muhammad Fikri bin Termizi, Nik Mohamad bin Nik Jusoh Jabatan Matematik, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail [email protected], [email protected] ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan menguji keberkesanan teknik Fill In The Box dalam meningkatkan kemahiran mendarab nombor 2 digit dengan 2 digit bagi murid tahun 4 Budi. Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Paloh dan melibatkan seramai 4 orang peserta kajian dari tahun 4 Budi. Tinjauan awal dijalankan melalui pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaran, analisis keputusan ujian diagnostik, lembaran kerja, keputusan ujian TOV dan ujian OTI 1. Instrumen yang digunakan di dalam kajian ini ialah ujian pra, ujian pasca, temu bual dan analisis dokumen. Data kualitatif dianalisis secara deskriptif mengikut peserta kajian. Dapatan kajian menunjukkan kesemua sesi intervensi membantu meningkatkan kefahaman dan memberi kesan positif kepada peserta kajian. Berdasarkan perbandingan skor ujian pra dan ujian pasca, menunjukkan peningkatan terhadap keempat-empat peserta kajian. Analisis temu bual dan dokumen menunjukkan penggunaan teknik Fill In The Box dapat membantu murid meningkatkan kemahiran pendaraban yang melibatkan nombor 2 digit dengan 2 digit. Kata kunci: Fill In The Box, pendaraban, meningkatkan REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Pada sesi praktikum fasa tiga, pengkaji telah berada di Sekolah Kebangsaan Paloh selama tiga bulan. Pengkaji telah diamanahkan mengajar subjek Matematik di kelas Tahun 4 Budi. Semasa pengajaran tajuk darab di kelas 4 Budi, pengkaji telah mendapati hampir kesemua murid di dalam kelas itu mengalami masalah dalam pendaraban nombor dua digit dengan nombor dua digit menggunakan bentuk lazim. Penggunaan bentuk lazim telah menyebabkan murid keliru dalam penyusunan nombor, peletakkan hasil darab dan juga penyusunan hasil darab. Rata-rata murid di dalam kelas ini lemah dalam tajuk darab. Pengkaji telah mengenal pasti masalah ini apabila pengkaji menganalisis lembaran kerja serta buku latihan murid tahun 4 Budi. Bagi mengatasi masalah yang dihadapi, pengkaji telah menjalankan satu kajian tindakan untuk meningkatkan kemahiran pendaraban nombor dua digit dengan nombor dua digit dengan memperkenalkan teknik Fill In The Box. Teknik ini dapat membantu murid mengatasi masalah kekeliruan dan penyusunan nilai nombor yang dihadapi murid dalam penyelesaian soalan menggunakan bentuk lazim.

Upload: veronie-sweetiy

Post on 29-Sep-2015

231 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

  • PENGGUNAAN TEKNIK FILL IN THE BOX DALAM MENINGKATKAN

    KEMAHIRAN MENDARAB NOMBOR DUA DIGIT DENGAN NOMBOR

    DUA DIGIT BAGI TAHUN 4

    Oleh:

    Muhammad Fikri bin Termizi, Nik Mohamad bin Nik Jusoh

    Jabatan Matematik, IPG Kampus Dato Razali Ismail [email protected], [email protected]

    ABSTRAK

    Kajian ini dijalankan bertujuan menguji keberkesanan teknik Fill In The Box dalam

    meningkatkan kemahiran mendarab nombor 2 digit dengan 2 digit bagi murid tahun 4

    Budi. Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Paloh dan melibatkan seramai

    4 orang peserta kajian dari tahun 4 Budi. Tinjauan awal dijalankan melalui pemerhatian

    semasa pengajaran dan pembelajaran, analisis keputusan ujian diagnostik, lembaran

    kerja, keputusan ujian TOV dan ujian OTI 1. Instrumen yang digunakan di dalam kajian

    ini ialah ujian pra, ujian pasca, temu bual dan analisis dokumen. Data kualitatif

    dianalisis secara deskriptif mengikut peserta kajian. Dapatan kajian menunjukkan

    kesemua sesi intervensi membantu meningkatkan kefahaman dan memberi kesan positif

    kepada peserta kajian. Berdasarkan perbandingan skor ujian pra dan ujian pasca,

    menunjukkan peningkatan terhadap keempat-empat peserta kajian. Analisis temu bual

    dan dokumen menunjukkan penggunaan teknik Fill In The Box dapat membantu murid

    meningkatkan kemahiran pendaraban yang melibatkan nombor 2 digit dengan 2 digit.

    Kata kunci: Fill In The Box, pendaraban, meningkatkan

    REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    Pada sesi praktikum fasa tiga, pengkaji telah berada di Sekolah Kebangsaan Paloh selama tiga bulan.

    Pengkaji telah diamanahkan mengajar subjek Matematik di kelas Tahun 4 Budi. Semasa pengajaran

    tajuk darab di kelas 4 Budi, pengkaji telah mendapati hampir kesemua murid di dalam kelas itu

    mengalami masalah dalam pendaraban nombor dua digit dengan nombor dua digit menggunakan

    bentuk lazim. Penggunaan bentuk lazim telah menyebabkan murid keliru dalam penyusunan nombor,

    peletakkan hasil darab dan juga penyusunan hasil darab.

    Rata-rata murid di dalam kelas ini lemah dalam tajuk darab. Pengkaji telah mengenal pasti masalah

    ini apabila pengkaji menganalisis lembaran kerja serta buku latihan murid tahun 4 Budi. Bagi

    mengatasi masalah yang dihadapi, pengkaji telah menjalankan satu kajian tindakan untuk

    meningkatkan kemahiran pendaraban nombor dua digit dengan nombor dua digit dengan

    memperkenalkan teknik Fill In The Box. Teknik ini dapat membantu murid mengatasi masalah

    kekeliruan dan penyusunan nilai nombor yang dihadapi murid dalam penyelesaian soalan

    menggunakan bentuk lazim.

  • SOROTAN LITERATUR

    Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), darab digunakan untuk menggandakan, memperbesar,

    memperbanyak sesuatu jumlah atau bilangan. Darab juga ialah satu proses penambahan berulang

    secara berkala mengikut bilangan kumpulan dan bilangan ahli. Dapat disimpulkan bahawa

    pendaraban merupakan satu proses penggandaan yang melibatkan nilai yang lebih besar.

    Menurut kajian Lee Siew Eng dan Jong Chee Fook (2003), murid-murid di sekolah rendah akan

    menjadi keliru dalam pendaraban melibatkan lebih dari satu nombor. Dalam masalah yang dihadapi

    pengkaji, murid mengalami masalah dalam pendaraban nombor dua digit dengan nombor dua digit

    menggunakan bentuk lazim kerana pendaraban ini akan menghasilkan pengumpulan nilai semula serta

    penambahan dalam penyelesaian.

    Menurut kajian lepas Aina Khalisah bt Azami (2013) dalam menghasilkan kaedah Diag Box,

    penggunaan teknik lattice mampu mengurangkan kesilapan murid dalam melakukan proses

    pendaraban. Murid juga akan lebih mudah untuk menyelesaian soalan menggunakan teknik lattice

    berbanding teknik bentuk lazim.

    TUJUAN KAJIAN

    Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran mendarab nombor dua

    digit dengan nombor dua digit murid Tahun 4 Budi, Sekolah Kebangsaan Paloh.

    Objektif

    Mereka bentuk satu cadangan intervensi pengajaran dan pembelajaran bagi membantu 4 orang murid

    lemah dalam kelas 4 Budi, Sekolah Kebangsaan Paloh mengatasi masalah pembelajaran mereka

    dalam tajuk pendaraban dua digit dengan dua digit.

    Persoalan Kajian

    Bagaimanakah teknik Fill In The Box dapat membantu murid lemah 4 Budi meningkatkan kemahiran

    pendaraban dua digit dengan dua digit.

    METODOLOGI KAJIAN

    Kajian tindakan ini melibatkan empat orang murid lemah tahun 4 Budi yang terdiri daripada

    dua orang murid perempuan dan dua orang murid lelaki. Semua peserta kajian dipilih berdasarkan

    kepada pencapaian mereka di dalam ujian diagnostik. Model kajian yang diguna pakai oleh pengkaji

    ialah model Stephen Kemmis di mana di dalam model ini terdapat proses mereflek, merancang,

    melaksana dan memerhati. Pengkaji menggunakan tiga jenis instrumen dalam pengumpulan data iaitu

    ujian, temu bual dan analisis dokumen. Data kualitatif dianalisis secara deskriptif mengikut peserta

    kajian.

    Pengkaji menggunakan teknik temu bual berstruktur di mana soalan-soalan telah dirancang

    terlebih dahulu. Pengkaji telah menjalankan sesi temu bual sepanyak dua kali iaitu temu bual selepas

    ujian pra dan temu bual selepas ujian pasca terhadap responden kajian. Melalui hasil temu bual

    bersama responden kajian, pengkaji akan memasukkan segala maklumat temu bual ke dalam bentuk

    data yang lebih mudah iaitu bentuk jadual

    Instrumen kajian yang kedua digunakan oleh pengkaji ialah ujian pra dan ujian pasca. Ujian pra dan

    ujian pasca merupakan salah satu instrumen yang boleh membantu pengkaji mengenal pasti

  • keberkesanan kaedah Fill In The Box dalam membantu murid mendarab nombor dua digit dengan dua

    digit. Ujian ini dianalisis berdasarkan skor markah dan gred ujian mereka.

    Melalui jadual yang telah dibina, pengkaji akan lebih mudah untuk membandingkan antara markah

    ujian pra dan ujian pasca. Jadual analisis untuk perbandingan markah responden kajian antara ujian

    pra dan pasca adalah seperti berikut:

    Melalui instrumen analisis dokumen, pengkaji akan menganalisis segala lembaran kerja yang

    dilakukan oleh murid. Lembaran kerja akan menjadi bukti penyelesaian murid dalam teknik Fill In

    The Box.

    Pengkaji juga boleh membuat perbandingan dari segi peningkatan penguasaan responden

    dalam mendarab nombor dua digit dengan dua digit melalui analisis hasil keputusan ujian pasca dan

    ujian pra. Pengkaji boleh melihat sama ada terdapat peningkatan atau tidak pada setiap responden.

    SPESIFIKASI INTERVENSI

    Langkah Penerangan Gambar rajah

    Satu Murid diberi satu soalan pendaraban dua

    digit dengan dua digit. Murid perlu

    menyusun nombor mengikut gambar rajah di

    sebelah.

    Dua Murid perlu membina kotak untuk

    meletakkan pendaraban satu digit dengan

    satu digit. Dimulakan dengan pendaraban

    nombor 3 dan nombor 4 dengan nombor 1

    dan seterusnya nombor 3 dan nombor 4

    dengan nombor 2

    34 x 12 =

    x =

    x =

    x =

    x =

    Tiga Membina Big Box untuk memasukkan nilai

    hasil darab di atas. Masukkan nombor hasil

    darab 3 x 1 di kotak pertama dan hasil darab

    4 x 1 di kotak kedua. Hasil darab untuk 3 x 2

    dan 4 x 2 dimasukkan di dalam kotak yang

    kedua.

    Murid perlu menambah nilai seperti kaedah

    bentuk lazim bermula daripada hujung

    sebelah kanan. Penambahan hanya berlaku di

    1

    3

    4

    + 6 8

    4 0 8

    3 1 3

    4

    3

    4 1

    4

    6 2

    2 8

    3 4 1 2 x

  • dalam setiap kotak dan jika hasil

    penambahan melebihi daripada nilai 10,

    murid perlu mengumpul semula dan

    meletakkan nilai yang terkumpul ke kotak

    sebelah. Hasil tambah yang berjaya

    diperolehi ialah hasil darab 34 x 12.

    Dalam kajian tindakan ini, pengkaji telah menyenaraikan empat sesi intervensi bersama

    peserta kajian. Dalam sesi intervensi pertama, pengkaji telah merancang sesi tindakan selama 60

    minit. Dalam sesi ini, pengkaji menyenaraikan dua hasil pembelajaran iaitu setiap peserta kajian dapat

    menggunakan teknik Fill In The Box dengan betul dan menyelesaikan pendaraban nombor dua digit

    dengan nombor dua digit tanpa mengumpul semula menggunakan teknik Fill In The Box. Pengkaji

    akan memperkenalkan teknik Fill In The Box kepada setiap peserta kajian menggunakan papan jadual

    Fill In The Box. Dalam sesi ini, pengkaji akan menunjukkan contoh dan setiap peserta kajian harus

    membuat penyelesaian bersama pengkaji. Pada akhir sesi, lembaran kerja 1 diberikan kepada setiap

    peserta kajian.

    Bagi sesi intervensi kedua pula, pengkaji menyenaraikan dua hasil pembelajaran iaitu peserta

    kajian mampu membina jadual petak seratus dan menyelesaikan soalan pendaraban nombor dua digit

    dengan nombor dua digit dengan mengumpul semula menggunakan teknik Fill In The Box.

    Penggunaan petak seratus adalah untuk membantu setiap peserta kajian dalam penggunaan mendarab

    nombor. Dalam sesi ini, peserta kajian perlu mendarab nombor dua digit dengan dua digit dengan

    adanya proses pengumpulan semula. Pengkaji mengingatkan supaya peserta kajian berhati-hati dalam

    pengumpulan semula.

    Dalam sesi intervensi tiga, setiap peserta kajian perlu membina jadual teknik Fill In The Box

    dengan sendiri dan mengenal pasti setiap langkah dan turutan dalam teknik Fill In The Box. Peserta

    kajian akan diberikan set lembaran kerja 3 dan tanpa bantuan papan jadual teknik Fill In The Box,

    mereka perlu membina jadual penyelesaian sendiri. Pengkaji memberi bimbingan dengan membuat

    contoh dan mereka perlu menyelesaikan setiap soalan di dalam lembaran kerja tersebut dengan

    sendiri. Bagi sesi ini, pengkaji akan membantu setiap peserta kajian.

    Sesi yang terakhir iaitu sesi intervensi empat pula, pengkaji akan membimbing peserta kajian

    supaya dapat mempelajari sepenuhnya teknik Fill In The Box untuk menjawab soalan pendaraban

    nombor dua digit dengan dua digit. Dalam sesi ini, pengkaji akan mengedarkan set lembaran kerja 4

    sebagai latihan latih tubi sebelum setiap peserta kajian menduduki ujian pasca. Bimbingan akan

    diberikan kepada setiap peserta kajian

    DAPATAN KAJIAN

    Peserta kajian pertama bernama Ashman. Ashman merupakan seorang murid yang pendiam

    di dalam kelas. Dia mengalami masalah tidak menumpukan perhatian di dalam kelas. Semasa proses

    pengajaran dan pembelajaran dilakukan, dia sering hilang tumpuan dengan menghalakan pandangan

    ke luar kelas dan sering menconteng bukunya dengan perkara yang tidak berkaitan. Melalui

    pemerhatian dan analisis lembaran kerja, Ashman sememangnya seorang yang lemah dalam subjek

    Matematik. Apabila ditanya soalan berkaitan matematik di dalam kelas, dia sering menggelengkan

    kepala dan menjawab Tidak tahu, cikgu. Dia juga sering melakukan kesilapan dalam melakukan latihan di dalam buku latihan. Hasil kerjanya juga kurang kemas dan kurang memuaskan. Hal ini

    kerana dia mempunyai tulisan yang kurang kemas dan perkara ini menimbulkan sedikit kekeliruan

    kepada pengkaji dalam menganalisis latihan dia. Melalui masalah yang dilalui oleh Ashman ini,

    pengkaji telah memanggil dia untuk melalui proses intervensi.

  • Ujian Pra

    Sebelum kajian tindakan dilakukan, setiap peserta kajian perlu melalui ujian pra. Semasa ujian pra dijalankan, pengkaji mendapati bahawa Ashman sangat lemah dalam tajuk pendaraban

    terutama dalam mendarab nombor dua digit dengan nombor dua digit. Selepas ujian pra dijalankan,

    pengkaji telah menganalisis segala kesilapan yang dilakukan oleh Ashman dalam mendarab nombor

    dua digit dengan nombor dua digit. Segalan analisis kesilapan yang dilakukan oleh Ashman

    ditunjukkan di dalam Jadual 1 di bawah.

    Jadual 1 : Analisis Jenis Kesilapan Dalam Ujian Pra Ashman

    Bil. Jenis Kesilapan Contoh Kesilapan

    1 Terkeliru dengan konsep penambahan

    dalam bentuk lazim

  • Sesi Intervensi 1

    Dalam intervensi 1, pengkaji telah memperkenalkan kepada setiap responden kajian tentang

    kaedah Fill In The Box. Pada awal sesi intervensi, pengkaji telah memberi Ashman contoh soalan

    yang melibatkan darab nombor dua digit dengan nombor dua digit. Apabila diminta selesaikan dalam

    teknik bentuk lazim, Ashman tidak dapat melakukan penyelesaiannya. Pengkaji melaksanakan

    tindakan intervensi terhadap Ashman menggunakan teknik Fill In The Box. Pada awalnya dilihat

    Ashman begitu keliru dengan teknik yang baru namun setelah diberikan beberapa contoh soalan, dia

    kelihatan semakin memahami dan mula seronok dengan sesi intervensi ini.

    Rajah 1 Contoh hasil kerja Ashman dalam sesi intervensi 1

    Sesi Intervensi 2

    Dalam sesi intervensi 2, hasil pembelajaran yang ditetapkan ialah mendarab nombor dua digit

    dengan dua digit dengan mengumpul semula. Pengkaji sekali lagi menggunakan teknik Fill In The

    Box dalam intervensi ini. Ashman dilihat semakin bersemangat dalam meneruskan pembelajaran. Dia

    sering bertanya soalan kepada pengkaji. Dia juga telah memahami konsep pendaraban yang

    melibatkan mendarab mengikut nilai tempat.

    Rajah 2 Hasil kerja Ashman dalam lembaran kerja

    Sesi Intervensi 3

    Dalam sesi intervensi ini, pengkaji telah menetapkan hasil pembelajaran ialah semua

    responden dapat membina jadual teknik Fill In The Box dengan betul. Selain itu, responden kajian

    juga perlu mengenal pasti setiap langkah dan turutan dalam teknik ini. Dalam sesi intervensi ini,

    setiap responden perlu membina sendiri jadual dan kotak teknik Fill In The Box. Pada awal

    pengajaran, Ashman dilihat agak sukar untuk membina sendiri jadual dan kotak. Melalui bimbingan

    daripada pengkaji, Ashman sedikit sebanyak memahami dan mampu membina jadual untuk teknik

    Fill In The Box. Pada akhir sesi intervensi 3, Ashman diberikan set lembaran kerja 3 untuk menguji

    tahap kefahamannya dalam menyelesaikan soalan menggunakan teknik Fill In The Box.

  • Rajah 3 Penyelesaian yang dilakukan oleh Ashman mengguanakan teknik Fill In The Box

    Sesi Intervensi 4

    Bagi sesi yang terakhir iaitu sesi intervensi 4, pengkaji menggariskan hasil pembelajaran iaitu

    responden dapat mempelajari sepenuhnya teknik Fill In The Box untuk menyelesaikan soalan

    pendaraban nombor dua digit dengan nombor dua digit. Bagi sesi intervensi ini, pengkaji

    mengurangkan bimbingan dalam membantu responden membina jadual dan kotak Fill In The Box.

    Melalui pemerhatian pengkaji, Ashman semakin mahir dan telah berupaya menyelesaikan soalan

    pendaraban nombor dua digit dengan nombor dua digit menggunakan teknik Fill In The Box

    sepenuhnya.

    Rajah 4 Ashman berjaya membuat penyelesaian menggunakan teknik Fill In The Box dengan betul

    Ujian Pasca

    Setelah selesai menjalani kesemua intervensi 1, intervensi 2, intervensi 3, dan intervensi 4,

    kesemua responden kajian akan menduduki ujian pasca bagi melihat keberkesanan teknik Fill In The

    Box dalam meningkatkan kemahiran mendarab nombor dua digit dengan nombor dua digit. Semasa

    menduduki ujian pasca, pengkaji melihat perubahan yang ketara terhadap Ashman. Di dalam ujian pra

    sebelum ini, Ashman dilihat lebih banyak termenung dan tidak tahu membuat penyelesaian. Namun,

    ketika ujian pasca, Ashman begitu bersemangat dan berupaya dalam membuat penyelesaian. Di

    samping itu, Ashman juga berupaya menyelesaikan soalan di dalam ujian pasca dengan masa yang

    lebih singkat berbanding masa di ujian pra. Selepas ujian pasca, temu bual dilakukan kepada Ashman.

    Apabila ditanya tentang kaedah teknik Fill In The Box, dia menjawab, mudah je cara ni cikgu..saya tahu dah cara nak buat..saya suka... Ini menunjukkan teknik Fill In The Box telah meningkatkan keyakinan Ashman dalam menghadapi soalan pendaraban nombor dua digit dengan nombor dua digit.

  • Sebelum Kajian Selepas Kajian

    Tidak berupaya menyelesaikan soalan pendaraban nombor dua digit dengan

    nombor dua digit

    Berupaya menyelesaikan soalan pendaraban dua digit dengan dua digit

    menggunakan teknik Fill In The Box

    Rumusan

    Secara keseluruhannya, penggunaan teknik Fill In The Box dapat meningkatkan kemahiran

    mendarab nombor dua digit dengan nombor dua digit bagi empat responden kajian yang telah dipilih.

    Berdasarkan penelitian ke atas dokumen seperti lembaran kerja semasa sesi intervensi dan hasil

    jawapan ujian pasca, keempat-empat peserta kajian berupaya untuk menyelesaikan soalan pendaraban

    nombor dua digit dengan nombor dua digit menggunakan teknik Fill In The Box.

    Selain itu hasil temu bual ke atas keempat-empat peserta kajian, mereka mengatakan bahawa

    penggunaan Fill In The Box lebih mudah berbanding dengan kaedah bentuk lazim yang telah

    dipelajari mereka di dalam kelas. Pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji semasa sesi intervensi,

    pengkaji mendapati kesemua peserta kajian telah menunjukkan sikap lebih positif dan lebih

    bersemangat untuk melakukan penyelesaian jawapan.

    KESIMPULAN

    Berdasarkan dapatan kajian yang telah dijalankan, dapatlah disimpulkan bahawa penggunaan

    teknik Fill In The Box dapat membantu murid dalam meningkatkan kemahiran mendarab nombor dua

    digit dengan nombor dua digit. Melalui analisis dokumen seperti lembaran kerja dan ujian pra,

    pengkaji dapat menyimpulkan bahawa peserta kajian sangat lemah dalam mengingati langkah-

    langkah kaedah bentuk lazim. Melalui teknik Fill In The Box, peserta kajian dapat menyelesaikan

    soalan dengan satu per satu. Hal ini dapat mengurangkan kesilapan mereka semasa proses mendarab.

    Elemen inovasi yang diterapkan oleh pengkaji ditambah baik dari kaedah lattice dan bentuk lazim.

    Kedua dua kaedah ini digabungkan dan dipermudahkan supaya dapat membantu peserta kajian

    menyelesaikan soalan pendaraban dua digit dengan dua digit. Hasil daripada ujian pasca dan sesi

    intervensi, keempat-empat peserta kajian mengatakan kaedah Fill In The Box menjadikan mereka

    lebih mudah dalam penyelesaian jawapan.

    Namun terdapat kelemahan dalam teknik ini. Kelemahan yang paling ketara ialah terlalu banyak

    langkah yang perlu diingat oleh peserta kajian semasa penyelesaian jawapan. Selain itu, teknik hanya

    sesuai untuk pendaraban nombor dua digit dengan nombor dua digit sahaja kerana apabila melibatkan

    lebih nilai digit, teknik ini akan menjadi sukar. Cadangan penambahbaikan yang perlu dilakukan ialah

    mengurangkan langkah untuk diingat dan menjadikan teknik ini di dalam bentuk ICT.

  • Dalam aspek profesionalisme keguruan, kajian tindakan yang telah dijalankan oleh pengkaji

    membantu pengkaji dalam meningkatkan tahap profesionalisme sebagai seorang bakal guru terlatih.

    Kajian tindakan yang dilakukan membimbing pengkaji supaya sentiasa menerokai kaedah-kaedah

    baru yang berbentuk inovasi dan diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran terutamanya

    dalam usaha untuk membantu murid-murid yang berpencapaian rendah dalam matapelajaran

    Matematik. Kajian tindakan yang telah dijalankan juga akan menjadi perintis kepada pengkaji untuk

    menilai amalan pengkaji dalam proses PdP, menyelesaikan pelbagai masalah ketika melaksanakan

    amalan dalam bilik darjah dan memperbaikai proses PdP bagi meningkatkan profesionalisme pengkaji

    di masa akan datang.

    RUJUKAN

    Aina Khalisah Binti Azami. (2012). Penggunaan Kaedah "DIAG-BOX" Bagi Meningkatkan

    Kemahiran Mendarab Nombor 3 Digit dengan 2 Digit. Tesis Ijazah Sarjana Muda Perguruan.

    IPG Kampus Dato' Razali Ismail.

    Chan Yaw Jong. (2011). Penggunaan Kotak Ajaib dan "LATTICE" Dalam Meningkatkan Penguasaan

    Pendaraban . Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP amb. Januari 2008 (Matematik

    Pendidikan Rendah) Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2011.

    D'ettore, J. (2009). Matering the Multiplication Facts. Retrieved Tuesday March , 2014, from

    http://www.eric.ed.gov/PDFS/ED506074.pdf

    Dewan Bahasa dan Pustaka. (1989). Kamus Dewan Edisi Ke-4. Kuala Lumpur.

    Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). Integrated Curriculum for Primary School, Curriculum

    Specification. Kuala Lumpur: Ministry of Educational Malaysia.

    Mohd Zarul Ariffin. (2013). Penggunaan Teknik BALLOON Meningkatkan Kemahiran Mendarab

    Nombor Tiga Digit Dengan Nombor Dua Digit Bagi Murid Tahun 4. Tesis Ijazah Sarjana

    Muda Perguruan. IPG Kampus Dato' Razali Ismail.

    Mok Soon Sang. (2004). Pengantar Pendidikan TERAS. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

    Noraini Idris. (2001). Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publications &

    Distributors Sdn. Bhd.

    Pasukan Penyelidik. (2013). Penyelidikan Tindakan Panduan Penulisan Laporan. Kuala Lumpur: BS

    Print (M) Sdn. Bhd.

    Philip Anak Pupur. (2005). Mengatasi Masalah Mendarab Sebarang Nombor 4 digit dengan Nombor

    2 digit. Koleksi Laporan Penyelidikan Tindakan Tahun 2005.

    Rosinah Edinin. (2011). Penyelidikan Tindakan Kaedah dan Penulisan. Kuala Lumpur: Percetakan

    Advanco Sdn Bhd.

    Saad, N. S. (2001). Teori dan Perkaedahan Pendidikan Matematik Siri 1 Edisi Kedua. Selangor:

    Prentice Hall.