710-1382-1-sm.pdf

10

Click here to load reader

Upload: hakimi-raihani

Post on 12-Jan-2016

24 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: 710-1382-1-SM.pdf

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGAT PERKARA SUNAT

AB’AD DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5 CERDIK

MENGGUNAKAN POKET AB’AD

Oleh:

Mohamad Hanafi bin Suparman, Suhaimi bin Ramli

Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail

[email protected], [email protected]

ABSTRAK

Berdasarkan hasil refleksi Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdP) semasa pengkaji

berpraktikum di SK Banggol Peradong, mendapati murid Tahun 5 Cerdik memperolehi

pencapaian yang rendah dalam tajuk perkara sunat ab’ad. Melalui pemerhatian dan

soal jawab terhadap murid didapati gagal memberikan jawapan yang lengkap. Oleh itu,

kajian tindakan dijalankan bertujuan meningkatkan kemahiran mengingat perkara sunat

ab’ad dalam kalangan murid Tahun 5 Cerdik menggunakan Poket Ab’ad. Peserta kajian

terdiri daripada 3 orang murid lelaki dan seorang murid perempuan yang dipilih

melalui ujian diagnostik. Instrumen ujian, analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual

telah digunakan bagi pengumpulan data. Data kualitatif telah dianalisis secara

deskriptif mengikut peserta kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan

Poket Ab’ad dapat membantu semua peserta kajian meningkatkan kemahiran mengingat

perkara sunat ab’ad. Antara kekuatan penggunaan Poket Ab’ad ini dapat digunakan di

mana- mana sahaja kerana saiznya yang kecil. Penambahbaikan alat ini perlu dilakukan

supaya boleh lebih interaktif.

Kata kunci: Kemahiran Mengingat, Perkara Sunat Ab’ad, Poket Ab’ad,

Page 2: 710-1382-1-SM.pdf

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pengkaji telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Banggol Peradong, untuk menjalani praktikum

bagi fasa yang ketiga. Pengkaji telah diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam

bagi Tahun 5 Cerdik. Menjadi kebiasaan mana-mana guru, untuk mengajar tajuk mengikut sukatan

yang telah disediakan. Begitu juga dengan pengkaji, iaitu turut mengajar mengikut sukatan pengajaran

yang telah disediakan oleh pihak sekolah.

Pada hari yang telah ditetapkan pengkaji mengajar murid Tahun 5 Cerdik berkaitan tajuk perkara-

perkara sunat ab’ad. Pengkaji menggunakan kaedah penerangan, soal jawab dan hafalan kepada

murid-murid. Semasa sesi PdP sedang berlangsung, pengkaji mendapati ramai dalam kalangan murid

Tahun 5 Cerdik mengalami masalah untuk mengingat kembali perkara-perkara sunat ab’ad.

Apabila pengkaji memberikan latihan, didapati jawapan yang diberikan tidak lengkap. Apabila

ditanya kepada murid-murid, rata-rata hanya membisu, ada yang menjawab tidak tahu, ada yang

menjawab gambar buku tidak menarik dan ada yang menjawab tidak minat untuk menghafal.

Masalah ini telah disuarakan kepada pensyarah pembimbing pengkaji bagi mendengar pandangan

serta berbincang untuk menangani masalah ini. Setelah perbincangan, pengkaji telah berjaya mereka

cipta instrumen yang dinamakan Poket Ab’ad bagi menangani masalah ini.

Rajah 1: Contoh jawapan murid terhadap perkara sunat ab’ad.

Page 3: 710-1382-1-SM.pdf

SOROTAN LITERATUR

Solat merupakan tiang agama dalam diri seseorang yang bergelar muslim. Bagi mengukuhkan tiang-

tiang itu, kesempurnaan dalam solat amat ditekankan. Selain itu, perkara-perkara sunat dalam solat

menjadi salah satu perkara untuk mencapai kesempurnaan dalam solat itu sendiri.

Menurut Kamus Dewan (DBP, 2010), perkataan sunat bermaksud hukum menggalakkan

sesuatu perbuatan dalam Islam. Manakala menurut buku teks Pendidikan Islam Tahun 5 menerangkan

sunat ab’ad adalah amalan sunat yang sangan dituntut dalam solat, jika ditinggalkan secara sengaja

atau tidak, disunatkan sujud sahwi. Ini menunjukkan bahawa pelaksanaan amalan sunat ab’ad amatlah

digalakkan bagi mencapai kesempurnaan dalam solat yang mana menunaikan solat merupakan rukun

Islam yang kedua.

Menurut Noor Rahizan (2010) mengatakan bahawa penggunaan bahan bantu yang menarik

ketika berlakunya proses PdP mampu merangsang minat dan tumpuan murid. Bahan bantu yang dapat

dipandang, disentuh, dirasai dan berwarna warni serta menarik dapat membantu murid-murid

membina konsep yang dipelajari tepat. Berdasarkan kajian tersebut pengkaji menggunakan warna dan

ruang serta bentuk untuk mereka satu instrumen yang dapat menarik minat peserta kajian untuk

belajar. Oleh yang demikian, pengkaji telah mereka Poket Ab’ad di mana dipercayai mempunyai daya

penarik kepada murid untuk menggunakannya.

Selain itu, pengkaji menghasilkan Poket Ab’ad disebabkan murid-murid seringkali lupa akan

isi pelajaran yang baru sahaja dipelajari. Oleh yang demikian, dengan adanya Poket Ab’ad ini akan

memudahkan murid-murid untuk membuat ulangkaji atau merujuk kembali akan apa yang telah

dipelajari dengan mudah. Ini kerana Poket Ab’ad telah direkacipta untuk memudahkan ia dibawa ke

mana-mana sahaja. Menurut Amalina (2013) menggunakan Smart Book adalah tidak membosankan

malah memberikan keyakinan kepada murid-murid untuk menjawab soalan-soalan yang berkaitan.

Di samping itu, pengkaji telah membuat rujukan ke atas kajian Nor Shuhada binti Mat Li

(2011), penggunakan Kad Pintar dalam membantu murid untuk menguasai hukum tajwid nun sakinah

dan tanwin. Kejayaan yang dilihat dari hasil inovasi beliau ialah peratusan penguasaan murid terhadap

penguasaan hukum tajwid nun sakinah dan tanwin semakin meningkat. Oleh yang demikian, ini

menyokong kepada kaedah yang pengkaji gunakan di mana, penggunaan kaedah seperti Poket Ab’ad

meransang minat murid dan memudahkan mereka untuk membuat rujukan pada bila-bila masa.

Kesimpulannya, berdasarkan huraian di atas menunjukkan penggunaan Poket Ab’ad diharap

dapat membantu meningkatkan kemahiran murid dalam mengingat perkara-perkara sunat ab’ad. Ini

kerana instrumen yang direkacipta oleh pengkaji mempunyai ciri-ciri yang menarik, mudah dibawa

dan disimpan, mudah untuk dibuat rujukan dan memudahkan memahami akan perkara-perkara sunat

ab’ad. Oleh itu, pengkaji akan merealisasikan kajian ini bagi membantu murid-murid yang

menghadapi masalah dalam pembelajaran.

Page 4: 710-1382-1-SM.pdf

TUJUAN KAJIAN

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran mengingat murid Tahum 5

Cerdik Sekolah Kebangsaan Banggol Peradong terhadap perkara sunat ab’ad dengan menggunakan

Poket Ab’ad.

Objektif

Membantu murid Tahun 5 Cerdik meningkatkan kemahiran mengingat perkara sunat ab’ad

menggunakan Poket Ab’ad.

Persoalan Kajian

Bagaimanakah penggunaan Poket Ab’ad dapat meningkatkan kemahiran mengingat perkara sunat

ab’ad dengan betul?

METODOLOGI KAJIAN

Kajian tindakan ini melibatkan empat orang murid tahun 5 cerdik yang terdiri daripada tiga orang

murid lelaki dan seorang murid perempuan. Semua peserta kajian dipilih berdasarkan kepada

pencapaian dalam ujian dianogstik yang telah dilakukan. Pengumpulan data menggunakan instrumen

ujian, analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual. Data kualitatif dianalisis secara deskriptif

mengikut peserta kajian.

Pengkaji telah menggunakan instrumen ujian, di mana data-data yang diperolehi akan dianalisis

seterusnya pengkaji akan melihat perubahan yang berlaku. Ujian yang digunakan adalah ujian pra dan

ujian pos yang mana bagi ujian pos dilaksanakan sebelum intervensi dilaksanakan dan ujian pos pula

dilaksanakan selepas intervensi dilakukan. Keputusan ujian pra dan pos akan direkod dan dinilai bagi

melihat perbezaan yang berlaku.

Instrumen pemerhatian secara berstruktur dan tidak berstruktur telah pengkaji gunakan. Ini bertujuan

untuk menilai dan menganalisis terhadap perlakuan peserta kajian sepanjang sesi rawatan

dilaksanakan. Perkembangan dan perubahan yang berlaku kepada peserta kajian direkodkan dan

dinilai supaya pengkaji dapat mengetahui tahap tingkah laku yang berlaku kepada peserta kajian.

Selain itu, pengkaji telah menggunakan instrumen analisis dokumen terhadap peserta kajian.

Dokumen-dokumen seperti latihan pengukuhan yang diberikan kepada peserta kajian pada setiap sesi

rawatan akan dianalisis oleh pengkaji. Ini bertujuan melihat keberkesanan intervensi yang dilakukan

terhadap peserta kajian.

Instrumen temu bual secara berstruktur telah dilaksanakan oleh pengkaji sebelum dan selepas peserta

kajian menjalani intervensi. Manakala temu bual tidak berstruktur dilakukan selepas sesi rawatan

dilakukan kepada peserta kajian. Maklumat temu bual ini direkodkan dalam borang temu bual.

Page 5: 710-1382-1-SM.pdf

SPESIFIKASI KAJIAN

Poket Ab’ad adalah sebuah buku kecil yang mengandui isi kandungan berkaitan pengertian dan

perkara- perkara sunat ab’ad. Poket Ab’ad telah dihasilkan dengan daya kreativiti yang tinggi di mana

elemen warna telah digunakan bagi menarik perhatian peserta kajian Poket Ab’ad itu sendiri. Elemen

bergambar turut diletakkan yang bertujuan itu membantu peserta kajian meningkatkan kemahiran

mengingat perkara sunat ab’ad. Selain itu, saiznya yang kecil memudahkan Poket Ab’ad dibawa ke

mana- mana seterusnya memudahkan peserta kajian membuat rujukan terhadap perkara sunat ab’ad.

Pengkaji telah melaksanakan sebanyak tiga sesi rawatan terhadap peserta kajian yang terpilih. Pada

sesi pertama pengkaji menerangkan cara penggunaan Poket Ab’ad terlebih dahulu. Ini supaya peserta

dapat menggunakan Poket Ab’ad dengan cara yang betul. Seterusnya pengkaji memfokuskan kepada

pengertian sunat ab’ad pada sesi rawatan ini, ini supaya peserta kajian tidak keliru dengan isi-isi yang

lain. Peserta kajian diminta untuk mengulang dan menghafal pengertian sunat ab’ad berpandukan

Poket Ab’ad.

Pada sesi rawatan kedua pula, pengkaji memfokuskan kepada isi perkara-perkara sunat ab’ad. Sama

pada sesi rawatan pertama, di mana peserta kajian diminta untuk mengulang dan menghafal perkara-

perkara sunat ab’ad berpandukan Poket Ab’ad sehingga hafal. Pengkaji telah meletakkan gambar-

gambar yang berkait bagi memudahkan lagi peserta kajian meningkatkan kemahiran mengingat

perkara- perkara sunat ab’ad,

Rajah 2: Alat intervensi yang telah dihasilkan oleh pengkaji

Page 6: 710-1382-1-SM.pdf

Pada sesi rawatan yang ketiga pula, pengkaji telah meminta peserta kajian untuk mengulang- ulang

akan pengertian dan perkara- perkara sunat ab’ad tanpa berpandukan Poket Ab’ad. Ini bertujuan bagi

meningkatkan lagi kemahiran mengingat peserta kajian itu sendiri terhadap perkara sunat ab’ad.

DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian dianalisis secara deskriptif terhadap peserta kajian yang terpilih dan salah seorang

peserta kajian tersebut adalah Umi.

Semasa pengkaji menggunakan instrumen ujian pra terhadap Umi. Pengkaji mendapati markah yang

diperolehi adalah sedikit dan terdapat banyak ruang jawapan yang kosong yang tidak dijawab oleh

Umi. Selain itu juga, jawapan yang ditulis juga adakalanya tidak lengkap mengikut jawapan yang

sebenar. Ini menunjukkan bahawa lemahnya ingatan Umi terhadap isi pengajaran dan pembelajaran

yang pernah dipelajari sebelum ini.

Setelah rawatan diberikan terdapat beberapa perubahan yang ditunjukkan oleh Umi. Sesi rawatan

terhadap Umi telah dilaksanakan sebanyak tiga sesi.

Pada sesi rawatan yang pertama Umi menunjukkan kemampuan untuk mengingat dengan baik

berkaitan pengertian sunat ab’ad. Ini kerana apabila diminta membacakan pengertian sunat ab’ad,

Umi dapat membacakan dengan baik. Bagi mengukuhkan lagi bukti tersebut, pengkaji telah

memberikan latihan pengukuhan kepada Umi untuk dilihat tahap ingatan Umi terhadap pengertian

sunat ab’ad. Hasil analisis diperolehi, menunjukkan terdapat peningkatan yang tinggi terhadap

kemahiran mengingat Umi terhadap perngertian sunat ab’ad.

Rajah 3: Sesi rawatan Satu yang dijalankan.

Transkripsi Temu Bual bersama peserta kajian

Pengkaji : Bagaimana dengan soalan yang ustaz berikan tadi ?

Umi : Oh, itu yang ada dalam Poket Ab’ad tadikan ustaz.

Page 7: 710-1382-1-SM.pdf

Pada sesi rawatan yang kedua pula, berfokus untuk meningkatkan kemahiran mengingat perkara-

perkara sunat ab’ad pula. Semasa sesi ini dilaksanakan dilihat Umi begitu bersemangat untuk

meneruskan sesi rawatan yang kedua. Ini menunjukkan reaksi yang positif daripada Umi terhadap sesi

rawatan yang dijalankan.

Walaupun begitu pada sesi ini, dapat dilihat Umi mengalami kesukaran untuk mengingat perkara-

perkara sunat ab’ad dengan baik. Ini kerana jumlahnya yang banyak menyukarkan untuk Umi

mengingat. Selain itu, isi yang hampir sama juga menyebabkan kekeliruan untuk Umi mengingat

perkara-perkara sunat ab’ad dengan betul dan mengikut urutan.

Walaupun begitu bagi menangani masalah tersebut, pengkaji telah membuat penambahbaikan

terhadap Poket Ab’ad sedia ada. Di mana pengkaji telah meletakkan gambar yang berkaitan dengan

perkara-perkara sunat ab’ad yang memudahkan untuk Umi membezakan perkara- perkara yang

hampir sama pada Poket Ab’ad. Setelah itu, Umi diminta membuat sesi pengulangan terhadap

perkara- perkara sunat ab’ad bagi mengukuhkan lagi kemahiran mengingat perkara-perkara sunat

ab’ad dengan menggunakan Poket Ab’ad.

Bagi menguji tahap kemahiran Umi, pengkaji telah menyediakan satu latihan pengukuhan. Setelah

dianalisis latihan pengukuhan tersebut, dapat dibuktikan Umi menunjukkan peningkatan yang baik

terhadap kemahiran meningatnya. Walaupun begitu, setelah pengkaji bersoal jawab bagaimana Umi

dapat mengingat dengan baik terhadap perkara- perkara sunat ab’ad? Umi menyatakan bahawa

terdapat gambar pada latihan tersebut dan mudah baginya untuk menjawab dengan baik.

Bagi membuktikan peningkatan yang berlaku pada Umi, pengkaji telah memberikan satu lagi latihan

pengukuhan. Hal ini demikian, kerana latihan pengukuhan tersebut tidak mempunyai gambar yang

dapat membantu Umi untuk menjawab latihan pengukuhan tersebut. Setelah analisis dilakukan

terbukti Umi dapat menjawab dengan baik.

Rajah 4: Latihan pengukuhan satu dan dua semsa sesi

rawatan kedua dilaksanakan.

Page 8: 710-1382-1-SM.pdf

Semasa sesi rawatan yang ketiga dijalankan dapat dilihat keyakinan dan kesungguhan yang tinggi

ditunjukkan pada diri Umi. Pada sesi ini pula, pengkaji meminta untuk Umi membuat pengulangan

terhadap pengertian dan perkara- perkara sunat ab’ad tanpa menggunakan Poket Ab’ad. Pada mulanya

Umi mengalami kesukaran untuk mengingat kembali isi pembelajaran yang telah dipelajari sebelum

ini.

Walaupun begitu, pengkaji telah memberikan sedikit bimbingan bagi membantu Umi mengingat

kembali isi pembelajaran yang lepas. Seterusnya memudahkan lagi untuk Umi mengingat kembali dan

membuat pengulangan. Setelah itu, pengkaji telah memberikan ujian kepada Umi bagi menguji tahap

kemahiran mengingat Umi akan perkara sunat ab’ad. Setelah dianalisis terhadap ujian tersebut

didapati Umi telah berjaya menjawab keseluruhan jawab dengan betul dan tepat.

Page 9: 710-1382-1-SM.pdf

Secara keseluruhannya, keempat- empat peserta kajian yant terpilih dapat meningkatkan kemahiran

mengingat terhadap perkara sunat ab’ad dengan menggunakan Poket Ab’ad. Kajian ini memerlukan

tiga pelaksanaan sesi rawatan bagi meningkatkan kemahiran mengingat peserta kajian dengan sebetul-

betulnya. Hasil daripada dapatan ini menunjukkan penggunaan Poket Ab’ad merupakan satu bahan

pengajaran yang dapat membantu murid mahu pun guru.

KESIMPULAN

Pengkaji memperolehi banyak pengalaman semasa melaksanakan kajian tindakan ini. Pengkaji dapat

mengetahui apakah konsep pengajaran yang berkesan yang dapat membantu murid- murid memahami

isi pengajaran yang diajar. Selain itu, mengetahui bagaimanakah cara yang boleh dilakukan untuk

memudahkan murid memahami isi pengajaran jika terdapat kesukaran yang dihadapi. Ini dibuktikan

dengan keberhasilan penggunaan Poket Ab’ad.

Antara kekuatan intervensi yang dihasilkan oleh pengkaji adalah nama kepada buku kecil ini iaitu

Poket Ab’ad telah memfokuskan kepada murid bahawa isi kandungannya berfokus kepada perkara

sunat ab’ad. Selain itu, elemen warna yang telah diketengahkan dalam menghasilkan Poket Ab’ad

dapat menarik perhatian dan minat murid untuk menggunakannya sentiasa. Selain itu juga, kerana

saiznya yang kecil dapat dibawa ke mana- mana sahaja untuk digunakan serta menjadi rujukan kepada

murid tidak kira tempat dan masa.

Kelemahan yang terhadap pada Poket Ab’ad ini adalah penggunaan yang terlalu lasak akan

merosakkan strukturnya. Ini kerana Poket Ab’ad diperbuat daripada kertas yang diedit kemudian di

liminate sahaja menggunakan plastic liminate. Ini membuatkan struktur yang tidak kuat ada pada

Poket Ab’ad.

Justeru itu, pengkaji mencadangkan supaya Poket IAb’ad ini digabungkan dengan penggunaan CD.

Ini kerana jika terdapat kerosakan pada Poket Ab’ad, CD dapat digunakan sebagai pengganti

sementara. Selain itu, penggunaan CD yang mempunyai audia menambah minat lagi murid untuk

mempelajari perkara sunat ab’ad.

Selain itu, pengkaji berharap penggunaaan Poket Ab’ad oleh guru Pendidikan Islam secara berterusan

ketika menjalankan sesi PdP terutama dalam bidang Ibadah. Ini bertujuan bagi melancarkan

perjalanan dan keberkesanan lagi proses pengajaran mereka di mana, kebiasaannya guru hanya

menggunakan kaedah calk and talk sahaja semasa PdP dilaksanakan. Kehadiran Poket Ab’ad

menjadikan sesi PdP lebih berkesan dan menarik perhatian murid-murid keseronokan belajar.

Kesimpulannya kajian ini menunjukkan keberkesanan penggunaan Poket Ab’ad dapat meningkatkan

kemahiran mengingat terhadap perkara sunat ab’ad murid Tahun 5 Cerdik Sekolah Kebangsaan

Banggol Peradong yang mana sebelum ini mempunyai masalah dalam mengingat perkara-perkara

sunat ab’ad. Walaupun begitu, guru hendaklah memikirkan kaedah-kaedah lain yang lebih kreatif dan

kritis. Ini bertujuan supaya setiap ilmu yang disampaikan kepada murid-murid mendatangkan kesan

yang positif.

Rajah 5: Sesi rawatan ketiga dilaksanakan.

Transkripsi Temu Bual bersama peserta kajian

Pengkaji : Bagaimana Umi, dengan Ujian sebentar tadi ?

Umi : Dah boleh ingat dah ustaz.

Page 10: 710-1382-1-SM.pdf

RUJUKAN

Buku:

Al-Quran al-Karim.

_________________(2010). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasan

Dan Pustaka.

Ahmad Mohd Salleh. (2008). Pengajian Agama Islam & j-QAF: Metodologi dan Pedagogi

Pendidikan. Kuala Lumpur, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ismail Kamus Dan Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid. (2009). Indahnya Hidup Bersyariat.

Selangor: Telaga Biru Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Pendidikan Agama Islam Tahun 5. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Md. Hashim Yahaya. (2011). Ensiklopedia Solat Kombinasi Fakta Hukum Dan Sains.

Selangor: Telaga Biru Sdn. Bhd.

Rosinah Edinin (2013). Penyelidikan Tindakan Kaedah Dan Penulisan. Kuala Lumpur:

Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Zamri bin Mat Isa. (2010). Panduan Fardhu Ain Dan Sembahyang Cara Lengkap. Kelantan:

Percetakan dan Perniagaan Nik Daud Sdn. Bhd.

Kajian Tindakan:

Hafizuddin bin Md Shakhih (2010). Keberkesanan Permainan Geliga IQ Dalam

Meningkatkan Kemahiran Membezakan Antara Syarat Wajib Solat Dan Syarat Sah

Solat Murid Tahun Empat. IPGKDRI.

Nor Amalina binti Ahamad Azahari (2013). Smart Book : Meningkatkan Penguasaan Hukum

Nun Sakinah Dan Tanwin. IPGKDRI.

Nur Syuhada binti Mat Ti (2011). Keberkesanan Kad Pintar Dalam Membantu Murid-Murid

Tahun 3 Takwa Sekolah Kebangsaan Losong Menguasai Hukum Tajwid Nun Sakinah

Dan Tanwin. IPGKDRI.

Sharifah Nur binti Abu (2012). Pengamalan Solat Fardhu Dalam Kalangan Pelajar

Politeknik Kuching Sarawak. Politeknik Kuching Sarawak.

Suriati binti Raman (2012). Meningkatkan Penguasaan Mengenal Hukum Idgham Maal

Ghunnah Dengan Menggunakan Permainan Roda Hikmah Bagi Murid Tahun 5

Amanah SK Medan Jaya. IPGKDRI.