60242799 minit mesyuarat persatuan puteri islam malaysia

Upload: siti-norazah-maulad-spawi

Post on 03-Apr-2018

358 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 60242799 Minit Mesyuarat Persatuan Puteri Islam Malaysia

    1/3

    MINIT MESYUARAT PERSATUAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

    SK ANJUNG TEDUH 2011

    KALI PERTAMA

    Tarikh : 28 Januari 2011 ( Jumaat )

    Masa : 9.50 pagi

    Tempat : Pusat Sumber, Sekolah Kebangsaan Anjung Teduh

    Kehadiran:

    1. Pn. Aidah Bt Abdul Latif2. Pn. Mariyanah Bt Ahmad3. Pn. Juliana Bt Joldi4. Pn. Siti Kamisah Bt Ismail5. Pn. Kartini Bt Mahmud6. Pn. MasnahBt Mahdi7. Pn. Nor Haida Bt Yaacob

    Turut hadir:

    Pn. Fatimah Bt Hamid Khan

    Tidak Hadir ( bersebab)

    Pn. Rositah Bt Abd Rahim

    Agenda:

    1.Ucapan pengerusi2.Pembubaran AJK Tahun 2010 danPerlantikan AJK Tahun 20113.Jadual Bertugas Mingguan4.Yuran5.Hal-hal lain

    1.0 Ucapan Pengerusi1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru dan mengucapkan terima kasih atas

    kehadiranguru-guru. Beliau mengucapkan selamat bertugas dan menyeru agar semua

    guru berusaha meningkatkan kualiti aktiviti perjumpaanPPIM serta memikirkan

    aktiviti yang menarik supaya dapat menarik minat dan menambahkan kehadiran

    murid. Beliau juga mengingatkanguru-guru supaya dapat memastikan aktiviti dapat

    dijalankan mengikut masa yang dirancang dengan sebaiknya

  • 7/29/2019 60242799 Minit Mesyuarat Persatuan Puteri Islam Malaysia

    2/3

    2.0 Pembubaran AJK Tahun 2010 Dan Perlatikan AJK Tahun 20112.1 Pengerusi mengumumkan pembubaran ahlijawatankuasa bagi tahun 2010 secara

    rasminya dan membuat sesi perlantikan bagi ahlijawatankuasa tahun 2011.

    2.2 Pengerusi mencadangkanPn. Mariyanah dilantik sebagai penolong pengerusi danPn.Nor Haida sebagai setiausaha dan disokong sebulat suara oleh ahli-ahli yang lain.

    2.3 Pn. Siti Kamisah mencadangkanPn. Kartini sebagai bendahari dan disokong olehsemua ahli-ahli yang lain.

    2.4 Tugas ahlijawatankuasa dianggotai oleh Pn. Juliana, Pn. Siti Kamisah, Pn. MasnahdanPn. Rositah.

    3.0 Jadual Bertugas Mingguan3.1 Mesyuarat seterusnya membincangkan tentang jadual bertugas setiap guru mengikut

    minggu yang telah ditetapkan.

    3.2 Pengerusi memberi penerangan ringkas tugas guru mengikut tema mingguan danpembahagian tugas yang perlu dibuat sepanjang aktiviti perjumpaan diadakan.

    4.0 Yuran4.1 Pengerusi memaklumkan tentang bayaran yuran keahlian bagi setiap murid adalah

    RM2.00 seorang manakala yuran bagi guru pula adalah RM7.00 seorang

    5.0 Hal-hal Lain5.1 Pn.Siti Kamisah memberi cadangan menjemput agensi kerajaan atau badan NGO

    untuk mengadakan ceramah atau pameran di sekolah. Contohnya ceramah kesihatan

    oleh Jabatan Kesihatan. Cadangan disokong oleh ahli yang lain dan juga guru

    penolong kanan Kokurikulum Pn. Fatimah.

    5.2 Pn. Mariyanah pula mencadangkan supaya persatuan menyediakan bendera yangmempunyai logo untuk digunakan semasa aktiviti perbarisan. Pn. Fatimah meminta

    supaya dikemukankan surat permohonan membeli bendera kepada pihak pentadbiran.

    5.3 Pengerusi menbincangkan aktiviti kawad kaki sebagai persediaan untuk perbarisanhari sukan dan juga pertandingan kawad kaki peringkat zon.

    5.4 Pengerusi juga memaklumkan bahawa pendaftaran keahlian bagi guru dan muridserta penilaian bagi murid juga perlu dibuat.

    5.5 Pn. Fatimah memaklumkan minggu ketiga setiap hari Isnin murid perlu berpakaianmengikut badan uniform masing-masing begitu juga pada setiap hari Rabu adalah

  • 7/29/2019 60242799 Minit Mesyuarat Persatuan Puteri Islam Malaysia

    3/3

    wajib bagi guru dan murid. Pn. Fatimah juga mengingatkan supaya memastikan

    murid berpakaian lengkap bagi yang mampu atau sekurang-kurangnya t-shirt Puteri

    Islam setiap kali hadir perjumpaan.

    5.6 Pengerusi berharap supaya semua guru dapat menjalankan tugas dengan baik danamanah supaya aktiviti badan beruniform ini dapat memberikan manfaat kepada

    setiap murid.

    Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.30 pagi.

    Laporan disediakan oleh, Disahkan oleh,

    ------------------------ ---------------------------

    Setiausaha PengerusiPersatuanPuteri Islam Malaysia PersatuanPuteri Islam Malaysia

    Sekolah Kebangsaan Anjung Teduh Sekolah Kebangsaan Anjung Teduh