6 hari yuk pergi yunnan - s3-ap-southeast … · jambatan dua naga (double dragon bridge), yang ......

1
Chan’s World Holidays 6507 9595 452 North Bridge Road #07-00 Chan Brothers Building E [email protected] W www.ChansWorld.com HARI 1 SINGAPURA - KUNMING (Jamuan Tengahari/Jamuan Malam) Berkumpul di Lapangan Terbang Changi Singapura untuk penerbangan anda ke Kunming, daerah Yunnan yang terkenal sebagai Kota Musim Bunga. Setibanya di Kunming, anda akan memulakan percutian dengan jamuan tengahari, diikuti wisata keliling kota. Lawati Pintu Gerbang Golden Horse dan Jade Rooster yang dibina semasa Dinasti Ming lebih 400 tahun lalu. Ziarah Masjid Yongning, masjid yang menjadi tumpuan masyarakat Muslim di Kunming. Selepas jamuan malam, anda akan menonton persembahan Dynamic Yunnan”, persembahan tarian muzikal yang mempamerkan keindahan dan kekayaan tradisi budaya suku kaum Yunnan dengan bantuan pementasan moden. HARI 2 KUNMING - JIANSHUI (Sarapan di Hotel/Jamuan Tengahari/Jamuan Malam) Selepas sarapan, tuju selatan ke Jianshui, pusat sejarah daerah ini. Dalam perjalanan, singgah di Tunghai untuk mengunjungi sebuah kampung Muslim. Naiki keretapi kecil Jianshui dan singgah di Jambatan Dua Naga (Double Dragon Bridge), yang dibina merentasi dua sungai, Lujiang dan Tachong. Memegang rekod sebagai jambatan melengkung terbesar yang mempunyai 17 gerbang, ia kini di bawah perlindungan daerah. Selanjutnya, rakamkan gambar di landasan stesen keretapi Jambatan Xianghui yang dibina oleh orang Perancis pada kurun ke-19. Sambil bersiar-siar keliling Bandar Lama Jianshui, nikmati sejarah bandar berusia 1,200 tahun ini. Luangkan masa di Taman Keluarga Zhu yang cukup terkenal (Family Zhu’s Garden), yang terdiri dari bangunan lama, kolam dan taman-taman kecil. Kemudian, kunjungi Chaoyang Gate Tower, yang juga dikenali sebagai Tiananmen kecil, dibina semasa Dinasti Ming yang begitu gah berdiri di kawasan selatan Yunnan selama berkurun lamanya. HARI 3 JIANSHUI - SHADIAN (Sarapan di Hotel/Jamuan Tengahari/Jamuan Malam) Selepas sarapan, terokai pelbagai perigi lama sekeliling Bandar Lama Jianshui. Perigi-perigi ini dibina semasa dinasti Yuan, dan masih digunakan oleh para penduduk untuk diminum, membasuh baju dan mencuci sayur-sayuran. Anda mungkin sempat melihat para pembuat tauhu menghasilkan tauhu segar berhampiran perigi. Kemudian, kunjungi Masjid Besar Jianshui yang baru dibangunkan, sebuah masjid unik yang diperbuat dari kayu dengan rekabentuk tradisional Cina. Kemudian, teruskan perjalanan ke Shadian, bandar yang diduduki oleh suku kaum Muslim Hui. Anda berpeluang menziarah Masjid Besar Shadian (Grand Mosque of Shadian), salah satu masjid terbesar di China dan digayakan mengikut Masjid Nabawi di Arab Saudi. Ia dibina dengan pembiayaan oleh masyarakat Cina Muslim tempatan. Bangunan ini dihiasi dengan Quran yang dipahat pada batu, dan boleh menampung 10,000 jemaah. HARI 4 SHADIAN - MILE - KAWASAN PEMANDANGAN HUTAN BATU (Sarapan/Jamuan Tengahari/Jamuan Malam) Mulakan hari anda di Yufeng Shuyuan, sebuah sekolah Islam lama yang dijadikan muzium yang dilengkapi buku dan saster Islam. Kemudian, singgah di Muzium Budaya dan seni Hong Hui (Hong Hui Cultural and Art Museum) dan nikmati koleksi tembikar, perak dan pewter yang betemakan budaya Islam dan Cina. Teruskan perjalanan ke Mile, daerah dengan lebih 23 kaum etnik. Terpegun dengan tembok-tembok berhias di Kampung Mesra Alam Suku Kaum Keyi Yi (Keyi Yi Ethnic Eco Tourist Village) yang didiami oleh suku kaum Ahxi dan tempat asal tarian “Ahxi Tiaoyue”. Selanjutnya, bersiar-siar di Kawasan Pemandangan Hutan Batu, antara pemandang terindah di China. Kawasan batu bata yang terbentuk lebih 270 juta tahun lalu, tapak warisan dunia UNESCO ini terkenal dengan pembentukan tanah Karst dan budaya etnik suku kaum Sani, yang terkenal dengan kerja keras, sulaman dan tarian mereka. Luangkan sedikit masa untuk menerokai tempat-tempat berikut: Major dan Minor Stone Forests, Naigu Stone Forest, Gua Zhiyun, Tasik Yuehu dan Air Terjun Dadieshui. HARI 5 KAWASAN PEMANDANGAN HUTAN BATU - KUNMING (Sarapan di Hotel/Jamuan Tengahari/Jamuan Malam) Hari ini, kunjungi ladang buah-buahan untuk memetik dan menjamah buah-buahan sebelum kembali ke Kunming. Di sana, belajar seni menyediakan teh pu’er di Pu’er Tea House yang hanya tumbuh subur di kawasan Yunnan ini. Seterusnya, bersantai di Taman Tasik Hijau (Green Lake Park) yang menjadi tumpuan orang tempatan dari hingar bingar kota. Nota Buah-buahan mungkin berbeza mengikut musim dan petikan buah-buahan bergantung pada keadaan cuaca. Jika avnda ingin membeli buah-buahan, ia adalah atas perbelanjaan sendiri. HARI 6 KUNMING - SINGAPURA (Sarapan di Hotel/Jamuan Tengahari) Pagi ini, ziarah Masjid Shuncheng, pangkalan bagi Persatuan Islam di Yunnan. Selepas jamuan tengahari, tuju pula ke Bandar Bunga Kunming. Bersiar-siar di Keukenhof, China, rumah hijau terbesar Asia di mana anda boleh melihat bunga-bungaan dari empat musim. Nikmati juga arca yang dihiasi batu permata terbesar di dunia. Anda juga berpeluang menjungi muzium interaktif, yang akan membawa anda kembali ke 300 tahun lalu di mana China dan Perancis menandatangani perjanjian perdagangan rempah. Jangan lepaskan peluang untuk mengalami sendiri pengalaman mendalam di pawagam 4D. Selepas itu, anda akan menuju ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang. Sehingga POTONGAN $200 Setiap Pasangan CHAN BROTHERS GROUP OF COMPANIES Bersama DJ Warna 94.2FM Hafeez Glamour dan DJ Ria 89.7FM Dzar Ismail YUNNAN 6 Hari Yuk Pergi Keberangkatan Khas: 3 Sep Terbang Langsung Bersama SilkAir Perhentian Beli Belah Rumah Teh Cina, Kedai Sutera, Kedai Batu Jed dan Pasar Bunga. Nota Sarapan di hotel tidak disahkan Halal. Sajian Cina Halal akan disediakan bagi jamuan tengahari dan malam. Jika jamuan halal tidak dapat disediakan, ia akan digantik dengan sajian vegetarian Cina. Kunjungan ke masjid tertakluk pada cuaca dan mungkin tidak tepat pada waktu solat Jemaah. Jika tempat kunjungan ditutup kepada pelawat, ia akan digantikan dengan pilihan lain. Susunan aturcara tertakluk pada perubahan tanpa diberitahu. Dicetak Mei 2017 SOROTAN: Jamuan Tengahari dan Malam Yang Halal Pemandu Pelancong Berbahasa Inggeris Kunming - Kota Musim Bunga Yang Berkekalan Bandar Lama Jianshui Taman Keluarga Zhu Masjid Besar Shadian Kampung Mesra Alam Suku Kaum Keyi Yi Kawasan Pemandangan Hutan Batu Pengalaman Budaya Minuman Cina Bandar Bunga Persembahan “Dynamic Yunnan” PERCUMA

Upload: vonhan

Post on 19-Aug-2018

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Chan’s World Holidays 6507 9595452 North Bridge Road #07-00 Chan Brothers Building E [email protected] W www.ChansWorld.com

HARI 1 SINGAPURA - KUNMING (Jamuan Tengahari/Jamuan Malam)Berkumpul di Lapangan Terbang Changi Singapura untuk penerbangan anda ke Kunming, daerah Yunnan yang terkenal sebagai Kota Musim Bunga. Setibanya di Kunming, anda akan memulakan percutian dengan jamuan tengahari, diikuti wisata keliling kota. Lawati Pintu Gerbang Golden Horse dan Jade Rooster yang dibina semasa Dinasti Ming lebih 400 tahun lalu. Ziarah Masjid Yongning, masjid yang menjadi tumpuan masyarakat Muslim di Kunming. Selepas jamuan malam, anda akan menonton persembahan “Dynamic Yunnan”, persembahan tarian muzikal yang mempamerkan keindahan dan kekayaan tradisi budaya suku kaum Yunnan dengan bantuan pementasan moden.

HARI 2 KUNMING - JIANSHUI (Sarapan di Hotel/Jamuan Tengahari/Jamuan Malam)Selepas sarapan, tuju selatan ke Jianshui, pusat sejarah daerah ini. Dalam perjalanan, singgah di Tunghai untuk mengunjungi sebuah kampung Muslim. Naiki keretapi kecil Jianshui dan singgah di Jambatan Dua Naga (Double Dragon Bridge), yang dibina merentasi dua sungai, Lujiang dan Tachong. Memegang rekod sebagai jambatan melengkung terbesar yang mempunyai 17 gerbang, ia kini di bawah perlindungan daerah. Selanjutnya, rakamkan gambar di landasan stesen keretapi Jambatan Xianghui yang dibina oleh orang Perancis pada kurun ke-19. Sambil bersiar-siar keliling Bandar Lama Jianshui, nikmati sejarah bandar berusia 1,200 tahun ini. Luangkan masa di Taman Keluarga Zhu yang cukup terkenal (Family Zhu’s Garden), yang terdiri dari bangunan lama, kolam dan taman-taman kecil. Kemudian, kunjungi Chaoyang Gate Tower, yang juga dikenali sebagai Tiananmen kecil, dibina semasa Dinasti Ming yang begitu gah berdiri di kawasan selatan Yunnan selama berkurun lamanya.

HARI 3 JIANSHUI - SHADIAN (Sarapan di Hotel/Jamuan Tengahari/Jamuan Malam)Selepas sarapan, terokai pelbagai perigi lama sekeliling Bandar Lama Jianshui. Perigi-perigi ini dibina semasa dinasti Yuan, dan masih digunakan oleh para penduduk untuk diminum, membasuh

baju dan mencuci sayur-sayuran. Anda mungkin sempat melihat para pembuat tauhu menghasilkan tauhu segar berhampiran perigi. Kemudian, kunjungi Masjid Besar Jianshui yang baru dibangunkan, sebuah masjid unik yang diperbuat dari kayu dengan rekabentuk tradisional Cina. Kemudian, teruskan perjalanan ke Shadian, bandar yang diduduki oleh suku kaum Muslim Hui. Anda berpeluang menziarah Masjid Besar Shadian (Grand Mosque of Shadian), salah satu masjid terbesar di China dan digayakan mengikut Masjid Nabawi di Arab Saudi. Ia dibina dengan pembiayaan oleh masyarakat Cina Muslim tempatan. Bangunan ini dihiasi dengan Quran yang dipahat pada batu, dan boleh menampung 10,000 jemaah.

HARI 4 SHADIAN - MILE - KAWASAN PEMANDANGAN HUTAN BATU (Sarapan/Jamuan Tengahari/Jamuan Malam)Mulakan hari anda di Yufeng Shuyuan, sebuah sekolah Islam lama yang dijadikan muzium yang dilengkapi buku dan saster Islam. Kemudian, singgah di Muzium Budaya dan seni Hong Hui (Hong Hui Cultural and Art Museum) dan nikmati koleksi tembikar, perak dan pewter yang betemakan budaya Islam dan Cina. Teruskan perjalanan ke Mile, daerah dengan lebih 23 kaum etnik. Terpegun dengan tembok-tembok berhias di Kampung Mesra Alam Suku Kaum Keyi Yi (Keyi Yi Ethnic Eco Tourist Village) yang didiami oleh suku kaum Ahxi dan tempat asal tarian “Ahxi Tiaoyue”. Selanjutnya, bersiar-siar di Kawasan Pemandangan Hutan Batu, antara pemandang terindah di China. Kawasan batu bata yang terbentuk lebih 270 juta tahun lalu, tapak warisan dunia UNESCO ini terkenal dengan pembentukan tanah Karst dan budaya etnik suku kaum Sani, yang terkenal dengan kerja keras, sulaman dan tarian mereka. Luangkan sedikit masa untuk menerokai tempat-tempat berikut: Major dan Minor Stone Forests, Naigu Stone Forest, Gua Zhiyun, Tasik Yuehu dan Air Terjun Dadieshui.

HARI 5 KAWASAN PEMANDANGAN HUTAN BATU - KUNMING (Sarapan di Hotel/Jamuan Tengahari/Jamuan Malam)Hari ini, kunjungi ladang buah-buahan untuk memetik dan menjamah buah-buahan sebelum kembali ke

Kunming. Di sana, belajar seni menyediakan teh pu’er di Pu’er Tea House yang hanya tumbuh subur di kawasan Yunnan ini. Seterusnya, bersantai di Taman Tasik Hijau (Green Lake Park) yang menjadi tumpuan orang tempatan dari hingar bingar kota.NotaBuah-buahan mungkin berbeza mengikut musim dan petikan buah-buahan bergantung pada keadaan cuaca. Jika avnda ingin membeli buah-buahan, ia adalah atas perbelanjaan sendiri.

HARI 6 KUNMING - SINGAPURA (Sarapan di Hotel/Jamuan Tengahari)Pagi ini, ziarah Masjid Shuncheng, pangkalan bagi Persatuan Islam di Yunnan. Selepas jamuan tengahari, tuju pula ke Bandar Bunga Kunming. Bersiar-siar di Keukenhof, China, rumah hijau terbesar Asia di mana anda boleh melihat bunga-bungaan dari empat musim. Nikmati juga arca yang dihiasi batu permata terbesar di dunia. Anda juga berpeluang menjungi muzium interaktif, yang akan membawa anda kembali ke 300 tahun lalu di mana China dan Perancis menandatangani perjanjian perdagangan rempah. Jangan lepaskan peluang untuk mengalami sendiri pengalaman mendalam di pawagam 4D. Selepas itu, anda akan menuju ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.

Sehingga POTONGAN

$200 Setiap

Pasangan

CHAN BROTHERS GROUP OF COMPANIES

Bersama DJ Warna 94.2FM Hafeez Glamour

dan DJ Ria 89.7FM Dzar Ismail

YUNNAN6 Hari Yuk Pergi

Keberangkatan Khas: 3 Sep

Terbang Langsung Bersama SilkAir

Perhentian Beli Belah Rumah Teh Cina, Kedai Sutera, Kedai Batu Jed dan Pasar Bunga.

NotaSarapan di hotel tidak disahkan Halal.Sajian Cina Halal akan disediakan bagi jamuan tengahari dan malam. Jika jamuan halal tidak dapat disediakan, ia akan digantik dengan sajian vegetarian Cina.Kunjungan ke masjid tertakluk pada cuaca dan mungkin tidak tepat pada waktu solat Jemaah.Jika tempat kunjungan ditutup kepada pelawat, ia akan digantikan dengan pilihan lain.Susunan aturcara tertakluk pada perubahan tanpa diberitahu.

Dicetak Mei 2017

SOROTAN:◆ Jamuan Tengahari dan Malam Yang Halal◆ Pemandu Pelancong Berbahasa Inggeris ◆ Kunming - Kota Musim Bunga Yang Berkekalan◆ Bandar Lama Jianshui◆ Taman Keluarga Zhu

◆ Masjid Besar Shadian ◆ Kampung Mesra Alam Suku Kaum Keyi Yi ◆ Kawasan Pemandangan Hutan Batu ◆ Pengalaman Budaya Minuman Cina ◆ Bandar Bunga◆ Persembahan “Dynamic Yunnan” PERCUMA