594-1150-1-sm.pdf

10
PENGGUNAAN “X-BOARD” DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENDARAB NOMBOR TIGA DIGIT DENGAN DUA DIGIT. Oleh: Mohd Ridhuwan Bin Mohamad, Safiah Binti Yusoff Jabatan Matematik, IPG Kampus Dato‟ Razali Ismail [email protected], [email protected] ABSTRAK Matlamat pembelajaran Matematik adalah bertujuan untuk memastikan murid dapat menguasai konsep dan kemahiran Matematik serta dapat mengaplikasikan kedua-dua kompenan tersebut dalam menyelesaikan masalah kehidupan seharian. Bagi tajuk pendaraban, penguasaan fakta asas darab atau sifir merupakan elemen penting yang perlu dikuasai oleh murid-murid namun tidak terkecuali kepentingan penguasaan kemahiran proses pendaraban terutama apabila melibatkan hasil darab dengan nombor yang lebih daripada satu digit. Kebiasaannya murid melakukan kesilapan meletak nilai tempat dan kesilapan melakukan proses pengumpulan semula. Kajian ini adalah bertujuan bagi meningkatkan kemahiran murid dalam mendarab sebarang nombor tiga digit dengan dua digit. Seramai empat orang murid Tahun 4 Ibnu Khaldun dari Sekolah Kebangsaan Seberang Takir telah dipilih untuk dijadikan sebagai peserta kajian. Data dikumpul dan dianalisis menggunakan instrumen ujian pra dan ujian pasca, analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual. Pengkaji telah memperkenalkan murid kepada penggunaan “X-Board” dalam meningkatkan kemahiran mendarab nombor tiga digit dengan dua digit. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan prestasi peserta kajian dalam kemahiran mendarab nombor tiga digit dengan dua digit. Aspek ketelitian dan kreativiti sentiasa ditekankan kepada para peserta kajian apabila menyelesaikan masalah pendaraban menggunakan teknik “X-Board”. Kata kunci : fakta asas darab, pengumpulan semula, “X-Board”. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran akan meningkat jika guru bijak menarik minat murid untuk terus belajar. Berdasarkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran selama tiga bulan di Sekolah Kebangsaan Seberang Takir, pengkaji mendapati kelemahan yang paling ketara dihadapi murid kelas 4 Ibnu Khaldun yang seramai 27 orang adalah berkenaan topik pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit. Walaubagaimanapun murid- murid didapati tidak bermasalah dalam penguasaan fakta asas darab kerana telah diberi penekanan dan pendedahan sejak awal lagi. Semasa proses PnP, pengkaji telah mengajar murid-murid cara menyelesaikan soalan darab tiga digit dengan dua digit dengan menggunakan bentuk lazim. Namun murid tidak memahami algoritma pendaraban bentuk lazim dengan betul walaupun pengkaji telah menggunakan petak nilai tempat dan demonstrasi pengiraan langkah demi langkah. Kesilapan yang sering dilakukan oleh murid adalah kesilapan meletakkan nilai tempat hasil darab dan kesilapan melakukan proses pengumpulan semula. Tidak terkecuali kecuaian dalam pengiraan. Seterusnya pengkaji mengambil alternatif lain dengan menggunakan kaedah kekisi atau “Lattice”. Pengkaji menggunakan alat bantu mengajar Papan Kotak Lattice bagi menunjukkan

Upload: veronie-sweetiy

Post on 29-Sep-2015

14 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

  • PENGGUNAAN X-BOARD DALAM MENINGKATKAN

    KEMAHIRAN MENDARAB NOMBOR

    TIGA DIGIT DENGAN DUA DIGIT.

    Oleh:

    Mohd Ridhuwan Bin Mohamad, Safiah Binti Yusoff

    Jabatan Matematik, IPG Kampus Dato Razali Ismail

    [email protected], [email protected]

    ABSTRAK

    Matlamat pembelajaran Matematik adalah bertujuan untuk memastikan murid

    dapat menguasai konsep dan kemahiran Matematik serta dapat mengaplikasikan

    kedua-dua kompenan tersebut dalam menyelesaikan masalah kehidupan seharian.

    Bagi tajuk pendaraban, penguasaan fakta asas darab atau sifir merupakan elemen

    penting yang perlu dikuasai oleh murid-murid namun tidak terkecuali

    kepentingan penguasaan kemahiran proses pendaraban terutama apabila

    melibatkan hasil darab dengan nombor yang lebih daripada satu digit.

    Kebiasaannya murid melakukan kesilapan meletak nilai tempat dan kesilapan

    melakukan proses pengumpulan semula. Kajian ini adalah bertujuan bagi

    meningkatkan kemahiran murid dalam mendarab sebarang nombor tiga digit

    dengan dua digit. Seramai empat orang murid Tahun 4 Ibnu Khaldun dari

    Sekolah Kebangsaan Seberang Takir telah dipilih untuk dijadikan sebagai peserta

    kajian. Data dikumpul dan dianalisis menggunakan instrumen ujian pra dan ujian

    pasca, analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual. Pengkaji telah

    memperkenalkan murid kepada penggunaan X-Board dalam meningkatkan kemahiran mendarab nombor tiga digit dengan dua digit. Dapatan kajian

    menunjukkan peningkatan prestasi peserta kajian dalam kemahiran mendarab

    nombor tiga digit dengan dua digit. Aspek ketelitian dan kreativiti sentiasa

    ditekankan kepada para peserta kajian apabila menyelesaikan masalah

    pendaraban menggunakan teknik X-Board.

    Kata kunci : fakta asas darab, pengumpulan semula, X-Board.

    REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran akan meningkat jika guru bijak menarik

    minat murid untuk terus belajar. Berdasarkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran

    selama tiga bulan di Sekolah Kebangsaan Seberang Takir, pengkaji mendapati kelemahan

    yang paling ketara dihadapi murid kelas 4 Ibnu Khaldun yang seramai 27 orang adalah

    berkenaan topik pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit. Walaubagaimanapun murid-

    murid didapati tidak bermasalah dalam penguasaan fakta asas darab kerana telah diberi

    penekanan dan pendedahan sejak awal lagi. Semasa proses PnP, pengkaji telah mengajar

    murid-murid cara menyelesaikan soalan darab tiga digit dengan dua digit dengan

    menggunakan bentuk lazim. Namun murid tidak memahami algoritma pendaraban bentuk

    lazim dengan betul walaupun pengkaji telah menggunakan petak nilai tempat dan demonstrasi

    pengiraan langkah demi langkah. Kesilapan yang sering dilakukan oleh murid adalah

    kesilapan meletakkan nilai tempat hasil darab dan kesilapan melakukan proses pengumpulan

    semula. Tidak terkecuali kecuaian dalam pengiraan.

    Seterusnya pengkaji mengambil alternatif lain dengan menggunakan kaedah kekisi atau

    Lattice. Pengkaji menggunakan alat bantu mengajar Papan Kotak Lattice bagi menunjukkan

  • proses pendaraban. Walaubagaimanapun, pengkaji mendapat rungutan daripada murid-murid

    bahawa kaedah ini sangat susah dan mengelirukan. Murid mengambil masa yang lama bagi

    menyiapkan tiap-tiap satu soalan menggunakan kaedah kekisi.

    Selain itu, pengkaji mendapati murid-murid kurang memberikan perhatian semasa PnP

    berjalan. Disiplin murid juga berada pada keadan yang membimbangkan. Pengkaji perhatikan

    murid-murid sangat suka bercakap dengan nada yang kuat sehingga mengganggu proses PnP

    yang berjalan. Murid-murid bercakap seolah-olah mereka di atas bot di lautan dan sedang

    berkomunikasi dengan rakan dari bot yang berlainan. Maka mereka perlu menjerit agar suara

    mereka didengari. Pelbagai amaran dan peneguhan telah diberikan bagi mengatasi masalah

    ini.

    Oleh yang demikian, selepas beberapa pemerhatian pengkaji mula memikirkan kaedah yang

    sesuai digunakan untuk membantu murid murid lemah ini di dalam menyelesaikan masalah darab tiga digit dengan dua digit dengan menggunakan X-Board. Diharap, X-Board yang bakal digunakan oleh pengkaji ke atas murid nanti, akan dapat membantu murid-murid

    menguasai penyelesaian masalah darab tiga digit dengan dua digit dengan baik dan

    sistematik.

    SOROTAN LITERATUR

    Subjek matematik merupakan salah satu subjek yang tidak digemari oleh kebanyakan murid.

    Menurut Sabri Ahmad (2006), mata pelajaran Matematik merupakan satu mata pelajaran yang

    sukar dan tidak diminati oleh murid-murid. Satu kajian kes mendapati bahawa kebanyakan

    pelajar yang mempunyai pencapaian rendah dalam mata pelajaran Matematik adalah dalam

    kalangan mereka yang menganggap mata pelajaran Matematik adalah satu mata pelajaran

    yang sukar dan membosankan (Johari Hassan dan Norsuriani Ab Aziz, 2011). Guru harus

    mempelbagaikan kaedah mengajar dan menvariasikan bahan bantu mengajar kerana ia dapat

    meningkatkan minat murid untuk terus belajar. Pernyataan ini disokong oleh Marianne D.

    Nelson (2009), menyatakan pendidik perlu memikirkan semula bagaimana untuk mengajar

    Matematik melalui cara yang menarik untuk menarik perhatian murid supaya mereka berasa

    seronok untuk belajar Matematik.

    Pendaraban merupakan suatu cabang dan kemahiran yang wajib dipelajari oleh semua murid

    namun ramai murid yang mengalami masalah dan keliru dalam konsep pendaraban. Pendapat

    ini disokong oleh Barmby (2009) yang menyatakan bahawa konsep pendaraban adalah lebih

    sukar dikuasai oleh murid berbanding kemahiran penambahan dan penolakan nombor. Dalam

    tajuk darab, terdapat kemahiran darab tiga digit dengan dua digit yang dianggap susah dan

    tidak dapat dikuasai oleh ramai murid. Masalah ini menjurus kepada masalah murid-murid

    tidak dapat membuat pengiraan dan melakukan operasi yang betul semasa mendarab nombor

    tiga digit dengan nombor dua digit. Masalah ini akan lebih ketara bilamana melibatkan

    pengumpulan semula seperti 2526 x 23 dan 3245 x 24 serta seumpama dengannya. Melalui

    kajian oleh Zamatun Nasrah (2011), didapati murid-murid dari Sekolah Kebangsaan Bandar,

    Kota Tinggi mempunyai masalah dalam mendarab nombor tiga digit dengan dua digit yang

    melibatkan pengumpulan semula. Ini disokong melalui ujian PROTIM dan analisis yang telah dijalankan kepada murid tahun 6 oleh Tengku Halim Tengku Ahmad (1998) turut

    menyatakan bahawa murid-muridnya masih belum dapat menguasai kemahiran mendarab

    sebarang nombor dengan nombor dua digit atau tiga digit di Sekolah Kebangsaan Batu 7,

    Dungun.

    Jesteru, dalam mengatasi masalah ini, guru perlulah memperkenalkan dan menggunakan

    teknik yang sesuai dengan keupayaan murid. Ini kerana teknik yang tidak bersesuaian dengan

    murid akan menimbulkan masalah baru terhadap murid dalam memahami konsep pendaraban

    dalam Matematik. Pernyataan ini bertepatan dengan pendapat Smith S.Z. & Smith M.E (2006)

    yang menyatakan murid yang menggunakan cara pengiraan yang tidak tepat dan tidak

  • bersesuaian dalam melakukan pengiraan Matematik akan menimbulkan pelbagai masalah

    dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

    Kajian lepas yang dilakukan oleh Hasrul Hafiz Bin Hamdan (2012) menggunakan Kaedah

    Petak Silang Tic-Tac-Toe boleh menggantikan kaedah bentuk lazim bagi membantu murid

    meningkatkan kemahiran dalam menyelesaikan masalah pendaraban nombor tiga digit dengan

    dua. Namun terdapat kelemahan yang telah dikesan dalam kaedah ini iaitu melibatkan langkah

    yang banyak dan kompleks serta tidak berbentuk manipulatif. Penciptaan bahan manipulatif

    ini diharap akan lebih meningkatkan kemahiran dan minat murid untuk mempelajari tajuk

    darab. Kajian Norma Binti Haji Hassan (2004) mendapati bahawa minat murid dicetuskan dan

    rasa bosan dapat dikurangkan melalui penggunaan BBM.

    Seseorang guru perlu berfikiran lebih kreatif dan inovatif. Oleh demikian, bagi menguasai

    darab tiga digit dengan dua digit, pengkaji telah membina X-Board untuk menarik minat murid terhadap Matematik seterusnya menghindarkan rasa takut murid-murid semasa

    mempelajari Matematik. Pengkaji berhasrat menghindarkan rasa takut terhadap matematik

    dalam pemikiran murid-murid dengan mengenalkan alat dan kaedah alternatif yang boleh

    diaplikasikan semasa menjawab soalan yang melibatkan sifir.

    TUJUAN KAJIAN

    Tujuan utama kajian ini dilaksanakan adalah untuk membantu murid Tahun 4 Ibnu Khaldun

    yang berpencapaian rendah menguasai dan meningkatkan kemahiran mendarab nombor tiga

    digit dengan dua digit menggunakan teknik X-Board.

    Objektif

    Meningkatkan penguasaan dan kemahiran mendarab nombor tiga digit dengan dua digit

    dengan menggunakan teknik X-Board bagi murid-murid berpencapaian rendah Tahun 4 Ibnu Khaldun.

    Persoalan

    Bagaimanakah penggunaan X-BOARD dalam membantu murid-murid lemah Tahun 4 Ibnu Khaldun meningkatkan kemahiran mendarab nombor tiga digit dengan dua digit?

    METODOLOGI KAJIAN

    Model penyelidikan tindakan yang digunakan dalam kajian ini ialah Model Stephen Kemmis

    (1983). Kajian tindakan ini melibatkan lima orang murid lemah Tahun 4 Ibnu Khaldun yang

    terdiri daripada dua orang murid lelaki dan tiga orang murid perempuan. Semua peserta kajian

    dipilih berdasarkan kepada pencapaian dalam ujian diagnostik. Kelima-lima peserta kajian

    mempunyai persamaan iaitu lemah dalam menyelesaikan soalan pendaraban nombor tiga digit

    dengan dua digit serta mendapat pencapaian yang rendah dalam Ujian Diagnostik yang

    dijalankan oleh pengkaji.

    Bagi meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan data kualitatif yang diperoleh, kajian ini

    telah melibatkan triangulasi iaitu peggunaaan beberapa instrumen pengumpulan data seperti

    instrumen ujian pra dan pasca, penelitian dokumen, pemerhatian dan temu bual. Penelitian

    dokumen bertujuan untuk mengenal pasti kelemahan dan kesilapan murid dalam menjawab

    soalan matematik yang melibatkan kemahiran mendarab nombor tiga digit dengan dua digit.

    Pengkaji telah menganalisis dokumen seperti skrip jawapan ujian pra dan ujian pasca setiap

    peserta kajian bagi menilai tahap pencapaian peserta kajian sebelum dan selepas sesi

    intervensi dilaksanakan. Selain itu, analisis terhadap penelitian dokumen yang dijalankan oleh

    pengkaji juga merangkumi latihan lembaran kerja yang diberikan kepada peserta kajian

    semasa sesi-sesi intervensi yang dilaksanakan. Latihan lembaran kerja ini bertujuan untuk

  • melihat perkembangan tahap penguasaan peserta kajian dari semasa ke semasa sepanjang sesi

    intervensi dilaksanakan

    Pengkaji telah menggunakan pemerhatian berstruktur dengan menyenaraikan borang senarai

    semak pemerhatian terhadap tingkah laku dan perkembangan pembelajaran yang dipamerkan

    oleh peserta kajian semasa sesi intervensi dijalankan. Data yang diperoleh hasil daripada

    pemerhatian pengkaji terhadap tingkah laku yang ditunjukkan oleh peserta kajian boleh

    diguna pakai oleh pengkaji dalam membuat analisis maklumat yang berbentuk kualitatif dan

    deskriptif.

    Seterusnya, instrumen temu bual telah dijalankan ke atas keempat-empat peserta kajian

    sebelum sesi intervensi dan selepas sesi intervensi dijalankan. Instrumen ini membolehkan

    pengkaji mengenali dan memahami apa yang difikirkan oleh peserta kajian khususnya

    mengenai isu keprihatinan yang difokuskan oleh pengkaji iaitu tajuk darab serta kemahiran

    pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit di samping melihat pendapat peserta kajian

    berkaitan penggunaan bahan manipulatif X-Board dalam membantu peserta kajian menyelesaikan soalan darab nombor tiga digit dengan dua digit. Data kualitatif yang telah

    diperoleh dianalisis secara deskriptif dan naratif mengikut peserta kajian.

    SPESIFIKASI INTERVENSI

    Pengkaji telah memperkenalkan X-Board bagi membantu peserta kajian menguasai dan seterusnya meningkatkan kemahiran mndarab nombor tiga digit dengan dua digit. X-Board merupakan bahan manipulatif yang bersifat aktiviti hands on. Pengkaji menamakan alat kajian

    X-Board kerana simbol X mewakili simbol bagi operasi darab. Terdapat pelbagai istilah bagi perkataan darab mengikut bahasa yang terdapat di seluruh dunia. Walaupun wujudnya pelbagai istilah bagi perkataan darab, namun jika ditunjukkan simbol X maka semua orang akan mengerti bahawa ia mewakili simbol bagi operasi darab atau dalam Bahasa

    Inggeris adalah multiply. Manakala perkataan Board yang digunakan walhal lebih elok pemberian nama menggunakan perkataan Bahasa Melayu iaitu papan disebabkan pengkaji mahu menerapkan unsur global dan universal. Selain itu, pengkaji juga mahu menarik minat

    murid dengan penggunaan nama yang menarik. Sekali dengar mesti murid teruja mahu

    menggunakan alat X-Board yang disangkanya X-Box iaitu sejenis alat permainan video masa kini yang digemari kanak-kanak. Inovasi yang pengkaji terapkan dalam pembinaan alat

    kajian ini ialah penggunaan warna yang bertindak sebagai panduan dalam menulis nilai hasil

    darab. Malah, penyelesaian darab bagi nilai rumah puluh dan sa dilakukan dalam satu rajah

    sahaja.

    Rajah 1 : X-BOARD

  • Langkah Gambar Rajah Catatan

    1) Masukkan nilai

    i. Tulis soalan dalam ruangan soalan.

    ii. Masukkan nilai dalam kotak yang disediakan.

    iii. Pastikan susunan nilai tempat betul .

    2) Buat anak panah

    i. Buat anak panah menaik pada bahagian

    kiri X-Board. ii. Buat anak panah

    menurun pada

    bahagian kanan X-Board.

    3) Darab satu persatu

    i. Darab satu persatu bermula dari bahagian

    kiri X-Board iaitu darab nilai tempat

    puluh.

    ii. Mula dari nombor bawah ke atas (anak

    panah menaik).

    iii. Darab nombor bahagian kanan X-Board.

    iv. Mula dari nombor atas ke bawah (anak panah

    menurun).

    4) Tambah semua hasil darab

    i. Tambah semua hasil darab.

    ii. Tambah semua nombor hasil darab

    dalam baris yang

    sama.

    iii. Jawapan soalan pada ruangan hasil tambah.

    Jadual 1 : Jadual Langkah Penggunaan X-BOARD

  • Pengkaji telah menjalankan 5 kali sesi intervensi terhadap peserta kajian dalam membantu

    peserta kajian mengusai dan meningkatkan kemahiran mendarab nombor tiga digit dengan

    dua digit. Semasa sesi intervensi pertama, pengkaji memberi pengukuhan terhadap

    penguasaan fakta asas darab atau sifir kepada kelima-lima peserta kajian. Pengkaji

    menekankan penguasaan fakta asas darab terlebih dahulu. Dalam sesi ini, peserta kajian

    dibimbing menguasai fakta asas darab menggunakan Kaedah Jari dan Petak Seratus. Peserta

    kajian diberikan Lembaran Kerja 1(a) dan Lembaran Kerja 1(b) yang memerlukan murid

    untuk melengkapkan fakta asas darab yang diberi. Semasa sesi intervensi kedua pula, para

    peserta kajian diperkenalkan kepada bahan manipulatif X-Board. Peserta kajian diedarkan seorang satu X-Board dan pengkaji mengajar cara menggunakan alat kajian serta membimbing peserta kajian untuk mengingati 4 langkah penggunaan X-Board.

    Sesi intervensi ketiga pula berbentuk latih tubi untuk peserta kajian menyelesaikan pelbagai

    soalan darab nombor tiga digit dengan dua digit. Peserta kajian masih dibimbing

    menyelesaikan soalan dengan menggunakan bahan manipulatif X-Board. Sesi intervensi keempat menjurus kepada aktivti pengukuhan di mana para peserta kajian perlu

    menyelesaikan lembaran kerja darab nombor tiga digit dengan dua digit tanpa menggunakan

    alat kajian. Lembaran kerja tersebut dibekalkan dengan rajah X-Board dalam ruangan jawapan. Maka murid perlu selesaikan soalan darab yang diberi menggunakan rajah tersebut.

    Sesi intervensi kelima melibatkan aktiviti di mana pengkaji mengajar peserta kajian cara

    melukis X-Board dan seterusnya menyelesaikan soalan darab yang diberi. Rasional sesi ini dijalankan adalah kerana alat manipulative X-Board tidak boleh dibawa masuk ke dalam bilik peperiksaan. Malah tiada rajah X-Board dibekalkan dalam soalan peperiksaan. Maka peserta kajian perlu mempelajari cara melukis X-Board dan seterusnya menyelesaikan soalan darab tiga digit dengan dua digit.

    DAPATAN KAJIAN

    Dapatan kajian ini akan menunjukkan sejauh manakah keberkesanan penggunaan bahan

    manipulatif X-Board dalam membantu murid-murid berpencapaian rendah tahun 4 Ibnu Khaldun menguasai dan meningkatkan kemahiran mendarab nombor tiga digit dengan dua

    digit. Bahagian ini akan menjelaskan perkembangan salah seorang peserta kajian iaitu Shahrul

    sepanjang tempoh kajian dijalankan.

    Shahrul hanya mendapat dua soalan yang betul dan lapan soalan yang salah dan sepuluh

    soalan dalam Ujian Pra. Ini bermakna peratusan soalan yang dijawab betul ialah 20% dan

    soalan yang salah ialah 80%.

    Rajah 2 : Skrip Jawapan Ujian Pra Shahrul

    Rajah 3 : Skrip Jawapan Ujian Pra Shahrul

  • Berdasarkan Rajah 2 dan Rajah 3, pengkaji mendapati Shahrul masih belum dapat memahami

    dan menguasai kemahiran mendarab nombor tiga digit dengan dua digit. Shahrul melakukan

    kesilapan meletakkan nilai tempat hasil darab rumah puluh. Shahrul Menyatakan bahawa,

    Saya ingat kena selang dua cikgu. Kesilapan mengumpul semula juga dilakukan oleh Shahrul seperti dalam Rajah 3.

    Semasa Sesi Intervensi 1 yang dijalankan, Shahrul berjaya mencapai hasil pembelajaran yang

    telah ditetapkan. Ternyata Shahrul tidak menghadapi masalah dalam penguasaan fakta asas

    darab atau sifir 2 hingga sifir 9. Shahrul dapat membaca dan memahami Petak Seratus dengan

    baik. Malah, dia dapat memberikan jawapan hasil darab yang betul setelah disoal pengkaji. Ini

    disokong oleh keupayaan Shahrul dalam menyelesaikan lembaran kerja semasa Sesi

    Intervensi 1.

    Semasa Sesi Intervensi 2 yang dijalankan, Shahrul berjaya mencapai hasil pembelajaran yang

    telah ditetapkan. Shahrul dapat menguasai kemahiran yang diajar oleh pengkaji. Shahrul dapat

    mengikuti setiap langkah yang diajar dalam cara menulis nombor soalan di atas X-Board. Shahrul sangat tertarik dalam mengikuti apa yang diajar oleh pengkaji terutama apabila

    diperkenalkan kepada X-Board. Rajah 4 menunjukkan betapa semangatnya Shahrul untuk memulakan Sesi Intervensi 2 terutama setelah diedarkan alat kajian iaitu X-Board. Shahrul didapati sangat berminat terhadap tajuk ini. Pengkaji mendapati Shahrul sangat tekun

    mendengar penjelasan pengkaji tentang cara penggunaan X-Board. Malah dia dengan beraninya tampil ke hadapan bagi mencuba menyelesaikan soalan di hadapan kelas sperti

    Rajah 5. Shahrul mengtakan, Mudah la cikgu belajar guna X-Board.

    Dalam sesi intervensi 3 pula, Shahrul menunjukkan minat belajar yang sangat tinggi. Dalam

    sesi ini, sekali lagi penggunaan X-Board diperlukan. Pengkaji membacakan soalan darab

    dan meminta para peserta menyelesaikannya menggunakan X-Board. Shahrul didapati

    bersemangat dalam menyelesaikan soalan yang diberi. Shahrul dapat menyelesaikan soalan

    lebih cepat berbanding rakan yang lain. Shahrul juga dilihat membantu rakannya dalam

    menyelesaikan soalan. Dalam Sesi Intervensi 4, Shahrul pada awalnya kelihatan tidak begitu

    semangat untuk belajar. Pada kebiasaanya, terdapat penggunaan X-Board, namun kali ini

    pengkaji melakukan sedikit kelainan dengan mengaplikasi penggunaan rajah X-Board di

    atas kertas. Rajah 7 di bawah menunjukkan perubahan riak wajah Shahrul. Pada awalnya,

    Shahrul tidak dapat memahami tugasan dalam sesi intervensi ini. Tambahan pula, tiada

    penggunaan alat kajian iaitu X-Board dalam sesi ini menyebabkan Shahrul sedikit kecewa.

    Setelah diberi penerangan oleh pengkaji, Shahrul dapat memahami tugasan sesi ini.

    Rajah 4 Rajah 5

  • Shahrul juga didapati mampu menyelesaikan lembaran kerja darab nombor tiga digit dengan

    dua digit tanpa menggunakan alat kajian sebaliknya hanya rajah X-Board. Rajah 8 menunjukkan hasil kerja Shahrul yang berjaya menyelesaikan soalan dengan betul. Shahrul

    juga mengatakan, Kita da pandai la cikgu guna teknik X-BOARD. Tak guna alat pun boleh jawab.

    Shahrul kembali semangat untuk belajar kerana dia sudah semakin mahir dalam operasi darab

    tiga digit dengan dua digit. Malah dia sudah yakin walaupun tanpa menggunakan X-Board sebenar, dia mampu menyelesaikan soalan darab. Ini disokong oleh kemampuannya

    menyelesaikan lembaran kerja dalam Sesi Intervensi 4 walaupun tanpa alat. Shahrul semakin

    yakin untuk mengaplikasikan penggunaan X-Board di atas kertas. Dalam Sesi Intervensi 5 pula, Shahrul diajar melukis X-Board dan seterusnya menyelesaikan soalan dalam rajah yang dilukis. Peringkat ini adalah paling mencabar tetapi Shahrul dapat menguasai kemahiran

    ini dengan bimbingan pengkaji.

    Selepas menjalani kelima-lima sesi intervensi, secara keseluruhannya Shahrul menunjukkan

    perkembangan yang positif dalam penguasaan dan peningkatan kemahiran mendarab nombor

    tiga digit dengan dua digit. Dalam sesi ujian pasca yang telah dijalankan, Shahrul didapati

    telah berjaya menjawab sembilan daripada sepuluh soalan ujian dengan betul. Shahrul telah

    menampakkan perubahan yang sangat drastik dalam pecapaian Ujian Pasca berbanding Ujian

    Pra sebelum ini.

    Rajah 8: Jawapan Shahrul Dalam Sesi Intervensi 4

    Rajah 9: Penyelesaian Lukisan X-Board Shahrul

    Rajah 7: Riak Perubahan Wajah Shahrul

  • Rajah 10

    Perbandingan Penguasaan Shahrul Dalam Kemahiran Mendarab Nombor Tiga Digit Dengan Dua

    Digit Sebelum Dan Selepas Intervensi

    Secara keseluruhannya, keempat-empat peserta kajian yang telah dipilih menunjukkan

    penguasaan dan peningkatan yang positif dalam kemahiran mendarab nombor tiga digit

    dengan dua digit. Berdasarkan penelitian ke atas dokumen seperti skrip jawapan Ujian Pasca

    serta lembaran kerja yang diberikan semasa sesi intevensi, keempat-empat peserta kajian

    berupaya untuk menyelesaikan soalan darab tiga digit dengan dua digit dengan baik.

    Selain itu, hasil temubual ke atas kesemua peserta kajian, mereka mengatakan bahawa

    penggunaan teknik X-Board lebih mudah berbanding dengan kaedah bentuk lazim. Pemerhatian yang dijalankan ke atas kelima-lima peserta kajian dengan menggunakan senarai

    semak, rata-ratanya peserta kajian menunjukkan perubahan tingkah laku yang semakin positif

    dari pelbagai aspek.

    KESIMPULAN

    Berdasarkan dapatan kajian yang telah diperolehi, pengkaji dapat membuat kesimpulan

    bahawa penggunaan bahan manipulatif X-Board dapat membantu murid lemah Tahun 4 Ibnu Khaldun dalam menguasai dan meningkatkan kemahiran mendarab nombor tiga digit

    dengan dua digit. Malahan, dapatan kajian yang diperolehi ini juga menyokong objektif utama

    kajian ini dijalankan.

    Kelemahan utama para peserta kajian dalam kajian tindakan ini ialah menyelesaikan soalan

    darab nombor tiga digit dengan dua digit. Beberapa kesilapan yang sering dilakukan oleh

    murid telah dikenal pasti dalam subtopik ini. Penggunaan X-Board ternyata meningkatkan kemahiran mendarab para peserta kajian tanpa melakukan kesilapan seperti silap meletak nilai

    tempat, kecuaian serta kesilapan proses pengumpulan semula. Walaubagaimanapun,

    penggunaan teknik X-Board secara abstrak memerlukan latih tubi yang kerap serta ketelitian dalam melukis rajah X-Board. Walaubagaimanapun, penguasaan fakta asas darab

  • oleh murid sangat penting dalam tajuk darab. Selain itu, teknik X-Board juga hanya terhad kepada pendaraban dengan nombor dua digit sahaja. Oleh itu, kajian seterusnya boleh

    dilakukan oleh pengkaji lain dengan membuat penambahbaikan ke atas bahan manipulatif X-Board dengan memasukkan unsur garisan berbentuk tangga bagi menunjukkan perbezaan antara ruangan hasil darab rumah puluh dan rumah sa.

    Sesungguhnya, pelaksanaan kajian tindakan yang telah dijalankan membantu pengkaji dalam

    meningkatkan tahap profesionalisme sebagai seorang bakal guru kelak. Kajian tindakan yang

    dilakukan membimbing pengkaji untuk sentiasa menerokai keadah-kaedah baru yang

    berbentuk inovasi dan diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam

    usaha untuk membantu murid-murid yang berpencapaian rendah ataupun bermasalah

    terutamanya dalam matapelajaran Matematik.

    RUJUKAN

    Barmby, P., Bilsborough, L., Harries, T. & Higgins, S. 2009. Primary mathematics:

    Teaching for understanding. Buckingham: Oxford Univesity Press

    Sabri Ahmad. (2006). Isu-Isu Dalam Pendidikan Matematik. Isu-Isu Dalam Pendidikan

    Matematik, 1-19.

    Smith S.Z. & Smith M.E (2006). Assessing Elementary Understanding of

    Multiplication Concepts. School Science and Mathematics.

    Norma Haji Hassan. (2004). Hubungan antara bahan bantu mengajar. Tanjung Malim:

    Universiti Perguruan Sultan Idris.

    Hasrul Hafiz Bin Hamdam. (2012). Penggunaan Petak Silang Tic-Tac-Toe Dalam

    Meningkatkan Kemahiran Mendarab Nombor Tiga Digit Dengan Nombor Dua

    Digit Bagi Murid Lemah Tahun 4.

    Zamatun Nasrah Marwan. (2011). Meningkatkan Penguasaan Murid dalam Operasi

    Darab Tiga Digit dengan Dua Digit yang Melibatkan Pengumpulan Semula

    dengan Kaedah Pistol dan Tukul.

    Nelson, M. 2009. The effects of computer math games to increase student accuracy and

    fluency in basic multiplication facts. Retrieved March 2014 from website pdf:

    http://proquest.umi.com/pqdlink?did=1711556781&Fmt=7&clientI