5.5 2

2
Pada pendapat saya, perlu mengetahui dengan amalan tentang tatacara protokol dan etikel majlis. Protokol mempunyai 2 prinsip utama. Yang pertama, VIP kebiasaannya akan selalu lewat sampai, dan mereka juga yang akan paling awal meninggalkan majlis. Kedua, susun atur kedudukan mereka ini adalah mengikut senioriti. Perkara ini boleh di lihat di mana- mana majlis rasmi di seluruh negara. Apakah yang dimaksudkan dengan majlis rasmi? Ianya bermaksud majlis yang menggunakan wang kerajaan. Ketika menghadiri sesuatu majlis rasmi, sebolehnya elakkan daripada memakai pakaian yang berwarna seperti Oren, merah, serta hijau terutamanya di siang hari (bagi lelaki). Ini kerana pakaian tersebut tidak dianggap sesuai ketika berada di majlis rasmi atas sebab faktor warna baju tersebut yang dianggap terlalu cerah. Bagi aksesori pula, seeloknya memakai sebanyak 3 jenis aksesori (lelaki) serta 4 jenis aksesori (wanita). Bagi lelaki, aksesori yang perlu ada termasuklah cincin (pakai di jari tangan kanan), jam tangan (pakai di tangan kiri) serta pen (diletakkan di dalam poket blazer anda). Pen tersebut sebolehnya yang berjenama, yang boleh menampakkan ketrampilan diri anda ketika berjumpa dengan pelbagai jenis VIP ketika di dalam majlis rasmi. Bagi wanita pula, seeloknya memakai cincin dijari tangan kiri (bagi yang sudah berkahwin), jam tangan (belah kiri), gelang tangan, serta brudge tudung (maksimum 2 sahaja). Ini dianggap aksesori paling sesuai yang perlu anda pakai ketika menghadiri majlis rasmi. Bagi penggunaan beg tangan pula, penggunaanya adalah berbeza bergantung kepada situasi samaada anda menggunakannya untuk kegunaan harian, atau majlis rasmi. Mengikut adab serta etiket yang sebetulnya, penggunaan beg tangan (khususnya wanita) haruslah mengikut kesesuaian majlis. Jika anda menghadiri majlis rasmi seperti seminar, kursus, dan jamuan di siang hari, seeloknya memakai beg tangan yang bertali panjang, berukuran 12-15 inci dan bersaiz sederhana atau kecil. Ini dapat memudahkan anda untuk meletakkan beg tersebut di tempat duduk anda kerana saiznya yang tidak terlalu besar serta mudah dibawa kerana talinya yang agak panjang. Manakala bagi majlis rasmi terutamanya ketika menghadiri jamuan makan malam, saiz beg tangan yang seeloknya ialah bersaiz 8-10 inci, lebih kecil dan pendek berbanding ketika menghadiri majlis rasmi di siang hari.

Upload: hamzah-amir

Post on 10-Apr-2016

228 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ff

TRANSCRIPT

Page 1: 5.5 2

Pada pendapat saya, perlu mengetahui dengan amalan tentang tatacara protokol dan etikel majlis. Protokol mempunyai 2 prinsip utama. Yang pertama, VIP kebiasaannya akan selalu lewat sampai, dan mereka juga yang akan paling awal meninggalkan majlis. Kedua, susun atur kedudukan mereka ini adalah mengikut senioriti. Perkara ini boleh di lihat di mana-mana majlis rasmi di seluruh negara. Apakah yang dimaksudkan dengan majlis rasmi? Ianya bermaksud majlis yang menggunakan wang kerajaan.

Ketika menghadiri sesuatu majlis rasmi, sebolehnya elakkan daripada memakai pakaian yang berwarna seperti Oren, merah, serta hijau terutamanya di siang hari (bagi lelaki). Ini kerana pakaian tersebut tidak dianggap sesuai ketika berada di majlis rasmi atas sebab faktor warna baju tersebut yang dianggap terlalu cerah. Bagi aksesori pula, seeloknya memakai sebanyak 3 jenis aksesori (lelaki) serta 4 jenis aksesori (wanita).

Bagi lelaki, aksesori yang perlu ada termasuklah cincin (pakai di jari tangan kanan), jam tangan (pakai di tangan kiri) serta pen (diletakkan di dalam poket blazer anda). Pen tersebut sebolehnya yang berjenama, yang boleh menampakkan ketrampilan diri anda ketika berjumpa dengan pelbagai jenis VIP ketika di dalam majlis rasmi. Bagi wanita pula, seeloknya memakai cincin dijari tangan kiri (bagi yang sudah berkahwin), jam tangan (belah kiri), gelang tangan, serta brudge tudung (maksimum 2 sahaja). Ini dianggap aksesori paling sesuai yang perlu anda pakai ketika menghadiri majlis rasmi. Bagi penggunaan beg tangan pula, penggunaanya adalah berbeza bergantung kepada situasi samaada anda menggunakannya untuk kegunaan harian, atau majlis rasmi.  

Mengikut adab serta etiket yang sebetulnya, penggunaan beg tangan (khususnya wanita) haruslah mengikut kesesuaian majlis. Jika anda menghadiri majlis rasmi seperti seminar, kursus, dan jamuan di siang hari, seeloknya memakai beg tangan yang bertali panjang, berukuran 12-15 inci dan bersaiz sederhana atau kecil. Ini dapat memudahkan anda untuk meletakkan beg tersebut di tempat duduk anda kerana saiznya yang tidak terlalu besar serta mudah dibawa kerana talinya yang agak panjang. Manakala bagi majlis rasmi terutamanya ketika menghadiri jamuan makan malam, saiz beg tangan yang seeloknya ialah bersaiz 8-10 inci, lebih kecil dan pendek berbanding ketika menghadiri majlis rasmi di siang hari.

Persoalannya di sini, di manakah tempat yang sesuai untuk anda meletakkan beg tangan tersebut? Salah satu caranya ialah dengan meletakkan beg tersebut di sebelah kanan meja anda (bagi majlis rasmi siang hari) atau di belakang tempat duduk anda. Jangan sesekali meletakkan beg tersebut di atas meja anda kerana ianya akan mencacatkan pemandangan serta memberi imej yang buruk kepada anda! Cara yang lain pula ialah dengan menggunakan handbag holder, iaitu sejenis cangkuk yang direka khas untuk menggantung beg tangan anda ketika menghadiri majlis rasmi. Ini serba sedikit dapat ‘menyembunyikan’ beg tangan anda dan ianya selamat kerana anda boleh meletakkan nya bersebelahan dengan tempat duduk anda.