48387424 pasaran derivatif di malaysia

Upload: muhammad-zubair

Post on 06-Apr-2018

266 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 48387424 Pasaran Derivatif Di Malaysia

    1/16

    PASARAN DERIVATIF DI MALAYSIA oleh Shaiful Rizal Mohd Sani

    Sejarah Penubuhan.

    Bursa Opsyen dan Kewangan Hadapan Kuala Lumpur Berhad. (KLOFFE).

    Bursa Opsyen dan Niaga Hadapan Kewangan Kuala Lumpur (KLOFFE), merupakan

    bursa derivatif kewangan yang pertama di Malaysia telah dilancarkan pada 15 Disember 1995.

    KLOFFE telah ditubuhkan untuk memenuhi permintaan yang tinggi daripada pelabur-pelabur

    dengan menawarkan pengurusan risiko dan potfolio yang tidak terdapat sebelum ini kepada

    pelabur-pelabur serta pengurus potfolio, domestik dan antarabangsa. Pada waktu penubuhan

    KLOFFE adalah anak syarikat seratus peratus KLOFFE Capital. Pemegang saham KLOFFE

    Capital terdiri daripada Renong Bha, HLG Capital Bhd, News Straits Times Press (M) Bhd dan

    Rashid Hussain Bhd. Walau bagaimanapun pada bulan Januari 1999, Perjanjian Jual Beli

    (Sales and Purchase Agreement) telah ditandatangani oleh Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL)

    dan pemegang saham KLOFFE Capital bagi pembelian KLOFFE Capital oleh BSKL dengan

    harga RM27 juta. Ini secara langsung meletakkan BSKL sebagai pemegang saham seratus

    peratus KLOFFE Capital dan seterusnya pemegang saham terunggul.

    Kementerian Kewangan telah diberi tanggungjawab di bawah Akta Industri Niaga

    Hadapan, 1993 (FIA) untuk mengawal perniagaan opsyen dan niaga hadapan dan telah

    memberikan kuasa kepada Suruhanjaya Sekuriti (SC) untuk mengawal perkara-perkara yang

    berkaitan dengan industri derivatif. Kedua-dua badan pengawal selia ini adalah

    bertanggungjawab untuk membuat peraturan bagi operasi Bursa. Suruhanjaya Sekuriti

    ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti, 1993 dengan bermatlamat utama untuk

    membuat peraturan dan pengawasan industry sekuriti dan niaga hadapan. Di bawah peruntukan

    FIA, Suruhanjaya Sekuriti juga adalah badan yang bertanggungjawab di dalam memberikan

    kelulusan kepada semua kontrak yang diniagakan dan dalam pemberian lesen kepada peserta

    dalam pasaran seperti Broker Hadapan, Penasihat Urusniaga Hadapan danPengurus Dana

    Hadapan serta wakil-wakilnya masing-masing.

    Seperti yang disebutkan tadi, Bursa pula merupakan sebuah organisasi yang mengawasi

    amalan urusniaga melalui pengawalseliaannya sendiri. Di bawah Peraturan Perniagaan KLOFFE

    (KLOFFEs Business Rules), terdapat empat jawatankuasa yang telah ditubuhkan untuk

    mengendalikan perkara-perkara yang berkaitan dengan keahlian, tingkah laku perniagaan ahli,

  • 8/3/2019 48387424 Pasaran Derivatif Di Malaysia

    2/16

    pelancaran produk-produk dan tabung fidelity untuk memastikan peraturan di pasaran hadapan,

    antaranya;

    Jawatankuasa keahlian.Jawatankuasa ini menimbangkan permohonan keahlian, membuat kajian samada

    kelas keahlian baru diperlukan dan akan mempertimbangkan isu-isu yang

    berkaitan dengan keahlian.

    Jawatankuasa Tabung Kesetiaan.Jawatankuasa ini mentadbirkan Tabung Kesetiaan bagi pihak KLOFFE. Tabung

    ini diadakan untuk membayar ganti rugi kepada orang yang telah mengalami

    kerugian disebabkan oleh penyalahgunaan dan penggelapan wang oleh broker

    hadapan. Setiap Ahli Dagangan dikehendaki membayar deposit pendahuluan

    sebanyak RM30,000 ke dalam tabung ini dan kemudiannya RM10,000 untuk 5

    tahun yang akan datang.

    Jawatankuasa Konduk Perniagaan.Jawatankuasa ini mengendalikan segala hal yang berkenaan dengan kelakuan ahli

    dan integriti pasaran, di mana jawatankuasa ini mempunyai kuasa untuk membuat

    penyiasatan dan pengadilan.

    Jawatankuasa Pembangunan Produk.Jawatankuasa ini mengendalikan pengenalan kontrak derivatif yang baru, di

    samping melihat kepada pelaksanaan produk hadapan dan opsyen untuk

    memenuhi kehendak kumpulan pengguna yang berbeza.

    Malaysian Derivatives Clearing House Berhad (MDCH) merupakan rumah yang akan

    menyelesaikan kontrak-kontrak yang diniagakan di KLOFFE. Fungsi utama sesebuah rumah

    penjelasan ialah menyediakan kestabilan kewangan dengan menjamin prestasi kesemua kontrak

    yang diniagakan. Yang paling penting, ia bertindak sebagai pihak berlawanan bagi kesemua

    kontrak yang diniagakan dengan mengambil tanggungjawab sebagai pembeli (penjual) kepada

    penjual (pembeli) asal kontrak. MDCH juga merupakan rumah penjelasan bagi dua bursa

    derivatif, iaitu KLOFFE dan juga untuk Commodity and Monetary Exchange of Malaysia

    (COMMEX).

  • 8/3/2019 48387424 Pasaran Derivatif Di Malaysia

    3/16

    Sistem Dagangan secara elektronik yang digunakan oleh KLOFFE dikenali sebagai

    KLOFFE Automated Trading System (KATS). KATS merupakan adaptasi daripada sistem yang

    telah digunakan oleh Bursa Deutsche, bursa niaga hadapan dan opsyen Jerman. Sistem ini telah

    direkabentuk untuk;

    Melaksanakan penyelesaian urusniaga yang cekap; Menjadikan pengurusan kredit dan risiko yang berkesan; dan Menyelaras fungsi-fungsi operasi (back-office) broker.Antara fungsi KATS ialah menyelenggara pembahagian akaun-akaun klien individu.

    Sistem yang canggih dalam merekodkan butir-butir perniagaan dan kolateral ini, membolehkan

    Bursa, MDCH dan Ahli Dagangan mengawasi dan menaksir risiko pada peringkat klien individu

    pada setiap masa. Ini membolehkan semua pihak menguruskan risiko secara efektif pada semua

    peringkat terutamanya pada keadaan pasaran yang mudah berubah (Volatile).

    Sebelum tahun 1999, KLOFFE telah menyediakan fungsi penjelasanfront end, manakala

    MDCH melaksanakan fungsi penjelasan back-end bagi produk yang diniagakan di KLOFFE.

    Walaubagaimanapun, satu persetujuan telah dicapai pada peringkat industri, di mana MDCH

    akan menyediakan fungsi penjelasan front dan back-end untuk produk-produk KLOFFE serta

    COMMEX. Seterusnya, pada tahun yang sama juga, penyelesaian derivatif industry baru telah

    dilancarkan dengan jayanya.

    Keahlian KLOFFE terbahagi kepada dua kategori iaitu Ahli Dagangan dan Ahli Individu.

    Ahli Dagangan adalah syarikat yang telah ditubuhkan khususnya untuk mengendalikan urusniaga

    perniagaan hadapan. Mereka juga dikenali sebagai Broker Hadapan dan mesti dilesenkan di

    bawah Akta Perindustrian Niaga Hadapan, 1993. Ahli Dagangan ialah syarikat-syarikat yang

    ditubuhkan di bawah Akta Syarikat, 1965 dengan nilai modal minimum saham diterbitkan dan

    dibayar sepenuhnya sebanyak RM5 juta. Keahlian membolehkan syarikat itu berurusniaga

    kontrak opsyen dan hadapan sebagai proprietary atau bagi pihak orang lain. Keahlian Daganganadalah secara langganan saham keutamaan A bernilai RM1.00 yang disertakan bersama hak

    dan tanggungjawab seorang ahli dagangan. Ahli Dagangan juga mempunyai laluan penuh dan

    langsung kepada kemudahan urusniaga KLOFFE.pelanggan.

  • 8/3/2019 48387424 Pasaran Derivatif Di Malaysia

    4/16

    Ahli Individu pula hanya terbuka kepada orang perseorangan yang ingin berurusniaga

    bagi pihak diri mereka sendiri. Mereka tidak boleh berurusniaga bagi pihak pelanggan. Ahli

    Individu hanya boleh menggunakan kemudahan urusniaga KLOFFE untuk diri mereka sendiri

    dan perlu membuat penyelesaian urusniaganya melaui MDCH. Ahli Individu tidak perlu

    dilesenkan di bawah FIA kerana mereka tidak dianggap sebagai orang perantaraan di dalam

    industry ini. Sebaliknya, mereka dikehendaki menjalani proses pendaftaran dengan Bursa dan

    pemeriksaan oleh Suruhanjaya Sekuriti.

    Bursa Komoditi dan Kewangan Malaysia (COMMEX).

    Bursa Komoditi dan Kewangan Malaysia (COMMEX) merupakan sebuah organisasi

    yang dimiliki oleh ahli-ahli yang ditubuhkan pada Julai 1980 dan telah dikenali dengan namaBursa Komoditi Kuala Lumpur (BKKL). COMMEX Malaysia beroperasi di bawah kuasa dan

    kawalan Suruhanjaya Sekuriti dan ditadbir di bawah FIA dan dengan demikian menawarkan

    kepada pelabur-pelabur keselamatan berdagang di Bursa yang teratur dengan prosedur yang

    bertaraf antarabangsa. Pada tahun 1992, sebuah anak syarikat iaitu Bursa Kewangan Malaysia

    (BKM) yang dimiliki sepenuhnya oleh BKKL telah ditubuhkan bertujuan menawarkan dagangan

    di dalam pasaran hadapan kewangan. Pada Disember 1998 operasi BKM telah digabungkan

    dengan operasi COMMEX.

    COMMEX Malaysia menyediakan dan mengatur kemudahan-kemudahan dan tempat

    untuk berdagang kontrak-kontrak komoditi dan kewangan bersesuaian dengan peraturan-

    peraturan perniagaan Bursa. Semua kontrak pasaran hadapan yang dilaksankan di bursa ini

    adalah dijamin oleh Pusat Penjelasan.

    Seksyen 5 Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1993 telah menetapkan bahawa kuasa-

    kuasa pengurusan Bursa ini diberikan kepada Lembaga Pengurusan Bursa yang mana terdiri

    daripada Pengerusi Eksekutif dan dua orang pengarah yang dilantik oleh Menteri Kewangan dan

    enam orang pengarah yang dilantik oleh ahli-ahli. Struktur keahlian COMMEX Malaysia

    terbahagi kepada dua pasaran hadapan iaitu komoditi dan kewangan. Ahli-ahli COMMEX

    Malaysia terbahagi kepada dua kumpulan iaitu Ahli Perbadanan Bursa dan Ahli Bursa.

  • 8/3/2019 48387424 Pasaran Derivatif Di Malaysia

    5/16

    Ahli Perbadanan Bursa (Broker/Bukan Briker) dikategorikan sebagai Ahli Am, Ahli

    Komoditi dan Ahli Kewangan. Manakala Ahli Bursa pula terdiri daripada Individu atau Penyewa

    Individu, Pemegang Permit Niaga Individu dan Ahli Perbadanan Bersekutu.

    Bagi melindungi ketelusan pasaran, COMMEX Malaysia mempunyai beberapa kawalan

    pelindungan pasaran yang kukuh seperti;

    Pusat Penjelasan.COMMEX dengan kerjasama MDCH telah melaksanakan sistem

    pelindungan kewangan dan operasi yang bertaraf antarabangsa untuk memastikan

    sistem pasaran mempunyai kedudukan kewangan yang sihat. Sistem ini

    direkacipta untuk memberi tahap pelindungan yang tinggi kepada pasaran dengan

    keupayaan mengesan amalan-amalan yang tidak sihat yang dilakukan oleh ahli-ahlinya pada peringkat yang lebih awal. Tujuan utama sistem ini ialah untuk

    melindungi pasaran daripada mengalami kegagalan akibat daripada masalah

    kewangan yang mungkin dihadapi oleh ahli-ahlinya.

    Semua kontrak yang dilaksanakan oleh entiti ini pada peringkat awal

    adalah dijamin oleh ahli-ahlinya dan juga Pusat Penjelasan setelah kontrak itu

    dipadankan dan diterima untuk penjelasan. Setelah sesuatu kontrak itudidaftarkan, MDCH akan menggantikan tempat sipembeli dan sipenjual dan akan

    mempertanggungjawabkan setiap ahlinya ke atas semua kontrak yang didaftarkan

    oleh mereka. Dengan kata lain, MDCH hanya mengikhtiraf ahlinya yang berdaftar

    dan menjamin sesuatu kontrak itu bagi segala pembayaran ke atas kontrak

    tersebut.

    Bahagian Audit, Pematuhan dan Pengawasan (APP).Bahagian ini bertanggungjawab sepenuhnya menjaga dan mempastikan

    ketelusan pasaran hadapan COMMEX Malaysia dan dibantu oleh kakitangan

    yang cekap dan komited menjalankan berbagai tugas mengawasi pasaran dan juga

    aktiviti dagangan di lantai pada setiap masa. Bahagian ini juga menjalankan audit

    ke atas operasi perniagaan ahli-ahlinya dengan membuat lawatan ke lokasi

  • 8/3/2019 48387424 Pasaran Derivatif Di Malaysia

    6/16

    perniagaan mereka. Tugas utama APP boleh dibahagikan kepada beberapa

    bahagian seperti berikut:

    Audit dan Pematuhan.

    APP bertanggungjawab mengesan segala salahlaku dan

    pelanggaran peraturan ahli-ahli Bursa terhadap Peraturan-peraturan

    Perniagaan Bursa serta peruntukan undang-undang di bawah Akta

    Perindustrian Niaga Hadapan, 1993 (FIA). Di dalam melaksanakan

    tugas ini, APP menjalankan pemeriksaan audit tahunan dan audit khas

    ke atas ahli-ahli COMMEX dan juga membuat penilaian keberkesanan

    rekod, sistem dan kawalan dalaman mereka.

    Pengawasan Kewangan.APP juga bertanggungjawab mengesan kegagalan ahli-ahlinya

    memenuhi keperluan kewangan minima yang ditetapkan oleh Bursa.

    Untuk tujuan itu, APP membuat penilaian yang kerap ke atas

    kedudukan kewangan ahli-ahlinya dan juga ke atas dana klien yang

    diasingkan. Paras amaran awal terhadap kedudukan kewangan ahli

    juga telah dibentuk bagi memudahkan bahagian ini mengenalpasti

    ahli-ahlinya yang perlu diawasi secara intensif.

    Pengawasan Pasaran.

    Bahagian ini juga bertanggungjawab mengesan keadaan-keadaan

    yang mungkin boleh menggugat kesempurnaan dan kelancaran

    perjalanan dagangan di pasaran COMMEX dan mengelakkannya

    daripada tergendala. APP membuat pengawasan harian terhadap

  • 8/3/2019 48387424 Pasaran Derivatif Di Malaysia

    7/16

    harga-harga yang didagangkan di pasaran hadapan, harga-harga fizikal

    komoditi di pasaran tunai dan juga harga-harga fizikal komoditi

    gantian bagi kontrak hadapan dan juga meneliti kedudukan terbuka

    milik peserta-peserta pasaran.

    Pengawasan Lantai.

    Bahagian ini pula mengesan amalan-amalan perdagangan yang

    bertentangan dengan Peraturan-peraturan Perniagaan atau prosedur-

    prosedur Lantai juga menjadi sebahagian daripada tanggungjawab

    APP. Tugas ini termasuk memastikan semua pedagang-pedagang di

    Lantai memelihara taraf profesionalisma yang tinggi setiap masa,menjalankan audit ke atas ahli-ahli yang melanggar keperluan

    peraturan Lantai, menyiasat aduan-aduan dari ahli-ahli MDCH dan

    dari sumber-sumber lain dan menjalankan auditan khas apabila

    diminta oleh jawatankuasa pematuhan.

    Selain itu, APP juga mengambil langkah proaktif bagi membantu

    ahli-ahli mematuhi peraturan melalui perbincangan, kerjasama dannasihat. Ahli-ahli digalakkan berbincang dan mendapatkan pandangan

    APP terutama tentang isu-isu berkanun. Di samping itu, APP juga

    sentiasa mengambil inisiatif mengesyorkan kepada pihak Pengurusan

    supaya Peraturan-peraturan Perniagaan tertentu dipinda bagi dari

    semasa ke semasa ke arah pasaran yang lebih efisien.

    APP juga bertindak sebagai Sekretariat Jawatankuasa Perselisihan

    di mana sebarang perselisihan di antara klien dan ahli broker akan

    diselesaikan. Manakala Jawatankuasa Pematuhan akan mengenakan

    denda ke atas ahli-ahli yang melakukan kesalahan kecil dan

    mengarahkan ahli-ahli Broker yang gagal memenuhi keperluan

  • 8/3/2019 48387424 Pasaran Derivatif Di Malaysia

    8/16

    kewangan minima supaya hanya melaksanakan dagangan untuk tujuan

    pembubaran kontrak. Semua kesalahan yang dianggap serius yang

    dikesan oleh APP akan dirujuk kepada Jawatankuasa Perilaku

    Perniagaan untuk didengar dan tindakan disiplin diambil.

    Pendaftaran Broker-Broker.Ahli-ahli Bursa yang mengendalikan akaun pelanggan-pelanggan pasaran

    hadapan hendaklah berdaftar sebagai Broker Pasaran Hadapan dengan

    Suruhanjaya Sekuriti seperti yang diperuntukan di bawah Akta Perindustrian

    Niaga Hadapan 1993. Suruhanjaya Sekuriti merupakan sebuah agensi kawalselia

    Negara yang bebas yang bertanggungjawab mengawal dan menyelia daganganhadapan komoditi dan kewangan di Malaysia.

    Kedudukan Kena Lapor dan Had Kedudukan Spekulatif.

    Ahli-ahli dikehendaki melaporkan kepada kepada Bursa apabila akaun

    miliknya atau mana-mana akaun milik pelanggannya mempunyai kedudukan yang

    bersamaan atau melebihi daripada paras kena lapur yang telah ditetapkan untuk

    setiap kontrak oleh Bursa. Sebagai contoh kedudukan kena lapor kontrak hadapan

    Minyak Sawit Mentah telah ditetapkan pada paras 100 dan lebihan pada penutup

    hari urusniaga adalah dikira sebagai kedudukan kena lapur.

    Begitu juga dengan had kedudukan spekulatif telah ditetapkan untuk

    Kontrak Minyak Sawit Mentah telah ditetapkan pada kadar 500 kontrak belian

    atau jualan bersih.Manakala had kontrak 3 bulan KLIBOR telah ditetapkan pada

    kadar 2000. Pengecualian dari ikatan had kedudukan ini boleh diberikan oleh

    Bursa kepada dagangan lindungnilai sebenar. Had-had ini dikuatkuasakan dengan

    tegas untuk mencegah dari berlakunya manipulasi ke atas harga pasaran atau

    pasaran dikawal oleh satu pihak demi menjaga ketelusan Bursa.

  • 8/3/2019 48387424 Pasaran Derivatif Di Malaysia

    9/16

    Pengasingan Dana Klien.Ahli-ahli dikehendaki membuka satu akaun yang berasingan untuk

    keseluruhan pelanggan-pelanggan mereka. Dana pelanggan tidak boleh

    dikeluarkan daripada akaun ini melainkan bagi tujuan deposit dan margin, amaun

    kena bayar kepada ahli dan amaun yang dikeluarkan atas arahan pelanggan. Ahli-

    ahli juga dilarang menggunakan dana kepunyaan pelanggan untuk menampung

    bayaran margin atau menampung bayaran dagangan atau kedudukan terbuka ahli

    mahupun pelanggan-pelanggan lain.

    Bursa Malaysia Derivatives Berhad. (Bursa Derivatives).

    Bursa ini dahulunya dikenali sebagai Malaysia Derivatives Exchange Berhad (MDEX).

    Organisasi ini merupakan syarikat berhad yang ditubuhkan pada bulan Jun 2001 melalui

    penggabungan Bursa Opsyen dan Niaga Hadapan Kewangan Kuala Lumpur (KLOFFE) dan

    Bursa Komoditi dan Kewangan Malaysia (COMMEX). Bursa Derivatives merupakan anak

    syarikat Bursa Malaysia Berhad (Bursa Malaysia).

    Instrumen Yang Ditawarkan.

    Bursa Derivatives merupakan bursa yang memperdagangkan produk-produk derivatif. Derivatif

    ialah produk kewangan yang memperolehi nilainya daripada harga komoditi atau instrument

    yang lebih asas misalnya, nilai niaga hadapan minyak sawit mentah diperolehi daripada harga

    minyak sawit mentah. Produk derivatif yang biasa ialah niaga hadapan dan opsyen. Di Bursa

    Derivatives, pelabur boleh mendapat kemudahan urusniaga derivatif yang sistematik dan cekap.

    Antara produk derivatif yang didagangkan di Bursa Derivatif ialah:

    Derivatif Ekuiti.

    Niaga Hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FKLI)Instrumen Pendasar:

    Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI)

  • 8/3/2019 48387424 Pasaran Derivatif Di Malaysia

    10/16

    Saiz Kontrak:

    FBM KLCI didarabkan dengan RM50

    Harga Minimum Fluktuasi:

    Takat indek 0.1 bernilai RM5

    Opsyen Hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (OKLI)Instrumen Pendasar:

    Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI)

    Saiz Kontrak:

    FBM KLCI didarabkan dengan RM100

    Harga Minimum Fluktuasi:

    Takat indek 0.1 bernilai RM10

    Niaga Hadapan Stok Tunggal (SSFs)Instrumen Pendasar:

    Stok terpilih yang memenuhi kriteria pemilihan SSF

    Saiz Kontrak:

    1,000 saham

    Harga Minimum Fluktuasi:

    Takat 0.02 bernilai RM20

    Derivatif Komoditi. Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah (FCPO)

  • 8/3/2019 48387424 Pasaran Derivatif Di Malaysia

    11/16

    Instrumen Pendasar:

    Minyak Sawit Mentah

    Saiz Kontrak:

    25 tan matrik

    Harga Minimum Fluktuasi:

    RM1 bagi setiap tan metrik

    Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah USD (FUPO)Instrumen Pendasar:

    Minyak Sawit Mentah

    Saiz Kontrak:

    25 tan matrik

    Harga Minimum Fluktuasi:

    USD0.25 bagi setiap tan matrik

    Niaga Hadapan Isirong Minyak Sawit Mentah (FPKO)Instrumen Pendasar:

    Isirong Minyak Sawit Mentah

    Saiz Kontrak:

    25 tan matrik

    Harga Minimum Fluktuasi:

    RM1 bagi setiap tan matrik

    Derivatif Kewangan.

  • 8/3/2019 48387424 Pasaran Derivatif Di Malaysia

    12/16

    Niaga Hadapan Kadar Faedah Ditawarkan Antara Bank Kuala LumpurTiga Bulan (FKB3)

    Instrumen Pendasar:

    Deposit Berjangka Ringgit Antara Bank Kuala Lumpur Dengan Tempoh

    Matang 3 bulan.

    Saiz Kontrak:

    RM1,000,000 Dalam istilah indek (100.00 minus yield)

    Harga Minimum Fluktuasi:

    0.01 peratus atau 1 detik

    Niaga Hadapan Sekuriti Kerajaan Malaysia Tiga Tahun (FMG3)Instrumen Pendasar:

    Sekuriti Kerajaan Malaysia 3 tahun.

    Kadar Kupon:

    6 peratus.

    Saiz Kontrak:

    RM100,000

    Harga Minimum Fluktuasi:

    0.01 atau RM10

    Niaga Hadapan Sekuriti Kerajaan Malaysia Lima Tahun (FMG5)Instrumen Pendasar:

    Sekuriti Kerajaan Malaysia 5 tahun.

    Kadar Kupon:

  • 8/3/2019 48387424 Pasaran Derivatif Di Malaysia

    13/16

    6 peratus.

    Saiz Kontrak:

    RM100,000

    Harga Minimum Fluktuasi:

    0.01 atau RM10

    Niaga Hadapan Sekuriti Kerajaan Malaysia Sepuluh Tahun (FMGA)Instrumen Pendasar:

    Sekuriti Kerajaan Malaysia 10 tahun.

    Kadar Kupon:

    6 peratus.

    Saiz Kontrak:

    RM100,000

    Harga Minimum Fluktuasi:

    0.01 atau RM10

    Perkembangan Pasaran Derivatif.

    Krisis kewangan global telah menyemarakkan minat baru kepada pelabur dalam produk

    pengurusan risiko, apabila pasaran ekuiti yang volatile telah mendorong minat pelabur kepada

    bon cair kerajaan dan menggerakkan permintaan bagi instrumen yang boleh menambah hasil

    serta menyediakan perlindungan terhadap kerugian ke atas pendedahan pelaburan. Keperluan

    bagi instrumen lindung nilai yang sesuai dalam semua segmen pasaran ditekankan berikutan

    kesulitan yang dihadapi oleh pelabur dalam pembayaran pemulihan ke atas nota berkaitan kredit.

    Unjuran bagi ekonomi yang suram memandangkan keadaan pasaran yang volatile juga terus

    menyemarakkan permintaan bagi perlindungan daripada kemungkinan kejatuhan pasaran ekuiti

    dan matang. Perhatian lebih tertumpu kepada instrumen pengurusan risiko kredit khususnya,

    berikutan kebimbangan tentang kewajaran kredit perantara kewangan yang terdedah kepada

  • 8/3/2019 48387424 Pasaran Derivatif Di Malaysia

    14/16

    hutang pasaran baru muncul, permintaan hebat bagi sekuriti cair kerajaan dan volatility tinggi

    bagi kadar faedah.

    Industri derivatif Malaysia telah nenyaksikan beberapa perkembangan besar dari tahun ke

    tahun yang bertujuan meningkatkan akses dan kecairan pasaran. Pada tahun 2008, Bursa

    Malaysia telah melancarkan platform Akses Pasaran Langsung (DMA) bagi derivatif untuk

    memudahcara strategi perdagangan canggih seperti dagangan algoritmatik dan perdagangan

    bakul (basket trading). Penggunaan nota kontrak elektronik bagi pasaran sekuti dan derivatif

    turut diperkemas dan senarai bursa khusus telah dikembangkan untuk merangkumi Dubai

    Mercantile Exchange dan Central Japan Commodity Exchange. Keadaan ini membolehkan Bursa

    Malaysia Derivatives memperolehi pengikhtirafan timbal balik daripada pertukaran ini dan

    meluaskan pelbagai produk derivatif yang boleh ditawarkan oleh broker Malaysia. Selain itu, SC

    juga telah meluluskan kerangka kerja bagi menggerakkan pasaran untuk menarik penggerak

    pasaran tempatan dan asing dengan matlamat untuk meningkatkan kecairan dalam pasaran

    derivatif.

    Platform DMA telah dipilih sebagai Inovasi Terbaik Oleh Bursa oleh Anugerah Niaga

    Hadapan dan Opsyen Dunia (FOW) 2009. Anugerah tersebut dimenangi bagi kategori

    Perkhidmatan Pengguna, Asia Selatan dan Tenggara serta Australasia yang mana mengikhtiraf

    kecemerlangan dalam inovasi produk dan perkhidmatan yang telah terbukti bermanafaat kepada

    pasaran derivatif. Model DMA ini membolehkan peserta dan peniaga pasaran akses yang lebih

    cepat, pelaksanaan perniagaan yang tepat pada masa dan membolehkan mereka mempunyai

    kawalan yang lebih baik terhadap pelaksanaan pesanan secara terus ke infrastruktur dagangan

    Bursa Malaysia.

    Fungsi-Fungsi Dan Kepentingan Pasaran Derivatif.

    Pasaran Derivatif merupakan platform di mana instrumen-instrumen kewangan derivatif

    didagangkan bagi mengurus pelabur-pelabur yang terdedah kepada pasaran volatile. Nilai-nilai

    produk derivatif bergantung kepada instrument yang didasarinya seperti harga komoditi, kadar

    faedah, indeks dan harga saham. Fungsi utama pasaran derivatif adalah sebagai medium

    pengurusan risiko (riskmanagement) untuk mengimbangi portfolio pelabur-pelabur. Walaupun

    pasaran hadapan tidak terlepas daripada para spekulator, tetapi pasaran hadapan adalah juga

  • 8/3/2019 48387424 Pasaran Derivatif Di Malaysia

    15/16

    tempat yang penting untuk para pelabur mengurangkan risiko masing-masing berdasarkan

    pengalaman dan kepintaran mereka.

    Kesimpulan.

    Secara umumnya, pasaran dervatif merupakan medium yang amat penting bagi pelabur-

    pelabur mengimbangi risiko portfolio pelaburan mereka. Dengan adanya entiti seperti Bursa

    Malaysia Derivatives Berhad yang bertanggungjawab penuh kepada pelabur-pelabur dengan

    menyediakan kemudahan dagangan yang terkini seperti sistem KATS yang mana dapat

    melaksanakan urusniaga yang cekap, cepat dan tepat di samping menjadikan pengurusan kredit

    dan risiko yang lebih berkesan membolehkan pasaran derivatif berkembang dan semakin

    dikenali di kalangan pelabur. Selain itu, produk-produk derivatif yang ditawarkan juga selarasdengan perkembangan pasaran semasa dan pelbagai pilihan yang menjadikannya tarikan kepada

    pelabur-pelabur untuk mengembangkan potensi pelaburan mereka di samping meminimumkan

    risiko yang dihadapi. Dalam keadaan krisis ekonomi global yang masih berlaku kini, produk-

    produk deravatif merupakan alternatif utama untuk mengurangkan risiko pelaburan.

  • 8/3/2019 48387424 Pasaran Derivatif Di Malaysia

    16/16

    Bibliografi.

    Www.klse.com.my Direct Market Access Handbook Www.sc.com.my Laporan Tahunan 2008 dan 1998, Panduan Pelabur Www.bernama.com Www.wikipedia.org