449-896-1-sm.pdf

10
SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013 64 PENGGUNAAN BONEKA TANGAN DALAM KAEDAH BERCERITA DAN KESANNYA TERHADAP KEMAHIRAN KOMUNIKASI KANAK-KANAK PENDIDIKAN KHAS Oleh: Fadhila Bt Mohd Alihan & Idrul Hisham Bin Ismail Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail [email protected] & [email protected] ABSTRAK Kajian ini dijalankan bagi meningkatkan komunikasi kanak-kanak di Pendidikan Khas dengan menggunakan boneka dalam kaedah bercerita. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan keupayaan komunikasi kanak-kanak dengan lancar dan jelas. Objektif kajian ini adalah untuk meningkatkan keupyaan berkomunikasi kanak-kanak dan meningkatkan perbendaharaan kata kanak-kanak. Soal selidik, temu bual, dan pemerhatian digunakan sebagai instrumen kajian. Instrumen ini digunakan bagi mengenal pasti peningkatan keupayaan komunikasi kanak-kanak pendidikan khas. Responden kajian terdiri daripada dua orang kanak-kanak pendidikan khas. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif (kekerapan, peratusan dan petikan perbualan). Hasil refleksi menunjukkan bahawa masalah komunikasi yang dihadapi oleh kanak-kanak berpunca daripada kekuranga perbendaharaan kata. Tambahan lagi. Kanak-kanak ini tidak mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan baik. Boneka digunakan untuk membantu kanak-kanak mengatasi masalah yang dihadapi iaitu meningkatkan keupayaan komunikasi dan menambahkan bilangan perbendaharaan kata kanak-kanak. Dalam intervensi ini, kanak-kanak diberi kebebasan untuk memilih boneka. Kanak-kanak dan guru menjalankan aktiviti bercerita menggunakan boneka. Kanak-kanak juga menggunakan boneka untuk menjawab oalan yang dikemukakan kepadanya. Selain itu, kanak-kanak juga berpeluang untuk bermain boneka bersama rakan-rakan. Implikasinya kanak-kanak dapat bercerita kepada rakan-rakan dan guru dengan yakin dan berani. Bilangan perkataan yang digunakan oleh kanak-kanak juga bertambah berbanding sebelum menggunakan boneka. Penggunaan boneka semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan bilangan perbendaharaan kata yang dikuasai mereka. Kata kunci: boneka sarung tangan, kemahiran komunikasi

Upload: nur-siti-zahara

Post on 15-Jan-2016

224 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: 449-896-1-SM.pdf

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

64

PENGGUNAAN BONEKA TANGAN DALAM KAEDAH

BERCERITA DAN KESANNYA TERHADAP KEMAHIRAN

KOMUNIKASI KANAK-KANAK PENDIDIKAN KHAS

Oleh:

Fadhila Bt Mohd Alihan & Idrul Hisham Bin Ismail

Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail

[email protected] & [email protected]

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bagi meningkatkan komunikasi kanak-kanak di

Pendidikan Khas dengan menggunakan boneka dalam kaedah bercerita.

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan keupayaan

komunikasi kanak-kanak dengan lancar dan jelas. Objektif kajian ini

adalah untuk meningkatkan keupyaan berkomunikasi kanak-kanak dan

meningkatkan perbendaharaan kata kanak-kanak. Soal selidik, temu bual,

dan pemerhatian digunakan sebagai instrumen kajian. Instrumen ini

digunakan bagi mengenal pasti peningkatan keupayaan komunikasi

kanak-kanak pendidikan khas. Responden kajian terdiri daripada dua

orang kanak-kanak pendidikan khas. Data dianalisis dengan

menggunakan analisis deskriptif (kekerapan, peratusan dan petikan

perbualan). Hasil refleksi menunjukkan bahawa masalah komunikasi

yang dihadapi oleh kanak-kanak berpunca daripada kekuranga

perbendaharaan kata. Tambahan lagi. Kanak-kanak ini tidak mempunyai

kemahiran berkomunikasi dengan baik. Boneka digunakan untuk

membantu kanak-kanak mengatasi masalah yang dihadapi iaitu

meningkatkan keupayaan komunikasi dan menambahkan bilangan

perbendaharaan kata kanak-kanak. Dalam intervensi ini, kanak-kanak

diberi kebebasan untuk memilih boneka. Kanak-kanak dan guru

menjalankan aktiviti bercerita menggunakan boneka. Kanak-kanak juga

menggunakan boneka untuk menjawab oalan yang dikemukakan

kepadanya. Selain itu, kanak-kanak juga berpeluang untuk bermain

boneka bersama rakan-rakan. Implikasinya kanak-kanak dapat bercerita

kepada rakan-rakan dan guru dengan yakin dan berani. Bilangan

perkataan yang digunakan oleh kanak-kanak juga bertambah berbanding

sebelum menggunakan boneka. Penggunaan boneka semasa sesi

pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan bilangan

perbendaharaan kata yang dikuasai mereka.

Kata kunci: boneka sarung tangan, kemahiran komunikasi

Page 2: 449-896-1-SM.pdf

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

65

PENDAHULUAN

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Khas untuk melahirkan insan yang

berkemahiran, berhaluan, boleh menguruskan kehidupan dan produktif, maka

kandungan sukatan pelajaran bagi murid PPKIBP juga dititikberatkan mengikut

keperluan dan keupayaan murid seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pengurusan

Diri, Pendidikan Seni Visual, Matematik, Bahasa Inggeris, dan Kemahiran Hidup.

Bahasa Melayu merupakan salah satu subjek yang diberi penekanan oleh guru

memandangkan ia adalah bahasa utama yang digunakan dalam pertuturan seharian

murid-murid.

Menurut (Mansor et. al 1984), komunikasi adalah satu proses. Seperti yang kita

tahu, sesuatu proses itu tiada permulaan dan tiada pengakhiran tertentu. Ia berjalan

terus-menerus tanpa henti. Begitu juga dengan komunikasi yang merupakan satu proses

yang pastinya bermula dan tidak tahu bila pengakhirannya. Setiap hari pasti kita

berkomunikasi samada secara langsung atau tidak langsung, samada sedar ataupun

tidak. Komunikasi boleh berlaku dalam pelbagai cara. Komunikasi bukan hanya

melibatkan pertuturan atau percakapan dengan diri kita semata-mata tetapi kita juga

berkomunikasi dengan alam sekitar.

Pearson (2000) pula ada mengatakan bahawa bahasa adalah merupakan kod

simbol, huruf atau perkataan dengan pelbagai makna yang disusun mengikut peraturan

susunan ayat yang digunakan untuk berkomunikasi. Menurut Sulaiman

(2002),komunikasi jenis ini boleh berlaku secara langsung apabila dua orang berbual

secara bersemuka.

Menurut Zulkifli (2000), terdapat sembilan unsur penting yang perlu diberi perhatian

dalam komunikasi. Ia adalah seperti komunikasi mata, posisi tubuh dan pergerakan

badan, gerak isyarat atau air muka, pakaian dan perawakan, suara dan kepelbagaian,

bahasa dan berhenti sejenak dan mendapat penglibatan pendengar. Dalam konteks

sekolah, berkomunikasi ialah proses cara guru berkongsi pengalaman dengan murid-

muridnya dan begitu juga sebaliknya.

Che Su dan Mohd Fo’ad (1993), pula mengatakan untuk menjadikan pengajaran

yang berkesan, guru mestilah memiliki ciri-ciri positif seperti pertuturan yang jelas,

pertuturan yang bersemangat dan komunikasi dua hala. Komunikasi lisan juga dilihat

dapat mengeratkan sillaturrahim antara manusia dan boleh menjalinkan hubungan

peribadi antara dua manusia. Misalnya untuk mengajar, seseorang guru bukan sahaja

perlu membuat persediaan dari segi rancangan pelajaran dan alat bantu mengajar, malah

ia perlu melakukan dengan baik untuk menarik perhatian pelajar. Jika tidak sesi

pengajarannya pasti membosankan.

Jackman (1977) berpendapat boneka adalah salah satu cara yang menghiburkan

dan dapat menarik minat kanak-kanak ke arah pemikiran kreatif dan imaginatif.

Menurutnya lagi, penggunaan boneka dapat membantu perkembangan kemahiran

afektif, kognitif dan fizikal. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, boneka digunakan

untiuk menyampaikan cerita agar penyampaian menjadi lebih menarik dan berupaya

menarik perhatian kanak-kanak. Di samping itu permainan boneka dapat meningkatkan

Page 3: 449-896-1-SM.pdf

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

66

kemahiran berkomunikasi, melahirkan idea kreatif dalam penciptaan cerita, meransang

daya imaginasi dan menggalakkan kerjasama dalam kumpulan.

Nillie Mc Caslin (1984) pula menyatakan bahawa boneka dapat berfungsi sebagai

alat bantuan mengajar dan dapat menarik perhatian pelajar, menghidupkan suasana yang

lebih menyeronokkan, menarik minat, seterusnya dapat memotivasikan pelajar untuk

terus belajar.Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2007), boneka adalah patung

misalnya orang atau binatang yang boleh digerakkan dengan menarik tali yang

dilekatkan padanya atau dengan memasukkan tangan ke dalam badannya dan

menggerakkannya. Zurinah dan Mohamad Iman (2004), pelbagai bentuk boneka boleh

dihasilkan sama ada daripada kertas atau kain. Setiap kali bercerita, boneka dijadikan

modul penceritaan. Dengan ini segala bentuk penceritaan lebih mudah difahami.

Kemudian kanak-kanak menggunakan boneka tersebut untuk melahirkan watak-watak

yang berbeza. Cara ini juga lebih berkesan terutama untuk memastikan imaginasi kanak-

kanak dapat dilahirkan melalui penceritaan.

FOKUS KAJIAN

Pada pandangan pengkaji, masalah kemahiran berkomunikasi yang dihidapi oleh murid

A dan murid B harus diatasi segera kerana komunikasi merupakan aspek kemahiran

yang terpenting dalan proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru, pengkaji akan

memfokuskan beberapa aspek yang sering dilakukan kesilapan oleh murid iaitu:

1. Kelancaran dan kejelasan yang sukar difahami dan didengari oleh pengkaji

mahupun murid lain sewaktu murid A dan murid B berkomunikasi

2. Bilangan perbendaharaan kata murid yang kurang dalam setiap aktiviti soal

jawab yang diadakan oleh guru sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran.

3. Kegagalan murid untuk menunjukkan minat dalam berkomunikasi semasa proses

pengajaran dan pembelajaran.

OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif umum

Tujuan utama Kajian ini dijalankan adalah untuk membantu meningkatkan kemahiran

berkomunikasi murid masalah pertuturan menggunakan boneka sarung tangan

3.2 Objektif khusus

1. Membantu murid Pendidikan Khas bermasalah pertuturan untuk berkomunikasi

dengan jelas dan lancar menggunakan boneka sarung tangan

2. Meningkatkan penguasaan bilangan perbendaharaan kata murid melalui aktiviti

bermain boneka sarung tangan

3. Membantu meningkatkan minat murid untuk berkomunikasi dalam aktiviti.

Terdapat beberapa persoalan yang ingin dirungkai melalui kajian ini iaitu:

1. Adakah penggunaan boneka dapat meningkatkan kemahiran komunikasi murid

Pendidikan Khas bermasalah pertuturan?

Page 4: 449-896-1-SM.pdf

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

67

2. Adakah penggunaan boneka dapat meningkatkan bilangan perbendaharaan kata

murid?

3. Adakah penggunaan boneka dapat menarik minat murid untuk berkomunikasi?

KUMPULAN SASARAN

Kajian ini adalah terhad kepada kedua-dua murid ini sahaja dan hanya dijalankan di

sebuah sekolah yang terletak di Negeri Terengganu iaitu SK Bukit Losong. Sampel

kajian adalah terdiri daripada dua orang murid tahun satu Pendidikan Khas Bermasalah

Pembelajaran (PKBP) yang mengalami masalah komunikasi dan lemah pembelajaran .

Kedua-dua murid ini belajar dalam kelas berkefungsian rendah dan mereka berjantina

perempuan. Murid A berumur 8 tahun manakala murid B berumur 9 tahun. Penetapan

kumpulan sasaran adalah salah satu elemen penting dalam melaksanakan sesuatu kajian.

Kumpulan sasaran inilah yang akan menentukan sama ada objektif kajian boleh dicapai

atau pun tidak.

TINDAKAN

Pengkaji menggunakan model Kurt Lewin serta Kemmis Mc Taggart (1948) dalam

menjalankan kajian tindakan ini.

Rajah 1: Lingkaran penyelidikan tindakan yang dijalankan (Model penyelidikan

tindakan Kurt Lewin serta Kemmis Mc Taggart)

5.1.1 Mereflek

Pengkaji membuat refleksi dengan mengimbas kembali proses pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas.

Pertama, pengkaji mendapati murid A dan murid B gagal menunjukkan kemahiran

komunikasi yang berkesan dalam pengajaran Bahasa Melayu yang dijalankan

olehnya.

Kedua, berdasarkan masalah murid yang telah dikenalpasti ini, pengkaji telah

menjalankan satu temu bual bersama guru kelas murid tersebut bagi mencari maklumat

lanjut berkenaan kedua-dua pelajar ini

Page 5: 449-896-1-SM.pdf

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

68

5.1.2 Merancang

Sebagai langkah utama, pengkaji telah merancang untuk membuat satu tinjauan awal

bagi melihat apakah aktiviti yang biasa dijalankan semasa sesi pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Melayu. Semua hasil kerja murid terdahulu disemak dan dibuat

analisis.

Langkah kedua, pengkaji telah memilih dua orang murid sebagai responden yang

menghadapi masalah yang sama iaitu masalah pertuturan .

Pengkaji juga menjalankan pemerhatian terhadap kedua-dua responden sepanjang proses

PdP yang dijalankan.

Pengkaji telah merancang untuk menggunakan satu bahan bantu belajar dalam

pengajaran Bahasa Melayu terhadap kedua-dua responden. Sebagai langkah pertama,

pengkaji telah merancang untuk menggunakan bahan bantu belajar iaitu boneka sarung

tangan semasa aktiviti bercerita dalam setiap pengajaran Bahasa Melayu.

Tindakan

Semasa fasa tindakan, pengkaji melaksanakan tindakan yang telah dirancang dan

mengenalpasti hasil dapatan. Pada peringkat ini, pengkaji menggunakan boneka dalam

pengajarannya selama 1 jam.

Antara langkah-langkah yang akan dijalankan terhadap responden pada peringkat ini

adalah :-

1. Pengkaji mengadakan aktiviti bercerita menggunakan pelbagai cerita

pendek berunsurkan nasihat dan teladan dalam setiap sesi pengajaran

Bahasa Melayu yang dijalankan terhadap responden.

2. Seterusnya, pengkaji akan bercerita menggunakan intonasi dan nada

yang betul satu per satu supaya responden lebih mudah faham serta

menggunakan boneka mengikut watak yang terdapat dalam cerita

tersebut bagi menarik perhatian responden dan memastikan pengajaran

lebih berkesan.

3. Kemudian, pengkaji akan menjalankan sesi soal jawab kepada

responden secara individu. Responden juga diberi peluang untuk

menggunakan boneka sarung tangan semasa menjawab dan memberikan

pendapat terhadap kesemua soalan yang diajukan kepada mereka

4. Pengkaji juga akan meminta responden untuk menjalani aktiviti lisan

secara individu dengan melakonkan watak-watak yang digemari

berdasarkan cerita yang diperdengar guru. Responden turut diberikan

boneka dan melakonkan watak yang dipilih menggunakan dialog sendiri.

5. Semasa responden melakukan aktiviti ini, pengkaji membuat rakaman

dan mencatat pada beberapa aspek yang ingin dikenal pasti daripada

responden di dalam senarai semak.

Pemerhatian

Pada peringkat ini, pengkaji membuat pemerhatian terhadap responden.

Pengkaji hanya memfokuskan beberapa aspek yang menjadi penyumbang

terhadap kajian ini. Antara aspek pemerhatian yang utama adalah :-

Page 6: 449-896-1-SM.pdf

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

69

1. Minat responden dalam pengajaran Bahasa Melayu melalui kaedah

bercerita menggunakan boneka.

2. Pemahaman murid terhadap cerita pendek dalam pengajaran Bahasa

Melayu dan kesan daripada aktivti bercerita menggunakan boneka.

3. Penguasaan murid dalam kemahiran berkomunikasi berdasarkan respon

dan bilangan perkataan yang diujarkan oleh responden semasa aktiviti

soal jawab menggunakan boneka.

4. Tingkah laku responden sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran

Bahasa Melayu iaitu penglibatan responden dalam aktivti kemahiran

lisan secara individu.

ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

Adakah penggunaan boneka dapat meningkatkan kemahiran komunikasi murid

Pendidikan Khas bermasalah pertuturan?

Rajah 1: Analisis soal selidik berdasarkan tingkah laku yang ingin ditingkatkan ke atas

responden A.

0

1

2

3

4

5

6

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Sko

r

Kod Tingkah Laku

Responden A

PRA

POS

0

1

2

3

4

5

6

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Sko

r

Kod Tingkah Laku

Responden B

PRA

POS

Page 7: 449-896-1-SM.pdf

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

70

Rajah 4: Analisis soal selidik berdasarkan tingkah laku yang ingin ditingkatkan ke atas

setiap responden B.

Graf jelas menunjukkan bahawa kedua-dua responden telah mencapai peningkatan yang

amat baik berdasarkan perbezaan antara pencapaian pra tindakan dan pos tindakan yang

dijalankan terhadap mereka selama sebulan. Kedua-dua responden telah menunjukkan

peningkatan secara berperingkat pada kod tingkah laku 1 hingga 5 dengan dapatan skor

dalam purata 1 hingga 5. Responden A dan B telah mencapai skor yang tertinggi iaitu 5

pada kod tingkah laku 6 hingga 7 iaitu dengan mendapat 100%. Hal ini jelas

menunjukkan bahawa kedua-dua responden Berjaya menguasai dan meningkatkan

kemahiran komunikasi mereka hasil daripada penggunaan boneka tangan.

Adakah penggunaan boneka dapat meningkatkan bilangan perbendaharaan kata

murid?

Pemerhatian secara berstruktur terhadap kedua-dua responden dengan memfokuskan

lima kelakuan yang dapat menyumbang kepada kebolehpercayaan dapatan kajian.

Pengkaji telah membuat graf bagi melihat peningkatan yang lebih jelas terhadap setiap

responden.

Rajah 5: Analisis data kekerapan komunikasi responden A dan B

Graf di atas jelas menunjukkan peningkatan yang mendadak pada pos tindakan iaitu

dengan mencapai kekerapan 5 pada K1, K4, dan K5. Kedua-dua responden telah berjaya

mengurangkan kekerapan untuk keluar ke tandas semasa PdP dijalankan dan Berjaya

meningkatkan kekerapan berkomunikasi bersama rakan di luar waktu PdP dan semasa

waktu PdP dijalankan. Mereka juga menunjukkan peningkatan pada K2 dan K3 dengan

mencapai skor 4. Kedua-dua responden ternyata memberi perubahan dalam peningkatan

kekerapan yang negatif kepada amat positif berdasarkan pemerhatian berstruktur yang

dijalankan.

6.4 Adakah penggunaan boneka dapat menarik minat murid untuk

berkomunikasi?

Berdasarkan sesi temubual yang dijalankan, pengkaji mendapati bahawa kedua-dua

responden telah dapat meningkatakan kemahiran komunikasi mereka. Antara contoh

dialog pengkaji dengan responden ialah:

0

2

4

6

K 1 K 2 K 3 K 4 K 5

Ke

kera

pan

Kelakuan

Responden A dan B

Pos

Page 8: 449-896-1-SM.pdf

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

71

Pengkaji Soalan1:

Adakah kamu suka dengan Sang Kancil,Sang Gajah dan rakan-

rakannya?

(Boneka Tangan)

Responden A B

Suka cikgu..boleh main bual-bual

dengan kawan

Saya suka cikgu..gajah baik..

Berdasarkan Jadual 12, kedua-dua responden ternyata amat terkesan dengan penggunaan

boneka tangan yang digunakan oleh pengkaji semasa proses PdP dijalankan ke atas

mereka. Responden turut dapat menyatakan minatnya terhadap Sang Gajah yang baik

berdasarkan cerita yang diperdengar pengkaji kepada mereka. Hal ini jelas menunjukkan

kesan penggunaan boneka tangan kepada mereka turut member impak yang positif

terhadap daya ingatan mereka berkenaan sesuatu proses pembelajaran yang dipelajari.

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN DAPATAN

Dapatan Soal Selidik

Dapatan melalui borang pra dan pos soal selidik ini telah menjawab soalan kajian yang

pertama berkenaan peningkatkan kemahiran komunikasi murid Pendidikan Khas

bermasalah pertuturan. Pengkaji dapat membuat kesimpulan bahawa setelah kajian ini

dijalankan terhadap kedua-dua responden, kemahiran komunikasi mereka telah

mengalami peningkatan yang amat baik.

Kedua-dua responden telah menunjukkan kesungguhan mereka untuk berkomunikasi

sewaktu proses PdP dijalankan terhadap mereka dengan menggunakan boneka tangan.

Mereka dapat berkomunikasi secara yakin diri pada akhirnya dan dapat memberi respon

dengan baik terhadap setiap soalan guru. Selain itu, responden juga didapati dapat

memberikan tumpuan yang baik terhadap pengajaran guru dan melibatkan diri secara

aktif dalam aktiviti lisan menggunakan boneka tangna secara berkumpulan. Responden

juga dapat berkomunikasi lebih daripada 10 patah perkataan dari kebiasaanya. Secara

keseluruhannya, kedua-dua responden telah mula berkomunikasi dengan agak baik dan

telah menunjukkan beberapa perubahan yang positif. Jelaslah bahawa boneka tangan

berjaya meningkatkan kemahiran komunikasi responden.

Dapatan Pemerhatian Berstruktur

Dapatan melalui pemerhatian yang dibuat sebelum intevensi dan selepas intervensi

dijalankan terhadap kedua-dua responden telah menjawab kepada persoalan kajian yang

kedua iaitu, peningkatan bilangan perbendaharaan kata murid.

Page 9: 449-896-1-SM.pdf

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

72

Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, pengkaji mendapati bahawa setiap responden

telah menunjukkan perubahan pada tingkah laku dan komunikasi dengan mengurangkan

kekerapan untuk keluar ke tandas semasa proses PdP dijalankan dan meningkatkan

kekerapan berkomunikasi dengan rakan-rakan semasa PdP dan di luar waktu PdP

berbanding waktu sebelum intervensi dijalankan.

Dapatan temubual

Dapatan temubual telah menjawab persoalan ketiga iaitu berkaitan minat responden

untuk berkomunikasi. Berdasarkan soalan temubual yang dikemukakan kepada kedua-

dua responden iaitu “Adakah kamu suka Mata pelajaran Bahasa Melayu” dan “Adakah

kamu suka dengan Sang Kancil,Sang Gajah dan rakan-rakannya”, ternyata kedua-dua

mereka memberikan jawapan yang positif iaitu menyatakan “suka”. Hal ini jelas

menunjukkan responden berasa selesa dan berminat untuk belajar. Responden pada

tahap ini masih tidak dapat meluahkan rasa minat dengan perkataan kerana mengikut

Piaget, tahap berbahasa seseorang meningkat mengikut peningkatan aspek kognitif.

Dengan itu, perkataan “suka” telah menggantikan perkataan minat yang ingin diluahkan

oleh kedua-dua responden kepada pengkaji.

Kenyataan ini jelas menunjukkan peningkatan yang ketara telah ditunjukkan oleh kedua-

dua responden terhadap minat mereka untuk berkomunikasi.Secara

keseluruhannya,kedua-dua responden berminat 1000% dengan mata pelajaran Bahasa

Melayu dengan menggunakan boneka tangan dalam aktiviti bercerita.

7.5 Rumusan

Secara keseluruhannya, melalui kajian yang dijalankan ini, pengkaji mendapati

penggunaan boneka tangan dalam kaedah bercerita semasa proses PdP dapat

meningkatkan kemahiran komunikasi responden. Dapatan kajian ini disokong

olehpendapat yang dikemukan oleh Thrndike (Mok, 2008) iaitu menggunakan sesuau

yang dapat memotivasikan, meransang, dan menyeronokkan murid dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran bagi membantu murid belajar. Selain itu, kenyataan Lev

Vygotsky iaitu bercakap sendiri dapat membantu kanak-kanak mempelajari sesuatu

kemahiran (Haliza & Joy, 2008).

RUJUKAN

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian

Pelajaran Malaysia. (2008). Buku Manual Kajian Tindakan. Putrajaya:

Percetakan Nasional Malaysia Berhad

Kamarudin Hj. Husin. (1993). Panduan Mengajar Bahasa.Kuala Lumpur: Kumpulan

Budiman Sdn. Bhd.

Rahimah Hj Sabran & Rahim Syam. (1986). Kaedah Pengajaran BahasaMalaysia.

Kuala Lumpur: Vinlin Press Sdn. Bhd.

Alkema. (2001, Januari 20). Menjana Akal Kanak-kanak Menerusi Main.Utusan

Malaysia.

Page 10: 449-896-1-SM.pdf

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

73

Geoffrey E. Mills. (2007). A guide for the Teacher Researcher (3rd Edition).

Pearson Education Ltd.

Hasnalee b. Tubah. (2008). Tahap Penguasaan dan Kesukaran Membaca dan Menulis

dalam Kalangan Murid KIA2M. Jurnal PenyelidikanPendidikan IPTAR.

Abdul Aziz et al. (1989). Pengajaran Bahasa dan Pengujian Bahasa.

Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Haliza, H. & Joy, N. S (2008). Perkembangan kanak-kanak untuk Program

Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun.

Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.