4. menteri bidak

2

Click here to load reader

Upload: mkanwars

Post on 30-Sep-2015

224 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Q

TRANSCRIPT

Menteri

Menteri (juga dipanggil Permaisuri) merupakan buah catur yang paling kuat. Ini kerana ia boleh bergerak sejauh mana yang dikehendaki sama ada dalam arah sisian atau pepenjuru. Boleh dikatakan pergerakannya adalah gabungan pergerakan tir dan gajah. Menteri juga tidak boleh melompat mana-mana buah lain.

Menteri boleh memakan mana-mana buah lawan yang berada di laluannya, dan kemudian menduduki petak yang sebelum ini diduduki lawan.

Bidak

Bidak boleh bergerak satu petak ke hadapan (atau dua petak pada langkah pertama sahaja). Cara makan bidak lain dari buah lain. Bidak boleh bergerak satu petak ke pepenjuru untuk memakan buah lawan, tetapi tidak boleh memakan buah lawan yang berada di depannya. Oleh itu, dua bidak boleh tersekat sesama sendiri. Bidak merupakan satu-satunya buah catur yang tidak boleh bergerak ke belakang.Dalam rajah di bawah, bidak Putih dihalang daripada bergerak ke hadapan oleh bidak Hitam di hadapannya (dalam file d), tetapi ia boleh memakan bidak Hitam yang satu lagi dengan bergerak secara pepenjuru ke hadapan (kanan) dan menduduki petak itu.