pekeliling ketua pengarah perancangan … mpfn... · persekutuan yang dipengerusikan oleh y.a.b...

25
JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA PEKELILING KETUA PENGARAH PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA BILANGAN 4 TAHUN 2006 PANDUAN MEKANISME KAWAL SELIA BAGI PEMBANGUNAN DI BAWAH SUBSEKSYEN 22(2A) AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA 172) JAYAKAN PERKHIDMATAN BERKUALITI DAN DINAMIK

Upload: ngokhanh

Post on 08-Sep-2018

278 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEKELILING KETUA PENGARAH PERANCANGAN … MPFN... · persekutuan yang dipengerusikan oleh Y.A.B Perdana Menteri dan dianggotai oleh semua Menteri Besar dan Ketua Menteri serta Menteri-Menteri

JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA

PEKELILING KETUA PENGARAH

PERANCANGAN BANDAR DAN DESA

SEMENANJUNG MALAYSIA

BILANGAN 4 TAHUN 2006

PANDUAN MEKANISME KAWAL SELIA BAGI PEMBANGUNAN DI BAWAH SUBSEKSYEN 22(2A)

AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA 172)

JAYAKAN PERKHIDMATAN BERKUALITI DAN DINAMIK

Page 2: PEKELILING KETUA PENGARAH PERANCANGAN … MPFN... · persekutuan yang dipengerusikan oleh Y.A.B Perdana Menteri dan dianggotai oleh semua Menteri Besar dan Ketua Menteri serta Menteri-Menteri

1

1. TUJUAN

1.1 Pekeliling ini bertujuan untuk memberi panduan kepada Pengarah-

pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri (JPBD

Negeri), Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) dan agensi-

agensi yang berkaitan berkenaan proses permohonan kebenaran

merancang di bawah subseksyen 22(2A) Akta Perancangan Bandar

dan Desa 1976 (Akta 172).

2. LATAR BELAKANG

2.1 Antara perkara penting dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa,

1976 (Akta 172) yang telah dipinda melalui Akta Perancangan Bandar

dan Desa (Pindaan) 2001 (Akta A1129) adalah mengadakan

peruntukan di bawah subseksyen 22(2A) berkenaan permohonan

kebenaran merancang yang perlu dirujuk oleh Jawatankuasa

Perancang Negeri (JPN) kepada Majlis Perancang Fizikal Negara

(MPFN) untuk mendapatkan nasihatnya.

2.2 MPFN adalah suatu badan penyelaras yang ditubuhkan di peringkat

persekutuan yang dipengerusikan oleh Y.A.B Perdana Menteri dan

dianggotai oleh semua Menteri Besar dan Ketua Menteri serta

Menteri-Menteri Kabinet yang berkaitan. Ianya bertindak selaku forum

perundingan perancangan bandar dan desa antara Kerajaan

Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Ketua Pengarah Jabatan

Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia bertindak

sebagai setiausaha kepada MPFN.

2.3 Mesyuarat MPFN kali pertama yang bersidang pada 23 Jun 2003 dan

dipengerusikan oleh Y.A.B. Perdana Menteri telah memutuskan untuk

menerimapakai “Mekanisme Kawal Selia bagi Pembangunan di

bawah Subseksyen 22(2A) Akta 172”.

2.4 Subseksyen 22(2A) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976

(selepas ini akan disebut sebagai Akta 172), memperuntukkan

bahawa permohonan untuk kebenaran merancang diperlukan bagi

pembangunan yang melibatkan :-

Page 3: PEKELILING KETUA PENGARAH PERANCANGAN … MPFN... · persekutuan yang dipengerusikan oleh Y.A.B Perdana Menteri dan dianggotai oleh semua Menteri Besar dan Ketua Menteri serta Menteri-Menteri

2

2.4.1 pembangunan sesuatu perbandaran baru bagi penduduk yang

melebihi sepuluh ribu (10,000 orang), atau meliputi suatu

kawasan yang melebihi seratus (100) hektar, atau kedua-

duanya;

2.4.2 sesuatu pemajuan bagi pembinaan apa-apa infrastruktur atau

kemudahan utama; atau

2.4.3 sesuatu pemajuan yang melibatkan puncak atau lereng bukit,

dalam kawasan yang ditetapkan sebagai kawasan alam

sekitar yang sensitif dalam sesuatu rancangan pemajuan.

2.5 Bagi maksud subseksyen 22(2A), pemajuan bagi pembinaan

infrastruktur atau kemudahan utama termasuklah :-

2.5.1 kerja-kerja infrastruktur negara seperti lapangan terbang,

pelabuhan laut, landasan keretapi dan lebuhraya; dan

2.5.2 kerja-kerja kemudahan negara seperti pembinaan empangan,

stesen janakuasa utama dan tapak pembuangan sisa toksik.

2.6 JPN hendaklah merujuk kepada MPFN untuk mendapatkan

nasihatnya sebelum pihak berkuasa perancang tempatan terlibat

membuat keputusan melulus atau menolak sesuatu permohonan

tersebut.

2.7 Peruntukan subseksyen 22(2A) Akta 172 ini adalah selaras dengan

usaha untuk memastikan pembangunan fizikal yang mempunyai

kesan langsung dalam imbangan ekonomi hartanah dan alam sekitar

dikawal dan dipertingkatkan pemantauan ke atasnya secara bersama

oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

3. MEKANISME KAWAL SELIA PEMBANGUNAN DI BAWAH

PERUNTUKAN SUBSEKSYEN 22(2A) AKTA 172

3.1 Bagi melaksanakan kerja-kerja kawal selia, satu mekanisme telah

diwujudkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa

Semenanjung Malaysia sebagai tatacara semakan maklumat

Page 4: PEKELILING KETUA PENGARAH PERANCANGAN … MPFN... · persekutuan yang dipengerusikan oleh Y.A.B Perdana Menteri dan dianggotai oleh semua Menteri Besar dan Ketua Menteri serta Menteri-Menteri

3

pembangunan bagi permohonan kebenaran merancang yang

tertakluk di bawah subseksyen 22(2A) Akta 172, untuk diterimapakai

oleh semua jabatan atau agensi yang terlibat. Tatacara yang

dimaksudkan adalah seperti berikut :-

Langkah 1 : PBPT, atau JPBD Negeri, atau Pejabat Tanah dan

Galian (PTG), atau Pejabat Tanah Daerah (PTD), atau

Unit Perancangan Ekonomi Negeri, atau mana-mana

jabatan atau agensi yang berkenaan, setelah

mengenalpasti permohonan kebenaran merancang

yang melibatkan peruntukan di bawah subseksyen

22(2A) Akta 172, akan menyediakan Kertas Perakuan

Permohonan Pembangunan di Bawah Subseksyen

22(2A) Akta 172 dan mengemukakan kepada JPN

untuk mendapatkan ulasan dan pandangan.

Permohonan yang diterima melalui PBPT hendaklah

mendapat perakuan dari Mesyuarat Majlis Penuh

PBPT berkaitan.

(Lampiran A : Format Kertas Perakuan Permohonan

Pembangunan di Bawah Subseksyen 22(2A) Akta

172)

Langkah 2 : JPN memberikan ulasan dan pandangan, dan

seterusnya memperakukan bahawa permohonan

kebenaran merancang yang melibatkan peruntukan di

bawah subseksyen 22(2A) Akta 172 perlu dirujuk

kepada MPFN.

Page 5: PEKELILING KETUA PENGARAH PERANCANGAN … MPFN... · persekutuan yang dipengerusikan oleh Y.A.B Perdana Menteri dan dianggotai oleh semua Menteri Besar dan Ketua Menteri serta Menteri-Menteri

4

Langkah 3 : Setiausaha JPN (Pengarah JPBD Negeri)

mengemukakan cabutan ulasan dan pandangan JPN,

Kertas Perakuan Permohonan Pembangunan di

Bawah Subseksyen 22(2A) Akta 172 bersama dengan

Borang Permohonan Pembangunan Di bawah

Subseksyen 22(2A) Akta 172 kepada Setiausaha

MPFN (Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar

Dan Desa Semenanjung Malaysia).

(Lampiran B : Format Borang Permohonan

Pembangunan di Bawah Subseksyen 22(2A) Akta

172)

Langkah 4 : Setiausaha MPFN menyerahkan cabutan ulasan dan

pandangan JPN, Kertas Perakuan Permohonan

Pembangunan di Bawah Subseksyen 22(2A) Akta 172

bersama dengan Borang Permohonan Pembangunan

Di bawah Subseksyen 22(2A) Akta 172 kepada

Bahagian Perundangan, Perancangan dan Kawal

Selia (BPPKS) melalui Bahagian Keurusetiaan,

Penyelarasan dan Perancangan Korporat (Urusetia

MPFN) untuk membuat semakan dan tindakan

selanjutnya.

Langkah 5 : Bahagian Perundangan, Perancangan dan Kawal

Selia Ibu Pejabat melalui Unit Perancangan dan Kawal

Selia, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa

Semenanjung Malaysia (JPBDSM) Ibu Pejabat,

hendaklah mendaftarkan permohonan tersebut dan

direkodkan.

Langkah 6 : UPKSIP hendaklah menyemak dan mengesahkan

bahawa permohonan yang dikemukakan dengan

dokumen-dokumen adalah lengkap, dan menepati

jenis pembangunan seperti mana yang tertakluk di

bawah subseksyen 22(2A) Akta 172.

Page 6: PEKELILING KETUA PENGARAH PERANCANGAN … MPFN... · persekutuan yang dipengerusikan oleh Y.A.B Perdana Menteri dan dianggotai oleh semua Menteri Besar dan Ketua Menteri serta Menteri-Menteri

5

Langkah 7 : Sekiranya permohonan tidak lengkap, BPPKS

hendaklah meminta Setiausaha JPN mengemukakan

dokumen-dokumen tambahan yang diperlukan.

Langkah 8 : UPKSIP mengagihkan permohonan dan mengarahkan

Unit Perancangan dan Kawal Selia Zon (UPKS Zon)

berkenaan menjalankan semakan terhadap cadangan

pembangunan.

Langkah 9 : UPKS Zon akan meneliti permohonan berkenaan,

diantara lain merangkumi :

a. Membuat analisis awal terhadap cadangan

pembangunan;

b. Membuat pemerhatian dan siasatan di tapak;

c. Mengumpul maklumat dan data tambahan

(sekiranya perlu);

d. Menyediakan ulasan dan pandangan

perancangan; dan

e. Menyediakan Laporan Perakuan Projek.

(Lampiran C : Format Laporan Perakuan Projek)

Langkah 10 : UPKS Zon hendaklah mengemukakan Laporan

Perakuan Projek yang lengkap dan maklumat-

maklumat tambahan kepada UPKSIP .

Langkah 11 : UPKSIP menyemak dan menyelaras semua Laporan

Perakuan Projek dan maklumat-maklumat yang

diterima dari UPKS Zon sebelum dibentangkan di

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kawal Selia.

Langkah 12 : UPKSIP bertindak selaku urusetia mesyuarat

membuat persediaan untuk Mesyuarat Jawatankuasa

Page 7: PEKELILING KETUA PENGARAH PERANCANGAN … MPFN... · persekutuan yang dipengerusikan oleh Y.A.B Perdana Menteri dan dianggotai oleh semua Menteri Besar dan Ketua Menteri serta Menteri-Menteri

6

Teknikal Kawal Selia (JTKS).

Langkah 13 : Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan

Desa Semenanjung Malaysia (KP JPBDSM) selaku

pengerusi mesyuarat JTKS hendaklah meneliti

permohonan tersebut dan membuat pengesyoran

untuk pertimbangan Jawatankuasa Kerja MPFN.

(Lampiran D : Ahli Mesyuarat Jawatankuasa

Teknikal Kawal Selia)

Jawatankuasa yang ditubuhkan ini antara lain

bertanggungjawab untuk :–

a. menyemak ulasan yang diterima untuk tujuan

penyelarasan;

b. menjalankan semakan lanjut, jika perlu;

c. mendapatkan nasihat pakar-pakar, jika perlu;

d. meminta pemaju mengemukakan dokumen-

dokumen tambahan jika perlu; dan

e. membuat pengesyoran dan ulasan terhadap

permohonan.

Langkah 14 : UPKS Zon menyediakan Minit Mesyuarat JTKS dan

mendapatkan pengesahan KP JPBDSM.

Langkah 15 : UPKS Zon menyediakan Draf Kertas MPFN dan

mengemukakan kepada UPKSIP untuk penyelarasan

sebelum diserahkan kepada urusetia MPFN bagi

semakan dan perakuan Setiausaha MPFN.

(Lampiran E : Format Kertas MPFN )

Langkah 16 : Setiausaha MPFN membentangkan Draf Kertas MPFN

di Mesyuarat Jawatankuasa Kerja MPFN yang

dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian

Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KSU KPKT).

(Lampiran F : Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja

Page 8: PEKELILING KETUA PENGARAH PERANCANGAN … MPFN... · persekutuan yang dipengerusikan oleh Y.A.B Perdana Menteri dan dianggotai oleh semua Menteri Besar dan Ketua Menteri serta Menteri-Menteri

7

MPFN)

Jawatankuasa Kerja MPFN bertanggungjawab meneliti

ulasan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Teknikal

Kawal Selia, dan hendaklah membuat pengesyoran

untuk pertimbangan dan keputusan.

Langkah 17 : Sekiranya terdapat pindaan atau tambahan dari

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja MPFN, UPKS Zon

akan mengemaskini Kertas MPFN dan dikemukakan

semula kepada urusetia MPFN untuk semakan dan

perakuan Setiausaha MPFN.

Langkah 18 : Setiausaha MPFN hendaklah mengangkat Kertas

MPFN untuk pertimbangan dan keputusan MPFN yang

dipengerusikan oleh Perdana Menteri/Timbalan

Perdana Menteri Malaysia.

(Lampiran G : Ahli Jawatankuasa MPFN)

Tugas-tugas MPFN berdasarkan peruntukan

subseksyen 2A(2) Akta 172 adalah :

(a) untuk menggalakkan di dalam negara, dalam

rangka dasar negara, perancangan bandar

dan desa sebagai suatu alat yang berkesan

dan efisien bagi memperelok persekitaran

dari segi fizikal dan ke arah pencapaian

suatu pemajuan yang mapan di dalam

negara;

(b) untuk menasihati Kerajaan Persekutuan atau

Kerajaan mana-mana Negeri, mengenai

perkara-perkara yang berhubungan dengan

perancangan bandar dan desa yang

dikehendaki di bawah Akta ini; dan

(c) untuk melaksanakan apa-apa tugas lain yang

diberikan kepada Majlis di bawah Akta ini.

Page 9: PEKELILING KETUA PENGARAH PERANCANGAN … MPFN... · persekutuan yang dipengerusikan oleh Y.A.B Perdana Menteri dan dianggotai oleh semua Menteri Besar dan Ketua Menteri serta Menteri-Menteri

8

Langkah 19 : Setiausaha MPFN hendaklah menyampaikan

keputusan dan nasihat MPFN kepada Setiausaha JPN

untuk dikemukakan ke JPN dan PBPT masing-masing.

Langkah 20 : UPKS Zon hendaklah memantau status kemajuan

projek dan pematuhan terhadap nasihat-nasihat yang

disyorkan oleh MPFN.

Langkah 21 UPKS Zon menyediakan Laporan Pemantauan Projek

dan mengemukakannya kepada UPKSIP.

Langkah 22 : BPPKS mengemukakan Laporan Pemantauan Projek

kepada urusetia MPFN untuk dibentangkan kepada

MPFN sekiranya perlu.

3.2 Carta aliran kerja bagi permohonan kebenaran merancang di bawah

subseksyen 22(2A) Akta 172 adalah seperti di dalam Lampiran H .

4. TANGGUNGJAWAB PENGARAH JPBD NEGERI

4.1 Memandangkan MPFN telah memperakukan mekanisme ini di

Mesyuarat MPFN Pertama pada 23 Jun 2003, semua Pengarah JPBD

Negeri diminta untuk menerimapakai arahan ini dan meneliti di dalam

memproses permohonan kebenaran merancang yang berkaitan

dengan Para 2.4.1, 2.4.2 dan 2.4.3.

4.2 Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-

masing, peruntukan Pekeliling Ketua Pengarah Perancangan Bandar

Dan Desa Semenanjung Malaysia ini pada keseluruhannya perlu

dipanjangkan juga kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat

Tanah dan Galian, Agensi-Agensi Teknikal di peringkat Persekutuan

dan Negeri yang terlibat di dalam mengawal dan meluluskan

pembangunan infrastuktur dan kemudahan utama negara.

Page 10: PEKELILING KETUA PENGARAH PERANCANGAN … MPFN... · persekutuan yang dipengerusikan oleh Y.A.B Perdana Menteri dan dianggotai oleh semua Menteri Besar dan Ketua Menteri serta Menteri-Menteri
Page 11: PEKELILING KETUA PENGARAH PERANCANGAN … MPFN... · persekutuan yang dipengerusikan oleh Y.A.B Perdana Menteri dan dianggotai oleh semua Menteri Besar dan Ketua Menteri serta Menteri-Menteri

i

CONTOH KERTAS PERAKUAN PERMOHONAN PEMBANGUNAN DIBAWAH SUBSEKSYEN 22(2A) AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976

(AKTA 172) KEPADA JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI (JPN)

1. TUJUAN

Tujuan kertas ini adalah untuk mendapat ulasan dan pandangan serta perakuan Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) samada pemajuan yang dicadangkan boleh dibenarkan.

2. PERIHAL DAN LATAR BELAKANG TAPAK

Maklumat-maklumat asas yang penting berkaitan dengan tapak cadangan pemajuan pembangunan dimasukkan seperti:

2.1 Maklumat Lot Tapak

- nombor lot, mukim, daerah dan sebagainya

2.2 Luas Tapak Pemajuan

2.3 Keadaan Topografi, Kontur Dan Alam Semulajadi

2.4 Guna Tanah Sedia Ada Tapak Dan Guna Tanah Di Sekitar

Penghuraian mengenai kegunaan tanah sedia ada di tapak dan juga kawasan sekitarnya yang akan mempengaruhi potensi tapak tersebut seperti perumahan setinggan, industri dan sebagainya. Adakah cadangan pembangunan tersebut mempunyai keserasian dan "compatibility" dengan pembangunan sedia ada disekitarnya.

Bahagian ini juga perlu membentangkan apakah pemajuan- pemajuan yang telah diluluskan atau sedang dalam pertimbangan oleh pihakberkuasa tempatan atau pihakberkuasa negeri di sekitar kawasan pembangunan.

2.5 Perlingkungan/Zon

Perlingkungan/zon yang ditunjukkan untuk tapak seperti dalam pelan-pelan kawalan yang digunapakai oleh PBPT berkenaan seperti Rancangan Struktur Negeri (RSN), Rancangan Tempatan (RT), Pelan Dasar dan sebagainya.

LAMPIRAN A

Page 12: PEKELILING KETUA PENGARAH PERANCANGAN … MPFN... · persekutuan yang dipengerusikan oleh Y.A.B Perdana Menteri dan dianggotai oleh semua Menteri Besar dan Ketua Menteri serta Menteri-Menteri

ii

2.6 Had Kawalan! Ketumpatan yang dibenarkan/ ketumpatan maksimum -nisbah plot

"plinth area"

! Kawalan ketinggian

! Tapak pemajuan samada termasuk di dalam kawasan yang dibenarkan untuk pembangunan atau tidak.

2.7 Perihal Tanah .

! Sekatan-sekatan tanah oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN). ! Kategori kegunaan tanah seperti di dalam suratan hak milik -surat

kelulusan Pihak Berkuasa Negeri

3.0 CADANGAN PEMAJUAN

Bahagian ini memperincikan cadangan-cadangan di dalam pemajuan ini dari segi jenis, bilangan, ketinggian dan sebagainya. Contohnya seperti berikut:

Contoh:

A. Komponen kediaman

a) Rumah pangsa kos rendah 5 tingkat -100 unit

b) Rumah teres 2 tingkat -150 unit

c) Rumah kos sederhana 17 tingkat -1000 unit

Jumlah -1250 unit

B. Komponen Perdagangan a) Rumah kedai 5 tingkat -75 unit

b) Komplek membeli belah 6 tingkat -20,000 kaki persegi

C. Komponen Industri a) Bangunan industri berkembar 2 tingkat -300 unit

3.1 Fasa Pembangunan Bahagian ini menerangkan fasa pembangunan mengikut tahun.

3.2 Kos Pembangunan

Ini termasuklah bayaran premium tukar syarat tanah, kos tanah, kos pembinaan bangunan dan sebagainya.

3.3 Pelan Tatasusunan Atau Pelan Perincian Lain. (mana berkaitan)

Page 13: PEKELILING KETUA PENGARAH PERANCANGAN … MPFN... · persekutuan yang dipengerusikan oleh Y.A.B Perdana Menteri dan dianggotai oleh semua Menteri Besar dan Ketua Menteri serta Menteri-Menteri

iii

4.0 Asas Pertimbangan

4.1 Analisis keadaan semasa dan akan datang berkaitan stok perumahan, perniagaan, industri dan sebagainya yang bersangkutan dengan cadangan yang akan dibangunkan ini.

4.2 Potensi dan halangan tapak Ini termasuklah risiko yang perlu dihadapi.

4.3 Dasar Dan Pertimbangan Matan

Ini termasuklah perbincangan samada cadangan mematuhi RFN, RSN, RT, RKK, dasar-dasar Pihakberkuasa Negeri, dasar-dasar PBPT berkenaan dan sebagainya.

4.4 Impak Pembangunan Dan Langkah Mitigasi Bahagian ini membincangkan impak pembangunan ke atas beberapa aspek dan langkah-langkah mitigasi yang akan diambil pemaju. Bahagian ini juga boleh melampirkan ulasan-ulasan dan surat-surat kelulusan dari jabatan-jabatan teknikal berkaitan.

4.4.1 impak pembangunan ke atas alam sekitar

4.4.2 impak pembangunan ke atas sistem lalu lintas di dalam tapak pemajuan dan di sekitar

4.4.3 impak pembangunan ke atas infrastruktur sedia ada dan

infrastruktur yang perlu disediakan

4.4.4 impak sosial

4.4.5 impak kesihatan (sekiranya ada)

4.4.6 impak pembangunan ke atas ekonomi (termasuk pasaran harta, peluang pekerjaan dan sebagainya)

4.4.7 impak pembangunan ke atas urban design dan urban form

kawasan berkenaan.

4.4.8 impak pembangunan secara global (negeri, wilayah, negara)

5.0 SYOR

JPN adalah dipohon untuk memberi ulasan, pandangan dan perakuan terhadap permohonan pembangunan ini untuk diangkat ke MPFN.

Page 14: PEKELILING KETUA PENGARAH PERANCANGAN … MPFN... · persekutuan yang dipengerusikan oleh Y.A.B Perdana Menteri dan dianggotai oleh semua Menteri Besar dan Ketua Menteri serta Menteri-Menteri

BORANG PERMOHONAN PEMBANGUNAN DI BAWAH SUBSEKSYEN 22 (2A) AKTA 172

1.0 BAHAGIAN LATARBELAKANG PERMOHONAN

MAKLUMATNota

1.1 NAMA PROJEK

1.2 NAMA PEMILIK

TANAH

1.3 NAMA PEMAJU

1.4 PEJABAT DI MANA

PERMOHONAN

DIFAILKAN

Pihak Berkuasa Perancang Tempatan yang

memfailkan permohonan. (Contoh : Majlis

Daerah Cameron Highlands, Majlis

Perbandaran Subang Jaya, JPBD Negeri

Perak).

No. Lot

Mukim

Daerah

1.5 LOKASI

Negeri

Dokumen TAMBAHAN (jika ada) Yang

Disertakan :

Dokumen yang PERLU dihantar bersama

permohonan adalah :

Senarai dokumen Bil

1. Laporan Cadangan Pemajuan

(LCP) Mengikut Manual LCP JPBD

dan MIP. Sertakan bersama ‘Soft

Copy’ (jika ada).

2. Pelan Tatatur Pembangunan

(berskala dan Bersaiz A1)

sertakan bersama ‘Soft Copy’

(jika ada).

3. Laporan Penilaian Kesan Alam

Sekitar (EIA) dan surat kelulusan JAS

4. Pelan Kontor (berskala dan bersaiz

A1)

5. Pelan Analisis Kecerunan Tanah

(A1)

6. Ulasan/Cabutan Keputusan J/K

Perancang Negeri (JPN).

7. Keputusan Majlis Penuh PBT .

8. Kertas PerakuanPermohonan

Pembangunan di Bawah Subseksyen

22(2A) oleh PBT/JPN

30

10

5

5

5

1

1

5

Senarai dokumen

i. Laporan Geoteknik Tanah

ii. Laporan TIA (Transport

Impact Assesment)

iii. Laporan SIA (Social Impact

Assessment)

iv. Laporan ERA

(Environmental Risk Assessment)

v. Laporan ESCP (Erosion

Sediment Control Plan)

vi. Laporan Pengairan Dan

Dan Muka Air Tanah.

vii. Maklumat Foto Udara/ImejSatelit

viii. Laporan Utiliti Dan Kemudahan

ix. Laporan ESA (Enviromentally

Sensitive Areas )

x. Laporan EHIA (Environmental Health

Impact Analysis)

xi. Lain-lain laporan berkaitan.

Bil

2

2

2

2

2

2

1

2

2

2

2

BPPKS 1/03 (Pind. 4)

LAMPIRAN B

Page 15: PEKELILING KETUA PENGARAH PERANCANGAN … MPFN... · persekutuan yang dipengerusikan oleh Y.A.B Perdana Menteri dan dianggotai oleh semua Menteri Besar dan Ketua Menteri serta Menteri-Menteri

2.0 BAHAGIAN KEPUTUSAN JPN

MAKLUMAT Nota

2.1 TARIKH DAN

KEPUTUSAN JPN

Bil. Mesyuarat : …………………..

Tarikh : ………………….

Tempat : …………………..

Keputusan JPN : .………………….

Bil. tarikh, tempat dan keputusan

Mesyuarat JPN. Sila sertakan bersama

cabutan keputusan JPN.

Tarikh : ……………………… Nama dan tandatangan Pengarah JPBD Negeri

Cop Rasmi : …………..…………………………………….

……………………………………………………….

* Sila tandakan ! di kotak yang berkenaan

……………………………………………………………………………………………………………………………

UNTUK KEGUNAAN UPKS (IP) SAHAJA

Bil. / / Zon Utara, Tengah, Selatan, Timur.

Lengkap *

Tidak Lengkap

Peringatan : Sila isikan “tiada maklumat” pada ruang maklumbalas jika maklumat tiada atau

tidak diperolehi

* Pindaan sehingga 05 Julai 2005

Page 16: PEKELILING KETUA PENGARAH PERANCANGAN … MPFN... · persekutuan yang dipengerusikan oleh Y.A.B Perdana Menteri dan dianggotai oleh semua Menteri Besar dan Ketua Menteri serta Menteri-Menteri

i

LAMPIRAN C

BPPKS 5/03

FORMAT LAPORAN PERAKUAN PROJEK ZON (LPP)

Kulit Hadapan

a. Tajuk – Nama Projek

b. Tarikh – Bulan Dan Tahun

c. Alamat UPKS Zon

d. Logo Jabatan

M/s i

a. Nama Projek

b. Rujukan Fail

c. Tarikh Siasatan Tapak

d. Pasukan Petugas

e. Disediakan Oleh

f. Disemak Oleh

g. Diperakukan Oleh

M/s 1

Page 17: PEKELILING KETUA PENGARAH PERANCANGAN … MPFN... · persekutuan yang dipengerusikan oleh Y.A.B Perdana Menteri dan dianggotai oleh semua Menteri Besar dan Ketua Menteri serta Menteri-Menteri

ii

Isikandungan

1.0 TUJUAN

2.0 LATARBELAKANG PERMOHONAN

2.1 Profail Tapak

2.1.1 Lokasi

2.1.2 Keluasan

2.1.3 Hakmilik

2.1.4 Status Tanah

2.1.5 Pemilik Tanah

2.1.6 Lain-lain

3.0 KRONOLOGI PERMOHONAN

4.0 CADANGAN PEMBANGUNAN

4.1 Jenis Pembangunan (Bandar baru/infrastruktur/lereng bukit)

4.2 Jenis Pembangunan Utama (jadual)

5.0 ULASAN JABATAN TEKNIKAL PERINGKAT NEGERI (jadual)

6.0 ANALISIS PROJEK

6.1 Siasatan Tapak

6.2 Pembangunan Sekitar

6.3 Topografi Semasa

6.4 Maklumat Rancangan Pemajuan (RTD,RSN&RFN)

6.5 Analisis Tanah Tanih

6.6 Dasar Dan Polisi Berkaitan

7.0 RUMUSAN/PENUTUP

Page 18: PEKELILING KETUA PENGARAH PERANCANGAN … MPFN... · persekutuan yang dipengerusikan oleh Y.A.B Perdana Menteri dan dianggotai oleh semua Menteri Besar dan Ketua Menteri serta Menteri-Menteri

LAMPIRAN D

KEAHLIAN JAWATANKUASA TEKNIKAL KAWAL SELIA

Ahli Jawatankuasa Tetap

1. Ketua Pengarah, JPBD SM - Pengerusi

2. Timbalan Ketua Pengarah 1, JPBD SM - Timb. Pengerusi

3. Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian

Persekutuan

4. Jabatan Kerja Raya Persekutuan

5. Jabatan Alam Sekitar

6. Jabatan Pengairan dan Saliran, Malaysia

7. Jabatan Pertanian, Malaysia

8. Jabatan Mineral dan Geosains, Malaysia

9. Jabatan Perkhidmatan Pembentungan

10. Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia

11. Pihak Berkuasa Air Persekutuan

12. Tenaga Nasional Berhad (TNB)

13. Syarikat Telekom Malaysia Berhad (STMB)

14. Bahagian Keurusetiaan, Penyelarasan dan

Perancangan Korporat, JPBD SM

15. Pengarah Bahagian Perundangan, Perancangan

Dan Kawal Selia, JPBD SM - Setiausaha

16. Unit Perancangan dan Kawal Selia, BPPKS, JPBD SM - Urusetia

Ahli Jawatankuasa Terbabit

17. Pejabat Tanah Daerah (terbabit)

18. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri (terbabit)

19. Pihak Berkuasa Tempatan (terbabit)

20. Jabatan-jabatan/Agensi-agensi lain yang berkaitan

Page 19: PEKELILING KETUA PENGARAH PERANCANGAN … MPFN... · persekutuan yang dipengerusikan oleh Y.A.B Perdana Menteri dan dianggotai oleh semua Menteri Besar dan Ketua Menteri serta Menteri-Menteri

i

LAMPIRAN C

BPPKS 5/03

FORMAT LAPORAN PERAKUAN PROJEK ZON (LPP)

Kulit Hadapan

a. Tajuk – Nama Projek

b. Tarikh – Bulan Dan Tahun

c. Alamat UPKS Zon

d. Logo Jabatan

M/s i

a. Nama Projek

b. Rujukan Fail

c. Tarikh Siasatan Tapak

d. Pasukan Petugas

e. Disediakan Oleh

f. Disemak Oleh

g. Diperakukan Oleh

M/s 1

Page 20: PEKELILING KETUA PENGARAH PERANCANGAN … MPFN... · persekutuan yang dipengerusikan oleh Y.A.B Perdana Menteri dan dianggotai oleh semua Menteri Besar dan Ketua Menteri serta Menteri-Menteri

ii

Isikandungan

1.0 TUJUAN

2.0 LATARBELAKANG PERMOHONAN

2.1 Profail Tapak

2.1.1 Lokasi

2.1.2 Keluasan

2.1.3 Hakmilik

2.1.4 Status Tanah

2.1.5 Pemilik Tanah

2.1.6 Lain-lain

3.0 KRONOLOGI PERMOHONAN

4.0 CADANGAN PEMBANGUNAN

4.1 Jenis Pembangunan (Bandar baru/infrastruktur/lereng bukit)

4.2 Jenis Pembangunan Utama (jadual)

5.0 ULASAN JABATAN TEKNIKAL PERINGKAT NEGERI (jadual)

6.0 ANALISIS PROJEK

6.1 Siasatan Tapak

6.2 Pembangunan Sekitar

6.3 Topografi Semasa

6.4 Maklumat Rancangan Pemajuan (RTD,RSN&RFN)

6.5 Analisis Tanah Tanih

6.6 Dasar Dan Polisi Berkaitan

7.0 RUMUSAN/PENUTUP

Page 21: PEKELILING KETUA PENGARAH PERANCANGAN … MPFN... · persekutuan yang dipengerusikan oleh Y.A.B Perdana Menteri dan dianggotai oleh semua Menteri Besar dan Ketua Menteri serta Menteri-Menteri

LAMPIRAN F

KEAHLIAN

JAWATANKUASA KERJA MPFN

1. Ketua Setiausaha

Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Pengerusi

2. Ketua-Ketua Setiausaha bagi semua Kementerian

Yang Menganggotai Majlis

3. Setiausaha-setiausaha Kerajaan Negeri di

Semenanjung Malaysia

4. Wakil-wakil lain yang berkaitan mengikut

Keperluan; dan

5. Ketua Pengarah, Jabatan Perancangan Bandar

Dan Desa Semenanjung Malaysia Setiausaha

Page 22: PEKELILING KETUA PENGARAH PERANCANGAN … MPFN... · persekutuan yang dipengerusikan oleh Y.A.B Perdana Menteri dan dianggotai oleh semua Menteri Besar dan Ketua Menteri serta Menteri-Menteri

1. Perdana Menteri; Pengerusi

2. Timbalan Perdana Menteri; Timbalan Pengerusi

3. Menteri yang bertanggungjawab bagi perancangan bandar dan desa;

4. Menteri yang bertanggungjawab bagi perumahan dan kerajaan tempatan, jika dia

bukan juga Menteri yang dipertanggungjawabkan dengan tangggungjawab bagi

perancangan bandar dan desa;

5. Menteri Kewangan;

6. Menteri yang bertanggungjawab bagi tanah;

7. Menteri Besar Atau Ketua Menteri Setiap Negeri;

8. Menteri yang bertanggungjwab bagi Wilayah Persekutuan;

9. Tidak lebih daripada tujuh (7) * ahli lain yang hendaklah dilantik oleh Pengerusi; dan

10. Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa

Semenanjung Malaysia Setiausaha (di bawah Subseksyen 2B(2) Akta 172)

KEAHLIAN

MAJLIS PERANCANG FIZIKAL NEGARA

(Subseksyen 2A(1), Akta 172)

LAMPIRAN G

* 7 ahli lain yang telah dilantik adalah :

1. Menteri Kerja Raya 2. Menteri Pengangkutan 3. Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi 4. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah 5. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani 6. Ketua Setiausaha Negara 7. Peguam Negara

Page 23: PEKELILING KETUA PENGARAH PERANCANGAN … MPFN... · persekutuan yang dipengerusikan oleh Y.A.B Perdana Menteri dan dianggotai oleh semua Menteri Besar dan Ketua Menteri serta Menteri-Menteri
Page 24: PEKELILING KETUA PENGARAH PERANCANGAN … MPFN... · persekutuan yang dipengerusikan oleh Y.A.B Perdana Menteri dan dianggotai oleh semua Menteri Besar dan Ketua Menteri serta Menteri-Menteri
Page 25: PEKELILING KETUA PENGARAH PERANCANGAN … MPFN... · persekutuan yang dipengerusikan oleh Y.A.B Perdana Menteri dan dianggotai oleh semua Menteri Besar dan Ketua Menteri serta Menteri-Menteri