4 lelaki ditarik wanita ke neraka..docx

3
4 Jenis Lelaki Yang Akan Ditarik Wanita Ke Dalam Neraka Pendahuluan Pada Zaman Kemodenan ini, ramai wanita ingin menyaingi lelaki dari pelbagai sudut. Wanita melihat tugas lelaki adalah mudah. Terdapat juga wanita yang mengeluh disebabkan tanggungjawab yang dipikul lebih berat berbanding lelaki terutama apabila wanita mula membandingkan hak-hak lelaki, aurat lelaki, dan tugas lelaki. Namun wanita kurang cakna satu hal yang amat berat bagi kaum lelaki yang tidak akan mempu dipikul oleh kaum wanita yakni penanggungan dosa wanita atas bahu lelaki. Ketika di akhirat, wanita akan menarik empat jenis lelaki bersama-samanya ke dalam neraka.Tulisan ini bukanlah bertujuan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan sebaik-baiknya berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul.. 1. Ayahnya Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Hal ini kerana tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja, tetapi didikan agama dan pengawasan yang sewajarnya oleh seorang yang

Upload: hasniza-binti-hasan

Post on 23-Jan-2016

26 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 4 Lelaki ditarik Wanita Ke Neraka..docx

4 Jenis Lelaki Yang Akan Ditarik Wanita Ke Dalam Neraka

Pendahuluan

Pada Zaman Kemodenan ini, ramai wanita ingin menyaingi lelaki dari

pelbagai sudut. Wanita melihat tugas lelaki adalah mudah. Terdapat juga wanita

yang mengeluh disebabkan tanggungjawab yang dipikul lebih berat berbanding

lelaki terutama apabila wanita mula membandingkan hak-hak lelaki, aurat lelaki, dan

tugas lelaki. Namun wanita kurang cakna satu hal yang amat berat bagi kaum lelaki

yang tidak akan mempu dipikul oleh kaum wanita yakni penanggungan dosa wanita

atas bahu lelaki.

Ketika di akhirat, wanita akan menarik empat jenis lelaki bersama-samanya

ke dalam neraka.Tulisan ini bukanlah bertujuan untuk memperkecilkan wanita tetapi

sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan sebaik-baiknya

berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang

dipikul..

1. Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak

perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama

seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak

perempuannya tidak menutup aurat. Hal ini kerana tidak cukup kalau dengan

hanya memberi kemewahan dunia sahaja, tetapi didikan agama dan

pengawasan yang sewajarnya oleh seorang yang bergelar bapa. Maka

disebebkan ketidakcaknaan bapa, dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya

itu.

2. Suaminya

Apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya yakni dengan

membiarkan isterinya bergaul bebas di tempat kerja, memperhiaskan diri

bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim.

Apabila suami mendiam diri tanpa menegur atau menasihati walhal dia

seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia

akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka.

Page 2: 4 Lelaki ditarik Wanita Ke Neraka..docx

3. Saudara Lelaki (Abang atau Adik Lelaki)

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh

ke bahu saudara lelaki. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya

sahaja dan adik perempuannya dibiarkan melencong dari ajaran ISLAM,

maka tunggulah tarikan adiknya itu ke neraka kelak.

4. Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang

haram di sisi Islam, bila ibu membuat kemungkaran seperti mendedah aurat,

mengumpat, mengata & sebagainya, maka anak itu akan disoal dan

dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya itu ke

neraka.

Firman Allah SWT:-

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api

neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-

malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa

yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang

diperintahkan.” (At Tahrim : 6)

Justeru, sedarlah bahawa Tanggungjawab seorang lelaki itu bukanlah mudah.

Seorang lelaki mempunyai berbagai-bagai tanggungjawab di bahunya. Tidaklah

harus bagi mana-mana wanita memandang tugas lelaki itu sebagai satu tugasa yang

mudah dan tidak harus juga seorang lelaki itu menjadi lelaki yang tidak

bertanggungjawab serta tidak berguna kepada diri sendiri, keluarga dan agama.

Wallahu’alam.