373-743-1-sm.pdf

10
Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013 163 APLIKASI TEKNIK GOSOKAN MELALUI KAEDAH KAJIAN VISUAL UNTUK MENINGKATKAN PERSEPSI JALINAN DALAM BIDANG MENGGAMBAR BAGI MURID TAHUN 4 SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG GELAM Oleh: Siti Zalina Binti Ibrahim & Nazli Bin Hamzah Jabatan Kajian Sosial, IPG Kampus Dato‟ Razali Ismail [email protected] & [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan kaedah Kajian Visual bagi meningkatkan persepsi jalinan dalam bidang menggambar teknik gosokan dalam pembelajaran Pendidikan Seni Visual Tahun 4. Responden adalah terdiri daripada murid tahun 4 As-Siddiq dari Sekolah Kebangsaan Tanjung Gelam, iaitu seramai 5 orang. Kajian tindakan ini menggunakan 4 jenis instrumen iaitu Ujian Pra dan Pasca, Pemerhatian, Soal selidik, dan Temubual. Analisis kajian menggunakan kaedah kualitatif dan kajian ini adalah berbentuk kajian kes. Dapatan kajian ini telah membuktikan dengan adanya kaedah Kajian Visual dalam pengajaran dan pembelajaran, telah meningkatkan objektif kajian iaitu persepsi jalinan, minat, tahap prestasi, dan interaksi aktif murid dengan alam dalam bidang menggambar menggunakan teknik gosokan. Berdasarkan dapatan kajian ini, kaedah Kajian Visual telah disarankan untuk amalan pendidikan dan kajian lanjutan. Kajian ini juga dapat memberi panduan kepada guru-guru di dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah yang mengaplikasikan kaedah penerokaan. Kata kunci: Kajian Visual, persepsi jalinan, gosokan PENDAHULUAN Berdasarkan pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, didapati bahawa pembelajaran tentang konsep jalinan secara teori sahaja adalah agak sukar untuk dikuasai dan difahami oleh murid. Ada segelintir kecil sahaja yang pernah merasai pengalaman menghasilkan karya menggambar menggunakan teknik gosokan yang melibatkan mereka secara aktif dan mesra dengan alam sekeliling. Ini kerana mereka tidak diberi peluang meneroka dan mengenalpasti jalinan-jalinan yang ada di sekeliling mereka. Ini disebabkan oleh penggunaan bahan untuk membuat gosokan yang hanya tertumpu kepada bahan yang berada di persekitaran dalam kelas sahaja. FOKUS KAJIAN Fokus kajian adalah untuk meningkatkan daya pemahaman dan pengetahuan murid terhadap jalinan yang boleh dihasilkan semasa melaksanakan aktiviti menggambar yang menggunakan teknik gosokan. Dengan kata lain, murid akan melibatkan diri secara aktif dengan persekitaran semasa berkarya dan menjadikan mereka lebih mesra dengan alam sekeliling mereka tidak kira samada dengan alam semulajadi mahupun alam buatan manusia. Ini akan menjadikan murid-murid lebih kreatif dan dapat menghasilkan karya

Upload: kalaimathi-nadarajah

Post on 07-Dec-2015

223 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: 373-743-1-SM.pdf

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

163

APLIKASI TEKNIK GOSOKAN MELALUI KAEDAH KAJIAN

VISUAL UNTUK MENINGKATKAN PERSEPSI JALINAN DALAM

BIDANG MENGGAMBAR BAGI MURID TAHUN 4

SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG GELAM

Oleh:

Siti Zalina Binti Ibrahim & Nazli Bin Hamzah

Jabatan Kajian Sosial, IPG Kampus Dato‟ Razali Ismail

[email protected] & [email protected]

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan kaedah Kajian Visual

bagi meningkatkan persepsi jalinan dalam bidang menggambar teknik

gosokan dalam pembelajaran Pendidikan Seni Visual Tahun 4. Responden

adalah terdiri daripada murid tahun 4 As-Siddiq dari Sekolah Kebangsaan

Tanjung Gelam, iaitu seramai 5 orang. Kajian tindakan ini menggunakan 4

jenis instrumen iaitu Ujian Pra dan Pasca, Pemerhatian, Soal selidik, dan

Temubual. Analisis kajian menggunakan kaedah kualitatif dan kajian ini

adalah berbentuk kajian kes. Dapatan kajian ini telah membuktikan dengan

adanya kaedah Kajian Visual dalam pengajaran dan pembelajaran, telah

meningkatkan objektif kajian iaitu persepsi jalinan, minat, tahap prestasi,

dan interaksi aktif murid dengan alam dalam bidang menggambar

menggunakan teknik gosokan. Berdasarkan dapatan kajian ini, kaedah

Kajian Visual telah disarankan untuk amalan pendidikan dan kajian

lanjutan. Kajian ini juga dapat memberi panduan kepada guru-guru di

dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual

di sekolah yang mengaplikasikan kaedah penerokaan.

Kata kunci: Kajian Visual, persepsi jalinan, gosokan

PENDAHULUAN

Berdasarkan pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah,

didapati bahawa pembelajaran tentang konsep jalinan secara teori sahaja adalah agak

sukar untuk dikuasai dan difahami oleh murid. Ada segelintir kecil sahaja yang pernah

merasai pengalaman menghasilkan karya menggambar menggunakan teknik gosokan

yang melibatkan mereka secara aktif dan mesra dengan alam sekeliling. Ini kerana

mereka tidak diberi peluang meneroka dan mengenalpasti jalinan-jalinan yang ada di

sekeliling mereka. Ini disebabkan oleh penggunaan bahan untuk membuat gosokan yang

hanya tertumpu kepada bahan yang berada di persekitaran dalam kelas sahaja.

FOKUS KAJIAN

Fokus kajian adalah untuk meningkatkan daya pemahaman dan pengetahuan murid

terhadap jalinan yang boleh dihasilkan semasa melaksanakan aktiviti menggambar yang

menggunakan teknik gosokan. Dengan kata lain, murid akan melibatkan diri secara aktif

dengan persekitaran semasa berkarya dan menjadikan mereka lebih mesra dengan alam

sekeliling mereka tidak kira samada dengan alam semulajadi mahupun alam buatan

manusia. Ini akan menjadikan murid-murid lebih kreatif dan dapat menghasilkan karya

Page 2: 373-743-1-SM.pdf

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

164

menggambar teknik gosokan yang lebih menarik dan jauh lebih baik berbanding dengan

karya yang sebelumnya.

Melalui sesi temubual dengan 5 orang murid menerusi soalan terikat yang

berkisarkan tentang istilah dan konsep jalinan. Yakni sebelum diperkenalkan dengan

kaedah Kajian Visual ini, kelima-lima orang murid menyatakan bahawa mereka

mengalami kesukaran untuk menguasai istilah dan konsep jalinan secara teori semata-

mata. Mereka juga menyatakan bahawa kaedah pembelajaran yang tidak melibatkan

mereka secara aktif dengan alam sekeliling merupakan suatu pembelajaran yang

membosankan dan tidak begitu membantu dalam pemahaman mereka.

Bagi membantu murid untuk mengatasi masalah ini, kaedah “Kajian Visual”

diperkenalkan.Kajian ini akan menggunakan kaedah penerokaan dan interaksi aktif murid

dengan alam sekeliling mereka bagi meningkatkan persepsi jalinan dalam bidang

menggambar teknik gosokan. Murid akan dibimbing dan dibantu sepanjang proses

pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah ini.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Kajian

3.1.1 Objektif Umum

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap kreativiti murid-murid dalam

Pendidikan Seni Visual yang menjurus kepada bidang Menggambar bagi aktiviti gosokan.

3.1.2 Objektif Khusus

i. Meningkatkan tahap prestasi murid dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual

khususnya dalam bidang kegiatan Menggambar aktiviti gosokan yang dapat

mewujudkan kepelbagaian jalinan dalam hasil karya.

ii. Mendorong perubahan sikap dan minat murid terhadap mata pelajaran Pendidikan

Seni Visual.

iii. Mempelbagaikan jalinan sentuh yang terhasil menerusi aktiviti menggambar

gosokan.

iv. Menggalakkan interaksi aktif dan mesra dengan alam sekeliling serta

menggalakkan penerokaan dalam kehidupan seharian.

Soalan Kajian

Kajian ini akan menjawab serta menghuraikan beberapa persoalan berikut :

i. Adakah kaedah Kajian Visual ini dapat meningkatkan persepsi jalinan murid

dalam bidang Menggambar, teknik gosokan?

ii. Adakah kaedah pembelajaran secara Kajian Visual berkesan untuk

meningkatkan prestasi murid dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual

terutamanya dalam bidang kegiatan Menggambar iaitu gosokan?

Page 3: 373-743-1-SM.pdf

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

165

iii. Adakah kaedah ini dapat meningkatkan minat murid terhadap penghasilan

karya dalam bidang menggambar, teknik gosokan.

iv. Adakah pengaplikasian kaedah ini dapat menggalakkan interaksi aktif dan

mesra murid dengan alam sekeliling?

v.

KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran ialah murid tahun 4 As-Siddiq di Sekolah Kebangsaan Tanjung

Gelam, Kuala Terengganu, Terengganu. Terdapat 35 orang murid di dalam kelas ini.

Dalam kajian tindakan ini, penyelidik telah memilih seramai 5 orang responden yang

terdiri daripada 3 orang murid perempuan dan 2 orang murid lelaki. Penyelidik telah

memilih sampel secara rawak sebelum ujian pra dan pasca ditadbir. Penyelidik akan

menumpukan kajian terhadap 5 responden ini.

INSTRUMEN KAJIAN

a) Ujian Pra

b) Ujian Pasca

c) Pemerhatian

d) Temubual

e) Soal Selidik

CARA PENGGUMPULAN DATA

a) Ujian Pra

Ujian ini dijalankan di dalam kelas 4 As Siddiq dan melibatkan 5 responden. Penyelidik

bertindak menjalankan pengajaran dan pembelajaran aktiviti menggambar teknik gosokan

tanpa melibatkan murid dengan permukaan atau jalinan yang ada di sekeliling mereka.

Penyelidik hanya menggunakan satu sahaja permukaan jalinan iaitu menggunakan duit

syiling.Tujuan ujian pra ini dijalankan adalah untuk melihat tahap hasil kerja murid

menggredkan kepada 3 kategori iaitu A (Baik), B (Sederhana), dan C (lemah).

b) Ujian Pasca

Ujian pasca ditadbir pada 11.7.2013 tepat jam 10.45 am hingga 11.45 am dan melibatkan

responden yang sama. Dalam ujian pasca, guru menjalankan aktiviti pengajaran yang

sama iaitu menggambar menggunakan teknik gosokan. Guru bertindak mengajar

menggunakan kaedah Kajian Visual dimana murid-murid didedahkan kepada penerokaan

alam sekeliling dan mendekatkan diri mereka dengan semua hal benda yang ada. Tujuan

ujian pasca ini dijalankan adalah untuk melihat keberkesanan penggunaan kaedah Kajian

Visual terhadap prestasi karya menggambar teknik gosokan murid.

c) Pemerhatian

Pengumpulan data juga diperoleh oleh penyelidik menerusi instrumen pemerhatian.

Pemerhatian dijalankan kepada 5 orang responden. Pemerhatian dijalankan di dalam 2

fasa utama iaitu fasa ujian pra dan fasa ujian pasca. Pemerhatian adalah tertumpu kepada

sejauh mana kefahaman murid-murid semasa peringkat tunjuk cara dan penghasilan

karya/kerja seni seterusnya menilai hasil karya murid itu sendiri bagi mengesan

Page 4: 373-743-1-SM.pdf

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

166

keberkesanan pembelajaran menggunakan kaedah lama dan juga kaedah baru iaitu Kajian

Visual dalam aktiviti pengajaran menggambar teknik gosokan.

Reaksi murid juga diperhatikan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran

berjalan kerana jika murid berasa seronok semasa melakukan aktiviti, maka kaedah yang

diperkenalkan dianggap mencapai objektifnya. Masalah yang wujud semasa aktiviti

dijalankan juga diperhatikan oleh penyelidik.

d) Temubual

Dalam kajian ini juga, penyelidik telah menggunakan boring temubual bagi

menemuramah responden yang dipilih secara rawak. Tujuan temubual ini dijalankan

untuk mengetahui persepsi murid terhadap hasil kerja menggambar teknik gosokan

sebelum dan selepas menggunakan kaedah Kajian Visual. Ia juga melihat samaada

kaedah mesra alam sekeliling ini dapat membantu murid menjalankan aktiviti seni .

Selain itu, instrumen ini juga digunakan untuk mengetahui yang manakah yang

menjadi pilihan mereka semasa berkarya samaada tanpa interaksi dengan alam sekeliling

ataupun interaksi aktif dengan alam sekeliling.

e) Soal Selidik

Berdasarkan instrumen soal selidik pula, penyelidik mengumpul data melalui beberapa

prosedur. Borang soal selidik diberikan sejurus selepas temubual secara lisan ditadbir.

Penyelidik memberikan penerangan berkenaan borang soal selidik kepada responden

yang dipilih. Responden diberikan masa 5 hingga 8 minit untuk menjawab kesemua item

yang ada di dalam borang soal selidik.

DAPATAN KAJIAN

ANALISIS DATA UJIAN PRA

Jadual 1

Analisis Ujian Pra

RESPONDEN PERATUS

MARKAH UJIAN PRA (%)

MIN

R1 65

R2 67

R3 55 53.6

R4 35

R5 46

Page 5: 373-743-1-SM.pdf

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

167

Rajah 1: Graf analisis Ujian Pra

Berdasarkan jadual analisis ujian pra di atas, taburan peratusan minima responden adalah

60% ke bawah. Mengikut rubrik yang disediakan 2 orang murid mencapai gred B,2

orang murid mendapat gred C dan seorang murid mendapat gred D. Tiada responden

yang mendapat gred A iaitu 80 ke atas.

ANALISIS DATA UJIAN PASCA

Jadual 2

Analisis Ujian Pasca

RESPONDEN PERATUS

MARKAH UJIAN PASCA (%)

MIN

R1 89

R2 83

R3 85 83.8

R4 80

R5 82

0

10

20

30

40

50

60

70

80

Responden 1 Responden 2 Responden 5 Responden 4 Responden 5

GRAF ANALISIS UJIAN PRA

UJIAN PRA

Page 6: 373-743-1-SM.pdf

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

168

Rajah 2: Graf analisis Ujian Pasca

Berdasarkan jadual 2 diatas, taburan peratusan minima responden adalah 80% ke atas.

Mengikut rubrik yang telah disediakan kesemua responden telah berjaya memperoleh

gred A setelah intervensi dijalankan ke atas mereka.

ANALISIS DATA PERBANDINGAN UJIAN PRA DAN PASCA

Perbandingan ujian Pra dan Pasca

RESPONDEN PERATUS

MARKAH UJIAN

PRA (%)

PERATUS

MARKAH UJIAN

PASCA (%)

PERBEZAAN

PERATUS

MARKAH (%)

R1 65 89 24

R2 67 83 16

R3 55 85 30

R4 35 80 45

R5 46 82 36

Perbandingan keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca bagi setiap responden dipaparkan di

dalam rajah 3 seperti di bawah.

0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

100

Responden1

Responden2

Responden3

Responden4

Responden5

GRAF ANALISIS UJIAN PASCA

UJIAN PASCA

Page 7: 373-743-1-SM.pdf

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

169

Rajah 3: Graf Perbezaan Peratus Markah bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca

Berdasarkan rajah 3 diatas, terdapat perbezaan yang ketara antara ujian pra dan

juga pasca. Setiap responden berjaya menunjukkan peningkatan markah yang amat

memberangsangkan.di dalam Ujian Pasca berbanding Ujian Pra Peningkatan markah

yang paling ketara ditunjukkan oleh Responden 4 (R1). Di dalam Ujian Pra iaitu sebelum

rawatan dilakukan, responden ini hanya memperoleh markah sebanyak 30%. Akan tetapi,

selepas menjalani rawatan dengan menggunakan kaedah kajian visual, markah Ujian

Pasca responden ini meningkat secara mendadak.

Peningkatan markah terendah dicatatkan oleh Responden 2 iaitu sebanyak 20%

dimana markah Ujian Pra adalah sebanyak 60% dan meningkat kepada 80% di dalam

Ujian Pasca. Walaubagaimanapun, R2 merupakan murid yang mencatat markah

tertinggi di dalam Ujian Pra. Selain itu, R1, R3dan R5 juga menunjukkan peningkatan

markah ujian yang memberansangkan iaitu 80% ke atas. Secara keseluruhannya,

kesemua responden bagi kumpulan rawatan yang menjalani proses P&P menggunakan

kaedah kajian visual ini berjaya menunjukkan peningkatan markah di dalam Ujian Pasca

berbanding Ujian Pra. Markah tertinggi yang dicatatkan adalah 89% manakala yang

terendah adalah 80%. Ini bermakna, kesemua responden berjaya melepasi tahap peratus

cemerlang iaitu 80% ke atas. Ini menunjukkan bahawa intervensi yang dijalankan oleh

pengkaji dapat meningkatkan kualiti serta gred karya yang dihasilkan oleh responden.

0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

100

Responden 1 Responden 2 Responden 5 Responden 4 Responden 5

GRAF PERBANDINGAN UJIAN PRA DAN PASCA

UJIAN PRA

UJIAN PASCA

Page 8: 373-743-1-SM.pdf

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

170

JADUAL ANALISIS BORANG SOAL SELIDIK

ITEM PERNYATAAN YA TIDAK

Jum

.

% Jum %

1. Saya suka mata pelajaran Pendidikan Seni Visual

(PSV)

5 100 0 0

2. Guru Pendidikan Seni Visual saya sering

memperkenalkan sesuatu yang baru semasa

mengajar.

3 60 2 40

3. Saya mudah memahami tajuk dan cara penghasilan

bagi melakukan aktiviti seni.

2 40 3 60

4. Saya berminat untuk menghasilkan karya

menggambar menggunakan teknik gosokan.

4 80 1 20

5. Guru PSV memberi penerangan yang baik tentang

langkah-langkah semasa membuat aktiviti gosokan.

5 100 0 0

6. Saya seronok melakukan aktiviti gosokan di dalam

bilik darjah.

1 20 4 80

7. Saya susah untuk bergerak semasa membuat aktiviti

di dalam bilik darjah.

5 100 0 0

8. Hasil kerja seni gosokan saya lebih memuaskan

apabila guru meminta kami melaksanakan kajian

dan penerokaan terhadap alam sekeliling.

5 100 0 0

9. Saya berasa sangat teruja apabila melihat banyak

jalinan yang menarik terhasil pada karya apabila

melakukan aktiviti gosokan secara penerokaan dan

kajian visual.

5 100 0 0

10. Saya seronok melakukan aktiviti seni gosokan yang

melibatkan penerokaan dan penemuan yang baru.

4 80 1 20

Data-data yang dikutip bagi soal selidik akan diproses melalui peratusan. 5 orang

responden akan mewakili 100%.

Rajah 5: Peratusan Soal Selidik

0

20

40

60

80

100

120

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

PER

ATU

SAN

SOALAN

PERATUSAN SOAL SELIDIK

YA

TIDAK

Page 9: 373-743-1-SM.pdf

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

171

Berdasarkan rajah di atas, terdapat 10 item di dalam borang soal selidik. Carta bar di atas

menunjukkan dapatan soal selidik yang dijalankan ke atas 5 orang responden. 5 dari 10

item mencatatkan peratusan menjawab 100% iaitu item 1,5, 7, 8, dan 9. Baki 5 item lagi

ialah 2, 3, 4, 6, dan 10 masing-masing mencatatkan peratusan 80% dan ke bawah.

PERBINCANGAN DAN CADANGAN

Pengkaji mendapati bahawa pengaplikasian teknik gosokan melalui kaedah kajian visual

sememangnya berkesan dan dapat meningkatkan persepsi jalinan murid dalam bidang

menggambar. Ia juga dapat membantu meningkatkan minat, tahap prestasi dan interaksi

aktif murid dengan alam sekeliling. Pada pendapat pengkaji, kaedah Kajian Visual ini

perlu diperluaskan lagi kepada bidang seni yang lain seperti bidang mencorak dan

membuat rekaan, bidang membentuk dan membuat binaan serta bidang mengenal kraf

tradisional. Tambahan pula kajian yang dijalankan ini dapat memberikan kesan yang

positif kepada pengkaji sendiri sebagai seorang bakal guru, bahkan lebih penting ialah

kepada penguasaan murid itu sendiri.

Sebagai penambahbaikan, pengkaji merasakan perlunya menambah bilangan

responden supaya hasil dapatan kajian lebih jitu selain dapat memanfaatkan keberkesanan

kajian ini kepada lebih ramai murid di sekolah. Selain itu, kajian Visual ini boleh juga

dijalankan di luar kawasan sekolah di mana ia mampu meningkatkan lagi minat dan

persepsi murid terhadap Pendidikan Seni Visual.

Page 10: 373-743-1-SM.pdf

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

172

RUJUKAN

Aslina Binti Mohamed Yahaya (2012). Modul OUM, HBAE 1203. Perkembangan

Seni Kanak-Kanak.

Glosari Seni Lukis(1993). Dewan Bahasa dan Pustaka;Kamus Dewan Edisi Ke-3. (2002).

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan Edisi Ke-4. (2005). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). (2002). Huraian sukatan pelajaran

pendidikan seni visual KBSR, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Johari bin Ab.Hamid. (2004). Falsafah Dan Kritikan Seni. Tanjong Malim :

University Pendidikan Sultan Idris.

Mok Soon Sang.(2008). Perkembangan Kanak-kanak. Selangor :Penerbitan Multimedia

Sdn Bhd

Pusat Perkembangan Kokurikulum. (2000). Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual,

Kuala Lumpur : DBP.

Ruzitah Tapah dan Mazlan Othman, (2004). “Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual”,

Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. Selangor.

Robert M.Gagne (1970). The Conditions of learning, second edition.

Shamsina Shamsuddin, (2013). “Panduan Melaksanakan Kajian Tindakan di Sekolah”,

Freemind Horizons Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Woolfolk (1980). Educational Psychology for Teachers.

Zulkifli Yaakob dan Mohd. Jamel Ismail, (2007). Modul OUM, HBEF1403. Fakulti

Pendidikan, Sastera Dan Sains Social. Kuala Lumpur. Open Univerity Malaysia.