panduan melaksanakan ibadat haji dan umrah

Upload: idrus-ariffin

Post on 22-Jul-2015

219 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Selamat Datang! AhlanWasahlan!UMRAH & ZIARAH CAIRO 21hb Feb ~ 7hb Mac 2012

Andalusia Travel & Tours Sdn BhdDibawah bimbingan :

Dato' Ustaz Hj Md Daud Che NgahWAKIL

KAK ROSE SYED HUSIN HABIB OMAR PENCERAMAH TUAN UST HJ MOHD IYEN ATIM

PANDUAN MELAKSANAKAN IBADAT HAJI DAN UMRAHPENGERTIAN UMRAH Umrah pada syara' ialah menziarahi Baitullah al-Haram kerana mengerjakan Tawa, Sa'ie, Bercukur/ Bergunting dengan menurut syarat-syaratnya serta menunaikan segala wajibnya. DALIL WAJIB UMRAH Daripada Ibnu Umar r.a : " Tidak ada seorang pun melainkan wajib baginya sekali Haji dan sekali Umrah kerana disebut kedua-duanya serentak ( Al-Quran - Ayat 196 - Surah Al-Baqarah ) sebagai perintah. Perintah bererti wajib, maka Umrah wajib seperti Haji( Imam Bukhari - Bab Umrah )

RUKUN UMRAH PENGERTIAN RUKUN HAJI/UMRAH RUKUN HAJI/ UMRAH ialah pekerjaan yang mesti ditunaikan oleh Jemaah Haji/Umrah. Jika tidak ditunaikan, haji/umrahnya bagaikan tergantung. Maksud tergantung ialah haji/umrah seseorang itu masih belum sempurna dan ia masih berada dalam ihram, wajib menjaga pantang-larang dalam ihram sehingga semua rukun itu dilaksanakan. Jika mana-mana Rukun Haji/Umrah dikerjakan tidak mengikut syarat-syarat sahnya, rukun itu tidak sah maka haji/umrahnya tergantung.

RUKUN UMRAH1 . NIAT IHRAM Lafaz niat UMRAH:

" Nawaitul u'mrata wa ahramtu biha lillahi ta'ala " Niat dalam hati : " Sahaja aku mengerjakan Umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah ta'ala " Seterusnya laksanakan rukun dan wajib Umrah sehinggal tahallul.

ZIARAH WIDAJemaah dinasihatkan membuat ziarah wida di makam Rasulullah S.A.W sebelum berangkat ke Makkah (menaiki bas) . Sebelum bertolak jemaah dinasihatkan mandi sunat ihram dan berpakaian ihram terlebih dahulu (tanpa niat ihram).

2. TAWAF

Mengelilingi Kaabah 7 pusingan dengan mematuhi syarat-syarat sahnya

PANDUAN TAWAFPengertian Tawaf : Mengelilingi Kaabah 7 kali dengan yakin bermula dan berakhir dipenjuru Hajar Al-Aswad. Sebelum tawaf dimulakan eloklah berdiri mengadap Baitullah di antara rukun Yamani dan Hajarul Aswad di tempat yang lebih hampir dengan penjuru Hajarul aswad dan sunat berniat :

" Sahaja aku tawaf Baitullah tujuh keliling tawaf Umrah maka senangkanlah bagiku dan terimalah daripadaku kerana Allah Ta'ala Setelah sampai di rukun Yamani disunatkan Isti'lam, jika tidak, bolehlah berisyarat dengan melambai-lambai dan membaca Bismillah Allahu Akbar Walillahil Hamd, dan sunat mengucup tangan, seterusnya membaca :

" Rabbana aatina Fil-dunya hasanah, Wafil aakhirati hasanah waqina 'azaabannar, wa adkhilnal jannata ma 'al-abraar. Ya 'aziiz ya ghaffar ya rabbal-aalamiin "

DOA-DOA SEMASA TAWAFJika tidak dapat membaca atau dapat menghafaz doadoa atau bacaan yang tertentu dalam tawaf dan Sai'e, maka bacalah ayat ayat al-Quran, zikir-zikir atau doa-doa yang lain. Sebagai contoh: Pusingan pertama: Pusingan kedua:

Pusingan ketiga: Pusingan keempat: Pusingan kelima: Pusingan keenam: Pusingan ketujuh:

Dalam setiap pusingan, ketika berada di antara rukun Yamani dan rukun Hajar Aswad bacalah:

ANTARA KESALAHAN-KESALAHAN DALAM TAWAFBATAL TAWAF Terbuka Aurat Menyentuh kelambu/ dinding Kaabah Terpesong niat seperti mencari kawan/ isteri / suami Menyentuh Syazarwan ( tapak Kaabah ) AMALAN-AMALAH MAKRUH DALAM TAWAF Makan / Minum Bercakap-cakap semasa tawaf khususnya percakapan yang kurang sopan Baca doa dengan nyaring Bercakap dengan telefon bimbit ( Handphone ) Melakukan ramal pada semua pusingan

PERIHAL WUDUK SEMASA TAWAF ( Keputusan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan ke 21 pada 5-7 jun 2005 di Shah Alam ) ------------------------------------------------------------------------------------------------------Bersentuhan lelaki dan perempuan yang halal nikah tanpa lapik batal wuduk Rukhsah adalah keringanan yang Allah berikan kepada umat Islam dalam melaksanakan perintah Allah di saat-saat darurah ( terdesak ), masyaqqah ( kesusahan ) atau haajah ( keperluan ) Azimah pula suatu kemestian melaksanakan perintah Allah dalam apa jua keadaan sekalipun. Oleh itu boleh beralih dari pendapat Syafi'e yang masyhur kepada pendapat Syafi'ie yang marjuh iaitu :-Tidak batal wuduk jika berlaku persentuhan lelaki dan perempuan tanpa syahwat -( Pendapat Ibn Suraij dan Al-Rafi'ie ) Dalam masyaqqah sahaja ( bermula dari tangga hotel hingga selelai tawaf )

3. SA'IEPENGERTIAN Berulang-alik di antara Bukit Safa dan Marwah 7 kali dengan syarat-syarat sahnya.SYARAT-SYARAT SAH SA'IE SUNAT-SUNAT DALAM MENGERJAKAN SA'IE

Dilakukan selepas Tawaf Rukun/ Tawaf Qudum

Keluar ke tempat Sa'ie melalui Babus-Safaa

Cukup 7 kali dengan yakin dikira Menaiki Bukit Safa/ Marwah hingga sekali daripada Safa ke Marwah dan sampai batu-batu bukit sekali daripada Marwah ke Safa

SYARAT-SYARAT SAH SA'IE

SUNAT-SUNAT DALAM MENGERJAKAN SA'IE

Hendaklah sampai ke penghujung tempat Sa'ie di Safa dan di Marwah

Mengadap Qiblat dan melambai Kaabah dengan kedua tangan serta bertakbir di Safa dan Marwah Hendaklah Sa'ie di Batnulwadi ( Berlari-lari anak apabila sampai di Kawasan Sa'ie ) tempat bertanda lampu hijau. Tidak berniat lain yang memesongkan Dalam keadaan berwuduk tujuan Sa'ie Berjalan kaki Berturut-turut Ittiba' pada semua pusingan Berdoa

SAI'E ( RUKUN )Pengertian Sai'e : - Sai'e adalah berjalan ulang-alik di antara Bukit Safa dan Marwah. Setelah selesai tawaf dan meminum air zam-zam, berjalanlah ke Bukit Safa untuk melakukan Sai'e. Setelah sampai di Bukit Safa ( sunat bagi lelaki ) naik ke atas batu-batu bukit dan mengadap Baitullah ( Kaabah ) dan sunat berniat untuk melakukan Sai'e Umrah dengan niat :

" Ya Allah!. Aku hendak Sai'e antara Safa dan Marwah tujuh kali Sai'e umrah kerana Allah Ta'ala Angkatlah kedua-dua belah tangan melambai-lambai ke arah Baitullah tiga kali dengan bertakbir : Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil Hamd. Setelah itu berjalanlah menuju ke Bukit Marwah mengikut jalan sehala sebelah kanan dan bacalah doa Sai'e jika berkemampuan.

Apabila sampai di kawasan tiang lampu yang berwarna hijau tidak jauh dari Bukit Safa sunat bagi lelaki berlari-lari anak ( perempuan tidak disunatkan ) dengan membaca doa yang bermaksud :

" Ya Allah ampunilah kami, rahmatilah kami, kurniakanlah kami kemurahanMu, dan ampunilah kami segala apa yang Engkau ketahui, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami tidak ketahui dan Engkaulah Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Pemurah Setelah lepas tanda hijau itu, berjalanlah terus ke Marwah dan naik ke atas batu-batu bukit sekurang-kurangnya yang di bawah menghadap ke Baitullah dan melambailambai serta bertakbir Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil Hamd. Ini bererti telah sempurnalah sekali sai'e. Setelah itu mulalah berjalan balik menuju ke Bukit Safa untuk kali kedua dengan berjalan dan berlari-lari anak bila sampai pada tanda hijau sambil membaca doa :-

" Ya Allah ampunilah kami, rahmatilah kami, kurniakanlah kami kemurahan-Mu, dan ampunilah kami segala apa yang Engkau ketahui, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami tidak ketahui dan Engkaulah Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Pemurah "

4. BERCUKUR ATAU BERGUNTING (TAHLUL)PENGERTIANMenanggalkan sekurang-kurangnya 3 helai rambut di kepala dengan menurut syarat-syarat sahnya : 1. Masuk waktu 2. Rambut di kepala 3. Tidak kurang dari 3 helai rambut. TAHALLUL - Tahallul ialah melepaskan diri daripada larangan dalam masa ihram.

Khusus kepada yang berihram haji : TAHALLUL HAJI -Tahallul Haji terbahagi kepada 2 :- Tahallul Awal - Tahallul Thani

5. TERTIBPENGERTIANTertib pada kebanyakan rukun Umrah Rukun Umrah wajib dikerjakan dengan tertib pada kebanyakan rukun seperti :- Didahulukan niat ihram dari rukun-rukun yang lain, didahulukan Tawaf Rukun dan didahulukan dari Sa'ie.

WAJIB UMRAHPENGERTIAN WAJIB HAJI/UMRAH WAJIB HAJI/ UMRAH Ialah pekerjaan yang wajib dilakukan ketika mengerjakan Haji/Umrah. Jika tidak dikerjakan salah satu daripadanya, Haji/Umrah tersebut tetap sah, tetapi dikenakan dam menurut syarat-syaratnya. Dia juga menanggung dosa jika meninggalkan perkara tersebut dengan sengaja.

1. NIAT IHRAM DI MIQATBakal-bakal haji/ umrah yang menuju ke Tanah Suci Makkah kerana menunaikan ibadat Haji atau Umrah apabila sampai di miqatnya iaitu tempat yang ditentukan untuk berniat ihram atau had sempadan yang menyamainya, maka wajiblah ia berniat ihram. Sekiranya mereka masuk ke Tanah Suci dengan tidak berniat ihram di miqatnya maka wajiblah ia kembali semula ke tempat miqatnya untuk berniat ihram. Sekiranya tidak berbuat demikian boleh juga berniat ihram di situ tetapi berdosa dan dikenakan dam.

TEMPAT-TEMPAT MIQAT

2. MENINGGALKAN 13 PERKARA-PERKARA LARANGAN DALAM MASA IHRAMMemakai pakaian bersarung atau berjahit dan bercantum ( LELAKI ) Menutup kepala atau sebahagian daripadanya ( LELAKI ) Menutup muka ( WANITA ) Menebang/ Memotong/ Mencabut pokokpokok di Tanah Haram Memburu binatang buruan. ( LELAKI & WANITA ) Berkahwin/ Mengahwinkan/ Menerima wakil kahwin. ( LELAKI & WANITA ) Melakukan pendahuluan persetubuhan. ( LELAKI & WANITA )

Memakai sarung tangan ( LELAKI & WANITA )

Memakai bau-bauan samada di badan, pakaian, makanan, minuman atau menghidunya ke dalam hidung. ( LELAKI & WANITA )Memakai minyak di kepala atau janggut dan selain daripada yang tumbuh di pipi & dahi. ( LELAKI & WANITA ) Menagggalkan rambut atau bulu. ( LELAKI & WANITA ) Mengerat atau memotong kuku. ( LELAKI & WANITA )

Melakukan persetubuhan. ( LELAKI & WANITA )

PERBEZAAN RUKUN DAN WAJIB HAJI & UMRAHRukun Haji dan Umrah itu adalah pekerjaan asasi yang mesti dilakukan oleh setiap orang yang mengerjakan Haji dan Umrah. Sekiranya salah satu daripada rukun Haji dan Umrah itu tidak dikerjakan sama ada sengaja atau terlupa maka ibadat Haji dan Umrahnya tidak sah. Adapun perkara-perkara wajib Haji dan Umrah itu ialah pekerjaan yang wajib dilakukan ketika mengerjakan kedua-dua ibadat itu, sebaliknya jika tidak dikerjakan salah satu daripadanya maka Haji dan Umrah itu sah tetapi wajib ke atasnya dam serta berdosajika ditinggalkan yang wajib itu dengan sengaja.

Tawaf WadaTawaf Wada ialah tawaf selamat tinggal yang wajib dikerjakan bukan sahaja oleh setiap orang yang mengerjakan haji dan umrah tetapi juga oleh orang yang hendak meninggalkan Kota Makkah untuk bermusafir sejauh dua marhalah atau lebih kerana menghormati dan memuliakan Baitullah. Berdosa bagi sesiapa yang meninggalkannya dan dikenakan Dam. Syarat Tawaf Wada Sama seperti tawaf umrah dan tawaf ifadhah. Tetapi sebelum memulakan Tawaf Wada seseorang itu perlu berniat.Perhatian: - Tawaf Wada dikerjakan hanya setelah segala-galanya siap untuk berangkat meninggalkan Kota Makkah.

Talbiah dan Maknanya :

ADAB-ADAB SEBELUM MENUNAIKAN FARDHU HAJI Setiap amalan yang baik akan menjadi lebih sempurna dan diterima oleh Allah SWT, jika dilakukan mengikut adab-adab tertentu. Dalam mengerjakan Haji, ulama telah menggariskan beberapa adab sebelum menunaikan Haji yang perlu dipatuhi bagi membolehkan seseorang itu mendapat Haji yang mabrur. Antaranya sebagaimana senarai di bawah :Niat Yang Ikhlas Ikhlas di dalam niat adalah asas penerimaan segala ibadat. Firman Allah yang bermaksud : " Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap tetap teguh di atas Tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat dan demikian itulah agama yang benar ". Dan Sabda Rasulullah S.A.W daripada Saidina Omar bin Al-Khattab yang bermaksud: " Setiap amalan adalah bergantung kepada niat dan seseorang itu akan menerima ganjaran mengikut niatnya".

Niat Yang Ikhlas Ikhlas di dalam niat adalah asas penerimaan segala ibadat. Firman Allah yang bermaksud : " Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap tetap teguh di atas Tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat dan demikian itulah agama yang benar ".Dan Sabda Rasulullah S.A.W daripada Saidina Omar bin Al-Khattab yang bermaksud: " Setiap amalan adalah bergantung kepada niat dan seseorang itu akan menerima ganjaran mengikut niatnya". Ikhlas makna membersihkan jiwa yang hendak menghampiri Allah dari segala campuran yang terdorong kepadanya oleh nafsu yang riak yang mana amalan untuk mendekatkan diri dengan Allah apabila bercampur dengan riak atau lain-lainnya daripada sifat keji maka amalan itu terkeluar daripada ikhlas. Al-Fudhoil bin Ayyadh pernah ditanya tentang amalan yang dimakbulkan Allah, beliau menjawab iaitu yang ikhlas dan betul. Ditanya lagi, apakah yang ikhlas dan betul itu, beliau menjawab sesungguhnya amalan itu bila ia ikhlas dan tiada betul tiada diterima dan apabila betul tetapi tidak ikhlas juga tiada diterima sehinggalah ia ikhlas dan betul. Yang ikhlas dan betul itu ialah semata-mata kerana Allah dan mengikut sunnah.

Bertaubat Dari Segala Dosa Dan Kezaliman Apabila seseorang itu berazam hendak menunaikan haji, ia hendaklah bersungguhsungguh bertaubat dari segala maksiat dan segala yang dibenci oleh syarak dan berterusan taubatnya serta disertai dengan istighfar dan meninggalkan segala perbuatan zalim terhadap hamba-hamba Allah. Menjelaskan segala yang boleh segala hutanghutangnya, mengembalikan segala amanah yang ada di tangannya, meminta halal dari orang yang ia berurusan dengan mereka dan sahabat handainya, menulis wasiat samada yang bersangkut dengan hak-hak Allah mahupun dengan hak-hak hamba dan dipersaksikan wasiat itu dan mewakilkan untuk ditunaikan hutangnya dan membekalkan belanja untuk keluarga dan orang-orang yang di bawah tanggungannya yang mencukupi sehingga masa kepulangannya. Mencari Keredhaan Berusaha untuk mencapai keredhaan kedua ibubapa, kaum kerabat dan guru-guru. Jika ia seorang isteri hendaklah ia mendapatkan keredaan suaminya dan kaum kerabatnya. Bagi suami disunatkan mengerjakan haji bersama-sama isterinya. Jika seseorang itu ditegah oleh salah seseorang ibubapanya dari mengerjakan haji, hendaklah dilihat jika ditegah dari mengerjakan haji fardhu maka tegahannya itu tidak perlu dihiraukan kerana ibubapanya sudah melakukan maksiat dengan tegahannya itu. Apabila ia berihram bapanya tidak boleh memaksanya bertahallul dari ihramnya. Walaubagaimana pun jika haji itu haji tatawwu' (sunat ) tiada harus baginya berihram dan jika ia berihram harus bagi bapanya memaksanya bertahallul mengikut qaul yang saheh. Adapun suaminya berhak menghalangnya dari mengerjakan haji fardhu mengikut qaul yang azhar kecuali di di dalam beberapa keadaan kerana hak suami terhadap isteri itu segera, manakala menunaikan haji fardhu tiada dengan segera.

Punca Perbelanjaan Wang perjalanannya hendaklah daripada sumber yang halal yang tiada subahat kepadanya. Jika ia mengerjakan haji dengan wang yang haram, hajinya sah pada zahir tetapi ia tidak akan menjadi haji mabrur. Jauh dari diterima oleh Allah. ini adalah menurut Imam Shafie, Malik dan Abu Hanifah dan Jumhur Ulamak salaf dan khalaf tetapi di sisi Imam Ahmad bin Hambal tiada sah hajinya dengan harta yang haram.Bekalan Yang Lebih Disunatkan berbekal dengan bekalan dan perbelanjaan yang lebih bagi tujuan membantu orang-orang yang berhajat kepada bantuan dan hendaklah bekalan itu dari barang-barang yang bermutu baik dan halal serta diniatkan dengan ikhlas. Firman Allah yang bermaksud: " Wahai orang-orang beriman belanjakanlah ( pada jalan Allah ) sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik, dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya. ( Lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat).

Menjauhi Tawar Menawar Sunat menjauhi tawar menawar yang berlebih-lebihan ketika membeli barang-barang untuk keperluan haji bagi dirinya demikian juga barang-barang yang hendak dibuat kebajikan dengannya untuk mendekatkan diri kepada Allah.Tidak Bersekutu Bekalan Dan Perbelanjaan Tidak digalakkan bersekutu di dalam perbelanjaan kerana bersekutu itu boleh menghalang seseorang itu melakukan berbagai-bagai kebajikan sekalipun diizinkan oleh rakan sekutunya tetapi tidak dapat dipercayai sejauhmana keredhaannya. Jika kedua-duanya bersetuju membuat kebajikan, maka disunatkan masing-masing menggunakan di bawah kadar haknya. Adapun berhimpun, makan beramai-ramai, bergilir-gilir belanja makan adalah baik dan elok. Seseorang itu dibolehkan memakan lebih banyak dari rakan-rakannya jika ia percaya atau ada pada zatnya yang rakan-rakannya tidak menghalang. Jika tidak hendaklah makan mengikut keadaan habuannya.

Mencari Rakan Dan Teman Eloklah kita mendapatkan rakan-rakan, teman yang sesuai yang cenderung kepada kebajikan dan bencikan kejahatan. Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud: " Sebaik-baik rakan ialah bila kita lupa ia mengingatkan dan bila kita ingat ia membantu " Amatlah baik sekiranya rakan-rakan itu dari golongan orang-orang yang berilmu ( Ulama ) kerana ia sangat membantu ke arah melakukan berbagai-bagai kebajikan dan berakhlak mulia dan dengan ilmu dan amalannya, ia dapat mencegah rakannya dari keburukan yang boleh berlaku daripada seseorang musafir iaitu perangai-perangai yang tidak baik seperti tidak sabar, keluh kesah dan sebagainya. Seseorang itu hendaklah memelihara keredhaan rakannya, bersabar di atas kesilapan yang berlaku dan masingmasing memandang yang lainnya lebih baik dan lebih hormat dari dirinya. Sekiranya berlaku perselisihan yang berlarutan di antara keduanya dan tiada harapan untuk diperbetulkan, maka hendaklah disegerakan perpisahan dengan cara yang baik kerana perpisahan yang demikian itu lebih menyelamatkan kedua pihak dari melakukan perkara-perkara yang meletakkan amalan haji jauh dari dapat diterima oleh Allah.

Sembahyang Sunat Musafir Apabila seseorang hendak meninggalkan rumah dan bermusafir, disunat menunaikan dua rakaat sembahyang sunat musafir. Niat sembahyang sunat musafir ialah " Sahaja aku sembahyang sunat musafir dua rakaat kerana Allah Taala". Dibaca pada rakaat pertama selepas Al-Fatihah, Surah Al-Kafirun dan rakaat kedua selepas Fatihah, Surah Al-Ikhlas. Sabda Nabi Muhammad S.A.W : " Tiada yang lebih baik yang ditinggalkan oleh seseorang kepada keluarganya selain dari dua rakaat sembahyang yang dilakukan di sisi mereka ketika hendak bermusafir". Disunatkan membaca ayat Kursi dan Surah Al-Quraisy selepas salam kerana di samping berkat Al-Quran pada tiap-tiap suatu dan pada sebarang waktu terdapat perkataan-perkataan Assalafussoleh seperti Mafthumnya: " Sesiapa yang membaca ayat Kursi ketika keluar dari rumahnya, tiada menimpa ke atasnya sesuatu yang tidak disukai sehingga ia pulang dari ibadat hajinya". Terdapat juga perkataan Assalafussoleh berkenaan dengan membaca Surah Al-Quraisy iaitu maksudnya : " Sesiapa yang hendak bermusafir dan ia merasai takut kepada seteru atau binatang buas, maka bacalah Surah Al-Quraisy. sesungguhnya ia mengamankan dari sebarang keburukan. Kemudian berdoa memohon kebaikan dunia dan akhirat. Pertolongan dan taufik di dalam perjalanannya.

Mengucap Selamat Tinggal Sunat mengucap selamat tinggal kepada keluarga, jiran dan kawan-kawan kerana telah sabit bahawa Rasulullah S.A.W apabila hendak musafir, baginda pergi menemui sahabatnya dan memberi salam kepada mereka dan apabila pulang mereka ( sahabatsahabat ) pula datang menemuinya dengan mengucapkan salam kepada baginda. Orang hendak musafir mendatangi kerana ia yang hendak berpisah dan orang yang pulang didatangi untuk diucap tahniah dan selamat pulang. Yang hendak bermusafir dan yang mengucapkan selamat berangkat masing-masing saling berdoa di antara mereka. Tidak Berlebih-Lebihan Di Dalam Sebarang Keadaan Menjauhi kekenyangan yang berlebih-lebihan dan berhias-hiasan, tiada mempelbagaikan makan minum, berurusan dengan lemah-lembut sekalipun dengan khadam dan orang suruhan. Tiada bersikap kasar lebih-lebih lagi terhadap peminta bantuan sedekah dan seumpamanya. Menjauhi perkelahian, pertengkaran, dan berpusu-pusu dengan manusia yang ramai di mana jua. Memelihara dari percakapan yang kotor, maki-hamun, mengumpat serta mengata. Sentiasa mengingati sabda Rasulullah S.A.W. Maksudnya : " Tiada mengeji orang yang berjalan tanpa bekalan bahkan mereka bersimpati dengannya dan membantunya sekadar yang boleh atau menolaknya dengan baik dan berdoa untuknya "

Berdoa Di Dalam Perjalanan Sunat membanyakkan berdoa sepanjang masa perjalanannya untuk dirinya, dua ibubapanya, para kaum kerabat dan sekalian orang muslimin. Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya : " Tiga permohonan yang diterima oleh Allah iaitu doa orang yang dizalimi, doa orang musafir dan doa dua ibubapa terhadap anaknya".

Sentiasa Di Dalam Kebersihan Berkekalan di dalam thaharah atau pun bersuci dan sentiasa memelihara sembahyang dan orang yang bermusafir juga diharuskan mengqasar atau menjamakkan sembahyangnya jika mencukupi syarat-syaratnya.Mempelajari Kafiat Mengerjakan Haji Akhirnya apabila seseorang itu berazam menunaikan fardhu Haji, hendaklah ia mempelajari khafiatnya iaitu segala rukun-rukun, syarat-syarat, wajib-wajib dan yang haram di dalam ihram dan yang merosakkan. Ini adalah fardhu ain. Tidak sah ibadat mereka yang tiada mengetahuinya. Sunat dibawa bersama kitab yang menerangkan amalan haji dan selalu membacanya kerana dibimbangi berlaku kesilapan atau ketinggalan syarat atau rukun atau umpamanya yang boleh merosakkan ibadat haji dan umrahnya. Ada orang yang terikut-ikut di dalam mengerjakan ibadah haji ini dengan orang-orang yang disangkakan mengerti dalam perkara ibadat haji itu seperti sebahagian penduduk-penduduk Makkah, padahal mereka juga tiada mengerti maka ia jadi tertipu dan akibatnya hajinya tidak diterima.

ANTARA TEMPAT-TEMPAT MUSTAJAB UNTUK BERDOADaripada Al-Hassan al-Basri Rahimatullahu Taala berkata tempat-tempat mustajab doa di Tanah Haram Makkah al-Mukarramah iaitu 15 tempat. Maka disunatkan berdoa dengan bersungguhsungguh padanya pada tempat-tempat seperti di berikut :-

MAKLUMAT HOTEL CAIRO DELTA PYRAMID KAOUD

MADINAH (Jarak ke Masjid Nabawi ~40M) Fayroz Al-Shatta Hotel**** atau setaraf dengannya. Durrat / Gawharat Al - Fayroz Hotel @ setaraf (100 M) MAKKAH . Royal Sultan Hotel - 350m Tharwat Monsia Hotel - 580m

PANDUAN PAKAIAN/KEPERLUAN UNTUK DIBAWA KE TANAH SUCI PAKAIAN LELAKI Tuala Ihram Tali pinggang Baju Biasa Baju Melayu Singlet Berlengan 2 1 2 2 4 PAKAIAN WANITA Telekong Solat Mini Telekong Baju Kurung Baju Maxi Baju Tidur & Seluar Panjang 2 2 3 2 2

Seluar Panjang Kain PelikatTuala Mandi Tuala Kecil Stokin Selipar Getah Kasut Biasa

2 32 1 2 1 1

Stokin Sarung TanganTuala Mandi Tuala Kecil

3 12 1

Selipar Getah kasut Biasa

1 1

LAIN-LAIN

Buku Doa (kecil)Penyangkut Baju Beg Pakaian(Besar)-Berkunci Gunting Kecil

15 1 1

Beg SejadahLencana Nama Beg Bimbit Sederhana Ubat Gigi Berus Gigi Sabun Mandi Uncang Besar

11 1 1 1 1 1

MAKLUMAT PENERBANGAN/PENGINAPAN PESAWAT : Egypt Air TARIKH DESTINASIBERLEPAS/KETIBAAN

21-02-2012

06-03-2012

TARIKH SAMPAI - MALAYSIA : 07-03-2012

HOTEL : FAYROZ SHATTANOTA : 3 malam di MESIR

CUACA Purata Suhu Tertinggi 18.0 C 20.0 C MATAWANG 1 MALAYSIAN RINGGIT 1 MALAYSIAN RINGGIT = 1.40 Egyptian Pound = 86 Saudi Riyal Purata Suhu Terendah 9.0 C 10.0 C

BULAN January February

SHUKRON.JAZAKALLAH KHAIR