300 soalan penjodoh bilangan

52
PENJODOH BILANGAN Penjodoh bilangan digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang menunjukkan jumlah atau bilangan. Kadangkala kata bilangan digunakan sebelum penjodoh bilangan seperti beberapa, dua, tiga, dan sebagainya. Senarai penjodoh bilangan, penggunaannya, dan contohnya adalah seperti yang berikut: Penjodoh Bilangan Kegunaan Contoh angkatan untuk sekumpulan manusia atau benda kapal, tentera, pelukis, penulis baris untuk kedudukan benda/manusia yang berbaris orang, kedai, rumah, pokok, tulisan, ayat, meja, kerusi batang untuk menunjukkan benda-benda yang panjang atau tinggi sungai, lilin, galah, tiang, pen, pokok, gigi, tongkat, kapur, jambatan, jarum bentuk untuk benda-benda kecil yang berkeluk atau melengkung mata kail, subang, cincin berkas untuk benda-benda yang dlikat bersama- sama kunci, lidi, kayu bidang untuk benda-benda atau tempat yang terbentang luas tanah, kain, sawah, permaidani, layar, kebun, tikar biji untuk buah-buahan, benda-benda yang bulat, dan benda- benda yang kecil labu, lobak, kubis, terung, bola, cawan, guli, belon, ketupat, batu, telur, gelas bilah untuk benda-benda yang tajam parang, pisau, golok, gunting, sabit, keris blok untuk bangunan yang besar dan bertingkat- tingkat pejabat, pangsapuri, bangunan bongkah untuk benda-benda yang berbongkah ais, kayu botol untuk benda-benda yang dlisi ke dalam botol susu, kicap, air minuman 1

Upload: anne-ng

Post on 09-Sep-2015

135 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

latihan dan nota mengenai penjodoh bilangan

TRANSCRIPT

Penjodoh bilangan digunakansebelumsesuatu kata atau nama yang menunjukkan jumlah atau bilangan. Kadangkala kata bilangan digunakan sebelum penjodoh bilangan seperti beberapa, dua, tiga, dan sebagainya. Senarai penjodoh bilangan, penggunaannya, dan contohnya adalah seperti yang berikut:Penjodoh BilanganKegunaanContoh

angkatanuntuk sekumpulan manusia atau benda kapal, tentera, pelukis, penulis

barisuntuk kedudukan benda/manusia yang berbarisorang, kedai, rumah, pokok, tulisan, ayat, meja, kerusi

batanguntuk menunjukkan benda-benda yang panjang atau tinggisungai, lilin, galah, tiang, pen, pokok, gigi, tongkat, kapur, jambatan, jarum

bentukuntuk benda-benda kecil yang berkeluk atau melengkungmata kail, subang, cincin

berkasuntuk benda-benda yang dlikat bersama-samakunci, lidi, kayu

bidanguntuk benda-benda atau tempat yang terbentang luastanah, kain, sawah, permaidani, layar, kebun, tikar

bijiuntuk buah-buahan, benda-benda yang bulat, dan benda-benda yang kecillabu, lobak, kubis, terung, bola, cawan, guli, belon, ketupat, batu, telur, gelas

bilahuntuk benda-benda yang tajamparang, pisau, golok, gunting, sabit, keris

blokuntuk bangunan yang besar dan bertingkat-tingkatpejabat, pangsapuri, bangunan

bongkahuntuk benda-benda yang berbongkahais, kayu

botoluntuk benda-benda yang dlisi ke dalam botolsusu, kicap, air minuman

buahuntuk benda-benda besar dan padu, yang tidak mempunyai bentuk yang tertentubandar, negeri, kampung, pulau, banglo, rumah, jambatan, sekolah, beg, komputer, papan kekunci, radio, mesin basuh, kereta, motosikal, basikal, songkok, perigi, kotak, kamus, dompet, ..

bukuuntuk benda-benda yang keadaannya berketulsabun, roti, benang

bungkusuntuk benda-benda yang diletakkan dalam bungkusansebungkusnasi

butiruntuk benda-benda yang bulat atau keciltelur, batu, manik, beras, peluru

carikuntuk kain atau kertas yang dicarikkain, kertas

cawanuntuk air yang diletakkan di dalam cawanair, teh, kopi ....

cebisuntuk benda-benda yang dikoyakkan atau serpihankain, kertas,kaca

cekak / gemaluntuk benda bersaiz secekak jarisecekaksirih, padi

colekuntuk benda-benda yang dicolek sambal, sos

cubituntuk benda yang diambil sedikit dengan jarigaram, gula, kunyit

cucukuntuk benda-benda yang dicucuk dengan lidisate

Latihan 1 PENJODOH BILANGAN

2

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

1Pak Karim menebang pokok itu dengan se__________ kapak yang tajam.Abilah BbuahCbatangDbutir

2Saya terjumpa se_______ jam tangan yang cantik di dalam bilik itu.AbijiBbuahCbentukDbutir

3Encik Samad mempunyai se__________ tanah yang luasnya dua puluh hektar di kampung itu.AbarisBbuahCbidangDcarik

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

4 Di bandar itu, terdapat banyak _______ bangunan pencakar langit.AblokBbongkahCangkatanDbidang

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5Kak Salmah memberikan beberapa __________ gula-gula kepada adiknya.AbijiBcebisCbungkusDbuah

6Saya membeli enam __________ telur dari kedai runcit.AbijiBbarisCbuahDbentuk7Karim sedang memanggang lima belas __________ sate untuk pelanggannya.AgugusBbijiCcucukDbatang

8Di kedai itu, hanya tinggal beberapa __________ tikar sahaja.AbukuBbarisCbidangDbatang

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.

9Di tepi perhentian bas itu terdapat se__________ tiang lampu.AbilahBbuahCbarisDbatang

10Mei Mei menjerit kerana terduduk di atas se__________ jarum.AbukuBcebisCbilahDbutir

11Dua __________ kerusi di bahagian hadapan tempat duduk itu dikhaskan untuk tetamu jemputan.AbilahBbatangCbentukDbaris

12Pak Leman pulang dari ladang dengan menjunjung se__________ kayu api.AbilahBbuahCberkasDbuku

Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.

13Mak Tijah memasukkan se__________ garam ke dalam masakannya.AcubitBbijiCcucukDcekak

14Puan Maisarah membeli beberapa __________ benang emas untuk membuat tekat pada cadar baldu itu.AbijiBbukuCbutirDcekak

15Dua __________ keris tersilang pada dinding rumah Encik Hamid.AbilahBbijiCbarisDbatang

16"Berapakah harga se_____ buah kelapa ini?" tanya Pak Budin sambil menunjuk ke arah longgokan kelapa di tepi jalan itu.AbutirBbijiCcolekDbuah

17Puan Barhah membeli beberapa __________ coklat untuk membuat gubahan yang ditempah oleh pelanggannya.AbijiBcubitCbungkusDbongkah

18Maznah mengambil se_______ perca kain untuk menampal kainnya yang koyak.AbungkusBcolekCcarikDbidang

19Pak Andak mengasah dua _________ pisau sehingga tajam.AbatangBbilahCcucukDcubit

20Dia begitu kenyang setelah menghabiskan se_______ durian. AbijiBbarisCbuahDbongkah

21Masih terdapat beberapa __________ tanah sawah di kampung saya yang tidak diusahakan.AbuahBbarisCbentukDbidang

22Tukang masak itu memasukkan se________ serbuk perasa ke dalam kari ayam itu untuk menyedapkan rasanya.AcucukBcubitCbungkusDcarik

23Aidil membaling beberapa __________ guli ke dalam sungai.AbijiBbuahCbutirDbatang

24Pak Haron mempunyai se__________ tanah yang luasnya tiga hektar.AblokBbarisCbidangDbatang

25Se________ cincin berlian itu berharga RM2,000.AcebisBbongkahCcolekDbentuk

Soalan 26 berdasarkan gambar di bawah.

26Gajah sedang mengangkat se__________ kayu balak menggunakan belalainya.AbuahBbatangCbongkahDbutir

27Banjir kilat telah menyebabkan beberapa __________ jalan raya terpaksa ditutup.AbuahBblokCbatangDbaris

Soalan 28 berdasarkan gambar di bawah.

28Se__________ tentera udara itu sedang menjalani latihan payung terjun.AbarisBangkatanCberkasDbuku

29Dua __________ tayar keretanya terpaksa ditukar kerana sudah haus.AbijiBbutirCbuahDbentuk

30Hasliza membeli se______ sabun di kedai Pak Mail.AbuahBbukuCbijiDberkas

Penjodoh BilanganKegunaanContoh

dasuntuk bunyi letupan atau tembakan.tembakan

deretuntuk benda-benda yang tersusunbangunan, rumah, kedai, kereta

ekoruntuk semua jenis binatangnyamuk, semut, kuda, buaya, musang, gajah, arnab, rama-rama

gelasuntuk air yang diisi di dalam gelasair, susu

gelung / lingkarbenda yang berlingkarubat nyamuk, tali, dawai, rotan

genggamuntuk benda-benda yang digenggampasir, beras, padi

gerombolanuntuk kumpulan penjahatpenjahat, samseng, pengganas, perusuh

gugusuntuk buah-buah ataupun benda sama jenis yang dikumpulkan dalam satu ikatananggur, langsat, kelapa sawit, sawit, kunci

gulunguntuk benda-benda yang bergulungfilem, permaidani, tikar, dawai, kertas

gumpaluntuk benda yang berkepul atau berketultanah, darah, asap

helaiuntuk benda-benda yang nipis dan lebarkain, baju, seluar, sapu tangan, singlet, selendang, selimut, tuala, sarung, kertas, kertas tisu, daun, bendera, bulu burung

hidanguntuk kumpulan makanan dan minuman yang disajikankuih-muih, lauk-pauk

hiris/ irisuntuk benda-benda yang dipotong nipisbawang, timun, daging, buah-buahan

ikatuntuk benda-benda yang diikatkayu, lidi, tebu, sayur, papan

jambakuntuk benda-benda yang bertangkai atau berangkai-rangkaibunga, kunci

jambanganuntuk bunga di dalam pasu atau belanga.bunga

jemputuntuk benda-benda yang diambil dengan hujung jarinasi, garam, gula, ikan bilis, udang kering

kajanguntuk benda-benda yang lebaratap, kertas

kakiuntuk benda-benda yang bertangkaipayung, cendawan, bunga

kalunguntuk benda yang disusun kalung (rantai)bunga, mutiara

kandanguntuk haiwan di dalam kandangkerbau, kambing, lembu, kuda

kapuruntuk sirih yang dibubuh kapur.sirih

Latihan 2

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1Ibu memasukkan beberapa __________ halia ke dalam masakannya.AhirisBgugusCjambakDkapur

2Perompak bank itu melepaskan beberapa __________ tembakan sebelum melarikan diri.AgulungBjemputCdasDderet

3Ibu membeli tiga _______ sayur di pasar tani.AnaskhahBkepingCtandanDikat

4Mak cik menyuruh saya mencabut beberapa __________ uban di kepalanya.AekorBgulungCgelungDhelai

5Puan Liew membawa se__________ payung kerana hari hendak hujan.AderetBkakiCjambakDkandang

6Adik mengambil dua __________ beras lalu diberi kepada burung itu.Agugus BgenggamCgumpal Dgerombolan

7Mak Timah kehilangan se__________ kunci semasa pulang dari pasar.AgelungBjambanganCjambakDgumpal

8Puan Hayati memotong beberapa __________ bawang lalu dimasukkan ke dalam masakannya.AhirisBhelaiCkakiDhidang

9Pemuda itu mengambil se__________ kertas tisu lalu mengelap tangannya.AhelaiBgumpalCgugusDikat

10Di langit kelihatan se__________ awan hitam berarak perlahan-lahan.AgumpalBgenggamCgugusDderet

11Encik Lim meminta se__________ tali untuk mengikat kayu.AgelungBikatCgulungDgerombolan

12Beberapa __________ daun telah gugur di halaman rumah.AgumpalBgugusCkalungDhelai

13Pak Mat menjual se__________ rambutan gading itu dengan harga RM5.AikatBjemputCbentukDkajang

14Datuk membeli se_______ dawai mata punai untuk membuat reban ayam serama.AgumpalBgugusCgelungDkeping

15Fuad memetik empat __________ langsat yang telah masak di belakang rumah neneknya.AkajangBgumpalCkakiDgugus

16Anuar membeli se______ bunga ros untuk ibunya sempena menyambut Hari Ibu.AkapurBjambakCgugusDkaki

Soalan 17 berdasarkan gambar di bawah.

17Se__________ rumah kedai musnah dijilat api dalam kebakaran semalam.AgerombolanBkajangCderetDkandang

18Pemburu itu berjaya menembak se__________ harimau yang ganas.AkalungBdasCgugusDekor

19Emak membeli beberapa __________ kain baru di kedai kain itu.AkajangBhelaiCderetDikat

20Muhamad melemparkan se__________ padi ke arah ayam-ayam peliharaannya.AgelasBgenggamCgumpalDgugus

21Beberapa titik darah ayam katik di atas meja itu dilapnya dengan se__________ kain basah.AgumpalBkalungChelaiDgelung

22Ibu membeli se_________ anggur dan sebiji tembikai di pasar malam.AjambakBjambanganCgugusDgenggam

23Di bawah katil itu ada tiga __________ tikar yang dibuat daripada daun mengkuang.AgulungBderetClingkarDgelung

24Beberapa __________ bulu ayam berterbangan ditiup angin.AkapurBhelaiCkakiDhidang

25Kakak membeli se_______ bunga kekwa untuk emak.AketulBjambakCkajangDkaki

26Sebaik-baik sahaja sultan tiba, kedengaran tembakan meriam sebanyak dua puluh satu __________.AgerombolanBikatCdasDgugus

27Nur Syawal minum se__________ susu sebelum tidur.AhirisChidangBgelasDderet

28Tiga __________ sayur sawi itu berharga seringgit.AkalungBikatChelaiDgelas

29Ruang tamu di rumah Mak Long dihiasi dengan beberapa __________ bunga orkid.AhelaiBgenggamCjambanganDkaki

30Untuk memagari kebunnya, Pak Cik Rashid telah membeli beratus-ratus __________ kawat berduri.AgumpalBgulungCgelungDgenggam

Penjodoh BilanganKegunaanContoh

kawanuntuk kumpulan haiwanlembu, kambing, lebah, gajah, merpati

kelompokuntuk sekumpulan manusia, haiwan, dan bendaburung, awan, pulau, bintang

kepaluntuk benda-benda yang dikepal dengan tangannasi, pulut, tanah

kepinguntuk benda-benda yang nipis atau pipihroti, biskut, kuih, kad, gambar, setem, lencana, foto, papan, disket, cakera padat, atap, tanah .

kepulgumpalan asap atau awan yang tebal.asap, awan

keratuntuk bahagian benda-benda yang dipotongtebu, kayu, buluh, rotan

ketuluntuk benda-benda yang berketul dan padubatu, ais, tanah liat, ikan, daging, tulang, kuih, arang, roti, sabun .

kotakuntuk benda-benda yang diisikan di dalam kotakmancis, rokok, pensel warna

kumpulanuntuk manusia atau haiwan yang berada dalam kumpulanpelajar, pemuda, pengakap, pekerja, perompak, burung, itik, gajah, harimau

kuntumuntuk semua jenis bungamawar, melati, anggerik

larasuntuk senjata apipistol, senapang, meriam

lembaruntuk benda-benda yang lurus dan panjangkertas, dawai, benang

longgokuntuk benda-benda yang berada dalam longgokansampah, durian, pakaian, tanah, cili

mangkukuntuk makanan yang diisi ke dalam mangkuksup, bubur, pengat

naskhahuntuk bahan bacaan yang berjilid surat khabar, risalah, majalah, makalah, buku

oranguntuk manusiaguru, jururawat, doktor, pekedai, runcit, posmen

pangsauntuk bahagian dalam buah durian.durian

papanuntuk benda-benda yang berbentuk kepingancoklat, petai, mercun

pasanguntuk benda dan manusia yang berpasanganmerpati, kasut, sepatu, sarung kaki, selipar, cermin mata, anting-anting, kekasih, suami isteri

pasukanuntuk sekumpulan orang yang berpakaian seragampemain bola sepak, polis, tentera pengakap

patahuntuk perkataanperkataan, kata

petakuntuk sawah, bendang, tanahsawah, bendang, tanah

Latihan 3

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1Adik memetik tiga _______ bunga di taman itu.AkuntumBlonggokCkepingDpangsa

2Beberapa __________ burung sedang terbang di udara.AkepalBlarasCpasangDkawan

3Se______ anggota bomba sedang bertungkus-lumus untuk memadamkan kebakaran.Apasukan BkawanClonggokDkumpulan

4Ibu menghadiahi abang se__________ kasut berjenama Adidas sempena hari jadi abang.AkotakBpasangCpetakDlonggok

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5Se__________ lembu ternakan sedang meragut rumput di padang yang terbiar itu.AorangBkawanCpasukanDpasang

6Dia tidak dapat bercakap walau se__________ pun apabila ditanya kerana ketakutan.ApetakBpangsaCpapanDpatah

7Semasa berada di puncak Gunung Kinabalu, Suffian telah memakai empat __________ baju supaya tidak kesejukan.AlapisBlembarClarasDkeping

8Dalam serbuan ke gudang lama itu, pihak polis merampas lima _________ senapang patah yang digunakan pemburu haram itu.AkawanBkuntumCpangsaDlaras

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.

9Terdapat se__________ pasir di hadapan pintu masuk sekolah.AlonggokBpasangCpetakDkerat

10Ibu menghidangkan tiga __________ sup di atas meja makan. AnaskhahBmangkukCpasangDkotak

11Siew Eng mengambil beberapa _______ gambar semasa lawatannya ke Pulau Langkawi.ApetakBkepingClarasDlembar

12Ayah memakai se_______ baju Melayu yang lengkap pada majlis hari raya itu.ApangsaBpasangCpapanDpatah

13Sehari se_______ benang, lama-lama menjadi kain.AlonggokBlarasCkelompokDlembar

Soalan 14 berdasarkan gambar di bawah.

14Ayah menghadiahkan se__________ baju kurung kepada Aliya bersempena dengan hari jadinya yang ke-12.ApasangBpangsaCpapanDlembar

15Emak membeli empat __________ petai dengan harga dua ringgit.AkepingBlembarCpetakDpapan

16Se__________ lebah membuat sarang di pohon kekabu di tepi jalan itu.Akawan Bkumpulan Cpasukan Dpasang

17Dia mengambil se_______ mancis dari dapur rumahnya.AkotakBpetakCpatahDkerat

18Kassim membawa dua __________ roti ke sekolah untuk dimakan pada waktu rehat.ApapanBkepingCkeratDkuntum

Soalan 19 berdasarkan gambar di bawah.

19Emak menghadiahi kakak se__________ anting-anting emas pada hari perkahwinan kakak.ApangsaBkotakCpasangDkeping

Soalan 20 berdasarkan gambar di bawah.

20Aizat membantu se______ nenek melintas jalan.ApasukanBketulCorangDpasang

21Di dalam kotak itu masih ada tiga _________ cakera padat yang belum digunakan lagi.AkeratBkepingCkotakDnaskhah

22Panjang rencana ini mestilah tidak kurang daripada 80 __________ kata.AkeratBpapanCpetakDpatah

23Se_______ papan dinding rumahnya telah reput dimakan anai-anai.AkepingBpetakCketulDpapan

24Sekumpulan budak nakal melemparkan beberapa __________ tanah liat ke dinding rumah Pak Malek. AketulBkepingCkepulDkepal

25Se__________ lelaki telah ditangkap kerana mengemis di tepi jalan.ApasukanBpasangCorangDketul

26Se__________ anggota polis telah berkejar ke tempat kejadian itu.ApasangBkelompokCkumpulanDpasukan

27Anjing itu sedang menggonggong se_______ tulang.AkepingBketulCpatahDlaras

28Aminah membeli beberapa __________ bunga ros untuk dibuat gubahan.ApasangBketulCkuntumDmangkuk

29Pak Sudin membeli enam __________ roti canai untuk sarapan.AkepingBketulCpapanDkerat

30Kakak melanggan beberapa __________ majalah setiap bulan.AkeratBkepingCkepalDnaskhah

Penjodoh BilanganKegunaanContoh

pintuuntuk bangunan yang mempunyai beberapa pinturumah, kedai

potonguntuk benda-benda yang sudah dipotong kek, kuih, roti, nanas, tembikai, betik, oren, daging

pucuki. untuk surat atau benda-benda yang tajam hujungnyaii. untuk senjata apisurat, jarum, rebung, pistol, meriam, senapang

puntunguntuk sebahagian benda yang masih menyalarokok, bara, kayu api

rangkaiuntuk ayat yang berangkai-rangkaidoa, lagu, madah

rangkapuntuk perenggan puisipantun, sajak, syair

rawanuntuk benda-benda yang halus, labuh, dan bersiratjala, jaring, pukat

ruasuntuk benda yang beruas-ruastebu, buluh, jari, rotan

rumpun / perduuntuk tumbuhan yang tumbuh rapat-rapatserai, tebu, buluh, padi, lalang, rumput, daun pandan

sikat/sisiruntuk buah pisangpisang

suapuntuk makanan yang dijemput dan dimasukkan ke mulutroti, nasi

tandanuntuk buah-buahan yang bertandanpisang, kelapa, pinang, kelapa sawit

tangkaiuntuk buah-buahan, bunga-bungaan, dan daun yang bertangkairambutan, duku, kenanga, padi, daun

tegukuntuk air yang sedang diminumair, teh, kopi

timbununtuk himpunan benda yang bertindih-tindihpasir, tanah, batu, manggis, sampah

tingkatuntuk bangunan yang bertingkatkedai, bangunan, rumah

titik / titisuntuk cecair yang menitisair, darah, dakwat, embun, air mata

tongkoluntuk buah yang bertongkoljagung

ulasuntuk isi buah-buahan yang berulas-ulaslimau, durian, cempedak, nangka, langsat, manggis, bawang putih

untaiuntuk benda yang berangkai-rangkairantai manik, kalung mutiara, tasbih, pantun, sajak, syair

uratuntuk benda-benda yang halus dan panjangrotan, benang, dawai, tali, gelang

utasuntuk benda-benda yang panjang dan beruraibenang, tali, dawai, rantai

Latihan 4

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

1Pak Nayan sedang menebar se__________ jala.AuratBrangkapCrawanDruas

2Di hadapan rumah datuk ada dua __________ mempelam.ApohonBrangkaiCtangkaiDurat

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3Posmen itu menyerahkan se_________ surat kepada saya.ApucukBuntaiCtongkolDteguk

4Guru meminta setiap murid menulis se__________ pantun.Abilah BrangkapCpasangDbiji

5Roti itu tidak boleh dimakan lagi kerana terkena beberapa __________ dakwat.AtegukBtitikCulasDtimbun

6Datuk saya sakit tenat, dia tidak berselera untuk makan walaupun se__________ nasi.AsuapBpintuCrumpunDteguk

7Ayah mengambil se__________ kuih lapis lalu memakannya.ApucukBpotongCtimbunDsuap

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

8Encik Tham membeli beberapa __________ jagung di pasar tani itu.AtangkaiBtimbunCtongkolDulas

9Polis menjumpai beberapa __________ pistol di pondok usang itu.ApucukBtimbunCtingkatDrangkai

10Di tepi jalan terdapat lima __________ batu halus untuk dibuat jalan.AtongkolBtangkaiCtimbunDrumpun

11Pekebun itu menjual sepuluh se__________ pisang kepada Encik Chan.AuntaiBtandanCtangkaiDtimbun

Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.

12Bapa saya membeli se__________ pisang untuk keluarga kami sebagai pencuci mulut selepas makan malam.AutasBulasCsikatDtandan

13Para penonton terpegun apabila mendengar Salina mengalunkan se________ syair.AtangkaiButasCpotongDrangkap

14Ibu membubuh beberapa __________ nila ke dalam air di dalam baldi itu untuk menila baju sekolah adik.AruasBtitik CpucukDpotong

Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah.

15Ayah makan tiga __________ durian bersama dengan pulut yang ditanak oleh ibu.AutasBulasCtimbunDruas

16Beberapa __________ rokok bertaburan di lantai.ApuntungBruasCpotongDpucuk

17Pak Cik Yusof mempunyai beberapa __________ rumah sewa di Kampung Sungai Kota.ApintuBtingkatCuntaiDrangkai

18Mak andam menyuapkan se__________ pulut kuning ke mulut pengantin perempuan semasa majlis persandingan.AtegukBsuapCrawanDurat

19Siti mengikat bungkusan itu dengan se__________ tali.AulasButasCruasDpucuk

20Ayah membeli se________ rantai emas untuk emak semalam.AruasButasCuratDrangkai

21Shamsiah muntah-muntah setelah makan beberapa __________ cempedak goreng yang dibeli dari warung Pak Ali. Autas Bulas CruasDuntai

22Sheng Kian terjumpa se__________ rambut di dalam nasi lemak itu.AuratButasCsuapDteguk

23Azli makan se__________ tembikai sebagai pencuci mulut.ApotongBpuntungCruasDtangkai

24Dia hanya sempat minum se___________ teh kerana sudah terlewat ke sekolah.AtangkaiBtegukCsuapDrangkai

25Alia memetik se_________ bunga mawar di taman mak ciknya.ArumpunBperduCtangkaiDtongkol

26Di tepi sungai itu terdapat se__________ buluh.AruasBrumpunCrangkapDrawan

27Ibu memasukkan beberapa __________ bawang putih ke dalam minyak panas itu.AuratButasCuntaiDulas

28Suhaili membeli se______ kalung mutiara untuk ibunya.AtompokBtangkaiCruasDuntai

29Hamizah tidak suka makan durian walaupun se_____.AulasBusulCutasDurat

30Ibu Osman menanam beberapa _______ serai di belakang rumahnya.ApohonBbatangCrumpunDulas

Latihan 5

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1Kumari mengambil dua __________ kek untuk sarapan paginya.ApotongBcubitCbarisDruas

2Kedai buku itu menjual ratusan __________ surat khabar setiap hari.AgumpalBbungkusCnaskhahDkeping

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3Pak Din membajak sawah dengan menggunakan dua __________ kerbau jantan.AekorBbijiCbuahDtandan

4Pengunjung ke Pameran Kesenian Islam itu berpeluang melihat dua __________ manuskrip lama yang ditulis dengan tangan.AgelungBnaskhahCbentukDbaris

5Selain pistol, polis juga menemui beberapa __________ peluru dalam serbuan itu.AbijiBruasCbutirDbuah

6Dia menulis menggunakan se__________ pen berwarna hitam.AbijiBbuahCbatangDtangkai

Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.

7Melly Yeo menghadiahi Cikgu Riezam se________ hadiah.AbijiBketulCjambakDbungkus

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

8Nelly sedang menulis se__________ surat kepada rakannya di Kedah.AuntaiBpucukCkepingDnaskhah

9Fazilah telah mengirim tiga __________ surat kepada tunangnya.AhelaiBpucukCbijiDkajang

10Perompak yang bersenjatakan se________ pistol itu mati ditembak oleh polis.AutasBpucukCbilahDbentuk

11Pak Cik Seman memikul se__________ rotan untuk dijual di Pekan Sabtu.AruasBberkasCgugusDtandan

12Kumar pun mengambil se__________ cangkul untuk membuat beberapa batas sayur.AikatBrawanCkakiDbatang

13Berat timbangan dua puluh __________ pisang itu ialah seratus kilogram. AbijiBsikatCsisirDtandan

14Dia membawa pulang dua __________ kayu api untuk dijual.ArumpunBberkasCtitikDbuah15Rokiah membawa se_____ buah semasa melawat ke rumah saudaranya.AbijiBkotakCtimbunDbakul

Soalan 16 berdasarkan gambar di bawah.

15Halimah membeli se_____ minyak tanah di kedai Pak Atan untuk diisikan ke dalam pelita.AtitikBulasCbotolDteguk

Soalan 17 berdasarkan gambar di bawah.

17Pak Cik Baharom menebang se__________ pokok di belakang rumahnya.AruasBlingkarCbatangDrumpun

18Karim menerima se______ surat daripada kakaknya semalam.AhelaiBpucukCkepingDnaskhah

19Azman membeli se______ payung di pasar mini itu.AbuahBkakiCbatangDpucuk

20Nelayan itu membawa dua _________ jala ke sungai.AuntaiBlapisCpasangDrawan

21Di tepi rumah nenek ada tiga __________ pokok serai.ArumpunBrantingClonggokDbatang

22Baju abang terkena beberapa __________ dakwat hitam.AtitikBtompokCkakiDbekas

23Kim Suan membeli dua __________ akhbar dari kedai buku itu.AnaskhahBbukuClembarDhelai

24Bungkusan itu diikat dengan se__________ tali supaya tidak mudah terbuka.AutasBruasCulasDurat

25Kamal sedang membaca dua __________ pantun yang ditulis oleh gurunya.AcebisBrangkapCbutirDpucuk

26Se__________ garam dimasukkan ke dalam bubur kacang itu untuk menambah keenakannya.AcubitBbungkusCgenggamDgumpal

27Alina menghadiahi Cikgu Chin se_________ bunga.AikatBjambakCcucukDketul

28Ayah menyuruh abang membeli dua __________ filem.AgulungBkepingCgelungDbotol

29Adik telah makan dua __________ jagung yang dibeli di pasar malam.AulasBtongkolCbuahDbatang

30Kejadian tanah runtuh itu telah menyebabkan beberapa __________ jalan ditutup kepada lalu lintas.AbatangBbuahCbutirDbaris

Latihan 6

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

1Nenek menggoreng dua __________ pisang untuk hidangan pada waktu petang.AulasBbutir CsisirDtandan

2Yusniza telah membubuh se__________ garam ke dalam gulai itu.AbijiBcubitCkepingDgenggam

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3Azman sedang menelefon ibunya di se__________ pondok telefon awam.AbidangBbatangCbuahDunit

4Ramli sedang membasuh se__________ kasut.ApasangButasCkuntumDtongkol

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5Ibu membelikan adik se__________ buku cerita.AbilahBbuahCbukuDpotong

6Pak Hashim menggunakan se__________ jala untuk menangkap ikan.ArawanBhelaiCpasangDkeratSoalan 7 berdasarkan gambar di bawah.

7Pihak polis menemukan beberapa __________ pistol semasa menggeledah rumah itu.AdasBbutirCpucukDjambak

8Adik memelihara beberapa __________ kucing.AkawanBulasCorangDekor

9Pengacara majlis itu menyampaikan se_______ pantun sebagai pembuka majlis.ArangkapBpuntungCpapanDlembar

10Se________ benang boleh digunakan untuk menjahit beberapa helai baju.AkakiBbukuCpangsaDbaris

11Kim Han membaling beberapa __________ pasir ke dalam sungai.AtandanBlonggokCgenggamDkuntum

12Lengan baju pegawai itu terkena beberapa _______ dakwat merah.ApotongBtitikCcubitDgugus

13Pemburu itu menggunakan beberapa __________ peluru untuk menembak rusa.AbilahBlarasCbutirDdas

14Petani itu memberikan sepuluh _________ jagung kepada kami.AruasBbarisCtongkolDorang15Budak itu makan dua __________ nangka sebagai pencuci mulut.AulasBpapanCgelungDutas

16Beberapa __________ lalang telah tumbuh di halaman rumah Amir.ArumpunBlonggokCjambakDuntai

17Penjual itu menggantung beberapa ________ pisang di hadapan kedainya.ApohonBtangkaiCsikatDlembar

18Pesakit itu makan kurang daripada lima __________ nasi setiap hari.AcucukBsuapCpucukDcebis

19Abang membawa dua __________ joran untuk memancing di tasik itu.AutasBbatangCbentukDurat

20Anna membuat sulaman bunga-bunga pada se_________ sapu tangan.AkepingBlembarChelaiDbidang

21Shasha membuat sulaman itu dengan beberapa __________ benang emas dan perak.AhelaiBuntaiClembarDutas

22Lina memasang beberapa __________ lilin bagi menerangi biliknya.AbuahBpuntungCkakiDbatang

23Di sekolah itu ada sepuluh _________ komputer yang dilengkapi dengan internet.AbijiBbentukCbuahDkotak24Beberapa __________ peserta ekspedisi itu masih terkandas di Gua Musang akibat banjir.AangkatanBpasukanCpasangDorang

25Puan Yong memasukkan se__________ pakaian yang kotor itu ke dalam mesin basuh.AlonggokBkawanCrumpunDkelompok

26Sesisir pisang itu mengandungi dua belas ___________ pisang.AbuahBbatangCbijiDtangkai

27Pak Majid menebang pokok itu dengan se__________ kapak.AbilahBbatangCkepingDbentuk

28Se__________ tentera sedang berkhemah di kaki bukit ini.ApasukanBgerombolanCkumpulanDkawan

29Daripada se__________ pisang itu, dia hanya mengambil sesisir saja untuk dimakan.AgugusBtangkaiCjambakDtandan

30Ibu memasukkan se_________ garam ke dalam masakannya.AcubitBcarikCcebisDkepal

Latihan 7

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1Alin membelek-belek se__________ rantai emas dengan penuh minat.AuratBbentukCutasDlingkar

2Puan Rahmah memasukkan beberapa __________ durian ke dalam periuk yang berisi santan itu.AutasBbuahCbijiDulas

3Beberapa __________ buah durian Pak Halim masih belum terjual.AtimbunBkelompokCkumpulanDlonggok

4Setiap pengunjung ke pusat memancing itu dibenarkan membawa dua __________ pancing.AkakiBpucukCbatangDbilah

5Nenek memerlukan beberapa __________ rotan untuk membuat bakul ini.AuratButasCuntaiDrawan

6Mereka duduk di pangkin itu dengan beralaskan se__________ tikar mengkuang.AbidangBlembarCkepingDrawan

7Lampu suluh ini memerlukan tiga __________ bateri yang bersaiz besar.AketulBbuahCbijiDbuku

8Kamil hanya sempat minum se__________ air sebelum bas sekolahnya datang.AtegukBhirisCtangkaiDtongkol

9Teck Onn membawa se__________ rotan untuk membuat bakul.AbentukBbilahCbutirDberkas

10Di tepi rumah Siong Kee terdapat se__________ perigi.AbuahBbarisCbentukDbilah

11Puteri itu memakai se__________ cincin berlian yang sangat cantik.AcebisBcarikCbentukDkeping

12Kakak sedang mengarang se__________ rantai manik untuk saya.AuratBgelungCuntaiDbuah

13Perempuan itu memakai se__________ subang berlian.AbuahBbentukCpasangDutas

14Hock Lian diminta oleh gurunya membaca se__________ pantun.ApuntungBpatahCderetDrangkap

15Kim Hong memasukkan dua __________ ais ke dalam air tembikai.AkepulBkeratCkepingDketul

16Dia mencangkul dua __________ sawah sebelum berhenti untuk berehat.ApetakBpotongCkotakDpapan

17Nenek mengambil se__________ benang untuk menjahit baju itu.AgelungBpotongClembarDkerat

18Oleh sebab hari hujan, Ai Choo memakai se__________ payung.AkakiBlembarClarasDkapur

19Nelayan itu membawa pendayung dan se_______ pukat.ApuntungBhelaiCpetakDrawan

20Ah Seng terselamat kerana jatuh ke atas se_________ pasir.AlonggokBmangkukCpasangDgenggam

21Gopal telah menjumpai se__________ rantai emas di pasar raya itu.AuratBgelungCutasDbentuk22Se__________ posmen telah mendapat kecederaan apabila dilanggar oleh motosikal.AorangBmayangCpasukanDlonggok

23Di dalam piring itu terdapat empat __________ biskut gajus.AkeratBkepingCkumpulanDketul

24Kapal terbang itu lalu berhampiran se__________ awan.AlonggokBgerombolanCbentukDkepul

25Penggembala itu membawa se__________ kambing ke padang.ApasukanBgerombolanCjambanganDkawan

26Konduktor bas itu terjumpa se__________ kunci di lantai bas.AjambakBjambanganCkelompokDketul

27Emak membeli se_______ cincin emas di kedai Pok Yik.AbutirButasCbentukDbuah

28Pembalak itu menebang pokok dengan se__________ kapak.AbatangBbentukCbuahDbilah

29Orang tua yang sakit itu terdaya makan se_______ nasi sahaja.AsuapBtitikCtegukDhidangan

30Adik saya tertelan se__________ guli.AekorBbijiCbentukDruas

Latihan 8Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1Emak sedang merebus beberapa __________ jagung di dalam periuk.ArumpunBtimbunCsikatDtongkol

2Budak itu menjerit kerana terduduk di atas se______ jarum.AbilahBuratCpapanDpucuk

3Anjing itu menggonggong se__________ tulang yang dicurinya.AketulBekorCpatahDkalung

4Saya minum se_________ susu sebelum pergi ke sekolah.AbotolBgelasCbakulDsenduk

5Kakak sedang mengarang se_________ manik untuk saya.AlembarBtangkaiCuntaiDutas

6Dia memetik beberapa __________ bunga untuk disematkan ke sanggulnya.AkuntumBkeratCjambanganDketul

7Pasangan pengantin itu memakai se__________ bunga di leher mereka.AkakiBkalungCgelungDpohon

8Se__________ anting-antingnya telah hilang dicuri orang.ApasangBpucukCcebisDbutir

9Pekebun itu menanam pokok-pokok pisang di atas se__________ tanah.AberkasBpetakCgenggamDbidang

10Ikan yang dibawanya pulang itu, ditangkap dengan menggunakan se__________ jala.AhelaiBrawanClembarDkeping

11Dia membawa pulang dua __________ kayu api untuk dijual.ArumpunBberkasCtitikDbuah

12Se__________ layar kapalnya telah koyak ditiup angin.AbuahBpucukChelaiDbidang

13Gopal dan Kim Seng mengikat pencuri itu dengan se__________ tali.AikatBpotongCutasDjambak14Budak gemuk itu dapat menghabiskan lima __________ nasi lemak.AsendukBbungkusCcubitDmangkuk

15Pihak tentera melepaskan beberapa __________ tembakan ke arah pengganas itu.AlarasBdasCpatahDkotak

16Sapu tangan itu dijahit dengan se__________ benang.AutasBuntaiCgulungDlembar

17Masukkan se__________ garam ke dalam lauk itu, kata Mak Cik Salmah kepada Jamilah.AcuitBcubitCcoletDgenggam

18Se______ awan mendung berarak ditiup angin ke arah utara.AgugusBkelompokChamparanDkumpulan

19Beberapa __________ pulau yang indah terdapat di Phuket, Thailand.AkelompokBtompokCbuahDbiji

20Se__________ kata pun tidak tertulis walaupun sudah dua jam dia menghadap meja tulisnya.ApatahBpotongCcebisDuntai

21Ayah membeli dua __________ durian di pasar.AbijiBulasCbuahDbuku

22Kakak menggunakan se_________ kain sebagai pembalut luka pada jarinya.AcebisBbentukClembarDcucuk

23Buku itu berharga dua belas ringgit se_________.ApapanBkepingCnaskhahDrangkap

24Beliau memulakan ucapannya dengan se__________ pantun.AbarisBpatahCrangkapDbuah

25Ayah membeli dua __________ petai di gerai itu.AgelungBpapanCmataDbiji

26Mazirah membeli sebatang tebu dan memotongnya agar setiap adiknya mendapat se__________.AbijiBruasChirisDketul

27Pemuda itu telah menjumpai se__________ kunci sewaktu dalam perjalanan ke perhentian bas.AutasBbilahCjambakDrumpun

28Beberapa __________ mutiara diletakkan pada kalung emas itu untuk mencantikkannya.AulasBbutirCkepingDpotong

29Pemuda itu membeli se_________ surat khabar mingguan di kedai Ali.AkepingBlembarCnaskhahDhelai

30Naemah mengambil se__________ isi ikan terubuk bakar yang masih panas itu.AekorBcubitCketulDgenggam

Latihan 9

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1Pekerja syarikat pembinaan itu telah menemukan enam ______ pistol di bawah se_______ sampah di kawasan itu.Alaras ... bungkusBpucuk ... longgok Cdas ... timbunDdentum ... bukit

2Ibu memotong dua ______ bawang besar dengan se__________ pisau yang tajam.Abiji ... batangBbutir ... bilahCbiji ... bilahDbuah ... batang

3Perompak itu telah melepaskan beberapa __________ tembakan ke arah se__________ polis yang mengepung pondok persembunyian mereka.Apucuk ... pasangBlaras ... angkatanCdentuman ... kawanDdas ... pasukan

4__________ suami isteri itu telah membeli se__________ tanah di pinggir Kuala Lumpur dengan harga yang amat murah.AAngkatan ... hektarBPasukan ... lembar CPasangan ... bidangDKumpulan ... relung

5Ai Teen membeli se__________ bunga yang merangkumi beberapa __________ bunga ros, kekwa, dan teluki.Ajambak ... kuntumBtangkai ... kakiCpangsa ... kuntumDrumpun ... pucuk

6Anggota polis telah menemukan se_________ wang kertas dan se______ kunci di dalam beg penjenayah itu.Aikat ... gugusBkeping ... kawan Ckampit ... rawanDlembar ... jambak

7Tuan Haji Rahman membeli beberapa _________ buluh dan lima _________ kelapa di pasar tani untuk membuat lemang.Aruas ... bijiBrumpun ... ulasCbatang ... butirDbatang ... buah

8Emak memberi adik se__________ biskut dan dua __________ nangka .Aketul ... bijiBkeping ... ulasCketul ... butirDpotong ... tongkol

9Jamaliah membeli tiga __________ tapai ubi dan dua __________ lemang di pasar malam Batu Lima.Abungkus ... potongBgugus ... puntungCbiji ... rumpunDbuku ... ketul

10Rosli pergi ke Lumut untuk membeli se__________ payung dan se__________ jala.Abentuk ... rawanBbuah ... jambakCkaki ... rawanDbatang ... buah

11Kakak membaca se__________ surat khabar sambil makan se__________ kek.Anaskhah ... pasangBmayang ... potongCnaskhah ... potongDpatah ... naskhah

12Se__________ pelancong telah membeli dua __________ durian dari gerai itu.Aorang ... pasukanBlonggok ... pucukCpasukan ... longgokDorang ... longgok

13Di sudut bilik itu terdapat se__________ tikar dan se__________ penyapu.Agulung ... buahBgelung ... batang Cgulung ... batangDgulung ... bilah

14Di belakang rumah Suri ada se_________ sungai dan se__________ buluh.Abuah ... pohonBbatang ... rumpunCbidang ... jambakDjalur ... batang

15Ibu hanya memerlukan se_________ jarum dan se_________ kain untuk menampal seluar Aiman yang koyak itu.Alembar ... pasangBbilah ... carikCbatang ... carikDcucuk ... cebis

16Arshad makan sepuluh __________ sate dan tiga __________ nasi himpit di warung Mak Cik Gayah.Abatang ... potongBcucuk ... ketulCketul ... ulasDbungkus ... butir

17Sebelum pergi memancing di jeti, ayah telah memasukkan tiga __________ mata kail dan se__________ roti ke dalam beg galasnya.Abuah ... biji Bbilah ... bukuCbentuk ... buku Dbentuk ... ulas

18Di belakang rumah itu terdapat se__________ serai dan se__________ pokok cempedak yang tumbuh dengan subur.Apasang ... pohonBrumpun ... bidangCbatang ... barisDrumpun ... batang

19Intan membalut luka budak itu dengan menggunakan se__________ kain sebelum menghantarnya ke hospital dengan menaiki se__________ kereta.Acarik ... buahBmeter ... bentukChelai ... bijiDlembar ... laras

20Mak Cik Zaleha telah membuat se__________ rantai menggunakan beberapa __________ bunga cempaka.Autas ... buahButas ... kuntumCrelung ... jambakDgulung ... kuntum

21Haikal telah menggunakan se__________ tali untuk menambat lima _________ lembu kepunyaan Pak Kassim yang dijaganya.Autas ... ekorBrantai ... ekorCgelung ... ekorDgulung ... buah

22Kamarul mengambil beberapa __________ dawai dan se__________ kertas dari atas almari.Agelung ... kajangBgelung ... utasCgulung ... kajangDgulung ... utas23"Hidangkan se__________ biskut dan se__________ air teh kepada Puan Jun," kata ibu kepada kakak.Apiring ... tekoBpiring ... cawanCpinggan ... gelasDpinggan ... teko

24Pak Sham mengambil se__________ jala lalu menuju ke se__________ sungai.Autas ... buahBrawan ... batangCrawan ... buahDutas ... buah

25Se_________ bunga telah dimasukkan ke dalam se_____ pasu yang cantik.Atangkai ... bijiBjambangan ... bijiCjambak ... buahDkuntum ... buah

26Hilda membeli se________ kasut dan se__________ baju dari kedai ini.Abuah ... helaiBbiji ... helaiCpasang ... helaiDpasang ... buah

27Dia mengambil se_______ kangkung dan beberapa ________ cendawan dari peti sejuk.Aikat ... batangBikat ... kakiCbatang ... kakiDbatang ... buah

28Sebelum berangkat pulang ke kampung, ayah menjamah se__________ pulut kuning dan dua __________ roti.Ajemput ... kepingBketul ... potong Clembar ... hirisDgumpal ... buku

29Zaliza membeli se______ nasi lemak dan se_______ kek di gerai itu.Abungkus ... jambakBpotong ... ragaCbungkus ... potongDketul ... mayang

30Puan Jamilah memakai se__________ cincin dan se__________ rantai sebagai perhiasan diri.Apasang ... bilahBbentuk ... utasCrangkap ... utasDutas ... untai

Latihan 10

Isi tempat-tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1Saya hendak membeli se______ sayur kangkung dan se________ pisang emas di pasar.Atangkai ... gugusBkaki ... sikatCikat ... sikatDkaki ... tandan

2Abang Fazli telah mengirimkan se_________ pantun dan se__________ cincin sebagai tanda kasihnya kepada Kak Diana.Auntai ... mataButas ... pasangCrangkap ... bentukDrawan ... utas

3Puan Low membeli dua __________ anggur dan beberapa __________ durian.Agugus ... buahBgugus ... bijiCjambak ... buahDkelompok ... biji

4Tolong belikan saya se__________ pisang dan se__________ rambutan di gerai buah-buahan itu, pesan ibu kepada ayah.Abiji ... buahBsisir ... ikatCtandan ... gugusDsikat ... longgok 5Letakkan lima _________ mangkuk dan beberapa __________ camca di atas meja itu, kata Chef Wan kepada pembantunya.Abiji ... batangBbuah ... batangCbekas ... bilahDbutir ... bilah

6Maimun menggubah dua __________ bunga mawar. Kemudian, dia meletaknya di atas se__________ almari.Akuntum ... bijiBbakul ... buahCjambak ... deretDjambangan ... buah

7Pak Cik Aziz ke hutan dengan membawa se__________ parang dan se__________ tali untuk mencari rotan.Abentuk ... lembarBbatang ... gelungClaras ... gulungDbilah ... utas

8Ayah membelikan adik se__________ langsat dan se__________ rambutan.Agugus ... tangkaiBgugus ... ikatCbiji ... longgokDtangkai ... gugus

9Atikah menghadiahi gurunya se__________ bunga dan se__________ pena.Akuntum ... bilahBjambangan ... berkasCtangkai ... pucukDjambak ... batang

10Polis telah melepaskan beberapa __________ tembakan dengan menggunakan lima __________ rifel M16.Abutir ... pucukBdas ... larasCbiji ... batangDlaras ... das

11Dia mengutip beberapa __________ batu lalu dibaling ke arah se______ burung ciak itu.Agenggam ... kawanBbatang ... kumpulanCketul ... kawanDkepal ... ekor

12Kakak membeli se_______ kain songket dan se_____ tikar di Kedai Payang.Ahelai ... gulungBcarik ... gelungCcebis ... hamparanDhelai ... bidang

13Se__________ senapang dan beberapa __________ peluru telah dijumpai di tepi bangunan itu.Abatang ... bijiBdas ... buahClaras ... butirDkaki ... butir

14Berapa harga se________ ikan dan se__________ sayur sawi ini?Abakul ... berkasBlonggok ... ikatCberkas ... ikatDkawan ... gulung

15Beberapa _________ jalan raya dan dua __________ kedai ditenggelami air akibat hujan lebat.Ajalur ... pintuBkaki ... barisCbatang ... deretDbaris ... buah16Setiap kali ayah pulang dari kampung, dia akan memuatkan keretanya dengan beberapa _______ rambutan serta beberapa _______ kelapa.Aulas ... sikatBbiji ... tandanCtangkai ... tandanDikat ... sisir

17Untuk memasak gulai itu, kita perlu memasukkan se________ asam gelugur dan beberapa __________ bawang merah.Apotong ... bijiBhiris ... ulasCketul ... bijiDkeping ... ulas

18Sebelum beredar dari rumah nenek, emak sempat menjamah se__________ pulut dan memakan se__________ sirih.Aketul ... kepingBgenggam ... helaiCpotong ... lembarDsuap ... kapur

19Tiap-tiap orang yang menyertai aktiviti gotong-royong itu membawa se_________ penggali dan beberapa ________ dawai seorang.Abatang ... gelungBbuah ... gelungCkerat ... lembarDbilah ... utas

20Emak menanam beberapa __________ sayur dan tiga __________ serai di belakang rumah untuk menjimatkan perbelanjaannya.Abaris ... pucukBderet ... kelompokCbatas ... rumpunDikat ... jambak

21Hanya se__________ penduduk di kawasan itu yang mendapat peluang masuk ke beberapa __________ maktab perguruan.Agelintir ... buahBgolongan ... bijiCkelompok ... deretDkumpulan ... baris

22Orang tua itu memilih beberapa _______ jagung terbaik untuk dijadikan benih yang akan ditanam di se__________ tanah terbiar.Aulas ... kakiBbiji ... kepingCtongkol ... bidangDbuah ... kumpulan

23Beberapa __________ lilin dititiskan di atas se__________ kertas lukisan untuk menghasilkan corak batik.Abatang ... kepingBtitis ... bidangCtitik ... helaiDtitik ... bidang

24Se________ gajah sedang mengangkat beberapa __________ kayu balak menggunakan belalai.Aekor ... batangBbaris ... pohonCkawan ... batangDgerombolan ... buah

25Banjir kilat telah menyebabkan beberapa __________ jalan raya dinaiki air dan beberapa __________ kenderaan terkandas.Abuah ... buahBblok ... buahCbatang ... buahDbaris ... batang

Soalan 26 hingga Soalan 30.Pilih ayat atau ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

26ABeberapa kaki pokok kelapa di belakang rumahnya tumbang akibat ribut.BPistol ayah masih mengandungi empat buah peluru.CDi pelabuhan itu ada tiga bentuk kapal dagang dari luar negara.DDi atas piring itu masih ada tiga potong kek coklat.

27AKakak mengikat bungkusan itu dengan selembar tali.BSepucuk bunga ros menghiasi sanggul peragawati itu.CHanan membeli segulung gambar pemandangan di pameran itu.DBeberapa buah gelas pecah setelah dulangnya terjatuh ke lantai.

28ASekawan tentera sedang berbaris di padang.BPemburu itu melepaskan beberapa das tembakan ke arah seekor rusa.CDua papan cermin tingkap itu pecah kerana terkena sebiji bola.DTiga helai gambar yang diambilnya semalam agak kabur.

29ISetiap malam kami mendengar suara aneh dari sebuah rumah di atas bukit itu.IIBeberapa kuntum bunga ros di jambangan itu sudah layu. IIIErin tidak dapat menjawab dengan tepat beberapa buah soalan Matematik itu.IVSebuah rumah kongsi itu dapat memuatkan sepuluh orang buruh asing. AI dan III sahajaBll dan IV sahajaCI, II, dan III sahajaDI, II, dan IV sahaja

30IDi dalam sampan Pak Lajis ada serawan jala dan sebuah bakul.IIDua ketul butang baju kemeja ayah sudah tanggal.IIIDatuk mengambil segenggam beras lalu ditaburkannya ke tanah.IVEmpat baris pantun ini dikarang oleh Puan Darina.AI dan II sahajaBI dan III sahajaCII dan IV sahajaDI, III, dan IV sahaja

JAWAPANLatihan 11.A6.A11.D16.B21.D26.B

2.B7.C12.C17.C22.B27.C

3.C8.C13.A18.C23.A28.B

4.A9.D14.B19.B24.C29.A

5.A10.C15.A20.A25.D30.B

Latihan 21.A6.B11.A16.B21.C26.C

2.C7.C12.D17.C22.C27.B

3.D8.A13.A18.D23.A28.B

4.D9.A14.C19.B24.B29.C

5.B10.A15.D20.B25.B30.C

Latihan 31.A6.D11.B16.A21.B26.D

2.D7.A12.B17.A22.D27.B

3.A8.D13.D18.B23.A28.C

4.B9.A14.A19.C24.A29.A

5.B10.B15.D20.C25.C30.D

Latihan 41.C6.A11.B16.A21.B26.B

2.A7.B12.C17.A22.A27.D

3.A8.C13.D18.B23.A28.D

4.B9.A14.B19.B24.B29.A

5.B10.C15.B20.B25.C30.C

Latihan 51.A6.C11.B16.C21.A26.B

2.C7.D12.D17.C22.A27.A

3.A8.B13.D18.B23.A28.A

4.B9.B14.B19.B24.A29.B

5.C10.B15.D20.D25.B30.A

Latihan 61.C6.A11.C16.A21.C26.C

2.B7.C12.B17.C22.D27.A

3.C8.D13.C18.B23.C28.A

4.A9.A14.C19.B24.D29.D

5.B10.B15.A20.C25.A30.A

Latihan 71.C6.A11.C16.A21.C26.A

2.D7.C12.C17.C22.A27.C

3.D8.A13.B18.A23.B28.D

4.C9.D14.D19.D24.D29.A

5.A10.A15.D20.A25.D30.B

Latihan 81.D6.A11.B16.A21.A26.B

2.A7.B12.D17.B22.A27.C

3.A8.A13.C18.B23.C28.B

4.B9.D14.B19.C24.C29.C

5.C10.B15.B20.A25.B30.B

Latihan 91.B6.A11.C16.B21.A26.C

2.A7.A12.D17.C22.A27.B

3.D8.B13.C18.D23.B28.A

4.C9.A14.B19.A24.B29.C

5.A10.C15.B20.B25.C30.B

Latihan 101.C6.D11.A16.C21.A26.D

2.C7.D12.C17.C22.C27.A

3.B8.B13.C18.D23.C28.B

4.B9.D14.B19.A24.C29.D

5.A10.B15.D20.C25.C30.D